Jumaat, 21 September 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU CINCIN BAKAL DIDEDAHKAN OLEH CHEGU BARD MALAM INI DI TEMERLOH?

Posted: 21 Sep 2012 02:48 PM PDT


Malam ini (22/9.12) mulai jam 08.30 malam pakat kita semua ke majlis jamuan rakyat di Temerloh, perkarangan Pej KEADILAN Temerloh, Simpang Taman Saga, Mentakab.

Lepas itu, kita boleh mendengar ceramah dari beberapa pimpinan dari PR.  Paling kita nantikan, apakah pendedahan terbaru atau isu-isu panas yang akan dibawa oleh Chegu Bard, Penyelaras SAMM malam nanti.  Aku rasa isu jam tangan Bik Mama tidak akan dilupakan oleh Chegu Bard di samping isu pemberian komisyen yang begitu teruk melanda di kalangan pak-pak menteri dan kroni Umno sekarang.

Jom hadir beramai-ramai....


Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


MB: YANG MANA SATU PILIHAN BN SELANGOR??

Posted: 20 Sep 2012 11:08 PM PDT

MD ZAIN
HASAN JATI
EZAM SUMPAH

NOH

dollah yankee

dollah yankee


Lawak Najib lepas sembahyang jumaat

Posted: 21 Sep 2012 12:30 AM PDT



dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. yang ni lagi lawak !

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Parti Cap Ayam pencabar baru Aspirasi, Pro-Mahasiswa di USM

Posted: 21 Sep 2012 09:15 PM PDT


Penamaan calon pilihan raya kampus UM berlangsung GEORGETOWN - Musim pilihan raya kampus Universiti Sains Malaysia (USM) telah pun bermula semalam dengan penamaan calon di Kompleks Cahaya USM.

Penamaan calon bermula dari jam 9 pagi hingga jam 12 tengah hari itu berlangsung dalam keadaan lancar.

Antara yang menarik perhatian kali ini ialah penyertaan parti Cap Ayam yang mana memecah tembok tradisi penglibatan Aspirasi dan juga Pro-Mahasiswa.

Calon kerusi umum parti Cap Ayam, Kew Si Cheng berkata, kewujudan kumpulan Aspirasi dan Pro-Mahasiswa sejak beberapa pilihan raya lepas membuktikan pentadbiran universiti menghargai perbezaan pendapat politik secara demokratik dalam kalangan mahasiswa kampus.

Tegasnya, atas semangat itu parti Cap Ayam yang mahu dikenali sebagai "Kualiti Bukan Sekadar Nama" mahu turut memeriahkan demokrasi kampus.

"Mengapa kami menggunakan Cap Ayam ataupun logo ayam? Jawapannya mudah kerana kami percaya kualiti bukanlah sekadar nama, tidak perlu gah.
Read More / Baca Lagi >>

Can Anwar and Pakatan Rakyat pull off a victory in GE13?

Posted: 21 Sep 2012 09:14 PM PDT

Can Anwar and Pakatan Rakyat pull off a victory in GE13?While coffee-shop politicians are gung-ho and firm in their convictions that Pakatan Rakyat (PR) will sweep to power in the 13th General Election, there is an undeniable possibility that they might have to wait for the 14th GE for all their dreams to come true.
While more Malaysians now definitely hope to witness a change of government and this has caused a groundswell of support to surface for PR, the possibility and likelihood of upstaging the 55 years of Barisan Nasional rule, in the relatively brief period of the emergence of PR, may need a longer period of adjustment and acceptance by many Malaysians. No doubt this is a conservative view and based on the pessimism that Malaysians are still afraid to step out of their shells.
But in the political scenario, Malaysians do tend to be creatures of habit and are very slow and suspicious and wary of making changes. They generally find themselves comfortable and don't want to or will want a long period of time to be convinced to make changes to the political environment in the country. So it might be prudent for PR to assume the worse and redouble its efforts rather than rest on its laurels just yet.
The hard work is paying off
The good news for PR is that all their good and hard work is paying off. But to wrest the federal government might prove tougher than anticipated. They should, however, maintain their growing momentum and work patiently and diligently to come to power in the 14th GE and they may not even have to wait 5 years if there are snap polls conducted after GE13..
Some political analysts are of the view and opinion that a "hung" parliament might emerge. This most definitely will be a tricky, quirky issue to deal with by both sides of the political divide.
But BN may emerge a narrow winner in GE13 holding on to a reduced majority majority compared to GE12 in 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Who will be the Sabah opposition CM?

Posted: 21 Sep 2012 09:14 PM PDT

Sabah BN secretary Abdul Rahman Dahlan has given the opposition one month to announce who their chief minister will be.

KOTA KINABALU: Sabah Barisan Nasional has thrown the opposition,namely Pakatan Rakyat, a challenge – "announce your shadow cabinet within a month".
Aware that this will be a singularly impossible immediate feat for Sabah Pakatan which is grappling with seething resentment over newcomers – defectors from BN – flexing their muscles, Sabah BN secretary Abdul Rahman Dahlan said that Sabahans had the right to know who will be the state's chief minister if the opposition came into power.
"We're giving them a month, ample time for their members to meet and discuss who should be made chief minister.
Read More / Baca Lagi >>

Pengerusi SPR penipu besar..!!

Posted: 21 Sep 2012 09:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Sept — PKR hari ini memanggil pengerusi suruhanjaya pilihan raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof "penipu besar" kerana telah membawa fakta yang salah dalam pendaftaran undi di Selangor.
Saifuddin: "Laporan kita adalah tepat." — Foto fail
Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau berdiri teguh dengan laporan audit partinya yang terkini, mengatakan ia bukan hanya untuk menafikan laporan SPR. "Dia (Abudl Aziz) boleh cakap apa sahaja alasan yang dia suka, tetapi saya tetap mengatakan laporan kita adalah tepat," kata ahli parlimen Machang itu kepada The Malaysian Insider.
Pada sidang media hari ini, Abdul Aziz mendedahkan tentang terdapatnya unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.
Pengerusi SPR itu berkata, penipuan dikesan sewaktu dijemput dalam sebuah program radio Bernama bersama-sama Saifuddin baru-baru ini.
"Gambar itu telah diubah," kata Abdul Aziz kepada media, dengan menambah parti itu telah menipu dengan laporannya.
Abdul Aziz: "Gambar itu telah diubah." — Foto fail
Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyisat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut. Tetapi Saifuddin menafikan kenyataan pengerusi SPR tersebut mengambil gambar daripadanya untuk mengesahkan, semasa program tersebut, beliau hanya menunjukkan gambar tersebut dari iPadnya.
"Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar," kata Saifuddin. "Saya tunjuk gambar ini.
"Kecuali kalau daya ingatannya kuat, dia perlu untuk ke tempat yang sama dan buktikan dia salah.
"Saya akan pastikan bahawa alamat ini adalah pondok dan bukan tempat meletak motorsikal," kata Saifuddin lagi.
Read More / Baca Lagi >>

RAPID : 200 Penduduk Berhimpun Buat Bantahan

Posted: 21 Sep 2012 08:47 PM PDT


PENGERANG – Kehadiran Kira-kira 200 penduduk sekitar Parlimen ini dalam Perhimpunan Rakyat Pengerang berjaya menarik perhatian ramai untuk mengetahui kesan daripada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang akan dibangunkan di kawasan itu.


Menurut Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli, selain bertujuan mengumpulkan suara penduduk yang tidak berpuas hati dengan projek, ia turut mendesak kerajaan memberikan rumah percuma kepada mereka yang terlibat dalam projek tersebut.

"Suara orang Pengerang pada hari ini bukan dsampaikan di sini sahaja, malah suara-suara ini akan dibawa dan dibentang ke Parlimen nanti," katanya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Lessons from Rosmah? SPEND BABY SPEND, Najib's mantra

Posted: 21 Sep 2012 08:43 PM PDT

Lessons from Rosmah? SPEND BABY SPEND, Najib's mantraUmno is always trying to ambush and put up red herrings to divert people's attention. Why, for example, is the hudud issue between PAS and the DAP being made into a big thing? This is a sideshow being elevated to a premier status complete with intellectual gloss from Uncle Tom-ing academics.
PAS and the DAP — they operate on different principles. PAS champions Islamic principles and an Islamic agenda. The DAP champions secular democratic principles as in justice and equality and good governance and all that. Both co-operate on common grounds.
Why is Umno driving a wedge between the two? Umno should be looking out for the MCA which has ridiculed Umno's stance on an Islamic agenda.
Not very bright at all
Sometimes I think Umno religious luminaries are not that bright. Umno is in power now. The MCA, which is a party of infidels, works closely with Umno, so Umno labels them friendly infidels (kafir zimmi — infidels who accept the authority of Muslims in power). What does that prove? It proves the classification of infidels is a function of who is in power. That is how Umno plays the game.
Suppose now a new government comes into power. The leaders of the government are also Muslims. The DAP, which will emerge as the dominant Chinese supported party, works closely with PR. The DAP represents the new infidels who accept the authority and leadership of the new PR government. It makes them friendly infidels. The DAP now becomes kafir zimmi.
So ustaz-ustaz, the branding of infidels is therefore a function of which side is in power at that particular time. And by that time, if we were to apply the Umno stance, the MCA will become kafir harbi, which makes the slaughter of MCA people permissible?
No agenda for hudud
Read More / Baca Lagi >>

'Gadis api' dicabar berlawan dengan jin

Posted: 21 Sep 2012 08:41 PM PDT


'Gadis api' diajak cabar jin
Wan Nor Fatihah menunjukkan pakaiannya yang terbakar baru-baru ini.
 
KOTA BHARU - Selepas kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rumah 'gadis api' di Kampung Penambang Bunga Emas kelmarin, remaja itu mendakwa dirinya pula diajak berlawan jin menggunakan parang yang dikatakan ingin berdampingan dengannya itu.

Wan Nurfatihah Wan Hanafi, 14, mendakwa mendengar bisikan halus itu ketika dia sedang bersiap-siap untuk membersihkan diri di rumahnya kira-kira jam 9 pagi, semalam.

"Saya takut bila mendengar bisikan itu betul-betul di telinga kiri saya. 'Benda' itu mengajak saya berlawan menggunakan parang. Sebelum ini, 'dia' pernah mengugut untuk membakar lebih banyak barang dalam rumah tetapi tidak pernah pula mengajak saya berlawan.

"Saya amat tertekan dengan situasi seperti ini," katanya kepada Sinar Harian selepas mendakwa menerima ancaman itu sebelum ketibaan kumpulan pengamal perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.
Read More / Baca Lagi >>

Orang UMNO Hina ISLAM Tak Paa!! Orang Putih Tak Boleh

Posted: 21 Sep 2012 08:31 PM PDT

Di Malaysia ... Org Islam sendiri menghina Islam... Betapa mulianya Najib dari masjid rumah Allah... Tunjuk punggung kat gambar... Bukan depan muka... Salah... Lempar kasut dlm masjid... Yg betul2 masjid... tak salah tak de apa2 tindakan.... Org cina pun x baling kasut kat tokong dia...

Di Malaysia ... Org Islam sendiri menghina Islam... Betapa mulianya Najib dari masjid rumah Allah... Tunjuk punggung kat gambar... Bukan depan muka... Salah... Lempar kasut dlm masjid... Yg betul2 masjid... tak salah tak de apa2 tindakan.... Org cina pun x baling kasut kat tokong dia...


P/S : Kita mungkin terlupa tetapi admin tak pernah lupakannya.... bahawasenya dah lama dah orang kat Malaysia ni menghina Rasulullah dan Islam...

MUKTAMAT PRU13; Diadakan tahun 2013, Najib tiada pilihan

Posted: 21 Sep 2012 08:28 PM PDT

Oleh: mohdnoorawang
 
Najib Razak dan seluruh Kabinet kerajaan BN/UMNO bertahan sampai tamat tempuh 24 April 2013. Maka genaplah lima tahun kerajaan syaitan yang dikenali BN/UMNO berkuasa.


Risikan syaitan BN/UMNO  jika diadakn sekarang BN/UMNO hanya mendapat 120 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen. Najib cukup takut. Tapi yang paling takut BN/UMNO kalah ialah ketua syaitan yang dikenali Tun Mahathir. Ramai orang tertanya-tanya kenapa Mahathir cukup takut jika Pakatan rakyat menawan Putrajaya dan Parlemn Malaysia?.
PRU12 pada 8 March 2008 Pakatan Rakyat (PKR,DAP,PAS) dapat mengurangkan dua pertiga majoriti dalam Parlmen Malaysia. BN/UMNO mendapat 140 kerusi Parlimen. Pakatan Rakyat mendapat 82 kerusi Parlimen.

Read More / Baca Lagi >>

Mahathir mahukan orang Melayu berlindung di bawah UMNO walaupun sudah busuk sampai ke ususnya

Posted: 21 Sep 2012 08:24 PM PDT

Dr Mahathir berkata di Johor Baru dua hari lepas yang pemimpin yang baik perlu menerima teguran yang membina. Ini pun Mahathir benar dan betul tetapi jika kritikan itu di arahkan kepada beliau itu adalah satu kesalahan besar. Apabila beliau di tegur dan di tandingi secara demokratik beliau mengambilnya sebagai satu tindakan memalitkan tahi ke muka dan beliau tidak dapat menerimanya. Hasilnya beliau secara sistematik telah mengharamkan partinya sendiri.
Apabila sistem dan undang-undang yang masih baik semasa itu mampu untuk memulihkan parti yang beliau haramkan itu, maka sistem itu di bunuhnya dengan menceroboh Badan Kehakiman yang sepatutnya bebas dari pengaruh eksekutif. Empat orang hakim Mahkamah Agung telah di pecat termasuk Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas melalui penubuhan 'tribunal' yang amat tercemar cara penubuhannya.
Read More / Baca Lagi >>

Korupsi : Aktiviti rentas budaya, bangsa dan agama

Posted: 21 Sep 2012 08:22 PM PDT

Oleh : Mazir Ibrahim

Kita sememangnya sedang berkongsi nilai-nilai baik anjuran agama, pengetahuan dan falsafah yang disumbangkan menerusi usaha, amalan dan penemuan oleh generasi terdahulu, inilah yang telah membentuk kesedaran kita dalam aspek bermasyarakat. Di dalamnya terkandung aktiviti ekonomi, komunikasi dan kebudayaan.
Aktiviti ekonomi pastinya bermula apabila wujud permintaan dan penawaran. Asas ini wujud dalam setiap aspek kehidupan kita, Cuma barangkali bahasa yang digunakan dalam kehidupan harian agak berbeza, seperti faktor penolakan yang wujud bersekali dengan faktor penarikan, atau adanya keinginan atas sesuatu peluang yang terbuka.
Faktor luar dan dalam
Tidak mungkin akan wujud yang dikatakan sebagai 'aktiviti' jika hanya ada satu faktor sahaja. Sebagai contoh, rasuah tidak akan berlaku jika yang memberi tidak menawarkannya dan dipihak penerima tidak meminta.
Begitu juga dengan aktiviti salahguna kuasa. Seseorang pengarah tidak akan cuba menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk satu tujuan yang salah jika tidak wujud sama sekali ruang dalam sistem urustadbir itu.
Ini bermakna, jika korupsi kerap berlaku, pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem tersebut. Ini menunjukan bahawa, keinginan dan keupayaan seseorang untuk melakukan korupsi akan menjadi lebih kecil atau tertutup jika sistem kita telus.
Ini adalah objektif disebalik faktor-faktor lain iaitu faktor kelemahan manusia yang sangat kompleks.
Kawalan dan uruselia
Read More / Baca Lagi >>

Terdedah Sudah!!! Mengapa Bapa Mertua Juliana Banos 'Hentam' Rafizi Ramli?

Posted: 21 Sep 2012 08:21 PM PDT

Isu AP: Rafizi mengarut untung jual kereta import RM60,000Kelembapan ekonomi dunia dan permintaan pembelian kereta import berkurang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, memberi kesan kepada pemegang permit import (AP).

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mutiara Motors Sdn Bhd, Ahmad Kemin menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa syarikat menjual kereta import dengan senang memperoleh untung sehingga RM60,000 untuk sebuah kenderaan.

"Mana untungnya RM60,000. Perkara ini tidak logik. Dengan keadaan sekarang, kami penjual kereta import dalam keadaan yang tenat.

"Jika dikira, sebuah kereta untung RM24,000, namun ia perlu ditolak bagi bayaran AP sebanyak RM10,000. Ini tidak termasuk kos baik pulih dan cat, untung (yang dapat) tidak seberapa pun," katanya kepada Sinar Harian.
Read More / Baca Lagi >>

Derhakakah Jebat dan Nizar kepada Sultan?

Posted: 21 Sep 2012 08:18 PM PDT

Bukankah "jangan derhaka" itu hanya pada ibubapa, Allah dan Rasul?   

"Derhaka" bermaksud menentang atau mengengkari perintah.  Dalam kehidupan seorang muslim termasuk masyarakat Melayu, hanya Allah dan Rasul, serta ibubapa saja yang tidak boleh diderhakai (dilawan). 
Bagaimana kalau dikatakan derhaka kepada pemimpin? derhaka kepada Raja atau Sultan? Usahkan pemimpin, Raja sekali pun, istilah "derhaka" ini tak boleh pakai!!  memang tidak kena !  Sebab ketiga-tiga individu ini wajar dan harus ditentang jika mereka melakukan kesalahan atau kezaliman. 
Read More / Baca Lagi >>

Dana asing: 'BN lihat puaka yang tak wujud'

Posted: 21 Sep 2012 08:16 PM PDT



 
Serangan serentak kerajaan menggunakan media perdana yang mendakwa berlaku penjajahan bentuk baru NGO prodemokrasi melalui tajaan dana di negara ini terang-terangan hanya kes "paranoia", kata PKR Sarawak.

NONE"Ia cubaan terdesak BN untuk memperkecilkan perniagaan yang sah, masyarakat sivil dan organisasi dengan sindiran tak langsung, bahawa Malaysia secara rahsia dilemahkan oleh negara asing, bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menunjukkan bagaimana BN menggunakan taktik menakutkan-nakutkan di peringkat antarabangsa.

"Taktik momokan ini sebenarnya hanya menunjukkan ketakutan BN sendiri terhadap demokrasi sebenar dan lebih penting lagi mereka melihat puaka yang tidak wujud," kata Ketua PKR Sarawak Baru Bian dalam kenyataan semalam.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan akhbar berkaitan Umno Berita Harian dan New Straits Times semalam melaporkan di muka depan NGO berpangkalan di Amerika Syarikat National Endowment for Democracy (NED) dan badan lain di peringkat antarabangsa mendanai NGO di Malaysia.

Laporan sama juga ditayangkan dalam waktu perdana TV3 semalam yang menyifatkan perkara itu sebagai penjajahan bentuk baru.

P'raya UM: Siswa adu polis, dakwa 'salah guna kuasa'

Posted: 21 Sep 2012 08:13 PM PDT



 
Kumpulan antikemapanan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) membuat laporan polis terhadap jawatankuasa pilihan raya kampus yang didakwa "menyalah guna kuasa" dengan menerima pencalonan mahasiswa tidak layak.

Mereka mendakwa jawatankuasa itu menerima enam pencalonan daripada pasukan lawan Penggerak Mahasiswa - kumpulan yang cenderung kepada aspirasi pemerintah - yang tidak mempunyai baki pengajian mencukupi walaupun setelah dibantah.

"Tujuan saya membuat laporan polis (kerana) tidak puas hati dengan perkara ini di mana berlaku penyalahgunaan kuasa...," laporan polis oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Syis Abdul Kadir itu dipetik.
Read More / Baca Lagi >>

PERDANA MENTERI MALAYSIA SELAMA 10 HARI DARI 4 FEB-13 FEB(1988)

Posted: 21 Sep 2012 08:07 PM PDT



Pada 4 Februari 1988, Hakim Datuk Harun Hashim , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah (pertubuhan haram) kerana telah melanggar Akta Pertubuhan. Dengan UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO telah berkubur.

UMNO Baru telah ditubuhkan pada 13 Februari 1988 dan perkataan 'baru' telah dikabur serta dhapuskan sama sekali. Pada 21 Mei 1988,


Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. 

Oleh yang demikian Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu , Tun Ling Liong Sik. Dengan itu juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari(10 hari) sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Tun Ling Liong Sik.

Dalam tempoh 4 Febuary sehingga 13 Febuary  tempoh 10 hari tersebut BARISAN NASIONAL MELANTIK Ling liong sik(President MCA)Dan telah di serahkan tugas sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA,WALAUPUN TIDAK MENDAPAT WATIKAH PERLANTIKAN YDP AGONG

Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini

Just plain afraid of losing

Posted: 21 Sep 2012 07:59 PM PDT

The Barisan Nasional must not go overboard in its campaign of intimidation against the opposition.

Those in power can be said to be bullying the rakyat and the opposition Pakatan Rakyat one way or other.
First and foremost is the bullying of the rakyat by Prime Minister Najib Tun Razak in regard to the date of the 13th general election. Not too long ago he has strongly hinted that the polls will be held in November, but only recently he has said, "Let them speculate. I like them to speculate."
This is a very irresponsible conduct coming from the leader of the nation. Not sticking to the November date shows that he is afraid of losing.
Just as Barisan Nasional has said the Selangor Pakatan-led state government is afraid of losing when the latter announced that it would not be holding the state polls this year, the same yardstick can also be applied to the BN.
Perhaps Najib wants to have the election next year so that he can regain Selangor at one go.
It must be noted, too, that he has said guessing the election date is a national past-time.
"In the first place, the election date is definitely not a game and should not have been made into a game. Therefore it is time to put a stop to it. This has gone on long enough," said M Manogaran, DAP MP for Teluk Intan.
Read More / Baca Lagi >>

Speaker Dun Melaka Kutuk UMNO..!!!

Posted: 21 Sep 2012 07:54 PM PDT


SANG SAKA BANGSA
Rupa-rupanya ada juga speaker DUN yang jahil dan bodoh tentang sejarah bendera. Aku mahu maklumkan bahawa kebodohan speaker ini datangnya dari Speaker DUN Melaka yang namanya ada Wira di bahagian depan. Kamu carilah siapakah speaker DUN Melaka yang jahil dan dalam masa yang sama terjilat tahi sendiri dalam mengutuk bendera Sang Saka Malaya.
Tahukah anda apa nama lain bagi bendera UMNO? Nama bendera merah putih berkeris bulan kuning itu adalah Sang Saka Bangsa. Kejahilan seorang speaker yang tidak mengetahui asal usul membuatkan ramai yang tergelak setelah menonton video di bawah ini. Di manakah silap UMNO dalam menerangkan isu bendera merah putih itu?
UMNO ingat mereka sahaja yang berjiwa patriotik tetapi kebodohan mereka ibarat plastik yang mudah dibakar. Hanya mendengar perkhabaran yang belum nyata. Mengapa ahli UMNO yang lebih 3 juta orang tidak berminat untuk mengibar bendera Malaysia? Apa sebenarnya telah berlaku pada UMNO yang dikatakan patriotik itu?


Hadiah Istimewa Untuk Rakyat Sabah, Janji Dicapati

Posted: 21 Sep 2012 07:45 PM PDT

APAKAH hadiah yang teristimewa kepada rakyat Sook selepas 47 tahun mengharungi kemerdekaan?
Jawapannya kira-kira lebih 1,000 penduduk di tiga buah kampung iaitu Kg Linsudan Baru, Kg Namadan Baru dan Kg Bambangan Baru masih bergelumang dengan jalanraya berlumpur dan bermandi debu.
 Menurut mereka, janji-janji untuk menaiktaraf jalanraya sudah lama dizahirkan oleh pemimpin kerajaan semasa melakukan lawatan ke kampung mereka khususnya ketika musim berkempen dalam pilihanraya, tetapi malangnya selepas itu janji tinggal janji ibarat 'janji terang bulan'.
Justeru, mereka sekali lagi menggesa kerajaan agar tidak melengah-lengahkan pelaksanaan untuk menaiktarafkan jalan raya utama menuju ke simpang Batu 16, kerana ketika ini jalanraya berkenaan telah rosak teruk dan sukar dilalui oleh sebarang jenis kenderaan.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Sabah DiPinggirkan Untuk Tebalkan Poket Pemimpin Umno.

Posted: 21 Sep 2012 07:43 PM PDT

PENGERUSI Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Wilfred Mujilip Bumburing berkata, kehidupan rakyat di kawasan luar bandar khususnya di Labuk-Sugut di Sabah terus dibelenggu kemiskinan tegar dan ketinggalan dalam menikmati pelbagai kemudahan asas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan Sabah sejak 49 tahun lalu.
 Ini jelas terbukti, kata Bumburing kerana para penduduk Kampung Kobambangan dan Kampung Pinangkau dalam Zon Paitan di Parlimen Beluran dan DUN Sugut yang majoritinya suku kaum Sungai terus terpinggir daripada menikmati arus perdana pembangunan negara seperti jalan kampung, bekalan elektrik, sekolah, klinik dan juga bekalan air paip bersih
Walaupun Sabah sudah merdeka sejak 49 tahun lalu tetapi kehidupan rakyatnya termasuk keadaan kampung masih tidak berubah sehingga masih ada mereka berumah berbumbungkan atap rumbia, berlantai dan berdindingkan kulit kayu, masih minum air perigi atau air sungai yang tercemar dan tidak dirawat
. "Kalaupun ada projek dan kemudahan-kemudahan lainnya yang disalurkan oleh kerajaan UMNO/BN ke satu-satu kampung, hanya berfokus kepada kroni-kroni ADR dan ADUN atau kepada penyokong-penyokong UMNO/BN sahaja; sementara penduduk yang tidak menyokong atau bukan menjadi ahli parti komponen BN/UMNO terus terpinggir dan dianak tirikan oleh ADUN Sugut Datuk Surady Kayung dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee," ujarnya. 
Tidak hairanlah tambah Bumburing, kerana budaya rasuah dan kroni ini memang sudah menjadi satu budaya kepada para pemimpin UMNO/BN yang mengutamakan sistem pilih kasih dalam pengagehan kek pembangunan dan kesejahteraan. (sila baca pendedahan oleh Ahli Umno sendiri disini)

AES berkuat kuasa esok

Posted: 21 Sep 2012 07:42 PM PDT



KAKITANGAN Unit Teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan memasang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lebuh Sentosa,
Putrajaya baru-baru ini.



KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan di ibu negara berkuat kuasa esok.
Pelaksanaan kamera berteknologi tinggi itu merupakan fasa pertama yang terdiri daripada 10 lokasi bagi merakam kesalahan memandu melebihi had laju dan empat lokasi lagi merakam kesalahan melanggar lampu isyarat.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, pemasangan kamera AES untuk 817 lokasi lagi akan dibuat dalam fasa kedua melibatkan pelaksanaan di seluruh negara.
Beliau berkata, pelaksanaan AES adalah satu langkah serius kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Pakej mandi buih naga

Posted: 21 Sep 2012 07:38 PM PDT

Pakej mandi buih naga
KAMAR MAKSIAT...bilik yang digunakan untuk pakej mandian buih naga di premis terbabit.
KAMAR MAKSIAT...bilik yang digunakan untuk pakej mandian buih naga di premis terbabit.

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar menawarkan khidmat seks, sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kecantikan dan kesihatan di ibu kota, dikesan menyediakan pakej khas kepada pelanggan yang dikenali sebagai 'mandian buih naga'.
Dengan bayaran RM228, antara tawaran termasuk dalam pakej itu ialah mandi buih, urutan badan ke badan (B2B), urutan sejuk dan panas sebelum memasuki fasa terakhir iaitu melakukan hubungan seks.
Kelainan tawaran yang ditawarkan premis terbabit menjadikan ia sebagai lokasi tumpuan seawal jam 2 petang hingga awal pagi.

Wartawan Harian Metro yang dimaklumkan orang awam mengenai kegiatan berkenaan membuat tinjauan di premis terbabit bagi memeriksa kesahihan dakwaan itu.

PAS, Islam dan demokrasi

Posted: 21 Sep 2012 07:25 PM PDT

Muhammad Ismi Mat Taib,
PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam menjadi amalan dan teras kepada masyarakat di Malaysia. Menjadikan Islam sebagai teras perjuangan bermakna menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam merancang perjalanan dan menentukan tindakan yang ingin diambil. Ulama pula menjadi teraju utama perjuangan PAS kerana merekalah yang lebih hampir kepada Al-Quran dan As-Sunnah, dan merekalah yang selayaknya memimpin sebuah gerakan Islam.
Islam adalah panduan, Islam juga adalah matlamat dan cita-cita perjuangan PAS. Sepertimana yang disebut oleh Saidina Omar R.A: "Kita adalah kaum dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, Allah akan menghinakan kita."

Islam tidak memerlukan teras tambahan kerana kesempurnaan kandungan yang ada pada Islam. Dibimbangi, tokok tambah yang dibuat, diambil pula daripada sumber yang tidak Islamik, menjejaskan hala tuju perjuangan Islam itu sendiri. Firman Allah Taala di dalam Al-Quran: "Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu Agama (Deen = cara hidup) kamu, dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-nikmatKu, dan Aku redha Islam menjadi Agama (Deen = cara hidup) bagi kamu." (Surah Al-Maidah, 5 : 3)

Read More / Baca Lagi >>

Abdul Khalid: Dari Penjual Kelapa Salai, Akhirnya Ke Menteri Besar Selangor

Posted: 21 Sep 2012 07:24 PM PDT

PETALING JAYA, 20 SEPT: Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api.
Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja.
Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.
Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan  mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.
Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.
Peristiwa kebakaran rumah salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatanya.
Read More / Baca Lagi >>

Star: Perisytiharan Kuching buat BN tertekan

Posted: 21 Sep 2012 07:22 PM PDT



 
Komponen BN Sabah dan Sarawak harus mengkaji semula kedudukan dalam gabungan itu jika Pusat tidak menaikkan bayaran hasil minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus, gesa Parti Reformasi Negeri (Star).

NONE"Sekiranya Umno/BN tidak menaikkan hasil minyak tersebut kepada 20 peratus, maka parti-parti komponen BN lain di Sabah dan Sarawak seharusnya mengkaji semula kedudukan mereka dan menarik diri daripada BN demi masa depan rakyat," kata Pengerusi Star Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan (atas).

Menurutnya lagi, BN yang kini tertekan perlu lebih serius berbuat demikian setelah 'Perisytiharan Kuching' diumumkan Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>