Rabu, 23 Mei 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Orang2 BN kata 'tidak profesional' Datuk Yusof sertai pasukan pembela DSAI ....

Posted: 23 May 2012 06:11 PM PDT


KUALA LUMPUR, 24 Mei — Ketua-ketua Barisan Nasional (BN) telah melahirkan kemusykilan mengenai kemasukan Datuk Yusof Zainal Abiden ke dalam pasukan pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mendakwa langkah itu akan mewujudkan kesangsian mengenai ketekunan bekas Peguamcara II itu sewaktu membicarakan kes Liwat II.
Mereka memberitahu The Malaysian Insider bahawa tindakan Yusof itu "tidak profesional" kerana ia merosakkan persepsi awam ke atas pembicaraan selama dua tahun ke atas Ketua Pembangkang Anwar.
"Dia tidak wajar menyertai pasukan Anwar kerana ia mewujudkan syak wasangka di dalam minda awam bahawa beliau mungkin sengaja menggagalkan kes Liwat II," kata Datuk Nur Jazlan Mohamad, Ahli Parlimen Pulai Umno.

MP Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut berkata "integrity [Yusof] sekarang akan disangka kerana mungkin akan ada mereka yang berfikir beliau berpakat sulit dengan Anwar dan tidak serius untuk memenangi kes itu".
Tuduhan liwat kedua Anwar telah di dalam jangka masa sedekad menerima perhatian antarabangsa, di mana Ketua Pembangkang itu mendakwa kewujudan motif politik di sebelakang tuduhan itu.
Anwar semalam melaungkan penyertaan bekas Peguamcara II itu ke dalam pasukan pembelanya untuk tuduhan perhimpunan haram sebagai suatu kemenangan simbolik, dan berkata Yusof tidak lagi ingin mengambil bahagian di dalam  apa yang beliau menyifatkan sebagai "kekotoran".
Ketua Umum PKR itu berkata sekiranya Yusof mempercayai yang beliau bersalah, tidak mungkin bekas Peguamcara II yang baru sahaja meninggalkan jawatan awamnya itu menyertai pihak beliau.
"Yusuf tiba dengan komitmen penuh dan persembahannya pada hari ini membukitikan yang dia hanya ingin melihat keadilan", kata Anwar.
Apabila didekati oleh The Malaysian Insider, Yusof berkata: "Anwar menghubungi saya semalam, dan saya tidak teragak-agak menyahut."
Akan tetapi Majlis Peguam menunjukkan bahawa menurut amalan dan etika peguaman, Yusof mungkin perlu menolak kes di mana keadaannya boleh mengandungi konflik walaupun pada umumnya beliau mesti menerima sebarang kes yang dibawa kepadanya asalkan fi yang dibayar berpatutan.
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo juga melabelkan Yusof sebagai "tidak profesional" memandangkan beliau baru sahaja selesai menbicarakan kes liwat Anwar.
Ketua MCA Kuantan  Ti Lian Ker, yang juga seorang peguam, berkata Yusof harus faham bahawa "keadilan adalah sesuatu yang perlu nampak dilaksanakan".
"Saya bukan mendakwa sebarangan, tetapi minda awam sekarang melihat kepentingan politik sebagai begitu tinggi, dan semua orang mungkin disyaki atau dipermainkan," kata Ti.
Nur Jazlan pula berkata Tan Sri Gani Patail sekarang perlu melajukan rayuan ke atas pembebasan Anwar di dalam kes Liwat II.
"Kita sekarang tidak pasti samada wujudnya langkah sengaja untuk merosakkan perlaksanaan keadilan di dalam kes itu," kata beliau.
Anwar, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, dan Ketua Bahagian Rembau Badrul Hisham Shaharin semalam dituduh mengambil bahagian di dalam perhimpunan awam Bersih 3.0 pada 28 April di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman.
Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah.
Hakim Mahkamah Sesi Mahmud Abdullah menetapkan 2 Julai sebagai permulaan perbicaraan. - The Malaysian Insider

Kalau tidak pembohong bukan Umno namanya - Aspan Alias

Posted: 23 May 2012 05:19 PM PDT

24 MEI — Kenyataan Rais Yatim yang jumlah kehadiran dalam perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini hanyalah lebih sedikit dari 22,000 sahaja dan perkiraan beliau itu disanggah oleh penulis-penulis dan individu pro Umno dan BN. Sesungguhnya 22,000 itu hanyalah jumlah peserta yang duduk dari persimpangan Jalan Tun Razak dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman sahaja.
Tetapi saya menyeru kepada sesiapa yang tahu jumlah sebenarnya (lebih dari 300,000 orang), supaya tidak melayan kata-kata Rais itu kerana beliau adalah hulubalang kepada Umno dan apabila bersama Umno itu banyak perkiraan sudah semestinya salah dan terlalu jauh dari kebenaran. Jika Rais mengakui jumlah peserta itu pada hakikatnya lebih dari 300,000 orang, maka beliau tidak akan dianggap sebagai ahli-ahli Umno. Umno memang begitu sikapnya… berbohong dan berbohong terus-terusan. Kalau tidak berbohong mereka tidak selari dengan "attribute" asas Umno itu.
Umno memang tidak merasa apa-apa jika berbohong. Berbohong itu ada satu kewajipan bagi Umno. Jika kita hendak menunjukkan bagaimana Umno nya kita itu, kita mesti berbohong kerana itulah Umno.
Yang penting bagi sesiapa yang menyertai perhimpunan itu, mereka tahu yang jumlah kehadiran melebihi 300.000 orang. Yang kita tahu perhimpunan raksaksa itu dihadiri oleh setiap bangsa dan agama, yang tua dan yang muda serta para professional yang buat pertama kalinya bersama Bersih untuk merakamkan manifestasi dan keluhan rakyat tentang kekurangan dan kelemahan ketara yang menyelubungi SPRM.
Kita jangan respon kepada kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin Umno kerana mereka adalah dari kumpulan yang tidak boleh diyakini rakyat lagi. Jika angka kedatangan peserta yang melebihi 300,000 itu dikatakan hanya 22,000 orang maka tidak syak lagi Umno sudah begitu panik dan terpaksa berbohong dan menyorok ditempat yang terang.
Kita mesti memahami kenapa pemimpin Umno berbohong tentang isu kehadiran peserta perhimpunan itu. Umno tidak boleh hidup jika tidak semua pemimpin-pemimpinnya berbohong. Kalau tidak berbohong pemimpin-pemimpin Umno tidak akan lena tidur. Mereka akan berasa segar kembali apabila berbohong. Berbohong itu adalah ibarat julap dan sarapan bagi Umno dan pemimpinnya.
Masalahnya saya sudah lama betul tidak bertemu dengan Rais ini. Oleh kerana begitu lama tidak bertemu dengan beliau, rupa-rupanya beliau belum lagi berubah. Baru sekarang saya sedar dan mengakui yang Rais sudah terlalu sebati dengan pembohongannya. Mulut manis Rais itu lah yang membolehkan beliau kekal dalam kabinet Najib. Jangan kita ambil peduli dengan angka-angka yang beliau sebut itu.
Tetapi sebaliknya perhimpunan ulang tahun Umno ke66 baru-baru ini dikatakan oleh media arus perdana yang kehadiran perhimpunan  itu berjumlah 120,000 orang sedangkan jumlah sebenar kehadirannya hanyalah 65,000 orang sahaja. Jangan lawan mereka itu. Umno sebenarnya ibarat orang tua yang sakit. Semua orang mesti percaya dan menuruti kehendaknya. Kita jangan respon dan biarkan pemimpin mereka bercakap untuk membohongi diri sendiri. Apabila rakyat tidak mempercayai pembohongan mereka Umno bertindak pula untuk membohongi diri mereka sendiri… Mereka akan terus berbohong dan berbohong.
Tetapi pembohongan ini rasanya akan berakhir kerana selepas pilihanraya ini beliau tidak ada "premis" untuk berbohong lagi. Semasa itu nanti ramai orang Umno akan bertambah kurus bukan kerana hilang kuasa tetapi kerana semasa itu Umno akan menghadapi kesusahan kerana mereka sudah susah untuk berbohong lagi.
Sementara masih ada kuasa sikit-sikit ini teruskanlah berbohong itu dengan sepuas-puasnya. Selepas pilihanraya nanti mungkin tidak dapat lagi berbohong dengan sewenang-wenangnya. Berbohonglah banyak-banyak. Lagi pun kalau mereka cakap benar pun orang ramai akan menganggap mereka berbohong juga... sebab berbohong itu sudah sinonim dengan Umno. Umno itu bohong, bohong itu adalah Umno. — aspanaliasnet.blogspot.com

8 warga Pakistan saman Hishamuddin dan kerajaan RM40 juta

Posted: 23 May 2012 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lapan lelaki warga Pakistan, pada Rabu, memfail saman terhadap dua pengarah syarikat pengangkutan, menteri dalam negeri dan kerajaan Malaysia serta lapan yang lain bagi menuntut ganti rugi RM40 juta terhadap dakwaan antaranya dengan salah, menculik dan mengurung mereka.
Tuntutan ganti rugi itu juga atas kerosakan harta benda, penderaan, salah tangkapan dan ugutan.
Lapan plaintif itu ialah Rajid Ali, Rahman Sadieq, Waqar Ali Abdul Rahman, Abdul Samad, Akmal Hussain, Syed Waqar Ali, Khalid Hussain dan Imran Khan.
Mereka diwakili peguam Ravi Sodhi dan memfail saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Watsons Peters & Mohd Fuad.
Kesemua plaintif yang berusia antara 22 dan 41 tahun itu menamakan 12 defendan antaranya dua pengarah syarikat VK Transport Sdn Bhd iaitu N. Kuppan, 56, dan K. Homanath, 21, syarikat VK Transport Sdn Bhd, menteri dalam negeri, Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur, R. Jevan, 37, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa mereka disalah tangkap untuk tempoh 12 hari kerana disyaki melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mereka mendakwa insiden berkenaan menyebabkan mereka mengalami kerugian, kerosakan dan penderaan mental.
Mereka memohon ganti rugi sebanyak RM40 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan juga lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

Mahathir - PM ke 2 paling korup di dunia

Posted: 23 May 2012 12:39 AM PDT

Sepertimana yang dimahukan oleh rakyat, pembayar cukai dan pengundi telah membayar 'visi' Mahathir dalam bentuk perbelanjaan memperkayakan vendor yang dipilih di sepanjang pemerintahannya, semua dibayar oleh wang pembayar cukai atau rakyat. Korupsi Mahathir berdasarkan MAKLUMBALAS SOROS KEPADA MAHATHIR '- Diadaptasi dari Bangkok Post (Tidak diterbitkan di Malaysia)
Saya sentiasa berkata bahawa Dr Mahathir adalah ancaman kepada rakyatnya sendiri. Kini anda dapat melihat kesan kebodohan beliau apabila ringgit telah susut separuh nilainya dalam masa semalaman dan ekonomi merundum. Tindakannya telah menyebabkan kepayahan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia sendiri. Mahathir telah membina projek-projek mega yang tidak berguna pada kos yang sangat mahal bagi negara. Menara telekom di Kuala Lumpur dan bangunan tertinggi di dunia menunjukkan betapa bodoh kamu. Bukan sahaja ia menyebabkan kesesakan jalan raya, ia benar-benar tidak mempunyai sebarang tujuan. Jika anda memerlukan tanah tinggi untuk telekom antena gunung berdekatan di situ ada secara percuma.Menara ini tidak berguna kerana tingginya dari tanah hanya 300 meter. Satelit menjadikannya tidak perlu langsung. Seorang yang bodoh memang tidak pandai menjaga wangnya.

Perkara yang utama ialah anda memang bodoh dan adalah wang itu milik rakyat Malaysia. Anda memperolehi 20% dalam setiap projek, anda mempunyai hartanah di Jepun dan berbilion-bilion saham melalui rasuah telah diperolehi. Ketiga-tiga anak lelaki anda mempunyai harta bernilai 8 bilion USD. Di manakah mereka mendapat wang ini? Sudah tentu, rasuah. Anda dikenali sebagai Marcos Malaysia, memperkayakan diri sendiri sehingga berbilion ringgit. Anda berani untuk menitiskan air mata buaya semasa mesyuarat perwakilan UMNO mengenai gejala rasuah.Tetapi kamu adalah yang paling korup dianatra semua perdana menteri sebelumnya. Si pencuri menangis dan berharap rakyat akan memfokus kepada yang lain. Siapa yang berani untuk berkata apa-apa apabila ketua terperangkap dengan tangannya di dalam balang gula-gula?
Anda berkata kebijaksanaan bukan milik orang Barat sahaja. Begitu juga kebodohan. Anda mempunyai kebodohan yang lebih sehinggakan orang tidak akan percaya. Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina dua bangunan tinggi Petronas, bangunan yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab. Sebaliknya mereka hanya menambah kesesakan lalu lintas. Apa pula dengan kes mendapatkan semula 10 pulau di Kedah? Sama sekali tidak masuk akal dan bodoh. Sudah tentu faedah anda 20%. Dan jambatan di seberang dari Melaka ke Sumatera merentasi perairan antarabangsa? Mengapa tidak membina jambatan ke bulan? Saya pasti anda masih boleh mendapatkan 20% anda. Anda memanggil saya moron. Bagaimana moron boleh medapatkan begitu banyak wang. Dengan membenarkan jualan masa singkat dan meminjam berjuta-juta saham daripada bank, kami sebagai pengurus dana telah memperolehi berjuta-juta untung akibat kurangnya pengalaman dan peraturan-peraturan anda yang lemah. Anda kehilangan semua wang rakyat Malaysia, oleh itu andalah sebenarnya Moron.
Sekarang anda tahu sudah telambat untuk menyesal.
Dari diktator rasuah kepada IBM
Yang Terkecil Di Australia, anda dikenali sebagai egomaniak mulut jahat; di UK sebagai the perasuah haram jadah kerana pembelian bodoh studio filem dan loji kereta lumba Lotus bernilai 290 juta ringgit dan empangan Pergau hasil dari pinjaman tidak bijak dari pihak UK. Semua ini tidak berguna kepada kami tetapi anda masih mahukannya. Bagaimana pula dengan peristiwa membeli kapal selam rosak British melalui ejen anda, sudah tentu. Ejen atau broker diadakan untuk memperoleh berjuta-juta daripada kerajaan Malaysia. Pembelian anda sudah tentu kurang 50% lebih daripada apa yang anda bayar. Pembelian 9 hospital dari UK, arkitek kami tidak menyokong kesemua industri tempatan anda dan British menghantar peralatan perubatan yang telah usang. Reka bentuk yang teruk, dari satu hujung ke hujung yang lain adalah sejauh setengah kilometer dan tiada CT-scan, keperluan yang mustahak sekali. Di UK muka anda muncul dalam tidak kurang daripada 17 akhbar sebagai diktator yang korup. Di Malaysia, anda dikenali sebagai IBM (Mulut Tempayan antarabangsa ).
Di Jepun mereka memanggil anda 'otak kecil'. Di pulau-pulau Pasifik, 'Santa Claus' (memberi nasihat kiri dan kanan). Di Amerika Selatan, mereka memanggil anda 'burung nuri' (seorang bercakap banyak tetapi tidak tahu apa yang dicakapkannya). Di Manila 'Marcos yang masih hidup'. Di Malaysia, berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk menarik pelancong tetapi anda bercakap benda yang bukan-bukan sehingga menakut-nakutkan pelancong asing. Apabila dia senyap orang akan meragui sama ada dia bodoh, tetapi, apabila dia membuka mulutnya semua keraguan ini ternyata hilang.
Begitu hebat senarai salah laku anda
Walaupun saya bersetuju kebijaksanaan tidak dimonopoli Barat kesemuanya, namun tindakan anda tidak mencerminkan kebijaksanaan juga.
EAEC anda benar-benar mendapat sokongan malah di Asia sendiri. Dialog Selatan-Selatan Anda juga menemui nasib yang sama dan apa pula kisahnya dengan Jambatan dari Semenanjung Malaysia ke Sumatera yang merentasi sepanjang 20 kilometer laluan perkapalan Antarabangsa? Bagaimana seseorang menjadi sebegitu gila? Malah Jepun sekalipun tidak mempunyai wang sebanyak itu. Kebodohan ini seolah-olah lahir dari seorang individu sahaja- kamu. Koridor Raya Multimedia atau MSC yang merupakan konsep bodoh di Amerika Syarikat kerana kami rakyat Amerika telah lama mengetahui perkara itu lama sebelumnya. Walaupun boleh menjana wang, kita masih boleh meniru konsep ini bukan? Mengapa anda mahu membelanjakan wang hasil titik peluh untuk projek sia-sia? Ia akan menjadi seperti projek Bakun, terbengkalai dan menjadi satu lagi gajah putih.
Saya selalu berkata ahli-ahli politik tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan. Setiap menteri anda juga adalah ahli perniagaan dan hampir semuanya sedang sibuk menambah harta. Lihatlah Rafidah Aziz, yang dituduh menjual beribu-ribu Permit Import (AP) untuk setiap kereta bernilai 20-30 ribu ringgit Malaysia. Mengapa kerajaan anda tidak menjualnya supaya boleh mendapat wang? Dia telah memperolehi berjuta-juta saham yang untuk Bumiputera secara percuma sebelum dia bersetuju untuk menyenaraikan mereka. Lihatlah Selangor (bekas) Ketua Menteri yang mengumpulkan berjuta-juta untuk meluluskan bangunan tinggi daripada ahli perniagaan. Dia mempunyai harta berbilion-bilion ringgit. Malangnya dia ditangkap dengan beberapa juta wang saku di Australia. Setiap ketua menteri menganugerahkan projek tidak berguna kepada kroninya kemudian mengumpul gaji rahsia di sebelah.
Lembaga Pembangunan Tanah dan Lembaga Pembangunan Ekonomi digunakan untuk menyelamatkan kerugian yang dialami oleh ahli-ahli politik .Keuntungan menjadi hak mereka, kerugian akan ditanggung badan-badan Kerajaan. Bagaimana merapatkan jurang rakyat miskin apabila setiap projek disambar oleh ahli-ahli politik? Bagaimana negara anda boleh keluar daripada belenggu kemiskinan jika berbilion-bilion wang rasuahdibawa keluar dari negara ini. Lihatlah Ketua Menteri Sarawak yang menjual konsesi balak bernilai berbilion ringgit di bawah meja? Dia menjual setiap bidang tanah kerajaan kepada setia pengusaha tanpa tender; menggunakan syarikat-syarikat sendiri untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang lumayan; menjual tandatangan kelulusan bagi bayaran ' anda bayar saya luluskan '. Dia mempunyai 8 bilion USD tersimpan di luar negara. Beribu-ribu ekar tanah diberikan kepada satu atau dua syarikat manakala beribu-ribu orang miskin masih tinggal di rumah usang yang akan roboh, tiada air bekalan air bersih dan berak ke dalam sungai . Beribu-ribu ekar tanah dijual kepada syarikat untuk perladangan manakala orang asli tidak mempunyai walaupun satu ekar diatas nama mereka. Dia menjual pasir berhampiran pantai untuk satu syarikat dan kemudian meminta kerajaan membelanjakan berjuta-juta untuk melindungi pantai untuk mengelak hakisan berlaku. Dia kehilangan 300 juta wang kerajaan Sarawak apabila cuba mengeluarkan cip komputer. Dia telah membina pelabuhan di utara bandar di Sarawak di dalam air yang begitu cetek sehinggakan ia perlu pengorekan pada setiap tahun. Perdana Menteri yang membina lebuh raya tanpa tender, kroni akan mendapat kesepakatan untuk menaikkan harga dua kali ganda.
Landasan lapangan terbang Langkawi anda telah dibina dua kali ganda kos oleh syarikat anda sendiri, Ekran. Negara Malaysia telah hilang sekurang-kurangnya 30 bilion pada 10 tahun terakhir pemerintahan penuh rasuah anda. Satu bilion hilang dari pembelian pesawat perang Skyhawk hantu yang tidak seorang pun pernah lihat (adakah kapal-kapal ini masih di padang pasir Nevada, Amerika Syarikat?) 3 bilion hilang dari skandal timah London (anda fikir anda boleh menawan pasaran timah di London tanpa mengetahui Amerika mempunyai stok simpanan yang banyak! Kebodohan yang paling nyata. 6 bilion kilang keluli Perwaja , tiada siapa pun tahu ke mana wang itu pergi, skandal 3 bilion bank Bumiputra apabila George Tan menyogok semua pegawai bank untuk memberi pinjaman wang. Kehilangan 6 bilion pertukaran wang asing oleh Bank Negara (si bodoh tidak akan tahu menjaga wangnya) dan 6 bilion untuk membina tiga bangunan tertinggi di dunia (yang dibina oleh Jepun dan Korea dan perabot yang diimport dari Perancis - bukan Malaysia) dan 1 bilion hilang dari pembelian kapal perang British termasuk yuran yang dibayar kepada broker dan di bawah meja . Tambah 10 bilion yang anda curi dan 5 bilion yang diambil oleh para menteri.
PM kedua yang paling korup di dunia?
Pada tahun 1997 mesyuarat Dunia Wartawan mengundi Dr Mahathir Perdana sebagai Menteri Dekad Ini. Ia kedengaran aneh kepada semua sehinggalah ia diketahui bahawa orang-orang yang mengundi menentangnya diancam oleh pegawai Hasil akan pekerjaan mereka.
Di New York Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1997 yang mesyuarat, telah mengenalpasti Perdana Menteri yang paling korup dekad itu adalah Presiden Suharto dan kedua, Tun Dr Mahathir (Sebenarnya Dr Mahathir patut mengambil tempat pertama tetapi rasuah di Indonesia telah memungkinkannya mendapat penghormatan ini). Lima puluh ribu pelajar tempatan tidak diberi tempat di universiti di Malaysia tetapi cukup baik untuk mengisi tempat-tempat di luar negara menyebabkan Negara kehilangan berbilion-bilion dolar. British dan Australia berfikir kenapa begitu bodoh. Pelajar terbaik anda dihantar ke luar negara meningkatkan taraf mereka dan pada masa yang sama seperti dalam di kebanyakkan negara yang terbaik adalah berada di universiti tempatan dan yang ditolak dihantar ke luar negara. Seorang pelajar belajar universiti di Hong Kong yang jauh lebih berprestij berbanding rakan dari mana-mana universiti di Australia. Anda telah telah dijajah oleh British begitu lama sehingga anda tidak boleh mendidik rakyat kamu sendiri. Di Hong Kong atau Singapura, kurang daripada 5% pelajar meneruskan pengajian di luar negara. Semua wang dijimatkan. Negara anda dapat menjimatkan berbilion-bilion jika setiap pelajar di luar negara dipanggil semula ke universiti tempatan, dan pada masa yang sama meningkatkan taraf hidup negara. Rakyat kamu masih berjalan tanpa kasut, tanpa tanah ladang, tanpa rumah, mandi di sungai dan berak ke dalam lubang di dalam tanah, tanpa air dan elektrik.
Bandar anda merupakan hutan konkrit tanpa tanaman dan kawasan lapang. KL dipenuhi dengan kesesakan lalu lintas. Namun anda masih terus membina bangunan tinggi. Kamu perlu turun dari langit dan berhenti berkhayal dan tegas meletakkan kaki anda di atas tanah. Sekolah anda sempit dengan 500 orang pelajar dalam satu ekar dan beribu-ribu ekar diberi percuma kepada sesetengah ahli politik yang meninggalkan tanah mereka terbiar. Taman-taman anda sedang diambil oleh ahli-ahli politik untuk membina rumah kedai dan setiap menteri kabinet adalah seorang ahli perniagaan yang membina jalan raya hanya untuk 'tanah kroni-kroni mereka.
Moronic?
Rakyat Malaysia berdoa, "Ya Allah, kami bersyukur kerana dianugerahkan kayu balak, minyak dan tumbuhan, tetapi kemudian iblis dalam bentuk Mahathir yang tanpa otak dihantar kepada kami dan lihat, kami kembali seperti dahulu lagi. Jadi, ambillah Dr Mahathir untuk kembali ke neraka dan kami akan hidup dengan aman. "Di China hukuman menggelapkan 1000 dollars adalah ditembak. Dengan 8 bilion anda telah dicuri, anda akan ditembak 80 ribu kali. Sekarang anda mengetuai kempen anti-rasuah. Kita semua tahu apa yang pernah anda lakukan. Lihatlah diri anda di cermin. Anda melihat betapa teruknya kamu. Kemudian gunakan tangan kiri anda untuk menggari tangan kanan sendiri. Anda telah meletakkan pemimpin pembangkang dan anaknya di dalam penjara apabila mereka berkata di parlimen anda adalah PM terkaya di dunia. Dan rakan sekerjanya Encik Karpal Singh selama 2 tahun. Jadi, adakah saya akan mendapat ganjaran atau wang sogokan sekiranya sekarang saya katakan anda adalah PM paling daif di dunia ini? 3 orang anak anda duduk di atas lembaga pengarah lebih daripada 200 syarikat. Adakah mereka dididik di sekolah Harvard perniagaan untuk memperolehi kelebihan ini? Atau adakah ia kes "anda tidak kenal saya, anda tidak boleh berniaga di Malaysia ".
Berbilion ringgit wang Kumpulan Simpanan Pekerja dan Petronas serta dana awam digunakan untuk menyelamatkan anak-anak kamu yang mengalami kerugian apabila melabur dalam setiap yang anda fikir boleh menjana wang. Sungguh tidak beretika dan rasuah. Setiap ahli politik anda sedang mengetuai berpuluh-puluh syarikat yang membuat beribu-ribu duit tanpa sebarang usaha, meminjamkan nama VIP mereka untuk meminjam berjuta-juta dari bank-bank tempatan tanpa cagaran. Sekarang ia menjadi pinjaman tidak berbayar. Sekarang anda mahu 20 juta rakyat Malaysia mengorbankan kebodohan untuk seorang lelaki? Mengapa si bodoh tidak meletak jawatan dan mengakui dia mensia-siakan dan membolot wang yang paling banyak. saya boleh mengajar anda bagaimana meletakkan ekonomi anda di landasan yang betul tetapi pertama anda mesti meminta maaf kepada rakyat Malaysia.
Malaysia Chronicle menerima ini dalam email dan menerbitkannya dengan niat baik agar para pembaca boleh mengadili untuk diri mereka sendiri ketepatan dan keadilan artikel.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO CERAMAH BLOGGER KOBAT - TENTERA PENCEN JANGAN TAKUT

Posted: 23 May 2012 09:00 PM PDT

AKIBAT TIADA SAMBUTAN, ANTI BERSIH 4.0 HADIAHKAN KERETA LEMBU UNTUK CABUTAN BERTUAH

Posted: 23 May 2012 11:09 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

BETAPA terujanya puak-puak lembu untuk melihat kerja bodoh mereka berdemo di hadapan rumah Ambiga mendapat sokongan ramai rakyat jelata sehinggakan sanggup mereka membuang duit jutaan ringgit mengadakan cabutan bertuah kepada pengunjung-pengunjung Face Book Anti BERSIH yang mereka gelar BERSIH 4.0.  Baca SINI.

Cabutan bertuah itu bukan menghadiahkan lembu, tetapi menghadiahkan kereta mewah.  Bayangkan sehingga ke tahap itu puak-puak lembu kondo ini sanggup berkorban kerana mereka telah melihat setelah beberapa lama mereka menjadi lembu yang berkeliaran di hadapan rumah Ambiga, tiada sambutan pun dari rakyat.  Maka, tiada cara lain melainkan mengikut perangai Najib iaitu upah mesti diberi jika mahu ramai orang.  

Jangan ditanya siapa yang sponsor hadiah kereta itu kerana semua sudah tahu mereka ini terdiri dari puak-puak yang kaya raya kerana wang RM250 juta yang dicuri itu masih belum dikembalikan.  Wang sebanyak itu, tidak hairan setakat dua atau tiga biji kereta mewah kerana beberapa biji kondo pun boleh dibeli termasuk beberapa bidang tanah.  

Cumanya, terbayang oleh kita betapa ruginya wang itu dikeluarkan hanya untuk cabutan bertuah bagi mendapatkan sokongan kepada kerja-kerja sia-sia seperti berhimpun di hadapan rumah orang sambil menikmati tarian goyang punggung oleh bekas-bekas askar bengap yang tidak bermoral itu.  Alangkah baiknya wang itu digunakan untuk menderma kepada beberapa Tabung pembiayaan penyakit kanak-kanak kalaupun mereka tidak mahu gunakan wang tersebut untuk membayar kos penerbangan Zahid Hamidi ke Perancis nanti.  Bukankah Zahid Hamidi mengeluh tiada tambang untuk ke Perancis?

Kesihan mereka.  Berbagai cara telah mereka lakukan untuk mendapat simpati rakyat agar bersama-sama mereka melakukan kerja bodoh itu.  Kita ucapkan tahniah kepada DBKL kerana memberikan kerjasama kepada mereka ini dan mungkin anggota-anggota DBKL juga boleh mencuba nasib untuk mendapatkan hadiah kereta lembu berkenaan./wfauzdin.blogspot.com

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Perjanjian perdagangan bebas dengan Australia disembunyi

Posted: 23 May 2012 07:20 AM PDT


Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Australia pada 22 Mei lalu. Bagaimanapun Parlimen dan rakyat tidak diberitahu mengenainya.
FTA ditentang di banyak negara

Hal itu, menurut Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, membangkitkan pelbagai tandatanya. Katanya, ahli parlimen sepatutnya dirundingi mengenai perjanjian tersebut sebelum ditandatangani oleh kedua-dua negara.

"PKR tidak menentang perjanjian perdagangan yang memberi kebaikan kepada kedua-dua negara namun prosesnya perlulah telus.

"Syarat perjanjian FTA ini tidak pernah dibincangkan di Parlimen mahu pun forum terbuka. Kita hanya tahu mengenainya daripada sumber dalaman kerajaan.

"Ketiadaan ketelusan mendedahkan perincian sebelum FTA ditandatangani dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan
Fuziah

Katanya lagi, berdasarkan FTA di negara lain akan terdapat indusri tempatan yang terjejas dan perkara itu hendaklah dimaklumkan oleh kerajaan

"Adakah industri tempatan terjejas? Dalam kes Lynas pula FTA mungkin pada masa depan akan mengundang industri yang lebih merbahaya dari Australia untuk dioperasikan di negara ini

"Kita menyeru Kementerian Perdagangan mendedahkan butir kandungan perjanjian ini bagi memberi ketelusan dan menerangkan adakah FTA ini akan memberi kesan kepada projek Lynas (dari Australia) di Gebeng," akhirinya.

HUDOH LA HANG NIH....

Posted: 23 May 2012 06:59 AM PDT

Posted: 23 May 2012 06:45 AM PDT

Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN) jawatankuasa pemandu diwakili lebih daripada 20 NGO India mengutuk keras serangan peribadi ke atas Pengerusi BERSIH S.Ambiga baru-baru ini.  S.Ambiga adalah bekas Presiden Majlis Peguam yang terpuji kerana mempunyai rekod yang cemerlang dalam memperjuangkan hak asasi manusia.  Majoriti rakyat Malaysia inginkan Pilihan raya yang bersih dan adil, ini bermakna keseluruhan rakyat Malaysia menyokong penuh dan keputusan ini adalah kehendak rakyat sendiri.

Persoalannya:-

1. Warga AMAN membidas DBKL gagal bertindak terhadap protes gerai burger tanpa lesen.  Setakat ini tidak ada saman dikeluarkan oleh DBKL, malahan ada gambar dan rakaman video menunjukkan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang bertanggungjawab.

2. Warga AMAN juga membidas DBKL kerana tidak mengambil sebarang tindakan / tiada saman dikeluarkan ke atas perbuatan vandalisme yang merosakan harta benda awan oleh kumpulan peniaga daripada Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) dengan mengecat kuning tapak petak gerai atas di sepanjang jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara.  Sebaliknya pihak DBKL mengecat kembali jalan itu dengan warna hitam.

3. Warga AMAN kesal di atas sikap pihak polis dan pihak DBKL yang bertugas di perkarangan rumah S.Ambiga tidak mengambil sebarang tindakan perbuatan vandalisme yang berlaku di depan mata.  Padahal iklan-iklan yang tidak mempunyai permit dan lesen, pihak berkuasa mengambil tindakan dengan segera.

4. Warga AMAN mengesa Datuk Bandar DBKL Ahmad Fuad Ismail and pihak polis mengambil tindakan segera terhadap pihak yang bertanggungjawab.  Jika pihak polis gagal mengambil tindakan ke atas protes "gerai pasar malam" maka Warga AMAN akan berkumpul secara aman depan Bukit AMAN mengadakan perhimpunan dan vigil (nyalaan lilin).

*Kenyataan media oleh S.Barathidasan (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung Warga AMAN.

Pertumbuhan ekonomi suku pertama 2012 pada kadar 4.7%

Posted: 23 May 2012 06:43 AM PDT

PERKEMBANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN DI MALAYSIA PADA SUKU PERTAMA 2012

TINJAUAN KESELURUHAN

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang sederhana pada suku pertama

Ekonomi global berkembang pada kadar yang lebih perlahan pada suku pertama 2012.  Meskipun pertumbuhan bertambah baik di Amerika Syarikat (AS), beberapa ekonomi Eropah telah dilanda kemelesetan.  Di Asia, aktiviti ekonomi terus berkembang, meskipun pada kadar yang sederhana, disebabkan pertumbuhan eksport yang lebih perlahan pada suku itu.  Permintaan dalam negeri terus menyokong aktiviti ekonomi. Meskipun persekitaran luaran mencabar, pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mampan pada kadar 4.7% (S4 11: 5.2%).  Permintaan dalam negeri kekal teguh, disokong oleh kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh sektor swasta dan awam, manakala pertumbuhan eksport telah menjadi sederhana berikutan permintaan luar negeri yang lebih lemah.  Dari segi penawaran, pertumbuhan dalam kebanyakan sektor utama ekonomi terus mencatat pertumbuhan yang sederhana pada suku pertama 2012.  Ini disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih sederhana dalam aktiviti yang berorientasikan eksport telah lebih daripada mengimbangi pertumbuhan yang mampan dalam aktiviti berorientasikan dalam negeri.

Permintaan dalam negeri kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan sebanyak 9.6% (S4 11: 10.4%).  Pertumbuhan penggunaan swasta kekal kukuh pada 7.4% (S4 11: 7.3%), disokong terutamanya oleh peningkatan pendapatan yang berterusan dan keadaan pasaran pekerja yang stabil serta diperkukuh oleh harga komoditi yang tinggi, sentimen pengguna yang bertambah baik, dan pemberian bantuan kewangan daripada program sokongan pendapatan.  Penggunaan awam meningkat sebanyak 5.9% (S4 11: 22.9%) dalam keadaan pengembangan yang berterusan dalam perbelanjaan emolumen serta bekalan dan perkhidmatan.  Pembentukan Modal Tetap Kasar meningkat pada kadar yang lebih cepat sebanyak 16.1% (S4 11: 8.4%), disokong oleh perbelanjaan modal dalam sektor awam dan swasta.

Pelaburan swasta berkembang dengan kukuh, disokong oleh pelaksanaan projek pelaburan, terutamanya dalam sektor minyak dan gas.  Bagi pelaburan awam, perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan telah disalurkan terutamanya ke dalam sektor perdagangan dan perindustrian, dan kemudahan awam, manakala perbelanjaan modal oleh perusahaan awam bukan kewangan disalurkan terutamanya ke dalam sektor pengangkutan dan perlombongan.

Dari segi penawaran, pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan terus menjadi sederhana pada suku pertama, mencerminkan pertumbuhan yang lebih sederhana dalam aktiviti berkaitan perdagangan serta pertumbuhan yang berterusan dalam aktiviti berkaitan dalam negeri.  Pertumbuhan dalam sektor pembinaan bertambah kukuh, disokong oleh pelaksanaan projek-projek kejuruteraan awam dan pembangunan projek kediaman.  Sektor pertanian menjadi sederhana disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit mentah dan getah yang lebih perlahan, manakala pengeluaran sektor perlombongan berubah arah untuk mencatat pertumbuhan yang kecil.

Kadar inflasi, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), menjadi sederhana kepada 2.3% pada suku pertama 2012 (S4 11: 3.2%).  Inflasi dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol adalah lebih rendah disebabkan terutamanya oleh kenaikan yang lebih kecil dalam harga daging dan penurunan dalam harga sayur-sayuran.  Inflasi dalam kategori pengangkutan menjadi sederhana memandangkan kesan daripada penyelarasan harga petrol RON97 pada bulan Januari dan Februari 2011 semakin berkurang.

Dalam sektor luaran, lebihan akaun semasa lebih rendah pada suku pertama, tetapi jumlahnya kekal besar pada RM18.1 bilion, bersamaan dengan 8.4% daripada PNK. Lebihan yang lebih rendah mencerminkan lebihan barangan yang lebih kecil dan aliran keluar pendapatan yang lebih besar. Lebihan barangan lebih rendah kepada RM32 bilion disebabkan oleh pertumbuhan import mengatasi eksport.

Akaun kewangan mencatat aliran keluar bersih yang lebih besar sebanyak RM10.3 bilion pada suku pertama (S4 11:-RM0.2 bilion), disebabkan terutamanya oleh aliran keluar bersih dalam pelaburan lain yang lebih daripada mengimbangi aliran masuk dana portfolio asing yang besar.  FDI terus meningkat kepada RM7.5 bilion (S4 11: + RM6.5 bilion) pada suku pertama, disokong oleh aliran masuk modal ekuiti yang lebih besar dan pendapatan tertahan yang lebih tinggi oleh syarikat-syarikat multinasional (MNC) yang sedang beroperasi di Malaysia.  Pelaburan langsung di luar negeri oleh syarikat-syarikat Malaysia terus meningkat kepada RM16.9 bilion pada suku pertama (S4 11:-RM14.7 bilion), mencerminkan pemberian pinjaman antara syarikat dalam jumlah yang lebih besar kepada syarikat subsidiari di luar negeri serta aliran keluar modal ekuiti yang lebih tinggi.

Imbangan pembayaran secara keseluruhan telah berubah arah untuk mencatat defisit sebanyak RM7.2 bilion pada suku pertama (S4 11: + RM6.2 bilion), berikutan lebihan akaun semasa yang lebih rendah dan aliran keluar bersih daripada akaun kewangan yang lebih tinggi.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM416.1 bilion (bersamaan dengan USD135.7 bilion) pada 30 Mac 2012.  Paras rizab ini telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi pengurangan nilai disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing, berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan beberapa mata wang utama dan serantau pada suku itu. Pada 15 Mei 2012, kedudukan rizab berjumlah RM417.5 bilion (bersamaan dengan USD136.1 bilion), memadai untuk membiayai 9.3 bulan import tertangguh dan ialah 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Dasar monetari terus menyokong kegiatan ekonomi

Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.00% pada suku pertama 2012. Paras semasa OPR ini mencerminkan keadaan monetari yang terus menyokong kegiatan ekonomi negara.

Dengan OPR yang tidak berubah ini, kadar antara bank purata bagi semua tempoh matang adalah secara relatif stabil.  Dari segi kadar faedah runcit, kadar deposit tetap (fixed deposit, FD) disebut purata bank perdagangan stabil pada suku pertama 2012. Kadar pinjaman asas (base lending rate, BLR) purata bank perdagangan tidak berubah pada 6.53% sepanjang suku itu.  Kadar pinjaman purata (average lending rate, ALR) berwajaran bagi pinjaman terkumpul kekal stabil pada 5.63% pada akhir bulan Mac 2012 (akhir Disember 2011: 5.66%).  Kos peminjaman bagi sektor perniagaan dan isi rumah masih di bawah paras sebelum krisis.

Pada suku pertama, jumlah pembiayaan kasar yang diperoleh sektor swasta melalui sistem perbankan dan pasaran modal meningkat kepada RM259.9 bilion (S4 11: RM240.6 bilion).  Pembiayaan yang lebih tinggi itu disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam terbitan sekuriti hutang swasta (private debt securities, PDS) bersih. Pada asas bersih, pinjaman sistem perbankan dan PDS terkumpul berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 13.3% pada akhir bulan Mac (S4 11: 12.5%).

Dana bersih yang diperoleh dalam pasaran modal meningkat kepada RM43.5 bilion pada suku pertama (S4 11: RM19.4 bilion).  Sebahagian besar dana diperoleh sektor swasta terutamanya melalui terbitan sekuriti hutang swasta.  Selepas pelarasan bagi penebusan, dana bersih yang diperoleh sektor swasta berjumlah RM29.8 bilion (S4 11: 3.5 bilion).  Dalam sektor awam, perolehan dana bersih berjumlah RM13.6 bilion (S4 2011: RM15.9 bilion).

Agregat monetari terus berkembang pada suku pertama.  Wang secara luas atau M3 berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan 15% pada akhir bulan Mac (akhir bulan Disember 2011: 14.4%), mencerminkan pemberian kredit yang berterusan kepada sektor swasta.

Ringgit menambah nilai sebanyak 3.6% berbanding dengan dolar AS pada suku pertama 2012, sejajar dengan trend mata wang serantau lain.  Data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan, terutamanya di Amerika Syarikat, telah menyebabkan peningkatan dalam keyakinan para pelabur dan minat yang kembali pulih terhadap aset kewangan di rantau ini.  Berbanding dengan mata wang utama lain, ringgit menambah nilai berbanding dengan yen Jepun (9.5%) dan euro (0.4%), tetapi menyusut nilai berbanding dengan paun sterling (-0.1%).  Ringgit juga bertambah kukuh berbanding dengan mata wang serantau lain dalam julat 0.1% hingga 3.8%.  Pada tempoh 1 April hingga 21 Mei 2012, ringgit menambah nilai berbanding dengan euro (2.3%), tetapi menyusut nilai berbanding dengan yen Jepun (-5.4%), dolar AS (-2.0%) dan paun sterling (-1.1%).  Berbanding dengan mata wang serantau, ringgit menambah nilai berbanding dengan won Korea (0.7%), tetapi menyusut nilai berbanding dengan baht Thailand, dolar Singapura, rupiah Indonesia, dan peso Filipina dan renminbi China antara -0.6% hingga -1.6%.

Risiko kepada kestabilan kewangan terus terkawal

Kestabilan kewangan kekal kukuh sepanjang suku pertama 2012, disokong oleh institusi kewangan yang teguh dan keadaan pasaran kewangan yang terurus.  Pengantaraan kewangan yang terus berfungsi dengan berkesan telah menyediakan persekitaran yang diperlukan untuk kegiatan ekonomi.

Sektor perbankan kekal berdaya tahan pada suku pertama 2012 dan terus mengekalkan kedudukan penampan kehematan, keuntungan dan mudah tunai yang kukuh.  Nisbah modal teras dan nisbah modal berwajaran risiko sistem perbankan kekal teguh masing-masing pada 13.0% dan 14.7%.  Di samping itu, sektor insurans kekal berdaya tahan dengan nisbah kecukupan modal yang kukuh sebanyak 224.8%.

Ekonomi akan terus pulih pada kadar yang sederhana tetapi masih wujud risiko pertumbuhan yang lebih perlahan


Melangkah ke hadapan, krisis hutang kerajaan di Eropah masih memberikan risiko kepada ekonomi global. Harga minyak yang tinggi secara berterusan, yang didorong terutamanya oleh ketegangan geopolitik, menambah lagi ketidakpastian dalam persekitaran global.  Walau bagaimanapun, pemulihan yang berterusan secara beransur-ansur di AS dijangka mencerahkan lagi prospek pertumbuhan global.  Bagi Asia, walaupun kegiatan ekonomi mungkin terjejas oleh perkembangan luaran, pertumbuhan dijangka terus disokong oleh asas-asas ekonomi makro dalam negeri yang kukuh serta dasar yang fleksibel.

Bagi ekonomi Malaysia, meskipun persekitaran luaran yang mencabar masih memberikan risiko kepada prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia, permintaan dalam negeri dijangka kekal berdaya tahan.  Perbelanjaan sektor swasta yang terus meningkat, dan disokong pula oleh perbelanjaan sektor awam, dijangka dapat menyokong prestasi pertumbuhan secara keseluruhan.

*Siaran media oleh Bank Negara Malaysia.

Kerajaan saman 10 AJK BERSIH, tuntut ganti rugi khas RM122 ribu

Posted: 23 May 2012 06:42 AM PDT

Kerajaan Persekutuan telah memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu BERSIH, S. Ambiga dan 9 orang jawatankuasa pemandu yang lain, menuntut ganti rugi khas sejumlah RM122 ribu, lantaran daripada kerosakan harta benda yang ditanggung kerajaan Malaysia.

S Ambiga bersama 9 orang AJK Pemandu yang lain dituduh mengingkari tugas dan tanggungjawab statutori di bawah seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 serta cuai menjalankan tugas mereka sehingga menyebabkan kerosakan harta benda Plaintif, iaitu kerajaan Malaysia.

Senarai AJK yang disaman termasuklah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah b. Mohamed, K.Arumugam, Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Ahmad Farouk, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.  Bagaimanapun, Pengerusi Bersama BERSIH, iaitu A.Samad, dan seorang lagi AJK Hishamuddin Rais, tidak disenaraikan sebagai defenden.
Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah agar kesemua defenden menghadirkan diri dalam tempoh 12 hari selepas penyampaian writ ini ke atas mereka (termasuk hari penyampaian).
Menurut writ saman yang dikeluarkan, "perhimpunan tersebut (BERSIH 3.0 pada 28 April 2012) menjadi tidak aman kerana peserta-peserta perhimpunan tersebut telah merempuh halangan/sekatan dan telah menyebabkan kerosakan harta benda".
Plaintif, iaitu pihak kerajaan persekutuan Malaysia memetik seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), bahawa defenden mempunyai tanggungjawab antara lainnya untuk memastikan bahawa perhimpunan yang diadakan tidak akan menyebabkan kerosakan harta benda.  Plaintif menegaskan bahawa defenden-defenden telah gagal untuk melaksanakan tugas dan/atau tanggungjawab statutori tersebut apabila perhimpunan tersebut menjadi tidak terkawal dan bertukar menjadi rusuhan dan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan-kenderaan milik plaintif.
Writ saman tersebut seterusnya menyenaraikan 15 butiran kos kerosakan kenderaan plaintif, dengan tuntutan ganti rugi khas sejumlah RM122,000, ditafsir oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).  Selain itu, plaintif juga menuntut agar defenden membuat satu deklarasi bahawa defenden sebagai penganjur telah mengingkari seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, ganti rugi am, faedah dan ganti rugi khas atas kadar 4% setahun dikira daripada tarikh saman dan pernyataan tuntutan difailkan sehingga tarikh penghakiman dan sebagainya.
Butiran kecuaian defenden yang disenaraikan termasuklah:-
1.Membawa peserta perhimpunan yang terlalu ramai tetapi gagal untuk mewujudkan/mengadakan kawalan yang efektif dan secukupnya;
2. Gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman; dan
3. Gagal melantik bilangan orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur.

DEBAT RAFIZI KHAIRY

Posted: 23 May 2012 06:40 AM PDT