Selasa, 25 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Najib! Bersuara la ....

Posted: 25 Dec 2012 02:53 AM PST

Oleh Shahbudin Husin
Sejak Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Perdana Menteri, mendedahkan penglibatan Najib dalam akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian, P Bala, pelbagai rentetan mengenainya sudah terdedah ke pengetahuan umum.  
Daripada bagaimana Rosmah memintanya mencari P Bala, penglibatan adik Najib, Nazim Razak membayar wang kepada penyiasat persendirian itu, kaitan seorang peguam bergelar Tan Sri merangka akaun bersumpah dan sebagainya, semuanya memperlihatkan kedudukan Najib mula terjejas di mata umum.

Deepak sendiri sejak muncul beberapa minggu lalu, memberi bayangan bahawa beliau tidak akan berhenti setakat ini saja. Beliau pasti akan muncul dengan banyak pendedahan lagi.

Isu yang dibangkitkan Deepak adalah isu yang berlarutan sejak sekian lama. Walaupun rakan karib Najib, Razak Baginda telah dibebaskan dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi kesan daripada peristiwa itu terus menyelubungi rakyat kerana begitu banyak misteri yang tidak terungkai disebaliknya.

Selagi rakyat bercakap mengenainya, selagi itulah Najib bagai dikejar bayangan hantu Altantuya itu. Ini berikutan misteri yang pada mulanya tidak terjawab itu seperti mula menunjukkan kebenarannya. Munculnya pendedahan Deepak merupakan salah satu buktinya.

Dengan pendedahan terbaru Deepak mengenai penglibatan Najib meminta P Bala membuat akaun bersumpah kedua dan menafikan akaun bersumpah pertama kerana bimbang kehilangan peluang untuk menjadi Perdana Menteri dan sejumlah wang dibayar kepada penyiasat persendirian itu, membayangkan seperti ada sesuatu yang disembunyikan disebalik pembunuhan Altantuya.

Berikutan pendedahan Deepak dan nama seorang peguam terkenal bergelar Tan Sri turut dikaitkan, tekanan kini cuba dipertingkatkan untuk memaksa beberapa pihak seperti SPRM dan Peguam Negara, agar mengkaji semua kes tersebut.

Pihak pembangkang terus menekan Najib agar berani bersuara atau setidak-tidaknya mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak, jika dakwaannya itu sebagai liar dan tidak benar. Mahfuz Omar secara terbuka telah pun mencabar Najib mengambil tindakan saman itu.

Angkatan Muda Keadilan pula telah mencetak 50 ribu poskad #Tanya Rosmah untuk diedarkan kepada rakyat dan kemudian akan dihantar ke peti surat kediaman Perdana Menteri, bagi tujuan sama iaitu meningkatkan tekanan agar Najib dan Rosmah berani bersuara terhadap pendedahan yang dibangkitkan oleh Deepak itu.


Ceramah dan program-program pembangkang pula sejak kebelakangan ini tidak pernah sunyi daripada memperkatakan isu Najib, Scorpene, Razak Baginda, P Bala dan Altantuya.

Media alternatif pula digunakan sepenuhnya untuk membangkitkan isu tersebut. Hakikatnya, sejak Deepak bersuara, isu Najib dan Altantuya ini sudah disebarluaskan hingga menerobos seluruh pelusuk kampung dan desa pedalaman serta diperbualkan di kedai-kedai kopi di merata tempat.

Cara bagaimana isu ini dimainkan membayangkan bahawa selagi Najib berdiam diri dan tidak bersuara, selagi itulah ia akan dibangkitkan serta dijadikan isu. Dan selagi Najib tidak bersuara juga, selagi itulah rakyat menganggap ada sesuatu yang tidak kena dan cuba disembunyikan dalam hal ini.

Penduduk bandar, kalangan profesional dan masyarakat pertengahan ke atas sudah agak lama sangsi terhadap Najib dalam isu ini. Rentetan isu yang mereka ketahui melalui pelbagai sumber, termasuk internet, seperti meyakinkan mereka bahawa ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia itu.

Generasi muda dan mereka yang lebih terdedah kepada maklumat tanpa sempadan juga dilihat mempunyai pendirian yang sama.

Deepak kini nampaknya benar-benar menjadikan kedudukan Najib tampak sukar kerana melalui pendedahannya, semakin ramai rakyat mulai faham dengan isu itu. Hari ini isu yang dibangkitkan Deepak sudah menjadi topik perbualan di mana-mana - pejabat kerajaan, syarikat swasta, pelajar universiti, suri rumah, lobi hotel, kedai kopi, laman-laman sosial dan di mana saja tempat orang boleh berkomunikasi.

Dan selagi Najib berdiam diri, memilih menjadi pemimpin yang "pekak" dan "bisu" terhadap suara-suara yang menjadi percakapan berkaitan isu yang dibangkitkan Deepak ini, selagi itulah rating serta sokongan rakyat kepadanya akan terus merudum.

Bagi rakyat terbanyak, falsafah mereka cukup mudah - berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau benar, bersuaralah. Jika terus diam dan tidak berani menafikannya, maknanya salahlah. Ini prinsip moral mudah yang diajar sejak kecil lagi.

Ini bermakna selagi Najib tidak berani bersuara menafikan segala dakwaan Deepak atau menjelaskan kedudukan sebenarnya, selagi itulah beliau akan terus berada dalam kedudukan yang sukar dari segi sokongan rakyat.

Buatlah seribu satu macam transformasi, berilah berapa banyak gula-gula politik sekalipun tetapi jika ada asas moral yang diragui rakyat, maka selama itulah ia akan menjadi beban kepada Najib sendiri.

Dalam isu yang dibangkitkan Deepak, Najib tidak ada pilihan selain bersuara. Beliau boleh memilih untuk menafikannya berserta hujah dan bukti atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak jika dakwaan itu tidak benar.

Percayalah, lagi lama berdiam diri, lagi melebar kepercayaan rakyat bahawa beliau berada di pihak yang salah manakala keberanian Deepak dilihat sebagai bukti beliau berada di pihak yang benar.

Najib, bersuaralah!

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU KALIMAH ALLAH - SERAHKAN KEPADA PAKAR UNTUK BUAT KEPUTUSAN

Posted: 25 Dec 2012 03:28 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU kalimah Allah muncul lagi.  Lim Guan Eng mohon agar kalimah Allah boleh digunakan oleh ugama Kristian di dalam kitab mereka.  Sebenarnya isu ini sudah lama dan sehingga kini belum ada ketetapan yang jelas dari pihak pemerintah.

Isu ini melibatkan isu ugama, iaitu ugama Islam dan Kristian.  Rakyat biasa termasuk pimpinan politik sewajarnya mengelakkan diri dari memberikan komen tentang isu yang sensitif ini.  Isu ini kita serahkan kepada Pakar berkaitan agama untuk menyelesaikannya.  Jika di negara kita, siapa yang bertanggungjawab dan wajar untuk menjawab dan membuat keputusan atas permasalahan ini?

Di negara kita terdapat Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM.  Ugama Kristian juga mereka ada Pakar mereka.  Andainya kesemua Pakar-Pakar ini duduk berbincang dan mencari penyelesaian tanpa camportangan pemimpin politik, isu ini boleh diselesaikan.  Apabila semua sudah duduk berbincang, keputusannya mestilah diserahkan kepada Kerajaan atas arahan Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua pihak mesti menghormatinya.

Adalah lebih baik jika Majlis Fatwa juga menjemput beberapa pertubuhan agama atau parti-parti politik untuk menerangkan keputusan yang telah dibuat agar isu ini dapat difahami sepenuhnya.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Samseng Umno Yang Tampar Dan Serang Warga Emas Di Kenal Pasti

Posted: 25 Dec 2012 09:32 PM PST


Lagi tindakan ganas samseng-samseng upahan Umno apabila bertindak di luar batas menyerang dan menampar salah seorang warga emas yang turut menyertai Kembara Oren. 

Pelbagai aksi kurang ajar boleh kita lihat selain tidak menghormati orang tua, dengan memaki hamun dan terjerit-jerit bagaikan beruk kena belacan serta menunjukkan isyarat lucah, ada di antara mereka tergamak menolak dan menampar warga emas tersebut.

Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak, Umno untuk mempertahankan kuasa.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar.

Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini. 

Sarawak Rela ordered to give ‘undivided support’ to BN

Posted: 25 Dec 2012 09:30 PM PST

Sarawak PKR has described calls to Rela members to help Barisan Nasional win in the state as 'immoral'. 

KUCHING: The neutrality of paramilitary volunteer corp, Rela, in Sarawak has come under question following a recent "immoral" order by a top ranking officer urging its members to support Barisan Nasional.
Sarawak has 300,000 Rela members stationed in 32 districts.Nationwide, there are 3.2 million members.
At a function in Julau district, Rela officer Lieutenant Colonel (Rela) Moses Sipan reportedly told Rela members that the government had allocated some RM400 million in the 2013 budget for the corp.
"This huge sum shows the government's confidence in Rela.
"Therefore as a show of our appreciation we must give our undivided support to BN in the coming general election," he said.
Julau has about 8,000 Rela members. The constituency is currently held by Parti Rakyat Sarawak (PRS) vice-president Joseph Salang, who is also a deputy minister in the federal cabinet.
Sipan's call to Rela members in Julau is also seen as an 'order' to all Rela members in Sarawak. The directive has irked the opposition in Julau constituency and the state.
Slamming Sipan, state PKR chief Baru Bian said: "This is wrong. It is immoral and politically wrong for them to do that.
Read More / Baca Lagi >>

Teruskan saman AES: Menteri Pengangkutan penting kroni, rompak duit rakyat

Posted: 25 Dec 2012 09:28 PM PST

KUALA LUMPUR 26 Dis: Kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diteruskan, bukti beliau lebih pentingkan kroni berbanding bantahan dan kehendak rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang.
Mengikut Datuk Seri Kong Cho Ha, Putrajaya akan tetap teruskan operasi AES walaupun Jabatan Peguam Negara membeku semua prosiding kes saman, minggu lalu.
Beliau turut mengakui pelaksanaan sistem itu mendapat tentangan rakyat dan bermasalah dari sudut perundangan, tetapi tetap berdegil tidak akan berhenti mengeluarkan saman.
"Kedegilan menteri seperti Cho Ha jelas menunjukkan dia hanya menjaga kepentingan kroni, bukan rakyat. Padahal semua pihak berpandangan sistem itu ada masalah," kata Lih Kang ketika dihubungi.
Dua syarikat yang mengendali AES ialah Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd, yang mempunyai hubungan dengan Umno Johor dan menteri dari MCA.
Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan terpedaya arahan hadir ke AGM KPF esok

Posted: 25 Dec 2012 09:27 PM PST


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan, terdapat usaha pihak tertentu mengarahkan perwakilan hadir ke Mesyuarat Agung (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) esok walaupun mahkamah telah mengarahkan ia dibatalkan.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata,beliau mendapat maklumat, pengurus-pengurus Felda diarahkan supaya membawa para perwakilan ke Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak esok untuk menghadiri AGM KPF.

"Saya terima maklumat, Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad telah arahkan pengurus-pengurus Felda bawa perwakilan ke AGM esok walaupun ia telah dibatalkan oleh mahkamah," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan KPF agar mahkamah membatalkan AGM KPF ke-31, esok.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pengurus Felda berhubung pembatalan AGM tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: Ganti ‘God’ dengan 'Tuhan' elak polemik

Posted: 25 Dec 2012 09:27 PM PST


KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyatakan pendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal Bible.

Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.

"Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Hujah Tuan Ibrahim, menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam jika digunakan di tempat awam termasuk dalam Bible terjemahan.

"PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.  Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian," kata beliau.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan bahawa nama Allah adalah sensitif dan kesuciannya mesti dipelihara oleh umat Islam.
Read More / Baca Lagi >>

TNB Kenakan Caj 200% - 500%

Posted: 25 Dec 2012 09:20 PM PST

Konvoi Jelajah Oren: 'Kami memang rancang sekatan' akui Pemuda UMNO

Posted: 25 Dec 2012 08:32 PM PST

Konvoi Jelajah Oren:
Laporan akhbar ini Ahad lalu berkenaan konvoi Jelajah Oren yang dikatakan bertukar kecoh di Felda Bukit Rokan Utara.
Abdul Rahman Ramli
Abdul Rahman Ramli
Mohd Nizam Aman
Mohd Nizam Aman
JEMPOL - Pemuda Umno bahagian Jempol mendakwa, insiden kekecohan yang berlaku pada Jelajah Oren 'Selamatkan Felda' di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi pihak berkenaan.

Ketuanya, Mohd Nizam Aman berkata, tidak timbul isu pemuda Barisan Nasional (BN) bersama penduduk bertindak agresif semasa kejadian seperti didakwa.

"Keadaan mula tegang ketika konvoi jelajah terbabit sampai ke persimpangan Felda Bukit Rokan Utara yang dicetuskan oleh kumpulan itu.

"Saya tidak berada di lokasi kerana mengadakan sekatan di Felda Bukit Rokan Barat. Tapi saya diberitahu penduduk yang juga terdiri daripada pemuda BN telah menghalang perjalanan mereka kerana sejak awal lagi kami semua tidak setuju kumpulan itu masuk ke Felda," katanya.

Menurutnya, mereka sememangnya sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan di sana sebaik sahaja mengetahui kehadiran konvoi jelajah berkenaan.

Read More / Baca Lagi >>

Lambakan guru tempatan masih tinggi, tidak perlu import guru India

Posted: 25 Dec 2012 08:26 PM PST

PETALING JAYA, 26 Dis — Rancangan kerajaan untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India bukan jalan penyelesaian terbaik, kata  pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini serta menggesa kerajaan menangani masalah lambakan guru terlebih dahulu.
Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini, Nik Nazmi berkata rancangan kerajaan tersebut tidak memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan kita.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak) tidak memberikan alasan kukuh untuk mengimport guru-guru dari India ini.
"Adakah ia akan memberi nilai tambah kepada kualiti dan mutu pendidikan negara," kata beliau.
Lambakan graduan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) masih lagi belum diselesaikan kini kerajaan mahu melaksanakan rancangan ini pula, kata Nik Nazmi lagi yang tidak menyokong sama sekali rancangan tersebut.
"Kerajaan sewajarnya mengutamakan graduan-graduan TESL tempatan berbanding dengan mengemukakan rancangan sedemikian.
"Malahan hingga kini graduan ISMP masih lagi ramai yang belum mendapat penempatan sebagai guru di sekolah," kata Nik Nazmi merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi yang mengesahkan seramai 7000 graduan ISMP belum diberi tawaran kerja pada Mac 2012.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Sendiri Dipinggirkan : 'Kenapa import dari India, bila graduan ISMP menganggur'

Posted: 25 Dec 2012 08:22 PM PST

Satu memorandum akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran bagi meminta kerajaan menangani masalah pengangguran graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) yang tidak ditempatkan sebagai guru di sekolah kebangsaan.

Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya yang merupakan satu sayap baru dalam PKR kini dalam perancangan untuk berjumpa kementerian pelajaran serta pelajar ISMP bagi menyerahkan memorandum tersebut.

"Kita dalam perancangan nak jumpa kementerian pelajaran untuk hantar memorandum dan berjumpa dengan pelajar ISMP dalam masa terdekat.

"Kita akan sampaikan memorandum dan akan tunggu respons daripada kementerian pelajaran kerana kami merasakan wujudnya diskriminasi terhadap pelajar ISPM di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta)," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Konvoi Jelajah Oren: Pas mahu jumpa polis

Posted: 25 Dec 2012 08:15 PM PST


Konvoi Jelajah Oren: Pas mahu jumpa polis
Tuan Ibrahim (duduk, tiga kanan) bersama pimpinan PR Pahang pada sidang media di pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang, semalam.
 
TEMERLOH - Pas akan mengadakan pertemuan dengan polis Pahang bagi membincangkan isu kekecohan yang berlaku semasa Jelajah Oren di beberapa kawasan tanah rancangan di negeri ini.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kekecohan berlaku boleh diatasi sekiranya polis menghantar anggota lebih ramai mengawal situasi.

Menurutnya, akibat tiada kekuatan daripada polis, berlaku kekecohan di kawasan tanah rancangan itu akibat provokasi melampau.

"Kita sudah buat laporan polis berhubung perkara ini dan turut mempunyai beberapa bukti bergambar untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Perhubungan Pas Pahang, di sini, semalam.

Turut hadir, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Konvoi Jelajah Oren: 'Kami bukan peserta konvoi'

Posted: 25 Dec 2012 08:14 PM PST


Konvoi Jelajah Oren: 'Kami bukan peserta konvoi'
Timbalan Pesuruhanjaya II Pas Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli menunjukkan kesan kecederaan yang dialami Khairul.
 
JEMPOL - Hasrat tiga rakan bertemu atas urusan kerja berakhir dengan insiden tidak disangka-sangka apabila kereta yang mereka dinaiki ditahan kerana didakwa terlibat dengan konvoi Jelajah Oren Selamatkan Felda di Felda Lui Selatan, Ahad lalu.

Mangsa terlibat, Khairul Azidi Ishak, 37, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kereta Proton Saga yang mereka naiki ditahan sekumpulan lelaki yang kemudian memaksa mereka keluar dari kenderaan tersebut.

"Saya terkejut dengan kejadian itu segera bertindak mengundurkan kereta dan meninggalkan lokasi itu. Bagaimanapun kami kemudian dikejar sekumpulan lelaki menaiki kereta Proton Waja.

"Saya nekad memandu terus ke arah Balai Polis Air Hitam, namun tidak sempat sampai kerana kereta yang saya pandu hilang kawalan dan terbalik," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Can we trust Sabah BN leaders, anymore?’

Posted: 25 Dec 2012 08:11 PM PST

The only reason Prime Minister Najib Tun Razak is desperately wooing Sabah is because Umno can no longer rule Peninsular Malaysia without Sabah and Sarawak. 

PENAMPANG: A veteran political activist who was once with Parti Bersatu Sabah (PBS) said many among the Barisan Nasional leaders in Sabah had at many times told crowds that BN stands for "Barisan Nah Sial".
Fredoline Edwin Lojingki, 71, who is now with opposition State Reform Party (STAR) said he could name these hypocrite leaders who are now heaping praises after praises on BN and its corrupt leaders.
"These leaders once referred to BN as Barisan Nah Sial but they are singing a different tune now because they are now ministers, they got projects and all the trappings of power," he said in a statement here today in response to PBS Johnny Mositun's statement yesterday.
Lojingki said the PBS information chief has forgotten what had Umno done with its two-thirds majority.
"He forgot that it is because of BN losing its two thirds majority in parliament that it is now wooing Sabah and Sarawak votes," he opined.
Read More / Baca Lagi >>

Kera Dihutan Disusukan : Desak k’jaan batal ambil guru dari India, utamakan graduan tempatan

Posted: 25 Dec 2012 08:09 PM PST

KEADILAN gesa kerajaan Umno BN batalkan hasrat pengambilan guru Bahasa Inggeris dari India, sebaliknya mengutamakan guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dalam negara yang masih menganggur.
Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, KEADILAN sokong usaha memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, namun mempersoal kewajaran kaedah yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Najib tidak memberi alasan kukuh mengapa guru dari India akan memberi nilai tambah dalam sistem pendidikan negara.
"Lebih-lebih lagi, kerajaan wajar mengambil graduan TESL (mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua) tempatan. Ramai graduan ISMP khususnya dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tidak menerima tawaran pekerjaan di sekolah kebangsaan.
"Sedangkan, pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi sahkan 7,000 graduan ISMP belum diberi tawaran kerja," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengambilan guru dari India hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

PRU13: Pas layak dipilih Melayu

Posted: 25 Dec 2012 07:59 PM PST


Abu Bakar Abdullah
KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah menyifatkan hanya Pas sahaja yang selayaknya dipilih orang Islam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam berteraskan al-Quran, hadis, ijmak dan kias dengan menjunjung kepimpinan ulama amat bertepatan dengan pilihan masyarakat Islam yang dianuti majoriti orang Melayu di negara ini.

Beliau berkata, bagi yang memahami perkara tersebut, orang Melayu sudah pasti menganggap tiada pilihan lain selain Pas.

"Orang Melayu tiada pilihan lain melainkan memilih perjuangan Pas yang berlandaskan Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini.

Sementara itu, beliau turut bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan terus menentang Umno dan menyifatkan orang Melayu yang menyokong parti itu sebagai mungkar.  
Read More / Baca Lagi >>

Syaitan Dikenali : ‘Umno-BN dalang kekecohan Konvoi Oren’

Posted: 25 Dec 2012 07:56 PM PST

Maaf…Kami penduduk Felda Bukit Rokan Barat sepakat tidak mengizinkan konvoi "NGO Anak" untuk masuk ke kampung kami.

JEMPOL: Umno-Barisan Nasional (BN) merupakan dalang kekecohan yang berlaku pada hari Ahad lepas di Felda Bukit Rokan Utara, dakwa Timbalan Pengarah Konvoi Oren 'Selamatkan Felda' peringkat Negeri Sembilan, Karip Mohd Salleh.
"Dari lokasi pertama kami singgah iaitu di Felda Kepis, seterusnya Felda Bukit Rokan Barat sehinggalah ke Felda Bukit Rokan Utara, mereka yang menghalang kami masuk kebanyakkannya memegang bendera BN dan Umno.
"Bukan sahaja Umno-BN, malah pihak pengurusan Felda juga terbabit menghalang konvoi kami. Saya mendapat maklumat bahawa memang terdapat arahan daripada ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur yang meminta pengurusan Felda setempat tidak membenarkan kami masuk ke penempatan Felda yang kami rancang lebih awal.
"Dalam sebuah pemidang yang dipegang oleh mereka di simpang masuk Felda Bukit Rokan Barat jelas tertera nama Umno dan pengurusan Felda. Malah sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Felda turut kelihatan berada di lokasi mereka mengadakan sekatan jalan.
"Jelas di sini memang terdapat penglibatan Umno-BN dan Felda dalam mewujudkan suasana tegang ketika Konvoi Oren Negeri Sembilan berlangsung.
Banner tersebut berbunyi:
"Maaf…Kami penduduk Felda Bukit Rokan Barat sepakat tidak mengizinkan konvoi "NGO Anak" untuk masuk ke kampung kami.
"Kami bermuafakat kerana Felda kami berkampung. Di sini aman harmoni.
"Dari JKKR, Umno, Belia, Wanita dam Pengurusan Felda Bukit Rokan Barat".
Betulkah peneroka Felda tidak suka Konvoi Oren?
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa ziarah mayat Lim Keng Yaik boleh memakai tudung !!!

Posted: 25 Dec 2012 07:54 PM PST


Rakaman gambar semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) memberi penghormatan terakhir semasa menziarahi mendiang Bekas Presiden GERAKAN, Tun Dr Lim Keng Yaik dikediamannya di Tropicana Golf & Country Resort semalam telah menimbulkan beberapa persoalan dari kalangan rakyat.

1)  Boleh pula Rosmah Mansor bertudung ketika memberikan penghormatan kepada mendiang Lim Kheng Yaik dan tidak pula cuba dijadikan pakaian harian...Rakyat akan berkata, Rosmah Mansor hanya bertudung ketika hanya ketika lmelakukan umrah dan menyampaikan bantuan dan chek dalam surau atau masjid selain memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lim Kheng Yaik.

2)  Mimik muka Rosmah Mansor yang memberikan satu gambaran yang kurang menyenangkan dan menambahkan lagi satu persepsi kurang enak terhadap diri beliau.

LIHAT, FIKIR DAN NILAI.

RUMAH PENYOKONG KUAT UMNO DILANDA BANJIR TIADA SEORANG PUN SUKARELAWAN UMNO DATANG MEMBANTU!!!!!!

Posted: 25 Dec 2012 07:53 PM PST

Bukan nak mengata atau mencaci, tetapi rakaman gambar sebagai saksi bukan cakap pakai air liur basi.

Rumah seorang penyokong kuat UMNO sampai ketulang sonsom, dilanda banjir tetapi tiada seorang pun sukarelawan maupun wakil UMNO tempatan datang memberikan bantuan.

Terkial-kialah dia keseorangan menyelamatkan harta bendanya.

Punyalah kuat mamat ni menyokong padu abadi UMNO sampaikan rumahnya dikibarkan bendera UMNO dan BN...Rumah para pemimpin UMNO pun sukar nak cari yang kibarkan bendera UMNO dan BN.

Tapi nasibnya cukup malang...bila ditimpa kesusahan dan bencana tiada nampak kelibat mana-mana pemimpin UMNO maupun sukarelwan Pemuda UMNO datang menghulurkan bantuan.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat bersabung nyawa, Najib bersenang lenang atas jet mewah!!!

Posted: 25 Dec 2012 07:49 PM PST


Rakyat di bawah bersabung nyawa, PM di atas bersenang lenang dalam jet mewah...

Pukulan yang tepat singgah ke Najib..

Posted: 25 Dec 2012 07:45 PM PST

Sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh Ahad, 16hb Disember 2012 telah melaporkan Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai berkata, "The Opposition only thinks about chaos. A vote for them is a vote for riots, disturbances and demonstrations".

Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia ia bermaksud "pihak pembangkang hanya berpikir perihal huru-hara. Satu undi untuk mereka ialah satu undi untuk rusuhan, kacau-bilau dan tunjuk perasaan."

Kenyataan PM Najib diatas jelas menunjukkan bahawa beliau sedang bertungkus-lumus cuba mempengaruhi minda rakyat bahawa pihak pembangkang ialah puak yang jahat. Adakah beliau telah kehabisan idea yang bernas untuk berhujah dengan fakta dalam usaha beliau untuk mendapat sokongan rakyat?
Dimanakah perlaksanaan konsep 'kesederhanaan' yang selalu diuar-uarkan oleh beliau?
Read More / Baca Lagi >>

Najib cakap "MOHONG"

Posted: 25 Dec 2012 07:44 PM PST

Hanya nak buat sedap ber'cakap' aje ameno nih

Apa maksud Rakyat Malaysia?

Bagi orang awam, Rakyat Malaysia ada setiap mereka yang disahkan oleh undang-undang negara yang mendiami di Malaysia atau merantau di luar negara untuk bekerja.

Tetapi bagi orang Umno, Rakyat Malaysia hanyalah mereka yang dari Umno, MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti yang jadi rakan kongsi mereka......selain daripada itu se'olah-olah' menjadi anak tiri kepada mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Alkisah Kak Ros dengan Din Pak…

Posted: 25 Dec 2012 07:42 PM PST

Tuan Ibrahim Tuan Man,

Kak Ros dan Din Pak adalah jiran. Kak Ros adalah seorang taukeh tanah dan Din Pak cumalah seorang petani yang miskin.

Din Pak seorang yang relaks dan gembira sentiasa. Mindanya tenang dan aman. Pada waktu malam, Din Pak tak tutup pintu mahupun tingkat ketika tidur. Tidurnya cukup nyenyak setiap malam. Meskipun miskin, beliau mempunyai satu kehidupan yang aman dan tenang.

Kak Ros pula sebaliknya – beliau sentiasa hidup dalam keadaan tension. Pintu dan tingkap rumahnya selalu menjadi tumpuan pada waktu malam – beliau mesti memastikannya ditutup berlapis-lapis. Beliau tidak tidur lena kerana sering terbayang ada perompak yang bakal masuk ke rumah untuk mengambil duitnya.

Kak Ros amat iri hati dengan ketenangan yang dinikmati oleh Din Pak.

Satu hari, Kak Ros memanggil Din Pak dan memberikannya satu kotak penuh dengan duit kertas berjumlah RM40 juta.

"Din Pak, kawanku, saya dikurniakan kekayaan melampau kerana mahir menabung dari kecil. Tapi saya dapati Din Pak dalam kemiskinan. Ambillah duit tak seberapa ini dan hiduplah dalam kemakmuran," kata Kak Ros kepada Din Pak.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Akademi Usahawan Tani ke SPRM

Posted: 25 Dec 2012 07:40 PM PST

(Tuan Ibrahim bercakap dengan pemberita di perkarangan Akademi Usahawan Tani Kg Awah semalam)

TEMERLOH: PAS Pahang sedang mempertimbangkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kegagalan projek Akademi Usahawan Tani di Kg Awah.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama pimpinan PAS Pahang melawat bangunan yang terbengkalai itu semalam.

Projek yang dikatakan menelan belanja sehingga RM9 juta ini mula dibina pada tahun 2006 dalam beberapa fasa.

Kompleks akademi ini siap beberapa tahun kemudian tetapi kini terbiar tidak dapat digunakan berikutan kerosakan bangunan yang berbahaya kepada pelatih dan warga kerjanya.
Kerosakan dan kualiti pembinaannya yang buruk tersebut telah mendapat teguran keras dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Tuan Ibrahim Tuan Man yang melawat premis tersebut petang semalam bersama kepimpinan PAS Negeri dan PAS Kawasan Maran menyatakan kemungkinan membawa perkara tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam masa terdekat.

Amanat Haji Hadi, satu kerenah SB

Posted: 25 Dec 2012 07:40 PM PST

Subky Latif,

APA yang dikatakan Amanat Haji Hadi yang terjadi pada 07 April, 1981 dulu sudah jadi satu khazanah politik tanahair dan ada kedudukannya yang tersendiri di sisi tafsir siasah syariyah.

Ia ada satu topik yang cantik bagi calon-calon PhD. Jika mahu tesis itu dihargai dan ada nilai akademik yang tinggi, jangan ia dikendali di bawah mana universiti di Malaysia kerana rata-rata profesornya ada stigma apa yang dikatakan profesor kangkung.

Biar ia dibuat di bawah universiti terkemuka  dunia seperti Oxford, Harvard atau mana-mana universiti masyhur di Perancis dan Belanda. Nescaya calon  PhD itu akan muncul sebagai  doktor yang terbilang.

Tidak berbangkit amanat itu perlu ditarik balik seperti yang dituntut oleh dua mufti dan ulama remaja yang status masing-masing boleh ditakwil. Seorang mufti itu tidak diterima oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir permintaannya untuk bertemu bagi membincangkan sesuatu dan yang seorang lagi adalah seorang yang sentiasa ada di rumah Dato Asri semasa menjadi pemimpin PAS dan menyertai UMNO apabila Anwar Ibrahim  dan Dato Asri menyertai UMNO.

Tidak mustahil kedudukan sebagai mufti itu lebih kerana UMNO dari ilmunya. Ulama remaja itu amatlah baru. Ikut peri bahasa orang tua Melayu dulu-dulu orang yang seusia  itu disifatkan budak berhingus. Tetapi tiada dalam Islam peri bahasa ulama berhingus kerana Imam Syafie sudah jadi mufti pada usia 15 tahun.

Kata Tok Guru Nik Aziz, jangan sangka Ustaz Hadi tidak tahu hukum hakam. Ada yang mengibaratkan semasa  beliau pulang dari Mesir dulu kitabnya  saja lima pikul. Tiada  siapa menimbang kitabnya tetapi untuk menggambarkan banyak kitab yang dibacanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sekat Kembara Oren: PAS serah bantahan kepada KPN

Posted: 25 Dec 2012 07:38 PM PST


TEMERLOH: PAS Pahang akan menghantar nota bantahan kepada Ketua Polis Negara (KPN) berikutan konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda disekat masuk oleh pengacau-pengacau upahan Umno di Jengka 23 dan Jengka 21 Sabtu lalu.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata serentak dengan itu PAS juga akan mohon menemui Ketua Polis Pahang bagi menyatakan kekesalan di atas kegagalan anggota polis dalam peristiwa berkenaan.

Dalam sidang medianya selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini semalam, Tuan Ibrahim berkata, PAS Pahang juga merakamkan kekesalan dengan gangguan agen Umno itu dan kegagalan polis melaksanakan tugas penguatkuasaan.

"Pada hari tersebut jelas agen Umno telah melanggar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan kerana menyekat hak dan kebebasan bersuara iaitu masuk ke Felda Jengka 23 dan berceramah di Jengka 11 yang telah dibenarkan Ketua Polis Daerah Maran.

"Pihak polis yang bertugas di situ pula gagal menguatkuasakan undang-undang iaitu seolah-olah membiarkan budaya samseng terus berlaku dan tugasan polis pula diambil oleh pihak lain.
Read More / Baca Lagi >>

Pelancaran JELAJAH ANAK MUDA MENUJU #KL112

Posted: 25 Dec 2012 07:35 PM PST

DISEMBER 26 | 7.00 MALAM | MACHANG | KELANTAN 
[PELANCARAN ROADSHOW MENUJU #KL112 - 1 JUTA TURUN!!]
Tapak Ekspo, Jalan Machang-T.Merah, Machang
YB Saifudin (PKR), Chegubard (SAMM), Dato Che Loh, Ustaz Latif, Ustaz Fadly Shaari,
Adam Adli (SMM), Cikgu Man (AMK)

Pertanyaan: 019-9317608
Bagi menggandakan momentum mobilisasi ke arah Hari Kebangkitan Rakyat #KL112, satu inisiatif besar telah disusun oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama sekutu anak muda terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia dan dengan sokongan seketreriat HKR, satu roadshow Jelajah Anak Muda Menuju #KL112 akan menjengah ke seluruh Negara.
Pihak secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 juga menjemput semua NGO yang mempunyai tuntutan rakyat untuk hadir ke pentas jelajah ini bagi terus menghasut orang ramai hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh yang dimaksudkan. NGO diberi keutamaan dan setakat ini, hampir semua venue jelajah akan dihiasi oleh warna-warna NGO bertuntutan.
Harapan secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 agar maklumat jelajah bersifat 'countdown HKR' ini dapat dihebahkan sebaik yang mungkin bagi memberikan impak terbesar menjelang perhimpunan paling besar dalam sejarah negara – yang menampilkan… 1 Juta Rakyat!
Pelancaran gilang-gemilang akan bermula di Kelantan pada 26 Disember, iaitu 16 hari menjelang #KL112, seterusnya Jelajah Anak Muda akan menjengah semua negeri di semenanjung dengan 12 lokasi dan kemuncak jelajah 'Final Countdown' akan berlangsung di lokasi bersejarah negara iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 mengira detik 12 Januari 2012

dollah yankee

dollah yankee


Harapan rakyat kepada Anwar

Posted: 25 Dec 2012 05:27 AM PST


Yang penting sekali ialah kita kena buang BN, kena buang UMNO, tapi bukan hanya BN tetapi juga adat tradisi mereka, prinsip pentadbiran mereka , cara dan kaedah bagaimana untuk meraih sokongan daripada rakyat mengikut cara mereka, school of Politik BN, takrif sukarelawan BN , cara mereka memartabatkan bangsa melayu , cara mereka mengangkat pembangunan orang Melayu , jika kita bentang hujah hujah dan nilai satu persatu tindakan aktiviti , dasar Barisan Nasional ini amat jelas ia nya akan dan telah pun memusnahkan BANGSA MELAYU itu sendiri


Ini yang diperjuangkan dan perjuangan ini teramat lah penting , dasar pelajaran , dasar bahasa, dasar subsidi , dasar fiskal yang memberi kontrek-kontrek kecil dan besar , dasar perumahan negara, dasar belia negara pula banyak sangat yang telah diselewengkan , diputar belitkan , di penting diri kan.  Dasar tadbir agama islam pun sanggup diporak perandakan , dasar keselamatan yang dipanggil diraja yang sepatutnya independent dan junjungan keluhuran undang undang dan perlembagaan.  Pemilihan jawatan awam pengurusan tinggi yang di kronikan di-pilihbulukan mengakibatkan bukan hanya kerosakan di peringkat pengurusan tertinggi malahan di middle managers  

Begitu banyak yang telah tercemar dan dicemari , rosak dan dirosakan, seleweng dan di-selewengkan fungsinya, peranannya dan objektif nya 


Olih itu JOM UBAH! dan INI KALI LAH ! 

dollah yankee -
Ubah..ubah..ubah dan ubah..