Khamis, 26 April 2012

bumiperak

bumiperak


Semasa di Dataran Merdeka

Posted: 26 Apr 2012 08:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 April: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula menutup sekeliling Dataran Merdeka bermula jam empat pagi tadi.

Menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, kira-kira 30 mahasiswa termasuk orang awam lain yang berada di padang dihalau keluar oleh penguatkuasa DBKL sebelum sekeliling padang diletakkan pagar besi dan penghadang.

"Kami cakap pada DBKL, notis mengosongkan Dataran Merdeka jam enam pagi, kenapa jam empat pagi dah halau. Kami kata, kami cuma duduk, tak buat apa-apa pun. Tapi DBKL minta kami keluar juga," katanya kepada Harakahdaily.

Selepas dihalau keluar, mereka berkumpul dan meletakkan barang-barang di seberang jalan, bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Mereka merupakan sebahagian daripada mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) dan pendidikan percuma sejak 14 April lalu.

Mereka bertekad untuk kekal di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan Bersih 3.0, esok.

Bagaimanapun DBKL semalam mengeluarkan kenyataan akan menutup Dataran Merdeka bermula jam enam pagi ini sehingga enam pagi Ahad daripada sebarang aktiviti.

Penutupan itu dibuat selepas DBKL mengeluarkan kenyataan melarang Gabungan Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan "Duduk Bantah" di Dataran Merdeka.

Tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati, sebanyak tiga buah lori DBKL dan beberapa buah kereta polis berada di tepi jalan.

Manakala belasan anggota DBKL kelihatan mengawal keadaan sekitar.
Menurut Safwan juga, mahasiswa akan berada di sekitar Dataran Merdeka sehingga esok.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan semalam memberitahu akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuatkuasa 6 pagi ini sehingga 6 pagi Ahad.

Nizar menghasut, fitnah ATM?

Posted: 26 Apr 2012 01:29 AM PDT

Ceramah Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dalam ceramahnya pada 23 April lalu di Desa Pengkalan, Ipoh menimbulkan polimik dan kontroversi. Bernama melaporkan Nizar mendakwa ada pertemuan Perdana Menteri dengan Panglima angkatan tentera meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Dikatakan sesuatu yang belum terjadi maksud akan datang Tentera tidak akan ambil bersetuju mematuhi arahan PM untuk mengambil tindakan ketenteraan. Maka dengan itu Nizar dituduh "bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej perdana menteri serta ATM."

Rentetan dari itu Panglima ATM jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin pada sidang akhbar akan mahu kenyataan itu ditarik balik dan tindakan lanjut perlu diambil oleh polis.

Jadi cubalah faham ketika itu "Barisan Nasional tumbang" dan amalan demokrasi dimana peranan ATM yang sentiasa mendukung perlembagaan dan amalan bersikap professional menghormati kerajaan pilihan rakyat. -BP