Ahad, 26 Ogos 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PAS tidak akan pecat Nasha - penganalisa

Posted: 26 Aug 2012 07:28 PM PDT

Keratan akhbar Sinar Harian, semalam.
Keratan akhbar Sinar Harian, semalam.
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak akan dipecat daripada Pas kerana tindakan itu sudah pasti akan mencalarkan imej parti itu terutama ketika menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Ahli Parlimen Bachok itu masih mempunyai ramai pengikut terutama daripada kelompok golongan sederhana.

"Nasharudin tidak akan dipecat oleh parti. Malah beliau sendiri tidak akan keluar Pas walaupun sehaluan dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali," kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Syura bagi menentukan kedudukan Nasharudin dalamparti itu pada 9 September nanti.

Nasharudin sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila mencadangkan supaya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang jika DAP terus menentang hukum hudud.

Awal minggu lalu, media memaparkan gambar Nasharudin bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama di Makkah.

Nasharudin juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-Pas.

Mengulas lanjut, Samsul Adabi berkata, Nasharudin hanya akan keluar daripada Pas bergantung kepada tawaran Barisan Nasional (BN) kepadanya.- Sinar [KK 10:25am 270812]

Karpal kemuka bukti kenyataan Mahathir menghasut Raja-Raja

Posted: 26 Aug 2012 08:28 AM PDT

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengemukakan petikan daripada hansard Parlimen yang didakwanya sebagai bukti bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan menghasut ke atas Raja-Raja semasa perbahasan di Parlimen yang membawa kepada pindaan perlembagaan 1993 ke atas kekebalan Raja-Raja.

Katanya, Mahathir menyatakan perkara itu ketika membentangkan usul bagi pindaan terbabit, berhubung penubuhan Mahkamah Khas bagi menghapus kekebalan Raja-Raja daripada proses perundangan.

Beliau seterusnya menggesa Mahathir supaya hadir ke perbicaraan yang sedang berlangsung ke atasnya.
Perbicaraan berkenaan adalah berhubung kenyataan MP Bukit Gelugor itu dalam satu sidang media pada 6 Februari 2009, bahawa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Sultan Perak atas peranan dalam krisis perlembagaan di negeri itu pada tahun berkenaan.


"Saya cabar Mahathir supaya datang ke mahkamah secara sukarela di perbicaraan saya dan mengakui serta menjelaskan apa yang dinyatakan di Parlimen pada 18 Januari 1993.

"Saya harap dia tidak akan lari daripada cabaran ini," kata Karpal dalam satu kenyataan.
Mahathir semalam mencabar Karpal supaya mengemukakan petikan berkenaan.
Berikut adalah petikan yang dikemukakan Karpal daripada hansard bagi persidangan Dewan Rakyat pada 18 Januari 1993:

"Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan." [Tepuk]' [Hansard 18 Januari, 1993, halaman 16]

"Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai Penasihat kepada Raja-Raja, telahpun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

"Allahyarham Tun Hussein Onn semasa menjadi Perdana Menteri pernah dalam ucapan bertulis di suatu Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

"Tetapi teguran ini tidak berkesan. Pekara-perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara da meluas." [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 19]…

"Kerajaan memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

"Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada Penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga Diraja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan Penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

"Dalam keadaan ini, Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

"Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru-baru ini oleh penulis.

"Penulis ini menyatakan, dengan izin "All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not arrived when the Malay Royalty ( I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether"

"Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 [Tepuk] jika Raja-Raja tidak dihalang  daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diingini?" [Hansard, 18 January, 1993, halaman 20-22]…

"Sebelum ini terdapat banyak insiden dimana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan Negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai" [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 26] {Lahad Datu - 23:25 - 260812] - Malaysiakini

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU 13 : Anwar Ibrahim Tidak Akan Tinggal Di Seri Perdana? Mengapa?

Posted: 26 Aug 2012 07:45 PM PDT

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi Kerajaan Persekutuan, dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan tinggal di kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya.

Berucap di hadapan lebih 12,000 pengunjung rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bukit Gantang, Taiping, Perak, beliau menegaskan perkara itu bukanlah keutamaan baginya walaupun kediaman rasmi tersebut sudah mula diduduki sejak perdana menteri keempat, Mahathir Mohamad pada 1999.

Bagaimanapun, Anwar tidak menyatakan di manakah beliau dan ahli keluarganya akan menginap selepas mengumumkan perkara tersebut yang mendapat tepukan gemuruh hadirin yang gembira dengan keputusannya.

Kompleks Seri Perdana yang yang terletak di Presint 10 pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu menelan kos RM24.17 juta untuk dibina berasaskan ciri-ciri Islamik dan Timur Tengah mula didiami Mahathir dan keluarganya sehingga perdana menteri Najib Altantuya mula memasukinya pada awal April 2009.
Read More / Baca Lagi >>

Tugas Rasmi Iblis ialah Menyesatkan....!!! Jadi sape nak sesat boleh ikut....

Posted: 26 Aug 2012 07:34 PM PDT

Saban hari kita melihat UMNO semakin gelabah untuk diadili oleh rakyat. Pilihanraya ditangguh sehingga Najib rasa yakin. Dia akan rasa yakin apabila lapuran dari perisik kata, dia ada peluang menang. Dia akan yakin apabila semua cara penipuan sudah dikemaskan. Dia rasa dia yakin apabila rasa ada perpecahan dikalangan parti pembangkang. Pembangkang, Dato Sri presiden tidak berpecah- mereka disatukan oleh matlamat membuang UMNO/BN.
Ribuan orang datang ke rumah terbuka nya di Pekan pun dia tidak yakin lagi. Sebab dia tahu, perangai orang pekan. Sebuah keluarga akan ambik 5 bungkusan Tupperware. Kalau 70,000 bungkusan telah habis, bermakna, seramai 14,000 orang kampung2 sudah mengambil bungkusan tersebut. Mungkin yang sudah balik ke rumah akan datang untuk round ke2. Orang Pekan akan berkata kepada petugas2 UMNO- bukan bapak awak punya. Duit kerajaan. Kawan anak ramai.
Orang luar dari pekan yang datang pun ramai. Termasuklah yang didatangkan dengan bas2 dari seluruh pelusuk negara. Tapi tidak mengapa. Ini hari raya. Makan dan minumlah hasil dari duit kerajaan. Bukan bapak dia punya. Pilihanraya nanti, kita nyahkan kumpulan penyamun dan pezalim ini. jangan percaya dengan angka yang dinyatakan oleh akhbar2 perdana. Semua mereka menipu.
Read More / Baca Lagi >>

Air percuma: Pas Selangor sangkal pandangan profesor kangkung UiTM

Posted: 26 Aug 2012 07:31 PM PDT

SHAH ALAM - Pas Selangor menyangkal pandangan seorang ahli akademik institusi pengajian tinggi awam tempatan yang mengatakan dasar Kerajaan Negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas sebagai langkah tidak bijak dan bukan bersifat lestari.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, kenyataan yang dibuat oleh Prof Dr Suhaimi Abu Talib dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) jelas memperlihatkan sikap sebenar Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak senang dengan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"

Kenyataan yang dibuat itu menunjukkan bahawa profesor berkenaan tidak mengikuti perkembangam yang berlaku dalam negeri Selangor.

Read More / Baca Lagi >>

Umno Terengganu: Islam tak benar tahalluf Pas-DAP...!!! ha..ha.. UMNO boleh eh..ki.ki..!!!

Posted: 26 Aug 2012 07:18 PM PDT


Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh
Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh 
 
KUALA TERENGGANU – Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh menyifatkan 'tahalluf' atau kerjasama yang wujud antara Pas dan DAP sebagai tidak dibenarkan Islam.

Paling ketara katanya, kerjasama dengan parti itu bertujuan menumbangkan kerajaan sedia ada, sedangkan DAP menentang penubuhan sebuah negara Islam dan juga hudud yang diperjuangkan Pas.

Sehubungan itu, beliau berkata, cukup jelas pakatan yang berlaku bukan untuk membangunkan syiar Islam, sebaliknya lebih memikirkan strategi mendapatkan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang didominasi orang Islam.

"Kalau kerjasama itu atas perkara lain seperti untuk tujuan keselamatan, itu tidak mengapa tetapi apa yang dilakukan pembangkang adalah pakatan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir Mohamad and The Malay Rulers (1993)

Posted: 26 Aug 2012 07:13 PM PDT

by Karpal Singh
 
Dr Mahathir Mohamad (left with Mukhriz) has challenged me to prove that he has made seditious comments against the royalty during the Parliamentary debates leading up to the 1993 constitutional amendments on the monarchs' immunity.

It would have been better for Mahathir to have agreed to be subpoenaed as a witness in my trial. The court would be a better forum to expose Mahathir. However, as I have been challenged, I am prepared to pick up the cudgel.
In tabling the Constitutional (Amendment) Bill, 1993 to set up the Special Court to take away the immunity from legal process of the King and the Rulers, Mahathir, uttered the following, among the many other, seditious remarks during a time when he had no Parliamentary immunity from being charged in court for making those remarks:
Read More / Baca Lagi >>

PAS Keliru Dengan Hukum Hudud - Ostad KJ...ha.ha..ha..!!!

Posted: 26 Aug 2012 06:55 PM PDT

Baiki Stadium RM120 juta; Lebih Baik Bina Stadium Baru.....!!! Abih lo pitih rakyat..!!

Posted: 26 Aug 2012 06:50 PM PDT

WANITA Sanggul Tinggi - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 26 Aug 2012 06:46 PM PDT

Hukum LELAKI Periksa BEG Tangan WANITA - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 26 Aug 2012 06:45 PM PDT

Cara Tahu JODOH Kita - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 26 Aug 2012 06:41 PM PDT

Mimpi 12 Malam Hingga 3 Pagi - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 26 Aug 2012 06:39 PM PDT

Ramalan ZODIAK Internet - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 26 Aug 2012 06:38 PM PDT

Syria's vice-president makes public appearance

Posted: 26 Aug 2012 06:36 PM PDT

Jordan appeals for Syrian refugee aid

Posted: 26 Aug 2012 06:35 PM PDT

KEBERANIAN Seorang LELAKI Memusnahkan KERETA KEBAL Rejim Bashar

Posted: 26 Aug 2012 06:33 PM PDT

Rakyat Perlu Lihat Rekod BN : Wajib dijawab CACAI Umno..!!!

Posted: 26 Aug 2012 06:13 PM PDT

Rekod BN/UMNO

1. Merampas kuasa pemerintahan secara haram dari kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang bertentangan dengan Perlembagaan yang Najib sendiri telah merancang dan melaksanakannya.

2. Kegagalan Najib mempertahankan dasar 1Malaysia timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.

3. Politik hipokrisi di mana Najib berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa tetapi mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh pecacai UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

4. Ucapan Najib di Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang berjanji 'walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", demi mempertahankan Putrajaya sebagai tampuk kuasa UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah pemuda umno akan dikenakan tindakan? Kerana cuba menimbulkan perbalahan kaum dan agama..!!!

Posted: 26 Aug 2012 06:05 PM PDT

kata PEMUDA UMNO dlm fb : "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)." adalah palsu, namun fitnah mereka tidak menjadi hingga akhirnya Pemuda UMNO terpaksa memakan segala najis yang mereka keluarkan....Umno KAKI FITNAH !

 Yang Pastinya..kalau rakyat biasa...dah lama mereka duduk dalam lokap dan didakwa......!!!

Akhbar British pecat kolumnis pro-Israel atas hubungan dengan Malaysia

Posted: 26 Aug 2012 05:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Akhbar British The Guardian telah menamatkan perkhidmatan kolumnis konservatif Amerika, Joshua Trevino sebagai koresponden Amerika Syarikat mereka kerana didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan sebuah laman web yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepentingan pembangkang lain di sini.
Dalam kenyataan pendek hujung minggu lalu, akhbar tersebut mengatakan, ia baru-baru ini mengetahui bahawa Trevino "adalah perunding bagi agensi yang mempunyai kepentingan perniagaan Malaysia dan bahawa dia menguruskan sebuah laman web yang dipanggil Malaysia Matters (Perihal Malaysia). Selaras dengan kod editorial Guardian, ini sepatutnya telah didedahkan."
Trevino baru-baru ini telah diupah oleh The Guardian untuk menjadi kolumnis konservatif di Amerika Syarikat. Pelantikannya menyebabkan bantahan daripada aktivis liberal selepas beliau menggesa Israel untuk menembak konvoi kemanusiaan pada tahun 2011 yang mahu memecahkan sekatan tentera laut Gaza.
Apabila bot yang membawa aktivis awam tidak bersenjata cuba pada bulan Jun 2011 untuk memecahkan sekatan Gaza, Trevino menulis di laman Twitter kepada tentera Israel: "Kepada IDF: Jika anda akhirnya menembak mana-mana rakyat Amerika yang berada dalam flotila Gaza baru — baik, kebanyakan rakyat Amerika tidak bermasalah dengan itu. Termasuk saya."
Trevino juga dilaporkan menggelar flotilla tersebut sebagai "konvoi Nazi".
Read More / Baca Lagi >>

Polemik hudud tidak akan cetus Islamofobia, Pas sangkal Abim

Posted: 26 Aug 2012 05:53 PM PDT

SHAH ALAM - Pas yakin tidak akan timbul masalah Islamofobia sebagaimana dikhuatiri Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam isu hukum hudud ekoran perbezaan pendapat antara Islam dan bukan Islam.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, isu Islamofobia tidak akan timbul kerana wujud sikap hormat-menghormati antara kaum di Malaysia walaupun berbeza agama.

Menurutnya, mustahil ada pihak luar yang cuba untuk mengambil kesempatan ke atas negara ini berhubung isu hudud dan menyumbang kepada fenomena Islamofobia.

"Itu isu besar (Islamofobia), ia terjadi di negara-negara Eropah, tapi saya tak rasa di Malaysia akan timbul fenomena itu.

"Hudud bukan juga dilihat satu perkara untuk penularan Islamofobia di Malaysia kerana kita lihat masyarakat masih mengamalkan sikap toleransi untuk menjamin keharmonian negara dan kita percaya tak akan timbul isu itu," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Pelesit rempit maut ketika berlumba

Posted: 26 Aug 2012 04:15 PM PDT



MAYAT Sattindran terbaring di tengah jalan selepas motosikal yang ditunggangi merempuh belakang sebuah lori di Persiaran Raja Muda Musa, Klang semalam.


KLANG – Seorang pemuda dipercayai pelesit rempit terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori di Persiaran Raja Muda Musa di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi, mangsa, S. Sattindran, 20, maut di tempat kejadian selepas motosikal Yamaha RXZ yang ditungganginya tercampak sejauh kira-kira 60 meter dari lokasi mayat mangsa ditemui.
Difahamkan, sebelum tragedi itu, Sattindran dan seorang rakannya yang menaiki motosikal lain sedang berlumba apabila mereka dilihat beberapa kali melalui jalan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Pengusaha bas tamak

Posted: 26 Aug 2012 04:14 PM PDT



SEORANG penumpang bas ekspres menunjukkan harga tiket bas yang dibeli pada harga RM55.35 untuk perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Situasi terdesak orang ramai yang ingin pulang ke ibu kota pada saat-saat akhir semalam mendorong kebanyakan pengusaha bas ekspres di Terminal Bas Larkin di sini mengambil kesempatan menjual tiket pada harga yang jauh lebih mahal.
Selepas menerima aduan daripada pengguna, Kosmo! yang membuat tinjauan mendapati ada pengusaha sanggup menjual tiket ke Kuala Lumpur pada harga RM55.
Tidak kurang pula yang menawarkan harga antara RM40 hingga RM35.
Harga asal tiket bas ke ibu kota sebenarnya cuma RM31.20.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Sembur racun ke mulut isteri..!!!

Posted: 26 Aug 2012 04:06 PM PDT

Sembur racun ke mulut
 KUALA LUMPUR: Disebabkan kerap dipukul, seorang wanita cuba mengubah pendekatan dengan lebih banyak membisu apabila suaminya marah, namun tindakan itu menyebabkan dia menerima deraan lebih teruk apabila mulutnya disembur dengan racun serangga.
Kejadian berlaku jam 10.30 malam kelmarin, di rumah mereka di Taman Bukit Segar, Cheras, di sini, dan mangsa yang berusia 26 tahun turut ditendang sebelum melarikan diri apabila suaminya cuba mencelup tangannya ke dalam kuali mengandungi minyak panas.
Menurut sumber, mangsa mendakwa sebelum kejadian, dia dijemput suaminya selepas habis waktu bekerja, namun sebaik saja masuk ke dalam kereta suaminya yang mabuk terus memukul kepalanya.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : ‘Rasa nak berbogel’

Posted: 26 Aug 2012 04:04 PM PDT

'Rasa nak berbogel'
pix_topright
KUALA TERENGGANU: "Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan," kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.
Kejadian berlaku ketika Mohd Sharbinee beraksi bersama rakan sepasukan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.
Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : 60 peniaga tidak ikut harga raya....

Posted: 26 Aug 2012 04:01 PM PDT


SEBANYAK 58 peruncit dan dua pemborong didapati melakukan kesalahan sepanjang tempoh penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan. - Gambar hiasan



BERA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan sebanyak 60 peniaga dan pemborong melakukan kesalahan sepanjang tempoh penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bermula 12 Ogos lepas sehingga tamat semalam.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 58 daripadanya membabitkan peruncit (pekedai) manakala dua lagi merupakan pemborong.
"Sepanjang tempoh dua minggu berkenaan, sebanyak 59,985 premis perniagaan telah diperiksa di seluruh negara dan mereka yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan sewajarnya," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Syria : Kekejaman Bashar berterusan

Posted: 26 Aug 2012 04:00 PM PDT


GAMBAR yang diedarkan Jawatankuasa Koordinasi Syria semalam menunjukkan mayat beberapa kanak-kanak yang dibunuh rejim Presiden Bashar Al-Assad di Daraya, dekat Damsyik.



DAMSYIK - Beberapa ratus mayat ditemui di bandar Daraya dekat sini selepas serangan besar-besaran tentera Syria, kata sebuah kumpulan pemerhati semalam.
Satu klip video menunjukkan sejumlah mayat diletakkan dalam beberapa barisan di sebuah masjid di Daraya selepas askar-askar rejim Presiden Bashar Al-Assad (gambar kecil) menggempur pemberontak di pinggir bandar raya ini.
Semua yang terbunuh, kata kumpulan tersebut, merupakan mangsa serangan tentera Syria selama lima hari ke atas Daraya bagi menghapuskan pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Beberapa pejuang FSA memuat naik klip video tersebut yang bertajuk 'Pembunuhan beramai-ramai di Masjid Abu Sleiman Addarani di Daraya'.
Read More / Baca Lagi >>

~penarik beca

~penarik beca


Kalau bakaq penarik beca kafir sekalipun, anda yakinkah Allah halalkan saya dibunuh?

Posted: 26 Aug 2012 12:22 PM PDT

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Kalau tiada perubahan, Rosmah terus jadi FLOM!!

Posted: 26 Aug 2012 04:20 AM PDT

Najib kata Jangan Berubah. Kalau tak berubah kita akan terus berFLOMkan Rosmah. Sanggupkah??

Kalau betul2 ada jawatan First Lady Of Malaysia, mana satu pilihan rakyat Malaysia??