Khamis, 26 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


14 tahun saya difitnah - DSAI

Posted: 26 Jul 2012 09:48 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebebasan media yang dimaksudkan Umno BN adalah akhbar yang dikuasai mereka bebas memfitnah parti Pembangkang setiap hari.

"Mereka (Umno BN) hentam, maki dan fitnah kita setiap hari, inikah dinamakan kebebasan media? " katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya kerajaan tidak menyekat kebebasan media di negara ini dan sentiasa mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan media memainkan peranan dalam proses demokrasi.

Menurut Ketua Umum KEADILAN itu, berikutan fitnah melampau Umno BN, beliau memutuskan menyaman akhbar kawalan parti itu, Utusan Malaysia.

"Peguam Utusan Malaysia kata ini bukan fitnah, ini hanya keterangan. Utusan tiada maksud nak memfitnah..Utusan tak pernah kata Anwar menyokong homoseksual.

"Saya kata sudah 14 tahun Utusan fitnah saya. Tidak ada langsung nilai akhlak yang baik untuk menjaga maruah orang.

"Langsung tiada perasaan untuk menolak makan duit haram tetapi memilih untuk menipu dan memfitnah setiap hari.

"Apa yang tidak fitnah? Kata saya ajen Israel, Kristian kemudian Hindu…(hubungan) dengan lelaki, perempuan. Lepas ni dengan 'lembu' pula. Saya memilih untuk saman sebab sudah keterlaluan," katanya.

Anwar hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 18 Julai lalu sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan berkaitan isu memutar belit kenyataannya dalam wawancara BBC.

Tindakan itu ekoran akhbar tunggangan Umno itu mengatakan beliau menghalalkan homoseksual dalam terbitannya 17 Januari lalu.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau tidak pernah mendukung hubungan sejenis tetapi tidak bersetuju dengan undang-undang sedia ada kerana dianggap zalim.

"Bila ditanya BBC, selepas dibebaskan daripada tuduhan liwat apa pendapat kamu tentang hubungan sejenis? Saya jawab, sebagai orang Islam dan saya percaya orang bukan Islam di negara kita menerima kemuliaan institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

"Kita tidak mendukung hubungan sejenis. Cuma saya tidak bersetuju dengan undang-undang sedia ada kerana zalim. Tak 'bocor' dan tiada saksi pun dia boleh dakwa. Tapi tafsiran Umno dan Utusan Malaysia saya menyokong homoseksual," katanya.

Mukhriz bakal porak perandakan BN Kedah - Ustaz Azizan

Posted: 26 Jul 2012 09:31 PM PDT

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak percaya bahawa kajian yang menyatakan bahawa anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir adalah calon MB popular bakal memporak-perandakan BN.

Akhbar Sinar Harian hari ini memetik Azizan sebagai berkata, keputusan kajian Universiti Utara Malaysia tersebut sebaliknya bakal memberi kelebihan kepada PAS.


"Pemimpin BN asyik berkhayal siapa layak jadi menteri besar jika layak berkuasa. Selepas itu kem masing-masing mula mencantas pemimpin lain yang disenaraikan lebih awal.


"Ini satu kelebihan bagi PAS Kedah," katanya mengulas kajian yang dibentangkan dalam satu program Majlis Profesor Negara pada Rabu lalu.



Laporan tersebut menyebut bahawa Mukhriz merupakan calon menteri besar paling popular sekiranya BN berjaya merampas kembali pentadbiran Kedah.



Kajian itu membandingkan peluang Mukhriz dan tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.- Malaysiakini

Pendek akai lagi bodoh membodohkan ... Nak menikah, bini tak bagi, dah tu bakar rumah ..awat la jadi lagu tu orang Umno ni ??? hahahaha

Posted: 26 Jul 2012 08:09 PM PDT

Muar : Seorang ketua UMNO peringkat cawangan di Lenga dekat sini didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana cuba membakar rumahnya sendiri selepas permintaan untuk berkahwin lagi pada 17 Julai lalu tidak dibenarkan isterinya. 

Majistret Suzana Mokhtar memerintahkan Ithnin Misdani, 50, dari Kampung Sawah, Tulang Gajah, Lenga membayar denda berkenaan atau dipenjara sebulan apabila tertuduh mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Ithnin pada pukul 10.10 pagi 17 Julai lalu telah mengambil tong berisi petrol serta tong gas dan meletakkannya di ruang tengah rumah sambil mengugut untuk membakar rumah berkenaan di depan isterinya, Siti Musliha Selamat.

Tertuduh dikatakan bertindak demikian selepas berang apabila isteri pertamanya dikatakan tidak mengikuti kehendaknya untuk beristeri lain.

Berikutan itu, Ithnin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali. -kosmo

Pelacur berkeliaran dalam kawasan Masjid Negeri

Posted: 26 Jul 2012 08:51 AM PDT


KUANTAN, 25 Julai - Orang ramai yang mahu menunaikan solat Tarawikh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini malam tadi gempar dengan kelibat seorang wanita seksi dan mengiurkan yang cuba mengganggu jemaah yang mahu masuk ke masjid berkenaan. Tidak diketahui dari mana wanita terbabit, namun apa yang berlaku ini sungguh memalukan. Sebelum ini masjid negeri digemparkan dengan kelibat "babi hutan" yang masuk ke kawasan terbabit, terbaru menjelang Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang baru-baru ini. Namun, kejadian yang berlaku malam tadi sungguh memalukan dan tidak wajar sebenarnya. Seorang mangsa yang menghubungi kami semalam berkata, beliau terkejut dan tergaman apabila seorang wanita seksi dengan pakaian yang mengiurkan menegur beliau di kawasan masjid berkenaan. "Saya datang dari luar Kuantan kerana mempunyai tugasan di sini. Saya sudah solat jamak Isyak semasa dalam perjalanan dan kemudian menginap di hotel Shahzan Inn yang berdekatan dengan masjid berkenaan. Sekitar lebih kurang jam 9.o0 malam saya telah bergegas ke masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawikh. Saya tergamam dan terkejut apabila didatangi wanita (berbangsa Cina) itu dan kemudian dia menegur saya .... Asslammualaikum Ustaz, Do you want have some fun !!... katanya.
Saya mengucap panjang sebelum bergegas masuk ke dalam masjid", kata saksi terbabit. Apa yang berlaku ini kemungkinan tidak disedari oleh Ahli Jawatankuasa Masjid sebenarnya. Namun, pihak pengawal yang ditugaskan menjaga keselamatan di masjid berkenaan seharusnya memantau pergerakan orang ramai yang lalu lalang di situ. Tambahan pula kejadian berlaku di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Keselamatan di Masjid Negeri pada sebelah malam kini diragui sebenarnya
[Persoalannya yang timbul, siapakah wanita terbabit dan kenapa dia bebas menganggu jemaah masjid?. Malah, perkataan yang diluahkan itu saling tak tumpah sama seperti perkataan yang diucapkan oleh "pelacur"sebenarnya. Jika benar dia pelacur, kenapa di boleh terlepas?. Apakah ia ada kaitan dengan pendedahan awal PDO bahawa penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada bulan Ramadhan ini agak longgar dari hari biasa sebelum ini. Amat malang sekali bila adengan ini berlaku kepada orang luar yang berkunjung ke masjid terbabit. Ada maklumat mengatakan wanita itu "tidak betul" atau "gila". Tapi yang menghairankan, kenapa wanita berbangsa Cina itu boleh memberi salam sedemikian rupa?. Inilah yang memusykilkan sekarang, Justertu, pihak berkuasa dan masjid sendiri diminta memantau perkara ini dan mengambil tindakan segera demi imej agama Islam. Kita tidak mahu orang ramai menuduh pelacur pun boleh berkeliaran dan cari makan di dalam kawasan masjid di negeri Pahang ini] - Harakah

Cantik .... Penerimaan terhadap Najib menurun 1% BN 6% .... kata survey

Posted: 26 Jul 2012 08:07 AM PDT

July 26, 2012
KUALA LUMPUR, 26 Julai — Penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada 64 peratus pada Jun lalu, namun penerimaan terhadap kerajaan menurun sebanyak enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan terbanyak datang dari pengundi Melayu, menurut kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center hari ini.
Kaji selidik yang dijalankan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap kepuasan terhadap prestasi perdana menteri (PM) menurun bagi pengundi Melayu dan India, daripada 79 kepada 75 peratus, dan daripada 72 kepada 69 peratus.
Namun bagi pengundi Cina, penerimaan Najib (gambar) meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus Jun lalu.
"Pendapat bercampur daripada komuniti mungkin disebabkan oleh timbulnya kesedaran terhadap kerajaan, ekonomi, dan antara responden India, majoritinya disebabkan oleh kenyataan yang dikeluarkan terhadap Datuk Ambiga Sreenivasan," kata Kaji Selidik Merdeka Center dalam satu kenyataan hari ini.
"Selain itu, ada juga responden yang terdedah dengan tindakan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan, pengiktirafan terhadap Kolej Tunku Abdul Rahman, dan kemarahan terhadap respon perhimpunan April, Bersih lalu," kata kaji selidik berkenaan.
Penerimaan terhadap Najib berada di paras 60 ke 70 peratus sejak tiga kaji selidik lalu oleh Merdeka Center dan khabar angin menyebut kemungkinan pilihan raya bakal dilaksanakan bulan ini sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada April 2013.
Sebaliknya, Tun Abdullah Badawi sebelum ini yang pernah menikmati penerimaan 71 peratus sebelum mengadakan pilihan raya pada Mac 2008 dan menyaksikan beliau tewas dua pertiga majoriti.
Popularitinya (Najib) diterima daripada golongan berpendapatan rendah dan pembaharuan terhadap sistem perundangan.
Beliau telah mengumumkan kadar gaji minimum buat pertama kali di Malaysia pada penghujung April lalu - satu lagi langkah menarik golongan miskin.
Beliau telah mengadapi saat sukar untuk mendapatkan sokongan kelas pertengahan, namun sekurang-kurangnya, 25,000 perusuh di Kuala Lumpur pada  April lalu menuntut perubahan sistem pilihan raya yang menyebelahi gabungan pemerintah.
Protes itu berakhir dengan keganasan apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didakwa pada Mei kerana melanggar perintah mahkamah berhubung protes berkenaan dan boleh disingkirkan dari Parlimen jika disabit bersalah.
Bagaimanapun, kedudukan stabil Najib sama seperti Jun lalu tidak menterjemahkan sokongan terhadap kerajaan pimpinannya.
Kaji selidik itu mendapati pendapat ramai kepada kerajaan masih menurun, hanya 42 peratus mendapati mereka "gembira" dengan kerajaan, penurunan enam peratus dibandingkan pada Mei 2012.
Kaji selidik itu berkata, penurunan itu mungkin disebabkan oleh pengundi Melayu, yang menurun dari 65 peratus pada Mei, kepada 58 peratus pada Jun 2012.
"Pendapat kami, penurunan itu bukan disebabkan politik, atau pandangan mereka terhadap PM tetapi bagaimana pengundi melihat kedudukan ekonomi dan bagaimana ia memberikan kesan kepada kehidupan mereka," kata Merdeka Center.
Kaji selidik sama mendapati kepentingan terhadap ekonomi, terutamanya kos sara hidup dan gaji menjadi kerisauan utama pengundi, dengan 39 peratus, berbanding 33 peratus pada Mei 2012.
Ia kemudiannya diikuti masalah jenayah, sosial, pada 12 peratus dan isu politik pada lapan peratus.
Kaji selidik itu juga mendapati timbulnya kesedaran terhadap ekonomi, merasakan negara berada di landasan yang betul dengan jumlah 54 peratus, berbanding 58 peratus pada April 2012.
Kaji selidik ini dijalankan Merdeka Center di antara 22 hingga 29 Jun, dengan 1,010 pengundi berdaftar meliputi 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan India, yang dihubungi melalui telefon.= TMI

Siapa tutup kes khalwat Datuk S?

Posted: 26 Jul 2012 01:22 AM PDT



SEJAK diikat jamin pada 8 April 2012, (Bekas) Pengerusi Ko-Nelayan dan Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya belum didakwa ke Mahkamah Syariah Kota Kinabalu setelah 'ditangkap basah' oleh Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) di Hotel Hyyatt Kinabalu pada malam 7 April 2012.

Paparazzi dimaklumkan bahawa 'Datuk S' @ Samsuddin yang kisah kes khalwatnya disiarkan dalam Sabahkini.net bertajuk 'Datuk 'S' Ditangkap Khalwat?' diberkas ketika sedang memadu kasi dengan pasangannya yang bukan beragama Islam setelah kumpulan serpihan UMNO Batu Sapi membuat laporan setelah melakukan intipan selama lapan jam.
Percubaan Paparazzi untuk menghubungi Ketua Penguatkuasa JHEAINS dan Polis yang mengiringi serbuan gagal kerana mereka enggan memberikan sebarang komen dan memberitahu tunggu pendakwaan di mahkamah kerana kes berprorail tinggi seperti ini dikendalikan pegawai yang lebih tinggi.

Pemeriksaan Paparazzi di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu juga mendapati tidak ada kes Datuk S dipaparkan di papan kenyataan Mahkamah Syariah seperti kes jenayah syariah lain.

Pendaftar Mahkamah Syariah juga enggan memberikan sebarang maklumat melainkan berkata di luar bidang kuasa beliau memberikan sebarang kenyataan media dan kes masih dalam siasatan JHEAINS.

Paparazzi sempat menjalankan semakan di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu dengan bantuan seorang petugas mahkamah bahawa mengikut Seksyen 84 (1), Enakmen 3, Bahagian IV, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995, menjelaskan bahawa;

"Seseorang lelaki yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan atau berkurung atau bersembunyi yang mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat di mana-mana tempat dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya selain daripada isterinya adalah bersalah atas kesalahan khalwat dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali."

Mengikut maklumat yang diterima, Datuk S memberitahu para pengikutnya agar tidak bimbang kerana Ketua Menteri Sabah telah menutup kes khalwatnya dan memberi beliau peluang menjadi calon DUN Sekong sepenggal lagi dan meneruskan jawatan Pengerusi Ko-Nelayan sekalipun surat penyambungan kontraknya belum diserahkan sehingga hari ini.

Bagaimanapun usaha untuk menghubungi Ketua Menteri gagal kerana sibuk dengan program Berbuka Puasa dan Sembahyang Tarawih sepanjang ramadan.

Paparazzi juga dihubungi pihak tertentu yang ingin menjual gambar Datuk S bersama beberapa wanita yang menjadi mangsanya, termasuk anak rakannya dari Semenanjung Malaysia. Pihak berkenaan juga mendakwa memiliki mereka Video Seks Datuk S yang mereka rakam dengan kerjasama pekerja Hyyatt Kinabalu.
Paparazzi menemui mereka dan telah menonton sedutan video berkenaan melalui telefon bimbit salah seorang yang memiliki koleksi peribadi Datuk S, namun Ketua Editor Sabahkini.net enggan memberi kebenaran untuk menyiarkan videoklip berkenaan di Sabahkini.net kerana bertentang dengan Dasar Sabah kini bersekongkol dengan 'jenayah' kerana mereka merakam video secara haram dan mencabul hak asasi manusia.

Tambahan pula harga yang mereka minta agak mahal, RM50,000; melainkan ada pihak yang ingin menaja, terutama musuh politiknya, barulah Paparazzi berminat kerana ada pihak yang bersedia menyiarkan video berkenaan

Kempen "Tolak Najib" dilancar

Posted: 26 Jul 2012 12:09 AM PDT

NONEWanita PKR hari ini melancarkan kempen "Tolak Najib" bagi mendesak perdana menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai pemangku menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Ketuanya Zuraida Kamaruddin berkata, kempen itu dijalankan kerana Najib masih gagal mengemukakan perancangan bagi hala tuju pembangunan wanita di Malaysia walau telah tiga bulan memangku jawatan itu.
Menurut Zuraida lagi, matlamat 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar jelas tidak seperti digambarkan kerana jurang gaji antara gender dan proses kepimpinan wanita di semua peringkat masih belum terlaksana.
"Semenjak 2008, jutaan dana telah diluluskan dan dibelanjakan oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM). Namun sehingga kini semua pencapaian perlaksanaan dan hasil tidak diketahui.



"Jadi WANITA PKR melancarkan kempen ini bagi memberi pendedahan kepada wanita di luar sana tentang janji yang tak ditepati yang dibuat oleh Najib," katanya pada sidang media pelancaran kempen itu di ibu pejabat PKR hari ini.
NONESelain itu, Zuraida berkata, pihaknya turut menyeru agar Najib mengemukakan calon bagi jawatan menteri wanita KPWKM.

Zuraida berkata, Najib tidak mampu menggalas tanggungjawab yang banyak kerana presiden Umno itu kini sudah memegang "puluhan jawatan".

"Antara puluhan jawatan yang dipegang perdana menteri ialah menteri kewangan, pengerusi Khazanah Nasional, pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengerusi projek berimpak tinggi.
"Adakah dengan puluhan jawatan ini beliau mampu mentadbir KPWKM dengan baik?," soal Zuraida.

Zuraida berkata kempen "Tolak Najib" yang mensasarkan golongan wanita itu akan dilancarkan secara serentak di seluruh negara pada 28 Julai bermula dengan program mengedar risalah di kawasan bandar sehingga ke pedalaman.

Najib memangku jawatan kementerian pembangunan wanita pada April lalu selepas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan tersebut berikutan desakan serta penglibat keluarganya di dalam isu National Feedlot Corporation (NFC) - Malaysiakini

~penarik beca

~penarik beca


Mesyuarat Najib Muhyiddin bertumbuk-tumbuk meja?

Posted: 25 Jul 2012 11:20 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PPP anjur 3 wacana menjelang PRU 13

Posted: 25 Jul 2012 10:28 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS melalui Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan menganjurkan tiga wacana 5 Ogos ini bagi membincangkan tiga topik penting menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Seminar ini akan berlangsung selama sehari suntuk di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dan diikuti majlis berbuka puasa bersama-sama.

Demikian kata Pengarah Operasi PPP, Dr Zuhdi Masduki (gambar atas) dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, seminar ini adalah lambang komitmen PPP dalam usaha meneliti, menyemak dan mengkaji semula beberapa dasar sedia ada di peringkat kerajaan Persekutuan sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Betulkah Najib PM terakhir BN?

Posted: 25 Jul 2012 10:27 PM PDT

Wilfred Bumbering dan Lajim Hj Okin telah menampakkan yang mereka akan keluar dan berpisah dari BN. Perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran oleh Wilfred memperkuatkan lagi keyakinan yang Timbalan Presiden UPKO itu akan menyertai pilihanraya kali ini sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat. Tindakan kedua-dua pemimpin Sabah ini pastinya memberikan tamparan hebat terhadap BN dan kita mengagakkan yang pilihanraya akan ditunda lagi ke tarikh yang lain dan tidak akan diadakan piihanraya pada bulan September seperti yang di spekulasikan oleh banyak pihak.
BN kian hari kian malang dan segala petunjuk politik menggambarkan yang BN sudah sampai masa untuk diketepikan oleh rakyat. BN di Sabah sudah tidak lagi ada keupayaan untuk diperbaiki kerana pertelingkahan di antara parti-parti di dalam BN Sabah bukannya kecil. Krisis keyakinan terhadap Ketua Menteri yang merupakan pengerusi BN Sabah menambah lagi kegentingan BN dan beliau juga merupakan 'liability' kepada UMNO dan BN Sabah.
Read More / Baca Lagi >>

Pusat Penyelidikan PAS: Kajian akademik universiti belum cukup untuk gambarkan siapa pemenang PRU13

Posted: 25 Jul 2012 10:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Kajian-kajian akademik dijalankan oleh beberapa universiti termasuk penemuan yang dibuat oleh Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat dan Prof Madya Dr Rohana Yusof belum cukup untuk menggambarkan siapakah bakal memenangi PRU ke 13, kata Dr Zuhdi Marzuki pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP).
Menurut PPP, kajian-kajian yang dijalankan dengan kecenderungan melihat persepsi politik rakyat lazimnya akan menghasilkan peratusan undi popular bukannya parti mana yang akan menang mengikut lokaliti DUN atau Parlimen.
"Saya tidak menafikan peratusan undi popular turut berpengaruh dalam menentukan parti mana yang akan menang, tetapi pengaruh itu tidak mutlak di dalam sistem politik Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Al Ikram

Al Ikram


Posted: 26 Jul 2012 09:42 AM PDT

Polis Sahkan KGT Tiada Penyelewengan

Posted: 25 Jul 2012 09:16 AM PDT

Era Pasca

Era Pasca


EDISI TERKEJUT: Ghani Patail Kene Petik..

Posted: 26 Jul 2012 12:59 AM PDT

Korang kenal 2 orang di gambar ni? 

Tahun Lalu...


Pada 27 Ogos 2011, Gani Patail menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin bahawa beliau disogok oleh bekas timbalan pengerusi eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokonganya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat Ho Hup. Kononnya dana Ho Hup digunakan untuk membayar kerja-kerja pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan.


Invois-invois bertarikh 13 Julai 2009, daripada sebuah syarikat di Petaling Jaya kepada Ho Hup berkaitan kerja-kerja pemasangan lampu atas nama "AG's Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa". Satu invois tulisan tangan juga bertarikh 13 Julai 2009 kepada Lye untuk kerja-kerja pengubahsaian bagi Sri Carcosa di Seremban 2, baucar daripada Ho Hup bertarikh 12 Ogos 2009 bagi kerja-kerja yang telah dijalankan bagi rumah "AG Tan Sri Ghani Patail Bangalow di Seremban 2 — Sri Carcosa" bernilai RM18,000 dan satu cek RM18,000 yang dikeluarkan kepada pihak yang menjalankan kerja-kerja pengubahsaian.


Dan Hari Ini....








Bekas pengarah urusan Ho Hup Bhd, Datuk Low Tuck Choy membuat laporan polis yang mempersoalkan mengapa siasatan atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan rasuah masih belum dimulakan ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Low mendakwa bahawa invois Ho Hup yang tertera nama Abdul Ghani seperti yang dimuatkan di dalam satu blog pada tahun lalu merupakan dokumen asli. Invoise berkenaan menyatakan bahawa sejumlah RM18,000 dibayar oleh Ho Hup selepas kerja-kerja elektrikal dijalankan ke atas satu banglo di Seremban.












Siapa berani usik Ghani Patail? Nak mampos ke? SPRM pun x berani dan tutup kes tahun lepas..










Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.