Isnin, 30 Julai 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ABBY ABADI TIDAK PERLU LAH NASIHAT USTAZAH UMIE AIDA LAGI...

Posted: 30 Jul 2012 04:06 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

BUKAN mudah untuk berhijrah dari perkara buruk kepada perkara yang baik.  Sebab itu lah Allah janjikan pahala Jihad buat mereka yang sanggup berhijrah dari selalu melakukan maksiat kepada amalan kebaikan.  Ini lah yang ingin dilakukan oleh artis seperti Abby Abadi.

Boleh dikatakan ramai yang tahu dan kenal artis popular ini.  Di zaman mudanya, sama seperti kebanyakan kita juga banyak terlalai.  Waktu itu, ada sesiapa yang menegur kita dari kelalaian tersebut?  Jika ada, Alhamdulillah, itu pun mungkin ibu dan bapa kita sahaja.  Orang di luar sana seolah-olah lebih seronok melihat anak-anak remaja terus lalai.  Tiada siapa peduli.

Ketika ke Mekah bersama suami...
 
Umie Aida bersama suami
Abby Abadi kini bertudung menutup auratnya

Apabila Abby Abadi mahu berhijrah dari zaman yang beliau rasakan agak gelap kepada penghidupan yang lebih tenang dan diredhai Allah, mengapa banyak pihak seolah-olah merasa sakit hati dengan perubahan beliau?  Salahkah Abby Abadi menasihatkan kawan-kawannya di dalam golongan artis agar sedar bahawa dunia ini hanya sementara?  Abby Abadi dulu pun dinasihat orang lain juga sebelum beliau menjadi seperti sekarang.

Artis Umie Aida sebagai contoh artis yang galak sangat menghentam Abby Abadi.  Bukankah Umie Aida telah pergi ke Mekah?  Sepatutnya sewaktu ke Mekah menutup aurat, kembali ke Malaysia pun mestilah diteruskan menutup aurat kerana hukum menutup aurat bukan hanya berkuatkuasa di Mekah sahaja.  Tetapi Umie Aida?  Paling kecewa sekali, dia sendiri sudahlah gagal menjaga maruahnya, bila ditegur marah pula.  

Buat Abby Abadi, istiqomah dan tabah dalam meneruskan perjuangan.  Diberitakan kontrak Abby Abadi dengan syarikat pengeluar tudung ditamatkan.  Itu lah ujian buat beliau.  Adakah Abby Abadi akan kembali 'sesat' dengan mendakwa rezeki itu di tangan manusia.  Mudah-mudahan Allah pelihara beliau dan kita semua dari kesesatan./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kemarahan menyebabkan Projek Memperkayakan Kroni tertangguh ....

Posted: 30 Jul 2012 06:19 PM PDT

Kemarahan menyebabkan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang ditangguhkan selepas PRU, kata sumber




KUALA LUMPUR, 31 Julai — Reaksi buruk terhadap langkah Putrajaya untuk menjual Pelabuhan Pulau Pinang kepada jutawan logistik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menyebabkan penangguhan penswastaan pelabuhan itu selepas pilihan raya umum (PRU) yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan 2013, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, selepas pilihan raya yang dijangka akan dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), kerajaan akan menyerahkan pelabuhan tersebut kepada Seaport Terminal Sdn Bhd yang dimiliki oleh Syed Mokhtar dengan sedikit perubahan dalam terma konsesi. Tawaran yang dicadangkan oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dan sekutu tidak dijangka akan menukar keputusan Putrajaya, kata sumber itu lagi.
"Kerajaan sedang dihalang oleh pembangkang untuk meneruskan perjanjian, menyebabkan perjanjian tersebut hanya akan dijalankan selepas PRU," sumber memberitahu The Malaysian Insider.
"Walaubagaimanapun, perjanjian itu akan diubah, untuk mengambil kira beberapa kerisauan tentang penswastaan," katanya, tanpa mengulas lanjut.
Seaport Terminal, yang memenangi tawaran untuk projek penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang, telah menangkis dakwaan bahawa ia merancang untuk menenggelamkan peranan hab kargo itu. Pengambilalihan telah mencetuskan kebimbangan bahawa hab perkapalan utara akan itu akan dikurangkan peranannya kepada oleh kerana tumpuan lebih kepada pelabuhan syarikat tersebut di selatan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan pelabuhan Pasir Gudang.
Sumber lain mengesahkan bahawa kerajaan melambatkan penyerahan pelabuhan itu sehingga selepas PRU, yang dispekulasikan akan diadakan pada tahun ini.
The Malaysian Insider melaporkan semalam, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan akan menangguhkan PRU yang sepatutnya diadakan September ini kepada akhir tahun selepas dua Ahli Parlimen BN dari Sabah meletakkan jawatan dan berikrar akan bersama Pakatan Rakyat (PR), yang diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pelabuhan akan dijual selepas pilihan raya supaya ia tidak menjadi satu isu besar di Pulau Pinang yang mana BN berharap untuk menangi semula," kata sumber itu. BN hilang Pulau Pinang dan tiga negeri lain dalam PRU 2008.
PCCC menegaskan, penyerahan Pelabuhan Pulau Pinang oleh Putrajaya kepada Seaport Terminal adalah bertentangan dengan Akta Pertandingan 2010 dan berpotensi melanggar perjanjian.
Presiden PCCC, Tan Sri Tan Kok Ping, berkata persatuan itu merancang untuk memimpin sebuah konsortium yang termasuk dewan perniagaan orang Melayu dan India serta Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), dalam percubaan untuk mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang. FMM telah menafikan perancangan untuk menyertai konsortium itu.
Tapi Seaport Terminal berkata ia adalah antara syarikat pelabuhan tempatan dan antarabangsa yang dipelawa membida untuk penswastaan pelabuhan pada tahun 2011. "Dalam respon terhadap pelawaan itu, Seaport Terminal menyerahkan bidaan tersebut dan kita faham yang tiga syarikat yang lain turut terlibat," katanya lagi. "Seaport Terminal dipilih berdasarkan kekuatan dan kecemerlangan rekodnya dalam kertas cadangan.
"Seaport Terminal telah menyerahkan satu kertas cadangan yang komprehensif berdasarkan kajian terhadap operai terkini pelabuhan, potensi untuk berkembang dan kemampanannya. Dalam pelan perniagaan kita termasuk strategi komprehensif untuk mengembangkan pelabuhan itu kepada pelabuhan bertaraf serantau ulung yang mampu bersaing."
Selain dari dua pelabuhan Seaport Terminal, Syed Mokhtar juga menguasai Pos Malaysia Berhad dan lapangan terbang Senai. Beliau juga dilaporkan sedang dalam proses untuk mengambilalih KTM.
Kerajaan PR Pulau Pinang telah meminta kerajaan pusat untuk melaksanakan projek pengorekan berjumlah RM353 juta yang dijanjikan untuk pembesaran pelabuhan tersebut. Putrajaya pada bulan Jun lalu telah mengesahkan Seaport memenangi bidaan untuk mengambilalih Pelabuhan Pulau Pinang dengan mengatakan yang syarikat ersebut mesti membayar bil bagi kerja pengorekan meskipun ia tidak diwajibkan di bawah konsesi.
Kumpulan perniagaan Pulau Pinang dan pekerja pelabuhan telah menandatangani memorandum untuk menolak cadangan Putrajaya untuk menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang.
Apa yang mengejutkan BN Pulau Pinang turut menentang cadangan Putrakaya itu apabila Pengerusinya Teng Chang Yeow turut menggesa kerajaan pusat untuk menilai semula keputusan untuk menswastakan pelabuhan tersebut dengan menyatakan banyak penentangan daripada kumpulan industri dan ini selari dengan sentimen masyarakat negeri tersebut.
George Town di Pulau Pinang merupakan tempat pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh penjajah British, pernah menjadi pelabuhan terulung di rantau ini sebelum peranan tersebut diambil oleh Singapura. Ianya turut menjadi kebanggaan sebagai pusat pembelajaran dan kebudayaan.
Pelabuhan tersebut yang mempunyai perkhidmatan feri nostalgia era penjajahan, telah menerima tamparan hebat pada zaman 1970-an apabaila status pelabuhan bebas ditarik. BN Pulau Pinang mencadangkan agar status pelabuhan bebas dikembalikan sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum yang akan datang.- TMI

;Dikuburkan' di atas Kubah ini

Posted: 30 Jul 2012 02:45 PM PDT


Ini ada satu kisah menarik untuk dikongsikan...mungkin anda pernah membaca atau mendengarnya..mari kita recall bersama-sama...


Kata-kata Syeikh Az-Zabidi: "Musuh-musuh Rasulullah s.a.w., selepas menghancurkan makam-makam mulia di perkuburan Al-Baqi', mereka beralih ke kubah makam Rasulullah. Salah seorang daripada mereka pun naik ke puncak kubah untuk menghancurkannya, serta-merta Allah mengirimkan petir/api menyambar orang tersebut... dengan hanya sekali sambaran lelaki itu pun terus kejang dan mati sedangkan jasadnya melekat di atas kubah yang mulia itu.


Hingga kini tiada seorang pun mampu menurunkan mayat tersebut dari atas kubah. Kemudian seorang yang sangat soleh bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. dan memberitahunya bahawa tidak akan ada seorang pun yang mampu menurunkan mayat tersebut. Dengan kata lain, orang tersebut "dikuburkan" di atas kubah itu; dengan meletakkan sesuatu di atasnya sebagai penutup.... semoga menjadi 'ibrah dan pengajaran."sumber:fb

Isu Sabah : Muhyiddin datang, dah nampak, tapi dah tak boleh buat apa-apa

Posted: 30 Jul 2012 09:00 AM PDT

Muhyiddin Yassin datang, dia nampak, namun tidak dapat melakukan apa-apa. Ini membuktikan kuatnya angin perubahan yang melanda negeri Sabah. Ia juga mencerminkan pengaruh parti Timbalan Perdana Menteri, iaitu Umno semakin berkurangan begitu juga Barisan Nasional yang diterajuinya.
Bosnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mampu mengulangi apa yang telah katakan oleh rakan-rakannya yang lain - bahawa keputusan untuk berhenti oleh 2 pemimpin kanan Sabah BN, Lajim Ukim dan Wilfrid Bumburing "telah dijangka" dan "tiada siapa yang lebih penting daripada parti".
"Muhyiddin tidak mempunyai pengaruh langsung. Dahulu, sentiasa ada kemungkinan tawaran semula dan wang yang akan dibayar untuk mengubah fikiran sesiapa yang mahu keluar parti. Tetapi sekarang, tiada seorang pun yang peduli lagi. Kami menghabiskan satu hari suntuk bersama Lajim dan Wilfrid dan apa yang penting bagi mereka sekarang adalah bagaimana membentuk platform yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat Sabah bagi melakukan perubahan, "naib presiden PKR Tian Chua, yang menjadi ketua perunding berkata kepada Malaysia Chronicle.

Pakatan Rakyat - dimana PKR adalah salah satu ahlinya - telah berunding dengan Lajim dan Wilfrid untuk mengelakkan pertemuan berpenjuru dalam pilihan raya umum yang akan datang. Pakatan pembangkang menyokong inisiatif mereka untuk membentuk satu platform baru bagi pemimpin-pemimpin Sabah supaya bersatu dan berjuang untuk perubahan untuk mengubah keadaan mereka yang masih kedaifan.
"Saya mesti tegaskan bahawa ini bukanlah untuk membentuk sebuah parti politik yang baru. Ia adalah satu inisiatif untuk menyatu padukan kuasa politik di Sabah untuk memastikan perubahan akan berlaku. Jika kita tidak bersama menyelaras dan berjuang, kita tidak mungkin akan mencapai hasrat rakyat," kata Tian.
Anwar yang menjadi penghubung
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu lewat malam Sabtu dan telah disambut oleh Lajim, menyangkal spekulasi liar bahawa kedua-dua pemimpin Sabah ini telah mengubah fikiran mereka dan Anwar yang 'malu' terpaksa mengambil penerbangan pulang. Laman web pro-pembangkang seperti Malaysia Chronicle telah menghadapi serangan siber bertubi-tubi dan juga berpanjangan.
Wilfrid, Ahli parlimen Tuaran, akan melancarkan gerakan "reformasi" pada 1 tengah hari, manakala Lajim, ahli parlimen Beaufort pula akan membuat pengumuman pada pukul 6 petang di kawasannya.
Bakal dikenali sebagai Barisan Reformasi Sabah, pergerakan baru ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Jika ia berjaya, buat pertama kalinya ahli-ahli politik ini membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan negeri melebihi kepentingan peribadi mereka.
Sementara itu, Anwar dan pemimpin Sabah sedang memberi sentuhan terakhir pada pakatan mereka. Mesyuarat mereka bermula pada pukul 9 pagi pada hari Ahad dan pada masa media bersidang, semuanya berjalan lancar.
Anwar yang berusia 64 tahun sering dipanggil "gam" yang melekatkan parti-parti pembangkang PKR, PAS dan DAP. Beliau bertanggungjawab untuk menyatukan parti-parti pembangkang untuk bertanding sebagai satu pasukan yang padu menentang BN-Umno dalam pilihan raya umum 2008.
Ia telah membuahkan hasil yang belum pernah disaksikan selama ini, memberikan Pembangkang kemenangan ke atas 5 daripada 13 buah negeri di negara ini dan mengakhiri monopoli jangka panjang BN ke atas dua pertiga kerusi di Parlimen.
Ia juga memberi kesempatan bagi rakyat Malaysia buat pertama kalinya untuk merasakan sistem politik 'dua parti dan sama ada Pakatan Rakyat berjaya merampas kerajaan persekutuan pada masa yang akan datang, ramai yakin bahawa pengundi tidak akan memberi BN satu lagi peluang "dua pertiga" monopoli kerana khuatir ia mungkin akan mengharamkan persaingan dalam politik.
Anwar yang berkarisma dijangka mengulangi pencapaian yang sama seperti yang dicapai pada 2008 dan mementerai sejarah penting bagi Sabah dan selepas itu, Sarawak. Ini membuka peluang yang lebih besar bagi perubahan rejim yang pertama di Malaysia setelah 5 dekad.
Populariti Umno semakin menyusut
Dalam kes Lajim, ia adalah satu amaran bagi Najib, yang juga Presiden Umno. Pihak yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun dan cengkamam ke atas pengundi Melayu telah dirungkai sejak beberapa tahun yang lalu, dengan aduan terbesar pengundi adalah rasuah dan politik perkauman.
Penurunan sokongan didapati hasil tinjauan terbaru Merdeka Centre yang menunjukkan skor BN menjunam 6 peratusan kepada hanya 42% dalam penarafan populariti pada bulan Jun – yang paling rendah setakat ini. Penurunan sokongan majoritinya adalah dari responden Melayu.
Kini, dengan langkah terbaru Lajim tidak mungkin Najib boleh menolak untuk melakukan transformasi dalam parti dan gabungan terbaru ini telah mempercepatkan kematian mereka. Lajim bukan sahaja Timbalan Menteri perumahan dan kerajaan tempatan dalam Kabinet persekutuan, beliau adalah ahli Majlis Tertinggi Umno yang pertama untuk keluar parti.
Tidak lama lagi, Najib dijangka akan memecat Lajim dari Umno. Pemimpin Sabah ini masih lagi ahli biasa walaupun beliau telah melepaskan jawatan parti yang lain. Lajim juga akan dilucutkan dari jawatan timbalan menteri yang diberikan.
"Saya tidak terkejut dengan keputusan beliau. Dalam mana-mana keadaan pun tiada seorang pun lebih penting daripada parti dan kesetiaanlah yang diambil kira. Kita menerima hakikat bahawa terdapat perbezaan pendapat antara kita tetapi ini boleh diselesaikan melalui saluran yang betul dan kita lihat sama ada ia boleh dilakukan dengan cepat atau tidak. Namun begitu, sebagai sebuah parti yang berpengalaman, kita akan dapat mengatasi cabaran ini," Bernama melaporkan kenyataan Najib.
Najib bakal batalkan pilihanraya September untuk halang perletakan jawatan lagi?
Semua sedang menanti sama ada Najib akan 'flip-flop' pada petunjuknya bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada bulan September untuk mengelakkan banyak lagi perletakan jawatan dari kalangan pemimpin-pemimpin BN yang tidak berpuas hati. Dia telah melakukan ini pada bulan Jun apabila khabar angin bahawa pilihan raya akan diadakan pada Julai bertiup kencang, disamping menawarkan peruntukan RM1.5 juta tambahan kepada ahli Parlimen BN tetapi umpan nampaknya tidak mengena.
Selain daripada Wilfrid dan Lajim, lebih ramai pemimpin BN bukan sahaja dari Sabah dan Sarawak tetapi juga dari Johor dan negeri-negeri lain sedang menunggu masa untuk meninggalkan BN. Ini disebabkan Umno yang terlalu mendominasi dan keengganan untuk meninggalkan amalan tradisi pecah dan pemerintahan kerajaan sekarang.
Rasuah, perkaum dan menakutkan orang dengan menggunakan agama telah menjadi amalan Umno dan ini membuatkan parti itu menjadi liabiliti kepada rakan-rakan gabungan. Pengundi, kecuali penyokong tegar Umno, menolak cara politik ketinggalan zaman, berbahaya dan "jahat" ini.
Pencabar Najib berkata sekarang "sudah terlambat" dan sekarang tiada siapa yang peduli sama ada pilihan raya umum ke-13 diadakan pada bulan September atau awal tahun depan. Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan, kekalahan BN semakin pasti .
"Kami sebenarnya lebih suka PRU ke-13 diadakan pada tahun depan kerana ia memberikan kita lebih banyak masa untuk menghalusi isu-isu dengan rakyat. Kami mempunyai keyakinan bahawa rakyat Malaysia akan kekal bersama kami tanpa mengira gula-gula pilihan raya Najib yang mungkin akan diumumkan dalam Bajet 2013," kata Tian.
"Saya yakin pengundi sudah matang, mereka tahu dia hanya membelanjakan wang demi mendapatkan undi tetapi bagi Lajim dan Wilfrid, situasi sebenar terlalu jelas. Najib tidak boleh berbohong untuk mengelaknya lagi. Semua orang tahu jika BN memerintah selama 5 tahun lagi, Malaysia akan bankrap, mereka akan lebih menderita dan ini adalah mengapa pemimpin Sabah seperti Lajim dan Ukim akhirnya mahu melakukan sesuatu yang betul."
Malaysia Chronicle

Santai Mlm ; [Video] Kami Penyamun Penyamun

Posted: 30 Jul 2012 08:46 AM PDT



Original song : Kami Penyamun : Nujum Pak Belalang
Lyrics/song by : Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..

DAP hormati perjuangan PAS

Posted: 30 Jul 2012 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: DAP dan PAS bersatu tenaga untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta melaksanakan amalan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP bersetuju dengan usaha PAS memperjuangkan negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.

"DAP dan PAS boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecahbelahkan kita.

"Untuk sebab ini, DAP dan PAS telah menandatangani "dasar bersama" yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada masa depan.
"Jelas, "dasar bersama" tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan membidas MCA dan Gerakan yang meneruskan serangan tidak bertanggungjawab dan tidak jujur kononnya DAP menyokong PAS dalam pelaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam serta serangan peribadi yang menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang.

"Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong pelaksanaan negara Islam di Malaysia dan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS. Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah," katanya, merujuk kepada penghormatan DAP kepada kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan pelaksanaan hukum jenayah Islam itu serta penubuhan negara agama.
Katanya, MCA dan Gerakan seakan-akan menjadi orang bersalah yang menyerang orang lain terlebih dahulu dengan cubaan mereka untuk menutup kegagalan menuntut tindakan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang menyokong pelaksanaan hudud ke atas orang bukan Islam.
Kepimpinan UMNO telah bercelaru apabila pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menolak untuk melaksanakan hudud tetapi beberapa pemimpin UMNO lain mendesak hudud dilaksanakan untuk semua, termasuk orang bukan-Islam.

Menurut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, UMNO Pulau Pinang yang telah menuntut pelaksanaan hudud di Pulau Pinang dan di serata negara.

"Bukan sahaja Ketua Pembangkang Pulau Pinang Dato' Azhar Ibrahim tetapi Ketua Wanita UMNO Kepala Batas juga telah meluluskan ketetapan untuk menyokong undang-undang hudud untuk semua," ujarnya.

Beliau menambah, ADUN UMNO Kemelah di Johor, Ayub Rahmat, pula telah menyeru agar Johor menjadi negeri pertama untuk melaksanakan "undang-undang hudud sebenar", yang berbeza dengan versi PAS kerana "undang-undang hudud sebenar" UMNO akan merangkumi rakyat bukan Islam juga.

"Dalam erti kata lain, UMNO yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrem berbanding PAS yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam.

"Saya tidak dengar pemimpin-pemimpin tertinggi Gerakan mengutuk UMNO ataupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggunakan kata-kata "sida politik" terhadap UMNO.

"Kenapa MCA atau Gerakan tidak meninggalkan BN atas sokongan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap hudud untuk semua? DAP tidak akan menggunakan taktik jijik dan kotor yang digunakan oleh MCA dan Gerakan terhadap pemimpin-pemimpin DAP," tambahnya.

Guan Eng berkata, DAP tidak pernah menyalah gunakan imuniti Parlimen untuk menonjolkan video seks Chua Soi Lek serta tidak menyerang Chua sebagai orang tidak bermoral yang mempimpin parti tidak bermoral.
Menurutnya, DAP juga tidak menjalankan kempen memburuk-burukkan sepertimana Gerakan lakukan terhadap dirinya dan keluarganya.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, keberanian sedemikian tidak pernah ditunjuk oleh pemimpin-pemimpin Gerakan terhadap UMNO yang disokong penuh walaupun UMNO bagai tidak endah apabila gambar potret Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah dikoyakkan.

"Jangan kita lupa bahawa UMNOlah yang telah mengharamkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab injil bahasa Melayu yang digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak.

"Ini berbeza dengan PAS yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk menggunakan kalimah "Allah" seperti yang menjadi kelaziman selama beratus-ratus tahun di Timur Tengah dan Indonesia," tambah beliau.

Menurut Guan Eng, jelas terdapat perbezaan di antara kerjasama DAP dan PAS, dengan kerjasama MCA atau Gerakan dan UMNO, apabila PAS dan UMNO dua-dua menyokong hudud dan negara Islam.

"PAS menyokong hudud secara terbuka dan tidak ingin melaksanakannya ke atas bukan Islam sementara UMNO hanya menyatakan usaha melaksanakan hudud untuk semua dalam media bahasa Melayu tetapi tidak dalam media bahasa Cina atau Inggeris.

"DAP bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka sedangkan MCA, MIC dan Gerakan menyerah diri kepada UMNO dengan mata tertutup," tambah beliau. – Roketkini.com

Olimpik, Dajjal dan Agenda Yahudi

Posted: 30 Jul 2012 03:09 AM PDT

 


Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.


Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini. 2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri. Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ ZOIZ = ZIOZ ZIOZ =ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak. Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda. Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini
 







Ritual Mesir Masonic?



SUMBER

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Sambutan Kemerdekaan 2012 yang terakhir buat BN

Posted: 30 Jul 2012 10:29 PM PDT



Analisis

WAN NORDIN WAN YAACOB


Tiba-tiba sahaja tahun 2012 menjadi tahun 'menggila' buat Umno-BN dalam menterjemahkan Sambutan Kemerdekaan ke-55 kepada rakyat dengan tema yang mengarut dan logo yang bersifat politik.

Lebih dari itu, sekonyong Umno-BN menyiarkan lagu tema 'Janji Ditepati' menjadi halwa telinga masyarakat dan rakyat yang membuatkan rakyat jemu dan mual dengan lirik yang langsung tidak patriotik.

Kontroversi tema sambutan kemerdekaan timbul setelah kerajaan Umno-BN mengemukakan tema 'Janji Ditepati'.Ianya mendapat kritikan dan kecaman oleh rakyat di media-media sosial termasuk facebook dan
blog.

Lebih dari itu, lagu tema pula langsung tidak memiliki unsur-unsur patriotik mahupun semangat cintakan negara.Liriknya hanya tertumpu kepada 'hasutan' kepada rakyat agar membalas budi BN.

Kerajaan melalui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Ahmad Maslan pula bersungguh-sungguh mempertahankan tema Janji Ditepati, malah memberi alasan 'bodoh' dengan menyelar pembangkang kononnya tidak menerima tema kerana tidak menunaikan janji seperti Umno-BN lakukan.

Singkat sungguh pemikiran Ahmad Maslan bak kata Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu lantas beliau melemparkan tuduhan bahawa Umno-BN kini terlalu terdesak menggunakan sambutan kemerdekaan untuk mengugut rakyat menyokong BN.

Sebelum ini, rakyat tidak lupa sewaktu umat Islam di negara kita sedang sibuk menyambut Mat Sabu dihentam oleh media-media arus perdana khasnya Utusan Malaysia dalam kes Mat Indera dan Komunis.

Nama Mat Sabu diheret ke wajah yang cukup negatif oleh media arus perdana hinggakan ada kalangan NGO Ultra Melayu yang mencadangkan agar Mat Sabu dilucutkan kerakyatannya.

Rakyat ketika itu dihidangkan dengan pengkisahan komunis dan kerajaan setiap hari mempropagandakan kononya pembangkang khasnya Mat Sabu pro-komunis.

Kini, media-media arus perdana membisu dengan isu tema yang langsung tidak patriotik dan kebodohan ini terus diizinkan mereka untuk ditelan rakyat.

Tiada langsung kritikan membina yang dilaporkan media arus perdana terhadap tema yang dianggap Mat Sabu sebagai 'kekontangan idea' pemerintah.

Sebelum ini, Mat Sabu ada mengkritik bagaimana sambutan Hari Kemerdekaan dimanipulasi oleh BN untuk memperlihatkan seolah-olah Umno sahajalah yang berjuang memerdekakan negara.

Sedangkan mereka lupa, ramai lagi yang berperanan mencetuskan kemerdekaan, namun diperingkat akhirnya bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman membuat sentuhan terakhir dengan berbincang
dengan British bagi mendapatkan kemerdekaan tanpa setitis darah tertumpah.

Mungkin sekali pemimpin Umno-BN lupa, darah Tok Janggut, Dato' Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dato' Maharajalela dan ramai lagi yang tertumpah ke bumi kerana menentang British.

Walaupun sebelum ini, Umno-BN tidak menggunakan propaganda secara langsung dengan tema, tetapi kali ini Umno-BN cukup terdesak hingga terpaksa menggunakan slogan Janji Ditepati untuk tujuan
memperbodohkan rakyat.

Boleh dikatakan, tema "Janji Ditepati", logo 1 Malaysia dan lirik lagu tema Hari Kemerdekaan adalah tema yang mirip kempen pilihan raya.

Malah, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sendiri mula dengan tema Hari Kemerdekaan yang jelas tidak neutral.

Disatu sisi, rakyat pula tidak segan mentertawakan tema dan logo Hari Kemerdekaan yang dilihat cukup memualkan.Rakyat tidak lagi mendapat suatu petunjuk untuk membina patriotisme yang mantap kerana kerajaan Umno-BN telah lama rosak dimata rakyat.

Meskipun Perdana Menteri, Dato' Najib Tun Razak kononya menasihatkan pimpinan Umno di setiap peringkat bahawa zaman bodek sudah berlalu, namun beliau terus merelakan 'pembodekan tahap
tertinggi' oleh Dr Rais Yatim.

Apakah, Najib juga sudah merasakan cemas dengan kedudukan BN, lantas merelakan sahaja pembodekan Rais bagi tujuan menyelamatkan bahtera Umno-BN yang semakin karam.

Atau, rakyat akan menghukum kebobrokan Umno-BN ini dengan menghadiahkan tahun 2012 sebagai 'Sambutan Kemerdekaan' terakhir dibawah kerajaan Umno-BN.