Isnin, 22 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[Video] Bila Zulfahmie lari dari arak ....

Posted: 22 Oct 2012 03:22 AM PDT




                                               video  zulfahmi tak mau celebrate goncang arak... dia blah dari podium...



Syabas terlebih dahulu dari penulis kepada anak muda bernama Zulfahmi kerana mencipta sejarah selaku rakyat Malaysia pertama yang menaiki podium kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam siri perlumbaan Grand Prix di litar lumba Sepang semalam .Ini adalah satu kejayaan yang amat  menbanggakan buat negara Malaysia.

Tetapi yang paling membanggakan kita ialah sikap beliau yang sanggup terjun podium kerana tak mau bersengkongkol dengan air Setan [arak].

[Lihat Video] bagaimana Zulfahmi lari meninggalkan podium setelah  Pelumba Republik San Marino, Alex De Angelis dari pasukan NGM mahu meraikan kemenangan dengan  menyembur air arak terhadap satu sama lain.Tan membuang masa beliau terus lari dari situ.

Taniah kepada anak muda bernama Zulfahmi  kerana menjaga adap dan batas agama Bersukan merupa satu riadah yang digalakan oleh agama dan  bukan menyusahkan umatnya.





Zulfahmi Khairuddin
Pelumba Airasia SIC-Ajo/KTM, Zulfahmi Khairuddin (kiri) berjaya menduduki tempat kedua pada saingan Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 (MotoGP 2012).
.

Bila Soi Lek Kamikaze

Posted: 22 Oct 2012 02:53 AM PDT


  • Mohamad Suhaimi Abdul Aziz
  • 5:19PM Okt 22 2012
 
Dr Chua Soi Lek seperti kerasukan apabila berterusan menyerang PAS dan peribadi YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai sasaran.

Isu hudud dikitar semula dan menjadi topik perbualan mereka, seolah-olah ia suatu ketakutan berpanjangan yang menghantui MCA selama ini. Ia juga menjadi modal untuk mereka menakut-nakutkan pengundi bukan Islam.

Dalam ucapan beliau di perhimpunan agung MCA, bukan hala tuju parti mereka yang menjadi teras ucapannya, tetapi serangan terhadap Pakatan Rakyat menjadi fokus utama. Sudah kering ideakah Dr Chua Soi Lek itu?

Yang menghairankan, MCA yang merudum sokongannya dan ditolak oleh masyarakat Cina di negara ini, PAS dan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik menjadi mangsanya. Apa kaitan kegagalan MCA meraih sokongan pengundi Cina dengan PAS?

Sedangkan PAS tidak pernah menyerang MCA secara khusus. PAS juga tidak pernah membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan masyarakat bangsa lain. 

Boleh disemak mana-mana ucapan pimpinan PAS, pernahkah PAS menghina dan merendahkan agama lain di negara ini? PAS sejak dahulu amat menghormati budaya dan masyarakat kaum di negara ini dan PAS amat menghargai kepelbagaian bangsa dan agama.

Sepatutnya begitu juga yang ada pada Dr Chua Soi Lek dan MCA. Mereka patut menghormati amalan agama Islam serta kaum yang lain. Mereka juga perlu menghormati pemimpin parti politik dan pemimpin kerajaan negeri Kelantan seperti YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penghinaan beliau terhadap PAS, peribadi YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan syariat Islam adalah suatu pakej penghinaan keseluruhannya terhadap umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat keseluruhannya di negara ini.

Bukan beliau tidak tahu bagaimana sayangnya rakyat Kelantan dengan peribadi YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Bagi rakyat Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz adalah ulama dan ikon yang disegani dan disayangi oleh seluruh rakyat jelata. 

Menghina peribadi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bererti menutup terus pintu BN Kelantan dari meraih kemenangan. 

Beliau juga bukan tidak tahu betapa marahnya umat Islam dengan penghinaan beliau terhadap agama Islam. 

Mustahil beliau naif kenyataan beliau menyebabkan Umno turut dibenci oleh rakyat
terutama umat Islam di negara ini menganggap Umno gagal mengawal tingkah laku pimpinan komponennya dari mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati umat Islam.

Kenyataan daripada pimpinan MCA ini bukan setakat menggelapkan masa depan MCA bersama BN, malah akan terus menguburkan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang. 

Mungkin juga Dr Chua merasakan Umno dan BN sudah tidak ada harapan lagi untuk diselamatkan maka beliau terpaksa melakukan aksi kamikaze. 

Mungkinkah ini juga suatu usaha mensabotaj Umno supaya mereka cepat karam sebelum PRU ke-13 lagi.


MOHAMAD SUHAIMI ABDUL AZIZ timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

RM40 juta Sabah: Kenyataan Najib celaru, SPRM bingung?

Posted: 21 Oct 2012 11:45 PM PDT





KUALA LUMPUR 22 OKTOBER: Penafian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap dakwaan penyeludupan RM40 juta tersebut adalah untuk UMNO Sabah telah menimbulkan kesangsian umum.

Dalam pada itu, Najib juga telah menimbulkan kekeliruan dalam sidang medianya di Ibupejabat UMNO kelmarin yang berkata bahawa "Ia (isu ini) telah pun dijelaskan di Parlimen,"

Menafikan kenyataan Najib, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Parlimen cuma dimaklumkan bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman telah dibersihkan dari tuduhan rasuah dimana wang RM40 juta tersebut merupakan sumbangan kepada UMNO sabah dan bukannya secara peribadi kepada Musa.

Akan tetapi soal beliau, persoalan lain yang timbul ialah bagaimana pula Najib maupun Nazri tahu bahawa wang tersebut tidak diseludup maupun digubah secara haram?

"Samada wang RM40 juta itu diseludup ataupun pengubahan wang secara haram, ia tidak dijelaskan di parlimen." katanya dalam satu kenyataan.

Walhal ujar Kit Siang, pihak berkuasa Hong Kong telah mendedahkan bahawa wang tersebut adalah milik Musa.

Disebalik kecelaruan kenyataan Najib ini tambah Ahli parlimen Ipoh Timor itu, ia telah menimbulkan dua lagi persoalan penting.

"Pertamanya, adakah transaksi ini merupakan sebuah tindakan rasuah melibatkan Musa atau UMNO Sabah?

"Atau, adakah RM40 juta ini merupakan wang kotor yang terhasil dari rasuah atau aktiviti haram yang perlu diseludup ke dalam Negara?" soalnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Pada Khamis lalu, Nazri dilaporkan telah menarik balik kenyataannya di Parlimen dan berkata bahawa SPRM dan bukannya ICAC telah membersihkan Musa dari dakwaan rasuah. 

"Adakah SPRM juga membersihkan RM40 juta yang dibawa Micheal Chia sebagai wang bersih? Jika ya, SPRM perlu menjelaskan bagaimana ia boleh bertindak sedemikian atau  bakal digelar Suruhanjaya Rasuah Malaysia dan bukannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia." ujar Kit Siang dalam nada sinis.

hahahaha .... Blogger sex [Alvin Tan] mengaku peminat Soi Lek

Posted: 21 Oct 2012 11:16 PM PDT


Sex blogger was a fan of Soi Lek

Leven Woon
 | October 22, 2012
A university undergraduate who shot to fame for posting his lovemaking video on the Internet says he used to admire the MCA president.
PETALING JAYA: A 24-year-old law student Alvin Tan, who hogged the media limelight for posting erotic videos and photographs of him and his girlfriend on a blog, said he was a fan of MCA president Dr Chua Soi Lek.
The undergraduate with the National University Singapore said this yesterday in a posting on his Facebook account.
"I used to look up to Dr Chua Soi Lek, sexually. Funny how things turned out," he said.
The posting has received 389 "likes" and 70 "shares" so far.
Chua was involved in a sex scandal in 2008 when a sensational DVD depicting him having sex with a young woman was widely circulated.
He subsequently relinquished his post as a Cabinet minister, MCA vice-president and Labis MP.
Chua, however, made a comeback and was elected as MCA president in 2011.
While Tan did not explain why he dragged Chua into his sex furore, it appeared to be tit-for-tat as several MCA leaders have lashed out at Tan.
MCA Youth chief Wee Ka Siong told The Star that the blog was a "rude shock" and he found it hard to accept such a culture.
"We are not that advanced or daring. We have to consider the consequences of such actions, especially if students can be exposed to it," Wee was quoted as saying.
MCA Wanita Kangar division representative, Oh Ho Kiew, said the blog had attracted a lot of public attention and criticism.
"There are young people who are not bothered to take our culture and moral values as part of their life," she said at the MCA Wanita annual general assembly meeting on Saturday.- FMT

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MCA, BERAPA BANYAK LAGI KAMU MAHU HINA AGAMA KAMI?

Posted: 22 Oct 2012 03:04 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU mahu tanya sama beberapa ekor apek di dalam MCA tu.  Berapa banyak lagi hukum Islam yang kamu semua mahu pertikaikan?  Dari bab hukum hudud sampai bab aurat pun kamu mahu hina?  Mengapa bangsat sangat kamu ni? 

Apa yang kamu semua tak puas hati atau sakit hati sangat dengan ajaran ugama kami?  Pernah ke kami sebagai umat Islam terutamanya di dalam PR yang mempermainkan atau menghina ugama kamu?  Apakah kamu sengaja mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa kamu sependapat dengan sekutu kamu yang mengaku Melayu Islam tetapi paling kuat menentang Islam itu?  Kamu mahu bodek pemimpin haramjadah seperti itu hanya kerana dia kerap beri kamu projek besar-besar?

Kalau kamu tidak setuju dengan hukum hudud, kamu boleh tidak bersetuju kerana di dalam DAP pun ada beberapa pemimpin mereka yang tidak bersetuju dengan hukum hudud.  Malah, di dalam parti sekutu kamu yang kuat Melayu nya itu pun melambak yang tidak setuju dengan hukum Hudud.  Kami tidak hairan dan pelik jika kamu tidak setuju, tetapi jangan sampai menghina dan mempermainkan hukum tersebut.  Kalau sekutu kamu yang mengaku Melayu dan kononnya memperjuangkan Islam itu pun tidak boleh menerima hukum Hudud mustahil mereka mahu mengajar kamu memahami hukum tersebut.  Kerana kamu tidak diajar, maka kamu sekarang sudah menjadi kurang ajar!!

Selagi kamu, MCA berada bersama sekutu kamu yang mengaku Islam itu, selagi itulah kamu tidak akan tahu apa itu hukum Islam.  Mana mungkin pemimpin sekutu kamu itu yang tidak kenal jenis-jenis najis boleh tahu hukum hudud?/wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


The Rakyat is Fed-up with UMNO and BN

Posted: 22 Oct 2012 09:01 PM PDT

Dato', the father of the son had a wife who like Dr Siti Hasmah stayed a sensible distance away from her man so as not to compromise his words and actions. The father of the son also wore bush-jackets to keep laundry bills low. The father of the son never had any need for slogans or below-the-belt thuggish quid pro quo deals, and this the son did with deliberate flourish to an obsequious fawning crowd of 'fixed depositors' who didn't even realise they were talked down to by a man who thinks the public Treasury belongs to him and U-BN. The father of the son disallowed senior officers from wasting time bidding teary farewells at the airport. The father of the son frowned upon skirt-chasing as much as he frowned upon misusing public funds.

My friends and I, at this juncture of our life, have decided that enough is enough, U-BN must go this time.


I have included a moving comment from an anonymous visitor to this blog. I am sure it will find resounding resonance with many right thinking Malaysians.The above person is of course referring to Tun Razak.

Read More / Baca Lagi >>

Lajim: Saya lulus kontrak Alam Flora kerana 'bos besar'

Posted: 22 Oct 2012 08:58 PM PDT

MP Beaufort Datuk Lajim Ukin memohon maaf atas tindakannya memluluskan kontrak pembersihan kepada syarikat Alam Flora ketika menyandang jawatan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Berucap dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 3,000 orang pada malam tadi, Lajim menceritakan bahawa beliau meluluskan kontrak berkenaan atas arahan perdana menteri.
 "Saya kena ikut arahan dari big boss, " katanya yang turut mengaku bebas rasuah sewaktu beliau bersama BN.

Syarikat itu didakwa menjalankan tugas pembersihan sampah yang tidak sempurna di negeri Selangor bagi mensabotaj pentadbiran Pakatan di negeri itu.

Berikutan itu, kerajaan Selangor pada Oktober tahun lalu memutuskan untuk tidak menyertai penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam menerusi Alam Flora.

"Saya tak rasuah. Tiga bulan saya keluar Umno belum ada fail kena cari untuk saya.Read More / Baca Lagi >>

Utusan news editor ‘not sure’ of truth of report on Anwar

Posted: 22 Oct 2012 08:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 23 — Utusan Malaysia's chief news editor told the High Court today that he was "not sure" if a news report about Datuk Seri Anwar Ibrahim was true or not, saying that the Malay daily had only published it based on an unedited "full transcript" of former PAS member Dr Hasan Ali's statement.
Zulkiflee Bakar said this when testifying in Opposition Leader Anwar's (picture) defamation suit against the newspaper that had in January accused him of being a gay rights proponent, alleging he had admitted as much in a TV interview with the British Broadcasting Corporation (BBC) early this year.
Anwar's lawyer N. Surendran had asked Zulkiflee whether he was "not sure if the article about the plaintiff (Anwar) was true or not."
He replied "not sure".
Surendran asked if Zulkiflee agreed that "maybe the content was true, maybe (it was) not true".
Zulkiflee said it was both.
Read More / Baca Lagi >>

Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?

Posted: 22 Oct 2012 08:55 PM PDT

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri supaya menyatakan pendirian terhadap dakwaan MCA bahawa hukum hudud yang dianjurkan PAS akan menggalakkan orang Islam untuk merogol wanita bukan Islam.

Menurut Anwar, Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

"Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum.

"Kemudian bila berucap tak tegur pun.

"Mana dia maruah (Najib) sebagai umat (Islam)?" tanya Anwar dalam ucapannya di program ceramah di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam.

Anwar berkata, tindakan Chua Soi Lek itu keterlaluan dan turut membangkitan isu rakaman hubungan seks luar nikah presiden MCA itu dengan seorang wanita lain.
Read More / Baca Lagi >>

Setelah menghina Hudud, MCA terima upah RM30 Juta dari Najib..

Posted: 22 Oct 2012 08:53 PM PDT

Berbaloi juga nampaknya Presiden MCA, Chua Soi Lek dan kuncu-kuncunya mempermainkan hukum hudud dan memburuk-burukkan negara Islam yang mengamalkan hukum Hudud dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59 baru-baru ini..

Ianya dimulakan oleh Presiden MCA itu sendiri kononnya berdasarkan SMS yang dia terima dia kata 1.2Juta rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan jika Hukum Hudud dilaksana.

Padahal perkara yang sama telah diucapkan oleh dia sendiri dalam satu forum bertajuk 'Hudud & Its Implications On Non-Muslim In Malaysia' di Wisma MCA pada 04 Disember 2011.

Video ucapannya sila lihat di ( SINI ).

Untuk menimbulkan persepsi yang lebih negatif terhadap Hudud Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow pula menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan Hukum Hudud dilaksana.

Ini kerana menurutnya semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Read More / Baca Lagi >>

KANTOI! Khir Toyo Akhirnya Minta Maaf Pada Ronnie Liu!

Posted: 22 Oct 2012 08:51 PM PDT


Exco Kerajaan Negeri Selangor, Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu (kiri) dan bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi, Nik Hasmat Nik Mohamad sebentar tadi menetapkan keputusan Khir untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Dalam satu mesej terbaru yang dihantar Ronnie sebentar tadi melalui Facebooknya, beliau menulis:
Khir Toyo meminta maaf terhadap tuduhan kepada saya yang telah disiarkan dalam suratkhabar China Press bertarikh 9.5.2008 bertajuk "Khir Toyo membongkarkan laporan polis liu tian knew pernah bercampur Tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran "

Peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Ronnie Liu memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas pihak-pihak berkenaan menemui hakim di dalam kamar.
Read More / Baca Lagi >>

Hina Islam? Selamat jalan MCA

Posted: 22 Oct 2012 08:50 PM PDT

Oleh Izmil Amri

Tiada lain yang dapat ku ucapkan kepada Chua Soi Lek selain 'selamat jalan', tatkala seluruh negara melihat betapa gigihnya MCA menggali kubur sendiri sewaktu persidangannya hujung minggu lalu. Sambil mengelap air mata meratapi pemergian parti Cina terbesar di Malaysia, kita turut menitipkan belasungkawa buat United Malays National Organisation yang kian sunyi menyendiri di dalam sebuah barisan politik yang sedang nazak.
Mari kita bertafakur sejenak dan mengenang kembali fiasco konvensyen MCA yang baru sahaja berlalu. Kita faham keadaan mereka sekarang. Selalunya orang yang menghampiri ajal akan buat dan cakap yang bukan-bukan.
DAP tidak perlu menjawab tuduhan MCA, apatah lagi bermain drama politik MCA. Sebagai sebuah parti yang lama, MCA sepatutnya lebih punya pengalaman dan kebijaksanaan untuk melakukan perkara yang lebih masuk akal, selain menghina Islam secara terang-terangan. Sangkanya permainan begitu akan menjerat DAP, tetapi MCA ternyata silap.
DAP, sebagai sebuah parti yang tidak berasaskan kaum mahupun mengangkat nama mana-mana agama; hanya sekadar melihat dengan ekspresi tidak percaya pada politik 'lagak ngeri' yang diperlihatkan MCA dua tiga hari lalu. Tidak menyangka parti Cina tersebut mampu memberanikan diri untuk menyerang dan menghina Islam dan hudud secara terang nyata.
Read More / Baca Lagi >>

Pas: Soi Lek patut tutup mulut

Posted: 22 Oct 2012 08:49 PM PDT


Tuan Ibrahim Tuan Man


SHAH ALAM - "Beliau patut tutup mulut, Soi Lek tidak patut campur tentang urusan agama lain," kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, kenyataan dikeluarkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek itu langsung tidak tepat dan boleh memberi kesan  terhadap keharmonian negara.
"Beliau tidak faham tentang hukum jenayah Islam tetapi sewenangnya mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. Rasuah tidak termasuk dalam hudud, rasuah berada di bawah hukum takzir.
"Kenyataan dikeluarkan itu sangat celupar dan boleh mencetuskan provokasi agama. Hudud bukan perkara yang patut dipolitikkan, ini perintah ALLAH sebagai kewajipan untuk orang Islam," katanya ketika mengulas kenyataan dikeluarkan Soi Lek yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Soi Lek berkata demikian ketika berucap di perhimpunan agung MCA ke-59 kelmarin.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan turut menggesa Umno mengambil tindakan terhadap pemimpin MCA itu.
"Saya cabar beliau kemukakan bukti serta statistik yang sahih menyatakan negara yang mengamalkan hudud itu paling korup? Saya juga bersedia berdebat dengan beliau," katanya.

Najib penakut, tak berani tegur MCA hina Islam

Posted: 22 Oct 2012 08:48 PM PDT

WANGSA MAJU 23 Oktober: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan
bantahan dalam ucapannya selepas itu," kata Ketua Umum KEADILAN itu depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam Taman Melati, di sini malam tadi.
Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksana.
Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.
Read More / Baca Lagi >>

Undang-undang anti-lompat parti resahkan BN

Posted: 22 Oct 2012 08:47 PM PDT


GEORGE TOWN 22 OKTOBER: Serangan melulu MCA-BN ke atas cadangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk mengusulkan undang-undang anti-lompat parti dalam sidang mesyuarat Dewan Undangan Negeri 1 November ini menggambarkan parti tersebut tidak peduli kepada mandat rakyat yang diberikan terhadap calon yang dipilih.
Mengulas lanjut, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, pindaan perlembagaan ini akan mengkehendaki mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri yang melompat atau menukar gabungan parti mereka supaya meletak jawatan dan bertanding semula dalam pilihan raya kecil.
Jelasnya, perkara tersebut akan menguatkan lagi ciri-ciri demokrasi dan secara langsung memperkukuhkan lagi kedudukan Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan Guan Eng ini secara langsung menempelak tuduhan tidak berasas MCA-BN yang mendakwa bahawa perlaksanaan pindaan perlembagaan yang dicadangkan tersebut bakal mencipta krisis perlembagaan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Menyalaklah Hasan !!...tak ada siapa nak dengar !

Posted: 22 Oct 2012 08:20 PM PDT

Mamat ini  mahu semua pemimpin PAS mesti dari gulungan ulamak, bukan gulungan akademik, bukan ahli-ahli profersional. Dia mahu PAS putuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP. Dia juga mahu PAS tolak hubungan dengan DS Anwar yang didakwanya kaki liwat !!!  Begitulah lebih kurang intipati dari kemahuan Hasan JATI agar PAS mahu mengikut telunjuknya ! walaupun dirinya sendiri  sudah dipecat dari ahli PAS.  Menyalaklah seberapa kuat pun duhai Hasan !, tak ada siapa yang nak dengar suara busuk yang keluar dari mulut kamu !!

Ini pula ungkapan jahil Hasan JATI kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di Besut, baru-baru ini,,,,,,"Saya akan    tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno" katanya.    Ish, ish, ish !  memang kamu ni jenis muka tak malu dan tak tahu adap!  Ketara benar sikap bodoh sombong kamu !.

Sedarkah kamu,  yang kamu  itu ibarat seorang isteri yang telah diceraikan suami?  Mana boleh isteri berkata,, saya akan tetap bersama abang,  walaupun saya sudah diceraikan?   Itulah bahananya, terlalu mengangkat diri ! Belajar tinggi-tinggi, tapi bab macam ini pun kamu tak faham,  Yang kamu banggakan ialah pendidikan sekular kamu yang hebat dan pendidikan agama kamu yang tinggi,, lebih tinggi dari TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz, malah segala buah fikiran kamu dapat mengatasi badan tertinggi PAS - "Majlis Syura"  

Oleh : rahimothman

Setakat tu saja keberanian UFB

Posted: 22 Oct 2012 08:19 PM PDT

Keberanian imam muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya nampaknya hanya boleh bercakap secara umum saja. Untuk berdepan atau menegur secara terus keceluparan mulut Presiden MCA  yang menghina Islam dan Hudud, langsung dia tak berani.  Apa lagi kalau nak menegur pemimpin Umno yang seringkali mempersenda agama mereka sendiri yakni Islam ! 

Jadi,, apa istimewanya Imam muda Umno @ UFB ini?  Sudah pastilah kelunakan suaranya apabila menegur pemimpin pembangkang,, itu saja!  Dengan pembangkang dia tunjuk berani dan hebat!  Maka fahamlah kita, bahawa seluruh jiwa raga si mamat imam muda ini berada dalam UMNO.

Ini komen beliau dalam Sinar Harian baru-baru ini,,,,                         
Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu agama perkara sensitif bagi penganutnya dan tidak boleh dijadikan  bahan untuk dipolitikkan.                           Ayat-ayat begini sama macam ayat pemimpin Umno,, dah naik muak kita mendengarnya!!!

"Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam.  Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud.  Jelasnya lagi, mereka yang bukan Islam harus faham bahawa hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, bukan penganut Kristian, Buddha atau Hindu. 
Kalau begitu kenapa imam muda Fathul Bari tidak pelawa saja Presiden MCA itu untuk hadir dan mendengar ceramah penerangan tentang hudud ?  Kalau pembangkang atau PAS yang anjur sudah tentu Dr Chua Soi Lek tak akan hadir!

Kata Fathul Bari lagi,,,  "Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan? "  katanya                                                                                                                Dasar Islam atau dasar kebajikan tak jadi persoalan !  Yang penting kerjasama dan persefahaman dimeterai dengan baik dan ikhlas! Ustaz juga harus bertanya pada Umno, kenapa mereka masih berkawan dan berkerjasama dengan MCA sedangkan MCA terang-terang menentang Islam dan hudud?

Beliau berkata, Umno dan Pas perlu bersatu bagi mengelak masalah itu berlanjutan. Demi kepentingan agama, Fathul Bari berkata, Pertubuhan Ilmuan Malaysia telah menjelajah beberapa negeri untuk memberi kefahaman mengenai hudud dan turut menerima maklum balas positif dari agama lain.                                                   
Uztaz/ Imam muda Fatul Bari jangan jadi buta sejarah !  PAS pernah menyertai Umno untuk bersatu, tetapi malangnya PAS dipermain dan dibuli oleh Umno.  Kali ini kalau nak ajak bersatu lagi apa kata kalau UMNO pula bertandang kerumah PAS dan bersatu dengan PAS!   Setuju ??


Oleh : rahimothman

Pendedahan Siri 2: Datuk Rasli Perkakas Umno/Bn

Posted: 22 Oct 2012 08:18 PM PDT

Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Kerajaan Jadi Bilik Gerakan Tumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah
Oleh : MATA KCS
Kira-kira seminggu lalu berlaku pertemuan sulit empat orang pemimpin tertinggi UMNO/BN Kedah (Kecuali Datuk Johari Baharom) dengan kroni datuk Rasli iaitu orang kuat SADA serta beberapa orang lain .

Pertemuan diadakan di rumah milik mantan pemimpin UMNO di sekitar Titi Gajah, Alor Setar.
Antara isu dibincangkan ialah kebimbangan UMNO/BN kesan dari tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah yang bergabung tenaga mendesak Datuk Rasli meletakkan jawatan serta usaha ahli-ahli majlis membongkar penyelewengan wang GLC yang dilakukan oleh kroni-kroni datuk Rasli. Di mana sebahagian wang tersebut disaluruka kepad UMNO/BN untuk kerja-kerja awal menghadapi PRU 13.
Tentang butiran GLC manakah dan siapakah kroni Datuk Rasli yang terlibat dalam penyelewengan tersebut akan didedahkan kemudian. Harap rakyat Kedah dan para pembaca bersabar kerana penulis ingin memfokus isu berkaitan tajuk di atas terlebih dahulu
Apa yang penulis mahu dedahkan ialah perancangan Datuk Rasli dan kroninya menggunakan kedudukan masing-masing bagi menjayakan program E-Kasih Perdana Menteri, Najib Tun Razak di Kedah. Di mana, matlamat program E-Kasih adalah
Read More / Baca Lagi >>

Benarkah politik itu kotor?

Posted: 22 Oct 2012 08:16 PM PDT

Oleh RAHMAN SHAARI
Ketika berbual-bual tentang politik dengan beberapa kawan, salah seorang daripada mereka tiba-tiba mengeluh, "Politik memang kotor."
Saya tahu bahawa orang yang bercakap itu berada di pihak tertentu. Dia baru saja memuji akhbar yang menyebelah parti X dan mengutuk akhbar di sebelah parti Y.


 Jika dia betul-betul berpendapat politik itu kotor, dia tidak akan memuji mana-mana akhbar yang bersikap menyebelah. Saya boleh menerima keluhannya jika dia memaksudkan keseluruhan politik, bukan politik parti tertentu. Kita dapat melihat dengan jelasnya tingkah dan helah kesemua pihak. Oleh itu, jika orang parti X mengatakan politik itu kotor, contoh-contohnya tentulah apa-apa yang dilakukan oleh pihak Y.
Ertinya, hanya Y yang kotor. Pada masa sama, apa-apa yang dilakukan pihak X adalah bersih belaka. Namun, penyokong parti Y mengatakan sebaliknya.
Apabila seseorang ahli politik X diketahui memiliki wang yang banyak, pihak Y akan mengatakan wang rasuah, atau wang hasil pembelotan. Pihak Y  berasa tidak perlu mengkaji usaha tokoh politik X memperoleh kekayaan.
Read More / Baca Lagi >>

ABIM gesa Umat Islam tolak Soi Lik dalam PRU13

Posted: 22 Oct 2012 08:14 PM PDT

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sekali lagi menyuarakan kekesalan dan terkejut atas kenyataan liar oleh Dato' Seri Chua Soi Lek dalam mesyuarat Agung Tahunan MCA berkenaan dengan hukum hudud. Kenyataan beliau yang menganggap bahawa negara yang mengamalkan hukum hudud sebagai yang paling banyak korupsi, tidak stabil dan ...
tidak selamat adalah suatu kenyataan yang tidak berasas dan amat liar.


Ini seolah-olah untuk menzahirkan kepada umat Islam dan bukan Islam akan keburukan hukum hudud yang difahami dari perspektif beliau yang jumud. Walhal, umat Islam yang berpegang dengan keimanan dan aqidah yang murni yakin bahawa hukum hudud adalah salah satu daripada hukum yang mampu memartabatkan kemurniaan sosial, undang-undang bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada bukan Islam.Read More / Baca Lagi >>

Jumpa di mahkamah, Mazlan beritahu Azalina

Posted: 22 Oct 2012 08:01 PM PDT


mazlan aliman
SHAH ALAM -  Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mazlan Aliman hari ini menegaskan pendiriannya tidak akan memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, yang memberi masa seminggu kepada beliau untuk meminta maaf atas kenyataannya berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).
Menurutnya, Azalina boleh membuat apa sahaja persepsi terhadap ucapannya pada Perhimpunan Hijau di Pengerang baru-baru ini, yangantara lain mendakwa Azalina mempengaruhi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih Pengerang bagi menjalankan projek Rapid itu.
Tambah beliau, "itu persepsi beliau tentang ucapan saya. Kalau beliau nak teruskan tindakan mahkamah, kita jumpa di mahkamah."
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir Sedang Membasuh Dosa-Dosanya Terhadap UMNO

Posted: 22 Oct 2012 07:59 PM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Semalam Mahathir bercakap tentang pilihanraya lagi. Kali ini beliau berkata bahawa sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan, ia adalah masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya. Walaupun Najib yang berhak menentukan tarikh pilihanraya, Mahathir seperti mahu memainkan peranan sama dalam penentuan tarikh pilihanraya kali ini.


Apa yang dilakukan Mahathir ini bukan saja kerana beliau dan Najib sedang menghadapi musuh yang sama iaitu Anwar tetapi juga kerana beliau ingin menentukan legasinya sentiasa terpelihara dalam UMNO dan kerajaan.

Hanya jika UMNO ditakdirkan tumbang saja, segala-segalanya berakhir bagi Mahathir. Tetapi sebelum segala-galanya tumbang, beliau mahu mempertahankannya dahulu.

Dalam usahanya mempertahankan UMNO dan BN, Mahathir sekarang juga sedang sibuk menemui pemimpin peringkat akar umbi di beberapa negeri. Beberapa negeri sudah dikunjunginya dan terakhirnya, beliau menemui pemimpin UMNO Wilayah Perseketuan pada minggu lalu.Read More / Baca Lagi >>

BN Bakal Tersungkur di PRU13

Posted: 22 Oct 2012 07:58 PM PDT

Oleh Aspan Alias
Saya agak sibuk dua tiga hari berada di Kedah bersama-sama rakan-rakan dan sahabat dari PAS dan PKR mengadakan majlis penerangan dan ceramah. Saya bersama rakan saya Ahmad Rosli Ibrahim dari Kelantan dan Tamrin Ghaffar berjumpa dengan orang ramai di negeri jelapang padi itu. Majlis-majlis makan malam dan ceramah itu telah mendapat sambutan ramai terutamanya di Jerlun dan Padang Terap.


Dalam pada sibuk mengadakan ceramah kami juga sibuk mengikuti perhimpunan agong parti MCA selama dua hari dan mengikuti apa yang berlaku dalam persidangan itu. Persidangan tahunan MCA itu memang menjadi tumpuan buat saya kerana persidangan itu merupakan sidang tahunan yang terakhir bagi parti itu sebelum pilihanraya umum ini dan ia mungkin juga menjadi persidangan yang terakhir yang diadakan dalam keadaan semeriah dua hari yang lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Serangan: Jaga etika dan ingat Operasi Lalang

Posted: 22 Oct 2012 07:56 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengingatkan semua pimpinan dan ahlinya untuk menjaga etika ketika menghadapi serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang datang serentak dan juga perangkap operasi Lalang pada 1987 di mana yang ditangkap ialah pimpinan PAS dan DAP.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan berkata semua ahli perlu menjaga etika ketika membalas serangan dan jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.

"PAS perlu respon isu-isu dan serangan bertubi-tubi UMNO-MCA-Perkasa yang datang sekaligus. Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.

Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif," nasihat beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tujuan serangan adalah dengan harapan PAS "memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang."

"Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi," kata beliau.

Read More / Baca Lagi >>

Rasuah dan tamak haloba punca Melayu gagal, kata Syed Ali

Posted: 22 Oct 2012 07:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Rasuah dan tamak haloba adalah salah satu punca kegagalan agenda bangsa Melayu, kata Presiden Dewan Perniagaaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.
"Rasuah dan tamak haloba gagalkan agenda bangsa," kata beliau semasa merasmikan Kongres Ekonomi Melayu 2012 di PWTC pagi ini.
Selain itu Syed Ali yang juga pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM (YKPD) mengusulkan agar orang-orang Melayu menjadikan rajin dan bekerja keras sebagai budaya demi untuk berjaya.
"Untung nasib generasi muda Melayu pada masa akan datang bergantung kepada pemimpin-pemimpin Melayu pada masa ini.
"Bersatu padu adalah kunci utama untuk memperkukuhkan ekonomi bangsa," katanya.

Penan : Tinggal di 'reban ayam' demi persekolahan anak...janji dicapati..!!!

Posted: 22 Oct 2012 07:52 PM PDT

 Sekumpulan ibu-bapa etnik Penan sanggup tinggal dalam reban ayam terbengkalai bagi membolehkan anak-anak mereka bersekolah.

NONEKeadaan menyayat hati itu berlaku apabila tiada sekolah rendah atau menengah didirikan berdekatan rumah panjang di kawasan pedalaman gunung-ganang di Murum, Belaga.

Ia memaksa Labang Paneh, 35, (kanan), berulang-alik ke Sungai Asap yang terletak sejauh dua jam setengah perjalanan untuk menyekolahkan anak-anaknya.

NONEPerjalanan pergi balik hampir lima jam memaksa Labang mengubah gaya hidupnya daripada memburu haiwan hutan di Murum untuk makanan kepada membuat kerja rencam di Sungai Asap untuk menjana pendapatan.

Setiap hari apabila habis bekerja beliau akan menunggu lima anaknya di reban itu sehingga mereka selesai sesi persekolahan di SK Batu Keling dan SMK Bakun.       

NONEKesungguhan beliau dan beberapa orang lagi ibu-bapa Penan akhirnya membuka hati pemilik reban untuk terus membenarkan mereka menetap di situ.

Menurut jurupandu yang menemani pasukan wartawan Malaysiakini, pemilik reban itu dipercayai adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Datuk Tajang Laing.

NONE"Bila SMK Bakun (dibina) kita minta tumpang sinilah walaupun sini reban ayam.

"Memang susah, jika biar anak kita sendiri sini memang tidak selesai juga.

"Kalau ibu bapa tidak di sini mereka tidak di sini," kata Paneh sambil menambah bahawa anak-anaknya kini hanya perlu berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke sekolah.

NONESehingga kini, rumah panjang itu hanya diubahsuai dengan sekatan papan lapis nipis untuk membezakan 22 pintu rumah dan memuatkan 106 orang.

Paling menyedihkan, lantai rumah itu diperbuat daripada kayu-kayu sebesar dua batang jari dan papan lapis yang memisahkan pintu rumah juga berlubang-lubang.

"Ini reban ayam tapi kami tidak peduli apa-apa.

"Sepatutnya kami berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi tempat tinggal seperti ini," katanya sambil menambah mereka mula menetap di situ bermula 6 Januari 2006.

Guru gereja sediakan pendidikan percuma


NONESehari sebelumnya wartawan Malaysiakini berkesempatan melihat kanak-kanak rumah panjang Long Jaik belajar membaca dibimbing guru-guru sukarelawan dari gereja.

Guru-guru berkenaan seramai empat orang wanita datang sejauh dari pekan Sibu dan menghabiskan dua jam masa perjalanan untuk sampai ke rumah panjang itu.

NONEKelas yang berlangsung selama empat jam sehingga pukul 12 tengahari dibuat di ruang bersama  rumah panjang.

Ia dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan berjaya menarik kira-kira seramai 15 orang kanak-kanak dari rumah panjang sebanyak 50 buah pintu.

Menariknya, ibu-bapa kanak-kanak berkenaan yang menemani anak-anak mereka turut kelihatan 'curi-curi' belajar dari bahagian belakang kelas sewaktu sesi berlangsung.

NONEMenurut Laporan Penilaian Impak Sosial dan Persekitaran Projek Empangan Hidroelektrik, pada tahun 2009 hanya dua peratus daripada populasi Penan belajar di sekolah.

Jumlah itu adalah 33 daripada lebih 1500 orang etnik Penan. Ia terdiri daripada penduduk rumah panjang Long Wat yang berpindah ke Sungai Asap untuk meyekolahkan anak-anak mereka.

Jarak ke sekolah, kos pengangkutan dan kekurangan sokongan menidakkan 593 kanak-kanak Penan mendapat pendidikan sempurna, kata laporan itu.

Chua Soi Lek Jangant Ingat "Perkasa" Perkakas Umno!

Posted: 22 Oct 2012 07:50 PM PDT

Oleh Abdul Rahman
Isu HUDUD berbangkit semula. Mursyidul Am MCA, Haji Chua Soi Lek sekutu kuat BN sekali lagi bermain bunga api. Dia cuba untuk meniru gaya Tun Dr Mahathir Mohamad mengupas isu hukum hudud.
Oleh kerana Mahathir sering berkata bahawa hudud Islam berbeza dengan hudud PAS, maka mantan Perdana Menteri itusecara konsisten  telah mengajak umat Islam negara ini menolak hudud. 

Saya percaya jika UMNO sendiri yang mahukan hukum Islam ini diterima pakai di negara ini, pasti Mahathir akan menyanggah kononnya hudud Islam dengan hudud UMNO adalah berbeza sebagaimana sanggahannya terhadap PAS yang mempertahankan hukum Tuhan itu.
Dari kenyataan itu begitu jelas bahawa Mahathir sendiri percaya bahawa wujudnya hukum hudud di dalam Islam, tetapi beliau enggan menerima pakai hukum Tuhan itu sambil merpersendakan kononnya akan ramai rakyat Malaysia yang kudung tangan jika hudud dilaksanakan di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau anda Islam, pastikan calon2 MCA kalah di kerusi2 ini

Posted: 22 Oct 2012 07:49 PM PDT

Bagi setiap orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah, menjadi tanggungjawab anda semua menolak calon2 MCA serta memastikan kekalahan calon-calon ini dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Mengapa?
Kerana mulut cabul Presiden mereka bernama Chua Soi Lek yang telah memaki serta menista hukum agama Islam. Tidak cukup dengan maki, fitnah juga dihamburkan kepada hukum Islam yang diturunkan Allah SWT dari langit.
Kalau ada orang Islam yang terus mengundi calon-calon MCA dibawah ini serta di kerusi-kerusi di bawah ini, maka tidak layaklah anda mengaku diri anda Islam.

Audit 2011 : Najib Berhutang Lebih Bijak Mengurus, PR Seimbang Dan Ada Lebihan Tidak Pandai Mengurus

Posted: 22 Oct 2012 07:45 PM PDT

ISU SPR : Pengundi Belum Lahir Dah Bawah 21 Jadi Pemilih Serta Lokaliti Meragukan

Posted: 22 Oct 2012 07:24 PM PDT