Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Nasib rakyat Malaysia di tangan warga asing ... ada Najib kisah? .. mampuih pi la kat hampa, janji aku terus berkuasa!!!!

Posted: 23 Apr 2012 10:11 PM PDT

KOTA KINABALU, 24 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dibidas kerana tidak bertindak berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagaimana yang telah diluluskan oleh Parlimen melalui laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) baru-baru ini.

Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu berkata, sikap Najib yang tidak berani mewujudkan RCI itu adalah disebabkan kekhuatiran kerajaan Barisan Nasional sendiri terhadap siasatan tersebut yang boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

"Masalah pendatang asing tanpa izin di dalam negara ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat sepertimana yang telah didengar di Parlimen baru-baru ini.  ... sesterusnya DI SINI

Ibu segala pertarungan - Bersih 3.0 vs Ulangtahun Umno ke 66

Posted: 23 Apr 2012 09:23 PM PDT

Nampaknya Perdana Menteri Najib Razak telah membuat keputusan untuk memerangi Bersih 3.0 habis-habisan, seperti yang dilakukannya kepada perhimpunan Bersih 2.0 tahun lepas. Sekali lagi ia adalah percubaan untuk menunjukkan pada Negara tetapi kali ini ia semakin memuncak kerana Umno bakal meraikan ulangtahun ke 66 yang bakal bermula dari 1 ke 13 May.
Sudah ada samseng dituduh diupah Umno menggertak dan memukul pelajar yang memprotes, pelajar perempuan juga dikasari. Ini juga berikutan Majlis bandaraya Kuala Lumpur yang enggan memberi Bersih 3.0 kelulusan mengadakan protes di Dataran Merdeka.
Seperti yang dijangka, polis menunggu dan memerhatikan, tidak melakukan apa-apa untuk menghalang samseng walaupun KPN telah mengugut untuk mengambil tindakan yang keras ke atas mereka yang melanggar undang-undang. Mesej KPN, Ismail Omar nampaknya hanya bagi mereka yang tidak menyokong Umno dan BN.
Upacara bersejarah menghentikan jam Parlimen sebagai simbol meluluskan 9 akta juga telah menaikkan kebimbangan. Apa yang berlaku adalah klausa yang tersembunyi yang mahu diluluskan oleh BN untuk menggukuhkan lagi kuasanya sebelum pilihanraya umum ke 13. Mungkin juga BN mahu melupuskan banyak perkara sebelum membubarkan Parlimen.

Masa yang paling dinantikan
Kerana terlalu tergesa-gesa meluluskan akta, ini telah mewujudkan spekulasi Najib akan membubarkan Parlimen pada 23 April, tapi Dewan Negara dijangka akan mengadakan persidangan pada 10 May untuk meluluskan undang-undang atau ia perlu dibahas semula, namun khabar angin ini terbukti palsu.
Pemerhati menjangka bahawa Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa antara 16 May ke 23 May dan pilihanraya akan diadakan antara 9 ke 18 Jun.
Ini akan dilaksanakan juga walaupun ada cakap-cakap yang mengatakan beberapa pemimpin tertinggi Umno, menteri luar Bandar, Shafie Apdal merupakan yang paling baru terlibat dalam skandal seks manakala Najib pula telah berjaya menyenaraikan dirinya sebagai saksi di mahkamah Perancis bagi perbicaraan Scorpenes.
Menambah kepada masalah Najib adalah tindakan ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang pada awal minggu ini menaikkan kemarahan Umno apabila dia mengumumkan yang Selangor tidak akan mengadakan piliharaya pada masa yang sama dengan PRU ke-13. Tidak sehingga audit bagi proses pilihanraya dilakukan, kata Anwar.
"Saya rasa Najib akan mengadakannya pada pertengahan Jun. Bagi Selangor, daftar pemilih telah diganggu dan ini menjadikannya gila untuk mengikut sahaja kehendak Umno. Apa jua alasan, ,mereka akan menuntut pembaharuan," kata timbalan presiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
Memang ini akan melemahkan jentera Najib. Walaupun dia memenangi PRU ke 13, tanpa Selangor dalam tangan, dia mungkin akan disingkirkan pada pemilihan Umno. Bagi Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan pula, ketua menteri di tiga negeri ini belum membuat keputusan lagi. Mereka mungkin atau tidak akan mengikut jejak langkah Selangor.
Masa untuk ubah pikiran
Salah satu sebab yang dinyatakan kenapa Najib akan mengadakan pilihanraya dengan cepat adalah kerana Umno telah kekurangan dana selepas menggunakan banyak wang untuk mendapatkan undi pasa PRU ke 13.
Satu lagi alasan adalah Najib mesti mengadakan PRU ini sebelum pemilihan parti Umno yang akan diadakan pada bulan Oktober. Alasannya adalah panglima Parti (ketua bahagian dan cawangan) mahu mendapatkan dana yang disediakan untuk menjalankan jentera pilihanraya. Jika mereka menunggu selepas pemilihan Umno, mereka mungkin akan disingkirkan kerana kehilangan keupayaan untuk menyogok akan juga menghancurkan harapan mereka untuk mensabotaj peluang BN pada PRU ke 13 nanti.
Jika diambil kira semua, Najib mempunyai ruang utuk uubah fikiran
Kerajaan masih boleh menaikkan bon awam untuk kekal, muflis belum tiba walaupun kemungkinan itu tetap ada. Malah, PRU ke 13 mungkin bukanlah yang paling kotor tetapi ia tetap akan menjadi yang paling mahal. Ada yang berkata, berbilion ribu akan digunakan dan mereka ini merujuk kepada apa yang dikawal kerajaan dalam GLC seperti Telekom dan Tenaga.
Mengikut kata beberapa pemerhati politik, inilah sebabnya Najib telah menjanjikan bulan dan bintang kepada pelabur kaya termasuk bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin. Najib perlu memastikan yang kepentingan mereka akan dilindungi dan untuk monopoli mereka terhadap kekayaan Negara masih berterusan, Najib harus memenangi pembuat polisi hati sayap kanan ketuanan Melayu. Jika tidak, dia tidak akan boleh mengekalkan keadaan sosio-ekonomi sedia ada yang bercorak rampas dan rompak yang telah dibina oleh Mahathir dalam pemerintahan selama 22 tahunnya.
Dari segi sabotaj dalaman, ia tidak penting. Sebagai contoh, Najib boleh memilih untuk mengadakan PRU ke-13 pada bulan November atau pada tahun 2013. Pada masa itu, mereka yang tewas dalam pemilihan Umno sudah menjadi entiti yang dilupakan, atau perlu bertanggungjawab atas apa-apa pun. Apa yang Najib perlu pastikan adalah dia mempunyai kesetiaan orang-orang yang menang dalam pemilihan Umno, yang mana senarai calon boleh menang boleh beraksi. Dengan kuasa untuk membuat keputusan terakhir tentang PRU ke-13, Najib dengan mudah boleh memastikan bahawa mereka yang memenangi jawatan dalam pemilihan Umno merupakan 'orang-orangnya'.
66 yang 'gemilang'
Apa yang boleh meyakinkan penganalisis politik dan kepercayaan Pakatan Rakyat bahawa PRU ke-13 akan diadakan pada bulan Jun adalah skala luar biasa sambutan ulangtahun ke 66 Umno. Pada 11 Mei, dia telah memanggil 1 juta ahli UMNO untuk menghadiri majlis besar-besaran yang akan diadakan di stadium Bukit Jalil. Mobilisasi mahal dan kesediaan untuk menghabiskan wang untuk acara itu sudah pasti tidak boleh diabaikan.
Sama ada Najib akan mengumumkan keputusannya untuk membubarkan Parlimen pada malam 11 May bergantung pada 2 acara. Satu daripadanya adalah jumlah hadirin yang akan hadir di stadium Bukit Jalil. Adakah 1 juta ahli akan datang dan menunjukkan sokongan padanya? Bergantung pada gula-gula yang bakal diberikan, jawapannya adalah ya.
Satu lagi acara adalah Perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April. Adakah ia akan berjaya seperti yang dirancang. Bersih telah mengumumkan perhimpunan besar-besar di seluruh Negara dengan jumlah peserta seramai 500,000. Pemerhati berkata, jika 100,000 yang hadir, Najib akan mengubah tarikh PRU ke 13 pada bulan September dan dari situ, dia mungkin akan menundanya sehingga ke tahun 2013.
Hanya orang bodoh…
Jujurnya, semua analisa dan jumlah yang dinyatakan mungki benar. Tapi, mungkin hanya orang bodoh sahaja akan percaya dan ia mestilah orang gila yang perlukan persediaan yang amat besar untuk membuat keputusan.
Nombor hanyalah penting jika ia didapati dengan semulajadi. Tanyalah pada mana-mana pengkaji. Dengan polis yang semakin berkeras dengan Bersih dalam percubaan untuk mematahkan semangat peserta, Najib mungkin akan berjaya dalam menunjukkan dia merupakan lelaki yang paling popular di Malaysia. Dan dengan kenderaan, tempat tinggal, makanan dan hadiah dan juga elaun duit, ia akan menjadi seperti tamparan di muka Najib jika dia gagal mendapatkan 1 juta ahli Umno di Bukit Jalil.
Jadi apa masalahnya? Bukankah jumlah ini sebenarnya palsu? Bila patut Najib menyaksikan tren yang sama di peti undi? Sebagai contoh, tanpa bantuan kewangan yang sama, himpunan anti murtad yang sepatutnya dihadiri oleh 1 juta umat Islam telah gagal, hanya menarik 3,000 ke 5,000 orang penyokong. Namun, tanpa bantuan kewangan dan kawalan polis yang ketat, 50,000 orang rakyat Malaysia tanpa menghiraukan sekatan jalan raya untuk berhimpun di tengah-tengah Kuala Lumpur dan menjadikan perhimpunan Bersih 2.0 basah disimbahi air.
Jadi, seperti tinjauan, nombor boleh menipu. Najib mungkin seorang yang angkuh dan bodoh. Namun, pada masa yang sama dia juga mengharapkan imaginasinya, yang dia boleh menjadikan perhimpunanya kepada 1 juta dan perhimpunan Bersih 3.0 hanya beberapa ribu untuk memenangi PRU ke 1.
Sokongan buat masa ini
Ia merupakan perang psikologi tapi adakah ia akan berkesan? Hanya rakyat Malaysia boleh memberi jawapan pada hari mengundi itu nanti.
Buat masa ini, sentimen terhadap orang Cina memang jelas. Walau apa pun yang berlaku, mereka tetap dengan Pakatan pada PRU ke 13 nanti. Bagi orang India, ia kurang pasti. Di Sabah dan Sarawak, angin perubahan mungkin sedang bertiup, namun agak sukar jika kehendak untuk reformasi boleh ditukar ganti dengan wang apabila mereka ditawarkannya nanti untuk undi.
Akhir sekali, untuk orang Melayu, kumpulan pengundi terbesar- bagaimana mereka akan mengundi pada kali ini? Adakan mereka akan membeli khayalan bahawa Najib kuat, adakah mereka akan termakan akan pujuk rayu bersatu dan ketuanan mereka berbanding kaum lain?
Atau adakah mereka akan mencari udara segar, ruang untuk berubah dan mengecilkan jurang dengan Umnoputra (atau memilih peratus yang boleh memberi mereka kelebihan daripada Umno yang korup dari segi kawalan ahli tertinggi dan kroni mereka.
Undi Melayu masih belum diputuskan lagi
Psikologi orang Melayu dan Cina amat berbeza. Orang Cina lebih jelas dan kurang emosi. Mereka boleh dan akan lebih faham akan pertunjukan 1 juta ala David Copperfield Najib itu nanti. Tapi mereka juga boleh membalas dendam akibat menyampah, dan tidak mengendahkan akan panggilan untuk mengundi BN dimana mereka telah lakukan sehingga 2008.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2012 atau 2013, orang Cina boleh dipercayai untuk memberi sokongan pada Pakatan kerana mereka tahu ini merupakan peluang untuk memecahkan kekuasaan BN.
Orang Melayu lebih emosi. Sebuah perhimpunan seramai 1 juta orang Melayu akan menjadikan ramai menitiskan air mata. Namun, dengan menjadi begitu emosi, dan orang Melayu yang terkenal dengan mahu melakukan sesuatu yang betul mungkin akan menjadikan mereka mahu menolak cara Umno yang penuh dengan korupsi tidak terkawal dan kegilaan yang sudah menjadi darah daging.
Umno dimiliki oleh mereka yang mempunyai kepentingan untuk kekal berkuasa. Cara untuk berbuat demikian adalah tetap pada jalan yang tidak logik, perkauman, penindasan agama, cara mundur yang tidak ada kena-mengena dengan dunia luar. Orang Melayu tahu akan itu. Persoalan yang penting adalah adakah mereka akan memberi Umno peluang lagi. Ia umpama memberi seorang penagih dadah satu lagi suntikan heroin kerana anda kasihan padanya. Tapi patutkah anda berbuat demikian?
Malaysia Chronicle

AWAS : Hati-hati bila hon mat motor

Posted: 23 Apr 2012 08:11 PM PDT



Setelah menonton video ini bolehlah kita simpulkan bahawa sebenarnya ada juga orang yang kurang waras fikirannya. Menggunakan kekerasan untuk memuaskan hati. Tapi di Malaysia ni yang ramai hon orang adalah mat motor, hon sebab nak suruh orang bagi laluan pada dia time jem :)

[Video] BERSIH 3.0 : Saya tetap akan berada di Dataran Merdeka - Pak Samad

Posted: 23 Apr 2012 07:37 PM PDT

DBKL pagar Dataran, rampas khemah mahasiswa

Posted: 23 Apr 2012 07:01 PM PDT

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menjalankan operasi ke atas perkhemahan siswa dan aktivis di Dataran Merdeka – dikenali sebagai Occupy Dataran – dalam tindakan awal pagi ini.

Menurut seorang peserta perkhemahan, Temme Lee, seramai kira-kira 30 orang pegawai DBKL mengepung tapak perkhemahan itu dan merampas khemah serta kanopi ketika peserta berkenaan sedang nyenyak tidur.

NONEPegawai DBKL itu kemudiannya bertindak memagari kawasan berkenaan dengan pagar besi dan pita kuning, dalam operasi kira-kira jam 6.15 pagi itu, kata Temme.

Menurutnya lagi, pegawai berkenaan merampas sepuluh khemah dan empat kanopi.

"Mereka ambil semua (barang) kecuali makanan," katanyayang menambah, barangan peribadi peserta berkenaan termasuk beg dan dokumen pengenalan turut dirampas.

Wanita itu juga berkata, satu pergelutan kecil turut berlaku di antara peserta dan penguatkuasa tersebut namun tiada penahanan atau insiden serius berlaku.

Adun Umno didakwa beri IC pada warga asing

Posted: 23 Apr 2012 08:42 AM PDT

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 23 April: Umno didakwa memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing yang memiliki status Pemastatutin Tetap (PR), dipercayai bagi menarik undi mereka dalam pilihan raya akan datang.
Seorang penduduk berstatus PR, Abu Talib Abdul Rahman mendedahkan, kumpulan warga asing dalam DUN Paya Jaras, Sungai Buluh Selangor, diberikan kad pengenalan secara mudah dengan bantuan Umno kawasan itu.
Beliau berkata, komplot sejak setahun lalu itu didalangi Adun Umno, Datuk Ir Bushro Mat Johor yang menang tipis pada PRU 2008.
"Saya menerima bukti dari warga Kemboja bahawa mereka mendapat status kewarganegaraan 'segera' dari Umno dan saya cuba mendapatkan kepastian termasuk dari Adun Paya Jaras sendiri.

"Saya turut ditawarkan oleh YB ini, namun saya tolak kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang. Saya boleh jadi warganegara jika saya mahu, namun enggan kerana berpendapat cara ini salah," katanya ketika datang ke pejabat Suara Keadilan.
Abu talib berkata, beliau memohon menjadi warganegara Malaysia sejak 2002 dan sepanjang tempoh itu, beliau berulang alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun permohonannya gagal.
Beliau hanya diberi kad pengenalan yang memiliki tarikh luput di mana ia hanya akan diperbaharui menurut budi bicara JPN.
Berdasarkan rekod, tiga adik beradiknya yang lain adalah warganegara Malaysia dan beliau menjadi pemastautin tetap selepas kad pengenalannya hilang ketika berusia 15 tahun.
"Selepas saya merujuk kepada JPN, mereka memberi alasan sama, tunggu sahaja pengumuman dari kerajaan," kata ayah kepada lima anak ini.
Ekoran itu, beliau berdepan pelbagai kesukaran termasuk anak-anaknya dinafi bantuan walaupun mereka warganegara Malaysia.
Katanya, beliau juga bertukar kerja sebanyak lima kali dan pernah menganggur selama dua tahun, selain bantuan zakat turut dinafikan kerajaan.
"Kalau saya ikut cara Umno untuk mendapatkan kad pengenalan, sia-sia sahaja usaha saya selama ini turun-naik ke pejabat JPN untuk memohon kewarganegaraan," katanya kesal.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29392

PANAS : Kenyataan skandal Shafie - Zahida : Zuraida sedia disaman

Posted: 23 Apr 2012 06:50 AM PDT

SHAH ALAM : MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan menteri kabinet yang dibuat minggu lepas. 

"Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia," kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal. Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya. 


Menurut Zuraida, pendedahan perkara itu dibuat atas dasar ingin membantu pemandu peribadi Zahida yang dipercayai menjadi mangsa di dalam kes tersebut. Katanya, pihaknya juga mahu menteri yang dikaitkan dengan kes itu untuk memberi penjelasan. 

"Kita buat pendedahan ini atas dasar membantu pemandu pribadinya mendapat pembelaan sewajarnya. Ia adalah berdasarkan segala dokumen dan bukti yang dimilik." Zuraida berkata, beliau telah menjangka bahawa Zahida akan menafikan perkara itu. 

Di dalam sidang media pada Apr 18 Zuraida mendedahkan satu laporan polis yang kononnya dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Mohd Azuan Abdullah. 

Di dalam laporan itu, Mohd Azuan mendakwa Zahida mengkhianatinya dengan membuat laporan palsu kononnya dia telah melarikan wang sejumlah RM200,000. 

 Mohd Azuan mendakwa Shafie telah mengarahnya supaya menjadi pemandu peribadi kepada Zahida dan menjadi perantara antara pelakon itu dan Shafie. Beliau menyatakan telah berkhidmat selama tiga tahun dan meletak jawatan pada 29 Februari lalu kerana tidak tahan dengan tekanan tinggi akibat jawatan itu. 

 Zahida menafikan dakwaan Mohd Azuan apabila menulis di dalam laman Twitter-nya, pada 19 dan 20 April lalu. Beliau menulis: "Wow!!! Besnya if tis story is tru!! Kesian my x driver tu, sanggup buat cite palsu semata2 utk buat duit!! May allah bless him! (Wow, besnya kalau cerita ini benar. Saya berasa kesian pada bekas pemandu saya itu kerana sanggup buat cerita palsu semata-mata untuk buat duit. Moga Allah Merahmatinya!) 

Zahida berkata beliau tidak berdiam diri dan sudah melantik peguam untuk menyelesaikan isu ini. - TV Selangor

[Video] Ucapan perkauman oleh Zul Nordin ... mai pakat-pakat tengok !!!!

Posted: 23 Apr 2012 05:42 AM PDT


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT