Rabu, 30 Januari 2013

bumiperak

bumiperak


Selangor akan bubar DUN hujung Februari, ambil-alih urus air

Posted: 30 Jan 2013 04:52 PM PST

SHAH ALAM 30 Jan. Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu.

"Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen," katanya dalam twitter.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

"Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mendapat mandat baru demi kepentingan rakyat," jelas Khalid.

Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.

Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.

Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing yang diarah mengundi BN.

Masa yang sama mengenai air, Khalid berkata pihaknya juga akan bertindak selepas Tahun  Baru Cina dengan mengambil alih SYABAS, SPLASH, Puncak Niaga dan ABBAS.

Beliau berkata kerajaan negeri berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Putrajaya tidak ada halangan untuk Selangor mengambil alih syarikat- syarikat itu.

Khalid bagaimanapun akur kerajaan negeri tidak dapat mengambil syarikat konsesi jika tidak menerima persetujuan kerajaan pusat mengenai isu pampasan yang ditawarkan kepada empat syarikat berkenaan.

"Saya sudah menulis surat kepada kerajaan untuk menyatakan saya membuat tawaran (kepada syarikat konsesi). Jika berlaku perbezaan harga, kerajaan persekutuan mestilah bersetuju supaya perkara ini dibawa ke peringkat timbang tara, Kalau timbang tara bersetuju Selangor perlu bayar lagi, kita bayar lah," ujar beliau.

Adalah difahamkan Syabas dan Puncak Niaga menolak tawaran pampasan kerajaan negeri yang berjumlah RM11.5 bilion.
~Keadilandaily

Nasha: Menangis pun tidak, ketawa pun tidak

Posted: 30 Jan 2013 01:05 AM PST

nasaruddinmatisa"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian – sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.
"PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," Prof Agus.
Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.

"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat. PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu.

Ia dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau mematuhi beberapa peraturan majlis syura - antaranya ialah kegagalannya menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu. Sebelum ini, Nasharuddin sendiri tidak hadir ke muktamar tahunan PAS yang lalu walaupun beliau pernah menyandang jawatan timbalan presiden PAS.

Mengulas lanjut, Agus menegaskan di luar lingkungan PAS, orang ramai melihat pengguguran Nasharuddin sebagai satu isu sampingan.

Justeru Agus meramalkan nasib politik Nasharuddin tidak akan mampu menimbulkan 'gelombang' rakyat - satu fenomena yang menurutnya hanya mampu dicetuskan personaliti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu seperti keadilan sosial dan pentadbiran. Jikalau isu-isu sempit, ia tidak akan memberikan kesan melainkan ia melibatkan isu-isu sejagat," katanya.

Sebelum ini, Nasharuddin dilihat semakin intim dengan kepimpinan Umno terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Penggugurannya juga berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menemani Najib melawat Palestin.

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Bekas bintang bola sepak negara Radhi Mat Din bersama Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ)

Posted: 30 Jan 2013 08:20 AM PST




PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Tampil dalam gaya kasual - berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang - Radhi mengimbau kembali bagaimana 'runtuhnya' kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

"(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya. "Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Radhi, anak kelahiran Kedah merupakan kapten paling lama dalam skuad hijau-kuning. Pemain tengah itu pernah mewakili negara dan menempa populariti dalam liga semi pro negara sekitar 90-an. Penampilannya malam ini dilihat bagi menarik sokongan peminat bola sepak tempatan yang merindui aksi-aksi menarik sekitar zaman bola sepak tempatan yang mendapat perhatian besar ketika itu.

Ajak Dr M, Pak Lah berdemo

Berkongsi pentas bersama Mursyudul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Radhi menyuarakan kebimbanganya terhadap kemerosotan mutu bola sepak negara secara lebih serius.

"Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak," katanya.

Dalam ceramah di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Radhi membuat 'pendedahan' yang mengejutkan sebahagian penyokong yang hadir. "Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan. "Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi," katanya.

Katanya, jika usaha bagi meluluskan pemberian lesen judi tidak dihalang, apa bakal ditonton bukanlah permainan bola sepak sebenar tetapi hanyalah "lakonan permainan bola", katanya.

Radhi juga menyeru dua bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi supaya turut serta dalam perhimpunan di Istana Negara pada 3 Julai depan bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini. "Ini penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan," tambahnya. - malaysiakini.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

Jenazah Ustaz Hassan Shukri selamat disemadikan

Posted: 30 Jan 2013 08:18 AM PST


Jenazah bekas timbalan presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Taman Selaseh 2, Gombak di Kuala Lumpur pada jam 9.55 pagi.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira tiga kilomreter dari rumahnya di Taman Melewar.

Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.

Sebelum itu, lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu di tanah lapang di hadapan rumahnya.


Ia diimami oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.

Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.


Tinggal kenangan....

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Laporan fitnah: Utusan sedia bayar ganti rugi pada Azan Ismail

Posted: 30 Jan 2013 09:08 PM PST

KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah.
Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.
Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.
"Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan," jelas Azan mengulas keputusan itu.
Azan menuntut Utusan membuat permohonan maaf terbuka sebagai bukti mereka menyedari kesilapan dan perlu menyiarkan berita dengan telus.
Read More / Baca Lagi >>

Kecoh peserta protes IC merah dihalang masuk JPN

Posted: 30 Jan 2013 09:05 PM PST



 
Satu kekecohan berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang apabila polis cuba menghalang peserta protes yang memegang kad pengenalan (IC) merah daripada memasuki premis tersebut.

Kira-kira 30 pemegang IC merah dan keluarga mereka serta beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum itu berkumpul di Jalan Larut pagi ini sebelum berarak ke pejabat JPN di Anson Road.

NONEKumpulan itu, yang diketuai Naib Presiden PKR, N Surendran, termasuk
warga emas dan kanak-kanak yang gagal mendapatkan IC biru dari JPN.

Apabila mereka tiba di destinasi tersebut, kekecohan berlaku apabila polis cuba menghalang mereka memasuki pejabat JPN itu.

"Ini menyalahi undang-undang," kata Surendran.

Satu peserta protes itu menjerit "polis sabotaj kita!"

Ancaman ditangkap

Latheefa Koya dari Peguam NGO for Liberty berkata polis telah mengancam untuk menangkap mereka.

Mereka disertai ramai penyokong dan wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak), Jason Ong (Kebun Bunga), dan Ng Wei Aik (Komtar).Read More / Baca Lagi >>

Pasca HKR#KL112: Juham sedia peguam hadir ke balai polis

Posted: 30 Jan 2013 09:03 PM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 14 orang yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu dinasihatkan tidak takut untuk membantu siasatan polis.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi berkata, 14 orang tersebut hanya dipanggil untuk membantu siasatan polis, bukan untuk didakwa.

Bagaimanapun katanya, mereka tidak perlu hadir secara terburu-buru selagi notis pemberitahuan tidak dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Dari sudut perundangan, mereka tidak perlu serah diri sehingga polis mengeluarkan notis pemberitahuan.

"Polis harus mengeluarkan notis pemberitahuan meminta mereka hadir untuk membantu siasatan. Polis ada prosedur siasatan, tidak boleh terus dakwa. Jadi mereka tidak perlu takut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Pasca HKR#KL112 : Buru peserta bawa kanak-kanak bakal percepatkan Umno BN jatuh- CheguBard

Posted: 30 Jan 2013 09:01 PM PST

#KL112 mencatatkan sejarah tersendiri. Tidak ada siapa yang boleh memberikan angka tepat mengenai berapa ramai yang berhimpun dalam dan di sekeliling stadium pada 12 Januari lepas. Namun seperti biasa angka ini akan dijadikan bahan oleh regim untuk perkecil himpunan rakyat ini. Mulanya regim mengumumkan tidak lebih dari 30,000 orang sahaja, namun jumlah ini disentak dengan pengumuman polis yang menyatakan pihak penganjur bersalah langgar syarat kebenaran iaitu melebihi 30,000 orang. Apa pun penafian kebangkitan rakyat dengan regim bermain nombor mudah dipatahkan dengan gambar himpunan.
Isunya bukan sekadar jumlah, bagi regim ini makin panik ialah di manakah agensi seperti PDRM berada? Di mana-mana sejarah kebangkitan rakyat menghumban regim tua, di mula kebangkitan pasti polis atau tentera alat penting regim untuk mematahkan kebangkitan rakyat tetapi apabila hakikat sebenar bahawa betapa regim membawa kerosakan dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi maka saat kemenangan kebangkitan rakyat akan ditandakan dengan bermulanya (selalunya sebahagian) dari polis atau tentera sedia untuk 'mengkhianati regim' dan duduk bersama rakyat. Tanda ini agak jelas ketika Himpunan #KL112 atau HKR baru-baru ini.
Bagaimana ketika Najib diluar negara, pimpinan utama polis selesa duduk berbincang dengan pimpinan rakyat di Bukit Aman sehingga persetujuan untuk mencipta sejarah himpunan rakyat paling aman dan paling ramai sejak merdeka. Namun setelah Najib pulang dari luar negara 'mungkin' polis ditekan dan dipertikai mengapa PDRM berani memberi jaminan sedemikian, maka sedikit gangguan dimunculkan iaitu surat cadangan mengalih lokasi himpunan ke Bukit Jalil.
Read More / Baca Lagi >>

Nasha perlu tinggalkan Pas jika nak sertai parti lain...!!!!

Posted: 30 Jan 2013 08:57 PM PST


MAHFODZ-MOHAMED
SENAI – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang digugurkan keanggotaan oleh Majlis Syura, 13 Januari lalu, perlu keluar Pas jika berhajat untuk menyertai parti lain, tegas Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

"Jika dia pilih parti lain untuk dianggotai, dia kena keluar Pas kerana dia tak boleh menyertai dua parti. Isunya kini beliau hanya digugurkan oleh Majlis Syura.

"Bagi saya tidak ada halangan Nasha untuk terus aktif dalam parti namun dia kena ikut peraturan yang ditetapkan, malah tahun depan masih ada pemilihan, dia boleh bertanding sebagai Timbalan Presiden jika mahu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahfodz berkata, Nasha sememangnya aktif dalam pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Al-Quds, dan itu hak beliau untuk meneruskan aktiviti dan cita-cita.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : BN akan beri khidmat lebih baik jika diberi mandat lagi.....!!!! 55 Tahun rakyat kasi peluang....dah terlewat beb...!!!

Posted: 30 Jan 2013 08:56 PM PST

ALOR SETAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan memberikan khidmat bakti yang jauh lebih baik sekiranya masih diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.
  
Beliau berkata hanya BN yang dapat membuat perubahan terancang dan menentukan pertumbuhan dalam sektor-sektor tertentu bagi meningkatkan pendapatan negara.
  
"Kita dapat buat perubahan terancang, orang yakin dengan kita. Bila ada pelaburan besar, hasil kerajaan akan bertambah dan kita akan gunakan pendapatan itu untuk memberi bantuan kepada rakyat.
  
"Kita bagi BR1M, bantuan persekolahan anak-anak, untuk pelajar universiti... itu setakat ini... Kita boleh buat lebih lagi pada masa depan kalau dapat mandat rakyat," katanya ketika berucap sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dekat sini untuk lawatan sehari di Kedah hari ini.
  
Beliau berkata perubahan mendadak dalam pentadbiran sesebuah negara tidak mungkin akan memberi kesan yang lebih baik.

"Kesan daripada perubahan yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan mata wang jatuh, inflasi meningkat, pelancongan lumpuh dan keselamatan negara tidak terjamin," katanya.

Najib berkata kejayaan pimpinan BN membangunkan negara sehingga kini telah meyakinkan semua pihak dan buktinya dapat dilihat ketika rombongan perdana menteri melawat Gaza, Palestin baru-baru ini.
  
Read More / Baca Lagi >>

Masihkah kau ingat?

Posted: 30 Jan 2013 08:52 PM PST


Masihkah kau ingat .....masihkah kau ingat ....Kita berlari-lari mencari rezeki di bumi Allah ini.........tapi sekelip mata...rezeki kita di'renggut' kerna harga barang yang semakin meningkat tidak turun-turun.

Hanya satu jalan untuk TURUNkan harga barang ..............iaitu TURUNkan Kerajaan BN dulu........Insya Allah harga minyak turun, harga tol tiada langsung.........dan harga barang pun TURUN.

Bingai Dan Tolol : ‘Harga murah punca krisis air di Selangor’...otak udang menteri BN...!!!!

Posted: 30 Jan 2013 08:50 PM PST

Chin memberi amaran supaya isu ini tidak dipolitikkan kerana isu ini adalah demi kepentingan rakyat Malaysia sendiri. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata harga air yang murah punca kepada krisis bekalan air terputus berlaku di negeri Selangor baru-baru ini serta menegaskan hal tersebut menunjukkan penting bagi kerajaan melakukan penstrukturan tenaga dan air bagi memastikan kedua-dua bekalan utama tersebut tidak mengalami masalah pada masa depan.
Menurut beliau, langkah kerajaan negeri memberikan harga air yang murah bukanlah sesuatu kaedah terbaik kerana ia hanya akan menyebabkan kepada lebih banyak pembaziran.
"Krisis di Selangor baru-baru ini adalah salah satu contoh akibat buruk yang berlaku dan menyebabkan ratusan ribuan rakyat menerima kesannya.
"Air murah yang diberikan hanya menyebabkan pembaziran kerana orang ramai yang tidak menghargai dan menggunakannya secara berlebihan," kata Chin dalam satu majlis anjuran Institut Strategi Dan Kepimpinan Asia pagi tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Syaitan : Kalau nak tipu biarlah logik – Tuan Ibrahim

Posted: 30 Jan 2013 08:46 PM PST

Tuan Ibrahim bersama Pengarah Pilihan raya PAS Pahang, Abd Majid Hassan dan Roslan Zainal menunjuk poster haram berkenaan.

TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan penyebaran poster haram memaparkan wajahya bersama pemimpin Pakatan Rakyat memakai topi 'Bintang Tiga' menunjukkan betapa lemahnya pemikiran politik pihak berkenaan.

Katanya, penyebaran  poster seperti itu menggambarkan mereka terdesak dan kehabisan modal untuk menghadapi Pakatan Rakyat.

"Kalau nak tipu pun biarlah munasabah bukannya menyebar poster dan risalah fitnah seperti itu yang jelas membohongi orang ramai," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat ketika ditemui di pejabatnya dekat sini.

Ini, ujarnya kerana Bintang Tiga dan Pakatan Rakyat tidak pernah wujud pada masa yang sama.

Tambahnya, pemimpin Pakatan Rakyat juga tidak pernah menjadi ahli pertubuhan bersenjata yang wujud pada zaman penjajah British itu.
Read More / Baca Lagi >>

Projek IC: Siasat siapa dalang sebenar

Posted: 30 Jan 2013 08:45 PM PST


KOTA KINABALU: Tindakan beberapa pihak tertentu yang membabitkan Ketua Pemuda PAS Sabah dalam Projek IC dilihat sebagai tindakan terdesak bagi mengalih isu sebenar dalam pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing.
Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, tindakan beberapa pihak tertentu yang bertindak mengheretnya bersama Projek IC merupakan tindakan terdesak yang cuba mengalih isu dan dalang sebenar dalam Projek IC itu.

"Sebenarnya, mereka ingin mengalih perhatian dari isu dan dalang sebenar Projek IC yang sanggup menggadai kewarganegaraan demi mendapat undi dalam pilihanraya," kata Lahirul yang ditemui selepas sesi keterangan RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, kelmarin.

Dalam sesi pendengaran sesi kedua tersebut, beliau turut memberikan penjelasan berkenaan bapa beliau yang berasal dari Indonesia dan telah berkahwin dengan ibunya, seorang warganegara Malaysia yang bersal dari Beaufort dan berbangsa Murut.

"Setahu saya, kita boleh mengikuti sama ada etnik bapa atau ibu kita," katanya kepada Pegawai Pengendali Siasatan RCI, Jamil Aripin.


Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Wanita dimartabat jika Pakatan kuasai Putrajaya

Posted: 30 Jan 2013 08:43 PM PST


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mencadangkan supaya Pakatan Rakyat meletakkan wanita di setiap kementerian sama ada jawatan menteri atau timbalan menteri sekiranya mendapat mandat dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, apa yang dilaksanakan kerajaan BN hari ini tidak menyeluruh mengakibatkan beberapa perkara dibuat tanpa memikirkan soal wanita.

Katanya, ini perlu bagi memastikan agenda wanita yang dirancang bersama dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Beliau berpandangan sedemikian ekoran tindakan Umno BN yang memandang ringan soal wanita sehinggakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau percaya penglibatan wanita di peringkat kementerian dapat dipertingkatkan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya nanti.

Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah kempen untuk semua calon bantu Pakatan menang

Posted: 30 Jan 2013 08:42 PM PST

KUALA LUMPUR 31 Jan: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berkempen untuk semua calon dari parti itu membantu kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
Menurutnya, beliau tidak bertanding PRU 13, namun akan sentiasa memberi sokongan kepada calon mewakili KEADILAN termasuk Pakatan.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu berkata, walaupun beliau tidak layak bertanding untuk kerusi Parlimen, tetapi beliau masih boleh bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Saya layak untuk bertanding, dan saya memang pengundi di Permatang Pauh. Tetapi kali ini biarlah saya berkempen untuk semua, membantu Pakatan Rakyat menang," katanya kepada Keadilan Daily ketika ditanya berkenaan kerusi mana akan ditandingi beliau nanti.
Sebelum ini, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding di mana-mana kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya mahu bebas berkempen di semua tempat. Jika saya bertanding, saya akan terhad kepada kawasan saya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Melayu miskin di bawah Umno/BN

Posted: 30 Jan 2013 08:41 PM PST

Isu Melayu Johor yang paling miskin ini didedahkan oleh Abdul Razak Ismail, penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak dalam satu program di Kampung Tersusun Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak Jumaat lalu. 

PASIR SALAK:  PKR Pasir Salak menyelar pemimpin Umno/BN kerana menyebabkan merosotnya  taraf ekonomi orang Melayu  terutamanya di Johor yang merupakan 'kubu kuat' Umno.
Ini ekoran pendedahan oleh Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas pada 15 Januari lalu.
Isu Melayu Johor yang paling miskin ini didedahkan oleh Abdul Razak  Ismail, penyelaras PKR Parlimen  Pasir Salak dalam satu program ceramah yang diadakan di Kampung Tersusun Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak  Jumaat lalu.
Turun hadir dalam program tersebut ialah Osman Abdul Rahman, Ketua Cabang PKR Pasir Salak yang juga merupakan penyelaras DUN Sungai Manik.
Pendedahan oleh Syed Ali tersebut begitu memeranjatkan banyak pihak kerana selama ini kita diberi gambaran dan tanggapan salah oleh media arus perdana dan eletronik serta pemimpin-pemimpin Umno bahawa orang Melayu di Kelantan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS kononnya yang paling miskin di Malaysia.
Jadi jelaslah walaupun Johor merupakan negeri yang dikuasai oleh Umno/BN sejak 55 tahun yang lalu dan merupakan negeri pengasas UmnonAllahyarham Datuk Onn Jaafar   sendiri tapi hakikatnya nasib orangnMelayu di negeri tersebut terus diabaikan.
Read More / Baca Lagi >>

Prof Agus: 'Kedudukan menjelang PRU13 sengit'

Posted: 30 Jan 2013 08:37 PM PST


Agus Yusoff
Agus Yusoff... 'setiap parti masih ada peluang yang seimbang untuk menang'.
 
PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, anak kelahiran Machang, Kelantan, antara pensyarah sains politik yang telah menggunakan banyak masa akademiknya untuk mengkaji perkembangan politik, selain mengkaji pola pengundi dan perkembangan pilihan raya di Malaysia dan Indonesia.

Selain tokoh akademik, beliau lebih dikenali sebagai penganalisis politik yang mempunyai kelas yang tersendiri dan penilaian terhadap perkembangan politik tanah air malah hasil kajiannya sentiasa mendapat rujukan pelbagai pihak khususnya ahli politik dan pihak berkepentingan terutamanya menjelang pilihan raya umum tahun ini.

Ikuti temu bual eksklusif Sinar Harian Online bersama beliau bagi mendapatkan gambaran sebenar politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai seorang penganalisis dan pemerhati politik, apakah telahan Prof berhubung peluang pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia?

AGUS: Jika melihat kepada ramalan dari hasil kajian yang dibuat oleh beberapa penganalisis sebelum ini, kedua-dua parti yang bersaing iaitu Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang sama rata.

Prof (Ulung Datuk) Dr. Shamsul Amri Baharudin meramalkan BN akan menang dengan 120 kerusi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang meramalkan PR akan menang dengan 125 kerusi, bekas Ketua Ekonomi Bank Islam memberikan peluang yang lebih baik kepada PR, dan begitulah juga dengan banyak kajian lain yang telah diberikan oleh para pengkaji dan penganalisis, lebih kurang seimbang sahaja peluangnya.

Tidak ada seorang pun penganalisis yang berani meramalkan mana-mana parti yang bersaing dapat memenangi dengan dua pertiga majoriti sepertimana yang biasa kita dengar sebelum ini.

Bagi saya pula, setelah penelitian dibuat kepada data yang ada, kedudukan sekarang adalah sengit.

Setiap parti masih mempunyai peluang yang seimbang untuk menang dengan kedudukan sekarang saya dapati BN selesa di 96 kerusi dan PR di 68 kerusi.

Selebihnya 58 kerusi lagi adalah kawasan menarik untuk diperhatikan kerana secara umumnya kerusi-kerusi tersebut mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu sekitar 20 peratus.


Kelebihan dan kekurangan BN-PR

Read More / Baca Lagi >>

LEBIH PAS DARI PAS : ANEH DAN PELIK TETIBA JE PEMIMPIN UMNO JADI PEMBELA USTAZ NASHA

Posted: 30 Jan 2013 08:35 PM PST

MASIH AHLI PAS
Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari 2013 telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugur atau memecat beliau daripada parti PAS.
Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS. Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat.
Sebagai  ahli parti beliau seharusnya mengambil kira peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh parti. Lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi orang nombor dua dalam PAS. Dalam beberapa keadaan tindak tanduk dan gelagat bekas Timbalan Presiden PAS ini telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti dan ianya boleh merugikan PAS. Andainya dia istiqomah dalam berjamaah pasti dia tahu menjaga adab berjamaah.

Ustaz Nasha bukannya di pecat atau digugurkan sebagai ahli PAS, ia cuma digugurkan dari menjadi ahli Majlis Syura Ulama PAS sahaja. Jawatan dalam Majlis Syura adalah lantikan bukan pertandingan jadi istilah di pecat tidak timbul. Mana-mana parti dan pertubuhan ahlinya terikat dengan peraturan soal gugur dan pecat kerana melanggar peraturan adalah perkara biasa.
Read More / Baca Lagi >>

Stop BN to stop land grabs in Johor

Posted: 30 Jan 2013 08:33 PM PST

Land grabs in Johor started in 1992 with the then Menteri Besar Muhyiddin Yassin, now deputy prime minister, acquiring a total of 32 million acres.

By Chua Jui Meng
The only way for Pengerang villagers to prevent from being "robbed" of their land is to dump the Barisan Nasional Johor and federal governments in the coming general election.
Only a change in both governments can Johoreans put a stop to BN-Umno leaders' misuse and abuse of the Land Acquisition Act 1960 to enrich themselves, their families and cronies.
Pakatan Rakyat's PKR, DAP and PAS leaders were present at the Sept 30, 2012, Himpunan Hijau rally in Pengerang to protest the massive acquisition of land for the Refinery & Petrochemical Integrated Complex (Rapid).
We care for your (Pengerang folk) interest. But where were your MP (Azalina Othman) and assemblymen? Where was your Menteri Besar (Ghani Othman)?
Eviction has already started in stages but Ghani has yet to reveal the quantum of compensation for affected villagers and also alternative accommodation.
The Rapid project will wipe out 17 kampungs whose residents are mostly Malays. The 180-year-old Pekan Pengerang, a Chinese town, will suffer the same fate.
Pengerangites will lose their traditional livelihood and their environment will be highly polluted.
Not only will you lose your land, the cemeteries of your loved ones will also be exhumed.
The land grabs in Johor started in 1992 with the then Menteri Besar Muhyiddin Yassin, now deputy prime minister, acquiring a total of 32 million acres.
The BN-Umno's simple modus operandi is to use the Act to grab land cheaply for property development.
Ultimately, the properties are sold at sky high prices, affordable only to rich Singaporeans and non-Johoreans.
In Pengerang, Rapid and the property development will not benefit Johoreans.
Project rejected in Selangor
Read More / Baca Lagi >>

COME ON HOME, GUYS: Let's change Malaysia TOGETHER!

Posted: 30 Jan 2013 08:31 PM PST

COME ON HOME, GUYS: Let's change Malaysia TOGETHER!Jom Balik Undi campaign urges all Malaysians abroad to fly home to vote in the 13th general elections to ensure a brighter future for Malaysia
We, a group of Malaysians currently living abroad, have organised the Jom Balik Undi (JBU; Malay for "Let's Go Home and Vote") campaign to urge all Malaysians abroad to fly home to cast their vote in the upcoming 13th general election to realise the possibility of a cleaner and brighter future for all Malaysians.
The upcoming 13th general election is critical to the future of Malaysia. The possibility for a brand new Malaysia is closer than ever before. Every vote counts.
We Malaysians abroad have a part to play in influencing the results of the 13th general election. We will do this by ensuring the highest possible voter-turnout on Malaysian soil and casting our votes in full force. In doing so, we also minimise the opportunities of electoral fraud and vote tampering on polling day.
This JBU campaign is being conducted notwithstanding the recent proposal by the Election Commission of Malaysia to allow registered voters living abroad to register themselves as postal voters and participate in the coming elections via the postal voting process.
JBU firstly urges Malaysians abroad who can afford the cost to return home to vote, but JBU also urges all Malaysian registered voters who cannot return home to apply to become postal voters as soon as possible.
How to participate in JBU
All Malaysians near and far are urged to participate in the JBU campaign by
1) Taking photos of themselves holding a sign that has their personal message of change and hope written on it
2) Submitting these photos to JBU at timeforchangemalaysia@gmail.com
3) Liking the JBU Facebook page (www.facebook.com/JomBalikUndiMalaysia) and sharing the photos widely
All photos received will be published on the Jom Balik Undi FaceBook page within 24 hours to spread the JBU message and inspire more Malaysians to join in our campaign.
Read More / Baca Lagi >>

RCI pendatang asing Sabah gagal heret ‘tangan ghaib’ – Fuziah

Posted: 30 Jan 2013 08:30 PM PST

KUALA LUMPUR 31 Jan: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) gagal mengheret 'tangan ghaib' yang terlibat dalam pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah.
Katanya, ini kerana RCI itu hanya memfokuskan kepada operasi tetapi tidak menyiasat individu yang bertanggungjawab.
"Kalau mengikut laporan RCI yang sedang berlangsung sekarang, kita dapati perkara-perkara yang disiasat hanya pada permukaan, seolah-olah melepaskan batuk di tangga," kata Ahli Parlimen Kuantan itu ketika dihubungi.
"RCI tak selidik siapa yang bertanggungjwab, contohnya penglibatan Setiausaha Politik Dr Mahathir, Abdul Aziz Shamsuddin. Ia membuktikan wujud 'tangan ghaib' yang mengarahkan semua itu," jelasnya.
Menurut Fuziah, pendedahan tersebut merupakan isu besar, namun melihat kepada perjalanan RCI di Kota Kinabalu, ia tidak akan menjurus 'tangan ghaib' tersebut.
"Saya yakin operasi pemberian IC tersebut melibatkan pengkhianatan oleh pihak tertinggi kepada rakyat Malaysia," katanya.
"Saya seru agar pihak RCI gunakan prosiding tersebut untuk selidik siapa sebenarnya yang memberi arahan tersebut. Gali isu ini, bukan hanya fokus kepada pegawai-pegawai di bawah yang terlibat," katanya lagi.
RCI memulakan prosiding pada 14 Januari lalu dengan menampilkan 48 saksi.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah: Azan beri dua kata kpd Utusan

Posted: 30 Jan 2013 08:13 PM PST

AES Dihentikan Sementara! Adakah Nyawa Orang Cina Dalam Bahaya?

Posted: 30 Jan 2013 06:59 PM PST


Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2013 kali ini, yang merupakan perayaan terbesar sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 (DI SINI), kerajaan berbesar hati untuk menghentikan sementara operasi AES Malaysia ini.
AES Malaysia Cina Sempena Tahun Baru Cina 2013 : AES Dihentikan Sementara! Adakah Nyawa Orang Cina Dalam Bahaya? Jikalau semasa berlangsungnya perayaan Thaipusam, Deepavali, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan juga Krismas, AES tetap berjalan seperti biasa tanpa mengenal erti penat "menjaga keselamatan anda semua di jalanraya" dan dalam pada masa yang sama "mencari pelanggan baru mereka". Tetapi tidak sempena perayaan Tahun baru Cina 2013 kali ini. Ooh…..ada cuti juga rupanya AES ini.
Lumut: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak akan beroperasi sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Begitupun, katanya, penguatkuasaan undang-undang jalan raya tetap diperketatkan di kawasan terbabit dan yang berisiko tinggi menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
"Kita tidak akan menggunakan AES sepanjang musim perayaan kerana perkara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara"
Pelik juga, masih tidak diputuskan lagi? Jadi mengapa masih dipasang? Dan mengapa operasi AES ini boleh dihentikan sementara semata-mata perayaan kali ini? Kiranya selama ini siapa yang dikenakan saman AES, boleh "avoid saman" itu? Ini kerana sehingga ke Tahun Baru Cina masih lagi belum diputuskan!
"Bagaimanapun, operasi bersepadu tetap berjalan seperti biasa dan kita mahu semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan demi keselamatan nyawa orang ramai," katanya selepas merasmikan Majlis Derma Darah anjuran Kelab Lions Sitiawan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Pundut di sini kelmarin.
Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, JPJ akan menempatkan anggotanya yang menyamar sebagai penumpang bas ekspres sepanjang operasi bersepadu itu.
Katanya, langkah itu perlu bagi memerhati dan mencatatkan kesalahan lalu lintas serta tingkah laku pemandu bas ekspres sepanjang perjalanan bagi mengelak sebarang kemalangan membabitkan perkhidmatan pengangkutan awam itu. Beliau berkata, JPJ juga menjalankan penguatkuasaan lain termasuk pemeriksaan bas ekspres di 64 depoh bas yang dimiliki syarikat bas ekspres utama.
"Penggunaan kenderaan perkhidmatan awam pada tahun ini dijangka meningkat kepada 21 peratus berbanding 17 peratus tahun lalu.
"Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan JPJ bagi memastikan bas dinaiki selamat dari segi teknikal serta pemanduan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kematian Sugumaran dibincang di kabinet, PM minta laporan forensik...adakah jadi filem terhebat 2013..????

Posted: 30 Jan 2013 06:56 PM PST

Ibu Sugumaran, K. Manimagalay (kanan), ditenteramkan oleh saudara selepas melihat tubuh anak bongsunya. - Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 31 Jan – Kes kematian pegawal keselamatan C. Sugumaran ketika tangan bergari dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta laporan forensik mengenai kematian tersebut.
Beliau mengarahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk berbuat demikian selepas Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel membangkitkan isu itu tersebut.
Pengarah Strategik MIC S. Vell Paari dipetik dari laman Mstar Online berkata post-mortem kedua akan dilakukan ke atas pengawal keselamatan yang meninggal dunia selepas didakwa dipukul oleh polis dan orang awam selepas mengamuk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat pada Rabu lalu.
Post-mortem pertama menunjukkan pengawal keselamatan itu meninggal dunia akibat serangan jantung.
Vell Paari berkata Pemuda MIC akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang membantu keluarga tersebut untuk melantik ahli patologi bebas yang akan melakukan post-mortem kedua.
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan mahu royalti, bukan masjid

Posted: 30 Jan 2013 06:29 PM PST

Subky Latif,
SETELAH banyak juga janji masih belum ditepati, Perdana Menteri Najib mengumpan pengundi Kelantan akan mendirikan sebuah masjid besar di negeri itu kiranya Barisan Nasional berjaya mengambil Kelantan dalam PRU13 ini.

Apabila BN berjaya mengambil semula Terengganu dalam PRU 2004, ia membina Masjid Kristal di negeri yang sudah banyak masjid itu. Adakah sebuah Masjid Kristal lagi dibina pula di Kelantan?

Kelantan masa ini tidak terdesak  sangat untuk sebuah masjid besar dan baru tetapi yang rakyat mahukan ialah royalti minyak yang dinapikan sejak beberapa tahun ia dilombong Patronas.

Ini tuntutan rakyat Kelantan. Tidak diberi masjid besar dan beberapa lagi tawaran Najib selain dari masjid itu pun tidak mengapa,  asal royalti itu dibayar kepada Kerajaan Kelantan, seperti yang lunaskan kepada Sabah  dan Sarawak.

Jika royalti itu diserah kepada Kelantan, maka Kelantan tahu apa yang ia hendak buat. Ia boleh bina masjid besar, bukan sekadar sebuah. Tiga buah pun ia boleh bina. Ia boleh bina lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai kiranya kerajaan pusat tidak sedia menunaikan tanggungjawab federalisma yang wajib baginya.

Itu sekadar 5% seperti yang  diperuntukan oleh Akta Petronas sekarang. Kalau royalti itu 20% seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat jika ia sampai ke Putrajaya, maka banyak lagi kebajikan yang ia boleh sumbangkan. Bukan sekadar sebuah masjid besar boleh dibina, kalau rakyat mahu sangat masjid besar, ia boleh bina masjid sebesar yang Najib katakan itu  di setiap jajahan.

Sekadar tujuh tawaran yang Najib buat itu tidak sama dengan 20 peratus royalti minyak seperti yang Pakatan Rakyat janjikan.
Read More / Baca Lagi >>

William Yau dan Nurin Jazlin tak mati bersia-sia

Posted: 30 Jan 2013 06:26 PM PST

Penantian mengenai identiti sebenar mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang petang Khamis lalu, akhirnya terjawab sudah.
Segala igauan buruk dan kebimbangan bahawa mayat itu berkemungkinan adik William Yau Zhen Zhong menjadi kenyataan. Ini berdasarkan kepada laporan awal DNA yang dijalankan oleh pihak forensik.
Mayat adik William Yau telah pun selamat dibakar petang Isnin sekaligus mengakhiri minggu yang cukup sukar buat kedua ibu bapa dan sanak-saudara William.
images (9)Namun pada ketika kaum keluarga Yau masih bersedih dan dalam keadaan terkejut dengan kematian William, kita dikejutkan dengan dakwaan sesetengah laporan pihak media kononnya mendiang William Yau didera oleh bapanya semasa hidup.
Dakwaan tersebut cukup merungsingkan bukan sahaja kepada ibu bapa William bahkan juga rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Apakah mungkin dakwaan itu berasas?
Sekali pandang, tidak mungkin mana-mana ibubapa akan mendera anak kandungnya sendiri. Malah, bapa William telah menafikan sekeras-kerasnya laporan media bahawa dia telah mendera William.
Setakat petang Isnin lalu, pihak polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada badan William melainkan beberapa kesan parut sahaja. Yang pasti, beberapa kesan parut tidak boleh dijadikan asas kukuh bahawa William telah didera.
Jika alasan itu dijadikan sebagai alasan, maka penulis yang juga mempunyai beberapa kesan parut pada bahagian kaki boleh juga dikatakan telah didera. Sebarang pendakwaan harus disertakan dengan bukti dan hujah yang kukuh.
Maka kerana itu, ia sesuatu yang janggal dan tidak bertanggungjawab untuk pihak berkepentingan cuba mengaitkan kesan parut itu dengan insiden penderaan.
Berdasarkan kepada laporan media, tidak pula disebutkan bahawa mendiang William mempunyai hubungan tegang dengan kedua ibu bapanya. Malahan, hubungan mereka pada dasarnya baik.
Perbuatan menuding jari
Read More / Baca Lagi >>

Dasar transformasi Najib gagal: Kerajaan BN patut ditukar pada PRU-13

Posted: 30 Jan 2013 06:23 PM PST

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Kerajaan Persekutuan yang diperintah Barisan Nasional (BN) patut ditukar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti kerana kegagalan slogan dan dasar transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Katanya, ini termasuk sikap berpura-pura Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat pendatang tanpa izin di Sabah, risiko tinggi Malaysia dalam rasuah pertahanan dan kedudukan kebebasan akhbar paling buruk.
Beliau berkata, hampir setiap hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan bukti kegagalan slogan dan dasar transformasi Najib termasuk siasatan RCI Sabah yang sudah masuk minggu kedua pendengaran awam.
"Rakyat Sabah dan Malaysia bimbang kerana RCI tidak akan mampu menggali kebenaran hingga ke dasar mengenai tindakan menghalalkan pendatang tanpa izin di Sabah menyebabkan penduduk negeri itu meningkat lima kali ganda daripada 600,000 pada 1970 kepada 3.3 juta sekarang mengikut komen seorang pembaca Malaysiakini.
"Bagaimanapun kecacatan sebenar RCI adalah lapan syarat yang ditetapkan tidak termasuk mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab melakukan pengkhianatan terhadap negara di dalam skandal "kewarganegaraan untuk undi" di Sabah – atau secara terperinci menyiasat dan mengenalpasti dalang Projek M dan Projek IC," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 71 Hari ke PRU-13, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, RCI Sabah akan berakhir dengan sia-sia melainkan RCI Sabah dimasukkan syarat tambahan untuk menyiasat dan mengenalpasti dalang Projek M dan Projek IC di Sabah.
Read More / Baca Lagi >>

JASA bazir dana awam, dipercayai terbabit sindiket beri MyKad, daftar pengundi hantu

Posted: 30 Jan 2013 06:22 PM PST


KUALA LUMPUR, 31 JAN: Selain menjadi alat dan 'barua' propagandis UMNO/Barisan Naional (BN) dalam perkhidmatan awam, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Fuad Hasan dipercayai terbabit dalam sindiket pemberian MyKad dan pendaftaran pengundi hantu.
Merasionalkan kenyataannya, Pakar Strategik Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, kajian Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (MERAP) mendapati agensi kerajaan itu dilihat begitu agresif mendaftar ribuan pengundi baru di seluruh negara termasuk mereka yang tidak dilahirkan di Malaysia.
"Banyak yang didaftarkan di kawasan bandar tanpa alamat rumah dan nama jalan seperti yang kami temui di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Kampung Sri Gombak Indah di Gombak dan Kampung Baru Ampang, di Selangor," katanya dalam satu kenyataan.
Dr Ong berkata, ini bukan satu perkara yang mengejutkan memandangkan bukti yang dibongkar bekas penjawat awam dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) membabitkan isu pendatang asing di Sabah.
"Fuad Hassan perlu disiasat kerana mungkin memainkan peranan tertentu memberi kad pengenalan dan mendaftar mereka sebagai pemilih.
"Tindakan itu sangat berbahaya kerana membabitkan keselamatan negara dan jauh bezanya dengan tindakan Azrul Azwar yang cuma melaksanakan tugasnya dalam kerangka bidang beliau sebagai pakar ekonomi," katanya.
RM23 juta wang rakyat 'hangus' untuk propaganda BN
Sehubungan itu, Dr Ong turut membidas BN yang membazirkan RM23 juta wang rakyat yang membayar cukai seperti diperuntukan dalam Belanjawan 2013 semata-mata untuk JASA yang menjadi alat propaganda mereka.
"Kerajaan BN jelas menyalahgunakan hasil kerajaan, wang rakyat dan ini bukan suatu yang mengejutkan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>