Ahad, 13 Mei 2012

bumiperak

bumiperak


GEMPAR: Nizar muncul ktika Ceramah Umno!

Posted: 13 May 2012 05:23 PM PDT

KAMPAR 13 Mei -Malam tadi, YB UMNO yang sedang sibuk lantang menghentam DS Nizar Jamaluddin dalam Ceramahnya yang berjudul "NIZAR PEMBOHONG BERSIRI", terkedu & agak tergamam bila tiba-tiba Dato Seri Nizar datang duduk di meja utama ceramah tersebut...

Kejadian berlaku di Kpg Tualang Sekah, Malim Nawar yang turut dihadiri Exco UMNO Dato Sa'arani Mohamad dan pemimpin lain UMNO Negeri Perak.

Selamba jer YB Nizar, siap senyum lagi depan penyokong UMNO berbanding muka dua orang penceramah UMNO yang buat muka "bengang" dengan kehadiran tidak dijangka oleh YB Nizar malam tadi. Baru tepat dengan tajuk ceramah dan batang tubuh orangnya. Lepas ni kita mintak ramai2 wakil Pakatan Rakyat hadir ke setiap siri Ceramah UMNO kita tengok macam mana penceramah UMNO yang kaki fitnah nak berdepan dengan keadaan macam ni.

Tahniah Nizar, Yeop memang Anak Jantan...!!!

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Himpunan Pekerja anjuran Pakatan Rakyat malam tadi kena boikot?

Posted: 13 May 2012 09:23 PM PDT

PASCA BERSIH 3.0 DAN PERHIMPUNAN RASAKSA UMNO 66 TAHUN....PANAS.. PANAS.. PANAS MENDIDIH!!!... KINI GOLONGAN PEKERJA TOLAK KEPIMPINAN DSAI DAN PAKATAN RAKYAT....HIMPUNAN PEKERJA DISTADIUM MELAWATI ANJURAN PAKATAN RAKYAT KENA BOIKOT...LENGANG, SUNYI SEPI DAN HAMBAR!!!

Pergh!!!! sungguh dahsyat pukulan maut yang diterima Pakatan Rakyat terutama siri ceramah DSAI beb!!....memang sungguh berkesan propaganda UMNO serang DSAI dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat....ayat-ayat seperti komunis, pengganas, mau menggulingkan kerajaan secara revolusi, abaikan kaum pekerja, tidak tunai janji, kaki seks luar tabiee, agen asing, anak tanggang moden, tolak individu bernama anwar ibrahim (TIBAI) dll, termakan oleh rakyat..

Kini giliran para pekerja pula bangkit dan boikot DSAI dan Pakatan Rakyat...mereka sudah selesa dengan janji Najib Razak gaji minima RM900 yang akan dilaksanakan selepas PRU 13 walaupun PR sudah up RM200 menjadi RM1,100....para pekerja sanggup kerugian RM200 sebulan demi menyokong dan dakap erat UMNO kerana kepimpinan Najib Razak dan Rosmah Mansor yang dikatakan cukup luar biasa dan terhebat dalam dunia kini..

Himpunan Hari pekerja anjuran Selangor Ku di Stadium Melawati Shah Alam sebagai bukti....stadium kosong, lengang, sunyi sepi dan amat hambar....tiada seorang pekerja pun yang datang beb!!....mereka dah muak dengan janji-janji PR sepertimana kata Najib Razak..

Nampak gaya, kalau begini sambutan diterima PR terus menerus.. alamatnya maka benarlah kata-kata ramalan para pemimpin UMNO.. semua negeri akan jatuh ketangan UMNO/BN malahan tidak silap kasyaf Hasan Aqidah Ali, tiada satu undi pun diperolehi oleh calon-calon Pakatan Rakyat..


PSSTT... SEMOGA ARTIKEL INI AKAN MEMBAWA SENYUMAN DAN KELEGAAN KEPADA PARA PEMIMPIN UMNO... [Harakah]

DS Nizar terjah ceramah UMporNo

Posted: 13 May 2012 08:03 PM PDT

?

Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'.

Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.

Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man. 

Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata.
Sumber > PASPB

[Gambar] Sekitar Demo Aman Hapuskan Tol di Plaza Tol Bt 3 Shah Alam

Posted: 13 May 2012 03:19 AM PDT


(Oleh: Sidiqin Omar)
SHAH ALAM 13 Mei: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, lebih 25 tahun rakyat Selangor dan Lembah Klang dibebankan dengan bayaran di kedua plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
Beliau berkata, meskipun Selangor  terkaya di Malaysia, namun plaza tol yang banyak di negeri itu, membebankan pengguna jalan raya, khasnya golongan muda.
Jelas Azmizam, kos perjalanan pergi balik Shah Alam-Kuala Lumpur bagi kedua-dua tol itu berjumlah RM 4.20, yang membebankan kira-kira 120,000 pengguna  kenderaan setiap hari.
"Sedangkan kos pembinaannya berjumlah RM357 juta. Telah 25 tahun syarikat konsesi membuat kutipan. Saya rasa sudah cukup lama. Kedua tol ini mesti dimansuhkan," tegas beliau.
Sehubungan itu beliau menyeru supaya perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendengar bantahan mereka dan menutup dua plaza tol berkenaan.
"Kalau betul Najib kata nak dahulukan rakyat, sila mansuhkan kedua tol ini.
"Kami cabar Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat. Mana-mana parti yang tidak sokong tuntutan untuk memansuhkan tol, akan ditolak dalam pilihan raya umum ke-13," tegasnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan melancarkan kempen mansuh Tol PJS di Lebuhraya Pantai Baru dalam masa terdekat.
"Ini adalah permulaan kempen bagi memansuhkan semua tol di semua lebuh raya di negara ini," tegasnya.