Radzi akan menghantar surat resmi untuk menjemput Hamidah berceramah di atas satu pentas dengannya dalam masa yang terdekat ini. Dan kita akan lihat sejauh mana keberanian seorang Ketua Penerangan Wanita Umno untuk berhujah dengan Ust Radzi Zainon.Anda percaya atau tidak? Bahawa Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat itu adalah seorang Ketua Penerangan Umno Malaysia. Susah nak percaya bukan?
Ramai orang tidak tahu sebab tidak ada apa pun peranannya yang menonjol sebagai seorang Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia!.
Hamidah dilihat, tidak pernah tampil untuk membela Shahrizat Jalil, Ketua wanita Umno yang terjebak dengan isu NFC. Pernahkah dia menyatakan sesuatu mengenainya? Dia sepatutnya kena keluar keliling satu Malaysia menjelaskan dan membela Shahrizat, ketuanya itu.
Hamidah terbukti telah gagal berperanan sebagai Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia. Pasal apa Wanita Umno masih mahu mengekalkannya dengan jawatan tersebut?
Ha! ha! saya tahu dan anda sekalian pun tahu.Tentu kita semua ingat kata-kata Mahathir , "Umno dah berpuluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS"
Kata-kata Mahathir tu ada kebenarannya. Bahawa yang masih ada di dalam Umno itu adalah yang biul-biul kesemuanya.Tidak ada seorang pun wanita Umno yang layak untuk menggantikan tempat Shahrizat apabila dia terpaksa letak jawatan Menteri Wanita itu.
Najib sendiri terpaksa pikul beban tugas tersebut! Ha! ha! Kesian Najib terpaksa pikul beban yang berat-berat. Siang dia pikul 3 Jawatan - PM, Menteri Kewangan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Waktu malamnya lagi berat, dia terpaksa pikul anak badak tu...ha! ha! ha! semputlah kawan kita nih!
Sambung cerita Hamidah tadi...Yang peliknya, Hamidah ini terhegeh-hegeh buat ceramah dimana saja ada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Rapat ini. Hamidah sekadar berligar di kawasannya sahaja. Dia umpama anjing gila yang kerap berkeliling dalam rumahnya dan menyalak bingit mengganggu kejiranannya sahaja. Kesihan dia!
Ini menunjukkan keresahannya bakal berdepan dengan lawannya nanti iaitu Ust. Radzi Zainon seorang aktivis muda masyarakat yang sangat disenangi oleh masyarakat setempat. Ust. Radzi telah mencabar Hamidah untuk berceramah sekali dengannya diatas satu pentas tidak kira di mana saja.
Pada 19 April ini, Pakatan Rakyat akan mengadakan ceramah di Sungai Rokam, dia pun telah mengedarkan risalah memaklumkan ceramah yang akan dibuatnya pada masa yang sama.
Minggu lepas pun dia juga buat di Taman Song Choon dalam satu padang dengan Pakatan Rakyat. Kali ini berdepan dengan kami di Sungai Rokam, insya'Allah, dia akan kantoi lagi seperti mana yang sebelumnya pada 25 Mac yang lalu.
Lihatlah nanti kalau dia mahu meneruskan agenda jahatnya itu.Insya' Allah kami akan hadapinya dengan strategi kami untuk memalukannya kelak. "Daripada dia melalak pada setiap kali kita berceramah, kita jemput dia bersama kita sekali atas satu pentas kalau dia berani," cabar Radzi yang getik melihat kelaku Hamidah yang tidak senonoh itu.
Sehingga kini, Hamidah tidak memberi respon kepada cabaran Radzi tersebut yang telah disiarkan di blog ini sedikit masa lalu. Mustahil Hamidah tidak tahu kerana barua-baruanya selalu memantau blog al-Husseyn dan Ajijoi
Khabarnya kini, Radzi akan menghantar surat resmi untuk menjemput Hamidah berceramah di atas satu pentas dengannya dalam masa yang terdekat ini. Dan kita akan lihat sejauh mana keberanian seorang Ketua Penerangan Wanita Umno untuk berhujah dengan Ust Radzi Zainon.Tunggu seterusnya.... al-husseyn
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR,- Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.
Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.
Inilah tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi.
Menurut Mazidul dalam laman itu, Bob kini terlantar sakit.
Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.
"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya kepada penulis blog itu.
Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)
SERI KEMBANGAN - Proton Holdings Berhad (Proton) secara rasmi melancarkan model sedan yang terbaru - dikenali sebagai Preve menggunakan sehingga 94 peratus komponen dikeluarkan pengedar tempatan, sekali gus menjadi model Proton pertama bertaraf lima bintang menerusi Program Penilaian Kenderaan Malaysia (MyVAP).
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pendekatan yang digunakan dalam menghasilkan Preve amat dititikberatkan daripada segi konsep, reka bentuk dan kejuruteraan serta pengilangan bagi membawa Proton ke peringkat lebih tinggi.
"Kami telah bekerja keras dengan pengedar dan wakil penjual di bawah tender penglibatan awal pengedar (EVI) bagi memastikan konsep reka bentuk keseluruhan untuk sistem dan komponen Preve.
"Preve adalah bukti kemampuan Proton menghasilkan produk bertaraf dunia," katanya pada majlis pelancaran model itu di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa (MIECC) di sini, malam ini.
Menurutnya, model baru itu sangat penting kepada Proton sekali gus membawa kenderaan proton ke tahap lebih tinggi dalam aspek keselamatan, prestasi, keselesaan, kualiti pembinaan, teknokogi dan reka bentuk keseluruhan.
Sejak prapelancaran 14 Mac lalu, Proton menerima lebih 1,000 unit tempahan awal.
Nama Preve diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan seiring dengan hasrat untuk membawa jenama itu ke peringkat global.
Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Preve disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20 hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta tambahan.
Sebelum ini, Proton menyatakan moden Preve akan memasuki pasaran Asia dalam tempoh tiga bulan selepas pelancaran dan menyasarkan jumlah eksport menyumbang lebih 30 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan model Proton untuk tahun ini.
Preve ditawarkan dengan harga RM59,990 hingga RM72,990 bersama lima tahun waranti atau 150,000 kilometer, yang mana terdahulu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Proton kini menempa sejarah baharu menerusi pelancaran Proton Preve yang dapat memenuhi citarasa pelanggan global.
Dipetik Bernama, Beliau berkata, pelancaran model kereta global baharu itu mencerminkan transformasi Proton untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi setelah lebih 27 tahun meneraju industri automotif negara menerusi model kereta nasional.
"Ia juga merupakan perkembangan yang signifikan. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh kakitangan Proton, sokongan kerajaan dan pimpinan Tun Mahathir sebagai penasihat, serta pengurusan yang digabung jalin antara DRB-Hicom dan Proton, Proton akan menempa masa depan yang lebih hebat," kata Najib.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan model kereta nasional terbaharu. Turut hadir ialah penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad Proton kini dikuasai secara majoriti oleh DRB-HICOM selepas DRB-HICOM memperoleh kepentingan 42.74 peratus daripada cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd.
Najib berkata, Proton berjaya melakukan transformasi menerusi kualiti kejuruteraan dan prestasi bertaraf global serta pelbagai nilai tambah lain, termasuk kemudahan Internet 4G, sehingga meletakkan Preve sebagai "bertaraf lebih tinggi berbanding kebanyakan kereta lain."
"Kesungguhan kakitangan Proton menghasilkan kereta ini akan menjadi kebanggaan dan kegembiraan semua rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Najib berkata pengambilalihan Proton oleh DRB-Hicom Bhd mampu membawa Proton ketahap yang lebih unggul memandangkan synergi yang ada pada
syarikat konglomerat berkenaan.
"Pemilihan DRB-Hicom telah melalui proses yang objektif dan kita telah buat penilaian," katanya, sambil menambah, DRB-Hicom juga mempunyai pelan korporat yang terbaik untuk Proton pada masa depan.
"Ia merupakan satu perkahwinan yang akan membawa kepada natijah yang menguntungkan Proton dan negara," katanya.
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Akta PTPTN 1997 Digubal Ketika Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak
Menerajui Kementerian Pendidikan
16 April 2012
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merujuk kepada kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA semalam yang mendakwa bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan ketika YB Dato' Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Berdasarkan fakta, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir itu adalah tepat namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.
Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 [dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.
Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.
Justeru, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997.
NAJWAN HALIMI Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN
SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN - BOB KUMAN (EKSKLUSIF)
Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.
Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.
"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.
"Ada apa Bob?," soal saya.
"Abang tolong datang sahaja," pintanya.
Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.
Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.
"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.
Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.
Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.
"Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna," celah Bob.
"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.
"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.
"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Powersaya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.
Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.
"Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu," kata Bob lagi.
Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.
"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.
Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.
"Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit," jelas Zed.
Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3.
Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.
Jika akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entriAkaun Maybank Bob Kuman disekat. Ketahuilah, sesungguhnya kekadang berbuat kebaikan itu mempunyai cabaran tersendiri.
'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'
Dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) maka berakhirlah satu era penindasan rakyat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Berakhirlah satu sejarah hitam buat negara kita, di mana sepanjang 52 tahun pelaksanaan ISA dijangka lebih 10,000 orang mangsa telah ditahan tanpa bicara di bawah akta tersebut.
Tetapi adakah kita rakyat harus rasa gembira?
Saya rasa ini bukannya masa untuk diraikan kegembiraan dengan membaca Al-Fatihah kepada ISA kerana ia masih belum benar-benar meninggalkan tanah air Malaysia. Di samping itu keengganan kerajaan BN mengambil tanggungjawab ke atas kezaliman yang diperlakukan ke atas mangsa-mangsa ISA dengan meminta maaf secara terbuka atas tahanan tanpa bicara yang melanggari segala asas perikemanusiaan serta lunas undang-undang hak asasi manusia dan due proses.
Setengah mangsa yang tidak bersalah mahupun berdosa terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri, ketua pembangkang aktivis sosial dan rakyat biasa. Apakah kesalahan sehingga boleh memudaratkan keselamatan negara selain daripada menentang pemimpin BN yang rasuah dan menggugat monopoli kuasa rakus BN daripada terus menindas rakyat.
Apakah kesalahan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mat Sabu yang selalu ini menegakkan kedaulatan undang-undang dan sistem perlembagaan beraja sehingga perlu merengkok dalam tahanan di bawah ISA tanpa bicara dan dituduh melakukan kesalahan dengan sewenang-wenangnya tanpa bukti langsung. Malah mereka yang buat tuduhan palsu bukan sahaja tidak dikenakan tindakan sebaliknya dinaik pangkat dan diangkat ke jawatan yang tinggi.
Sebagai seorang bekas orang tahanan ISA, saya tahu secara peribadi daripada pengalaman pahit macam mana ISA ini boleh disalahgunakan. Bila saya ditahan dalam 1987 di bawah Operasi Lalang, saya hanya berumur 26 tahun dan baru dipilih sebagai Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka. Dalam umur yang begitu mentah ini, saya dituduh mengancam keselamatan negara sehingga boleh mencetuskan negara menjadi huru-hara sekiranya saya masih bebas. Kalau begitu dengan umur saya sekarang menjangkau 52 tahun, bukankah saya lagi mengancam?
Proses 60 hari "solitary confinement" sukar dilalui kerana nyawa kita terletak di bawah tangan seorang dua pegawai polis yang boleh buat apa-apa pun secara suka hati ke atas saya. Saya dipersoalkan mengapa menentang Perdana Menteri Malaysia, adakah saya mahu dibebaskan dengan syarat saya mengaku atau bertaubat di depan kaca mata televisyen bahawa saya terlibat dalam kegiatan subversif dan dianiayai secara mental.
Saya diletakkan di dalam sebuah bilik berwarna biru habis tanpa cermin dengan sebuah kipas tidak bergerak dengan empat cangkuk besar. Saya tidak dibenarkan tidur lebih 24 jam dengan dipaksa duduk di atas bangku dengan pegawai polis berteriak ke dalam telinga saya setiap kali saya nak mengantuk untuk memaksa saya "bertaubat". Saya sudah dikira bernasib baik kerana tidak dipukul dan dibelasah dengan ganas macam berlaku ke atas Ketua Pembangkang dan ramai rakan-rakan lagi.
Sebagai peneraju dan pewaris ISA, adakah BN bersedia meminta maaf secara terbuka ke atas semua mangsa-mangsa kezaliman. Selagi BN enggan berbuat demikian susah untuk menemui penutupan atau "closure" dan menimbulkan keraguan bahawa pemansuhan ISA hanya permainan silap mata untuk menyembunyikan muslihat jahat BN nak meneruskan ISA dalam bentuk dan rupa lain (in in different guise and form).
Hakikatnya, kita harus mengingati bahawa ISA ini sebenarnya telah diwujudkan sebagai langkah pencegahan komunis di Malaya dan kemudiannya Malaysia pada zaman darurat. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman sendiri telah berkata bahawa:
"ISA yang telah diperkenalkan pada tahun1960 telah dirancang untuk digunakan semata-mata untuk melawan komunis... Saya dan para jemaah menteri saya telah berjanji kepada Parlimen dan kepada negara bahawa kuasa besar yang diberi kepada kerajaan di bawah ISA tidak akan digunakan untuk menyekat pembangkang yang sah."
Sekiranya apa yang dikatakan Bapa Kemerdekaan kita ini benar, maka ISA sepatutnya dimansuhkan selepas tamatnya pemberontakan senjata komunis secara rasmi pada tahun 1989 dengan perjanjian damai di antara Parti Komunis Malaya ditandantangani dengan Ketua Polis Negara Rahim Nor di Haadyai pada 2 Disember 1989. Ini kerana tujuan utama undang-undang ini diperkenalkan sudah tidak lagi relevan. Tanpa ada lagi ancaman komunis, ISA seharusnya tidak diperlukan lagi. Namun, ISA diteruskan sebagai senjata ke atas musuh politik BN yang menentang BN secara aman dan berlandaskan Perlembagaan.
Sejarah hitam ISA harus dikuburkan buat selama-lamanya, dan ini tidak akan berlaku selagi Kerajaan tidak mengambil langkah untuk meminta maaf dan memberi jaminan bahawa undang-undang kuku besi seperti ISA tidak akan diulangi lagi, mahupun secara tidak langsung. Selagi Kerajaan tidak meminta maaf, selagi itulah hantu ISA akan membayangi legasi mereka. Ini jelas tertera secara langsung atau tidak dalam tiga RUU yang dibentangkan untuk menggantikan ISA, RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, RUU Kanun Tatacara Jenayah(Pindaan) 2012 dan RUU Kanun Keseksaan(Pindaan) 2012.
Hakikat ini dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri dua hari lepas bahawa "The new law replacing the Internal Security Act (ISA) will not hamper the abilities of the Royal Malaysia Police (PDRM) to protect the safety of the public". Dengan kata lain, pihak polis masih mempunyai kuasa samada adanya atau tidaknya ISA sepertimana yang termaktub dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan sesiapa ditahan untuk apa tujuan pun.
RUU ini pada permulaannya menyebut bahawa "tindakan telah diambil dan tindakan lanjut diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia", sebagaimana yang disenaraikan. Siapakah kumpulan besar itu, dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil dan yang diancam? Saya rasa bahawa ahli-ahli yang berhormat hendaklah diberitahu terhadap kumpulan manakah RUU ini ditujukan, kerana hanya selepas itu bolehlah Dewan yang Mulia ini meneliti dengan baik RUU ini.
Pada mukadimah RUU ini adalah disebut bahawa, dengan izin, "action has been taken and further action is threatened... to procure the alteration, otherwise than by lawful means, of anything by law established". Inilah satu contoh penggubalan undang-undang secara "cut-and-paste". Sepatutnya, "anything" itu hendaklah merujuk kepada "something" atau "certain things" yang sudah diketahui. Ancaman yang dirujuk, adakah ia benar-benar wujud atau hanya dalam khayalan Kerajaan sahaja?
RUU ini dicadangkan untuk digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, yang membenarkan undang-undang khas diperbuat bagi tujuan menentang tindakan subversif walaupun undang-undang itu bertentangan dengan hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Kita semua tahu bagaimana lagi satu Akta yang digubal di bawah Perkara 149, yakni ISA yang sepatutnya bertujuan untuk menentang kempen keganasan Parti Komunis Malaya, tetapi telah disalahgunakan oleh Kerajaan BN untuk menzalimi dan menganiayai rakyat Malaysia yang tidak bersalah walaupun kempen komunis itu telah tamat lebih daripada 23 tahun lalu, pada tahun 1989.
Sebenarnya, Perkara 149 pada asalnya hanya membenarkan undang-undang khas diperbuat untuk setahun sahaja. Jika ia tidak dilanjutkan setiap tahun, maka undang-undang khas itu seharusnya luput. Demikianlah perlindungan yang wujud di bawah Perlembagaan zaman Merdeka, tetapi Kerajaan Perikatan dan BN telah meminda Perlembagaan kita untuk menghapuskan perlindungan hak-hak rakyat. Jika Kerajaan benar-benar patuh kepada semangat Perlembagaan dan hak-hak rakyat, RUU ini harus dipinda supaya ia luput jika tidak diperbaharui setiap tahun oleh Parlimen.
Fasal 4 RUU ini membenarkan pihak polis untuk menahan seseorang bagi tempoh selama 28 hari tanpa bicara dan tanpa dibawa ke hadapan majistret. Fasal ini amat bahaya. Perkara 5(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa: "Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh 24 jam ... dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu."
Dengan fasal 4 ini, hak asasi yang dijamin oleh Perkara 5(4) Perlembagaan Persekutuan adalah dirampas dan dicabuli. Jika mana-mana orang boleh ditahan selama 28 hari tanpa dibawa kehadapan majistret, manakah jaminan bahawa orang itu tidak akan dibelasah dan diseksa polis selama tempoh itu? Siapakah yang boleh tahan diseksa selama 28 hari? Dalam masa satu bulan orang tahanan boleh dibelasah sampai lebam, dan selepas itu ditahan sehingga lebam itu pudar.
Sekurang-kurangnya, seseorang yang ditahan patut dibawa ke hadapan majistret selepas 24 jam pertama, dan selanjutnya selepas setiap tujuh hari yang berlalu. Mengapakah Kerajaan dan pihak polis begitu takut membawa orang tahanan ke hadapan majistret? Bagaimanakah hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan boleh diketepikan dengan begitu senang?
Bagi orang tahanan yang mampu mendapat perwakilan peguam dan mampu menyaman pihak polis, memang tindakan mahkamah boleh diambil terhadap polis sekiranya kuasa tahanan disalahgunakan. Namun realitinya, lock-up dan penjara-penjara di seluruh negara kita penuh dengan orang tahanan, termasuklah pemuda-pemuda bawah umur, yang tidak mampu mendapat perwakilan undang-undang. Oleh sebab itu, penyeliaan badan kehakiman adalah mustahak. Sekali lagi, saya ingin tanya, mengapakah Kerajaan dan pihak polis begitu takut membawa orang tahanan ke hadapan majistret?
Tanpa penyeliaan badan kehakiman, kami rasa bahawa pihak polis boleh melanjutkan tempoh tahanan orang tahanan selepas akhir 28 hari, dengan membebaskan dan menahan semula orang tahanan itu selepas setiap 28 hari, seperti yang sering dilakukan di bawah ISA. Dengan ini, tempoh tahanan itu boleh dilanjutkan bertahun-tahun tanpa had. Bolehkah Menteri memberi jaminan bahawa tempoh tahanan 28 hari itu tidak boleh dilanjutkan secara membebaskan dan menahan semula orang tahanan?
Bahagian IV RUU ini memberi kuasa kepadaPendakwa Raya berkenaan dengan kes-kes yang melibatkan "maklumat sensitif". Pentakrifan "maklumat sensitif" ini amat luas, dan merangkumi apa-apa dokumen, maklumat dan bahan yang berkaitan dengan Jemaah Menteri dan jawatankuasanya atau yang menyentuh kedaulatan, keselamatan negara, pertahanan, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa, sama ada bahan itu dikelaskan sebagai rahsia atau tidak. Pentakrifan ini adalah terlalu luas, dan nampaknya adalah bertujuan melindungi kepentingan Kerajaan dan bukan kepentingan awam atau kepentingan negara. Keperluan menjamin keadilan perbicaraan tidak disebut sama sekali dalam Bahagian ini. Menteri patut menjelaskan sama ada mahkamah mempunyai budibicara untuk menolak permohonan Pendakwa Raya di bawah fasal 8 jika perlu untuk menjamin keadilan perbicaraan. Ini hanyalah satu contoh peruntukan dalam RUU ini yang tidak adil dan tidak wajar.
Kalau dilihat secara keseluruhan, semua peruntukan-peruntukan RUU ini jelas bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyabit dan memenjarakan sesiapa sahaja atas kesalahan keselamatan dengan bukti yang direka-reka. Fasal 8 RUU ini membolehkan Pendakwa Raya menyembunyikan fakta-fakta yang menunjukkan bahawa orang dituduh itu tidak bersalah atasalasan maklumat itu sensitif.
Fasal 14 membolehkan bukti diterima daripada saksi yang menyembunyikan identitinya daripada pihak tertuduh. Fasal 18 membolehkan penyata yang kononnya dibuat oleh orang yang mati, hilang atau tidak dapat hadir ke mahkamah diterima sebagai bukti. Fasal 19 membolehkan orang dituduh disabitkan kesalahan atas testimoni kanak-kanak yang tidak disokong. Fasal 20 membolehkan apa jua dokumen yang kononnya disita oleh polis, walaupun secara menyalahi undang-undang, diterima sebagai bukti.
Fasal 22 membolehkan senarai dokumen atau benda yang kononnya disita oleh polis diterima sebagai bukti kewujudan dokumen atau bend aitu walaupun dokumen atau benda itu tidak boleh dikemukakan di mahkamah. Fasal 23 membolehkan eksibit yang dikatakan sensitif tidak dikemukakan di mahkamah tanpa menjejaskan kes pendakwaan. Fasal 25 membolehkan apa jua dokumen yang dibuat dengan komputer diterima sebagai bukti. Fasal 26 membolehkan testimoni rakan sejenayah dan polis yang memprovokasi tindakan kesalahan itu diterima sebagai bukti.
Fasal-fasal 13 dan 30 pula membolehkan orang dituduh ditahan bertahun-tahun walaupun ia belum disabitkan kesalahan atau didapati tidak bersalah oleh mahkamah, sehingga habis rayuan terakhir. Sungguhpun hak orang yang ditahan boleh menuntut perbicaraan selepas 28 hari tetapi berkemungkinan tidak dapat menikmati kebebasan kerana Fasal 30(1) menyatakan boleh terus direman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan difailkan terhadap pembebasan tertuduh itu oleh Pendakwa Raya dan semua proses undang-undang ditamatkan.
Menteri perlu menjelaskan, apakah kaitan khas antara kesalahan keselamatan dan testimoni kanak-kanak? Apakah saksi yang berkaitan dengan kesalahan keselamatan lebih sering mati atau hilang (mungkin kerana diletup dengan C4), kalau berbanding dengan kes-kes yang lain? Apakah cetakan dari komputer lebih boleh dipercayai dalam kes kesalahan keselamatan? Mengapakah kes kesalahan keselamatan harus lebih senang dibuktikan jika dibandingkan dengan kes bunuh atau kes rogol? Ini semua menunjukkan bahawa undang-undang di negara kita tidak digunakan untuk melindungi rakyat, malah untuk melindungi Kerajaan.
Badan Peguam Malaysia juga telah menyatakan kebimbangan mereka terhadap RUU ini, termasuk sama ada RUU ini patut digubal dibawah Artikel 149 jika syarat-syarat perlindungan memadai, definisi "kesalahan keselamatan" yang terlalu luas, kekurangan pengawasan kehakiman atas penahanan serta penyekatan atas komunikasi, kekurangan perlindungan atas komunikasi peguam-pelanggan, dan yang paling penting sekali keberlainan dengan peraturan-peraturan biasa berkaitan perbicaraan jenayah.
Selagi bayang-bayang, sisa dan saki-baki ISA masih wujud dalam RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 dan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012, maka ia akan mewujudkan ketakutan di kalangan orang ramai terhadap kerajaan yang bersedia menggunakannya untuk niat dan hasrat politik mereka. Let me close by quoting from American President Thomas Jefferson,
When the people fear the government, there is tyranny; When the government fears the people, there is liberty.
By continuing to instil fear amongst the people, there is false liberty or no liberty at all but BN continues to exercise tyranny over Malaysians. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak bermakna kerana kuasa tahanan luasnya digantikan dengan 3 RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 dan Kanun Keseksaan(Pindaan) 2012. Oleh itu parti DAP menyokong pemansuhan ISA tetapi menentang kesemua tiga RUU yang dibentangkan bersama ini.
"Menubuhkan RCI untuk menyemak segala undang-undang yang menyalahi prinsip hak asasi manusia yang menyekat kebebasan rakyat Malaysia."
*Ucapan Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Ahli Parlimen Kawasan Bagan dan Setiausaha Agung DAP di Parlimen semasa membahas Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012.
KUALA LUMPUR, 16 April: Asalkan orang Melayu rajin berfikir sejenak, dakyah Umno terdesak di saat nyawa-nyawa ikan bahawa PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang Melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP akan terbongkar dengan senang.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menyifatkan malang dan paling menyedihkan bagi golongan Melayu Islam di Malaysia bilamana perpaduan Melayu itu dilihat sekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah, manakala golongan yang menyokong PAS atau PKR dianggap golongan yang memecah-belah masyarakat Melayu.
Keadaan ini, hujah Tuan Ibrahim telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehingga ianya diterima oleh sebahagian orang Melayu.
"Itu adalah hakikat yang paling menyedihkan dalam kesan terus politik asabiah Umno terhadap kaum yang mereka ingin bela.
"Pemikiran tertutup inilah sebenarnya yang membawa perpecahan di kalangan orang Melayu. Sehingga Melayu menjadi lemah, lebih-lebih lagi malas dan hilang daya saing kerana sentiasa bergelumang dalm salah guna kuasa, masalah moral dan rasuah sebagai jalan keluar," tegas Tuan Ibrahim.
Sedangkan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu - dari Raja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan JKK.
Apabila Melayu lemah, kata beliau, akan muncullah pimpinan Umno bangkit menyalahkan Cina (DAP) sedangkan berpuluh tahun orang Melayulah mendominasi pimpinan negara.
"Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bilamana gagal mengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP.
"Lebih menyayatkan rakyat Malaysia, pembohongan ini diterima oleh sebahagian masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno di media perdana seolah-olah ia benar, walhal asalkan seseorang itu rajin berfikir sejenak, pembohongan ini mudah dikesan dan disedari," tegas beliau.
Melayu tidak berpecah
Tuan Ibrahim turut menyangkal dakwaan Umno yang menggambarkan kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan orang Melayu.
"Kalau kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerima sistem demokrasi yang mengizinkan wujudnya pelbaga parti politik, dan kenapa kerajaan meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khusnya parti berteraskan perkaumanan - kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut, kita mengizinkan rakyat Malaysia berpecah," selar beliau.
Hakikatnya, terang Tuan Ibrahim, masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza pandangan dan sokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut perlembagaan.
"Bilamana kita menerima sistem demokrasi bermakna kita mesti bersedia untuk menerima perbezaan pandangan, sokongan dan kelompok yang berbeza. Andainya ini diterjemahkan sebagai perpecahan, maka tentulah golongan yang menganggap demikian tidak memahami erti sistem demokrasi. Bahkan dalam satu parti, masih wujud kelompok- kelompok yang berbeza," tambah beliau.
Tuan Ibrahim berkata rakyat mesti mesti bersikap terbuka dalam menilai sesuatu keadaan, kerana kalau perbezaan pandangan dan sokongan dianggap perpecahan, maka tindakan kerajaan meluluskan pendaftaran parti bersifat perkauman seperti Umno yang memperjuangkan Melayu, MIC yang memperjuangkan nasib kaum India, MCA yang memperjuangkan nasib kaum Cina mesti diharamkan.
"Kerana inilah punca utama wujudnya masalah besar perpaduan nasional dalam negara kita," kata beliau.
Bagi PAS, katanya, parti menilai perbezaan bukanlah perpecahan, sebaliknya ia adalah perkara normal dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat sekalipun.
"Kerana itu, al Quran menjelaskan: "Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. –Al-Anfaal:63," hujah Tuan Ibrahim.
Dalil tersebut, terang beliau menunjukkan bahawa penyatuan mesti berdasarkan nilai universal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan.
"Kerana ini bukan pilihan manusia. Tidak mungkin kita boleh menukarkan bangsa Melayu untuk menjadi Cina, India untuk ditular menjadi Jawa dan seterusnya. Yang boleh ditukar ialah sesuatu yang dalam pilihan manusia seperti agama (aqidah) kerana manusia boleh memilihnya.
Kerana itu, Islam tidak meletakkan soal agama sebagai unsur paksaan, kerana ia dibina di atas keyakinan seseorang," kata beliau.
Namun, tegasnya, Islam menyarankan agar dakwah dilaksanakan di kalangan masyarakat agar Islam diketahui dan difahami dengan sebenarnya. Kerana seandainya seseorang memahami dengan sebenarnya ajaran Islam yang bersifat universal ini, tentu ia akan menerima Islam sebagai agama pilihan.
"Bagi golongan yang tidak menerima bukanlah musuh, kerana yang dianggap musuh adalah yang menentang atau bersikap memusihi Islam. Ini adalah perkara normal di mana-mana sistem pun. Golongan komunis tidak akan menerima kaum kapitalis dalam pentadbirannya," jelas Tuan Ibrahim.
SHAH ALAM, 15 APR : Situasi di perkhemahan gerakan mahasiswa di Dataran Merdeka dilaporkan tenang setelah beberapa rundingan diadakan pemimpin tempatan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menerusi rundingan yang dilakukan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersama penguatkuasa DBKL petang tadi, mereka bersetuju untuk memberi kelonggaran selain tidak berkasar terhadap mahasiswa berkenaan.
Salahuddin ketika dihubungi TV Selangor turut mengesahkan beliau akan membawa isu perjuangan mahasiswa berhubung pemansuhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke Parlimen esok.
Beliau turut menasihati aktivis yang menyertai perkhemahan tersebut untuk menjaga keselamatan diri supaya tiada mana-mana pihak mengganggu atau mengasari mereka.
"Mereka hanya berada di situ (Dataran Merdeka) untuk menyatakan hak dan suara mereka. Sebagai tanda sokongan kepada mahasiswa ini, saya telah memberi komitmen untuk membawa perkara ini ke perbahasan Parlimen.
"Satu sidang media khas berhubung isu berkenaan juga akan diadakan tengah hari esok," katanya.
Salahuddin berjaya berunding dengan DBKL selepas satu pasukan penguatkuasa agensi itu merobohkan dan merampas beberapa khemah pada kira jam 2 petang.
Namun, selepas beberapa minit tegang di mana pegawai DBKL dan aktivis bertikam lidah, agensi itu beredar dan membenarkan aktivis tersebut mendirikan khemah mereka semula.
Perkhemahan tersebut didirikan petang semalam sebagai lanjutan himpunan aktivis pelajar di Kuala Lumpur semalam yang menuntutkan agar PTPTN dimansuhkan.
Perkhemahan yang didirikan sejurus selesai perarakan demontrasi tersebut telah diadakan di Dataran Merdeka semenjak semalam lagi dan berjaya menarik perhatian orang ramai termasuk individu terkenal tanah air.
Antara yang melawat lokasi perkhemahan semalam adalah Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, ahli-ahli dari Majlis Peguam, masyarakat tempatan dan pelancong asing.
Sementara itu, Menurut Yang DiPertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Univesiti Malaya, Syahid Zaini, sejak awal pagi tadi pelbagai provikasi dilakukan pihak DBKL untuk mengusi mahasiswa dari tempat berkenaan.
Setakat ini, daripada sepuluh buah khemah yang didirikan, hanya empat daripadanya yang masih bertahan, manakala selebihnya telah rosak dan dirampas.
Syahid turut mengesahkan tiada kekasaran yang dilakukan pihak DBKL setakat ini.
"Sekiranya kerajaan yang ada sekarang tidak mahu memansuhkan PTPTN sila beri alternatif atau jalan keluar mereka yang dibelenggu hutang PTPTN.
1. Bolehkah kerajaan memberi jaminan IPTS yang mengenakan yuran pengajian yang tinggi, dapat memberi jaminan kepada graduannya jaminan kerja yang membolehkan mereka membuat pembayaran bulanan PTPTN?
2. Bolehkah kerajaan hadkan pengambilan kursus di IPTS selaras dengan keperluan tenaga kerja agar tidak terdapat lambakan graduan bidang kejururawatan, graduan pelatih penerbangan dan sebagainya? Read More / Baca Lagi >>
Oleh Abd Shukur Harun HANYA sesekali dalam sesuatu zaman, seorang tokoh besar penulis muncul untuk memberikan sumbangan besar kepada perjuangan menuntut keadilan dan menegakkan demokrasi di tanah airnya. Perjuangan ini bukan mudah, tidak dihampar dengan permaidani merah dan kalungan bunga yang diiringi segala puji-pujian, malah berdepan dengan pelbagai cabaran, ancaman, tekanan dan pelbagai lagi. Namun semuanya itu tidak menggugah semangat juangnya.
Demikianlah dengan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said (Pak Samad) yang mana pada 9 April lalu menyambut hari jadinya yang ke- 77 tahun. Kehadiran sasterawan besar yang satu ini mempunyai makna yang sangat besar dalam perjuangan getir menuntut keadilan dan menegakkan demokrasi di tanah air .Read More / Baca Lagi >>
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih berdegil kerana tidak mahu membersihkan senarai daftar pemilih walaupun didesak oleh pelbagai pihak.
ARAU: PKR Cabang Arau akan melancarkan perhimpunan Bersih 3.0 peringkat negeri Perlis dan majlis dailog dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada 21 April ini. Majlis pelancaran dan dialog ini dijadualkan di adakan di perkarangan rumah Haji Saidin, Kampong Long Boh, Tambun Tulang, Arau mulai jam 3.00 petang bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Setiausahanya Hafessazly Hashim berkata, PKR negeri Perlis mahu melancarkan perhimpunan Bersih ini lebih awal bagi membina momentum dan membantu perhimpunan Bersih di peringkat pusat mendapat sokongan rakyat dari seluruh negara. "Kita mahu melancarkan perhimpunan ini memandangkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih berdegil kerana tidak mahu membersihkan senarai daftar pemilih walaupun didesak oleh pelbagai pihak. Read More / Baca Lagi >>
Dear PM Najib, If you want to win big and do better than 2004 in this coming 13th General Election, all you have to do is give assurance to the Rakyat (people) that you will 'gempar' them and take action on the following essentials: 1. Issue a warrant of arrest to your good friend Abdul Razak Baginda and charge him in court for abetting in the murder of Altantuya Shaariibuu - yes again. The rakyat really suspect he is guilty of abetting the murder as he was the main player and benefited the most in the Scorpene acquisition. Actually, some of the rakyat even suspect you and your wife, Rosmah Mansor, but one step at a time. Whatever it is, this action against Baginda might clear a little of the scandal off you, and decrease the negativity from your credibility in the murder.
SHAH ALAM - Menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dan mengheret pemimpin pembangkang yang didakwa menghina serta mengejek raja-raja Melayu semasa majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Rabu lalu bukan keperluan atau pilihan utama yang harus dilakukan.
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, mereka yang terlibat boleh disabitkan kesalahan mengikut undang-undang sedia ada.
Setelah telah mengikuti perkembangan isu-isu FELDA khususnya agenda Penyenaraian Felda Global Ventures Holding atau kini ditukar sebagai Felda Global Ventures Plantation (dalam usaha mjayakan agenda penyenaraian) di Bursa Malaysia, saya ingin mencabar Perdana Menteri Malaysia yang katanya mendahulukan rakyat ini:
1. Segera menjelaskan kepada rakyat apakah benar kerajaan akan memperolehi RM21 bilion tunai selepas penyenaraian ini?
2. Apakah benar bahawa aset keseluruhan FELDA bernilai RM21 billion, dan umum menilai usaha penyenaraian ini sama maksud dengan tindakan menjual FELDA kepada pihak yang akan "membayar RM21 bilion" kepada kerajaan?
Hari ini, ramai anak muda dan mahasiswa dicederakan dan diintimidasi secara kasar oleh pihak polis dan DBKL untuk memusnahkan khemah-khemah yang didirikan untuk meluahkan perasaan menentang PTPTN. Ia adalah reaksi spontan daripada anak muda melalui "Occupy Dataran" untuk tuntutan Pendidikan Percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tinggi melalui tabung PTPTN.
Dua hari terdahulu, sekumpulan anak muda dan mahasiswa telah berdemonstrasi untuk tuntutan yang sama dan satu mesej yang jelas telah diberikan bahawa agenda untuk menjadikan golongan terpelajar senantiasa di bawah telunjuk kerajaan adalah tidak mungkin berpanjangan. Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan. Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya? Read More / Baca Lagi >>
Dulu lain sekarang lain! Anwar dah berubah, Umno tak mahu berubah !!
Beriya-iya benar nampaknya para pemimpin Umno seperti Muhyiddin, Khalid Nordin dan lain-lain, termasuk mantan Perdana Menteri Tun Mahathir mempertahankan kewajaran skim PTPTN ! walhal boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia menyokong pemansuhannya seperti yang dicadang oleh pembangkang!
Semalam dalam satu kenyataan Mahathir membidas DS Anwar, kononnya semasa keputusan untuk meluluskan skim PTPTN pada 1997 Anwar sendiri terlibat. Kalau pun Anwar terlibat dan turut bersama ketika itu,..itu cerita lama, tak perlu diungkit!. Dulu lain, sekarang lain,.. berubah kearah kebaikan memang dituntut oleh agama, cuma Umno yang degil sombong!!
Dalam hidup ini semua orang mahukan perubahan, mahu yang selesa dan yang lebih baik. Jadi tak salah rasanya kalau Anwar nak menghapuskan PTPTN, kerana semua itu untuk meringankan beban pelajar dan ibubapa pelajar. Kepada para menteri dan pemimpin Umno!! Sedarlah! Insaflah !! Tidak haram dan tidak berdosa jika Anwar mengubah pendirian semata-mata nak menolong rakyat.
Isu penghapusan PTPTN dianggap tindakan buta sifir oleh pihak tertentu malah usaha menabur janji kepada mahasiswa inbi dilayan dengan cukup agresif memnadangkan isu ini 'isu swing' anak muda yang cukup efektif. PTPTN dikatakan relevan kerana gaya hidup mahasiswa yang boros dan ketidakmampuan kerajaan menyara kesemua yuran pengajian tinggi. Malah mahasiswa dikatakan menyalahgunakan pinjaman tersebut untuk urusan peribadi.
Bila berbincang isu salah guna dana, salah urus peruntukan saya segera terkenang aktiviti semasa di bangku mahasiswaa, saya pernah menyertai kerja separuh masa bersama konsultan motivasi dan pernah menganjur program terhadap pelajar-pelajar daripada kalangan anak anak asnaf zakat. Mereka yang rata-rata berasal daripada keluarga miskin dan yatim menerima wang zakat yang disalur melalui akaun masing-masing. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 17 April: Kalau tak meniru pemimpin PR, bukan Umno BNlah namanya, demikian tajuk coretan di laman web http://naimnikmat.blogspot.com/ berhubung gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membonceng motosikal.
Mengulas gambar itu, penulis blog berkenaan menyatakan bahawa Anwar terpaksa membonceng motosikal kerana keretanya dihalang memasuki kawasan cermah manakala Najib pula mahu diambil gambar.
"DSAI terpaksa membonceng motor kerana keretanya dihalang memasuki cermah dan Najib pula bonceng motor sebab nak kamera ambil gambar kah3........." tulisnya.
KUALA LUMPUR 16 April: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin (gambar) mengumumkan satu rapat rakyat akan diadakan pada 17 April ini pada pukul 8 malam di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru untuk menyeru rakyat menyertai himpunan Bersih 3.0. Katanya, program ini juga bakal menyaksikan beberapa tokoh yang kali pertama akan muncul berceramah di atas pentas rakyat. "Pentas ini juga akan memgumumkan beberapa perkara penting yang pasti mengejutkan," katanya lagi pada sidang media bersama Gabungan Anak Muda dan mahasiswa untuk Bersih 3.0. Gabungan ini terdiri daripada 39 kumpulan anak muda dan mahasiswa, yang menyatakan solidariti mereka bersama rakyat dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka. Ia terdiri daripada antaranya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Persatuan Prihatin Komuniti Kuala Lumpur & Selangor (Prihatin). Read More / Baca Lagi >>
SUBANG JAYA: Ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas mengakibatkan segelintir ahli politik menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu.
Demi cita-cita politik, mereka yang sebahagian besarnya golongan veteran sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai.
RANTAU PANJANG, 16 April: Momentum sokongan anak muda kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin jelas sekarang apabila mereka mempamerkan keberanian memperjuangkan hak.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, berdasar kepada siri jelajah ke banyak negeri didapati golongan muda terutamanya mahasiswa dan pelajar peringkat menengah mulai memperlihat kecenderungan politik mereka.
Katanya, negeri yang telah dijelajahi Pemuda PAS yang bermula di Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang menampakkan reaksi positif anak muda.
"Malah pada pertemuan dengan anak-anak muda, Pemuda PAS menekankan pentingnya memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 demi masa depan mereka.
The only way Pakatan Rakyat can win over the Malays is if it offers them Umno's 'Ketuanan Melayu' philosophy.
Will the Malays relinquish political power that has made it possible for them to have absolute power, access to wealth, status, unparalleled opportunities in commerce, education and employment? All this, the Malays have been led to believe is their birthrights since Merdeka. Umno is the embodiment of that political power, not the source of it. Make no mistake about it – Umno's political power comes from the Malays. To continue to have that power, Umno will have to go back to the Malays from time to time and convince the Malays that they are deserving of it. And the 13th general election is such a time. In the past 12 general elections the Malays have had no problems in allowing Umno to hold that power on their behalf. All was good. Read More / Baca Lagi >>
Oleh Shahbudin Husin Jika kita pergi ke kampung-kampung dan berbual dengan golongan berusia yang masih menyokong UMNO, kita akan mendengar hujah-hujah mereka bahawa kita sebagai orang Melayu mestilah terus menyokong UMNO dan jangan sesekali bersikap derhaka kepada parti itu. UMNO juga sering digambarkan sebagai parti yang banyak berjasa kepada orang Melayu kerana kononnya telah melakukan pelbagai pembangunan dan pertolongan selama ini.
Jika berbual lebih lama lagi, mereka akan mula menggambarkan jika tanpa UMNO, bangsa Melayu akan musnah dan kehidupan akan kembali ke zaman kuno. Hanya UMNO yang digambarkan mampu memberi kemajuan serta kehidupan yang lebih baik. Parti lain tidak boleh sama-sekali. Di Malaysia ini seolah-olah UMNO adalah segala-galanya. Read More / Baca Lagi >>
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB KUALA LUMPUR: Perdana Menteri didakwa memberi angka mengelirukan berhubung jumlah keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah dikeluarkan kerajaan kepada pelajar. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, angka RM43 bilion yang disebut Dato' Seri Najib Tun Razak itu juga mungkin sengaja disebut untuk menakut-nakutkan rakyat
Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman dikeluarkan sejak ia mula beroperasi sehingga akhir tahun 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. "Bukan RM43 bilion seperti disebut. Mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat?" kata Husam yang juga Exco Kanan Kerajaan Kelantan. Read More / Baca Lagi >>
Oleh Mohd Sayuti Omar Sehari dua ini media PB memainkan isu kononya penghinaan beberapa orang ahli parlimen PR kepada raja-raja Melayu di upacara pertabalan Yang Di-Pertua Agong minggu kepas. Laporan itu berdasarkan sebuah penulisan (berilusi) dari seorang pegawai kesihatan yang bertugas pada hari upacara berkenaan.
Menurut laporan pegawai itu didalam blognya ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali, ahli Parlimen Batu, Tian Chua didengari membisikkan sesuatu yang kurang enak mengomen batang tubuh sultan.
Catatan itu dibuat di dalam blog pegawai kesihatan berkenaan. Sebenarnya apa dituliskan itu meragukan kerana ia tidak ada bukti nyata berhubung dakwaan itu. Bloger itu menulis berdasarkan kepada terjemahannya kepada body language ahli-ahli parlimen berkenaan yang memberi komen kepada raja-raja Melayu tertentu semasa menanti upacara bermula. Read More / Baca Lagi >>
Gabungan Anak Muda dan Mahasiswa Malaysia menyeru seluruh anak muda Malaysia menghadiri perhimpunan duduk bantah secara aman Bersih 3.0 yang akan berlangsung 28 April ini bertempat di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang. Gabungan yang terdiri dari 39 kumpulan anak muda dan mahasiswa ini juga menyeru seluruh rakyat Malaysia yang prihatin agar menggunakan segala kemahiran dan saluran teknologi untuk menyuarakan tuntutuan pilihan raya bersih dan adil kepada kerajaan.
MENJIJIKKAN betul bila membaca polemik politik yang cuba ditimbulkan UMNO lanjutan dari dakwaan seorang doktor mamak, kononnya ada beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat antaranya YB Azmin Ali dan YB Tian Chua, mempersenda raja-raja Melayu pada hari pertabalan DYMM Yang Dipertuan Agung pada 11 April lepas.
Dakwaan itu pula setakat ini hanya disokong oleh SEORANG ahli Parlimen BN (asal usul mamak ini juga), dalam majlis yang dihadiri oleh hampir 1,000 orang tetamu!!
Itu yang dikecoh-kecohkan sangat oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi sehingga sampai ke tahap nak mengadakan Suruhanjaya Diraja sangat tu? Penulis kata, amat memalukan bagi seorang ahli politik veteran seperti Zahid Hamidi nak membesarkan isu kecil ini sehingga ke tahap itu.
Today, the raging debate is about PTPTN loans. Buried within this concern that has gone viral and public today is a long and festering issue of making education into a business to profiteer from. The trophy of course goes to Tun Dr Mahathir although he has recently and as usual, blamed Datuk Seri Anwar Ibrahim entirely. When the Pakatan Leader announced that the Opposition political party will do away with education loans and ensure everyone had free access to higher education, the avalanche of BN machinery has come cascading. Senior BN personalities have immediately dismissed the notion of free education. Their arguments ranged from maintaining that the nation would be bankrupted to one of one of putting the blame entirely on the head of DSAI. How pathetic. But history is recorded. Let us take a trip down memory lane.