Rabu, 21 November 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


CHEGU BARD 'LARI' TINGGALKAN REMBAU? SIAPA LARI TINGGALKAN PENANTI?

Posted: 21 Nov 2012 08:56 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA aku menulis tentang Parlimen Nibong Tebal yang mana semua tahu siapa yang 'memulihkan semangat' penyokong-penyokong PR terutamanya KEADILAN di kawasan tersebut sejurus MP nya menjadi katak, ada komen dari sahabat yang mengatakan aku penyokong setia Chegu Bard.  Sebabnya, aku menulis tentang mengapa Dr Mansor diumumkan di Parlimen tersebut bukannya Chegu Bard.

Walaupun aku sudah nyatakan, aku memang menyokong perjuangan Chegu Bard tetapi aku bukannya musuh kepada yang lain.  Aku pernah bersama aktiviti SAMM walaupun aku bukan ahli berdaftar SAMM, aku juga turut meraikan program MAP satu lagi NGO di bawah Sdr Mustafa Kamil Ayub sewaktu penubuhan MAP di Pahang, begitu juga aku turut bersama Jingga 13, malahan satu pentas berceramah dengan Pengerusinya, Sdr Fariz Musa.  Apatah lagi, aku menyokong kuat AMK yang merupakan sayap kepada KEADILAN. Apa jua kumpulan yang mensasarkan Umno/Bn sebagai musuh, aku pasti ingin bersamanya.

Isu di Nibong Tebal bukan isu Chegu Bard tidak terpilih.  Kalau pun Chegu Bard dirasakan tidak layak di situ, aku cuma ingin bertanya adakah benar Dr Mansor layak di situ?  Aku tabik Chegu Bard kerana sehingga kini beliau terus bekerja di merata tempat.  Komen dari sahabat aku yang menyebut mengapa Chegu Bard 'lari' tinggalkan Rembau kononnya ingin mencari tempat selamat bagi aku itu merupakan satu komen yang 'nakal'.  Cuba tanya Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar sendiri adakah beliau selama-lamanya bertanding di tempatnya di Melaka?  Adakah Sdr Shamsul Iskandar boleh kita anggap 'lari' ke tempat selamat?  Dan, benarkah beliau sememangnya selamat setelah 'lari' dari Melaka?  Aku tidak kata Sdr Shamsul Iskandar 'lari', tetapi di dalam strategi politik ada ketikanya perlu berbuat demikian.  Mungkin juga boleh dikatakan Dr Mansor 'lari' tinggalkan Penanti?  YB Azan juga 'lari' tinggalkan Indera Mahkota? 

Sahabat aku juga menyebut bahawa Chegu Bard ini jenis yang suka memberontak di dalam parti.  Kononnya tidak menghormati orang lama di dalam parti.  Malangnya, tiada satu bukti pun sahabat aku ini tampilkan untuk menunjukkan bahawa Chegu Bard ini pemberontak di dalam parti, jauh sekali tidak menghormati orang lama.  Siapa 'orang lama' itu?  Kalau diminta bukti mengapa di dalam beberapa isu Chegu Bard dilihat terlalu 'vokal' mengkritik, ada asasnya.  Mungkin YB Saifuddin Nasution selaku Setiausaha Agong KEADILAN sendiri amat memahami mengapa Chegu Bard bersikap sedemikian.

Chegu Bard sekarang bukan sahaja menghadapi musuh sebenar iaitu Umno/Bn, tetapi beliau turut menghadapi musuh peribadinya.  Berbagai-bagai cara musuh peribadi beliau lakukan untuk menyingkirkan Chegu Bard dari perhatian umum sehingga ke tahap mencipta FB palsu agar Penyelaras SAMM ini ditekan dan disiasat oleh pihak berkuasa.  Di dalam FB, berbagai-bagai tuduhan dan sindiran telah mereka lakukan hanya kerana hasad dan dengki terhadap ketokohan anak muda ini.  

Ini bukan ahli Umno yang menyindir Chegu Bard...Ini kerja siapa?
Apabila Chegu Bard mentarbiyyahkan anak-anak buahnya dengan peristiwa Khalid Al Walid yang telah diuji di dalam perjuangannya, itu pun dipersendakan oleh kumpulan hasad dengki ini.  Mereka kini lupa musuh sebenar mereka hanya kerana perasaan dendam, hasad dan dengki yang tidak berkesudahan walaupun cita-cita mereka untuk melihat Chegu Bard tidak berada di saf hadapan parti sebenarnya telah berjaya.  Tapi mereka lupa, Chegu Bard tidak perlu berada di saf hadapan hanya kerana untuk menghancurkan Umno/Bn.  Anak-anak muda dan rakyat kini boleh menilai siapa yang bekerja bersungguh-sungguh untuk menghancurkan Umno/Bn dan siapa yang bekerja siang dan malam untuk menjatuhkan sesama sendiri demi kepentingan diri.


bumiperak

bumiperak


Nik Aziz akan saman Utusan isu tuduhan murtad

Posted: 21 Nov 2012 05:56 PM PST

Setiausaha akhbar Tuan Guru Nik Aziz iaitu Ahmad Fadhil Shaari hari ini menyatakan akan mengemukakan saman terhadap Utusan Malaysia kerana memfitnah dan memanupulasi kenyataannya seolah-olah mengatakan Nik Aziz menuduh UMNO murtad!

Sebenarnya tidak sekali menuduh demikian. Kenyataan itu adalah bersifat umum dalam batasan iman dan kufur supaya semua pihak bertindak dengan betul menjaga iman masing-masing. ujarnya. Baca berita penuh di Harakah hari ini.

TRANSKRIP kenyataan Nik Aziz dalam kenyataan media kepada pemberita di Muktamar PAS ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) 18 November lalu itu diperbesarkan oleh UMNO dan menimbulkan isu kononnya Nik Aziz menuduh UMNO murtad.

"Bila UMNO buang Islam, maka UMNO ugama apa? Saya ulang sekali lagi, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka ugama apa yang Umno pakai?
Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno (asasnya) samada Kristian ke, Buddha ke, atau takde ugama?

Timbul masalah murtad ..... Murtad ni khabarnya (kepada) orang Kristian ... (dan kepada) paderi-paderi dia ... saya kata tidak. Yang menjadikan orang Melayu murtad ni kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam.

"UMNO tolak Islam, maka NAMPAK dia lekeh, perlekehkan Islam."

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Tahniah Husam Musa...Ucapan Yang Jelas!! A Breath Of Fresh Air...

Posted: 21 Nov 2012 09:23 PM PST



Strategik, fokus dan kerja kuat. Itu yang penting. Bukan retorik semata...

dollah yankee

dollah yankee


Bye-Bye UMNO/BN, bye-bye Suzuki AFF Cup !

Posted: 21 Nov 2012 05:24 AM PST



dollah yankee -
Peminat2 kata permainan hambar, gurkah-gurkah politik di'port' pulak kata "main macam taik!". Kalau beginilah persiapan mereka, gurkah-gurkah ini sudah bertaruh yang piala Suzuki AFF tahun ini akan terlepas sepertimana BN/UMNO yang akan terlepas ke tangan PR pada PRU-13 nanti. 

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Global pressure against Taib’s mega dams

Posted: 21 Nov 2012 09:29 PM PST

The Bruno Manser Fund wants Sarawak Energy Bhd to declare its finances, contracts and funders linked to the development of mega dams in Sarawak.
KUCHING: Swiss-based NGO Bruno Manser Fund (BMF), which has been at the forefront of a global campaign against Sarawak Chief Minister Taib Mahmud's land "development" policy which has stripped the state's verdant rainforest and displaced thousands of indigenous natives, is calling for an independent external review of the Bakun, Bengoh and Batang Ai dams.
It is also demanding for a moratorium on all Sarawak dam construction and for Sarawak Energy Bhd (SEB), a key player in the development, to sack its chairman, Hamed Abdul Sepawi.
BMF also wants SEB to declare its finances, contracts and funders.
It is also exerting pressure on foreign corporations, which it alleged were closely linked to Taib's global business empire, to shun the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE)
It claimed "any involvement in Taib government's hydropower programme is inextricably linked to corruption, environmental damage and human rights violations".
Read More / Baca Lagi >>

No safe water, food for displaced Bakun natives

Posted: 21 Nov 2012 09:28 PM PST

For the displaced natives in Bakun, Sarawak, its a case of "water, water everywhere, nary a drop to drink".
KUCHING: All sorts of woes are bedeviling the people living on their 'jelatong' houses which are floating on the Bakun dam lake. Their woes range from a foul smell emanating from rotting organic matter submerged at the bottom of the dam to river's declining biodiversity and lack of safe drinking water.
The foul rotten egg-like smell is indicative of the presence of hydrogen sulfide and reports of high turbidity and low pH levels are killing off fish life in the dam and tributaries.
Highlighting these woes during his budget speech, Ba Kelalan assemblyman, Baru Bian, said that he made a four-day trip to Bakun recently to see for himself how the people have fared since their displacement to make way for the dam.
"I was dismayed at the shocking sights that greeted me and the sorry stories told to me by the people living on their 'jelatong' houses now floating on the lake.
"The water on which their homes float is foul-smelling due to the rotting organic matter submerged at the bottom of the dam. Downstream from the dam, the river's biodiversity has degenerated, fish catches have fallen, and once-clean waters smell foul and are unsafe to drink.
Read More / Baca Lagi >>

MB : Ubah Tradisi Pengurusan PKNS

Posted: 21 Nov 2012 09:27 PM PST



SHAH ALAM 22 NOV : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan Kerajaan Negeri kini cuba mengubah tradisi pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) suapa lebih berdaya saing berbanding era Umno-BN.
Sebelum ini katanya, budaya mengeluar aset PKNS kepada pihak ketiga berlaku di bawah pentadbiran Umno-BN.
"Sebagai contoh, sebelum ini, PKNS mendapat beratus ekar tanah di Kota Damansara tetapi hanya melakukan 10 peratus pembangunan sahaja manakala selebihnya dibuat oleh pihak lain,"katanya.
Jelasnya, sebelum ini, PKNS lebih banyak aset berbanding Sunway dan SP Setia tetapi kini PKNS ketinggalan jauh daripada kedua-dua pemaju terbabit.
Masalah ini timbul apabila akaun PKNS dulu tidak diurus dengan baik.
"Dapat duit baru tulis, ada kalanya PKNS tidak membayar pada Kerajaan Negeri, bila dapat duit baru tulis, baru ada rekod.
"Oleh sebab itu, saya mahu ubah cara dahulu, saya mahu ubah cara Umno-BN. Saya pernah bangunkan Permodalan Nasional Berhad dahulu, lebih awal dari PKNS, tetapi lihat sekarang, pelaburannya berpuluh ganda dari PKNS sebab ia ada rekod yang betul.
Read More / Baca Lagi >>

'Orang kenyang jangan di ajak berjuang'

Posted: 21 Nov 2012 09:27 PM PST

Apabila musim pilihanraya datang, setiap parti dan pihak-pihak NGO bergiat memberikan dukungan kepada parti yang mendapat 'preference' dari mereka. Walaupun pertubuhan-pertubuhan itu adalah pertubuhan NGO, sampai pilihanraya mereka juga terlibat dalam proses mengamalkan demokrasi mengikut cita rasa masing-masing.
Pihak pembangkang juga mendapat perhatian dari NGO-NGO ini dan mereka tidak teragak-agak untuk menentukan sikap dan pegangan politik mereka secara terbuka. Pihak pembangkang sendiri kehadapan dan memberikan penerangan sambil merapati rakyat bagi mendapatkan sokongan dalam pilihanraya kali ini.
Sebaliknya UMNO dan BN menggunakan NGO-NGO sebagai 'vehicle' untuk parti itu apabila menghadapi rakyat untuk mendapatkan kehadiran yang ramai. Jika UMNO sendiri mengadakan program ia tidak mendapat kehadiran yang ramai dan keadaan ini adalah keadaan biasa di seluruh negara.
Read More / Baca Lagi >>

Sakan sungguh Umno Johor...

Posted: 21 Nov 2012 09:25 PM PST

Salam semua...
Tu diaa...
Baru Pak Long tau...
Umno Johor lagi sakan rupanya, bagi ayaq kopi percuma kat 7 keluarga...
Tu pun hangpa dok kata tak baik lagi...
Haha...
Tu dia laa Umno oi, jangan syok sangat dok kepung kampung orang...
Bila kain sendiri dah terlondeh, panau, kurap, sopak... songkla semua tunjuk kat orang habih... Benda yang tak sepatutnya ditunjuk pun orang dah nampak... hehe...
Mak Long hang kata kat Pak Long, tak semua yang kita mau tu mampu kita dapat, tapi... tak semua yang kita dapat tu yang kita mau...
Wassalam...
 
Pak Long Din

AES: Kase mahu fail semakan kehakiman

Posted: 21 Nov 2012 09:24 PM PST

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase) akan memulakan semakan kehakiman bagi membolehkan perjanjian pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dapat didedahkan.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar memberitahu pendedahan perjanjian itu amat penting kerana terdapat perkara-perkara yang mengelirukan dalam pelaksanaan AES.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Pangangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri perjanjian tersebut tergolong dalam Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Malah beliau turut menyatakan kesediaan jika ada pihak yang mencabar pendedahan perjanjian tersebut di mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Cawangan UMNO Haram : MP PKR Machang Bahas Peruntukan 2013 KDN

Posted: 21 Nov 2012 09:14 PM PST

Cerita Sedih - MP DAP Puchong Bahas Peruntukan 2013 KDN

Posted: 21 Nov 2012 09:13 PM PST

Isu kamera & Saman - MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan 2013

Posted: 21 Nov 2012 09:12 PM PST

Penggulungan Ucapan Dasar Presiden : Dato' Tuan Ibrahim [Muktamar 58]

Posted: 21 Nov 2012 09:12 PM PST

Penggulungan Ucapan Dasar Presiden : YB Dato' Mahfuz Omar [Muktamar 58]

Posted: 21 Nov 2012 09:12 PM PST

Penggulungan Ucapan Dasar Presiden : YB Dr Hatta [Muktamar 58]

Posted: 21 Nov 2012 09:11 PM PST

Penggulungan Ucapan Dasar Presiden : YB Dato' Husam Musa [Muktamar 58]

Posted: 21 Nov 2012 09:11 PM PST

Penggulungan Ucapan Dasar Presiden : YB Salahuddin Ayub [Muktamar 58]

Posted: 21 Nov 2012 09:10 PM PST

Penggulungan Ucapan Dasar Presiden : Mohamad Sabu [Muktamar 58]

Posted: 21 Nov 2012 09:10 PM PST

Anwar Ibrahim: Apa Pakatan Rakyat Buat Untuk Masyarakat Orang Asal (Indigenous Peoples)?

Posted: 21 Nov 2012 09:09 PM PST

Beranikah Najib pasang kamera AES di Pekan?

Posted: 21 Nov 2012 08:18 PM PST


KUALA LUMPUR: Beranikah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memasang kamera AES di Pekan untuk menunjukkan sokongan kepada keputusan kabinet yang diketuai beliau bahawa sistem ini adalah baik untuk rakyat?

Sumber dalaman Umno yang berang dengan keputusan kabinet untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkata sepatutnya Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menunjukkan model contoh dengan memacak beberapa kamera AES di Pekan dan Pagoh.

"Bagi ahli parlimen BN yang menyokong juga sepatutnya membawa 4 kamera seorang untuk balik ke kawasan masing-masing untuk mengurangkan kadar kemalangan. Sudah tentu rakyat di kawasan parlimen mereka sokong.

Read More / Baca Lagi >>

The Tangled Web They Weaved

Posted: 21 Nov 2012 08:17 PM PST

By sakmongkol AK47 
 
Tan Sri Muhyidin says BN must not lose Sabah. If it does, then many UMNO and BN leaders will retire at Bamboo River Resort. It is not for him to say. The shouts of inikalilah can be heard far and wide in Sabah. 

Some years ago, one Michael Chia was caught with 16million Singapore Dollars- or RM 40 million. Everyone knows and understood the money was meant for Musa Aman to add to his millions of USD stashed away in Swiss accounts. Chia said that was not his money. It was for Musa Aman. When Musa Aman was asked about it, he said it was Najib's money. Nazri Aziz stepped in to say, no the money was not for either of them. It was for UMNO Sabah. The PM was quick to say there was no element of money laundering or currency smuggling. So there you have it folks, what is haram becomes halal if it's shared with UMNO. As they used to say in our ceramah circuits- wal-haraa-mun kalau makan sorang, wal halal-lun kalau kongsi sama UMNO. I suppose, the bak kut teh , if it has UMNO label is also halal. It will be if the meat used is beef or lamb slaughtered by UMNO ustazs and holy men.
No, it's not for the Sabah BN secretary to say, the case is closed. PR knows it's closed. That is why it is petitioning the HK government to reopen it because there are grounds of concern. The case was closed because for 3 years, the Malaysian government did not respond to any of the HK governments request for cooperation. Nazri can't just dismiss the issue by saying "not true- MACC did cooperate" Let us have the records and statement from Hong Kong then. Whether closed or not, the rakyat still wants to know the who, what, when, how and why of the RM 40 million. If Sabah were to lose 12-15 seats, the dreams of many Malaysians into seeing Bamboo River Resort turned into a retirement home for UMNO politicians and their business cronies will come to fruition.We must remember to include into the Resort Project, facilities such as Kedai 1Malaysia, Premium Outlets and maybe even a franchisee of Jacob Jewelers.
Read More / Baca Lagi >>

Rare earth ore arrives in Kuantan Port

Posted: 21 Nov 2012 08:11 PM PST

According to Lynas Corp, it plans to start operations 'over the coming days'.

SYDNEY: About 100 containers of rare earths concentrate have arrived in Kuantan Port bound for the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) in Gebeng.
According to Australia's Lynas Corp, it planned to begin operations "over the coming days".
The plant has been mired in controversy, with repeated judicial challenges by locals and environmentalists worried about potential health risks.
Meanwhile, Lynas shares rallied 10.3% to A$0.695, but are still well below levels above A$1.50 at the start of the year.
Lynas expects production at its controversial plant to begin next month after long delays caused by environmental and political concerns.
After a drawn-out approval process and several legal challenges from locals and activists, LAMP currently has a temporary operating licence.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal RM207b: Buruh, waris diarah tutup mulut?

Posted: 21 Nov 2012 08:10 PM PST

IPOH: Sekretariat Jejak yang mengendalikan 'Ops Jejak' terhadap bekas buruh paksa dan waris pembinaan landasan maut Thailand-Burma semasa Perang Dunia Kedua mendakwa ada mangsa dan waris diarah 'tutup mulut'.

Ketua operasi Ops Jejak, Safarizal Saleh berkata, maklumat yang diperolehi mereka mengatakan terdapat usaha dari pihak tertentu yang mengarahkan mangsa dan waris mereka tidak menceritakan hal sebenar kepada Sekretariat Jejak.

"Kita mendapat maklumat, mereka (bekas buruh dan waris) telah dihubungi oleh pihak tertetntu agar tutup mulut berhubung isu ini.

"Ini menimbulkan sedikit masalah kepada kita. Namun kita sudah merancang beberapa tindakan untuk terus membongkar skandal ini," katanya yang dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Ops Jejak yang dilancar 7 November lalu itu.

Isu landasan maut ini sebelum ini didedahkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang telah dibayar oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.

(Gambar: Landasan maut Thailand-Burma sepanjang 415 km semasa pembinaan)

Ini kerana, sehingga kini dakwanya, bekas buruh dan waris mereka tidak mendapat sesen pun dari wang pampasan yang diberikan kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mindef pertahan kedatangan kapal perang nuklear AS

Posted: 21 Nov 2012 08:09 PM PST

Kapal perang berkuasa nuklear USS George Washington dibenar berlabuh di Pelabuhan Klang bulan lalu kerana manfaat ekonomi yang dibawa kepada Malaysia, kata timbalan menteri pertahanan, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

Bercakap di Parlimen malam tadi, Latiff berkata Amerika Syarikat mempunyai peruntukan pertahanan untuk memastikan keselamatan perairannya, dan ia merupakan peluang ekonomi untuk Malaysia.

"Saya pernah makan malam dengan Setiausaha Tentera Laut AS dan peruntukan untuk keselamatan perairannya adalah AS$50 bilion. Jadi jika mereka datang dan perlukan bekalan seperti air, kita sediakan.

"Sudah pasti kita tidak buat ini dalam keadaan terpaksa kerana AS adalah kuasa besar, tetapi kita bersikap terbuka terhadap peluang ini kerana terdapat banyak manfaat darinya. Kapal itu sendiri ada 7,000 anak kapal," katanya.

Beliau menekankan bahawa Malaysia tiada masalah membenarkan kapal perang berkuasa nuklear di perairannya walaupun Malaysia merupakan ahli Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali Asia Tenggara (Zopfan), kerana kapal itu tidak membawa senjata nuklear.

Rafizi serah bukti baru, desak ICAC siasat semula rasuah RM40j

Posted: 21 Nov 2012 07:58 PM PST

HONG KONG 22 November: Satu laporan baru dikemukakan kepada jawatankuasa semakan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) pagi ini untuk mendesak kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri Aziz dan jutawan balak, Michael Chia dibuka semula.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya pagi tadi.
Menurutnya, beliau bersama rombongan yang disertai beberapa wakil rakyat Malaysia itu akan membekalkan maklumat baru berhubung skandal tersebut.
"Pagi ini, saya bersama Leong Jee Keen, Hee Loy Sian, Chang Lih Kang akan buat laporan baru dan beri maklumat baru kepada ICAC agar kes RM40 juta disiasat semula," katanya.
"Ahli-ahli Majlis Perundangan Hong Kong akan desak ICAC siasat rasuah RM40 juta," jelas beliau.
"Saya juga menyambut baik kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong bahawa beliau sudi untuk membuka semula kes ini jika ada bukti baru.
Read More / Baca Lagi >>

Minyak sawit ke Israel, Anak serah memo esok

Posted: 21 Nov 2012 07:57 PM PST


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) sekali lagi mengajak orang ramai menyertai penyerahan memorandum membantah penjualan minyak sawit mentah Felda kepada syarikat milik Israel.

Memorandum akan diserahkan ke Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak selepas Solat Jumaat esok. 

Menurut Pengerusi Anak Lembah Klang, Nasaie Ismail, penyerahan memorandum akan disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

"Penyerahan akan diketuai Presiden Anak, Mazlan Aliman dan diiringi Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu, Ketua Pemuda, Nasruddin Hasan serta beberapa pemimpin  dan lain-lain," kata beliau kepada Harakahdaily.

Justeru, orang ramai diminta menunaikan Solat Jumaat di Masjid UTM Jalan Semarak sebelum berarak ke Pejabat Felda.

Ahad lalu, Mazlan sewaktu berucap di Muktamar Tahunan PAS di Putik, kelantan mendedahkan dokumen berupa invois penjualan minyak sawit mentah Felda kepada syarikat milik Israel.

Beliau mensasarkan 5,000 orang menyertai penyerahan memorandum esok.

Peruntukkan RM1,250 Untuk Surau Laksana Solat Jumaat

Posted: 21 Nov 2012 07:54 PM PST


SHAH ALAM 22 NOV : Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1,250 sebagai sumbangan moreh kepada semua surau di seluruh negeri yang melaksanakan solat Jumaat setiap minggu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, masa kini terdapat 192 surau yang mendapat kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat.
Katanya, daripada jumlah itu yang terbanyak adalah di kawasan Hulu Langat diikuti Petaling Jaya dan Klang.
Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri masih mengutamakan belanjawan untuk masjid, hal itu kerana mengambil kira penggunaan masjid setiap hari.
"Kita sudah berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari segi penggunaaan kedua-dua surau dan masjid itu.
"Setakat ini, kita dapati dari segi penggunaan surau, jika kita perkembangkannya, surau akan bersaing dengan masjid, oleh kerana itu, masjid diberi keutamaan dari segi peruntukkan," katanya ketika menjawab soalan tambahan dari Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha.

Green Walk: Taken on a life of its own

Posted: 21 Nov 2012 07:48 PM PST