Ahad, 3 Mac 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


LAHAD DATU KE SAMPORNA - ANTARA NYAWA DAN BR1M

Posted: 03 Mar 2013 01:49 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, merujuklah akhbar bangsat Utusan Meloya kepada akhbar asing kerana teruja untuk memburukkan imej DS Anwar.  Semalam, akhbar itu menyeret Anwar ke kancah isu tersebut dengan menyiarkan laporan sebuah laman blog MPP Online yang memetik akhbar Inquirer News dari Filipina sebagai sumber dakwaan. 

Hebat DS Anwar!!  Belum menjadi PM lagi beliau sudah ada pengaruh untuk bawa sekumpulan 'tentera' bersenjata ke sabah, negeri yang kini tidak kurang dari 18 kerusi Parlimen nya akan jatuh ke tangan PR, sekaligus akan menyumbang kejatuhan rejim Umno/Bn di Putrajaya. Kelakar, bukan?  Bayangkan seseorang yang bercadang untuk berpindah ke rumah baru, maka terlebih dahulu rumah baru tersebut dirosakkan dengan memecahkan tingkap, pintu dan dinding sebelum berpindah ke rumah tersebut.  Lojikkah?    Begitulah keadaannya dengan kisah kononnya DS Anwar adalah dalang tragedi di Lahad Datu.  

Namun demikian, tidak semua rakyat mempunyai akal yang waras.  Masih ramai yang menjadi bodoh akibat termakan racun BR1M.  Sejak dari awal, kita memberi amaran kepada kerajaan agar bertindak tegas kepada para penceroboh itu sebagaimana mereka bertindak tegas kepada rakyat sendiri setiap kali Perhimpunan BERSIH.  Tetapi pemimpin yang kononnya cerdik ini berkata, "rundingan perlu diadakan....rakyat jangan bimbang....keadaan terkawal"...Nah, sekarang bagaimana?

Apabila dah terbukti kebaculan mereka, ditudingnya jari kepada DS Anwar Ibrahim sedangkan Ketua Pembangkang inilah awal-awal lagi minta tindakan tegas dilakukan sebelum merebak jauh.  Mereka tetap degil, pemimpin mereka ke hulu ke hilir menabur BR1M di dalam waktu yang sama para penceroboh sudah pun berkubu di tanahair kita berhari-hari.

Jika di negara lain, PM dan Menteri Dalam Negeri sudah pasti akan letak jawatan kerana malu dan aib akibat gagal menentukan keselamatan negara.  Tetapi di negara kita, berlakulah apa pun selagi rakyat disumbat dengan BR1M, mereka tetap di kerusi empuk juga.  

Takziah kepada waris anggota-anggota keselamatan yang awalnya dua orang terkorban, kini sudah masuk 5 orang pula terkorban.  Terlalu mahal harga nyawa mereka berbanding dengan BR1M yang dilaungkan oleh rejim.  

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


SEMPORNA : Senarai anggota polis yang terkorban

Posted: 03 Mar 2013 10:04 PM PST


PETALING JAYA: Polis secara rasmi mengeluarkan senarai enam anggota polis yang ditembak mati di Semporna pada Sabtu.
Mereka ialah Supt Ibrahim Lebar dari Bukit Aman, ASP Michael Fadil dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sarjan Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Kpl Salam Tongiran (IPD Tawau) dan L/Kpl Mohd Azrol Tukiran (PGA Tawau).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan berkata, isterinya serta seluruh pasukan polis mengucapkan takziah kepada keluarga wira-wira berkenaan.
"Kami berharap agar wira negara kita ini akan sentiasa dirahmati.
"Kami berharap keluarga mereka tabah menghadapi keadaan ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Sekretariat KPN (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohd Yusoff berkata, hanya Supt Ibrahim dan L/Kpl Mohd Azrul dari Lembah Klang manakala yang lain dari Sabah dan Sarawak.
"Kami menjangkakan jenazah mereka akan diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pukul 6 petang ini," katanya.

SEMPORNA : Tiga Mayat Lelaki Bersenjata Berlumuran Darah Terbiar

Posted: 03 Mar 2013 09:07 PM PST




KAMPUNG SIMUNUL: Tiga mayat yang disyaki merupakan lelaki bersenjata Sulu yang ditembak mati pada Sabtu masih terbaring di Lorong 5 di Kg Simunul, jalan sepanjang satu kilometer yang terpaksa dilalui oleh beratu-ratus keluarga yang ingin berpindah.
Satu mayat berada di atas bot, satu lagi di atas titian kaku dan yang ketiga di sebuah rumah panjang.
Kawasan sekitar berlumuran dengan darah.
Penduduk kampung berkata, mereka tidak tahu siapa yang akan mengebumikan mayat itu dan mereka menyatakan mengenai ketakutan terhadap mayat berkenaan.
Seramai enam anggota polis turut terbunuh dalam kejadian tembak-menembak itu
.
Penduduk kampung di Lorong 5 sudah pun meninggalkan kawasan, dan penduduk luar Lorong 5 dalam perkampungan air kembali pulang.
"Kami tinggal di sini selama lebih 30 tahun. Kami bukan pengikut Sultan Sulu.
"Kami takut selepas insiden tembak-menambak, tidak selamat lagi di sini," kata salah seorang penduduk kampung yang enggan dikenali.
Tiada anggota polis beruniform atau anggota tentera dilihat pada pagi Isnin apabila penduduk kampung mengemas barang-barang mereka, termasuk peti sejuk, televisyen dan dapur, untuk menetap bersama saudara-mara mereka di tempat lain.


Warga Kg Tanduo hidup tidak menentu

Ben Hamid, 48, hanya mampu merenung ke arah laut yang tenang. Beliau yang kini tinggal di satu khemah sementara kini tertanya-tanya apa yang berlaku di rumahnya di Kampung Tanduo, Sabah.

Pada malam 11 Februari, Ben, seperti nelayan lain di kampungnya melepaskan lelah dan tidur selepas bekerja keras seharian.

Beliau bagaimanapun mendapati ada seorang tetamu yang tidak diundang diluar rumahnya ketika dia bangun pada keesokan harinya.

"Ada yang berpakaian seragam tentera. Ada yang tidak. Saya melihat mereka membawa M16 dan ada yang memegang parang. Mereka mungkin datang dari laut," katanya.

Beliau berkata, ada penduduk kampung yang nampak mereka memasuki kampung tersebut pada jam 2 pagi.

Menjelang pagi, kira-kira 50 orang penceroboh sudahpun tiba di kampung itu walaupun pemimpin mereka masih belum tiba.

"Mereka hanya duduk di sekitar berhampiran rumah kami dan bercakap antara satu sama lain," katanya.

Penceroboh yang kemudiannya menghampiri mereka dan mendakwa sebagai Tentera Diraja Sulu telah cuba meyakinkan penduduk tempatan bahawa mereka tidak membahayakan.

"Mereka kata, mereka berada di sini untuk menuntut hak-hak mereka dan hak sultan mereka," kata Ben.

Tambahnya lagi, penduduk kampung mula panik dengan perkembangan mendadak itu dan ramai di antara mereka memutuskan untuk meninggalkan kampung itu menjelang jam 9 pagi.

"Mereka (tentera Sulu) tanya, kenapa kami lari. Mereka kata mereka hanya ingin jadi kawan. Tetapi apabila kami melihat mereka, kami dapat rasa sesuatu yang tidak elok dan mahu lari," katanya.

Maka, bermulalah penghijrahan beramai-ramai. Bagi mereka yang mempunyai kenderaan, mereka terus keluar dari kampung manakala selebihnya berjalan kaki ke kampung berdekatan, Tanjung Labian - sejauh kira-kira lima kilometer.


Penduduk Kg Simunul Kembali Pulang Selepas Insiden Tembakan, Tetapi Masih Takut
SEMPORNA: Beberapa suspek dikumpulkan apabila operasi diteruskan selepas insiden tembak-menembak di Kampung Siminul pada Ahad di mana enam anggota polis dan enam lelaki bersenjata terbunuh.
Polis enggan untuk menyatakan siapakah suspek dan berapa ramai bilangan mereka.
Tentera dan polis terus mengambil langkah berjaga-jaga di kampung itu dan keluarga yang menyelamatkan diri daripada serangan bersenjata itu dilihat kembali pulang.
Beberapa orang yang tinggal di dalam bot dengan isteri dan anak-anak mereka dilihat tiba di kampung itu pada waktu subuh tetapi dikatakan kesemua mereka masih dalam ketakutan.
Di beberapa bahagian lain di bandar itu yang lenggang sejak dua hari lalu, mendapati beberapa kedai dibuka untuk perniagaan tetapi masih banyak yang ditutup.

Sabah Terkawal Orang Ramai Tak Perlu Bimbang

Posted: 03 Mar 2013 07:04 PM PST


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin pada sidang media di Lahad Datu pada Ahad
LAHAD DATU: Situasi di ketiga-tiga kawasan yang diserang oleh kumpulan bersenjata Sulu berada dalam keadaan terkawal, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Ketiga-tiga kawasan berkenaan ialah Lahad Datu, Semporna and Kunak.
"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.
"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya."
Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.
Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.
Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu.
Beliau berkata penduduk di Lahad Datu, Semporna dan Kunak tidak perlu risau dan boleh menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa kerana pasukan tentera dan polis bekerjasama rapat dalam meningkatkan tahap keselamatan di sana terkawal.
"Ketua Polis Negara dan saya menyusun operasi dan kami boleh mengatasi situasi ini dengan mengenakan kawalan keselamatan yang lebih ketat," katanya.
Kumpulan bersenjata Sulu telah dikepung oleh pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, Lahad Datu ketika mereka cuba melarikan diri; sementara lima anggota polis ditembak dalam satu serangan hendap di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna dan 10 anggota kumpulan bersenjata dilihat memasuki Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

Kesultanan Sulu Sedia Berunding, Mahu Tuntutan Ke Atas Sabah Diiktiraf

Posted: 03 Mar 2013 06:26 PM PST



KUALA LUMPUR: Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, lapor akhbar Filipina pada Ahad.
Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer/ beliau masih lagi membuka pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan Filipina itu menyebelahi kerajaan Malaysia.
"Rundingan masih belum terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka," kata Jamalul dipetik media Filipina di kediamannya di sana petang Ahad.
Jamalul yang mendakwa beliau merupakan keturunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo itu dilaporkan berkata keluarganya hanya menuntut tanah mereka di Sabah.
Adik kepada Jamalul, Agbimuddin Kiram, dilaporkan mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100 hingga 200 orang telah menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga kawasan.
Portal Borneo Insider pula dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri Sabah.
Jamalul berkata kepada pemberita beliau pelik kenapa Filipina menyebelahi Malaysia.
"Kenapa tidak menyokong kami? Kami rakyat Filipina tetapi mereka menyokong Malaysia," katanya.
Dia dilaporkan berkata penyokongnya menyeludup ke Sabah hanya mahukan penyelesaian terhadap tanah yang didakwa menjadi milik mereka.
"Ini bukan bahan jenaka. Ini masalah besar," katanya kepada pemberita.
Jamalul berkata lagi bangsa Tausugs dan Filipina juga sedia mati untuk tujuan itu.
Sementara itu, anak perempuan Kiram, Jacel Kiram, dilaporkan berkata keluarganya mahu berjumpa dengan wakil dari Presiden Filipina, Presiden Benigno Aquino III, yang menjadi jurucakap kerajaan.
"Jika mereka serius, mereka patut duduk dan berbincang dengan kami tanpa melalui orang tengah.
"Ini isu nasional, malah isu antarabangsa. Kenapa tidak kerajaan berjumpa kami?," katanya.
Jacel turut menadikan laporan Filipina bahawa pentadbiran Aquino telah menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga berkenaan dan mereka bercakap dengan Mujiv Hataman, yang menjadi pegawai bertugas dalam Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.
Dia turut menggesa pengikut keluarga berkenaan untuk bertenang dan tidak melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia yang menganggap mereka di Sabah sebagai "musuh".
Dia turut mengingatkan Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga bukan musuh.

Najib telah menjanjikan Raja Muda Agbimuddin Kiram, penempatan di Sabah.

Posted: 03 Mar 2013 05:35 PM PST


Kebenaran terdedah jua akhirnya. Walaupun semalam, PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tetapi media Filipina, MB.com.ph, memetik kata-kata Nur Misuari, Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Najib telah menjanjikan Raja Muda Agbimuddin Kiram, penempatan di Sabah.Misuari juga merayu Najib supaya bertindak dengan cermat dalam menghadapi para pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah bagi menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.



Sebelum ini media massa UMNO heboh mendedahkan laporan yang disiarkan oleh Manila Times dan Philippine Daily Inquirer yang menggunakan artikel agensi berita Reuters kononnya Anwar Ibrahim turut terlibat dalam perancangan pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Menurut Laporan Manila Times pada tarikh 16 Februari, Koresponden Mindanou, Jacinto, memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini.

"Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu," kata Jacinto, menurut laporan tersebut.

Beberapa pihak termasuk Najib sendiri telah menggesa agar pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan tersebut tetapi lansung tidak menyentuh mengenai laporan akhbar MB.com.ph diatas mengenai janji beliau kepada para penceroboh berkenaan.

Di dalam satu laporan yang berasingan, Najib Razak juga telah menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang menyatakan insiden tembakan di Lahad Datu Sabah adalah "konspirasi terancang kerajaan Umno.

Perdana menteri berkata tuduhan itu kononnya adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.

Kini seandainya laporan dari media Filipina itu benar, berarti Najib dan UMNOlah yang bermain dengan mainan politik yang cukup hina dengan cuba menjadikan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap insiden Lahad Datu, walhal beliaulah yang mengaturkannya.

SEMPORNA TERKINI [11.10 MLM 3/3/2013] : Seorang Lagi Anggota Polis Terkorban, Enam Anggota Kumpulan Bersenjata Turut Maut

Posted: 03 Mar 2013 07:11 AM PST





Jumlah Anggota Polis Terbunuh Meningkat Kepada 6 Orang
LAHAD DATU: Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.
Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.
Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.
"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.
Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.
Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.
Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.
"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.
Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.-BERNAMA

Sabuah perkampongan di kepulauan Sulu

Posted: 03 Mar 2013 06:46 AM PST


RAMAI sudah tahu, Selatan Filipina sentiasa bergolak antara Mujahideen dan Kerajaan Filipina kerana perebutan kawasan yang berlaku semenjak Filipina diisytiharkan atas selembar perjanjian. Selatan Filipina masih tidak aman sehinggalah Malaysia diperlukan sebagai orang tengah bagi menamatkan perang bersenjata yang tidak berkesudan itu.

Gajah sama gajah bertempur, pelanduk mati di tengah-tengah. Kerana itu, ratusan ribu penduduk kepulauan Sulu yang tidak bersalah terpaksa berhijrah ke kepulauan yang berhampiran mereka di Sabah.Suku Suluk ini adalah dari keluarga Islam semuanya. Mereka terpaksa berkayuh perahu merentas laut mencari tempat yang selamat. 

Suku Suluk atau Tausug adalah rakyat dari Kesultanan Sulu. Sebuah kesultanan kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450 oleh Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr.  Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao hingga ke Sabah.

Faktor geografi dan sejarah inilah menjadi penyebab utama suku Suluk berhijrah ke Sabah berlindung dari serangan dan kekacauan di negeri mereka yang bergolak itu. Di peta di atas, tanda merah itulah Kepulauan Sulu yang dipertikaikan. 

Jom kita melawat ke sana! 

 


Kehidupan kanak-kanak Sulu.

Kawasan Perairan Sulu belum tercemar, dan menjadi tempat pembiakan ikan, di jetinya sahaja banyak ikan sebesar tapak tangan berenang-renang

Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini menemani ibunya mengambil air untuk kegunaan harian; tanpa bekalan air dan elektrik sejak sekian lama.

Beratapkan rumbia, berlantaikan buluh; kedaifan ini melata ke seluruh Kepulauan Sulu.


Pemandangan pekan di Kepulauan Sulu, aktiviti perniagaan di sini juga sekadarnya sahaja. Yang banyak dijual adalah makanan ringan. itu sahaja kemampuan mereka di sini. Selebihnya ubi, kelapa dan sumber alam menjadi sandaran mereka untuk hidup.

Pemandangan laut lepas dan aktiviti laut masyarakat Sulu.

Keadaan sebenar kedai di Kepulauan Sulu . deretan kedai yang usang dan jalan tanah

Rumah di kawasan pantai juga ibarat perkampungan setinggan yang berasak-asak serta laluan yang sempit bertitikan buluh.

Si Ibu menangis kerinduan setia menanti kepulangan anak perempuannya yang telah berhijrah dan berkahwin di Malaysia tetapi tidak berani kembali ke Kepulauan Sulu.

Keadaan sekolah dari pintu masuk hadapan..,

Keadaan atap sekolah di Sulu yang sangat daif..

Sekolah saudara seIslam di Filipina yang tidak mendapat perhatian, namun masih digunakan kerana masih ada yang sanggup mengajar..  kerana tuntutan agama.
 

Daifnya sekolah umat Islam di sini. Berbaju pink adalah pengetua sekolah. Menurut beliau bantuan telah lama dihentikan. Namun dengan penuh dedikasi beliau tetap meneruskan usaha mendidik anak-anak muda.
 

Kebanyakan rumah masyarakat di Sulu berdinding buluh, atap jeramai, hanya sebuah sahaja rumah batu sempurna di pulau ini


Masjid ini mengambil masa lama untuk disiapkan dan menanti lebih sumbangan untuk menampung kos pembinaan bagi kegunaan Umat Islam disana.

Keadaan dalam Masjid yang masih menanti sumbangan untuk disiapkan. 
Kepulauan Sulu mempunyai pantai tercantik di dunia. Rumah ini dihuni keturunan Pendakwah Islam (Syarif) yang pernah datang dan mengislamkan rakyat di sini.

Ahli keluarga Pak Harun..

Keadaan lantai rumah beralaskan kepingan buluh yang yang berlubang -lubang..

Dalam kesusahan mereka sangat meraikan tetamu.

Beginilah keadaan dalam rumah mereka. Tiada bilik.. inilah tempat tidur satu keluarga. Sesetengah anak lelaki dewasa perlu tidur di luar beralaskan lapik sekadarnya . Perhatikan anyaman buluh yang mulai mereput. Tiada elektrik, sumber air terhad dan tiada apa-apa. Kembali ke zaman tanah Melayu era 40-an

Seorang anak muda Sulu terpaksa menanti air untuk kegunaan keluarganya. Bekalan air untuk minum dan kegunaan harian terpaksa dicatu disana.

Biarkan gambar ini menceritakan kesusahan rakyat  yang tertindas.
 

Anak kecil  ini...

Pengangkutan utama di Sulu..

Kehidupan masyarakat yang dinafikan hak dan kewarganegaraan..
 

Pemandangan ini biasa di Sulu..
(Layari: http://www.harum2012.blogspot.com , Mari bersama-sama membantu mereka yang memerlukan.)(IH)

SEMPORNA - INILAH GAMBAR PENCEROBOH YANG MATI DIBELASAH PENDUDUK

Posted: 03 Mar 2013 05:05 AM PST

 Mayat anggota polis yang terkorban masih belum boleh dikeluarkan - Ketua Polis Sabah




Pasukan keselamatan Malaysia masih belum berjaya membawa keluar kesemua lima mayat anggotanya yang menjadi korban kumpulan bersenjata dalam kejadian pada malam semalam di Semporna.

Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pertentangan di antara pasukan keselamatan kita dengan kumpulan bersenjata tersebut, dianggarkan kurang dari 10 orang, masih berlarutan di Kampung Sri Jaya Simunul.

Katanya, polis menjalankan usaha untuk membawa keluar mayat berkenaan daripada perkampungan yang terdiri daripada rangkaian rumah di atas air itu.

Bercakap dalam sidang media di Lahad Datu hari ini, beliau berkata operasi tersebut berbahaya jika dilakukan pada waktu malam.



Hamzah ketika diminta menjelaskan berkata, sebahagian daripada mayat berkenaan telah dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan jumlahnya.

Ditanya sekiranya penduduk kampung itu juga terkorban, Hamzah berkata beliau tidak dapat memastikan perkara itu.

Tambahnya, polis juga hanya akan dapat memastikan keadaan mayat anggota berkenaan selepas bedah siasat.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar pagi ini berkata lima anggota polis terbunuh akibat serang hendap selepas memasuki kampung berkenaan susulan dakwaan terdapat individu membawa senjata di kampung tersebut.

Hamzah berkata polis sedang menyiasat sama ada kumpulan bersenjata tersebut baru tiba atau sudah lama menetap di situ.


INILAH GAMBAR PENCEROBOH YANG MATI DIBELASAH PENDUDUK




SEMPORNA : Polis dan ATM sedang menyediakan perincian sebelum mengambil tindakan drastik

Posted: 03 Mar 2013 04:11 AM PST


LAHAD DATU: Polis mengesahkan seorang lelaki bersenjata M16 yang maut dibelasah penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna adalah seorang daripada anggota kumpulan penceroboh bersenjata yang menyelinap masuk ke negara ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata siasatan polis mendapati penceroboh itu merupakan seorang lelaki berbangsa Sulu dan berumur 60-an.
Lelaki itu yang turut membawa pelancar roket menyelinap masuk melalui jalan pantai ke Kampung Senallang Lama kira-kira pukul 5 pagi, katanya pada sidang akhbar di Residental Falda Sahabat kira-kira 30 kilometer dari sini, Ahad.
Beliau berkata penceroboh itu telah mengarahkan kira-kira 80 penduduk kampung berkenaan untuk keluar berkumpul di satu kawasan lapang berhampiran sebuah surau dan menjadikan mereka tebusan. "Ekoran itu, 20 pemuda kampung telah bertindak dengan menyerang dan menangkap lelaki itu sebelum memukulnya hingga mati.
 "Pada saya, tindakan itu walaupun dari segi undang-undang nampak salah, tetapi kita perlu ingat mereka dianggap tawanan. Mereka mengambil tindakan balas untuk menyelamatkan diri," katanya.
Sementara itu, Hamza berkata polis dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia sedang menyediakan perincian akhir sebelum mengambil tindakan drastik terhadap kumpulan penceroboh yang masih enggan menyerah diri.
Beliau berkata walaupun pihaknya sudah menjatuhkan risalah tapi mereka masihenggan menyerah diri.
"Setakat ini tiga anggota kumpulan penceroboh itu ditahan ketika cuba keluar dari kawasan kawalan di kampung Tanduo. Dua daripada mereka ditahan semalam dan seorang lagi ditahan pagi ini," katanya.
Beliau berkata tiga lelaki itu adalah anggota kumpulan berkenaan yang pertama ditahan oleh pasukan keselamatan selepas mereka menceroboh kampung itu yang kini masuk hari ke-20.
Hamza turut mengulangi ingatannya kepada orang ramai khususnya penduduk negeri ini supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin tanpa pengesahan daripada sumber rasmi. -BERNAMA


Rakyat Sabah Puji Keberanian Penduduk Kg Senallang Lama, Semporna
KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah yang kini menetap di ibu negara mengikuti dengan penuh debaran setiap perkembangan terbaru berhubung kekejaman penceroboh Sulu di wilayah Lahad Datu dan Semporna ketika ini.
Mereka turut memuji keberanian penduduk sebuah kampung Semporna kerana berjaya menumbangkan seorang penceroboh yang sebelum itu mengancam nyawa penduduk dengan senjata M-16 dan pelancar roket.
Dalam insiden pukul 7 pagi, lelaki berpakaian hitam dalam lingkungan 60 tahun melepaskan beberapa das tembakan sebelum mengarahkan penduduk berkumpul di kawasan lapang. Ketika lelaki itu alpa, beberapa penduduk menerkam dan membelasahnya hingga mati.
Ainol Marantin, 28, pekerja swasta yang menetap di Kepong berkata kejadian di Semporna itu bersifat mempertahankan tanah air daripada penceroboh.
"Sekiranya saya di sana pun saya akan melakukan perkara sama kerana kita berhak mempertahankan kampung kita dari diceroboh. Itu adalah kesatuan hati penduduk kampung kerana ia mungkin terkesan daripada isu yang berlaku di Lahad Datu," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.
Ainol yang berasal dari Tamparuli, Sabah berkata kawalan keselamatan di setiap sempadan negara perlu dipertingkatkan selepas berlakunya insiden yang menggugat kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna.
"Setiap sempadan perlu diletakkan sekurang-kurangnya dua pos kawalan pasukan keselamatan supaya isu pencerobohan bersenjata tidak berulang lagi yang dilihat boleh meragut nyawa penduduk di Sabah," katanya.
Reaksi sama turut diberikan seorang lagi anak jati Sabah yang kini menetap di Jalan Kuchai Lama, Morin Wong Shiann Yi, 30, yang menyifatkan tindakan penduduk kampung itu sebagai satu tindakan bijak dan berani.
Beliau yang berasal dari daerah Penampang itu berkata ketika ini rakyat Sabah seharusnya bersatu hati dalam menentang penceroboh keamanan dan keselamatan negara dan tidak hanya mengharapkan pasukan keselamtan seperti polis sahaja.
"Go Sabahan go! Bersatu kita teguh bercerai kita roboh dan hanya rakyat tempatan sahaja yang betul-betul mengenali siapa sebenarnya rakyat Sabah dan siapa yang bukan (penceroboh)," katanya.
Ijang, 30, berasal dari Putatan pula berkata keberanian penduduk kampung itu tidak boleh dipertikaikan tetapi soal undang-undang masih tidak boleh dipandang ringan.
"Walhal keberanian mereka (penduduk kampung) itu mungkin kerana mereka sayangkan akan daerah dan negeri mereka. Tapi undang-undang tetap undang-undang. Silap langkah teruk jadinya sebab tidak mustahil negara luar tengahmenunggu 'peluang'," katanya yang kini menetap di Sungai Buloh.
 -BERNAMA

SEMPORNA : Penduduk belasah penceroboh [dipercayai bekas komandan Moro] hingga mati

Posted: 03 Mar 2013 02:40 AM PST


..
Sumber : malaysian digest

SEMPORNA: Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun

daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak
polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.
Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.
- Bernama


Read more: http://kembar-seiras.blogspot.com/2013/03/penduduk-semporna-pukul-penceroboh.html#ixzz2MTK3r0xM

SEMPORNA : 4 Rakyat Malaysia ditawan - Sultan Sulu

Posted: 03 Mar 2013 02:22 AM PST




LAHAD DATU : Sultan Jamalul Kiram III Agbimuddin Kiram bersetuju memanggil pulang tenteranya

Posted: 03 Mar 2013 12:11 AM PST





Membakut: Kerajaan Malaysia berusaha sebaik mungkin bagi mengelak pertempuran antara kedua-dua pihak dan berduka cita dengan insiden yang berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kelmarin.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan Malaysia sabar dan berusaha sebaik mungkin bagi mengelak pertumpahan darah apabila melakukan rundingan dengan kumpulan penceroboh.

"Kita kesal dan dukacita kerana sepatutnya rundingan diselesaikan lebih awal sebelum ada nyawa terkorban. Kita juga memberi jaminan kepada mereka (penceroboh) untuk balik ke negara asal secara aman.
"Pihak tertentu, terutama polis dan tentera, juga cuba mengelak, namun ia sudah berlaku," katanya ketika ditemui selepas melawat jambatan di Kampung Limadang, Membakut, dekat sini, semalam.

Anifah berkata, selepas kejadian itu mengorbankan nyawa kedua-dua pihak berlaku, baru mereka meminta jaminan untuk pulang ke negara asal daripada kerajaan Malaysia.

"Yang saya kesal ialah, selepas nyawa terkorban di kedua-dua pihak, baru mereka meminta jaminan kita, alangkah baiknya jaminan ini diminta sewaktu perundingan yang dijalankan (sebelum ini)," katanya.
Anifah berkata demikian ketika mengulas kenyataan Sultan Jamalul Kiram III Agbimuddin Kiram yang bersetuju memanggil pulang tenteranya yang kini dikepung anggota pasukan keselamatan negara di lokasi pencerobohan.

Akhbar tempatan melaporkan, Sultan Sulu meminta kerajaan Malaysia dan Filipina memberi jaminan pengikutnya pulang ke negara asal dengan selamat.
Bagaimanapun, Anifah berkata, keputusan berhubung permintaan sultan itu akan diputuskan kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri.

"Kementerian saya tidak terbabit secara langsung, peranan saya apa saja permintaan kerajaan Filipina, saya sampaikan kepada pihak berkenaan," katanya.

Anifah turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai insiden berkenaan kerana ia adalah perkara yang sukar dielakkan.

"Sebab itu saya enggan memberi kenyataan mengenai apa yang berlaku di Lahad Datu kerana khuatir maklumat itu tidak tepat dan kenyataan hanya dibuat pihak bertanggungjawab, termasuk Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara," katanya.
-

Lebih ramai penceroboh mendarat di Sabah - IGP

Posted: 02 Mar 2013 11:47 PM PST

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.
Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.

Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.

Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.


Penduduk: Polis kawal ketat jalan ke Semporna

Penduduk sekitar Semporna, Sabah berkata polis meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan susulan serangan hendap yang mengorbankan dua orang anggota keselamatan pada malam tadi.
Seorang penduduk bandar Semporna yang dihubungi Malaysiakiniberkata jalan menuju ke kawasan berkenaan kini dikawal ketat pasukan keselematan yang menyekat lalu lintas.

Beliau berhasrat untuk pulang ke Semporna dari Lahad Datu namun membatalkan hasrat itu atas nasihat pasukan keselamatan, kata surirumah tersebut, yang menambah beliau kemudiannya terpaksa berpatah balik ke Lahad Datu pada malam tadi.

Wanita berkenaan, 40-an, berkata beliau kini bimbang memandangkan pihak yang bertempur dengan pihak keselamatan Malaysia itu masih tidak dikenalpasti.

"Kami bimbang ini adalah kerja kumpulan yang sama (dengan penceroboh Lahad Datu)," katanya ketika dihubungi melalui Facebook pada malam tadi.

Sementara itu, seorang pekerja penghantar barang ketika dihubungi berkata beliau juga dihalang di satu sekatan jalan raya apabila cuba memasuki Semporna pagi ini.

"Kenderaan di dalam tak boleh keluar, kenderaan di luar tak boleh masuk. Tapi boleh masuk kalau jalan kaki (tidak menggunakan kenderaan)," kata lelaki tersebut, 44 tahun, ketika dihubungi.

Polis hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah dalam kejadian petang semalam.

Serang hendap oleh kumpulan tersebut berlaku susulan pertempuran di antara pihak keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Seramai 12 orang kumpulan penceroboh berkenaan dan dua anggota komando polis terkorban dalam pertempuran pada hari Jumaat lalu.