Sabtu, 1 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


EDISI PANAS MALAM : Ketua UMNO Bahagian BUNTINGkan penuntut IPTA

Posted: 01 Dec 2012 06:01 AM PST

Siang tadi semasa menghadiri majlis kenduri di Bukit Puteri di Rawang Selangor saya dibisikan sesuatu berita yang tidak berapa menyeronokkan. Berita ini kontras dengan apa yang sedang berlaku di dewan merdeka PWTC di mana di situ ahli Umno sedang membincangkan dan mencari makenisme macam mana hendak mengekalkan kuasa parti berkenaan sebagai kerajaan.

Sebaliknya berita yang dibisikan kepada saya itu sungguh memeranjuatkan, iaini berhubung perbuatan maksiat seorang ketua Umno bahagian di Kelantan yang didakwa telah membuntingkan seorang mahasiswa tahun dua yang menuntut di IPTA di Ibu Kota.

Katanya gadis itu telah dibuntingkan empat bulan. Ibu bapa gadis mahasiswa berkenaan katanya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Keluarga gadis berkenaan katanya marah dan malu dengan kejadian itu dan telah mendesak ketua Umno bahagian itu mengahwini gadis tersebut. 

Kerana desakan itu ketua bahagian berkenaan sanggup mengahwini gadis berkenaan. Laporan polis yang dibuat kemudian ditarik setelah ketua bahagian Umno itu sanggup menikahinya.
 
Menurut kawan yang membisikan berita itu, kejadian ini terbongkar apabila seorang kakitangan di Pejabat Pendidikan Daerah secara tidak sengaja menceritakan kejadian berkenaan kepada seseorang dan terlatas ke telinganya.  

Kejadian ini sungguh mengaibkan Umno dan katanya menjadi liabiliti kepada Umno bahagian berkenaan khasnya. Ekoran kejadian ini sudah sudah orang ketua bahagian Umno yang bermukah dengan sehingga bunting. Sebelum ini dilaporkan seorang ketua bahagian telah bermukah dengan seorang ahli puteri dan mengandung. Bagaimana pun puteri berkenaan mengakui telah mengugurkan kandungannya.

Dalam pada itu seorang ahli Umno Kelantan memberi tahu dia ada mendengar kejadian itu tetapi tidak ada apa-apa tindakan di kalangan Umno bahagian. Beliau secara peribadi mengharap Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed supaya menimbang sebaik mungkin sebelum ketua baahagian itu atau mana-mana ketua bahagia melakukan maksiat dari dipilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang sekiranya Umno mahu menang.

Kedua-dua ketua bahagian itu disebut-sebut akan diletakkan bertanding dikerusi parlimen. Berita lanjut akan menyusur.MSO [wm.kl.8:41 pm 01/12/12]

Laporan polis dibuat terhadap Shahrizat

Posted: 01 Dec 2012 01:38 AM PST


An NGO feels that the Wanita Umno chief is threatening the non-Malay by saying a weak Umno would lead to the repeat of May 13 violence.
PETALING JAYA: An Indian-based NGO coalition which felt threatened by Wanita Umno chief Shahrizat Abdul Jail's statement on May 13 has lodged a police report against the former minister.
"Shahrizat's statement was meant to threaten the non-Malays. She was trying to say if the non-Malays vote for the opposition and this results in a weak Umno, a race riot similar to the violence on May 13, 1969 will happen," Tamilar Action Force head A Vethaamoorthy said.
Leading a group of 12 members to lodge the report at the Sentul police station today, he said Shahrizat should be charged with threatening the public and instigating racial divide.
Shahrizat raised the spectre of May 13 in her speech at the Wanita Umno annual general assembly on Wednesday.
She said that a weak Umno would spread uneasiness among the Malay and possibly spark a May 13 racial bloodshed.
"Do we want such a terrible situation repeated in our country? Of course, we do not," she said.
"By giving this kind of statement, it shows how desperate Umno is," Vethaamoorthy said.
He said the May 13 incident is already history, and the leaders of the country should now realise that the people have the right to choose who they want in the general election.
"It won't help by making this kind of unnecessary remark," he said.
Several Pakatan Rakyat MPs including M Kulasegaran and Khalid Samad have also criticised Shahrizat, calling her "shameless" while saying that Malaysians were now more united than in 1969.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Tidak Yakin Dan Goyang : Najib Mula Salahkan Ahli Umno

Posted: 01 Dec 2012 09:35 PM PST

'Najib yakin BN kuasai majoriti 2/3 jika tiada sabotaj', sedar tak sedar Najib mula hilang keyakinan BN untuk terus memerintah dengan menyalahkan hantu-hantu yang tak wujud. Beliau sedar akan kelemahannya dari semua aspek untuk Umno/BN terus berkuasa dan jalan terbaik ialah dengan lebih awal menyalahkan pensabotaj. Ilmu yang beliau terima dari mantan PM, Dr Mahathir seorang politikus dan diktator tua yang masih berlagak mempunyai kata putus dalam kerajaan.
Dengan kajian prof-prof kangkung yang memberi jaminan penyedap hati bahawa BN masih boleh kekal memerintah dengan majoriti mudah sebanyak 120 kerusi parlimen. Gua pun tak tahu daripada sumber mana mereka dapat yang pasti sumber-sumber SB Bukit Aman telah meletakkan BN diambang kejatuhan selepas lebih 55 tahun memerintah.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO dan Judi Ibarat Irama dan Lagu

Posted: 01 Dec 2012 09:32 PM PST

                                       MELAYU MUDAH LUPA!!!!!

Sepanjang Persidangan Agung UMNO, tidak henti-henti para perwakilan mahupun pemimpin menyatakan UMNO adalah benteng terhadap agama Islam di Malaysia. Sehingga wakil ulama muda mereka, Fathul Bari, berhempas pulas berhujjah kononya doa Ustaz Nik Razi itu salah dari sudut Islam.

Terus Fathul Bari bertanya "...Takkan semua ahli Umno murtad dan memperlekehkan Islam?.." Padahal Ustaz Nik Radzi itu ilmunya sudah terbukti dan diiktiraf oleh ramai pihak. Fathul Bari tercungap-cungap dalam debat dengan Wan Ji satu masa dulu.

Pokoknya, UMNO sedang cuba menyakinkan seluruh orang Melayu Islam di Malaysia bahawa UMNO adalah parti ISlam sebenar. Malahan, UMNO sahajalah harapan orang Melayu Islam untuk mempertahankan Islam di Malaysia.

UMNO sepertinya ketakutan lebih-lebih lagi apabila anasir2 PERPADUANG telah dinyahkan dari PAS selepas kalahnya Nasaruddin Mat ISa sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan tahun 2011.

Maka, dalam persidangan tahun ini laungan Islam dikumandangkan. Gegak gempita seluruh dewan dengan laungan takbir buat pertama kali dalam sejarah UMNO. Gambar solat jumaat di Menara Dato Onn disiar disemua media milik UMNO sebagai menunjukkan UMNO adalah pejuang Islam (padahal Solat Jumaat biasanya diadakan di Sekolah Indonesia tidak berapa jauh dari situ)

Namun, adakah dengan mendabik dada bahawa aku adalah pejuang Islam sudah mencukupi untuk menjadi pejuang Islam?

JUDI DAN UMNO

Sedarkah kamu wahai pendokong2 UMNO sekalian bahawa kamu terlampau sebati dengan perkara2 haram, terutamanya judi?

Sebagai contoh: 
Read More / Baca Lagi >>

Deepak: I will not be silenced

Posted: 01 Dec 2012 09:28 PM PST

However, the carpet trader says he agreed to "sit still" for the last day of the Umno AGM after a meeting with a high-ranking Umno supreme council member.

KUALA LUMPUR: Deepak Jaikishan claimed that there was an attempt by a high ranking Umno man to 'silence' him following the various the interviews the carpet trader has given in the past few days.
Late Friday night, Deepak said he received a call by a "senior Umno supreme council member" asking him to meet at the Grand Dorsett Hotel in Subang. The man, who he refused to name, seemed aggressive, Deepak claimed.
Deepak said that he subsequently agreed to meet the person, but brought along some extra protection for his safety.
The meeting was also attended by a few pro-government bloggers, and Deepak said he was told not to make any more noise, at least until the end of the Umno AGM which was yesterday.
"They told me that I am under surveillance…I was given a caution because yesterday was their closing ceremony. They practically warned me not to have a press conference until they finish their convention," he told FMT.
"I told them you cannot stop me from having press conferences… even if I have to go to the Istana Negara, I would do it. If they really force me… I would go in front of the palace and petition the King lah," he said.
However, Deepak said he agreed to "give due respect" and cancelled all his media interviews he had lined up for Saturday.
He added that he originally thought he would be in danger but when he met the Umno man, "they were very civil".
Read More / Baca Lagi >>

10 perbezaan Muktamar PAS dengan Perhimpunan Agung UMNO

Posted: 01 Dec 2012 09:24 PM PST

1) PAS bermuhasabah, banyak memfokuskan isu dalaman, bagaimana memperkuatkan parti dan perjuangan Islam. 

UMNO menumpukan kepada pihak lawan mereka, sebahagian besar pemikiran mereka ditumpukan untuk menyerang lawan.

2) Perwakilan PAS yang berucap bebas untuk menyatakan apa sahaja termasuk mengkritik kepimpinan parti. 


UMNO pula menapis ucapan perwakilan, awal-awal lagi (dalam taklimat khas) perwakilan sudah diugut agar jangan mengkritik kelemahan parti.

3) PAS berhujah berlandaskan nas, dalil, fakta dan angka. 


UMNO banyak memfitnah dan memaki hamun pihak lawan. Hujah mereka tiada fakta, melainkan hentam keromo semata-mata.


4) PAS mengemukakan hujah dengan penuh hemah, hikmah serta tidak emosi keterlaluan. 


UMNO berucap sungguh kasar, beremosi, biadap, terjerit terlolong macam dirasuk hantu, sekejab ketawa sekejab menangis.

5) PAS memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.


 UMNO memanjatkan pujian kepada para pemimpin mereka, tak habis-habis membodek.

6) Semua pemimpin dan perwakilan PAS menutup aurat. 


Ramai isteri pemimpin UMNO dan ahli-ahli Puteri dan Wanita tidak menutup aurat.

7) PAS berazam mahu berkuasa sambil berserah diri kepada Allah. UMNO dengan angkuh dan sombong mengatakan mereka pasti menang besar. 


Jika PAS berlapik dengan perkataan 'insyaAllah' maka UMNO tidak menyebutnya.

8) PAS bercakap dari lubuk hati yang ikhlas, apa yang dicakap datangnya dari hati.


UMNO pula lain di lidah tetapi lain di hati dan lain pula perbuatannya. Kononnya UMNO ikhlas demi agama, bangsa dan negera tetapi hakikatnya semua itu hanya 'pemanis kata', nawaitu sebenar mereka ialah untuk terus merampok reta meredak kekayaan negara.

9) Dalam muktamar PAS, ahli-ahli digalak banyak berderma. 


UMNO pula banyak meminta dari pucuk pimpinan mereka.

10) Muktamar PAS banyak dipandu oleh persoalan halal, haram, dosa dan pahala dalam ucapan. 


Namun tiada panduan seumpama itu bagi UMNO. Halal haram dia baham semacam, fitnah dan maki hamun jadi 'makanan lazat' mereka.

Acuan UMNO tidak boleh dipakai lagi, kita terpaksa menukar acuan baru

Posted: 01 Dec 2012 08:49 PM PST

UMNO bercanggah-canggah pemikirannya dan bercelaru arahnya. Perhimpunan Agung nya yang tamat semalam akhirnya benar-benar menunjukkan parti itu sudah tidak boleh di terima kata-kata mereka yang bersalah-salahan maksudnya dalam satu ucapan. Pangkal ayat nya lain hujung ayat nya lain.
Pada keseluruhannya UMNO tidak mempunyai perkara baru dalam Perhimpunan Agung nya selain dari mengugut dan menakut-nakutkan sesama sendiri sambil berucap bergegar-gegar sehingga hampir pecah Dewan PWTC itu. Perhimpunan itu sahajalah tempat UMNO mengumpulkan ahli-ahlinya kerana ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan tidak akan mampu mengumpulkan orang walaupun dalam mesyuarat agung cawangan-cawangan masing-masing.
Dalam mesyuarat agung cawangan-cawangan parti itu hampir 60% dari mesyuarat itu tidak cukup korum dan minit-minit mesyuarat nya tidak melambangkan keadaan sebenar dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut. Seperti biasa perhimpunan itu merupakan medan memaki hamun Pakatan Rakyat dan yang paling hebat di kutuk ialah parti DAP dan PAS. UMNO tidak dapat menerima kerjasama DAP dan PAS serta kehadiran Anwar Ibrahim di dalam politik tanahair yang mengamalkan sistem demokrasi, acuan Dr Mahathir itu.
Read More / Baca Lagi >>

3 SEBAB NAJIB PATUT JAWAB DAKWAAN DEEPAK

Posted: 01 Dec 2012 08:44 PM PST

Serangan terhadap Najib bertalu-talu dengan pelbagai kisah dan skandal yang menyelubungi kerjaya politiknya dan kuasanya sebagai PM. Dari keborosan beliau, isteri beliau dan keluarganya telah didedahkian kepada umum, ditambah lagi dengan isu skandal scorepene dengan nilai suapan lebih RM500 juta dan pembunuhan mistri Altantuya Sharibu sering dibangkitkan tidak pernah berakhir yang mengejarnya di mana ia pergi. 
Ini adalah pembalasan daripada Allah kepada beliau yang menyebabkan beliau tidak lena tidur menanti kesudahan episod ini. Yang pastinya orang yang dizalimi tidak akan berdiam diri, dan orang yang menzalimi pasti akan dihukum di dunia lagi. 
Kini Najib diserang olah kenalan rapat bininya Rosmah Mansor mencerita segala-segalanya dan rakyat sudah mulai kenal siapa dia Najib yang sebenarnya. Kenyataan Musa Hassan terhadap Hishamuddin sepupunya yang mencampuri urusan polis yang menyalahi undang-undang menambah lagi luka di hatinya. Hukum karma sedang melanda Najib sekarang. Kita tunggu dan lihat kisah ini selanjutnya.

Jadi “sesumpah” lebih baik dari jadi “Singa Afrika”

Posted: 01 Dec 2012 08:37 PM PST

PKR ibarat sesumpah kerana boleh berubah mengikut kesesuaian dan keperluan. Demikian kata salah seorang perwakilan Umno dalam usaha memburuk-burukkan Pakatan Rakayat,  namun hakikatnya lebih baik jadi "sesumpah" dari menjadi "Singa Afrika"   Sesumpah tak kacau orang, tak tipu orang dan tidak menginiaya orang.       

Bagaimana pula dengan "Singa Afrika" ? Faham-faham saja lah!  Umno jangan marah kalau rakyat selama ini menganggap mereka sama seperti Singa Afrika yang kerjanya tak ada lain,,, membaham dan membunuh mangsanya sesuka hati. Kerja mereka hanya memuaskan nafsu,,, perut diutamakn,, makan dan terus makan, tak kira mangsanya binatang kecil atau besar. Jadi perangai Singa Afrika ini sebijik macam perangai Umno!  Lima puluh lima tahun memerintah,  selama itulah Umno telah merompak khazanah Negara dan wang rakyat..

Oleh : rahimothman

DAP Perak gesa PM senarai kesalahan

Posted: 01 Dec 2012 08:36 PM PST

IPOH – DAP Perak menggesa Perdana Menteri (PM) menyenaraikan kesalahan dan dosa yang dilakukannya sehingga beliau memohon maaf kepada rakyat.

Setiausahanya, Nga Kor Ming berkata, kata maaf yang dibuat di persidangan Umno Khamis seolah-olah mengandungi maksud tersirat yang ingin diketahui rakyat.

"Saya dengan rendah hati mahu PM senaraikan apakah dosa yang pernah dilakukannya supaya rakyat tahu.

"Adakah ia termasuk dosa beliau dalam peristiwa rampasan kuasa Kerajaan Perak pada 2009 lalu juga isu 'penculikan' beberapa wakil rakyat lompat parti yang ditawarkan habuan," katanya pada sidang media, di sini, kelmarin.

Read More / Baca Lagi >>

Pas Perak saran Najib letak jawatan

Posted: 01 Dec 2012 08:34 PM PST

IPOH - Pas Perak menyarankan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan dan berundur jika benar-benar insaf akan perbuatannya seperti dilakukan pemimpin negara lain.

Bendahari Pemuda Pas Perak, Fakhrulrazi Mokhtar berkata, Permohonan maaf itu menggambarkan pelbagai kezaliman yang dilakuakn Umno sebelum ini dan Najib melihat perkara itu sangat kecil serta mudah dimaafkan.

"Najib menganggap kesilapannya adalah perkara biasa dan mudah sahaja meminta maaf.

"Minta maaf sahaja tidak cukup, seharusnya beliau harus meletak jawatan," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

WARNING for Najib: You are forgiven, but NEVER AGAIN

Posted: 01 Dec 2012 08:30 PM PST

Prime Minister Najib Razak's statement of 'apology' for Barisan Nasional's shortcomings has prompted a response from PAS vice president Salahuddin Ayub.
WARNING for Najib: You are forgiven, but NEVER AGAIN
Saying the apology showed that Najib was weaker than his predecessor Abdullah Badawi, Salahuddin said it was also an acknowledgement of Najib's failure in administering since taking over in 2009.
"Maybe the people can forgive UMNO-BN, but that does not mean they would again give them a chance," said Salahuddin.
Najib openly 'apologised' to the nation for BN's past mistakes during his maiden speech at the UMNO 66th annual general assembly.
"Where on this earth are there people, or leaders, or companies or parties that have never stumbled or committed a mistake? As the leadership of the party and government, we put our palms together in apology for any oversight," said the UMNO president.
Such public expression of regret was Najib's third throughout 2012.
Last March, during a visit to Kedah, he offered his apology to Kedahans for BN's past mistakes leading to UMNO's defeat in 2008.
This followed similar remarks to Selangor voters two weeks earlier.
"To forgive is okay, but the people must never again vote in failed leaders in the coming election," said Salahuddin.

Siapa yang lebih lemah?

Posted: 01 Dec 2012 08:28 PM PST

Subky Abdul Latif

Pakatan Rakyat, kata kajian Prof Datuk Shamsul Amri, jika pilihan raya umum ke-13 diadakan sekarang hampir pasti beroleh 70 kerusi sekalipun dengan majoriti yang nipis.
Barisan Nasional tetap berkuasa tetapi kerusi yang pasti setakat ini hanya 120 saja. Ia menang tetapi kerusinya belum lagi dapat menyamai pencapaiannya dalam PRU12 iaitu 140. 24 kerusi lagi kelabu.
Setakat kajian sehingga bulan September itulah yang BN dapat capai sekalipun ia melakukan segala-galanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hampir setiap hari menjelajah semua pelusuk negara, mencurahkan duit seperti hujan lebat, dengan semua sokongan media dan kaki tangan kerajaan pimpinannya belum terjamin meraih pencapaian Tun Abdullah Ahmad Badawi pada PRU 2008 dulu.
Mungkin ia dapat tawan baki 24 kerusi yang dikatakan kelabu itu, tetapi setakat September, dia belum dapat mengatasi prestasi buruk Abdullah sekalipun dia mendapat sokongan terbuka dari Tun Dr Mahathir Mohamad.
Abdullah tidak mendapat sokongan Dr Mahathir. Hari-hari dia dicerca oleh Dr Mahathir. Tentangan Dr Mahathir itu dikatakan antara yang memburukkan pentadbiran Abullah.
Najib diberi sokongan penuh oleh orng tua itu, namun pencapaian Najib mengikut kajian Ulung itu belum sampai apa yang Pak Lah dapat.
Atas prestasi buruk Pak Lah, lalu Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin gulingkan dia dengan cara yang hina. Dengan retorik transformasi menggantikan retorik Islam Hadhari, Najib belum lagi dapat sokongan yang lebih baik dari Pak Lah.
Read More / Baca Lagi >>

Bila tarikh PRU ke-13?

Posted: 01 Dec 2012 08:27 PM PST

 Markus Lim

2 DIS ― Hari ini, sudah pun masuk hari ke 337 dalam tahun 2012. Ini bermakna tinggal 29 hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru 2013.
Lebih signifikan lagi, ia juga bermakna tinggal sahaja 145 hari sebelum penggal Parlimen ataupun mandat kerajaan memerintah sedia ada tamat. Penggal Parlimen sedia ada akan tamat pada 27 April 2013.
Hingga ke saat ini, ramai yang masih tertanya-tanya bilakah sebenarnya tarikh Pilihan Raya Umum ke-13? Cakap-cakap mengenai tarikh PRU sudah lama kedengaran sejak dari awal tahun lalu lagi.
Ramai yang cuba meneka dan meneka, ibarat bermain teka-teki. Cuba cari pembayang dan maksud tetapi tidak berjaya. Cuba cari kata kunci tetapi tetap gagal!
Pelbagai tarikh dinyatakan. Ada yang meramal PRU 13 akan diadakan pada pertengahan tahun ini, Ogos, September, November mahupun Disember. Semua menunggu dengan penuh antisipasi tetapi pulang kecewa.
Namun, semuanya ternyata meleset. Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa PRU 13 boleh diadakan pada Disember iaitu semasa musim banjir hanyalah satu "teaser" yang mempunyai maksud tersirat.
Jika diamati secara dekat, jendela peluang untuk menganjurkan PRU 13 semakin hari semakin sempit. Bulan Disember akan berlalu dengan pantas tanpa disedari kerana ramai akan menggunakan kesempatan ini untuk bercuti sempena Hari Krismas.
Manakala untuk ibubapa pula, mereka perlu bersiap-sedia dengan keperluan anak-anak mereka yang dijangka memulakan persekolahan pada minggu pertama Januari.
Read More / Baca Lagi >>

‘Govt must investigate Musa Hassan’

Posted: 01 Dec 2012 08:14 PM PST

Never trust an individual who badmouths his organisation, much less an organisation which he had helmed for four years, says ex-MACC advisory panelist Robert Phang.

PETALING JAYA: The government should initiate investigation against former IGP Musa Hassan  over claims of his alleged triad links, his alleged role in undermining several senior police officers as well as alleged abuses of power during his tenure as the police chief.
Making this call today, former MACC advisory panelist Robert Phang, said only such an investigation, or even perhaps a royal commission, would reveal the truth about Musa.
"Musa has no sense of loyalty to the organisation that has given him his livelihood and his lifetime career.
"As a rule-of-thumb, I will never trust an individual who badmouths his organisation, much less an organisation which he had helmed for four years," said Phang.
Phang was referring to Musa's revelations earlier this week that the police force had been infiltrated by criminal elements and that the current IGP Ismail Omar was weak in heading the police force.
He also claimed that there had been political interventions, including from the Home Ministry, even during his time as the IGP. He said the presence of criminal elements was the reason for the rising crime rate in the country.
Coming to the defence of the police force and Ismail, Phang said the crime statistics had increased under Musa's tenure and the situation had only started to turn around after his retirement in 2010.
"If truth be told, Tan Sri Ismail Omar, the current IGP has now managed the Herculean task to return crime rate to the pre-Musa Hassan time.
Read More / Baca Lagi >>

PAU : Sumpah, doa Najib demi perjuangan..!!!

Posted: 01 Dec 2012 08:12 PM PST


NAJIB semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua ahli UMNO bersumpah sentiasa taat setia kepada perjuangan parti demi kepentingan orang Melayu, agama Islam dan negara.
Presiden UMNO itu juga mahu semua ahli menyematkan di dalam jiwa mereka bahawa hidup dan mati hanyalah untuk Islam dan wajib mempertahankan UMNO kerana hanya parti itu yang benar-benar dapat menjaga keutuhan agama Islam.
"Katakan dalam jiwa kita, hidup dan matiku hanyalah untuk Islam, wajib aku pertahankan UMNO kerana UMNO mempertahankan Islam," katanya dalam ucapan penangguhan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Bagi terus memperkasakan UMNO, Najib meminta semua ahli supaya kekal bersatu dan tidak bersengketa sesama sendiri kerana perpaduan merupakan tiang seri kepada kejayaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Genggamkan tangan kanan kita dengan penuh yakin. Letakkan di dada, satukan hati dan niat kita, katakan daripada hati dan jiwa kita demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi bumi bertuah ini, demi anak cucu kita.
"Kita mesti sedia dan setia pada perjuangan UMNO demi kedaulatan dan kesucian agama Islam," katanya.
Najib berkata, seluruh rakyat perlu yakin hanya UMNO yang mampu mempertahankan kesucian agama Islam dan membela untung nasib orang Melayu serta bangsa-bangsa lain di negara ini.
Beliau menegaskan, satu undi yang diberi kepada PKR akan bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kehancuran sosial, satu undi untuk Pas bermakna satu undi kepada perpecahan umat Islam, manakala satu undi untuk DAP merupakan satu undi kepada penindasan bangsa tercinta.
"Adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidahnya? Adakah kita mahu anak-anak kita gelap masa depannya? Adakah kita mahu negara ini porak-peranda? Adakah kita sanggup perjudi masa depan negara?

LACKLUSTRE ASSEMBLY: Najib hammers in last nail into Umno's COFFIN

Posted: 01 Dec 2012 08:06 PM PST

LACKLUSTRE ASSEMBLY: Najib hammers in last nail into Umno's COFFIN
In his UMNO Presidential Address on Thursday, the Prime Minister and UMNO President Datuk Seri Najib Razak returned to the oft-repeated UMNO theme asking how Pakatan Rakyat comprising PKR, PAS and DAP are going to form a coalition government because of the differences on the core issues separating them.
Surely Najib knows that although PKR, PAS and DAP have our ideological differences, we have agreed to form Pakatan Rakyat and committed ourselves to a Common Policy Framework and the Buku Jingga programme of action for the 13th General Election and PR will be guided by what unites us and not by what divides us – but that is for another statement.
What I want to point out now is that Najib had hit the nail on the head although this was not his intention – as he has exposed the fact that Barisan Nasional has lost the morality and legitimacy to govern multi-racial, multi-lingual, multi-cultural and multi-religious Malaysia when UMNO and MCA cannot agree on the core issue whether Malays or non-Malays would be the losers if Pakatan Rakyat wins the 13th general election.
Destitute in their own land?
In the first day of the 66th UMNO General Assembly, UMNO delegates and the Malay community were warned that if UMNO loses the 13GE, Malays will lose political power and will be rendered "destitute" in their own land – a line rejected by the MCA leadership which had been going up and down the country invoking the spectre of an Islamic state and warning the Chinese and non-Malays that they will lose even more of their political, economic, educational, socio-economic, religious and citizenship rights if Pakatan Rakyat replaces UMNO/BN in Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Hidup Melayu : Pemimpin Umno kaut keuntungan jual tanah di P Pinang

Posted: 01 Dec 2012 08:03 PM PST

Zairil Khir Johari,
Perhimpunan Agung UMNO yang baru berakhir semalam akan selamanya diingati sebagai perhimpunan raja lawak.

Macam-macam adegan lucu yang timbul daripada para perwakilan di PWTC, seperti perwakilan Sabah yang memperlekehkan penyeludupan wang tunai RM40 juta yang menjadi sumbangan politik Umno Sabah sebagai "jumlah yang kecil" malah tidak mencukupi, serta perwakilan Pemuda Umno yang menghebahkan dengan megahnya bahawa Umno telah dipilih oleh Tuhan untuk diberi amanah dan kuasa untuk memerintah negara Malaysia.

Jika benar Umno itu parti terpilih Tuhan, maka tidak perlulah Umno bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Apakah gunanya mandat rakyat jika kemenangan Umno sudah ditakdirkan Yang Maha Esa?

Satu lagi lawak besar yang muncul dari PWTC adalah kenyataan perwakilan Pulau Pinang Datuk Rahim Saibu yang dilaporkan oleh media sebagai berkata bahawa masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui "pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah".

Beliau juga mendakwa dalam sesi perdebatan bahawa keperluan rakyat untuk perumahan mampu milik tidak dipedulikan langsung dan "tiada ada sebiji pun" rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri.

Umno sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Sukar bagi Umno bergerak sebagai satu, kata penganalisis

Posted: 01 Dec 2012 08:01 PM PST

Perwakilan Umno memaparkan pelekat dengan perkataan 'I Love PM ' (Saya cinta PM) di Perhimpunan Agung Umno yang ke-66 di Kuala Lumpur baru-baru ini. — Gambar Reuters
ANALISIS, 2 Dis — Perhimpunan agung Umno yang berakhir malam semalam memberikan semangat dan mengembalikan semula tenaga perwakilan, tetapi tidak banyak mereka perolehi selepas empat hari bertemu, kata penganalisis, sambil menambah perhimpunan tidak lebih daripada menunjukkan kekuatan dan retorik menyalahkan pihak lain dari delegasi parti.  Satu-satunya signifikan dibawa pulang dari perhimpunan bagi yang hadir adalah mesej perpaduan dari presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan peringatan beliau lakukan secara berulang-ulang agar ahli bersatu, tidak bertelagah sesama sendiri dan fokus menyerang musuh.
Mesej ini penting bagi ahli parti, dikala ketika seluruh negara menunggu pilihan raya akan datang yang perlu diadakan selepas mandat Barisan Nasional (BN) berakhir April tahun hadapan.
"Kita mesti katakan, katakan dengan kuat… jika saya tidak terpilih, saya akan menyokong sepenuhnya calon dipilih Umno dan BN," kata perdana menteri dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno ke 66.

Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz: 'Saya masih sihat, mampu tadbir negeri'

Posted: 01 Dec 2012 08:00 PM PST


Nik Aziz: 'Saya masih sihat, mampu tadbir negeri'
Nik Aziz bersama Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacub ketika menerima kunjungan Heliza dan Meyda Sefira di kediaman rasminya semalam.
 
KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang menyebarkan khabar angin beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini, Rabu lalu.

Nik Abdul Aziz berkata, setakat ini beliau berada dalam keadaan baik dan kesihatannya juga tidak terganggu biarpun sibuk dengan pelbagai tugasan mahupun baru sahaja selesai dengan Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 baru-baru ini.

Beliau turut menyifatkan, tindakan menyebarkan berita mengenai kesihatannya yang tidak betul itu adalah satu ikhtiar terakhir (fitnah) pihak tertentu terhadap dirinya.
Read More / Baca Lagi >>

3 selebriti sertai Bicara Selebriti ke-7

Posted: 01 Dec 2012 07:59 PM PST


(Bergambar kenangan dengan Tuan Guru Nik Aziz)

KOTA BHARU: Tiga selebriti terkenal tanah air termasuk seorangnya dari Indonesa aktres Ketika Cinta Bertasbih, Meyda Safira, menjayakan Bicara Selebriti Ke-7 malam tadi.

Dua orang lagi, Ustaz Azhar Idrus, pakar motivasi anak muda dan pelakon Heliza Helmi yang bakal dimoderatorkan oleh Amin Idris.

Buat julungkalinya sejarah program selebriti, ianya diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, berbanding sebelum ini diadakan di Balai Islam, KTC dan KB Mall.

Sempena kunjungan selebriti ini, mereka sempat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob di JKR 10, petang semalam.Read More / Baca Lagi >>

Salahuddin: 'Doa Pas, Umno tidak ada beza'

Posted: 01 Dec 2012 07:59 PM PST


Salahuddin Ayub SHAH ALAM – Sebaik kontroversi doa 'KO BN' yang dipimpin adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran Umno dan dikatakan menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, Umno pula tampil mengadakan solat hajat dan memohon kesejahteraan negara kelmarin.

Bagaimanapun, Pas menganggap doa sama ada semasa Muktamar Pas ataupun pada Perhimpunan Agung Umno itu tidak mempunyai sebarang perbezaan kerana kedua-duanya memanjatkan hajat masing-masing.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berpendapat, apa yang didoakan Pas tidak menujukan kepada mana-mana individu dalam Umno ataupun Barisan Nasional (BN).

Malahan katanya, beliau sendiri tidak berasa teruja dengan doa yang dibuat oleh Umno.

Read More / Baca Lagi >>

Anak : Isa Samad mahu pecat 192 pegawai Felda

Posted: 01 Dec 2012 07:58 PM PST


(Para tetamu dan pemimpin di atas pentas utama)

BATU PAHAT: Felda yang dikuasai Umno BN akan melakukan pemecatan secara besar-besaran pegawai-pegawai kanan yang dilihat menyokong Pakatan Rakyat.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bersama 'orang-orangnya' akan memecat 192 pegawai kanan di Felda-Felda di seluruh negara.

"70 peratus pegawai kanan Felda bersama Pakatan Rakyat jadi maklumat di hujung jari kita.

"Anak mendapat maklumat, secara besar-besaran  Tan Sri Isa Samad dan konco-konconya dalam proses melakukan pembuangan 192 pegawai kanan Felda yang dianggap tak bersama mereka.

"Ada yang dalam proses diturunkan pangkat, ditukar dan dibuang kerja," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Parit Salleh Ros, Parit Raja dekat sini malam ini.
Read More / Baca Lagi >>

1 juta ke Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 01 Dec 2012 07:56 PM PST



(Mohamad Sabu menerima limau tanda permulaan himpunan)

BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mensasarkan sejuta orang turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur, 12 Januari tahun hadapan.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, semua orang harus memainkan peranan menyampaikan maklumat berhubung himpunan yang merupakan kemuncak kepada himpunan-himpunan yang diadakan di setiap negeri.

"Grand finale himpunan kebangkitan rakyat, kita akan bersama-sama turun ke Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

"Yang ada depan saya ini, mesti sampaikan perkara ini kepada mereka yang tidak tahu, ajak mereka bersama-sama kita demi pilihan raya yang bersih," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini malam ini.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru perkara yang sama kerana mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus melakukan penipuan dalam pilihan raya bagi menyelamatkan Umno BN.
Read More / Baca Lagi >>

Datuk Rahman Maidin umum sertai PAS

Posted: 01 Dec 2012 07:56 PM PST


(Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi)

BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)


Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.
Read More / Baca Lagi >>

Doa Tok Guru Buat Najib

Posted: 01 Dec 2012 07:52 PM PST

Anwar Ibrahim : Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor

Posted: 01 Dec 2012 03:00 PM PST