Guan Eng: Dakwa Perkasa kerana pijak potret saya ......ada berani...???
KUALA LUMPUR, — 030812 - Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana pernah memijak potretnya satu ketika dahulu.
Lim dalam kenyataannya mengecam tindakan berat sebelah dan sikap memilih yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu beberapa anak muda memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, sewaktu sambutan ambang Kemerdekaan anjuran Gabungan Janji pada malam Khamis lalu.
"Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, boleh berjanji pihak kementeriannya akan bertindak tegas dan mengikut lunas perundangan ke atas penyokong BN yang melakukan aksi sama ke atas pemimpin Pakatan Rakyat seperti individu yang memijak potret PM?" kata Lim dalam satu kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam insiden bulan Mei lalu, potret Lim telah dipijak oleh ahli Perkasa di Komtar dan melakukan upacara simbolik pengkebumian dihadapan rumahnya di Pulau Pinang akan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa ke atas tingkahlaku biadab tersebut.
Lim juga membangkitkan isu "tarian punggung" yang berlaku diluar rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan, dan mempertikaikan sikap parti komponen BN bukan Melayu yang berat sebelah kerana mengutuk tindakan memijak potret PM tetapi tidak mengambil tindakan sama apabila beliau yang berbangsa Cina diperlakukan dengan aksi sama.
"Presiden Gerakan dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mengutuk tindakan potrait PM dipijak tetapi berdiam diri apabila gambar saya dipijak," tambah Ketua Menteri Pulau Pinang.
Dalam "Himpunan Janji Bersih" anjuran Gabungan Janji yang merupakan gabungan 47 badan bukan kerajaan NGO dan aktivis Bersih pada Khamis lalu, beberapa laporan media menyelar tindakan peserta yang bertindak memijak gambar pemimpin negara, menunjukkan punggung dan mempamerkan bendera "Sang Saka Malaya" yang dikatakan bagi menggantikan Jalur Gemilang.
Himpunan tersebut yang tamat sejurus detik 12 malam telah berlangsung dengan kehadiran sekitar 5,000 penyokong mereka menunjukkan komitmen kepada demokrasi dengan sempena sambutan Kemerdekaan negara.
Mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut turut memakai kemeja T berwarna kuning sebagai menyuarakan sokongan mereka kepada matlamat dan perjuangan Gabungan Janji tersebut.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut membacakan puisi bertajuk "Janji Demokrasi" sebelum perhimpunan tersebut tamat.
Ekoran laporan tersebut, polis telah membentuk pasukan khas bagi menyiasat laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka dan berhubung tindakan penganjur "Himpunan Janji Bersih" yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan.
Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan.
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mohd Adnan menunjukkan gambar suspek bagi membantu siasatan kes rogol di Pandamaran, Klang baru-baru ini.
SHAH ALAM - Seorang pekerja warga Bangladesh disyaki merogol anak majikan sendiri berusia tujuh tahun, ketika mangsa ditinggalkan bersama kakaknya berusia lapan tahun di rumah mereka di Pandamaran, Klang, 25 Ogos lalu. Ibu bapa mangsa keluar rumah kira-kira jam 2 petang, manakala suspek berusia 31 tahun berada di luar kediaman itu sedang melakukan kerja-kerja membasuh kanopi.
Sumber berkata, sebaik ibu bapa mangsa beredar, suspek mengambil kesempatan masuk ke rumah milik majikannya itu dan terus mengarahkan mangsa berbaring di bahagian ruang tamu.
Katanya, suspek baru dua bulan bekerja dengan bapa mangsa, terus merogol kanak-kanak itu dan ia dilihat kakak mangsa.
State-owned oil company Petronas is tired of being Malaysia's cash trough. Its growing pique at the government flared into public view here in early June at the World Gas Conference. Chief executive Shamsul Azhar Abbas took to the stage and declared that the government's policy of subsidizing fuel was plain wrong. A murmur ran through the crowd - his boss, Prime Minister Najib Razak, was sitting in the front row. Moments later, Najib went to the podium himself to remind everybody that the subsidies - for which Petronas foots the bill - have "social-economic objectives." The subtext of that rejoinder: Malaysians pay among the lowest electricity rates and petrol-pump prices in Asia. While the government has vowed to "rationalize" that, it's highly unlikely to happen before elections expected in a few months. The polite but pointed disagreement was the latest sign of assertiveness from an oil company that prime ministers have treated as a piggy bank for pet projects since it was established in 1974. Interviews with current and former officials and an examination of Petronas and government documents show that strains have been building behind the scenes over how much money the company hands over to the government in the form of fuel subsidies, dividends and taxes. Financial data reviewed by Reuters show the government has increasingly relied on Petronas's payments - a "dividend" to its sole shareholder - to plug fiscal deficits that have begun to alarm ratings agencies and analysts. The data also show these payments grew over the past several years as oil prices soared, along with government spending. But Malaysia's official accounts do not show how the money is being spent - and the government has steadfastly refused to disclose any details about that. "WE NEED CASH"
Mudslinging, bias reporting, falsifying statistics and engaging the Opposition in uncouth and forceful ways are not going to favour Najib, the prime minister, and UMNO in the long run. Najib being the leader of the ruling coalition should instead engage the Opposition leader in a worthy debate to hammer out the many issues encrusting the nation. This would be the most cultured manner to do politics in a democracy. They will express their rage Despite all the pomp and fair prompted by UMNO the rakyat are yet to be convinced by Najib and his team of leaders.When Mitt Romney and Barack Obama of the US are now seriously debating national issues in a highly cultured manner in their race for the Presidency, Malaysians are left with gutter politics for the rakyat to relish after 55 years of Independence. Facts, fictions and fables are not allowed to be discerned by the rakyat through fair debates and media reports. It's all politics of the incumbency and they decide what is best for all. Threats, violence and lies are texturing the nation's political landscape with UMNO-led government not doing much to curb this set of symptoms affecting the nation. The nation is riveted with social and economic issues but they go undebated in public for fear that the incumbent government will lose power. Politics seems to be marred with barbarous media attack and at times violent physical acts on the Opposition that usually go untended by those in command. The rakyat are not at all pleased with this development in the country and they will express their rage through the ballot box in the next general election. A level-headed political debate
Anwar Ibrahim has probably grown immune to the system to the point that the system is crashing under his weight.
The tactic of targeting Anwar Ibrahim – using ruffians to throw stones and bottles at pro-Pakatan Rakyat supporters – is a definite sign of reckless behaviour by the ruling coalition. This, coupled with the holding of ceramah next to the Pakatan rallies, is an indication of the bankruptcy of Barisan National. The events at Pantai Dalam some months ago where Umno thugs disturbed, under the nose of the authorities, the rally organised by PKR is not only shameful but also further tarnished the image of BN and its leaders. After Perkasa, which attacked the opposition in its ceramah and rallies, it is now Umi Hafilda Ali and Tibai (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) doing the same shameful acts. The disturbance created by the hooligans wearing the "Patriot" T-shirt – who did not garner support during Bersih 2.0 – is something of grave concern. It shows that BN is growing desperate. Former premier Dr Mahathir Mohamad's constant accusation that Pakatan will turn violent if it loses the next general election is another indication of the panicky state of affairs in BN. Despite the supposed success of Umno's 66th anniversary rally in August, BN is facing bad times. Its problem is that Pakatan is winning the battle. BN has been waging a psychological war against Pakatan and Anwar since the latter won the Permatang Pauh by-election. Read More / Baca Lagi >>
"Menjelang detik jam 12 tengah malam di Dataran Merdeka, terdapat kumpulan anak muda mengibarkan bendera Sang Saka. Keesokkannya riuh rendah, kecoh seluruh negara melalui media barua tentang isu bendera.
Pelbagai tohmahan dan kutukan terhadap pengibar bendera Sang Saka. Hatta sekonyong-kinyong sepupu Najib Si Menteri Polis arahkan anak buahnya cari dan siasat pemuda yang kibarkan bendera.
Dengan selambanya salah seorang anak muda mengaku bahkan menceritakan kisah sejarah bendera tersebut. Baru rakyat terutama generasi muda tahu hal sebenar sejarah negara. Terduduk dan terkedu seketika sepupu Najib serta Bukit Aman ! Tahun lepas hal yang sama juga begitu. Isu Mat Indera. Haji Mat Sabu bawa kisah Mat Indera. Beribu laporan polis dibuat. Bahkan demo dan ugutan samseng terhadap Mat Sabu pun ada. Akhirnya terbongkarlah kisah sebenar Mat Indera. Beliau disanjung sebagai wira kemerdekaan negara dalam buku terbitan kerajaan Johor. Berpeluh-peluh MB Johor cuba ubah balik kenyataannya dalam buku tersebut. Rakyat baru tahu siapa sebenarnya Mat Indera dan keluarga Mat Indera mendapat maruahnya kembali. Read More / Baca Lagi >>
Sejak mantan PM Tun Madey kata BN parti Syaitan yang dikenali makin menjadi-jadi nampaknya kerja puak syaitan ni.Bukan cakap kosong rupanya puak bani Syaitan ni tapi ditonjolkan dalam bentuk perbuatan.
Kita pernah dengar kes imam baling kasut kepada hakim dalam mahkamah kerana tak puas hati terhadap kes beliau.Imam tu kini dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana hina hakim.Manakala puak Perkasa (Perkosa) pulak sanggup baling kasut dalam masjid yang juga rumah Allah SWT di Alor Setar ketika Anwar Ibrahim sedang bertazkirah dalam masjid dengan alasan tak ada tauliah.PM Najib juga selalu berceramah dalam masjid adakah Najib juga ada tauliah?Perkasa hina rumah Allah SWT tapi bak kata orang kalau dah jadi syaitan memang tu kerja dia.
Kepada penggemar parti Syaitan tak kiralah dia ada dalam Pas atau dalam PR tergamakkah hang pa nak berUG dengan puak syaitan ni?Tergamakkah kita nak bersatu dengan puak syaitan ni atas nama bangsa dan agama?Bolehkah puak syaitan ni nak pertahankan Islam kalau rumah Allah SWT pun depa sanggup hina?Dan yang paling penting sanggupkah kita undi parti Syaitan dalam pru 13?Saya rasa nak termuntah apabila dengar ada pemimpin yang kata ,"Kita kena bersatu....."
Puak Syaitan yang berada di luar masjid buat bising dengan pembesar suara ketika Anwar bertazkirah dalam masjid di Seberang Pumpong ,Alor Setar.
Apabila saya berhenti seketika daripada menulis mengenai sekitar kenyataan Dr Mahathir, lebih baik pilih syaitan yang kita kenal daripada malaitkat yang kita tidak, ada seorang pengomen mengatakan saya menulis artikel lain sebagai penyelamat muka. Face saving gesture. Steady lah wok. Perhaps you don't have sufficient mental caliber yet.
Dr Mahathir kata dia hanya ada weak school certificate dan bukan lah cendekiawan. Itu pun sudah terror kerana ramai seperti saya, hanya lulus SA- Sekolah Atap.
Bosankan? Apabila orang mahu memenangi hujjah dengan berlagak hipokrit membangkitkan perasaan simpati dan bercakap dalam nada perli dan mengejek ngejek, itu menunjukkan bahawa dia tidak ada isi dan bahan untuk menyokong pandangan nya. Tapi itulah yang kita sudah lali dengan cara Dr Mahathir- mengejek, memerli, merendah diri secara artifisial dan sebagai nya.
Dan bila Dr Mahathir kata orang Melayu boleh menjadi bangsa yang terulung dalam dunia, saya sokong dan percaya. Dengan syarat kita buang UMNO dengan budaya menaungi dan membuli dan membudak budakkan orang Melayu.
We want to tell Najib and Anwar that politics is no longer about who gets what.
Who will get your vote? Najib Tun Razak or Anwar Ibrahim? Will your political affiliation decide your choice or would quality of leadership matters? Honesty, compassion, integrity, confidence and flexibility are all qualities impossible to find in abundance in either of them when political leaders should have all of these qualities – and more. Najib is at best mediocre. He plods around bemused and befuddled by the unfamiliar situation he now finds around him – Rosmah Mansor, the cut and thrust of Umno and Barisan Nasional politics and his own inadequacies swirl around him in ever concentric eddies that threaten to whirl him away to places unknown. Anwar does trip the light fantastic at times. A charming chameleon who can make himself to be the person we want him to be with just that hint of sincerity that allows us to think that maybe, just maybe that is the real Anwar. And yet the next day he goes off at a tangent because the political expediency needed in juggling Pakatan Rakyat gives him no other option but to do so. Will our choices be based on what is good and right and in the best interest of the nation as a whole? Perish that thought. We are humans and as humans, we reserve the right and the privilege of choosing a leader we think will do good to us. Read More / Baca Lagi >>
Sambutan ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara pada kali ini diisi pelbagai insiden yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat yang sudah tidak boleh lagi diperkotak-katikkan. Saya secara peribadi tidak kisah apabila rata-rata pengacara stesen radio Tamil melaungkan slogan muluk "1 Malaysia" sepanjang siang dan malam. Akan tetapi, apa yang benar-benar menyakitkan telinga dan hati saya sejak sekitar dua minggu lalu adalah apabila mereka asyik membuat kenyataan "Malaysia terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India". Malah, salah sebuah lagu "1 Malaysia" yang berkumandang hampir setiap hari menerusi MinnalFM (Tamil) memuatkan lirik yang jika diterjemahkan bermaksud "tiga kaum berganding bahu membentuk 1 Malaysia".
Rekod yang dicipta ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Apakah salah kalau kita melabel semua pihak terbabit dalam perkara ini sebagai orang bodoh? Atau mungkinkah sebenarnya ada perancangan berbentuk perang saraf untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan (Perdana Menteri tercinta) Datuk Seri Najib Razak secara senyap dari dalam? Apabila isu mengenai "Malaysia terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India" saya paparkan menerusi Facebook pada 30 Ogos 2012, ramai rakan-rakan dan kenalan tampil memberikan pandangan. Ranjit Singh yang berasal dari Pulau Pinang dan kini bertugas di Miri mengakui bahawa "perkara seperti inilah yang menyebabkan kawan-kawan dari Sabah dan Sarawak sentiasa 'terasa' bukan sebahagian daripada Malaysia". Read More / Baca Lagi >>
Pintu masuk pejabat JNSB pecah ditendang seorang penuntut di Dewan Biru Unisel, semalam
BESTARI JAYA - Gara-gara tidak berpuas hati dengan alasan 'server down' yang diberikan, seorang penuntut Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya, di sini mengamuk dan menendang pintu masuk pejabat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) di Dewan Biru sehingga pecah.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seorang penuntut yang datang ke pejabat untuk sesi pendaftaran kunci asrama bertindak di luar kawalan apabila tidak menerima alasan agar memintanya pulang sementara menunggu sistem kembali pulih. Seorang eksekutif pengurusan JNSB, Norrashikin Mat Juperi berkata, dia tidak menyangka penuntut terbabit akan bertindak sedemikian rupa sehingga sanggup menendang pintu masuk pejabat yang diperbuat daripada kaca itu sehingga pecah.
ALOR SETAR - Harga beras dijangka naik berikutan bekalan beras negara tidak mencukupi dan memaksa kerajaan mengimport sejak sekian lama.
Yang Dipertua Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Mohamad Zaini Ahmad berkata, bekalan beras negara tidak mencukupi dan mereka terpaksa mengimport dari negara jiran sebanyak 30 peratus bagi menampung permintaan. Beliau berkata, negara tidak mempunyai bekalan beras yang mencukupi kerana kebanyakan kawasan padi sudah ditukar dan menjadi kawasan perumahan dan perindustrian. "Kita berharap 26 syarikat beras yang dimiliki Bumiputera sekarang ini dapat dikekalkan walaupun pada asalnya mempunyai 103 syarikat beras.
SIASAT...pegawai polis menyoal seorang pekerja kedai emas.
SUNGAI SIPUT: Seorang pekerja kedai emas tergamam melihat dinding dan bilik kebal premis itu di Jalan Besar Sungai Siput, di sini, berlubang dipercayai ditebuk sekumpulan perompak awal pagi semalam. Sumber polis berkata, kejadian berkenaan dipercayai dilakukan kumpulan penjenayah yang melakukan rompakan licik itu antara jam 12 tengah malam kelmarin hingga awal pagi semalam dan melarikan barang kemas yang dianggarkan bernilai lebih RM100,000.
Saya baru lepas menyaksikan klik video mengenai serangan dan gangguan sekumpulan manusia terhadap Anwar Ibrahim yang sedang memberi tazkirah di dalam sebuah masjid atau surau di Kedah. Peristiwa ini berlaku malam semalam semasa Anwar ke negeri itu dalam rangka jelajah merdeka dan berhari raya dengan rakyat. Jangka hayat kilik video lebih kurang 20 minit.
Menarik dan mendebarkan. Itu apa yang dapat saya simpulkan apabila sesudah menyaksikan klik video berkenaan. Ia ada iras-iras dengan sebuah filem Melayu klasik yang dilakukan oleh Haji Mahadi kalau tidak salah judulnya, Isi Neraka.
Dalam filem itu Haji Mahadi menjadi seorang lebai yang datang dari Arab dan mengajar agama kepada penduduk kampung di Melaka yang jahil. Kemunculannya tidak disukai oleh penduduk kampung. Mereka memerangi Haji Mahadi. Pada satu hari ketika Haji Mahadi sedang mengajar beliau dilontar telur busuk oleh budak-budak nakal kampung berkenaan.
Puak pengacau melaung mengutuk Anwar.
Klik video itu juga mengingatkan saya kepada filem klasik Arab mengisahkan mengenai kesabaran dan mehnaj dihadapi Nabi Muhammad s.a.w. semasa menjalankan dakwah. Beliau diserang dan dikecam oleh Arab jahiliah. Setiap kali cuba menyampaikan risalah Allah baginda dihina, dikutuk dan dikata dengan berbagai-bagai kata-kata nesta. Muhammad penipu, Muhammad pembohong, Muhammad pereka cerita dan sebagainya.
Mereka cuba hendak redah masuk tetapi dihalang.
Jadi apabila saya melihat kilik video itu fikiran saya terhimbau kepada peristiwa di dalam filem klasik Melayu dan Arab itu. Saya merasakan filem itu kini dilakonkan semula dengan wajah-wajah dan watak baru yang lebih realistik. Bezanya lokasinya di Kedah bukan di Arab atau Melaka di zaman dahulu. Apa yang berlaku di surau di Kedah itu bukan filem lagi tetapi sebuah peristiwa yang benar-benar berlaku.
Anwar terus memberi tazkirah tanpa peduli gangguan.
Di sini saya ucapkan terima kasih banyak kepada sekumpulan orang yang memakai baju hitam yang menjadi atau memegang watak-watak hidup dalam filem klasik itu. Tentu terima kasih juga kepada pengarah dan penulis skripnya.
Ia dramatik dan realistik sekali. Apa tidaknya sewaktu Anwar membaca ayat-ayat Qur'an golongan baju hitam dan bertopi kuning itu melaung-laungkan kata-kata nesta dan buruk ke atas Anwar. Terdengar ada yang menjeri ... Anwar penipu...bohong... dan ada juga yang meminta Anwar berhenti.
Itu perempuan bertudung merah minta Anwar balik,
Bahkan perkataan paling memalukan untuk saya sebutkan di sini pun dihembur juga oleh puak pengacau itu. Mendebarkan apabila sesekali mereka membuat acahan untuk menyerbu masuk ke dalam surau atau masjid itu tetapi dihalang oleh hadirin didalam.
Seorang peserta yang bergaul dengan pengacau itu berpakaian tudung merah melaungkan - "baliklah tak usah jual minyak angin...." Manakala yang lain pula melaung, baiki diri sendiri dulu baru boleh ajar orang lain.
Anwar diiringi balik selepas selesai tazkirah.
Namun di celah-celah sorak sorai dan asakan untuk memasuki ke masjid itu ada juga yang menyilang kata meyenangkan dengan berkata; mereka syarah agama, biarkan. Kalau mereka cakap politik baru kita bertindak. Ah rupanya dalam kumpulan itu ada juga yang masih berfikiran rasional.
Yang bagusnya hadirin di dalam masjid yang sedang mendengar tazkirah Anwar berjumlah sama ramai dengan pepuak itu tenang sahaja. Mereka seakan tidak pedulikan dengan jerit pekik diluar. Seolah-olah sudah faham dengan gelagat kumpulan berkenaan. Melihat kepada galagat dan sling cakap mereka, mereka adalah dari kampung berhamnpiran masjid berkenaan.
Tenang dan syukur saya, debaran dada saya berhenti setelah selesai menonton kilik video berkenaan dan tiada berlaku apa-apa kejadian yang buruk terjadi. Bahkan lontaran selipar atau kasut ke dalam masjid yang dibesar-besarkan sebelum ini tidak pun ternampak di dalam video berkenaan.
Saya percaya kalau mereka yang berada di dalam masjid ikut bertindak mengikut perasaan dan retak serta iramal dipalu di luar masjid mungkin kejadian buruk akan berlaku. Mungkin ada yang bengkak muka dan darah akan menitis. Sebaik tazkirah selesai yang diringi dengan salawat ke atas nabi, puak pengacau pun perlahan-lahan berundur sama. Walaupun awalnya mereka memberi amaran keras (tetapi tidak dipatuhi) berundur secara aman. Melihat cara mereka berundur seperti berundurnya jemlang dan syaitan tatkala azan dibunyikan.
Ternampak juga ada anggota kumpulan itu turut sama bersalaman dengan Anwar sebaik Anwar diiringi keluar dari surau atau masjid itu.
Yang menghairankan saya, kenapa gangguan itu dibiarkan berlaku. Apakah peranan anggota polis? Saya nampak ada mereka yang memakai uniform polis berada dalam kumpulan itu. Kenapa merka tidak bertindak menyuraikan keadaan? Ini menganihkan saya.
Meyimpulkan apa yang berlaku menerusi klik video berkenaan, ia adalah gangguan biasa yang belum sadis dan lasak lagi. Tetapi laungan kata-kata kesat dilempar ke atas orang yang berada di dalam masjid oleh orang berada di luar masjid sesuatu yang tidak wajar. Sudah tentu orang akan membuat kesimpulan orang diluar masjid itu sebagai jahat dan pengecut. Perbuatan mereka juga menyalahi adat agama dan juga ajuaran Islam.
Kalau saya menjadi pemimpin Umno Kedah saya akan merasa malu dengan kejadian itu. Umno Kedah perlu bertanggungjawab atas insiden berkenaan. Kerana walaupun mereka mengakui diri mereka adalah ahli pertubuhan sebuah Ngo, tetapi mereka adalah penyokong dan ahli Umno. Saya cukup yakin hakikat itu.
Kalau saya jadi Mukhriz, atau Ahmad Bashah atau sesiapa pemimpin Umno Kedah akan merasa malu yang amat dan akan mengambil tanggung jawab berhenti menjadi ahli pertubuhan Umno serta merta. Ini kerana apa yang terjadi itu ia mencerminkan begitulah sifat dan fiil ahli Umno. Tetapi apakah pemimpin Umno ada muka? Muka mungkin ada tetapi air muka tidak ada.
Suasana dan perkembangan politik dewasa ini sememangnya amat mencabar sehingga ramai pimpinan UMNO/BN sendiri yang menyatakan bahawa PRU ke 13 ini bakal menjadi PRU yang paling sengit yang pernah dihadapi oleh UMNO/BN. Ini sudah pasti menjadikan pimpinan utama runsing dan tidak nyenyak tidur. Di antara yang paling gusar sudah pasti Tun Dr Mahathir! SYAITAN YANG DIKENALI
Mungkin inilah sebabnya mengapa beliau telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang kurang bijak seperti peribahasa Inggeris yang berbunyi "The Devil you know is better than the Angel you don't" atau "Syaitan yang anda kenali adalah lebih baik dari Malaikat yang anda tidak kenal". Walaupun saya faham bahawa penggunaan istilah 'Syaitan dan 'Malaikat' adalah merupakan kiasan semata-mata, tetapi hakikatnya ianya tetap merupakan pengakuan bahawa kerajaan UMNO/BN, dalam konteks ucapan Dr Mahathir, adalah kerajaan yang penuh dengan kejahatan dan penyelewengan. Itulah sebabnya dikiaskan dengan Syaitan walaupun bukan secara literal merupakan Syaitan. Hanya 'bagaikan Syaitan!
Pada masa yang sama, kerajaan PR pula dikiaskan dengan 'Malaikat'. Ini juga merupakan pengakuan oleh Tun Dr Mahathir akan imej dan reputasi baik yang ada pada PR berbanding dengan UMNO/BN. Walaupun PR bukan 'Malaikat' secara literalnya, iaitu makhluk yang dijadikan Allah tanpa nafsu dan mentaati Allah dalam setiap amalannya, namun PR dikiaskan sebagai Malaikat di atas sebab reputasi dan imej baiknya.
Nak beri tauliah kene ada "tauliah" , kalau tak nanti Perkasa bertempik dalam masjid dan baling selipar, masalahnya masjid nei tempat solat je ke, mana punya ajaran tu?bukan ke masjid ni seharusnya jadi tempat menyampai ilmu, jugak tempat untuk bermasyarakat, selain dari bermesyuarat. Tapi pelik pulak, puak Perkasa yang tak reti hormat rumah ALLAH ni takmo pulak bertempik dan melompatx2 macam mawas kalau puak umno pakai masjid bagi tujuan kempen.. tak caya tengok gambar bawah nei... "tukanglawan" tak cakap kosong macam umno. ni bukti.
Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan,
Ketua bahagian Umno Hulu Selangor menyampaikan sumbangan dalam beg BN di dalam masjid di Felda Gedangsa, Hulu Selangor
najib razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang
HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop
Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu)
Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau
Khairy di Taman Rembau Utama, sedang menyampaikan apa tu,? mungkin anak muda ini juga berkemapuan menyampaikan tazkirah kerana mungkin belajar di universiti Al-Azhar dalam pengajian hadis.
Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johor dalam majlis anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.
Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?
Program "Jom Berambeh" YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan dalam masjid di kawasan Parlimen Batang Lupar, pak imam dengan menteri sama bangang, lelaki dengan perempuan takle salam, tapi tak tau la kalau pak imam tu laki dia.
Amacam, apasal perkasa takmo melalak, ala.. korang ade jawapannya.... sendiri jawab la
Najib dilaporkan meminta anggota Barisan Nasional (BN) bersatu hati membentuk 'sekatan politik' untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang, demikian lapor BERNAMA kelmarin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.
"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.
Apa yang disampaikan oleh Najib itu lansung tidak akan memberi bekas kerana tiada siapa layak untuk mengadakan sekatan jika Allah mengkehendaki pertukaran kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara.
KUALA LUMPUR- Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook hari ini menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.
Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.
"Mereka juga boleh berhubung terus dengan ASP Azmi Abd Azizi di talian 019-2602344," kata Ku.
Ketika perhimpunan ambang merdeka, Khamis lalu sekumpulan peserta perhimpunan itu dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera 'baharu' sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai. - Bernama
Perhimpunan Janji Bersih: Antara individu dikehendaki polis
Perhimpunan Janji Bersih: Antara individu dikehendaki polis
Perhimpunan Janji Bersih: Antara individu dikehendaki polis
Perhimpunan Janji Bersih: Antara individu dikehendaki polis