Nuffnang

Pengikut

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

0
sumber :-

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


PRU digambarkan Seolah-olah Berperang Dengan Penjajah

Posted: 06 Jun 2012 02:14 PM PDT


"Begitu sekali kalutnya para pemimpin umno kebelakangan ini. Dalam mereka memperlihatkan kekalutan itu tanpa mereka sedari semua tindak tanduk yang mereka ambil memperlihatkan kebodohan yang amat sangat.

Cara mereka berkempen dalam menghadapi PRU13 seolah-olah kita berada dalam tahun 60an. Segala bentuk bahaya yang terfikir dibenak fikiran, mereka luahkan. Ulam yang cukup famous dilaung-laungkan ialah... ketuanan melayu... maruah melayu... huru hara... bangsa akan tergadai dan macam2 lagi yang berbau perkauman yang sangat tengek.

Para pemimpin umno agaknya beranggapan orang-orang melayu baik yang muda dan apatah lagi yang tua masih lagi bergelumang dengan lumpur sawah. Masih lagi berbual-bual setiap pagi dengan pokok getah sewaktu menoreh. Maka sebab itu momokan tahap bodoh dan dangkal ini main-mainkan. Sangat aneh apabila digambarkan bahwa sekiranya umno tewas @tersungkur @ terpelanting seolah-olahnya milik MELAYU akan hilang.

Mereka cuba meresapkan khayalan seolah-olah kita berapa semula dalam zaman Portugis memerintah Melaka... atau zaman Jepun... atau zaman British memerintah. Usaha mereka ialah memberi gambaran yang menakutkan. Mungkin sebahagian besar orang Melayu lupa selupa-lupanya bahwa Pilihanraya adalah PERTANDINGAN SETIAP 5 TAHUN. Oleh itu tidak timbul soal melayu akan hilang segala-galanya buat selama-lamanya.

Pilihanraya lah platform yang sangat tetap bagi membolehkan orang melayu memberi peluang KUMPULAN MELAYU YANG LAIN PULA MENUNJUKKAN KEBOLEHAN DAN KEMAMPUAN MENGURUS DAN MEMERINTAH. Seandainya kumpulan yang baru ini gagal memberi yang terbaik untuk rakyat 5 TAHUN LAGI KITA TENDANG MEREKA. So...apa yang hendak dibimbangkan. 5 tahun bukannya lama sangat.

Jadi, dimana kewajaran para pemimpin umno melalak macam anjing nampak hantu ' kununnya' kalau umno kalah, habislah melayu. Yang pastinya banyak pekung-pekung yang ditutup. Bagi mempastikan pekung-pekung ini tidak didedahkan, maka sangat penting umno mesti terus memerintah. Sebagai contoh kecil... sekiranya kerajaan Selangor tidak bertukar tangan seperti hari ini, apakah akan terbongkar kes Khir sianak Toyo? Tentu sekali tidak... bukan? Jadi sekarang kita nak tunggu dan nak lihat pekung-pekung diperingkat kerajaan pusat pulak didedahkan.

Ayuh... orang-orang melayu jangan anda terpengaruh dengan dakyah bodoh para pemimpin umno dengan memainkan isu-isu melayu dan Islam. Itu semua auta. Lihat hari ini, hampir 55 tahun umno memerintah nasib melayu tak jauh sangat berbeza. Yang ketara melayu tidak menjadi bangsa yang mampu berdikari. Kita tanpa rasa malu rela menjadi bangsa subsidi. Dalam mereka melalak negara ini akan diperintah orang cina, hakikatnya hingga kehari ini (kuasa dalam tangan umno) buka saja mana-mana pusat membeli belah akan dimonopoli orang cina. Melayunya dimana?

Apa umno nak tunggu 50 tahun lagi? Ayuh, jangn teragak-agak untuk memberi peluang kepada kumpulan Melayu yang lain memerintah negara ini. Kita lihat dan menilai. Nasib mereka ditangan kita. Tak betul kita hukum mereka dalam PRU14. Tempohnya hanya 5 tahun saja."

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


oooo....... dia dapat free rupanya

Posted: 06 Jun 2012 05:18 AM PDT

Liow: Saya dapat nombor plat percuma
7:59PM Jun 6 2012
Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita mengenai nombor plat WWW 15 yang dibidanya, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai kini mengatakan bahawa dia tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut.


Dalam tweetnya lewat hari ini, Liow berkata telah dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma".



Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ. 



Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar China Presshari ini, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya.



Katanya, para menteri boleh memohon nombor plat secara percuma dari JPJ, tetapi ia tidak membabitkan 'nombor panas' seperti yang dibida oleh Liow.

ada apa-apa ka ni?????? .. Petrol Ron 97 turun sekupang mulai esok

Posted: 06 Jun 2012 05:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: The government today announced that the retail price of RON97 would cost 10 sen less at RM2.80 per litre from tomorrow.
In a statement today, Second Finance Minister Ahmad Husni Hanadzlah said the lower price was line with the dip in average global crude oil prices in May.
He said the retail RON97 price, in principle, was fixed based on a managed float whereby the monthly price was determined according to market forces.

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Tepuk dada tanya selera !

Posted: 06 Jun 2012 12:01 AM PDT

Bila lihat pada iklan yang tak berhenti-henti yang sedang disiarkan didalam iklan TV yang stesennya dikawal dan dimiliki olih pihak gerombolan, dimana pada iklan itu dengan jelas menunjukan iklan yang merupakan satu rayuan yang penuh syahdu macam orang 'jiwa kacau' sedang merayu-rayu kepada rakyat Malaysia seupaya memberikan peluang kepada Najib Razak untuk menjadi PM (Perdana Menteri) pada PRU-13 nanti (sifirnya mudah sekali,iklan itu sebenarnya adalah sebuah iklan yang bentuknya adalah kempen PRU supaya mengundi BN/umno).


Kemudian bila melihat, bila membeca dan bila terkenangkan bagaimana Mahyuddin pula pada hari dan susana yang dilain, telah juga merayu-rayu kepada rakyat Malaysia yang lain dengan mengatakan BN/umno kini dalam keadaan yang cukup bahaya...


Juga semasa dan melihat kepada kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan keadaan pada masa ini ada lah amat mer- bahaya kepada Najib dan juga kepada BN/umno untuk mengadakan PRU yang mana kelemahan ini juga asalnya diwarisi olih Najib daripada Pak Dollah (kaki tidur)...


Dan... bila merujuk kepada keyakinan dan aura dalam ucapan-ucapan yang ditunjukan olih Anwar Ibrahim pada apa dan dimana dan apa yang boleh kerajaan Pakatan Rakyat berikan demi untuk kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat malaysia sejagat, dan juga bila melihat kepada sambutan-sambutan daripada rakyat-rakyat marhain yang dibawah, yang diberikan kepada dan diterima olih Anwar Ibrahim  pada semua ceramah-ceramah politik yang dihadirinya...


MAKA... sudahnya gurkah-gurkah politik di'port' berkata BN/umno boleh lah ucapkan sayonara dan selamat tinggal...

dollah yankee -
Gurkah-gurkah cuma dok tunggu Bajet 2013, nak tengok apa pula bentuk rasuah yang nak Najib nak bagi kat kita




RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kena Main : Peneroka terkilan terima 800 unit saham

Posted: 06 Jun 2012 07:38 PM PDT


Peneroka terkilan terima 800 unit saham
Dari kiri: Mokhtar, Ahmad dan Mohd Dasuki terkilan terima hanya 800 unit saham berbanding jumlah yang diperoleh kakitangan Felda.
 
BANDAR TUN RAZAK - Tiga peneroka dari Felda Jengka 20, di sini, terkilan sebaik mendapat tahu mereka hanya menerima 800 unit saham dengan harga RM4.55 seunit.

Peneroka, Mokhtar Mahmud, 64, berkata, lebih membuatkan mereka terkilan apabila jumlah itu kurang berbanding saham diterima kakitangan Felda.

"Sepatutnya kami menerima sebanyak 1,000 unit untuk satu lot dan bukan 800 sahaja. Mengapa perbezaan itu terlalu ketara?

Read More / Baca Lagi >>

Patutlah KDN Tangguh Siar Video Bersih 3.0

Posted: 06 Jun 2012 07:11 PM PDT



Rakaman Bersih 3.0 Versi Polis terpaksa ditangguhkan tayangannya.

Sebab utama kenapa video itu ditangguhkan kerana cakap Menteri KDN, Hishammuddin tak boleh pakai. Kenapa Hishammuddin beriya-riya berkata ia akan dimuatkan ke laman web kementerian pada Selasa iaitu semalam dan boleh dikuti mulai hari ini (6 Jun). Bayangkan panel penasihat (kononnya bebas) baru mengadakan mesyuarat kedua pada Selasa, 5 Jun. Takkan dua kali mesyuarat boleh putuskan video yang berjumlah 43 klip dan berdurasi 73 jam. Kalau betul-betul bebas, takkan dua kali mesyuarat mampu selesaikannya.

Read More / Baca Lagi >>

Hilang Sokongan Punca BN Gantung Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan

Posted: 06 Jun 2012 06:51 PM PDT

SHAH ALAM 7 JUN: Hilang sokongan rakyat merupakan antara punca kerajaan Umno-BN(dahulu dikenali Perikatan) menggantung Akta Pemilihan Kerajaan Tempatan 40 tahun lalu.
Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu dalam rancangan 'Terus Terang' terbitan TV Selangor semalam.
Menurut Ronnie, selain Selangor yang berminat untuk mengadakan pilihan raya tempatan, cubaan Kerajaan Pulau Pinang membentangkan enakmen bagi membolehkan negeri itu menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan sendiri juga dijangka akan menemui jalan buntu.
"Isu ini memang jelas, kita mahu memulihkan pemilihan kerajaan tempatan, tetapi Najib sebagai Perdana Menteri cakap tak boleh, dia halang.
Read More / Baca Lagi >>

Profits, not quality, matter to Umno

Posted: 06 Jun 2012 06:49 PM PDT

All things considered, Najib Tun Razak understands that the GTP and ETP are not making any real converts of people.

Are the days of people disappearing off the streets or being picked up in the early hours of the morning from their homes and held without charge or trial now over in Malaysia?
Is the Internal Securities Act (ISA) really history? Will there be any more incidents of PDRM beating our people senseless and nauseating them with tear gas as they charge into crowds of defenceless Malaysian exercising their civil rights to show their support for or against causes they believe in?
Or will there be a lull as our prime minister ponders the likelihood of an election defeat?
Will Najib Tun Razak understand that beating his own people senseless is not the way to accentuate his party's chances of winning the 13th general election?
Your guess is as good as mine!
Read More / Baca Lagi >>

Corruption risks Europe's financial recovery, watchdog warns

Posted: 06 Jun 2012 06:46 PM PDT

Mousab Al-Hamadee speaks about the al-Qubayr massacre

Posted: 06 Jun 2012 06:45 PM PDT

Egypt remembers its fallen son, Khaled Said

Posted: 06 Jun 2012 05:24 PM PDT

Kejora di Ufuk Timur...

Posted: 06 Jun 2012 05:05 PM PDT

Imej dari NASA ni menunjukkan Zuhrah melintasi matahari pada 5 hb Jun 2012... rasa kerdil kan diri kita dalam alam ciptaan Tuhan nih...

Salam semua...

Pak Long nak ambik kesempatan ni jugak la... tak dan nak tengok pun tak pa, biaq hanya sebagai pencatit sejarah pun jadik laa... Bukan senang nak oii, ikut kajian sains... fenomena astronomi macam transit planet Zuhrah atau pun Kejora melintasi matahari ni hanya akan berlaku lagi pada tahun 2117, iaitu 105 tahun akan datang. Hangpa Pak Long tak tau la tapi rasanya Pak Long pakai tak dan la walaupun nak jadi sebagai pencatit... hehe...

Ikut ceritanya, bumi bergerak keliling matahari selama lebih kurang 365 hari. Manakala Zuhrah pulak ambik masa 225 hari untuk melengkapi satu pusingan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah ataupun ataih matahari.

Di Malaysia ni hanya kat pantai timur Sabah ja boleh tengok pada pagi Rabu lepaih, 6hb Jun 2012 bermula 6.27 pagi dan berakhir pada jam 12.49 tengah hari.

Kadang-kadang tu baguih jugak kita lari sat dari hiruk pikuk orang-orang politik nih... hehe... Baguih kalau kita pakat-pakat ambik tau sama benda-benda aneh anugerah Allah untuk kita sama-sama renungi dan hayati keAgunganNya...

Sesuatu yang kita rasa pelik, rasa mustahil sebenaqnya AMATLAH MUDAH bagi Allah s.w.t...

Wassalam...

BIAR FOTO BERBICARA...SIAPA PEMIMPIN YANG BERKAWAN RAPAT DENGAN YAHUDI....BANYAK CAKAP PUN TAK GUNA...

Posted: 06 Jun 2012 05:03 PM PDT

Dari koleksi foto-foto ini jelas sekali siapa yang berkawan rapat dengan Yahudi...

Depan para penyokong dan pendokong parti UMNO.. berkokok nyaring jantan kononnya DSAI pemuja dan penyokong Yahudi Laknatullah....Sekarang boleh lihat sendiri dengan mata kepala..

PAKATAN RAKYAT GULUNG TIKAR LE PRU KE-13 NI KERANA TIDAK ADA SAMBUTAN DARI RAKYAT SUDAH DINGIN

Posted: 06 Jun 2012 05:01 PM PDT

Larian bendera anjuran UMNO Bahagian Teluk Intan Perak disertai oleh berpuluh ribu orang (malah mungkin ikut kiraan Rais Yatim, RTM dan TV3 sampai ke angka jutaan orang). Lihatlah gambar-gambar yang dirakamkan di bawah :

Sementera itu ceramah  Hasan Ali @ Hasan Akidah di Padang Awam Selayang Indah ( Belakang NSK ) berhampiran dengan Pasar Borong Lama, Selayang. jam 8.30 malam hari Selasa 5hb Jun 2012 lalu juga  mendapat sambutan paling hangat berpuluh ribu orang yang hadir mendengar ceramah beliau sehingga tiada ada ruang untuk duduk mendengar ceramah. Seluruh ruang yang ada dipenuhi. Lihat gambar-gambar di bawah :
Read More / Baca Lagi >>

Syrian activist speaks about al-Qubayr massacre

Posted: 06 Jun 2012 04:58 PM PDT

Skandal Matawang RM30 Bilion: Apa Peranan Mahathir?

Posted: 06 Jun 2012 04:52 PM PDT


Apa peranan Perdana Menteri pada masa itu ketika Nor Mohamed Yakcop terus menghabiskan wang negara dalam spekulasi tukaran asing (forex).

Itulah persoalan utama yang mesti dijawab oleh kerajaan dalam isu kerugian besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi tukaran asing pada tahun 1992, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Kerajaan juga perlu menjawab secara telus dan jelas siapa dan berapa orangkah yang terus menggalakkan Nor Mohamed terus memperjudikan wang Bank Negara?
Read More / Baca Lagi >>

PERKASA – pendirian UMNO

Posted: 06 Jun 2012 04:49 PM PDT

Pendirian UMNO yang tidak kukuh mengenai PERKASA – khususnya dari Presiden UMNO sendiri menjadikan UMNO antara sebab dituduh rasis. Ini adalah antara komen-komen yang diterima dalam persoalan UMNO rasis atau tidak. Sungguhpun ada kenyataan menolak PERKASA sebelum ini tetapi pendirian yang tidak kukuh UMNO menjadikan Barisan Nasional tidak popular dikalangan kaum lain. Ini perlu diteliti kerana kesan negatif terhadap UMNO/BN akan berterusan sekiranya peneraju PERKASA tidak dikalangan mereka yang lebih mantap dan wibawa.
Sehingga hari ini apa yang jelas kelihatan adalah program khusus perkasa hanya untuk menunjukkan sokongan mereka kepada UMNO dengan cara yang tidak sihat. Kalau PR berdemonstrasi mereka juga berdemonstrasi – keluar satu kenyataan mereka keluar kenyataan yang tidak menandingi kenyataan yang dikeluarkan pembangkang. Cabaran kosong Presiden Perkasa sering kita dengar. Namun apa yang menjadikan PERKASA satu liabiliti UMNO adalah sikap dan tindakan yang ekstremis kononnya menyokong dan memperjuangkan Melayu tetapi condong hanya untuk politik.
Perlu hari ini UMNO mengambil sikap yang lebih konklusif dalam mengutarakan perkara-perkara mengenai perjuangan Melayu. UMNO tidak perlu apologetik dalam membicarakan mengenai Melayu tetapi penerangan jelas dan padat adalah perlu. Kita perlu serius membicarakan mengenai Melayu sebagai mana mereka serius membicarakan mengenai kaum mereka sendiri. Kita perlu sedar bahawa sikap apologetik kita akan hanya menolak kita ke belakang TETAPI mengadakan organisasi seperti PERKASA tidak akan dapat membantu anjuran demokrasi yang ada.
PERKASA hari ini tidak menampakkan diri mereka sebagai satu organisasi yang mantap untuk memperjuangkan orang Melayu. Mereka tidak akan bertindak mencari fakta atau mempertahankan secara intelektual mengenai isu – contoh isu penjualan dan kuncup rizab tanah orang Melayu, tidak membicarakan mengenai kedudukan masalah sosial orang Melayu, mengenai ruang dan peluang peniaga serta dominasi tidak seimbang ekonomi antara kaum di negara kita ini. Mereka tidak akan membicarakan secara khusus mengenai isu diskriminasi dalam perniagaan dan membicarakan mengenai cara tepat untuk membantu orang Melayu selain dari berpolitik sahaja.
UMNO/BN perlu meneliti secara terperinci mengenai PERKASA yang semakin hari dijadikan sebab mengapa bukan sahaja kaum lain menjarakkan diri dari BN/UMNO malah Melayu sendiri.    

UMNOREFORM

 UMN0-rasis


Kiriman email dleong44@gmail.com
 
Racism clearly portrayed UMNO. Using racism as a weapon to obtain power is a cowardly act. Within BN itself MCA fail to champion the Chinese community and this is the main reason why the Chinese now days does not give their votes to BN. The Chinese will definitely shun themselves from BN in the next coming PRU. It was never because the Chinese are influence by the PR but as you can see today how the UMNO Malay's blamed everything on us. The UMNO Malay resort to PERKASA to champion the Malays but frankly those are merely Malay chauvinist without brain. The UMNO dominated and silent off other races in BN. Within BN the other races only know how to bow down to the UMNO leader and look for business opportunity mainly to benefit themselves. The UMNO on the other hand has come up with lots of policy, which only allocated priority to the Malay and thus neglecting other races. It is obvious why we Chinese decline to support BN. Had they show more, on the distribution of justice, we are very sure that the BN will gain support from us. Even the kongsi kuasa so called by this web is a fake. We not only felt that there is no sharing of power, but worse of they do felt discrimination.  Seriously, the Chinese has done a lot for this country so you people have got to realized that this is our home to but instead, you called us "pendatang". Any criticism by us to the Malay chauvinist will be responded as such, kalau tak suka boleh balik China. Hey, we are as much Malaysian as you. Definitely we contributed to the development of this country, we are here not as a visitor but this is our hope. Don't you people understand what we are facing as a second-class citizen? I am sick and tired of the same issue, especially nearing election. One promise that I can say is that, ABU, Asal bukan UMNO.    

Hidup Dan Matinya Seorang Penagih Tegar

Posted: 06 Jun 2012 04:43 PM PDT

Drugs arebad for you?

Dibawah ialah siri gambar hari-hari terkahir Wu Guillin seorang penagih dadah tegar dari Guangdong China. Gambar hari-hari terkahir beliau diambil oleh seorang jurugambar dari 18 April sehingga 6 Mei yang lalu. Beliau akhirnya mati akibat komplikasi dadah melampau pada 10 haribulan Mei. Semasa gambar diambil anda boleh melihat bagaimana sadisnya kehidupan seorang penagih tegar. Beliau juga sempat menulis wasiat terakhir yang mengingatkan anak muda supaya jangan menagih dan menjadi seperti beliau. Saya menyalahkah tadika atheist China kerana tidak menyanyikan lagu "kami benci dadah dan penagih dadah adalah musuh Chairman Mao" ketika beliau masih kecil. Sekiranya ini dilakukan sudah pasti Wu Guillin tidak akan menjadi seorang penagih tegar. #LULZ


Read More / Baca Lagi >>

Khaled akui hukum Unisel sebab politik

Posted: 06 Jun 2012 04:38 PM PDT

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pihak pembangkang yang sebelum ini bersuara mahu menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kini  seolah-olah "mendesak" mahukan kemudahan itu dikekal dan diteruskan."Sekarang mereka bising mahukan PTPTN, dalam sekelip mata mereka tukar belang," kata beliau menerusi mesej Twitter lewat malam tadi.
Sehubungan itu kata Khaled (gambar), kini kelihatan semua pihak mahu PTPTN diteruskan dan mengambil pinjaman daripada perbadaan tersebut.
"Nampaknya boleh dikatakan semua nak PTPTN dan mahu pinjam dari PTPTN.
"Mengapa mereka berubah? Sebab mereka populis," kata beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Fateh

Posted: 06 Jun 2012 04:35 PM PDT

Bersih 3.0; Final Hour [Unpublished and Uncut]

Posted: 06 Jun 2012 04:33 PM PDT

Jalan terakhir Umno,.. timbulkan rusuhan !!

Posted: 06 Jun 2012 04:26 PM PDT

Itulah maksud disebalik kata-kata pemimpin mereka
 
Kita akan pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun (maknanya walaupun bertumpah darah) – itu kenyataan Najib tak berapa lama dulu.  
Pembangkang akan buat kacau bilau jika  kalah dalam PRU ini – kata Mahathir
Pembangkang akan timbulkan pertumpahan darah kalau kalah – kata Muhyiddin
Pembangkang akan tuntut kemenangan dengan cara kekerasan. - kata Rais Yatim
Pembangkang mungkin cetus huru-hara – kata Hisyamudin
Read More / Baca Lagi >>

Setiap yang baik dari PR, Umno kata,…jangan sokong

Posted: 06 Jun 2012 04:25 PM PDT


Sejak mula memerintah negeri Selangor, Pakatan Rakyat bertekad mahu  merakyatkan ekonomi negeri Selangor, yakni mengagihkan keuntungan secara adil -  Umno Selangor kata, jangan percaya!, Pakatan Rakyat menipu !
Kerajaan Selangor nak beri air percuma kepada seluruh rakyatnya. Umno Selangor kata -  jangan percaya, mustahil PR boleh buat!

Kerajaan Selangor beri bantuan khas kepada warga emas, khairat kematian percuma dan tubuhkan TAWAS (tabung warisan anak Selangor) -  Umno Selangor perlekeh, jauh sekali untuk  menyokong. Banyak lagi bantuan dan kebajikan yang telah diberi oleh kerajaan Pakatan kepada rakyatnya namun Umno Selangor tetap kata,.. jangan percaya, jangan sokong.  
 
Read More / Baca Lagi >>

Pertumbuhan ekonomi 4.7% Yang Menggembirakan

Posted: 06 Jun 2012 04:23 PM PDT

Oleh: Shirzad Lifeboat
Membaca pelbagai/ulasan laporan BNM mengenai pertumbuhan ekonomi negara untuk Sukuan Pertama 2012, saya teringat kepada kata-kata Robert M. Persig dalam bukunya, Zen and the Art of Motorcycle Maintenance: An Inquiry Into Values.
"Bagi setiap fakta, terdapat hipotesis yang tidak ada penyudahnya," begitulah antara tulisan beliau dalam buku tersebut.


Fakta terbaru mengenai prestasi ekonomi Malaysia ialah bahawa ia merangkak lembab pada pertumbuhan 4.7% bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Satu cara untuk melihatnya ialah betapa kadar berkenaan tidaklah tersasau jauh dari unjuran BNM untuk keseluruhan tahun 2012 yang diramalkan akan mencatatkan pertumbuhan di antara 4.0 hingga 5.0 %, berbanding dengan pertumbuhan 5.1 %. Read More / Baca Lagi >>

Haramjadah Timpa Najib Lagi, 100 Plus Diboikot Gara-gara Ada Gambar Najib

Posted: 06 Jun 2012 04:22 PM PDT


Begitu "suweh" (malang) kata sesetengah orang, sehingga apa juga yang ada gambar Najib kini ditolak oleh rakyat.

Terbaru, minuman isotonik yang popular di Malaysia telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan apabila memaparkan wajah PM Malaysia, Najib Tun Razak di tin minuman mereka.

Demikian hebatnya gambaran kebencian rakyat Malaysia terhadap Najib kini.

Belum pernah berlaku dan menimpa PM-PM sebelum ini tetapi berlaku kepada Najib.

Minuman isotonik 100 Plus telah diperkenalkan di Malaysia pada 1983 oleh sebuah anak syarikat Fraser & Neave (F&N).

Belum dapat dipastikan mengenai gambar Najib di tin minuman tersebut samada dilakukan secara sukarela oleh pihak pengurusan 100 Plus, atau mendapat arahan dari pihak tertentu atau menerima kontrak tertentu bagi tujuan menaikkan imej Najib.

Walau apa sekalipun jawapannya, yang pasti rakyat sudah mempersoalkan langkah tersebut dan bertindak untuk memboikot minuman 100 Plus. Ia juga BUKTI NYATA: apa saja yang ada gambar atau nama Najib, ia ditolak rakyat.

Dan ia pengajaran besar buat semua pengeluar barangan keperluan rakyat:
PESANAN GB: JANGAN LETAK GAMBAR NAJIB! kalau tidak mahu diboikot.

Itulah akibat mengharamjadahkan rakyat sendiri....
Read More / Baca Lagi >>

Isu muzakarah dan kewarasan Zainudin Maidin

Posted: 06 Jun 2012 04:20 PM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Isu hudud dan muzakarah PAS-Umno adalah dua buah cerekarama filem Melayu yang sering diulang-ulang. Jalan ceritanya; babak awal, pertengahan dan babak akhir sudah boleh dijangka oleh semua penonton politik di Malaysia, sebab kerap sangat menonton isu yang sama. Dua drama itu seringkali muncul di musim pilihanraya dan akan dilupakan di luar bahang pilihanraya.

Isu hudud akan dicetuskan oleh media-media talibarut parti politik pemerintah dengan cukup mudah. Ajukan soalan berhubung hudud kepada mana-mana pemimpin PAS. Mampu dilaksanakan atau belum bukan persoalannya namun pemimpin PAS sekali-kali tidak akan menyatakan bahawa hudud bukan dari Islam. Dasar keyakinan terhadap undang-undang ciptaan Allah itu ialah, ianya wajib dilaksanakan oleh kerajaan umat Islam yang memerintah. Bila mahu melaksanakan juga bukan persoalannya. Media talibarut BN itu akan memetik keyakinan pemimpin PAS terhadap hukum Allah itu, lalu mengolahnya menjadi 'batu api' apabila diajukan pula persoalan hudud kepada rakan tahaluf PAS yang tidak memahami Islam atau belum mendapat petunjuk untuk melihat kebenaran Islam. Apabila kenyataan berbalas kenyataan, maka Pakatan Rakyat pun berjaya digambarkan sebagai tidak boleh bersatu kerana perbezaan ideology terlalu besar.
Read More / Baca Lagi >>

Fenomena transit Zuhrah muncul semula 2117

Posted: 06 Jun 2012 04:14 PM PDT

IMEJ oleh NASA menunjukkan Planet Zuhrah (bintik hitam, atas kiri) melintasi matahari kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penduduk di seluruh dunia memandang ke langit pada waktu siang kelmarin dan awal petang semalam di Asia untuk melihat transit Zuhrah.
Keajaiban alam tersebut berikutnya hanya akan berlaku dalam tempoh 105 tahun akan datang.
Transit Zuhrah terjadi apabila planet berkenaan melintasi di antara Bumi dan Matahari.
Penduduk Bumi dapat melihat planet berkenaan sebagai satu bintik hitam kecil pada permukaan matahari.
"Jika anda dapat melihat tahi lalat pada wajah model antarabangsa Cindy Crawford, anda pasti akan dapat melihat transit Zuhrah," kata seorang ahli Persatuan Astronomi Los Angeles, Van Webster.
Transit berkenaan berlaku selama 6 jam 40 minit bermula selepas pukul 6 petang di AS.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Pakatan tidak boleh selesa, amaran BN

Posted: 06 Jun 2012 04:13 PM PDT


Menjelang PRU 13 BAYAN BARU - Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh lagi berasa selesa kerana Barisan Nasional (BN) akan memberi saingat sengit dalam usaha meraih sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan BN Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, BN sudah mempelajari kesilapan pada 2008 dan sedang memperkemaskan jentera untuk meraih sokongan yang lebih jitu daripada penduduk negeri ini.

Beliau berkata, dengan pelbagai program yang dilaksanakan oleh BN selama ini walaupun menjadi pembangkang di Pulau Pinang mampu membuka mata rakyat untuk kembali menyokongnya.

Read More / Baca Lagi >>

Bersih: Muhyiddin trying to instigate fear

Posted: 06 Jun 2012 04:11 PM PDT

Bersih 2.0 steering committee says the DPM is wrong in saying that there will be chaos after GE13.

PETALING JAYA: Bersih 2.0 today reminded Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin to remain focused on electoral reforms and ensure the 13th general election is "clean, free and fair".
"As an elected representative and deputy prime minister, Muhyiddin should instead fulfill his responsibilities and focus his attention and energy on more important issues of electoral reforms and taking steps towards ensuring the 13th general elections are clean, free and fair.
"The huge turnout at Bersih 3.0 was a call for a fair electoral process. We remind the DPM that his role as an elected representative and minister is first and foremost to serve the needs of Malaysians, and not to advance his personal nor his party's political agenda," said the committee in a statement.
Bersih 2.0 said this in reaction to Muhyiddin who claimed on Saturday that the steering committee along with opposition alliance, Pakatan Rakyat, wanted to topple the BN through violent means after the 13th GE.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT