Jumaat, 24 Ogos 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TERKINI - CHEGU BARD BAKAL BERTANDING DI P.PINANG?

Posted: 24 Aug 2012 10:51 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

BARU-BARU ini aku sempat bersembang dengan beberapa orang budak SAMM sempena kunjungan berhari raya.  Sudah tentu kami banyak bercerita tentang isu-isu politik semasa khususnya berkaitan aktiviti SAMM itu sendiri.

Di dalam perbualan kami, aku cuba bertanyakan pendapat dia orang tentang Chegu Bard, Penyelaras SAMM.  Di mana agaknya tokoh muda yang hebat ini bakal bertanding di dalam PRU akan datang?  Aku sendiri merasakan tentulah Chegu Bard akan bertanding semula di Parlimen Rembau, apatah lagi orang-orang Rembau kini memang mahukan Chegu Bard bertanding di situ.  Sebenarnya kerusi Parlimen Rembau dikatakan asalnya adalah Kerusi untuk PAS tetapi pada PRU 12 yang lalu Chegu Bard menawarkan diri untuk bertanding menentang Ketua Pemuda Umno KJ di situ.  PAS sudi meminjamkan kerusi tersebut untuk beri laluan kepada Chegu Bard.  Keputusan PRU 12 di Parlimen Rembau, pada awalnya berpihak kepada Chegu Bard tetapi seperti biasa undi subsidi tiba dan beliau tewas tipis kepada KJ.  

Kali ini, di mana pula Chegu Bard akan bertanding?  Jika ikutkan pilihan Chegu Bard, aku yakin beliau pasti memilih untuk bertanding semula di situ memandangkan rakyat di Rembau amat senang dengan tokoh muda ini.  Apatah lagi beliau adalah Ketua Cabang KEADILAN Rembau.  Orang-orang PAS di Rembau juga amat senang dengan beliau sehinggakan diberitahu sekiranya bukan Chegu Bard yang bertanding di Rembau, PAS akan letakkan calon partinya di situ.

"Ada berita menarik", kata rakanku budak SAMM tersebut.  Kali ini PAS akan mengambil semula kerusi Parlimen Rembau.  "Habis tu, ke mana mahu diletakkan Chegu Bard?" tanyaku.  Member aku tersenyum, dengan bangganya dia menyebut, " Kali ini Chegu Bard, InsyaAllah, akan masuk ke Parlimen".  

Semua tahu hubungan Chegu Bard dengan DS Anwar dan hampir seluruh kepimpinan tertinggi KEADILAN sekarang amat baik walaupun pada suatu ketika beliau dikatakan suka berperang dengan kepimpinan parti.  Sikap Chegu Bard yang tidak hipokrit dan tidak suka mengampu-ngampu pimpinan dan prinsipnya yang berpegang teguh kepada prinsip dan disiplin parti itulah yang menyebabkan beliau sering mengkritik kepimpinan.  Rupa-rupanya sikap beliau ini lah yang menyebabkan kepimpinan merasakan Chegu Bard adalah aset penting kepada parti.  Kepimpinan beliau di dalam SAMM amat berjaya dan berpengaruh.  Pada waktu tertentu beliau lantang mengkritik kepimpinan parti termasuk DS Anwar sendiri, tetapi apabila pihak musuh menyerang DS Anwar dan parti, Chegu Bard tampil mempertahankannya.  

" Di mana Chegu Bard akan bertanding? Soal aku kepada temanku itu.  " Di negeri sebelah Utara," Jawabnya rengkas.  Aku termenung sekejap.  Tetapi apabila aku ingat balik, ada lojiknya kata-kata temanku itu.  Sebulan dua ini kita sering menyaksikan banyak aktiviti Chegu Bard dan aktiviti SAMM tertumpu di sebelah Utara.  

Aku cuba meneka sendiri di negeri dan kawasan manakah Chegu Bard akan bertanding jika negeri sebelah Utara ditawarkan kepada beliau.  Kedah tidak mungkin.  Perlis jauh sekali.  Hanya satu iaitu di P.Pinang.  Ya, Chegu Bard kerap berkunjung ke sana sekarang.  Malahan dimaklumkan Himpunan SAMM peringkat Kebangsaan akan diadakan di Penang.  Tetapi di kawasan mana Chegu Bard akan bertanding? Walaupun temanku cuba untuk merahsiakan kawasan di mana Chegu Bard bertanding, aku dapat merasakan bahawa Chegu Bard tidak akan merampas kerusi rakan-rakan sendiri di dalam PR.  Jika itulah keadaannya, maka Chegu Bard pasti akan diletakkan di Parlimen Nibong Tebal.  Kerusi itu kini disandang oleh bekas MP KEADILAN yang kini menyertai Parti KITA iaitu YB Tan Tee Beng.

Amat tepat sekali jika benar beliau diletakkan di situ.  Chegu Bard bukan asing di negeri Utara kerana isteri beliau pun jika tidak salah aku adalah anak orang Utara, iaitu di P.Pinang itu sendiri.  

Mungkin ada yang bertanya mengapa selaku Ketua Cabang KEADILAN di Rembau beliau mesti dibawa ke negeri lain?  Jawapannya bagi aku, di Negeri Sembilan hubungan beliau dengan kepimpinan negeri dikatakan agak dingin.  Keduanya, kerusi Parlimen Rembau eloklah diserahkan semula kepada PAS.  Ketiganya, mungkin parti mahu melihat tokoh muda ini berada di saf hadapan pejuang PR bersama-sama Sdr Rafizi, Fariz Musa, Mat Sabu dan ramai lagi tokoh muda yang lantang.  Tentunya Parlimen selepas PRU akan datang akan lebih panas lagi berganding dengan YB Nurul Izzah samada ketika itu PR menjadi Kerajaan atau tidak.

Apa pun, kita mengharapkan Chegu Bard akan diberi kemenangan walau di mana beliau bertanding kerana pejuang yang tidak mengharapkan jawatan dan kedudukan akan diberkati jika diberi jawatan, InsyaAllah.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pimpinan PAS digesa waspada jawab isu hudud

Posted: 24 Aug 2012 09:26 PM PDT

PAS mengingatkan kepada mana-mana pemimpin atau ahli partinya yang bukan ahli dibidang pengajian Syariah Islam agar berhati-hati membuat kenyataan mengenai hukum hudud.

Ahli Jawatankauasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik melahirkan rasa kebimbangannya berhubung dengan beberapa kenyataan pemimpin parti mengenai pelaksanaan hudud di negara ini.

Ini kerana, katanya beberapa kenyataan pemimpin PAS sendiri yang disiarkan melalui akhbar arus perdana agak mengelirukan dengan tafsiran seolah-olah tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum tersebut.

"Berwaspadalah membuat kenyataan tentang hudud supaya tidak merosakkan aqidah. Merujuk kepada beberapa kenyataan mutakhir mengenai pelaksanaan hudud di negara ini, saya dapati ianya tidak selari dengan asas aqidah dan syariat Islam.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada alasan menangguhkan Hudud, kata Nik Aziz

Posted: 24 Aug 2012 09:16 PM PDT

Kata Menteri Besar Kelantan itu, alasan supaya rakyat faham terlebih dahulu sebelum melaksanakan hukum Hudud tidak boleh diterima.

PETALING JAYA; Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan tidak ada alasan untuk menangguhkan dari melaksanakan hukum Hudud di negara ini.
Kata Menteri Besar Kelantan itu, alasan supaya rakyat faham terlebih dahulu sebelum melaksanakan hukum Hudud tidak boleh diterima.
"Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana Hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam.
"Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.
"Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju.
Read More / Baca Lagi >>

Azwan Ali buat KORNER BARING plak ...UMMI tergolek Dog..!!!

Posted: 24 Aug 2012 09:14 PM PDT

Azwan Ali sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN dan rakyat

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali bertegas menganggap abangnya, Azmin pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai perspektif buruk dilemparkan adiknya, Umi Hafilda termasuk pihak lain yang mahu menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Azwan berkata, sokongan beliau terhadap Azmin bukan sekadar hubungan antara adik-beradik, malah disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
"Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah 'great leader'. Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN. Tetapi jangan tanya parti apa yang saya sokong," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan tindakan Umi memperalatkan ibunya, Che Tom Yahaya, 78, mengkritik Azmin ketika umat Islam meraikan perayaan Aidilfitri.

Media kawalan Umno BN itu menyiarkan kononnya, Che Tom kecewa dengan Azmin kerana tidak menziarahinya pada hari raya.Read More / Baca Lagi >>

Inilah yang Najib katakan 'U help me, I help U'.. Janji Ditepati...!!!

Posted: 24 Aug 2012 09:12 PM PDT

Setelah menjadi kontroversi dalam rampasan kuasa Perak sehingga Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan pada 4 Februari 2009, terkini Zaki sah menjadi Pengerusi Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH).

Zaki menggantikan Badri Masri berkuat kuasa 15 Ogos lalu sekaligus dilantik sebagai ahli lembaga pengarah terbaru.

Kontroversi melibatkan Zaki bermula apabila ia berhubung kait dengan pemberian konsesi bernilai RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) kepada dua tokoh yang terlibat dengan rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di Perak termasuk Zaki sendiri.

Seorang lagi adalah penasihat undang-undang Umno, Hafarizam Harun.
Read More / Baca Lagi >>

GELORA SAHAM FGVH

Posted: 24 Aug 2012 09:10 PM PDT

Bila saya dedahkan beberapa hari lalu mengenai pinjaman saham FGVH melalui FB, saya menerima terlalu banyak respon mengenainya. Suka saya jelaskan, mereka yg terselamat adalah peneroka yg tidak menandatangani apa2 perjanjian pinjaman dengan bank samada perjanjian yang pertama dan blue form.

Sehingga hari ini masih tidak diketahui status pinjaman pertama manakala notis bayaran balik blue form berjumlah 800 unit atau RM3640 telah mula dihantar kpd peneroka atau pentadbir/waris. Saya sarankan agar semakan dibuat kerana interest atas pinjaman telah mula dikira setiap hari selagi pinjaman tidak dibayar.

The art of selective listening

Posted: 24 Aug 2012 09:07 PM PDT

Have the people of Kelantan been victimised because of their vote for PAS? So when will the oil royalty payments be made to them?

Recently Prime Minister Najib Tun Razak has set up a committee to look into the oil royalty payment issue of Kelantan, Terengganu and Pahang. In fact, this committee is only to appease the Kelantanese in view of the ever-impending 13th general election.
And just so that it is not so obvious, Terengganu and Pahang have been added in for good measure.
A coalition of 58 NGOs have held a round-table discussion and have come up with a resolution saying that the federal government has to pay up the oil royalties to the Kelantan government without further delay. These NGOs have urged the federal government to quit stalling and forget about the said committee.
PAS vice-president Salahuddin Ayub has mentioned that the PM has failed to honour the agreement made between the Kelantan state government and Petronas in 1975 made during the second PM's tenure.
Read More / Baca Lagi >>

Why Janji Ditepati is as flat as capati

Posted: 24 Aug 2012 09:05 PM PDT

The Merdeka Day theme rings hollow because Najib's government has broken many promises

PETALING JAYA: This year's Merdeka theme, ripped off from Barisan Nasional's election campaign theme, has alienated a large portion of the public from the National Day celebrations this year.
Despite all the hammering the government has received for its choice of the "Janji Ditepati" theme, Information Minister Rais Yatim has defended it, saying it speaks of the promises the government has made and kept since Independence.
And Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz is not to be outdone. He said the ruling coalition had the right to pick the theme because Umno, MCA and MIC fought for Merdeka.
Since we're stuck with the theme, it's only fair that we question its accuracy. What has BN promised us since Najib Tun Razak became Prime Minister in 2009, and has he fulfilled those promises?
On April 2009, Najib promised to repeal the Internal Security Act (ISA)) 1960 , which was initially used against communist insurgents but which gradually became a powerful weapon that BN often used against opposition politicians and other dissidents.
The government did repeal the ISA, but replaced it with another draconian law called the Security Offences (Special Measures) Act 2012.
The new law is unlike the ISA in that it allows judges to review the validity of detentions. However, it allows a detainee to be kept in prison pending a hearing by a mere oral application by the public prosecutor.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB PANGGIL SEMUA MENTERI HARI INI : PARLIMEN BUBAR?

Posted: 24 Aug 2012 08:56 PM PDT

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Perdana Menteri, Najib Razak memanggil semuia menteri kabinet mengadapnya hari ini.

"Kita mendapat maklumat, Najib memanggil semua menteri kabinet mengadap beliau hari ini, mungkin parlimen akan dibubarkan, ada berani ke Najib bubar parlimen sekarang".
"Kita tidak kisah parlimen bubar bila-bila pun, kita sudah lama bersedia, esok, lusa, bulan hadapan atau tahun hadapan sama sahaja" ujar beliau.
Salahuddin berkata demikian pada ceramah majlis malam bintang dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Pay Fong, Bandar Melaka anjuran Majlis Tindakan Dun Bukit Baru malam tadi.
Turut berceramah malam tadi ialah Bob Lokman, Aisyah dan pimpinan PR negeri Melaka.

Majlis tersebut dihadiri lebih separuh oleh kaum Tionghua di seluruh negeri Melaka.
Mungkinkah Parlimen akan dibubarkan selepas Najib menyampaikan amanat kepada semua menteri.

Politik Parti Iblis dan Syaitan

Posted: 24 Aug 2012 08:54 PM PDT

Semakin hari, kita tengok kedudukan UMNO/BN semakin lemah. Mengapa orang Melayu yang beragama Islam duduk sibuk nak tahu pendirian DAP mengenai hudud? DAP bukan parti yang memperjuangkan Islam dan majority pimpinan nya  bukan beragama Islam. Yang UMNO hendak sibuk dan rebut mengenai pendirian DAP apa hal? Pendirian UMNO macam mana? Ini yang orang Melayu lebih minat. Bukan kah kerja bodoh kita hendak dengar apa pandangan Kit Siang, Karpal Singh keatas Islam? Islam bergantung kepada orang Islam sendiri lah samdol. Kuman diseberang lautan nampak sangat, gajah didepan mata, tak nampak.
Saya ada tiori sendiri mengapa UMNO menentang hudud. Nanti mereka takut, PM, TPM dan semua pemimpin UMNO bermesyuarat cabinet semua tidak ada tangan. Kerana semua kena potong tangan. Projek tidak boleh berjalan sebab hendak tanda tangan surat kelulusan tak dapat. Hendak belajar sign dengan mulut ambil masa yang agak lama. Bayangkan. Najib tak boleh sign projek Sungai Besi. Dia tak boleh lulus projek Sungai Buloh. Dia tak boleh endorse Tan Kay Hock. Tangan takde, nak buat macam mana?
Read More / Baca Lagi >>

Stop toadying to peninsular BN leaders

Posted: 24 Aug 2012 08:53 PM PDT

Sabah BN leaders must 'start speaking independently' on issues concerning the people if they are to be taken seriously
KOTA KINABALU: The party of former Sabah chief minister Yong Teck Lee has ridiculed local Barisan Nasional leaders for lacking ideas of their own and merely mouthing what their leaders in Peninsular were saying.
A senior leader of the Sabah Progressive Party (SAPP) said state BN leaders appeared to be so totally under the control of federal leaders that they were even willing to repeat obvious falsehoods such as the the birthdate of the nation.
Chong Pit Fah, the SAPP information chief, said that by going to the extent of 'parroting' the federal leaders even when it meant changing the state's history especially in terms of Sabah's independence, they were betraying the state and its people.
"Sabah gained its independence in 1963, not 1957," he said adding that the people in the state would be celebrating 49 years of Malaysia this year, not 55 years and it was the peninsular that was celebrating its independence day.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Kemaruk memadu kasih, sanggup panjat tingkap dan ponteng sekolah

Posted: 24 Aug 2012 08:50 PM PDT


Superintendan-Wooi-Kooi-Cheang TAMPIN – Hanya kerana mahu memadu kasih, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di bandar ini ponteng sekolah.

Tujuannya hanya kerana mahu menemui kekasihnya berusia 17 tahun di Kampung Keru, dekat sini, 13 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar perempuan itu sanggup memanjat tingkap rumah kekasihnya bagi melampiaskan nafsu ketika   umat Islam lain berpuasa.

Menurut sumber, ketika kejadian ibu remaja lelaki terbabit sedang tidur selepas bersahur dan langsung tidak menyedari kehadiran remaja perempuan itu yang masuk secara sembunyi melalui tingkap.
Read More / Baca Lagi >>

Fear of losing or plain immoral? MCA against anti-hopping law

Posted: 24 Aug 2012 08:47 PM PDT


Penang MCA is of the view that the decision by Penang DAP to table an anti-hopping law was a wrong move as it is clearly against the Federal Constitution's guarantee of freedom of association.
Penang MCA secretary Lau Chiek Tuan said the move could be construed as a political act to make DAP look good while discrediting the BN federal government.
"Ironically, the DAP themselves have accepted party hoppers from UMNO to boost their image as Malay-friendly, and Lim Guan Eng and other DAP leaders had kept silent over the recent defections by two Sabah MPs and welcomed former Umno Pulau Manis state assemblyman into the DAP," he said in a statement, here today.
Lau said people should realise that many of Parti Keadilan Rakyat's members were party hoppers as Anwar himself was a former Umno member and minister, who ironically, held a parliamentary seat in Penang.
"Thus, DAP should stop this play acting and focus more on their responsibility of looking after the people," he said.
– Bernama

Firaun mengaku Tuhan , takkan Tun Madey kata Umno parti Syaitan?

Posted: 24 Aug 2012 07:35 PM PDT

Tentu dah ramai yang baca apa yang ditulis oleh mantan PM Malaysia Tun Mahathir Muhammad dalam blog beliau yang bertajuk Change.Tun  satu ketika dulu amat dibenci oleh orang Melayu dan kebencian orang Melayu itu telah diterjemahkan dalam pru 1999 di mana pada ketika itu orang Melayu bangkit tolak Umno tetapi orang Cina dan India kekal sokong Umno-BN.

Dalam posting Tun tu Tun bantai Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, serang Anwar Ibrahim yang jadi musuh dan seteru politik beliau hingga kini juga Tun tuduh pihak pembangkang meniru gaya Obama yang bercakap kosong untuk tutup Kem tahanan di Guantanamao dan berjanji mahu keluar daripada Afghanistan tapi tidak ditunaikan.Apa yang Tun sebut pasal Obama tu adalah betul bukan bohong.Boleh baca sendiri kalau tak faham boleh GoogleTranslate apa nak susah.


Tapi bila Tun kata 'Better the devil you know than the angel you don't'.(Lebih baik syaitan yang anda tahu daripada malaikat anda tidak kenal) ini menunjukkan bahawa Tun Madey terpaksa cakap apa saja demi menyelamatkan Umno daripada terjun ke lubang kubur.Tun amat takut jika orang Melayu tolak Umno sekali lagi yang akan menyebabkan Umno-Bn hilang kuasa di Putrajaya.


Read More / Baca Lagi >>

Mapim gesa gantung Myanmar dari Asean

Posted: 24 Aug 2012 07:30 PM PDT

Azmi Abdul Hamid,
MAPIM mendesak agar Malaysia mengambil tindakan tegas menyemak semula kedudukan Myanmar dalam Asean berdasarkan  penghapusan etnik Rohingya Muslim yang masih berterusan dilakukan oleh pihak keselamatan yang bersekongkol dengan golongan ekstremis Rakhiine Buddhist.
Sehingga ini keganasan , pembunuhan , membakar masjid dan perkampungan Rohingya Muslim di Arakan , Myanmar berterusan walaupun masyarakat antarabangsa sudah menyuarakan keprihatinan terhadap situasi di negara tersebut. Lebih parah lagi Myanmar menutup sebarang akses media yang bebas serta agensi bantuan kemanusiaan untuk masuk ke Arakan yang menjadi provinsi Umat Islam Rohingya yang paling ditindas .

Read More / Baca Lagi >>

Calon PRU BN Pahang belum muktamad..!!

Posted: 24 Aug 2012 07:27 PM PDT


Calon PRU belum muktamad BANDAR BENTONG – Barisan Nasional (BN) Pahang belum membuat keputusan muktamad berhubung calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan masih dalam proses menapis calon yang sesuai.

Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, negeri ini mempunyai ramai calon yang layak dan tiada masalah untuk dipilih bertanding semasa pilihan raya nanti.

Menurutnya, apa yang penting ialah calon yang diketengahkan itu boleh diterima pengundi dan seterusnya menang pilihan raya.

Read More / Baca Lagi >>

Mufti Selangor: Hudud boleh dilaksana jika tiada halangan

Posted: 24 Aug 2012 07:26 PM PDT


Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid SHAH ALAM – Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid mengalu-alukan mana-mana Kerajaan Negeri yang mahu melaksanakan hukum hudud supaya segera berbincang dengan Kerajaan Pusat berhubung pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Mohd Tamyes berkata, undang-undang Islam itu sesuai dilaksanakan bila-bila masa dan di mana-mana tempat jika tiada sebarang halangan kerana ia merupakan salah satu cabang syarak dan janji ALLAH untuk keamanan.

"Pelaksanaan hukum hudud ada kaitan dengan Perlembagaan Malaysia. Walaupun dalam Islam, (kedudukan) hukum ALLAH sepatutnya berada di atas daripada hukum dunia, tetapi ia perlu mendapatkan persetujuan Kerana Malaysia tertakluk kepada undang-undang negara.

"Ia boleh dilaksanakan. Jika semuanya bersetuju, sebarang akta yang perlu digubal (dalam Perlembagaan Malaysia), ia perlu mendapat sekurang-kurang dua pertiga sokongan majoriti," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Fokus Biro Politik Pas di sebalik 'ribut kecil'

Posted: 24 Aug 2012 07:22 PM PDT

Pas mengadakan mesyuarat Biro Politik seperti lazimnya hari ini. Bagaimanapun pertemuan kali ini dilihat akan menarik perhatian ekoran perkembangan semasa termasuk soal hukum hudud dan kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR).

Turut menjadi perhatian ialah 'pertikaman lidah' antara bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh, yang mahu memulakan tindakan prosiding mahkamah.

Sebelum ini pemimpin Pas sendiri dan PKR yakin bahawa tindakan perundangan yang diperkatakan oleh Karpal tidak akan menjadi kenyataan.

Read More / Baca Lagi >>

Hudud : Jadikan agenda umat bukan parti politik

Posted: 24 Aug 2012 07:19 PM PDT


Dr Dzulkefly Ahmad SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad meminta semua pihak bersama-sama mengangkat pelaksanaan hukum hudud sebagai agenda umat dan bukannya parti politik semata-mata.

Beliau tidak mahu polemik hudud diketengahkan, sebaliknya mahu semua pihak, termasuk Pas, Umno, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan profesor bersama-sama dalam perkara itu.

Dzulkefly berkata, Pas terbukti sentiasa komited memperjuangkan syariah secara menyeluruh.

Beliau berkata, Pas berjiwa besar dan ingin mengajak semua pihak untuk bersama-sama kerana ia bukanlah tugas parti itu sahaja untuk menjadikan pelaksanaan hukum hudud tercapai.
Read More / Baca Lagi >>

Khir the gentleman, not Noh Omar, not by a long shot

Posted: 24 Aug 2012 07:06 PM PDT

LGE : Developer withdraws eviction letter with immediate effect

Posted: 24 Aug 2012 07:05 PM PDT

LGE : Janji beli tanah tidak dikotai BN

Posted: 24 Aug 2012 07:04 PM PDT

Malaysia Kita : ‘31 Ogos’ dan nasib pencipta lagunya

Posted: 24 Aug 2012 07:01 PM PDT

Meor Yusof Aziddin

Tanggal 31,
Bulan lapan lima puluh tujuh,
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka,
Ia pasti menjadi sejarah. — Petikan dari lagu "Tanggal 31" — Ahmad C.B (1957)
Penyanyi popular 50an dan 60an Ahmad C.B atau nama sebenarnya Ahmad Chass Barra mencipta dan menyanyikan lagu "Tanggal 31" pada tahun 1957 bersempena hari kemerdekaan negara kita waktu itu.
Beliau yang lahir di Medan, Indonesia tetapi telah menetap di Malaysia sebagai pemastautin tetap pada tahun 1979 adalah penyanyi yang popular pada era tersebut dengan lagu "Cincin Belah Rotan", "Kisah di Geylang Serai" dan "Belo-Belo" (duet dengan Saloma) antaranya.
Saya adalah salah seorang peminat lagu-lagu lama 50an dan 60an, jadi lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Ahmad C.B memang menarik bagi saya terutama lagu "Cincin Belah Rotan". Menarik kerana nilai kejujuran yang ada di dalam lagu-lagunya. Suaranya pun ada "feel". Suara "orang lama" memang menusuk kalbu kerana tahap penghayatan mereka pada lagu yang dinyanyikan sangat berkesan dan mampu melekat ke jiwa pendengar berbanding penyanyi masa kini.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : ‘Pot’ Disko Paling Ramai Budak Melayu Di KL Dah 18 Kali Diserbu

Posted: 24 Aug 2012 06:47 PM PDT

Jln Doraisamy 'Sarang' Gejala Sosial Remaja Melayu? Polis Kata Dah Serbu 18 Kali!
Facebook PDRM melaporkan bagi tempoh Januari sehingga Julai 2012, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah menjalankan sebanyak (18) serbuan secara bersepadu terhadap premis-premis hiburan di kawasan berkenaan dan (17) tangkapan terhadap individu yang melakukan pelbagai kesalahan.
Tindakan juga telah diambil ke atas premis-premis hiburan yang melanggar peraturan membabitkan (5) kes tiada lesen, (7) kes operasi lebih masa, (1) kes lesen tamat tempoh dan (1) kes membenarkan pelanggan bawah umur masuk pusat hiburan yang dituduh mengikut Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur )1992.
Berkaitan dengan isu pergaduhan pada 15hb Jun 2012, semakan mendapati tiada laporan polis diterima atau dibuat berhubung kejadian tersebut.
Pihak Polis akan sentiasa bertindak pantas mengikut 'respon times' yang ditetapkan sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah.
Kereta Peronda Polis (MPV) juga sentiasa melakukan rondaan kerap atau berkala di kawasan berkenaan.
Demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam terkawal usaha membanteras jenayah dan dadah akan terus dijalankan dari masa ke semasa dengan membuat pemantauan dan tangkapan di kawasan berkenaan.
* Berikut adalah artikel Utusan Malaysia mengenai laporan bertajuk 'Remaja Melayu Ganti 'Mat salleh'
Jln Doraisamy 'Sarang' Gejala Sosial Remaja Melayu? Polis Kata Dah Serbu 18 Kali!
KUALA LUMPUR 18 Julai – Sekitar 10 tahun lalu, pusat-pusat hiburan atau disko di Jalan Doraisamy di sini merupakan lokasi pelancong asing berhibur selepas memilih menginap di hotel di Jalan Sultan Ismail.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : AWAS, Jangan Beli BAWANG INI

Posted: 24 Aug 2012 06:42 PM PDT


PULAU PINANG - Awas dengan tindakan sesetengah peniaga kedai runcit yang menipu. Sebungkus bawang yang bertanda dengan label berat 5kg ini telah dibeli oleh seorang pengguna dengan harga RM4.20.

Label yang dilekatkan pada bungkusan ini menunjukkan bungkusan bawang ini diimport dari India. Apabila ditimbang, berat sebenar yang ditunjukkan tidak sampai sehingga 4kg!.

Diharap kepada pihak berkuasa agar dapat mengambil tindakan supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Hudud : Pas minta bantuan mufti

Posted: 24 Aug 2012 06:38 PM PDT



Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah KOTA BHARU - Pas Kelantan meminta mufti memainkan peranan dan menggunakan kedudukan mereka dalam membantu menghubungkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan hudud di negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sekarang ini, Pas sudah mempunyai kelulusan pelaksanaan hudud, cuma atas beberapa sebab, ia terpaksa ditangguhkan.

"Jika mufti boleh menjadi 'orang tengah' dan memberi kefahaman dan mendorong setiap pihak berusaha ke arah hudud, Pas amat hargai usaha itu.

Read More / Baca Lagi >>