Sabtu, 12 Januari 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


LAUNGAN 'MERDEKA' DS ANWAR SEMALAM PALING DRAMATIS!!

Posted: 12 Jan 2013 07:52 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

HEBAT !! Itulah yang boleh dikatakan terhadap HKR KL112# semalam (12 Jan 2013) di Stadium Merdeka.  Biarlah media bangsat menyebut perhimpunan semalam tidak mendapat sambutan, biarlah si Us Nasha, Berahim Katak. Hassan Jati bahkan si Sembab, Muhyiddin pun sama bangang apabila menggelar perhimpunan semalam adalah "Perhimpunan Shamsidar".

Suasana menakutkan rejim Najib
Apa yang terbukti semalam, rakyat telah bangkit untuk membuktikan kepada Umno tidak semua rakyat boleh mereka 'perlembukan'.  Rakyat sudah tidak kisah apa jua isu yang kamu mahu tonjolkan untuk memperbodohkan rakyat.  Isu moral DS Anwar sudah lama basi.  Isu Hudud PAS-DAP jelas makan diri kerana semua tahu semenjak bila Umno sayang kepada Hudud?  Isu Amanat Hj Hadi, Umno terkangkang apabila akhirnya terpaksa membatalkan kehendak mereka sendiri agar Presiden PAS itu muncul dikaca TV untuk menjawab pelbagai persoalan berkaitan isu ini.  Sekarang, isu Kalimah Allah.  Mereka lupa, siapa yang memerintah negara selama ini dan siapa yang membenarkan Kalimah Allah digunapakai di Sabah dan Sarawak?

Suasana dalam stadium
Semalam rakyat memenuhi setiap sudut Stadium Merdeka sehingga melimpah ke luar stadium.  Mula-mula PDRM sebut jumlah sekitar 80,000 kemudiannya ditarik balik kononnya kesilapan "teknikal" maka disebut hanya 45,000 yang berhimpun semalam.  Media bangsat bercelaru menyebut jumlah yang hadir di antaranya yang sebut hanya 35,000 dan ada juga yang 'bermurah hati' sebut hanya 20,000.  Mungkin tidak semua media tahu berapa jumlah kapasiti Stadium Merdeka maka tidak pelik jika mereka 'sedungu' itu.

Di luar stadium
Bolehkah Najib kumpulkan rakyat seperti ini tanpa diangkut atau diupah?
Paling teruja semalam apabila DS Anwar dengan penuh semangat melaungkan "MERDEKA" sebanyak 6 kali disambut penuh semangat oleh rakyat yang hadir memenuhi luar dan dalam stadium seolah-olah semalam baru kita MERDEKA.  Laungan DS Anwar semalam meremangkan bulu roma, menusuk kalbu, meruntun jiwa, meresap ke dalam hati dan menghibakan itu mengingatkan kita kepada laungan keramat Tunku Abd Rahman pada 31 Ogos 1957, dan laungan MERDEKA semalam akan rakyat realisasikan pada PRU ke 13 nanti.


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


#KL112 TAHNIAH SEMUA .... hampa semua memang 'Best'

Posted: 12 Jan 2013 07:20 PM PST



oLEH : G MANIMARAN, SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN, HANUM RAJAK, NIZAM ZAIN & JAMILAH HAMZAH
12 Januari 2013
 #KL112: Tahniah semua!
Stadium Merdeka yang bersejarah menjadi tumpuan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung tadi. - Foto ihsan Mohd Afif Azman
#KL112: Tahniah semua!
Pemandangan dari udara lautan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka dan kawasan sekitar. Foto ihsan Zulhabri Supian/ Sin Chew
[KLIP VIDEO] [DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua.
Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.
Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilangan peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang.
Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3.0.
Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang,  nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman.

Komen di Twitter
Komen-komen blog mikro yang ditinjau Sinar Harian Online sebaik sahaja berakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat, menunjukkan pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan tahniah atas 'kejayaan' hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "+100 RT "@dinogombak: tahniah boss @HishammuddinH2O dan syabas pada @PDRMsia ada yang tak tidur dari semalam... #Salute."
Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menulis, "Tahniah! RT "@dinogombak: boss @HishammuddinH2O dah boleh relaks minum kopi !!"
Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno pula membalas mesej Twitter dengan menulis: "Terima kasih, ia tidak mudah @DrFathirAlhadad: #KL112 #HKR112 @HamdanMSalleh dengar khabar @PDRMsia semakin matang bersama masyarakt madani... Kudos H2O."

Ezmir SAMM pula berkata, "walaupun pelbagai SMS ugutan yang kami terima termasuklah ugutan 'bunuh', namun tidak menjadi penghalang untuk anak muda lakukan revolusi!"

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak ketinggalan berkongsi tahniah hasil penganjuran himpunan hari ini.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan membenarkan penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat.
"Najib juga layak terima kredit kerana membenarkan  #KL112 diadakan dengan aman meskipun menerima bangkangan daripada golongan tegar dalam Umno, kerajaan, polis, yang seharusnya diketepikan," kata ahli Parlimen veteran ini.
Katanya, "HKR Stadium Merdeka satu kejayaan bersejarah, 100,000 orang, semua kaum berhimpun secara aman dengan harapan untuk perubahan. Demokrasi Malaysia sudah matang."
Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berpendapat bahawa himpunan #KL112 telah membuktikkan ia hanya satu perjumpaan politik manakala dakwaan bahawa sejuta orang akan berhimpun adalah palsu, ucapan Anwar pula hanya berkisar isu lama dan sebenarnya mana-mana perhimpunan akan aman jika tiada isyarat gerak tangan, yang dilihat merujuk kepada gerak-geri Anwar semasa Perhimpunan Bersih 3.0.
Pemimpin muda dari Majlis Peguam, Syahredzan Johan menulis: "Warga KL - buat apa sahaja yang anda perlu lakukan hari ini, jangan berhenti kerana #KL112. Ia juga hak anda. Jadikan demokrasi satu norma."
Anas Zubedy mengulas perkembangan hari ini dengan berkata, "#KL112 juga menunjukkan jika Pas mengepalai, hasilnya baik dan matang. Sudah pasti yang Pas pemimpin dalam PR. Tahniah!"
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga berkongsi pandangan berhubung perkembangan hari ini.
Kata beliau, "ertinya jika tiada campur tangan politik permusuhan dari atasan, pihak PDRM dapat menjalankan tugas dengan baik untuk semua."
 

Tahniah kepada polis
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh juga mengucapkan tahniah kepada polis dengan mengulangi mesej yang dihantar pemegang akaun @MahasiswaMsia.
MahasiswaMsia menulis, "terima kasih buat pasukan @PDRMsia yang sangat komited dalam menjalankan tugas demi menjaga keamanan."
Seorang pemilik akaun bernama Najib berkata, "matang RT @saifuddinabd: +1 RT "@Hussamuddin: Kalau semua pihak bekerjasama macam ni kan baik."
Mesej itu dikongsi itu oleh Saifuddin.
Dalam SMS kepada Sinar Harian Online, Saifuddin berkata, perhimpunan politik adalah sebahagian darpada demokrasi."
Oleh itu beliau yang dilihat sebagai pemimpin moderat dalam Umno berkata, ia sepatutnya bebas dianjurkan oleh mana-mana parti politik, asalkan secara aman.
"Ia tidak perlu menjadi isu, terutama apabila dianjurkan pihak yang berbeza pendirian politik dengan kita. Ia tidak boleh kelihatan seolah-olah hanya sesuatu pihak sahaj yang dibolehkan menganjurkannya.
"Perhimpunan hari ini secara fundamentalnya tidak banyak berbeza dengan Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun lalu," kata beliau sambil berkata, "kedua-duanya dianjurkan oleh parti politik."

Perhimpunan masa depan
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, semua pihak kelihatan mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011.
"Ini perkembangan baik. Tahniah juga kepada polis yang menjalankan tugas dengan cemerlang. Selepas ini, saya harap semua pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan dan yang terlibat dengannya akan memberikan kerjasama baik antara satu sama lain.
"Semoga tiada lagi usaha menakut-nakutkan orang ramai dengan adanya perhimpunan atau bagi yang ingin menyertainya.
"Lebih penting lagi, selepas ini, kita dapat membincangkan apa yang dibicarakan dalam perhimpunan itu, dan tidak lagi tentang logistik perhimpunan semata-mata," katanya.
Penganjur menyifatkan himpunan tersebut cukup berjaya berikutan ia berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi.
Bermula dengan perarakan dari lapan 'checkpoint' berbeza, pihak berkuasa tempatan menempatkan pegawainya di setiap lokasi terbabit.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika ditemui selepas himpunan tamat sekitar jam 5.30 petang tadi melahirkan kesyukuran atas kelangsungan himpunan tersebut.
"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang bangkit pada hari ini. Kami himpun secara aman dan teratur.
"Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia ini cukup bertanggungjawab, mereka sekadar ingin berhimpun menyatakan aspirasi mereka untuk membawa perubahan," katanya kepada Sinar Harian Online.
Beliau menyentuh soal kehadiran sebilangan besar golongan muda yang membanjiri Stadium Merdeka.
"Hari ini kita saksikan anak-anak muda begitu ramai daripada pelbagai kaum termasuk kaum-kaum dari Sabah dan Sarawak, bersatu hati untuk sama-sama menjana satu perubahan.
"Ini juga satu mesej yang cukup jelas. Kalau mesej ini pun Perdana Menteri tidak faham, saya kira amat malang sekali," katanya.
Tambahnya, "perhimpunan hari ini disifatkan cukup berjaya dan ini akan menjadi perhimpunan yang akan menjana kekuatan baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13."
Dalam pada itu, sebahagian pemimpin lain menyampaikan penghargaan terhadap kerjasama yang dihulurkan pihak berkuasa tempatan.

Aman kerana tiada gangguan
Pengasas Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgubad berkata pihak polis sudah bertindak rasional atas kerjasama hari ini.
"Perhimpunan hari ini boleh aman kerana apa? Kerana kita tidak diganggu. Maknanya, kalau pihak polis boleh bertindak rasional, tiada masalah. Akhirnya, hari ini mencatat sejarah.
"Mereka mula melihat bahawa peralihan itu suatu perkara yang tidak boleh dielak lagi dan ini merupakan pertanda yang baik bahawa kebangkitan rakyat akan memperolehi kemenangan dalam masa terdekat ini," katanya.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula menyifatkan kejayaan himpunan hari ini berkait rapat dengan perbincangan yang dijalankan pihak penganjur dan pihak berkuasa sebelum ini.
"Kalau perbincangan itu berjalan, saya yakin akan dapat hasil yang baik. Pengalaman masa lampau menunjukkan apabila berlaku masalah interaksi antara kedua belah pihak, perbincangan tidak berlaku. Berbeza dengan kali ini," katanya.
Himpunan ini dihadiri sebahagian besar pemimpin PR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Meskipun peserta dilarang membawa anak ke himpunan itu, terdapat sebilangan kanak-kanak yang menyertai himpunan tersebut.
Pihak berkuasa bukan saja menjalankan pemerhatian di jalan raya, malah sebuah helikopter dilihat berlegar-legar di udara ketika peserta berarak menuju ke Stadium Merdeka.
Ahli jawatankuasa penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, Hishamuddin Rais berkata, "himpunan tadi (hari ini) telah berjaya mengumpulkan 500,000 orang dan program kita berjalan mengikut masa yang dirancang dari jam 2 hingga 5 petang."
"Bagi kita ini adalah satu kejayaan besar. (Seramai) 500,000 rakyat itu, Anwar telah bercakap tadi, ia satu amaran kepada Najib, Umno-Barisan Nasional, jangan menipu di pilihan raya akan datang," katanya,
Di sudut polis, penganjur perhimpunan dikatakan telah melanggar tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui antara mereka dan polis sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.
Menurut Zainuddin polis menganggar kira-kira 45,000 peserta hadir pada perhimpunan itu.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


#KL112 : VIDEO PENUH UCAPAN NGO DAN PIMPINAN PR DI STADIUM MERDEKA

Posted: 12 Jan 2013 04:08 PM PST






Terima kasih kerana #KL112 aman - Mat Sabu

Posted: 12 Jan 2013 03:55 PM PST


Mat Sabu: Terima kasih kerana #KL112 aman KUALA LUMPUR - Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan himpunan hari ini.

Mohamad berkata, himpunan itu yang turut dikenali dengan nama "#KL112" adalah rentetan daripada himpunan sebelum ini yang dibawakan oleh parti-parti dibawah Pakatan Rakyat.

"Terima kasih saya ucapkan kepada parti PR, Parti Sosialis Malaysia, semua NGO-NGO yang bertungkus lumus menjayakan HKR112.

"Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kerana mengizinkan kita berhimpun hari ini, dari perundingan dan pertemuan, mereka PDRM bekerjasama menjayakan majlis ini serta terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Read More / Baca Lagi >>

#KL112: Tahniah semua!

Posted: 12 Jan 2013 03:52 PM PST

KUALA LUMPUR - Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua.
Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.
Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilangan peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang.
Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3.0.
Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang, nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman.
Komen di Twitter
Komen-komen blog mikro yang ditinjau Sinar Harian Online sebaik sahaja berakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat, menunjukkan pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan tahniah atas 'kejayaan' hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Organisers of HKR#KL112 rally: Total crowd size was 500,000

Posted: 12 Jan 2013 03:50 PM PST

Organisers of the mammoth #KL112 rally held in Malaysia's historic Stadium Merdeka have estimated a crowd attendance of at least 500,000 - less than their one million target but more than enough to send a shiver through Prime Minister Najib Razak's government.
"This show of strength is a real warning to the Umno-BN. If they continue to cheat at the general election, the Malaysian people won't stand for it. They will come out to the streets and demand justice," Hishamuddin Rais, a prominent activist who sits of the #KL112 organising committee.
Hishammuddin also sits on the steering committee of free and fair polls movement BERSIH.
Police fudging the numbers?
The official figure released by the HKR#KL112 committee makes Saturday's rally the largest ever in Malaysia, topping last year's BERSIH 3.0 which drew more than 250,000. Those present at the Stadium are not surprised at the number.
However, what was shocking were the estimates furnished by the police and used by the government-controlled media. These ranged from a paltry 50,000 to 100,000 and can easily debunked as within the stadium itself and its immediate compound, there would have been at least 150,000. Including the crowds that met at the 8 designated meeting points and along the way to the Stadium, there were tens of thousands more.
But apart from possibly fudging the numbers, police who were out in full force were on their best behaviour, helping to control the crowd which was remarkably disciplined and well-behaved.
"Malaysians are well-known to be a docile and modest people. This is why when the violence broke out in BERSIH 3.0, the police and umno-BN were blamed for planting provocateurs. I am glad it didn't happen again this time," said Hishamuddin.
Read More / Baca Lagi >>

HISTORIC RALLY: Crowd size exceeds Bersih 3.0, it may be too late for Umno-BN!

Posted: 12 Jan 2013 03:47 PM PST


HISTORIC RALLY: Crowd size exceeds Bersih 3.0, it may be too late for Umno-BN!
As we chronice today's watershed HKR#KL112 rally, Stadium Merdeka is cool and windy, its football pitch a flag of green serenity that would later disappear, replaced by a sea of colorfully-dressed Malaysians eager to gather, congregate, participate and make their voices heard over a host of national issues.
Yes, the Chronicle team managed to sneak in for an early preview. But no, we weren't able to get a headstart on the other news teams because that was not our purpose. We wanted to enjoy the 'show' so to speak and immerse ourselves in the spirit and mood of the crowd.
Moreover, not having access to Wifi didn't help and even now, the broadband reception is not so stable. So while we will try our best to cover this landmark event 'live', we may find ourselves shut off due to poor techology, or as some have warned - "they will jam the signals!" Please bear with us and forgive our glitches.
'Tukar kerajaan'
Stadium Merdeka is not historic' without reason. It is rather shabby but despite its obvious wear-and-tear it is clean. Somehow, no other place seems capable of being able to encapsulate the feeling of overbrimming good cheer all around the vicinity of this venue today. And despite the care taken by authorities to let slip the information the stadium has a capacity of only 30,000, it can actually accomodate between 80,000 to 100,000. It is understandable that Prime Minister Najib razak and his Umno party would want to play down the number, but those who came will know and distrust the BN government and their media even more.
Today, between 300,000 to 500,000 Malaysians from all walks of life - young and old, men and women, boys and girls - wanted to 'enjoy' themselves. They wanted to show they have a stake in this country - in this globe. They wanted to show they are aware of the issues at stake in Malaysia. They wanted their government - whether it is the incumbent BN government or the PR government-in-waiting - to hear them and do something about their demands and grouses.
And today, they hit bulls-eye with the sheer strength of their presence. If Najib and the Umno-BN coalition choose to make light of it, they have only themselves to blame if they are shown the door in the coming general election.
As we have been saying this is a new Malaysia we are seeing. And this why we decided to cover the event on the ground. As I write this, I am seated in the Stadium on a bench shared with dozens of others, with my laptop really on my lap and the power cord connected to a plug in a nearby wall.
In front of me are a sea of determined-looking faces. They are fanning themselves and chatting but this is no frivolous day. I asked the guy sitting across me why he came and he told me "Tukar kerajaan" and showed me a clenched fist! But with a grinning face and smiling eyes. This crowd is really out to make a stand - albeit a peaceful and friendly one.
Read More / Baca Lagi >>

#KL112 : Cubaan Memfitnah HKR112 Gagal.

Posted: 12 Jan 2013 03:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Penglibatan secara ikhlas orang ramai di dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) di Stadium Merdeka hari ini mengundang rasa iri hati setengah pihak yang cuba memfitnahkan objektif acara tersebut.
Antaranya adalah cubaan menyelit tuntutan kontroversi yang tidak ada kena mengena dengan HKR112 seperti tuntutan membawa pulang pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng ke Malaysia.
Terdapat juga percubaan untuk mencemarkan imej penganjur dengan sebaran pesanan ringkas (SMS) konnonnya petugas HRK112 dibiayai pihak tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

#KL112 : Malaysia Perlu “Dimerdekakan” Sekali Lagi

Posted: 12 Jan 2013 03:44 PM PST

HKR stadium masjid jamek banner 02
KUALA LUMPUR 13 JAN : Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) semalam melakar sejarah yang mana kehadiran rakyat yang begitu ramai membuktikan bahawa mereka mahukan kemerdekaan kali ke-2.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Malaysia perlukan "kemerdekaan kali kedua" demi memulihkan kembali sistem demokrasi negara.
HKR stadium hadi awang 01Beliau berkata kemerdekaan pertama yang telah dihasilkan Umno-BN pada 1957 telah disalahgunakan dan sudah tiba masa gagasan itu ditukar setelah lebih 50 tahun mentadbir negara.
"Penjajah asing sudah meninggalkan tanahair dan kita terima kemerdekaan dengan hakikat masyarakat majmuk.
"Rakyat beri kepercayaan lebih 50 tahun kepada gagasan Perikatan iaitu sekarang Barisan Nasional.
"Penjajah tidak ada tapi rakyat merempat, anak muda masih ramai menganggur. Harta negara disapu," katanya dalam ucapannya di HKR 112 di Stadium Merdeka di sini hari ini.
Himpunan itu yang berlansung kira-kira tiga jam berjaya mengumpul 80,000 hadirin di dalam dan di luar stadium yang bersejarah itu.
HKR stadium masjid guan eng 01Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kehadiran yang begitu besar di HKR112 menunjukkan inginkan perubahan dalam pentadbiran negara.
"Hari ini PR mengulangi impian kita bahawa Malaysia adalah milik 28 juta rakyat Malaysia tanpa mengira kaum baik Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban.
Mengapa kita mesti percaya Umno-BN kerana hanya orang Melayu jaga Melayu, Cina jaga Cina, India jaga India, Iban jaga Iban dan Kadazan jaga Kadazan?
"Kita mahu buktikan bahawa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan yang lain kita boleh jaga semua satu sama lain," kata Guan Eng di dalam ucapannya.

#KL112 : Susana di luar Stadium Merdeka

Posted: 12 Jan 2013 03:41 PM PST

#KL112: Lautan manusia menuju ke Stadium Merdeka

Posted: 12 Jan 2013 03:40 PM PST

#KL112 : Perhimpunan KL112 jadikan PRU13 pertempuran lebih menarik, kata penganalisis

Posted: 12 Jan 2013 03:37 PM PST

Orang ramai berarak di hadapan Keretapi Tanah Melayu membina ke arah Stadium Merdeka untuk menghadiri Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pembangkang di Kuala Lumpur January 12, 2013. – Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur semalam menghidupkan semula impian Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya dari Barisan Nasional (BN) yang menggunakan gabungan dasar dan pemberian untuk menggembalikan sokongan, kata penganalisis politik. Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider kemampuan PR untuk menghimpunkan sehingga 100,000 bagi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan kepentingan orang ramai dalam isu-isu diperjuangkan akan menjadikan pilihan raya umum (PRU) pertempuran hebat untuk kedua-dua gabungan.
Kerani Laila Mahmud mengatakan bahawa kos sara hidup semakin meningkat. – Gambar-gambar oleh Boo Su-Lyn
PR menganggarkan hampir 500,000 hadirin pada perhimpunan di Stadium Merdeka yang ikonik itu tetapi polis berkata paling ramai 45,000 orang. "Tidak kira apa angka sebenar hadirin, gambar dari udara daripada peristiwa itu menunjukkan peserta yang sangat ramai, mencerminkan keupayaan pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk menggerakkan orang ramai," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre.
"Tetapi selain daripada mempamerkan keupayaan penganjur, ia juga menunjukkan semangat dan tenaga penentangan terhadap kerajaan, memberi penekanan hakikat pertandingan pilihan raya akan datang tidak syak lagi akan menjadi yang paling sukar dihadapi parti pemerintah dalam sejarah," tambahnya.
Pengarah Center for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee mengatakan perhimpunan tersebut merupakan "kemenangan nyata" bagi kedua-dua parti pembangkang dan badan bukan kerajaan, memetik kehadiran besar-besaran, tingkah laku berdisiplin peserta dan konsensus "menggerunkan" yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menentang pemerintahan Barisan Nasional (BN).
"Semua petunjuk ini akan menyebabkan kekecewaan dalam BN," katanya.
Akan tetapi penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff memberikan pandangan berbeza.
Read More / Baca Lagi >>

#KL112 : HIMPUNAN RAKYAT MALAYSIA DI KOTA LONDON

Posted: 12 Jan 2013 03:33 PM PST

 Rakyat Malaysia di Kota London turut sama berhimpun menyatakan sokongan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam.

Mereka berhimpun di beberapa lokasi termasuk di luar kediaman rasmi Perdana Menteri Britain, Downing Street.




#KL112 : RASA NAK LUDAH BILA BACA UTUSEX FITNAH

Posted: 12 Jan 2013 03:25 PM PST

..... betapa jahat lidah Umno sejahat UMNO BN....

#KL112 : Kebangkitan Rakyat Tidak lagi Dapat Dihalang

Posted: 12 Jan 2013 03:22 PM PST

HKR stadium merdeka 11 crowd
KUALA LUMPUR,12 JAN : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno-BN bahawa segala penipuan besar yang dirancang bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat tidak dapat dihalang lagi.
Katanya himpunan hari ini adalah antara masej rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat yang memprotes secara terbuka yang menolak kerajaan sekarang.
Ujarnya, walaupun Umno-BN akan menggunakan seluruh jentera kerajaan bagi memenangi dalam pilihanraya umum nanti namun kuasa rakyat akan menjadi kuasa penentu.
Tegas Anwar, kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang akan diangkat jika memenangi PRU-13 nanti komited untuk menjadi kerajaan bersih,telus dan berusaha keras membanteras rasuah dan salahguna kuasa.
HKR stadium anwar 01"Yang diangkat oleh rakyat nanti bukan kerajaan biasa-biasa tetapi ia adalah sebuah kerajaan rakyat.
"Kami pimpinan Pakatan Rakyat pada hari tabik hormat kepada semua rakyat yang bangkit pada hari ini," kata Anwar.
Anwar dalam ucapannya juga melaungkan laungan 'Merdeka Rakyat sebanyak tujuh kali sebagai simbolik kemerdekaan rakyat dari cengkaman kezaliman kerajaan BN.
Katanya, di Stadium Merdeka inilah laungan kemerdekaan negara dikumandangkan oleh Bapa Kemerdekaan Negara , Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957.
"Walaupun penipuan yang dirancang sekuat mana, fitnah sekuat manapun dan propoganda sekuatmana oleh BN tidak akan menghalang kebangkitan rakyat di Malaysia,"ujar Anwar.
Sementara itu menurut AJK Himpunan Kebangkitan Rakyat, Hishamuddin Rais yang ditemui menyatakan dianggarkan kira-kira 500,000 hadir memberikan sokongan di Stadium Merdeka dan sekitarnya.
Himpunan itu berakhir pada jam 5 petang yang berlangsung dalam suasana tenang dan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

#KL112 : Bila Polis Kerjasama, HKR112 Berjalan Dengan Lancar, Aman dan Berpesta

Posted: 12 Jan 2013 03:20 PM PST

HKR stadium merdeka baca doa
KUALA LUMPUR 12 Jan : Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) membuktikan bahawa perhimpunan sedemikian rupa boleh berlangsung dengan aman, lancar dan bagaikan pesta apabila polis dan pihak berkuasa memberi kerjasama sepenuhnya.
Ini tidak seperti himpunan rakyat sebelum ini di mana pihak berkuasa bersikap keras dan tidak bertolak ansur sehingga mencetuskan huru-hara dan keganasan yang sebenarnya boleh dielakkan, kata peserta HKR112.
Seorang peserta, Lee Weng San, 55, berkata himpunan kali ini sangat meriah berbanding perhimpunan Bersih 3.0 pada April 28 kerana tiada provokasi yang dicetuskan mana-mana pihak.
"Perhimpunan kali ini sangat 'best' kerana ramai rakyat pelbagai kaum yang hadir dan saya rasa kehadiran pada kali ini melebihi himpunan Bersih 3.0 lalu," katanya ketika ditemui sejurus selesai perhimpunan itu di Stadium Merdeka hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

#KL112 : KL rally makes GE13 a keener battle, say analysts

Posted: 12 Jan 2013 03:17 PM PST

Pakatan Rakyat have estimated that close to 500,000 turned up for the rally yesterday while police said the crowd was, at the most, 45,000. — file pic
KUALA LUMPUR, Jan 13 — Kuala Lumpur's mammoth rally yesterday has revived Pakatan Rakyat's (PR) push to capture Putrajaya from the ruling Barisan Nasional (BN) which has used a combination of policy and handouts to claw back support, say political analysts.
The analysts told The Malaysian Insider that PR's ability to organise up to 100,000 for the Himpunan Kebangkitan Rakyat gathering and the crowd's interest in the issues being discussed will make the general election a close battle for both coalitions. PR have estimated that close to 500,000 turned up for the rally at the iconic Stadium Merdeka but police said the crowd was, at the most, 45,000.
"Regardless of the actual crowd numbers, aerial photographs emerging from the event show a very large crowd, which reflects on the opposition and civil society's ability to mobilise the public," Merdeka Center's Ibrahim Suffian noted.
"But apart from showcasing the capability of organisers, it also shows the enthusiasm and energy of the forces opposing the government, underlining the fact that the coming polls contest will no doubt be the toughest that the ruling coalition will face in its history," he added.
Centre for Policy Initiatives director Dr Lim Teck Ghee said the rally was a "clear-cut victory" for both the opposition and civil society, citing the massive turnout, the disciplined behaviour of participants and the "formidable" consensus shown by all parties in opposing Barisan Nasional's (BN) rule.
"All these indicators will strike dismay in BN," he said.
But Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) political analyst Professor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff expressed a slightly different view.
Read More / Baca Lagi >>

LENSA #KL112 : KOLEKSI TERBAIK - Part 1

Posted: 12 Jan 2013 03:16 PM PST

#KL112: Berita Panas Yang Diterima Sempena Sambutan Najib Di Semenyih!

Posted: 12 Jan 2013 03:07 PM PST

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/185767_117182291788333_507888777_n.jpg


sekitar himpunan bersama pm di tesco semenyih 

gambar 1-treler panjang yg kedua...

gambar 2-barang2 dl beg kain antaranya beras sekampit dan tepung gandum

gambar ketiga-kelihatan org ramai dari serata pelusuk berbaris panjang untuk mendapatkan beg beras sementara itu juga mereka khuatir takut tertinggal bas yg mereka naik untuk dtg ke program

 http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/184402_10151177453940906_968598838_n.jpg

#KL112 : A Samad Said 'Di Atas Padang Sejarah'

Posted: 12 Jan 2013 03:04 PM PST

#KL112 : Attracts thousands

Posted: 12 Jan 2013 03:01 PM PST

#KL112 : Lebih 100,000 banjiri stadium, himpunan lancar

Posted: 12 Jan 2013 02:58 PM PST

#KL112 : TGNA - Doa Penutup

Posted: 12 Jan 2013 02:47 PM PST

#KL112 Cemerlang - Pakatan Rakyat Sudah Bersedia Untuk Tadbir Negara

Posted: 12 Jan 2013 08:12 AM PST



#KL112: Tahniah semua!

Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua.

Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.

Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilangan peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang.

Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman.

Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3.

0.

Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang, nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman.

Komen di Twitter

Read More / Baca Lagi >>

#KL112 : Pakatan yakin tol boleh dimansuh jika ke Putrajaya - Ust Hadi

Posted: 12 Jan 2013 08:07 AM PST

KUALA LUMPUR 12 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang penuh keyakinan Pakatan Rakyat akan dapat melaksanakan janjinya untuk pemansuhan tol kerana ia pernah dilaksanakan di Terengganu.
"Sebelum ini, apabila kita menang di Terengganu, kita telah berjaya menghapuskan tol," katanya ketika berucap di hadapan 100,000 peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.
Jumlah itu termasuk puluhan ribu lagi peserta yang berada di luar stadium kerana tidak dapat memasuki stadium yang telah penuh sesak.
Hadi berkata, perhimpunan ini sangat bersejarah kerana di sinilah kemerdekaan negara diisytiharkan.
Katanya, telah lebih 50 tahun rakyat negara ini memberi peluang kepada BN.
"Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu," katanya," dipetik Harakah Daily.
Read More / Baca Lagi >>

#KL112 : Anwar ketuai laungan ‘merdeka rakyat’ di Stadium Merdeka

Posted: 12 Jan 2013 08:05 AM PST

KUALA LUMPUR 12 Januari: Selepas 57 tahun mencapai kemerdekaan, hari ini laungan keramat itu kembali menerjah telinga rakyat Malaysia di Stadium Merdeka, diketuai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia mengulangi sejarah perisytiharan merdeka di tempat sama pada tanggal 31 Ogos 1957 dahulu.
Laungan tujuh kali oleh Anwar disambut 100,000 rakyat yang dahagakan Pakatan Rakyat menerajui negara.
"Saya ingin ulang jeritan merdeka. Tujuh kali dan minta semua bangun. Dengan lafaz Bismillah kita ulangi lafaz keramat laungan kemerdekaan negara seperti 57 tahun dahulu.
"Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!," laung Anwar disambut 'Rakyat' oleh peserta himpunan sebagai menutup ucapan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat, petang ini.
Selepas itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail membaca ikrar deklarasi kemerdekaan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

#KL112 : Himpunan berjaya tanpa provokasi polis – Anwar

Posted: 12 Jan 2013 08:02 AM PST

KUALA LUMPUR 12 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kejayaan perhimpunan hari ini adalah lambang kebangkitan rakyat negara ini.
"Dengan semangat kebangkitan rakyat, saya tabik kepada saudara sekalian," kata Anwar.
"Rakyat bangkit bukan kerana parti atau NGO, tetapi kesedaran mereka untuk merobah sistem yang bobrok dalam negara kita. Saya rasai sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat," ucap beliau di Stadium Merdeka.
Anwar mewakili seluruh pimpinan Pakatan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya pihak polis yang memberikan kerjasama untuk menjayakan himpunan ini.
"Kita juga berterima kasih kepada polis yang merasakan ada aliran perubahan dalam negara ini. Media cakaplah apa pun. Rakyat tahu inilah masanya untuk rakyat bangkit membuat perubahan," katanya dipetik Harakah Daily.