Khamis, 24 Januari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


4 pemimpim UMNO KANTOI, tak boleh tanding PRU 13

Posted: 24 Jan 2013 09:26 PM PST

`

4 nama besar dinasihat tak tanding PRU13
SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.
Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.
Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.
Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.
Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

-sinarharian.com

Kes Sugumar : Tangkap dan gantung tugas anggota polis terlibat - Latheefa Koya

Posted: 24 Jan 2013 06:04 AM PST



Oleh: Mohd Arif Juhani
Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, saksi melihat Sugumar Cheliah, 40 dikejar empat anggota polis menaiki dua kereta peronda sebelum kejadian pembunuhan kira-kira jam 6 petang, semalam.
Selepas diberhentikan, mangsa dibelasah sekumpulan individu berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat  dalam keadaan tangan bergari dan ditekan dengan pengusung.
"Mangsa yang bergari turut dipukul beramai-ramai oleh orang sekeliling tanpa halangan polis. Polis memijak tengkuk mangsa dan menyapu muka mangsa dengan serbuk kunyit," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan,  Sugumar yang tiada rekod jenayah, turut dicampakkan ke bahu jalan dalam keadaan bogel, selepas kematiannya.
"Profesionalisme polis juga amat diragui kerana pasukan forensik hanya datang selepas jam 11 malam untuk mengambil mayat," katanya.
Menurutmangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, namun keluarganya tidak dibenar masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman selepas dimaklumkan lewat malam semalam.
"Keluarga mangsa datang awal pagi hari ini ke hospital namun selepas pukul 2 petang barulah keluarga mangsa dan peguam dibenarkan masuk," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak polis yang terlibat dalam pembunuhan itu ditangkap dan digantung tugas kerana insiden itu di bawah tanggungjawab polis.
"Saya desak polis segera menangkap dan mendakwa semua yang terbabit dalam pembunuhan ini. Insiden ini berlaku ditempat awam dan ramai saksi melihat kejadian itu," ujarnya kepada Keadilan Daily.
Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN, S. Jayathas berkata kehilangan nyawa akibat kecuaian polis bukan isu baru kerana rekod menunjukkan banyak orang awam mati di tangan polis.
"Polis gagal bertindak waras dengan mengenepikan undang-undang ketika berhadapan suspek. Ini akibat kegagalan polis melaksanakan Suruhanjaya Bebas Terhadap Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC)," ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43818
BERITA AWAL

4 anggota polis 20 samseng belasah lelaki bergari hingga mati


TERKINI @ 06:47:04 PM 24-01-2013
January 24, 2013


SERDANG, 24 Jan - Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.
Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.
Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.
Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.
Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.
Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.
Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.
Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa.
"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.
"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumaran.
Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.
Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.
Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.
Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.
Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadan. Celaka! Dah mati tapi masih gari."
Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.
Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.
Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.
Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.
"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan.
Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.
Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.
"Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.
Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".
Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.
Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini.
Ketua Polis Daerah Kajang DSP Marzuki Mohd Mokhdar memberitahu akan memaklumkan kepada wartawan selepas bedah siasat selesai yang dijangkakan malam ini.
"Kami tidak akan sembunyikan apa-apa," kata beliau.- TMI

POLIS KAWAL KETAT RUMAH MAYAT HGSPITAL SERDANG

Sekumpulan polis mengawal ketat kawasan rumah mayat Hospital Serdang hari ini ketika bedah siasat dijalankan ke atas seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bergari pada malam semalam.
Seorang peguam PKR Latheefa Koya berkata, kira-kira 20 orang termasuk empat anggota polis bersenjatakan M-16 mengawal kawasan tersebut yang dipenuhi anggota keluarga si mati.

Katanya, anggota keluarga berkenaan menunggu untuk mengecam mayat Sugumar Chelliah, 40, sejak pagi ini setelah diberitahu mengenai kematian lelaki tersebut, lewat malam semalam.

Sementara itu, ketua polis daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan membuat sidang media selepas bedah siasat tamat pada malam ini.

Beliau dijangka akan menjelaskan rentetan kejadian yang berlaku pada malam semalam, sehingga membawa kepada kematian Sugumar di satu taman perumahan di Hulu Langat

4 anggota polis 20 samseng belasah lelaki bergari hingga mati

Posted: 24 Jan 2013 03:03 AM PST


TERKINI @ 06:47:04 PM 24-01-2013
January 24, 2013


SERDANG, 24 Jan - Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.
Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.
Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.
Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.
Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.
Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.
Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.
Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa.
"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.
"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumaran.
Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.
Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.
Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.
Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.
Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadan. Celaka! Dah mati tapi masih gari."
Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.
Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.
Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.
Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.
"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan.
Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.
Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.
"Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.
Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".
Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.
Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini.
Ketua Polis Daerah Kajang DSP Marzuki Mohd Mokhdar memberitahu akan memaklumkan kepada wartawan selepas bedah siasat selesai yang dijangkakan malam ini.
"Kami tidak akan sembunyikan apa-apa," kata beliau.- TMI

POLIS KAWAL KETAT RUMAH MAYAT HGSPITAL SERDANG

Sekumpulan polis mengawal ketat kawasan rumah mayat Hospital Serdang hari ini ketika bedah siasat dijalankan ke atas seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bergari pada malam semalam.
Seorang peguam PKR Latheefa Koya berkata, kira-kira 20 orang termasuk empat anggota polis bersenjatakan M-16 mengawal kawasan tersebut yang dipenuhi anggota keluarga si mati.

Katanya, anggota keluarga berkenaan menunggu untuk mengecam mayat Sugumar Chelliah, 40, sejak pagi ini setelah diberitahu mengenai kematian lelaki tersebut, lewat malam semalam.

Sementara itu, ketua polis daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan membuat sidang media selepas bedah siasat tamat pada malam ini.

Beliau dijangka akan menjelaskan rentetan kejadian yang berlaku pada malam semalam, sehingga membawa kepada kematian Sugumar di satu taman perumahan di Hulu Langat.

UMNO Pasir Gudang tutup bilik gerakan, Mad Maslan naik angin hehehe

Posted: 24 Jan 2013 02:03 AM PST


Umno beri amaran pada jentera Pasir Gudang

NONE
Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan memberi amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang yang didakwa menutup bilik gerakan masing-masing dengan alasan kecewa dengan tindakan menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Ahmad berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang.

"Pada sesiapa yang membuat kerja memboikot begini, mereka akan diambil tindakan. Kita akan ambil tindakan keras.

"Saya ulangi, kepada sesiapa yang hendak buat cerita boikot ini, tidak ada tempat untuk mereka dalam Umno, pergilah cari NGO lain.


"Kita serius dalam pilihan raya, ia berkenaan masa depan negara," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa bilik gerakan pusat daerah mengundi hanya diarahkan untuk dibuka selepas 1 Februari akan datang.

"Itu maksudnya bukanlah ditutup, cerita ditutup ini apabila setelah penamaan calon.
"Kita belum berkempen pun lagi, jadi yang ini belum dibuka sahaja," katanya lagi ketika ditanya mengenai tindakan pemimpin akar umbi tersebut.

Laporan Sinar Harian Online hari ini mendakwa, sebahagian besar cawangan parti di Pasir Gudang menutup bilik gerakan kerana kecewa dengan tindakan menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman yang masih belum memberi hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Laporan berkenaan memetik kenyataan pegerusi tetap Umno bahagian tersebut, Abu Bakar Alibi yang mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya.

Isu hak milik tanah
Abu Bakar dalam laporan itu juga menegaskan, Umno cawangan berkenaan tidak akan menjalankan aktiviti untuk menghadapi pilihan raya dan tidak akan bertanggungjawab sekiranya tindakan pengundi menjejaskan BN.

"Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

"Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Laporan berkenaan juga memetik kenyataan daripada tiga ketua Umno cawangan di kawasan tersebut - Yacob Sahadan (Kampung Senibong), Mohd Saleh Arsad (Kampung Plentong Baru) dan Nordin Kasri (Kampung Seri Makmur).

Yacob berkata menteri besar berjanji untuk memberi hak milik tanah itu sejak 13 tahun lalu.
Pemimpin berkenaan juga antara lainnya bimbang isu tersebut akan menjejaskan sokongan orang Melayu di negeri yang didakwa sebagai kubu kuat Umno itu.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tun M dan Perkasa bunuh harapan BN (LM)

Posted: 24 Jan 2013 07:33 PM PST


Isu ganas Perkasa membunuh harapan BN

Saya mempunyai pendapat yang akhirnya Dr Mahathir dan Perkasa lah menjadi penyebab lunturnya sokongan rakyat terhadap BN khususnya UMNO.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kepada saya kenapa saya tidak pernah memberikan komen terhadap Perkasa sedangkan Perkasa itu bukannya NGO yang sejati tetapi ia merupakan cabang UMNO pada hakikatnya. Ia sesungguhnya badan politik yang aktif. - Aspan Alias

Yang buat Najib dan BN makin meroyan (LM)

Posted: 24 Jan 2013 04:06 AM PST

"Bagaimanapun, kita tahu kecenderungannya, tetapi kita tidak boleh mendedahkannya di sini," kata Mohd Redzuan.

Menarik kesimpulan yang dibuat oleh pegawai Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menyentuh mengenai kecenderungan sejumlah 21 % yang belum pasti sama ada untuk menyatakan sokongan kepada BN mengekalkan kuasa di Putrajaya ataupun memilih PR untuk ke Putrajaya selepas PRU-13.

Mengapa 'kita tahu' tapi 'kita tidak boleh mendedahkannya di sini'?..... Sandri mau tau la Najib... 

Bacaan seterusnya di sini:   Yang buat Najib dan BN makin meroyan

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


CALON BERINTEGRITI : UMNO NAK TIPU RAKYAT LAGI

Posted: 24 Jan 2013 08:38 PM PST

Tiba-tiba Umno bercakap soal calon yang berintegriti. Kononnya Umno hendak buktikan parti itu serius menjaga integritinya dengan menyahut cabaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar nama calon bagi tapisan pihak berkenaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, apa yang dilakukan oleh Umno adalah tuntutan biasa seperti pilihan raya umum (PRU) yang lalu.


Tetapi sedarkan Umno bahawa rakyat sudah muak dan mual dengan helah dan kenyataan pimpinan Umno. Jika Umno benar-benar serius untuk memastikan pemimpinnya berintegriti dan telus mengapa mereka masih membiarkan pemimpin yang terbukti rasuah memegang jawatan-jawatan dalam kerajaan.

Mengapa Umno masih membiarkan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam meneruskan tugasnya sehingga ke hari ini. Macamana pula dengan Isa Samad yang bukan sahaja dipilih semula sebagai Adun malah diamanahkan menguruskan 'lubuk duit' Felda. Bukankah kedua-duanya telah dibuktikan mengamalkan rasuah. Mereka berdua juga tidak pernah dibicarakan di mahkamah.
Bagaimana pula dengan Shahrizat dan lain-lain pemimpin Umno.............sudahlah Tengku Denan tak payahlah hendak bercakap nanti rakyat semua gelak pada kamu ..................

Pemuda PAS Kelantan terbit buku jawab 7 janji Najib

Posted: 24 Jan 2013 08:27 PM PST

 
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melalui Lajnah Penerangan telah menerbitkan satu buku bertajuk 'Al-Kisah 7 Janji Najib'.

Menurut Ketua Penerangan DPPNK, Ahmad Fadhli Shaari, buku setebal 50 mukasurat itu khusus bagi menjawab janji-janji yang telah ditaburkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu datang ke Kelantan 20 Januari lalu.

"Buku ini bakal menjawab semua persoalan di sebalik tujuh janji yang dikemukakan perdana menteri itu satu-persatu.

"Janji-janji seperti lebuhraya, pembinaan masjid terbesar, menyelesaikan masalah air dan sebagainya tidak lebih merupakan helah politik Najib untuk merampas Kelantan.

"Kesemuanya telah dijawab dengan fakta dan data yang dimuatkan di dalam buku ini," katanya.

Najib ketika 'kempennya' dalam program Jelajah Janji Ditepati di Kelantan baru-baru ini berjanji membawa tujuh projek besar ke negeri ini.

Antara janji itu termasuk untuk membina lebuhraya bagi menghubungkan kawasan Kuala Krai dan Kota Bharu di negeri itu yang tertangguh sejak Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) sehingga hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam: Tangkap dan gantung tugas polis terlibat dalam insiden mati bergari

Posted: 24 Jan 2013 08:26 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Kematian C. Sugumaran mesti dikelaskan sebagai pembunuhan, gesa peguam kepada pengawal keselamatan tersebut hari ini, menolak penjelasan oleh Polis Kajang dan Hospital Serdang yang mengatakan mangsa berusia 39 tahun tersebut berpunca daripada serangan jantung.
Kedua-dua peguam PKR, N. Surendren dan Latheefa Koya juga mahu anggota polis yang terlibat dalam membelasah lelaki tersebut pada Sabtu ditahan dan digantung tugas memandangkan siasatan  masih tertangguh dan juga bedah siasat kedua.
"Kami juga menggesa IGP (Ketua Polis Negara) untuk membenarkan dan mengendalikan bedah siasat kedua semasa mayat mangsa masih ada.
"Sehingga bedah siasat dilakukan dengan telus, keluarga mangsa tidak akan menuntut mayat mangsa," kata kedua-dua peguam dalam satu kenyataan hari ini.
Polis Kajang telah menafikan membelasah pengawal keselamatan hingga mati, mendakwa hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat serangan  jantung.
"Sekitar 6.30 petang semalam, balai polis di Batu 14 Hulu Langat menerima panggilan daripada seorang lelaki Melayu mengatakan seorang lelaki India telah mengamuk dan merosakkan harta benda awam," kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dalam satu sidang media di ibu pejabat polis malam semalam.
Surendren (dua dari kiri) menolak cerita oleh pihak polis tentang kematian Sugumaran. — Gambar oleh Choo Choy May
Beliau menambah tiga orang anggota polis dalam sebuah kereta peronda dan bermotosikal mengekori Sugumaran yang berjalan kaki hampir dua kilometer daripada Dusun Sri Nanding ke Taman Lagenda Suria di Hulu Langat, tetapi kemudiaannya mereka diserang dengan sebatang besi dan merosakkan pasu bunga dan wayar elektrik tetapi tiba-tiba rebah di atas jalan. "Polis dibantu orang ramai kemudiaan menahannya dan menggari lelaki tersebut namun mangsa bertindak ganas dan cuba bergelut semasa ditahan," terang Abdul Rashid yang menegaskan orang ramai tidak menyerang Sugumaran.
Beliau kemudiaan berkata anggota polis kemudiaan memanggil sebuah pacuan empat roda untuk membawa Sugumaran yang bersaiz besar ke balai polis.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam dakwa polis cuba tutup kes kematian Sugumar

Posted: 24 Jan 2013 08:25 PM PST

Pihak polis telah dituduh cuba menutup kes kematian pengawal keselamatan Sugumar Chelliah, yang didakwa digari, berlumur dengan serbuk kunyit dan dipukul oleh empat anggota polis.

"Kami merujuk kepada dakwaan ketua polis Kajang bahawa polis tidak memukul C Sugumar hingga mti dan dia meninggal dunia akibat serangan jantung," kata peguam N Surendran dan Latheefa Koya, yang mewakili keluarga mangsa, dalam satu kenyataan pagi ini.

NONEMereka mendakwa kenyataan itu sebagai cubaan terang-terangan oleh polis untuk menutup kes itu.

Menurut peguam berkenaan, saksi-saksi mendakwa melihat kejadian itu, tetapi polis tidak mengambil kenyataan mereka.

"Tiga saksi telah tampil memberi keterangan bahawa Sugumar telah dikejar oleh polis, digari, dipukul dan berlumur dengan kunyit.

"Bagaimana polis boleh mendakwa bahawa tidak ada unsur janayah, sedangkan mereka tidak telahpun merekodkan kenyataan ketiga-tiga saksi berkenaan?"

Semalam polis mengklasifikasikan kes Sugumar sebagai 'kematian mengejut' dan bedah siasat menunjukkan dia mengalami saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain.
Peguam berkenaan bagaimanapun bertegas bahawa mereka telah meneliti luka pada si mati "konsisten dengan berlakunya pergelutan".

Bila lemah banyak salah laku Umno terdedah

Posted: 24 Jan 2013 08:23 PM PST

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia beruntung apabila Umno BN lemah, kerana banyak kejahatan dan penyelewengan harta rakyat akan terbongkar.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Selangor adalah negeri yang boleh dirujuk kerana pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutama tanah yang membabitkan pemimpin Umno.

Katanya, sehingga kini terdapat 24 keping tanah di Selangor yang diberi, seperti yang didedahkan oleh Ng Suee Lim, Adun Sekincan.

Tambahnya, terbaru didedahkan tanah seluas empat ekar di Seksyen 25 Shah Alam, hanya dibayar dibayar premium sebanyak RM1,000 seekar sedangkan harga pasaran RM700,000.

"Semuanya diambil atas nama 'Hidup Melayu' akhirnya Melayu merempat di negara sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, apabila Umno lemah, terbongkar RM40 juta kepada Umno Sabah oleh tauke balak Michael Chia untuk wang sumbangan politik.

Read More / Baca Lagi >>

Politik Samseng Dan Kotor : Provokasi Jahat Melampau Umno BN

Posted: 24 Jan 2013 08:20 PM PST


Gambar yang menunjukkan bendera PAS dan PKR berlambang salib ini di ambil sekitar Batu Pahat, Johor. 
Dipercayai bendera-bendera ini telah ditambah lambang salib oleh 'pihak-pihak tertentu' bagi menimbulkan provokasi jahat di Batu Pahat.

Wassatiyyahnya kawan Najib

Posted: 24 Jan 2013 08:18 PM PST


Wow...!!
Ini baru wassatiyyah sebenar...
Wassatiyyah tulen yang dilaung-laungkan oleh Najib dan Rosmah telah diikuti dengan begitu baik sekali oleh rakan taulan mereka...

Inilah ke"Wassatiyyah"an Tan Sri Mokhtar al-Bukhary... PR ada ka...??

Bumburing: Umno thought I was ‘opposition’ even then

Posted: 24 Jan 2013 07:53 PM PST

Incumbent Tuaran MP, Wilfred Bumburing, who is expected to stand on a Pakatan Rakyat ticket has defended his 'record' while in BN.

KOTA KINABALU: Former Barisan Nasional MP Wilfred Bumburing, stung by a remark from Sulaman assemblyman Hajiji Mohd Noor, said he was often labeled "an opposition" whilst in BN for raising matters affecting Sabahans in parliament.
Hajiji, who is Tuaran Umno chief, had accused Bumburing of being an "opportunist".
Hajiji held that when Bumburing was in the government and a minister, he sang the praises of the BN every day but was now saying the opposite.
Voters, Hajiji said, should judge for themselves which is glass and which is crystal.
Quoting a famed quote by Abraham Lincoln, he said: "Bumburing can fool all the people some of the time and some of the people all the time, but cannot fool all the people all the time."
But Bumburing, who now heads Angkatan Perubahan Sabah (APS), a political platform he and other former BN component party leaders established to assist Pakatan Rakyat in the coming general election, defended his past actions saying he was merely doing his job as Tuaran MP.
"I never sang praises about the ruling party every day while I was in BN.
"Of course I did commend any government policy that was being implemented by the government which could bring benefit to the rakyat," he told FMT .
He said that some of criticism of government policy when he was still in the BN was seen as an attack on the government and some Umno MPs had demanded that he state whether he was with the  government or the opposition.
Read More / Baca Lagi >>

Bawani: Forget video, focus on crucial issues

Posted: 24 Jan 2013 07:43 PM PST

The law student says she wants the closure since the public has been made aware about students' freedom of expression in local universities. 

KUALA LUMPUR: KS Bawani, the law student who became an overnight sensation, wants a closure to the infamous "listen, listen, listen" video which propelled her into stardom.
"I want this to end. I don't want to talk about the video anymore.
"The public is now aware because it shows the reality of students in campuses," she told a press conference at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall today.
The Universiti Utara Malaysia (UUM) student and Suara Wanita 1Malaysia president Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin have been in the limelight after the video went viral on social networking site, Facebook.
In the 24-minute video, Sharifah Zohra is seen berating Bawani when the latter argued in favour of free education during a forum that took place in UUM in December.
Due to public pressure, Sharifah Zohra forgave Bawani and apologised to the university, students and the public.
Read More / Baca Lagi >>

Dokumen Yang Menyebabkan Seorang Pegawai Bank Islam Digantung Terdedah!

Posted: 24 Jan 2013 06:27 PM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/528990_523538444353167_2049781330_n.jpg

Ini yang dirumuskan oleh pakar ekonomi Bank Islam di Singapura.

Ada sesuatu yang tidak kena Najib di Gaza.

Posted: 24 Jan 2013 06:20 PM PST

tokpepijat
Cuba anda perhatikan wajah dan gaya berpakaian PMNajib semasa lawatan ke Gaza.

Berbanding dengan lawatan PMNajib ke London, New York, Davos tentunya kita dapati ada perbezaan yang ketara.

Lihat cara berpakaian dan penampilan PMNajib semasa bertemu Ratu Elizabeth atau Obama.

Wajah Najib juga tidak begitu ceria. Barangkali dia terlalu fikirkan PRU 13 dan ancaman team Muhyiddin. Bertambah dengan rungutan Presiden Mahmud Abbas yang marah kerana tidak melawat Tebing Barat.

Jika di lihat pakaian PM Ismail Haniyeh, tidak menjadi hal. Ini kerana itulah pakaian beliau(tanpa tali leher) semasa acara rasmi, lawatan luar negara dan upacara rasmi.

Berbanding PMNajib. Mengapakah Najib tidak berpakaian seperti semasa berjumpa Obama atau program rasmi? Biasanya Najib akan memakai tali leher dan kot yang kemas.
Read More / Baca Lagi >>

Peraturan Baru SPR yang dikatakan TERBAIK kena kat depa..!!!

Posted: 24 Jan 2013 06:18 PM PST

The Stream - To catch a leak

Posted: 24 Jan 2013 06:17 PM PST

Forom : Ke Mana Arah Melayu & Islam Selepas PRU 13 [1]

Posted: 24 Jan 2013 06:15 PM PST

Analisis Awani - Menuju PRU 13: Pengundi Pilih Siapa?

Posted: 24 Jan 2013 05:50 PM PST

Rembau Most Wanted : Rap Bahasa Nogori

Posted: 24 Jan 2013 05:49 PM PST

Isu ganas yang ditimbulkan oleh Perkasa membunuh harapan BN

Posted: 24 Jan 2013 05:46 PM PST

Saya mempunyai pendapat yang akhirnya Dr Mahathir dan Perkasa lah menjadi penyebab lunturnya sokongan rakyat terhadap BN khususnya UMNO. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kepada saya kenapa saya tidak pernah memberikan komen terhadap Perkasa sedangkan Perkasa itu bukannya NGO yang sejati tetapi ia merupakan cabang UMNO pada hakikatnya. Ia sesungguhnya badan politik yang aktif.
Sekarang ini ternyata yang Perkasa itu sedang memainkan isu keagamaan pula dengan seruan untuk membakar kitab Bible yang berbahasa Melayu yang menggunakan nama Allah. Perkasa membuat tuduhan yang pihak kristian telah mengedarkan kitab bible kepada murid-murid sekolah dan ini merupakan tuduhan yang bersifat jauh dari kebenarannya. Tetapi permainan politik pertubuhan itu menyebabkan Perkasa telah begitu di benci oleh orang ramai dan ia sekali gus meruntuhkan saki-baki kuasa dan sokongan rakyat terhadap UMNO itu.
Penaung Perkasa, Dr Mahathir juga akhir-akhir ini tidak lagi bersifat sebagai seorang negarawan dan masih bermain api dalam politik negara. Tindakan beliau memalitkan nama baik Tunku Abdul Rahman yang sudah lama meninggalkan kita merupakan satu tindakan Mahathir yang agak keterlaluan dan tidak dapat di terima oleh rakyat yang berterima kasih diatas pengorbanan beliau menyudahkan usaha tuntutan kemerdekaan negara kita dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Polis: Sugumaran mati mengejut dalam kejadian amuk

Posted: 24 Jan 2013 05:39 PM PST

Polis telah mengklafikasikan kematian seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental dan merosakkan harta benda awam dekat Kajang semalam, sebagai mati mengejut.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata dalam ejadian bermula jam 6.30 petang itu, C Sugumaran, 39, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hulu Langat menggunakan palang besi untuk merosakkan harta benda awam.
Menurutnya, lelaki itu mula mengamuk dari Taman Sri Nanding di sini sebelum menuju ke Taman Desa Raya dan Taman Lagenda Suria.
Abdul Rashid berkata polis mengekori suspek sejauh dua kilometer sebelum dia tiba-tiba terjatuh di bahu jalan.
"Ketika itu, polis dan orang awam menangkap lelaki itu yang bertindak agresif dan beliau didapati tidak sedarkan diri ketika berada dalam kenderaan polis," katanya dalam sidang media di Kajang malam ini.
Menurut Abdul Rashid, samasa dalam perjalanan ke Hospital Serdang, beliau disahkan meninggal dunia.
"Hasil bedah siasat menunjukkan beliau mengalami saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain," katanya.
Abdul Rashid menegaskan kematiannya tiada kena mengena dengan tindakan polis ketika menahannya.
- Bernama

Nazrin: Cabar Islam langgar adab beragama secara harmoni

Posted: 24 Jan 2013 05:36 PM PST



 
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah perbuatan mencabar perkara berkaitan Islam atau ucapan memetik contoh tidak tepat bertujuan mencerminkan imej Islam secara negatif adalah melanggar adab resam beragama secara harmoni dan aman.
Titah baginda akhir-akhir ini garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan mula dilanggar malah ada kalangan bukan Islam yang semakin lantang berbuat demikian.
"Raja Melayu, ulama dan umat Islam tidak menindas, menghina atau memperkecilkan agama lain. Malah mana-mana perbuatan ekstrem yang cuba dilakukan mana-mana pihak akan dibanteras secara tegas dan pantas.
"Umat Islam diasuh menghormati amalan agama lain dan pada lazimnya akan menghindar daripada membuat ulasan secara terbuka terhadap pegangan, kepercayaan, amalan, acara atau ritual agama-agama lain.
"Malah, hak agama-agama lain, turut dijamin dalam Perlembagaan Negara," titah baginda pada sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak di Maktab Rendah Sains Mara Felda di Sungkai semalam.
Baginda bertitah tindakan menjadi jaguh mana-mana isu agama bagi mendapat laba politik adalah perbuatan yang tidak diasaskan kepada roh agama sebenar dan kemungkinan besar menjadi perosak hubungan harmoni antara agama.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: 'Jawatan PM bukan isu, yang penting rakyat'

Posted: 24 Jan 2013 05:34 PM PST


Anwar Ibrahim
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah nama besar dunia politik Malaysia, malah namanya terkenal di seluruh dunia. Dikenali sebagai seorang reformis, beliau sering menggegarkan negara sejak beliau di bangku universiti lagi.
Malah karier politiknya cerah apabila dalam tempoh yang singkat, Anwar diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun, pada 1998, segalanya berubah, Anwar dipecat dan kemudian mengetuai barisan pembangkang. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Pakatan Rakyat (PR) yang diketuainya berjaya memecah dominan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, malah Anwar terus mengorak langkah untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ikuti wawancara eksklusif bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan DR G MANIMARAN, SITI SALMI DRAHSIN dan NOOR AZURA SAHRIL dengan jurugambar SAFWAN MANSOR di pejabatnya kelmarin.

SINAR HARIAN: Selepas lima tahun PRU pada 2008, bagaimana perasaan Datuk Seri melihat suasana politik dan perkembangan dilalui Pakatan Rakyat?

ANWAR: Alhamdulillah, kerana tahap kesedaran rakyat itu meningkat walaupun iklim politik masih tidak terbuka dan demokratik, ruang media itu sangat terbatas tetapi wujud kesedaran sehingga membawa kepada kebangkitan rakyat. Itu pada saya sangat meyakinkan.

SINAR HARIAN: Pilihan raya semakin hampir, adakah  Datuk Seri berasa gementar untuk hadapi PRU13 kali ini?

ANWAR: Sudah lama kita tunggu jadi dah tiba waktunya, sudah tentu kita bekerja dengan suasana yang lebih tertekan dan juga  dalam beberapa aspek melelahkan. Tetapi PRU ruang berdamping secara langsung dengan rakyat dan memberikan kesempatan untuk mengungkap dasar dan menjelaskannya. Saya rasa itu suatu yang positif.

SINAR HARIAN:  Apakah perkara menggembirakan yang Datuk Seri rasakan sejak lima tahun lalu. Adakah gembira dengan pencapaian PR setakat ini?

Read More / Baca Lagi >>

PENCEMARAN AGAMA SECARA TERHORMAT !

Posted: 24 Jan 2013 05:32 PM PST

Mana Mufti? Takkan biarkan "Bapak" kencing berdiri?   

Perbuatan ini sudah tentu tidak wajar ! Kepada yang tak tahu hukum janganlah cuba-cuba nak tunjuk berani! Kepada yang tahu hukum pula bukankah lebih baik mengelak dari diperlakukan begitu rupa?  Kalau bapak kencing berdiri, jangan nanti salahkan anak kencing berlari !   Amat tidak wajar seorang yang bergelar ketua agama membenarkan perkara ini berlaku!  Di mana tuan Mufti?,, di mana pegawai penasihat agama? Kalian tentu lebih dari tahu bahawa sesungguhnya Hukum Allah itu tidak mengenal darjat atau status !! -  rahimothman   

Menuju PRU-13: Jadilah pemilih yang sah, bukan jadi pengundi yang haram jadah..!!!

Posted: 24 Jan 2013 04:25 PM PST

Untuk ahli politik satu hari adalah terlalu lama.  Pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh itu. Maka semakin hampir pilihan raya umum ke-13 kian banyak gerak kerja persiapan dibuat. Perbualan tentang pilihan raya sudah kerap kedengaran termasuk di kalangan rakan-rakan serta ahli keluarga yang tidak begitu mengendahkannya sebelum ini. Soalan biasa yang saya tanyakan ialah sama ada mereka telah mendaftar sebagai pemilih yang sah. Jawapan yang saya terima bercampur ― ada sudah dan belum. Agak menarik apabila yang belum mendaftar turut menunjukkan minat menjadi pemilih yang sah kali ini.
Fungsi SPR dan peranan pemilih
Pendaftaran pemilih adalah satu daripada fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terkandung dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.
Berbanding dulu ketika proses pendaftaran pengundi hanya dibuat setahun sekali selama 21 hingga 42 hari, sejak 16 Julai 2002 pendaftaran boleh dibuat sepanjang tahun dan digazetkan setiap tiga bulan sekali.
Namun, pemilih juga harus memahami bahawa proses pendaftaran ini boleh memakan masa panjang jika bilangan yang mendaftar dalam tempoh singkat sangat ramai. Justeru, ambillah peringatan untuk mendaftar sebagai pemilih lebih awal. Semasa mendaftar sebagai pemilih dulu, proses yang diambil hanyalah 5 minit sahaja.
Syarat menjadi pemilih
Syarat layak mendaftar ada empat. Saya akan cuba membincangkan isu yang berlegar berkaitannya satu demi satu.
Read More / Baca Lagi >>

ANWAR VS NAJIB: One is moderate, the other talks about being moderate

Posted: 24 Jan 2013 04:21 PM PST


Muslim leaders must wise up to show the beauty of their religion to others. Since UMNO has failed, the onus now is on PAS to show the right path to the people. As long as PAS can show the middle path or moderateness of Islam – the actual prescription of Islam – to the masses the Pakatan Rakyat coalition will survive in Malaysian politics.
Malaysia is a multi-racial country with people who are multi-religious. If religion has to be part of politics then it has to serve the needs of all people – Muslims and non-Muslims, not only a few puritans who know 'more' of religion and less on the reality of politics.
Anwar Ibrahim made a very wise statement
ANWAR VS NAJIB: One is moderate, the other talks about being moderateThe charismatic Opposition leader, Anwar Ibrahim, made a very wise statement when asked on the latest controversy over the issue of the Arab lexicon Allah being used by non-Muslims in their holy books. Anwar Ibrahim, on February 23, reiterated that the Pakatan Pact will stick to the earlier collective decision they had made on the issue of 'others' using the term Allah which was explained to the Press by PAS president on December 18, last year.
On December 18, PAS president after a long collective deliberation over the Allah lexicon came to a conclusion that 'non-Muslims are allowed to use the term Allah as long they do not misuse the word'. This is a very fair statement and it shows that they have opted for a middle path to the controversy over the use of the word Allah by non-Muslims.
For that matter, any religion that paves the middle path in their approach will win the hearts of the people.  It can be Islam, Christianity, Buddhism and so forth.
Unfortunately, history has shown that religious extremism and obsession have caused a lot of miseries to the people when puritans decide to interpret religion with mania obsession. People have died because of intra and extra religious issues. Countries have gone to wars killing innocent lives. People have fought and died all because of religious extremism and definitely this cannot be the solution to world peace in a 'civilised' world.
In the present phase of human evolution should be the stage where there exist a civil society and where humanity becomes the core value of all religions.
Extreme views
There are many 'learned' Muslims who have chosen the extreme path in Islam and this is one of the reasons why most Islamic countries are today in chaos. They refuse to compromise and logic and reasons do not seem to change their extreme views when it comes to religion.
Thus the world sees packs of terrorists besmirching the religion and Intra-  and extra- religious conflicts killing many innocent lives in many Muslim and non- Muslim countries. Places of worship have been desecrated just because they subscribe to different sects in Islam and until now they have not found an ultimate solution to overcome their self-made problems.
Read More / Baca Lagi >>

Learn from the Sharifah fiasco

Posted: 24 Jan 2013 04:18 PM PST

Public figures should not be constantly wagging their fingers at us to admonish us for perceived wrongs and transgressions which are caused by their arrogance and greed.

In all the madness that now surrounds Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin and KS Bawani, let us take a step backward and do what we should all do when faced with moments like this.
Think! Why is Sharifah Zohra – an educated, confidant and poised young lady – acting the way she did with Bawani? Have we not seen all this before?
In the way Dr Mahathir Mohamad asks of Khairy Jamaluddin, "Siapa dia Khairi ni" and in his treatment of Abdullah Ahmad Badawi and Nazri Aziz?
In the way Najib Tun Razak tells us what he and Umno will do to those of us that dare to question Umno's ability to teach those who oppose them a lesson?
In the contemptuous manner that Muhyiddin Yassin tells us all that he is a Malay first and a Malaysian second?
In the obvious arrogance of Hishammuddin Hussein, Nazri and others of their ilk who deliver their "warning" to us to behave or be at the end of their wrath.
And even in the behaviour of Rosmah Mansor and anyone else whose only claim to fame or prominence is due to their connection to those who are in power – either by marriage, family or coming from the same kampung as those who are in power?
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : BN mengatakan akan menang majoriti dua pertiga

Posted: 24 Jan 2013 04:17 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Pemimpin Umno dan MCA menjangkakan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam apa yang mereka katakan sebagai usaha kerajaan memerangi rasuah walaupun tinjauan terkini daripada Universiti Malaya (UM) menunjukkan isu integriti akan menyebabkan parti pemerintah itu hilang sokongan.
Sejumlah 78 peratus daripada saiz sampel 1,409 pengundi mengatakan, integriti dan salahguna kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan pengundi dalam pilihan raya umum, menurut tinjauan terkini dikeluarkan dua hari lalu oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Akan tetapi pemimpin BN tidak merasa gelisah.
"BN akan menang majoriti dua pertiga, lebih baik daripada 2008," kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (gambar) kepada The Malaysian Insider melalui kiriman pesanan ringkas.
"Yang penting kerajaan dan parti sudah dan akan perangi rasuah. Dalam GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara), jelas usahanya," tambah beliau merujuk kepada inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memerangi rasuah dan mengurangkan jenayah.
Read More / Baca Lagi >>