Ahad, 11 November 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Penjaja tanpa lesen 'Serbu' Guan Eng cara mengejut

Posted: 11 Nov 2012 07:56 PM PST


'Serbu' Guan Eng cara mengejut
Suasana tegang ketika wakil peniaga cuba mendekati Guan Eng untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
GEORGETOWN - Rumah Terbuka Deepavali anjuran Kerajaan Negeri menjadi kecoh seketika apabila dikunjungi seorang wakil penjaja tanpa lesen Padang Kota yang secara tiba-tiba mendekati meja jamuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menyerahkan memorandum.
Insiden itu berlaku sebaik sahaja Guan Eng habis berucap dan bergerak menuju ke tempat duduknya sebelum didekati lelaki berkenaan.
Lelaki itu memaklumkan bahawa memorandum yang diserahkan adalah luahan nasib dan kesusahan yang dialami penjaja akibat tidak dapat meneruskan perniagaan di sekitar Padang Kota.

Bagaimanapun Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tidak dapat membantu iaitu untuk memberi kebenaran kepada penjaja tanpa lesen itu.
"Jika kita beri kebenaran kepada penjaja tanpa lesen, ia seolah-olah tidak adil kepada peniaga di Medan Renong.

"Dalam hal ini, Kerajaan Negeri cuma boleh membantu 'top-up' sehingga pendapatan mereka mencecah RM770 kepada mana-mana penjaja yang memperoleh minimum RM600 sebulan yang berkuat kuasa Januari tahun depan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Umno BN jahat fitnah Izzah seolah-olah suruh Melayu murtad

Posted: 11 Nov 2012 07:48 PM PST

KUALA LUMPUR 12 Oktober: Umno BN berperangai jahat memfitnah Nurul Izzah Anwar kononnya Naib Presiden KEADILAN itu suruh orang Melayu murtad, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN berkata, anak sulungnya itu dinafi untuk pertahan tohmahan Umno BN menerusi media kawalannya dan agensi kerajaan dalam isu agama.
"Kita jangan hairan siapa yang kuasai media? Umno…siapa yang buat fitnah? Umno…Dia akan pertahankan. Kita nak jawab lima minit pun tak boleh, mana boleh guna jabatan agama, (dia) terus hukum.
"Perangai Umno nak lawan tak boleh…yang (mereka) mampu hanya fitnah, seolah-olah Nurul Izzah suruh orang Melayu murtad. Tapi nak heran apa yang AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) itu kita bantah di Parlimen. Pagi tadi Chua Soi Lek buat kenyataan dia syak sebenar AES ini Anwar Ibrahim pun ada bertanggungjawab, pulak dah…," katanya disambut gelak tawa hadirin.
Read More / Baca Lagi >>

Najib terpaksa lancar Yayasan Artis untuk tarik sokongan kepada BN

Posted: 11 Nov 2012 07:22 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) telah dilancarkan oleh perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak malam tadi dan ia dilihat sebagai satu langkah untuk menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dalam pelancaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib (gambar) juga berjanji kepada para golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang bakal menjelang.
"Kerajaan telah memberi sumbangan dan bantuan banyak kepada golongan seni, tapi saya berjanji jika kerajaan BN berjaya dalam pilihan raya nanti akan lebih banyak lagi imbuhan yang akan diberikan," kata beliau dihadapan 1,000 artis dan karyawan seni.
Dalam majlis sama, PM juga mengumumkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada YA1M pada tahun dan RM3 juta pada tahun depan disamping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.
Read More / Baca Lagi >>

PAS : Pastikan tawaran 12 perkara untuk Sarawak terlaksana

Posted: 11 Nov 2012 07:19 PM PST



(Arifiriazul membuat tendangan penalti sebagai tanda perasmian pertandingan futsal padang)

MIRI: Pemuda PAS akan memastikan '12 Tawaran Rakyat PAS Sarawak' akan dilaksanakan sebaik mungkin khasnya untuk golongan belia.

Atas dasar itulah, Pemuda PAS sangat giat mendekatkan dirinya dengan belia bagi menjiwai hasrat mereka, kata Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Bin Paijo.

Antara perkara yang PAS Sarawak tawarkan kepada golongan belia adalah meningkatkan capaian internet Sarawak kepada 100 % dalam masa 2 tahun.

RM50 juta khusus untuk pembangunan belia dan sukan di seluruh negeri dan insentif khas untuk membantu golongan muda mendirikan rumahtangga bagi meringankan beban kos
perkahwinan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno lebih berani dari MCA

Posted: 11 Nov 2012 07:18 PM PST

Fuyoo!!

Tahniah Umno... kerana anda kini telah diiktiraf lawan sebagai lebih berani dari MCA dalam usaha anda menyerang Islam...

Kahkahkah...
Kahkahkah...

Apa habuan jika tiada saman AES?

Posted: 11 Nov 2012 07:16 PM PST


KUALA LUMPUR: Jika tidak ada kesalahan lalulintas dirakamkan, apa pula habuan yang kerajaan janjikan kepada syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan perlu mendedahkan kepada rakyat perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat berkenaan, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd, supaya rakyat tahu apakah lagi bayaran lain yang dijanjikan oleh syarikat berkenaan.

Selama ini, katanya, rakyat diberitahu bahawa syarikat-syarikat tersebut akan mendapat keuntungan hasil dari kesalahan trafik yang dirakamkan oleh AES melalui skim pembayaran yang dijanjikan kepada mereka.

"Sekarang terdapat pula dakwaan kononnya pemasangan AES mengurangkan saman kerana para pemandu lebih mematuhi peraturan kerana tidak mahu dirakam oleh AES.

"Jika hasil dari saman tidak ada dan menjejaskan keuntungan syarikat-syarikat tersebut, apa pula habuan yang kerajaan janjikan kepada mereka?
Read More / Baca Lagi >>

Kerana Meluat! Pengguna Facebook edit gambar Rosmah!

Posted: 11 Nov 2012 07:15 PM PST


Hasil kecanggihan teknologi kini memungkinkan segala benda yang sebelum ini kita menyampah, boleh menjadi suka kembali.

Seperti mana yang terjadi ke atas isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang terselit di antara pasangan pengantin badminton negara, Lee Chong Wei dengan isterinya Wong Mew Choo, sungguh ramai yang meluat dengan tindakan Rosmah yang dikatakan melanggar protokol selain menjadi bahan ketawa di laman sosial Facebook dan Twitter.

Rosmah yang hadir kelmarin di majlis resepsi pasangan mempelai pada malam kedua persandingan mereka bukan setakat dicemuh, malah mengelirukan para penonton yang menyaksikannya secara langsung di kaca televisyen selama sejam bermula 8.30 malam Sabtu lalu.

Seorang pengguna Facebook yang bengang dengan tindakan tersebut sempat mengambil beberapa keping gambar Rosmah dan pasangan pengantin secara terus dari hadapan televisyen lalu dengan usahanya itu, maka terhasillah apa yang kita semua lihat pada gambar di atas.

Anda kenal VIP ini?

Posted: 11 Nov 2012 07:13 PM PST


ANDA KENALKAH DUA INSAN YANG SEDANG BERLAGA PIPI INI ?  MEREKA BERAGAMA ISLAM ATAU TIDAK? KALAU BERAGAMA ISLAM WAJARKAH MEREKA BERKELAKUAN DEMIKIAN?  TIDAKKAH MEREKA TAHU BATAS-BATAS AURAT  ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG BUKAN MUHRIM?

KEPADA USTAZ-USTAZ, IMAM-AMAM DAN MUFTI-MUFTI UMNO !!  APA PERASAAN ANDA MELIHAT GELAGAT DUA INSAN INI?  APAKAH KALIAN HANYA SANGGUP MENJADI MALAIKAT BISU? 
WANITA INI KALAU TAK SILAP BUKAN KALI PERTAMA BELIAU MELAKUKAN ADEGAN SEBEGINI!!  KENAPA SUAMI NYA TAK MENGHALANG?   APAKAH KERANA SI SUAMI TERLALU BANYAK MAKAN NASI KANGKANG? 

SAMA-SAMALAH  KITA FIKIRKAN!   KENAPA SEMUA INI BOLEH BERLAKU?  BARANGKALI ,, INILAH HASILNYA! SETELAH 55 TAHUN KITA DITARBIAH OLEH  SISTEM PENDIDIKAN YANG DIBAWA OLEH UMNO – SISTEM WARISAN PENJAJAH.
  
Oleh : rahimothman

Ada Berani : Pemuda Pas cabar MB Terengganu lawan Hadi di Rhu Rendang

Posted: 11 Nov 2012 07:07 PM PST



Mohd Nor Hamzah KUALA TERENGGANU – Selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertanding di Parlimen Kemaman, Pemuda Pas Negeri Terengganu pula mencabar Ahmad untuk bertanding di Rhu Rendang.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang kurang bersetuju dengan tindakan Ahmad berkata, Umno tidak sepatutnya mencampuri hal ehwal 'rumah tangga' parti itu termasuk membabitkan penetapan calon Pas di kerusi tertentu.

Beliau juga turut melihat kenyataan Abdul Hadi yang bersedia bertanding di Parlimen Pekan sebelum ini juga tiada kaitan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), kerana Pas berhak meletakkan calon di mana-mana kerusi yang dirasakan sesuai.
Read More / Baca Lagi >>

Pelumba Negara, Zulfahmi Lari Dari Arak Di GP Spain

Posted: 11 Nov 2012 07:04 PM PST



Pertamanya tahniah buat pelumba Moto 3 Malaysia Zulfahmi Khairuddin kerana berjaya menaiki podium di tempat ke 3 dalam perlumbaan di Grand Prix Velencia.

Lebih istimewa tahniah sekali lagi buat Zulfahmi kerana tidak meraikan kemenangan dengan Champange. Beliau dilihat meninggalkan pentas ketika acara penyampaian air kencing setan itu disempurnakan.  

Dan datang semula ketika sesi bergambar. Beliau melakukan perkara yang sama ketika meriah tempat ke 2 di Grand Prix Sepang pada Oktober lalu.

Sebagai pelumba muslim beliau tahu batas halal dan haram dalam Islam walaupun beliau kini berada di pentas dunia dalam arena lumba motosikal. Satu contoh yang baik ditunjukkan Zulfahmi untuk kita semua.

Pas Selangor tak mimpi bersama Umno

Posted: 11 Nov 2012 07:01 PM PST


Dr Abd Rani Osman SHAH ALAM – Pas Selangor tidak pernah bermimpi untuk kembali semula dalam komponen parti disertai Umno pada masa akan datang, selaras dengan pendirian Pas Pusat.

Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, ini kerana, sejarah kerjasama antara Pas dan Umno pada masa lalu membuatkan parti Islam itu lebih berhati-hati dalam memilih rakan komponen yang mempunyai persamaan prinsip dengan mereka.

Beliau mendakwa, Umno dilihat bersifat lebih 'kemelayuan' dan kurang menitik beratkan soal agama terutama dalam kes ketirisan di kalangan pemimpinnya.

"Ahli akademik boleh beri pendapat mereka (kemukakan cadangan kerjasama Pas dan Umno diwujudkan) kerana dia hanya duduk dalam sebuah institusi (sebagai pemerhati). Tapi pemimpin dan ahli Pas yang merasai sendiri, lebih tahu apa makna perjuangan mereka.

"Ibarat orang masuk stadium, pemerhati boleh bercakap apa saja. Tapi sebagai pemain, dia sendiri yang akan rasa (perjuangan) 'go to the ground'," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: 'Betul, saya tak rasa malu memperjuangkan isu rakyat'

Posted: 11 Nov 2012 06:58 PM PST



Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengakui beliau memang tidak rasa malu apabila memperjuangkan isu rakyat dan tidak harus menjadi satu perkara pokok sebagaimana didakwa oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Sebaliknya kata beliau, yang perlu malu adalah menteri-menteri yang menjadi pemimpin rakyat tetapi tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Kata Rafizi, jika Noh mahu menerima pakai konsep malu dan faham tentang maksud perkataan itu, beliau yang perlu meletak jawatan kerana telah gagal memberi jawapan mengenai isu-isu salah guna dana rakyat.

Tambahnya, "sebenarnya ini perkara kecil yang diperbesarkan Umno, Umno yang nampak ketakutan dengan kebangkitan rakyat ini."

Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah: Saya dengar nasihat, bukan boneka Anwar

Posted: 11 Nov 2012 06:57 PM PST


Datin Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailMukadimah

SEBAGAI  isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memikul tanggungjawab yang amat besar dan berat.

Sejak zaman reformasi 14 tahun lalu, beliau telah menjadi simbol ketabahan golongan wanita Malaysia. Ikuti wawancara dengan Presiden PKR ini bersama MAZLINDA MOHD NOR, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar MIZAN MAT TAMIN di pejabatnya baru-baru ini.


Sertai politik keputusan paling mencabar

WAN AZIZAH: Apakah fokus Datin Seri pada PRU13 akan datang?

Semua orang mengetahui, PRU13 amat dekat. Kita juga tahu dalam tempoh enam bulan ini, kita perlu mempergiatkan kempen-kempen seiring dengan pihak lawan dan fokus utama saya adalah mahu mendekati golongan wanita.

Saya ingin mendekati golongan wanita kerana ramai daripada golongan ini tidak berkesempatan turun mendengar ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) kerana program kita sering diadakan selepas Isyak.


Apakah pengisian dalam program Datin Seri ini nanti?

Perkara utama yang saya mahukan adalah bersemuka dan tiada jurang antara semua golongan wanita. Saya mahu semua wanita bermesra selain mahu menjelaskan perkara sebenar berkenaan isu-isu yang melanda negara kita pada hari ini.

Melalui kajian kami,  wanita adalah kelompok terbanyak yang tidak menerima maklumat daripada sebelah PR kerana kebanyakannya hanya mendapat maklumat daripada  media arus perdana yang lebih cenderung menyokong kerajaan yang memerintah.


Mampukan PR mencapai kejayaan besar pada PRU13 nanti?

WAN AZIZAH:  Untuk ramalan saya tidak berani berkata kerana kami bertanding dalam padang yang tidak sekata. Tetapi selepas gerak kerja yang dilakukan selama ini, Insya-ALLAH saya mahukan kemenangan berpihak kepada PR kerana perubahan itu sudah jelas kelihatan.

Selain itu, segala yang dilakukan kami adalah untuk masa depan negara. Selepas 55 tahun negara ini diperintah Barisan Nasional (BN), sekarang adalah masa terbaik untuk berubah bagi membawa negara ini dan rakyat ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya juga mahu rakyat menyedari perjuangan PR mahu pentadbiran negara lebih telus, kesamarataan kepada seluruh rakyat. Saya juga mahu kekayaan negara diagihkan kepada seluruh rakyat supaya semuanya mendapat manfaat daripada limpahan kekayaan negara, bukannya disekat oleh sekelompok manusia sahaja.

Jika perkara ini boleh dilakukan, nescaya rakyat kita akan berbangga dan sentiasa merasakan kitalah rakyat Malaysia.

Read More / Baca Lagi >>

Musa Hassan : Nasihat penyokong elak ‘politik ganas’

Posted: 11 Nov 2012 06:55 PM PST


.
Arena politik Malaysia: Beradab atau ganas? SHAH ALAM – Tindakan ekstrem sesetengah pihak kebelakangan ini yang menunjukkan negara berhadapan dengan 'politik ganas' dilihat wajar mendapat pertimbangan dan kerjasama daripada pihak pemimpin-pemimpin parti politik sendiri.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pemimpin-pemimpin ini sewajarnya menjadi sampel yang baik dan menasihati penyokong-penyokongnya supaya tidak bertindak keterlaluan jika wujud rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

"Penyokong-penyokong parti politik ini juga perlu berpada-pada dalam mengambil apa-apa tindakan supaya tidak mengancam keselamatan diri ataupun orang lain.

"Bukan semua perkara perlu dijadikan isu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Read More / Baca Lagi >>

'Politik rakus cari ruang menjelang PRU13'

Posted: 11 Nov 2012 06:52 PM PST


MUKADIMAH
Arena politik Malaysia: Beradab atau ganas? Suhu politik negara dikatakan mengalami peningkatan sejak selepas Pilihan Raya Umum 2008. Salah satu elemen dan kejadian di sebalik suhu politik yang mengalami peningkatan ialah politik sabotaj dan politik ganas. Ada yang melabel sebagai politik agresif.

Sinar Harian Online mengupas perkembangan ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Ikuti penulisan awal mengenainya.


SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat perkembangan politik kini dilihat lebih bersikap peribadi dan melangkaui jangkauan politik sebenar.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, apa yang terjadi kini adalah politik rakus di mana ahli politik berusaha mencari kedudukan.

"Inilah punca berlakunya 'pembunuhan karakter' seperti yang berlaku dalam isu video dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kontroversi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikaitkan dengan seorang pelakon dan beberapa isu lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Read More / Baca Lagi >>

Budaya 'politik samseng': Pasti ada hikmah, kata Wan Azizah

Posted: 11 Nov 2012 06:51 PM PST



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail KUALA LUMPUR - Pemimpin mana-mana parti dan rakyat di negara ini seharusnya sudah mencapai tahap kematangan dalam berpolitik dan bukannya terjerumus ke kancah politik ganas hanya semata-mata mahu meraih keuntungan dalam arena berkenaan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebagai sebuah negara demokrasi yang sudah mengecapi kemerdekaan puluhan tahun lamanya, politik ganas yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini hanya meletakkan negara di kedudukan terkebelakang dalam pemikiran.

"Jika mahu politik ganas yang baling batu, baling cat, serang peribadi dan pelbagai lagi, maka politik ini hanya memundurkan pemikiran negara.

"Negara kita juga meletakkan Islam sebagai agama rasmi, jadi politik ganas ini bukanlah cara kita dan budaya Melayu,"katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian.
Read More / Baca Lagi >>

Batu Caves project: No more 'sound' from Kohilan

Posted: 11 Nov 2012 06:50 PM PST

KUALA LUMPUR- The central figure in the controversial Dolomite Park Avenue project next to the Batu Caves temple has decided to maintain stoic silence until he gets his hands on all the documents.
Batu Caves project: No more 'sound' from Kohilan Former Selayang Municipal Council (MPS) councillor A. Kohilan Pillay said he will obtain and go through all the relevant documents and meeting minutes before making further comments.
Several newspapers and news portals had quoted Kohilan, now a senator and deputy foreign minister, condemning the current Pakatan Rakyat state administration for allowing the project to go on.
However, documents obtained by theSun showed that he had been present at the full board meeting where the project was endorsed.
The project hit the headlines late last month following a protest against the development of a 29-storey condominium at the project site.
The protest, spearheaded by the Barisan Nasional's (BN) MIC with the participation of non-governmental organisations, took the Selangor state administration to task for allowing the project, which is a stone's throw away from the heritage site, to go on.
Read More / Baca Lagi >>

The ‘GR1M’ reality

Posted: 11 Nov 2012 06:48 PM PST

As farcical as this obsession with the '1' is, it will not help BN get away with the 'GR1M' realities.

By Ali Cordoba
The 1Malaysia concept started with the promise of uniting Malaysians and conducting the affairs of the country in a professional manner. But it has turned into a satirical sideshow.
Among all the slogans dished out since the Dr Mahathir Mohamad era, "Malaysia Boleh" still carries more weight than those crafted by his successors.
The decision by the Barisan Nasional government to roll out the concept in order to make its mark as a "new" BN government in 2009 was not supported by all and sundry within the ruling coalition. Rejected by many, the 1Malaysia concept has not helped BN, however good its intentions were.
The very first people to show caution about the concept were the pro-BN Malays. They were followed by other communities who did not trust the underlying reasonings within the concept. While the BN wanted to tell the people that 1Malaysia stood for a "united country", the big question was: how united can Malaysia be with its inherent communal divisions?
Read More / Baca Lagi >>

GE13 toss-up: 20-SEAT MAJORITY for PR or BN either way

Posted: 11 Nov 2012 06:46 PM PST

GE13 toss-up: 20-SEAT MAJORITY for PR or BN either way - Kit SiangFor the first time in the nation's history, voters in Sabah and Malaysia have become very impatient of waiting for the general elections as they have been waiting for more than two years for the most crucial and critical 13th General Elections.
Everywhere throughout Malaysia, whether in Sabah, Sarawak or the peninsular states, whether at ceramahs, dialogues or walkabouts, the question most frequently asked is: "When is the general elections?"
Although it has become the national guessing game for more than two years, only one man in the country has the answer - the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
But the greatest irony is that even Najib does not have the answer as he agonises for over two years on when to call for the 13th General Elections - not because of any high national consideration or reason of state but purely from the selfish standpoint of his own personal political survival.
Selfish Najib puts own interest first
The one and only sole consideration for Najib in deciding when to go for polls is not what is the best timing for Umno and the Barisan Nasional component parties whether MCA, MIC, Gerakan or the Sabah and Sarawak BN component parties, but how to ensure that he could not only secure his own mandate as Prime Minister but would not suffer the fate of his predecessor Tun Abdullah of being toppled in an Umno coup d'etat post-GE.
To ensure this, Najib must do better than Abdullah in the 2008 general elections by winning more than 140 parliamentary seats. It will be added bonus for Najib if he can regain two -thirds parliamentary majority for BN, which means winning at least 149 parliamentary seats, or to recapture the Selangor state government from Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

ANAK Bakal Lancar Sayap Wanita Disember Ini

Posted: 11 Nov 2012 06:45 PM PST

SHAH ALAM, 12 NOV : Persatuan Anak Peroka Felda Kebangsaan (Anak) akan melancarkan sayap wanita sebagai satu lagi cabang perjuangan yang akan mengangkat isu berkaitan wanita Felda.
Perkara ini dimaklumkan Pengerusinya, Mazlan Aliman yang melihat usaha ini antara tumpuan penting kepada Anak selepas memasuki fasa kedua penubuhannya pada 4 November 2007.
Menurutnya, langkah ini diputuskan hasil rumusan yang dibuat pada Bengkel Strategi Anak yang dianjurkan di Gombak pada 9 dan 10 November.
"Bagi memberikan kehidupan yang baik kepada wanita-wanita di Felda, kita akan melancarkan sayap wanita Anak pada Disember ini sebagai satu mekanisma bagaimana peranan golongan intelek wanita yang ada di dalam dan luar Felda (dapat dikembangkan) untuk satu kehidupan yang lebih baik dan terjamin.
"Selama ini peranan mereka kecil dan nampaknya diabaikan di Felda," katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Read More / Baca Lagi >>

PAS, PR tidak diserang jika tidak ancam Umno BN

Posted: 11 Nov 2012 06:44 PM PST


TEMERLOH: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS tidak pernah berganjak daripada landasan asal perjuangan.


"Bahkan, apa yang sering ditimbul bukanlah dasar tetapi soal strategi parti. Strategi parti boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan dan suasana, manakala dasar parti tetap tidak berganjak," tegas Ketua Penerangan PAS Pusat itu.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa dasar PAS untuk memperjuangkan Islam tidak pernah berubah kerana perubahan yang melibatkan dasar parti mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak atau usul yang diterima dalam muktamar parti.

Sehingga kini, kata Tuan Ibrahim, tiada sebarang perubahan yang melibatkan dasar parti yang berjuang berpaksi kepada al-Quran dan Hadis.

"Apakah dasar Islam yang parti telah diubah sehingga mereka membuat pelbagai tuduhan?
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Boleh : Jalan 0.9 km berharga RM14.9 juta?

Posted: 11 Nov 2012 06:43 PM PST


(Jalan satu lorong dari pejabat Ketua Menteri ke DUN Sabah sejauh 0.9 km bernilai RM14.9 juta?)

KOTA KINABALU: Pernahkah anda terbayang, sebatang jalan raya satu lorong  yang hanya sepanjang 0.9 kilometer harganya RM14.9 juta?

Inilah yang berlaku di Sabah yang diperintah  Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Mungkin inilah jalan yang paling mahal sekali di Malaysia dan mungkin di dunia berasaskan kualiti dan kuantiti yang melibatkan jalan ini.

(Inilah pintu masuk DUN Sabah yang dihubungkan oleh jalan ini)

Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden Umno sendiri pernah berkata "Allow Muslims to convert if they choose to"..

Posted: 11 Nov 2012 06:41 PM PST

Utusan Malaysia ataupun Lidah Rasmi UMNO berhempas pulas memutarbelitkan kenyataan Nurul Izzah Anwar.

Akhbar yang telah berpuluh kali disaman kerana memfitnah itu hanya menyiarkan kenyataan Izzah yang diputarbelit, tetapi menyembunyikan latarbelakang bagaimana kenyataan itu terbit dan apa maksud sebenarnya.

Ia berdasarkan soalan yang diajukan oleh Siti Kasim, seorang yang dilaporlan penganut Kristian berketurunan Orang Asli berhubung ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256 berhubung konsep 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….'

Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."

Nurul Izzah : When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis.

Read More / Baca Lagi >>

‘Pembawa obor’ PKR enggan bertanding pilihan raya

Posted: 11 Nov 2012 06:37 PM PST

Dr Wan Azizah berkata bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk berubah. — Gambar oleh Saw Siow Feng
PETALING JAYA, 12 Nov — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang mengatakan beliau mahu menghabiskan masa berkempen untuk Pakatan Rakyat (PR) daripada untuk dirinya sendiri. Bekas ahli parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.
Akan tetapi beliau masih lagi layak untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri (Dun) sama ada di Pulau Pinang, tempat beliau mendaftar sebagai pengundi atau Selangor dimana beliau menetap sekarang.
"Saya mahu bebas berkempen di semua tempat," Dr Wan Azizah memberitahu The Malaysian Insider dalam sebuah temubual eksklusif baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Syrian opposition groups sign coalition deal

Posted: 11 Nov 2012 06:35 PM PST