KUALA LUMPUR: Hasil kajian terbaru mendapati sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini meningkat dengan ketara sekali. Kajian yang dibuat di tiga negeri iaitu Selangor, Johor dan Perak mendapati sokongan Melayu meningkat antara 3 - 8 peratus di ketiga-tiga negeri ini.
Di Selangor, sokongan kepada Pakatan di negeri itu meningkat sehingga lebih 55 peratus di kalangan pengundi Melayu. Sokongan Cina dan India di Selangor untuk Pakatan juga sangat membanggakan antara 60 - 75 peratus.
"Isu penting adalah kejayaan kerajaan negeri Selangor membukti pentadbiran yang cemerlang dalam semua segi," kata pengkaji itu tanpa mahu menyebut sumbernya.
Isu serangan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam, rasuah dan salahgunakuasa yang semakin terdedah dalam BN, kebajikan yang diperolehi oleh rakyat dari kerajaan negeri dan sebagainya menjadi isu-isu penting di atas peningkatan ini.
Keberkesanan media kerajaan negeri Selangor, Selangorkini yang diedarkan lebih 150,000 naskah setiap minggu juga menjadi faktor peningkatan sokongan ini.
"Yang menariknya, perubahan ini akan mempengaruhi sokongan Melayu di negeri-negeri lain kerana ramai pengundi yang tinggal di Selangor adalah pengundi lain-lain negeri termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah," kata sumber itu.
Di Johor pula, kajian yang dibuat oleh sebuah pusat pengajian tinggi pula mendapati sokongan terhadap Umno di kalangan pengundi Melayu negeri itu merosot sehingga 3 - 5 peratus.
"Saya diberitahu oleh seorang profesor, sokongan Melayu Johor kepada Umno merosot teruk berbanding pilihan raya 2008 lalu," kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu majlis di Batu Pahat baru-baru ini.
Selain pengundi Melayu, pengundi Cina lebih ketara berubah sokongan kepada Pakatan Rakyat iaitu sehingga 85 peratus.
"Namun kena ingat, walaupun hingga 85 peratus pengundi Cina sokong DAP di Johor, hanya 65 peratus sahaja yang akan menyokong calon PAS sehingga kini. Oleh itu, PAS perlu berbuat sesuatu untuk mendapat undi ini (yang sokong DAP tetapi tidak sokong PAS)," kata seorang profesor kajian politik kepada Harakahdaily.
Di Perak pula, kajian yang dibuat mendapati sokongan orang Melayu kepada Pakatan juga meningkat.
"Berdasarkan maklumat yang diberikan kepada saya, kita boleh dapat 35 - 36 kerusi DUN di Perak jika pilihan raya diadakan sekarang," kata Dr Mohamad Nor Manuty kepada Harakahdaily berdasarkan satu kajian yang dibuat di negeri itu.
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: PAS Touch 'n Get mendapat sambutan hangat pengguna-pengguna Anroid. "Lebih 2,000 pengguna telah download aplikasi TnG ini selepas 2 hari dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Kota Bharu.
"Setakat ini, banyak panggilan pengguna yang bertanya bila JITP akan meluaskan PAS TnG ini kepada pengguna-pengguna Black Berry, iPad dan lain-lain lagi," kata Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Suhaimi Embong kepada Harakadaily.
Beliau berharap pengguna peranti selain Anroid bersabar dulu sehingga pihaknya menyelesaikan beberapa penambahbaikan kepada TnG versi 1.04 ini terlebih dahulu. Aplikasi Touch 'n Get (TnG) itu boleh dimuat turun dari laman web http://www.pas.org.my/TnG.
It's unfair to call Umno evil, says the Kelantan opposition leader.
KOTA BARU: Kelantan opposition leader Alwi Che Md Ahmad has singled out religious scholars and preachers as being the main culprits causing disunity among the Malays. He said some ulama, particularly those affiliated with PAS, had been using Islam since the 1990s to split the community, and the situation had become so bad that rival groups of Malays could not even stand the sight of each other. He was commenting on last Friday's controversial prayer to damn Umno, which was recited by Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat and his younger brother Nik Abdul Radzi at the Stadium Sultan Muhammed IV in Kota Baru. The occasion was a political rally that was part of Pakatan Rakyat's campaign for support in the coming general election. Read More / Baca Lagi >>
Sejak polemik mengenai siapa yang akan dilantik menjadi perdana menteri pertama dari Pakatan Rakyat ditimbulkan perwakilan PAS semasa muktamar parti itu di Kota Bharu minggu lalu, rupanya telah menarik minat luar biasa Umno melalui lidah syaitannya, Utusan Malaysia.
Walaupun penganalisis berpendapat ia tidak mungkin menjadi kenyataan, hakikat yang tersirat sebenarnya menunjukkan bahawa Umno kini sudah tidak lagi memikirkan sama ada Najib Altantuya atau Muhyiddin Yassin yang akan mengepalai Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya berhempas-pulas meraih kembali sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.
Kedudukan Umno yang semakin lemah di beberapa negeri termasuk di Sabah yang selama ini menjadi simpanan tetap mereka berkuasa di Putrajaya pantas diambli kesempatan Pakatan Rakyat yang saban malam mengadakan sesi ceramah dan penerangan di seluruh negara. Read More / Baca Lagi >>
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) sepakat memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya PR membentuk Kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), nanti.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Majlis Syura Pas juga bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri seperti mana yang diumumkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. "Ini hak masing-masing. Keputusan rasmi telah dibuat oleh Majlis Pakatan Rakyat dan diperkukuhkan dengan kenyataan Husam selepas Muktamar Pas Kali Ke-58 yang lalu," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, isu Perdana Menteri dalam kalangan PR sama ada Anwar atau Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya polemik sahaja.
"Ia tidak perlu dibincangkan. Pendirian DAP seperti mana yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, calon Perdana Menteri jika membentuk Kerajaan Pusat adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Anthony berkata, PR fokus kepada PRU13 dan polemik tersebut perlu ditamatkan.
What another country (Australia) most certainly does not want in its own backyard, our country (Malaysia) seems so happy and so determined to have in the capital city of one of our states in the east coast of the peninsula. A funny way to show concern for our people, if you ask me. The federal government says it is safe. NO it isn't says the MP for Kuantan. YES it is, says the MP for Pekan. Well if it is really so safe to have the rare earth processing plant in Kuantan, my town-in-law (that is, my spouse's birth place and home town), it should be equally safe to move the plant to Pekan in the same state of Pahang, wouldn't you say? Stop the bare-faced LIES But what is decidedly unbecoming and disingenuous is for the MP of Pekan to say, loud and clear, that one of the world's largest if not the very largest rare earth processing plant is safe in and for Kuantan. Why only Kuantan, then? Correct my logic if you wish, but surely what is safe for Kuantan should be safe for Perth or Pekan, no? Well if this is as he says it is, then the people of Kuantan would understandably want to see the MP of Pekan, who has the powers invested in him (far beyond any other member of parliament in the country) to please set up the rare earth processing plant in Pekan itself. Or at the very least, the honourable member from Pekan should set up house in Kuantan in the vicinity of the rare earth installation and actually stay there, with all his loved ones, for all the twelve years during which Lynas the operator of the plant is exempted from tax, courtesy of our government. - http://ongohing.com (Ed's note: MP Kuantan is PKR vice president Fuziah Salleh and MP Pekan is BN's Prime Minister Najib Razak)
SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu.
Perasaan mereka, saya tidak tahu. Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.
Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.
Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.
Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Ummno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.
KUALA LUMPUR, 23 Nov — Penguatkuasaan undang-undang tidak seharusnya diswastakan kerana ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan hanya mahu membuat keuntungan ke atas rakyat, kata bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, selepas Parlimen meluluskan sistem penguatkuasaan automatik tersebut untuk mendenda pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju. Beliau mengulas tentang isu kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dibantah orang ramai dan ahli parlimen pembangkang kerana motif keuntungan dalam perjanjian konsesi kepada dua syarikat swasta yang dilantik untuk memasang dan menguruskan kamera berkelajuan tinggi itu dalam masa lima tahun. "Bagi saya, penguatkuasaan tidak boleh diswastakan. "Ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan hanya mahu membuat keuntungan keatas rakyat," kata Musa (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider. Musa bersetuju dengan kritikan bahawa terdapat banyak kelemahan pelaksanaan AES ini, termasuk keuntungan minimum 17 peratus kepada dua pemegang konsesi — ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap — yang memerlukan 2.72 juta saman setiap satu untuk lima tahun akan datang untuk memberi pulangan modal kepada pelaburan RM700 juta mereka.
Undang-undang di negara kita ini telah menjadi semakin tercemar. Seakan-akan undang-undang yang berkuatkuasa di dalam negara ini hanyalah untuk disasarkan kepada orang ramai yang tidak menyetujui kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka-mereka yang mengkritik dasar-dasar BN yang tidak adil, mereka yang berjuang menentang ketidakadilan, kekejaman, keganasan, politik wang, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan perkauman.
Sementara mereka yang berada di dalam lingkungan BN, para penyokong BN, Umno, MIC, MCA, Gerakan, NGO yang pro-Umno seperti Perkasa, Pekida, Pembela, JI, MTPKL dan sebagainya menikmati kekebalan setaraf dengan Raja-raja Melayu dan dikecualikan daripada sebarang tindakan undang-undang walaupun kebanyakan daripada tindakan mereka yang telah menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Read More / Baca Lagi >>
Keadilan menyelar iringan dan kawalan polis terhadap lebih 100 kontena disyaki mengandungi bijih nadir bumi untuk loji radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan.
"Apakah wang pembayar cukai Malaysia diguna untuk mengawal syarikat (Lynas) yang mendapat pengecualian cukai? "Ini tak patut berlaku. Kerajaan Malaysia dan polis yang sebenarnya dipergunakan," tegas Naib Presidennya, Fuziah Salleh ketika dihubungi.
Jelas Ahli Parlimen Kuantan itu, usahanya menghubungi Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Jasmani Yusoff sehingga kini masih gagal.
Himpunan nyalaan lilin membantah Lynas Corporation di pelabuhan Kuantan malam tadi menarik kira-kira 400 penyokong dan sekumpulan penunggang motosikal yang datang membuat bising di situ.
Penunggang motosikal tersebut, kebanyakannya belia, menjerit ke arah peserta himpunan tersebut sejurus selepas mereka berhimpun pada kira-kira jam 9.30 malam.
Menurut wakil Himpunan Hijau, Clement Chin, terdapat kira-kira 30 anggota polis yang berada di tengah-tengah, di antara kedua-dua kumpulan tersebut, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan.
Walaupun tidak berlaku sebarang perbalahan, seorang wartawan Sin Chew Daily dilaporkan berkata bahawa dia dikasari oleh beberapa penunggang motosikal tersebut.
Kataya, dia cuba untuk mengambil gambar kumpulan itu tetapi beberapa penunggang motosikal tersebut menjerit dan mengancam untuk bertindak terhadapnya.
Kumpulan penunggang motosikal itu beredar selepas kira-kira 30 minit.
SHAH ALAM 23 NOV : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa mempunyai bukti terbaru bahawa Kerajaan Pusat Umno-BN mempunyai hubungan dengan Israel apabila membantu kuasa Zionis itu dari segi ekonomi. Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya memperolehi maklumat bahawa Malaysia memang membekalkan getah ke Israel pada 19 November lalu. "Tempoh hari kita dedahkan penghantaran minyak sawit ke Israel. Kerajaan Umno-BN kononnya mengatakan sawit tersebut untuk Palestin. Kamu boleh terus berbohong. "Hari ini kita dapat transaksi terakhir iaitu kerajaan menghantar getah di atas nama Perusahaan Getah Asas Sdn Bhd juga ke Israel. "Adakah kamu nak kata bekalan itu juga dihantar ke Palestin. Mana ada kilang getah di Palestin?" kata Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard. Beliau juga mendakwa Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir bertanggungjawab dalam merealisasikan perkara berkenaan. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 22 Nov — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno sebagai sebuah parti rapuh menyebabkan doa yang dibaca oleh Ustaz Nik Razi ditakuti dan menjadikannya sebagai isu untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR). Baru-baru ini, doa yang dibaca oleh Ustaz Nik Razi dipertikaikan oleh ramai pihak terutamanya daripada Umno yang mengecam hebat tindakan tersebut. "Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti. "Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul, mereka doalah pula," kata ketua penerangan PAS pusat dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, Tuan Ibrahim (gambar) juga membidas sikap media pro-kerajaan yang banyak membuat liputan melibatkan isu doa tersebut tetapi bukannya dasar parti semasa Muktamar PAS ke-58 lalu. "Isu yang hangat dimainkan media adalah sesuatu yang bukan dasar parti. "Ucapan perwakilan, doa oleh seorang imam, dan pertikaian jawatan PM kesemuanya bukanlah dasar parti," tambah Tuan Ibrahim lagi. Read More / Baca Lagi >>
Saya merujuk kepada laporan ekslusif oleh Teoh El Sen yang disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today bertajuk "Hong Kong Willing To Re-open RM40m Case" bertarikh 20 November 2012. Laporan ekslusif tersebut memuatkan petikan wawancara dengan Kevin Zervos, Ketua Pendakwaraya Hong Kong mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta yang disabitkan dengan Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia. Dari laporan dan wawancara tersebut, beberapa perkara kini dapat disahkan: 1. Pihak berkuasa Malaysia (sama ada SPRM, Peguam Negara atau kedua-duanya sekali) yang memaklumkan kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa wang RM40 juta adalah sumbangan politik kepada Umno 2. Wang RM40 juta memang dibekukan di dalam sebuah akaun Michael Chia (walaupun namanya tidak disebut) dan disyaki pihak berkuasa Hong Kong disimpan bagi pihak Dato' Seri Musa Aman (walaupun namanya tidak disebut) Keterangan Kevin Zervos itu mengesahkan bahawa Dato' Seri Nazri Aziz tidak berterus terang di Dewan Rakyat baru-baru ini apabila beliau memaklumkan bahawa keputusan ICAC menghentikan siasatan adalah oleh kerana ICAC mendapati wang RM40 juta tersebut adalah sumbangan kepada Umno.
SATU dari acara menyemarakkan Mukktamar PAS ke-58 di Kota Bharu minggu lalu ia solat hajat raksasa dan berdoa moga-moga Allah musnahkan UMNO/Barisan Nasional. Ia mendapat reaksi yang berbagai khususnya dari pemimpin dan penyokong UMNO. Macam-macam mereka burukkan tindakan PAS itu.
Apa yang PAS buat itu adalah haknya. Ia tidak dilarang oleh perlembagaan dan tidak menyalahi peraturan dan undang-undang pertubuhan. Ia juga tidak menyalahi amalan demokrasi.
PAS itu dipimpin oleh para ulama. Tiadalah organisasi ulama yang paling besar dan paling berwibawa di negara ini selain dari PAS. Muafakat para mufti dan majlis fatwa hanya dianggotai oleh tidak lebih 30 orang. Ulama yang menyertai UMNO pula mungkin paling ramai 300 orang.
Tetapi yang bersama PAS ada di mana-mana. Bagi mereka berdoa minta UMNO dibinasakan tidak melanggar syarak. Jika ada di kalangan ulama yang mengatakan tindakan PAS itu tidak betuk pada syarakatnya, ia adalah kejadian yang terpinggir. Tetapi yang bersama PAS itu boleh dikira ijmak.
Bagaimana rakyat boleh tahu bahawa pembangkang tidak disokong oleh syaitan, tanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) boleh tahu yang BN disokong oleh syaitan. Dan, Mahathir seterusnya membayangkan yang pemimpin parti Islam itu sendiri mungkin disokong oleh syaitan.
"Beliau (Hadi) dan pembangkang mungkin disokong oleh syaitan sendiri. Beliau sendiri bersama dengan syaitan. Itulah syaitan yang saya tahu.
"Dia sendiri bersama dengan syaitan itu," ulang Mahathir lagi.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komen Hadi, semasa muktamar PAS baru-baru ini di Kota Bharu, bahawa parti yang disokong oleh syaitan tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua". Read More / Baca Lagi >>
Pokok Sena MP Mahfuz Omar says this was based on quotations from suppliers made for the same products in the US.
KUALA LUMPUR: An opposition MP today claimed Putrajaya may have paid 10 times more than the original price for its laser speed cameras. Pokok Sena MP Mahfuz Omar, speaking in Parliament today, cited quotations on the same cameras made for three states in the US which showed remarkable differences in prices and called on the government to explain. In a written reply to Jerai PAS lawmaker Mohd Firdaus Jaafar, Home Minister Hishammuddin Hussein had said on Monday that his ministry had paid RM173,925 per unit of Laser Digicam and RM223,500 per unit of Laser Trucam. Meanwhile, Montana had allegedly paid only US$4,995 (RM15,292.59) per unit while Idaho paid US$5,057.44 (RM15,483. 84) per unit for Laser Trucam and Delaware paid US $6,378 (RM19,526.88) per unit of Laser Digicam. The prices quoted also included services and warranty. Some of the states were also offered discounts for wholesale purchases. Read More / Baca Lagi >>
P.I Bala hilang, rekod di Imigresen terpadam, mahkamah Perancis belum panggil panglima dia dah cakap tak akan hadir. Haji Najib pula sampai hari ini terus bisu.