Jumaat, 13 April 2012

bumiperak

bumiperak


Bila dah tak boleh beromen kata Parti Ajaran Sesat

Posted: 13 Apr 2012 08:17 PM PDT


Umno Terenggganu yang di ketuai Ahmad Said yang juga MB Terengganu pernah robohkan Masjid Bujal, Kemaman, Terengganu beberapa tahun lalu. Kini Mat Said jadi ketua buat kempen 'Pas:Parti ajaran sesat' ke seluruh Malaysia.

Umno kata Pas sesat bukan cerita baru. Hanya 'diupgradekan' Mat Said untuk filem dan karya terbarunya menjelang pilihanraya.  Mat Said nak cari pengaruh di Terengganu supaya terus berkuasa di Terengganu daripada disambar Idris Jusuh bekas MB Terengganu musuh Mat Said sejak sekian lama. Yang cerdik dan tidak bodoh tak akan termakan karya terbaru Mat Said ini .

Ideologi Pas adalah Islam. Idealogi Umno ialah sekular. Asingkan agama dan politik. Takkan yang bawa ajaran agama Islam lebih sesat daripada ajaran sekular Umno?

Semasa Umno gila talak ajak Pas beromen,tidur sebantal, satu katil tak ada pulak kata Pas parti ajaran sesat. Umno sanggup menyembah dan melutut kepada Pas janji kerajaan perpaduan Umno-Pas jadi!Tapi apakan daya tiang layar kerajaan perpaduan patah berderai-derai karam macam kapal Titanic. Yang ada kini nak sangat jilat Umno ialah orang takdak parti tapi ada jati iaitu Hasan Ali.

Parti yang ajak umat Islam makmurkan masjid dengan solat berjamaah dituduh sesat. Parti yang ajak rakyat lepak kedai kopi time Magrib tak sesat. Parti yang ajak umat Islam ke masjid hadir majlis ilmu dituduh sesat tapi parti yang jadikan malam Jumaat untuk ke dangdut dan karoke tak sesat. Parti tolak hudud tak sesat tapi parti mau hudud dituduh sesat. Puak macam ni dah lama wujud seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Tak ada parti yang maksum tapi mudarat paling besar yang mesti ditumbangkan dalam pru 13 akan datang ialah Umno yang jadikan orang Melayu bertuhankan kebendaan kepada Umno. Sampai bila mau jadi hamba abdi Umno? Ajaran sesat yang semakin subur dan hidup kembali di Terengganu ialah ajaran ayah Pin yang dakwa ramai pengikut. Mungkin bagi Umno ajaran Ayah Pin tak sesat sebab sokong Umno.

misaimerah

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ALLAH SELAMATKAN SELANGOR DARI MEMILIKI MB PALING BODOH

Posted: 13 Apr 2012 10:33 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMAKIN lama semakin bebal nampaknya si Hassan JATI ini.  Malang sungguh, beliau telah berhabis duit untuk memperolehi PHD hanya untuk menjadi sebodoh sekarang.  Memang benarlah kata orang, jika kita sudah khianat kepada rakyat dan perjuangan, segala ilmu yang kita miliki sedikit demi sedikit akan ditarik oleh Allah SWT dan jadilah kita umpama lembu kondo.

Hassan JATI atau Hassan `pelesit' ini setiap malam merayau umpama pelesit tidak bertuan.  Setelah dipecat dari PAS, lebih-lebih lagi harapannya untuk menjadi MB Selangor musnah samasekali, maka Hassan Pelesit bernekad untuk membalas dendam.  Hatinya yang busuk penuh hasad dengki itu tidak mampu dibendung lagi.  Maka, keluarlah dari mulut busuk beliau agar rakyat jangan memberi undi walaupun satu undi kepada PAS, PKR dan DAP.  Ertinya, Umno dikecualikan.  Maksudnya, itulah tugas atau peranan Hassan Pelesit sebagai `Sub Kontrak' Umno.  Ertikata, beliau adalah pencacai murahan yang tidak kurang atau lebih dari pencacai-pencacai seumpamanya seperti Ezam sesumpah, Zahrain, Zul Kulum, Nalla dan betina tua yang masih dara, (dara?) si Umi Hafilda.

Paling menunjukkan kebebalan Hassan Jati adalah apabila beliau berkata, "Kalau mereka (pemimpin PAS terdahulu termasuk Almarhum Us Fadzil Noor) masih hidup, saya yakin mereka tidak akan izinkan Pas bergabung (dengan DAP dan PKR)," katanya di dalam satu ceramah di Taman Uda, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Lupakah beliau di zaman Almarhum Us. Fadzil Noor sudah wujud Angkatan Perpaduan Ummah (APU)?  Bukankah APU diwaktu itu dianggotai oleh PAS, Semangat 46 dan DAP?  Kemudiannya, di zaman Almarhum Us Fadzil Noor juga wujud Barisan Alternatif (BA) yang dianggotai oleh PAS, KEADILAN dan DAP juga?  Meskipun, pernah DAP keluar dari BA, tetapi bukan kerana dikeluarkan oleh PAS tetapi atas kehendak DAP sendiri waktu itu.  Ertinya, sejak dahulu lagi PAS sentiasa bersedia untuk bersama dengan DAP.  Apakah Hassan Pelesit lupa fakta ini atau masih mahu berbohong lagi kepada rakyat?  Sudahlah beliau banyak berbohong sebelum ini di dalam isu peruntukan ubahsuai pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor yang terang-terang membuktikan beliau adalah Exco yang paling mewah berbelanja.

Hassan Pelesit tidak perlu berbohong selama-lamanya kerana walaupun beliau mempunyai PHD (Penibu Hebat Di Dunia), tetapi jangan sangka rakyat sebodoh pencacai seperti beliau.  Kami ada maruah dan kami tidak menjadi bodoh hanya kerana gilakan jawatan MB Selangor.  Alhamdulillah, nasib baik Allah humbankan Hassan Pelesit ini dari PAS, jika tidak, mungkin satu hari nanti Selangor akan mencipta sejarah memiliki MB yang paling bengap seperti si Hassan ini./wfauzdin.blogspot.com

~penarik beca

~penarik beca


Muhyiddin dan boleh bersiap-siap jadi Perdana Menteri

Posted: 12 Apr 2012 11:43 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Altantuya-Scorpenes: UK PM's lightning visit won't remove Najib's blemish

Posted: 13 Apr 2012 12:03 AM PDT

Altantuya-Scorpenes: UK PM's lightning visit won't remove Najib's blemish This photo of British prime minister David Cameron and his Malaysian counterpart Najib Razak should do a tsunami to our soul.
It is not just puzzling. It is not just unbelievable. It raises a whole lot of questions in the conscience of humanity.
What really is this world of politics truly coming to? Would the British citizens take up this challenge for discussion too, please?
How can the UK ignore corruption-tainted Najib's link in the global arms trade
Let us wade-off the plenitude of being philosophical because Malaysians predominantly have an innate aversion for philosophy as making money to survive and to aspire going beyond even that to savor the seeming 'good life' is the only currency.
Read More / Baca Lagi >>

MB Terengganu mahu bawa P:Pas ke KL

Posted: 12 Apr 2012 11:53 PM PDT


Datuk Seri Ahmad Said
KUALA TERENGGANU - Program Pas: Parti Ajaran Sesat (P:Pas) yang bermula di Terengganu kelmarin akan diteruskan ke seluruh negara, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
Dipetik Bernama, program P:Pas secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur  tidak lama lagi.
"Program P:Pas tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni," kata beliau selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di sini, semalam.
Kelmarin, program P:Pas anjuran Umno Terengganu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.
Program itu berobjektif memberi penjelasan mengenai perjuangan Pas yang dirasakan boleh menjejaskan akidah umat Islam.

54 bandar dari 30 negara: Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia!

Posted: 12 Apr 2012 11:50 PM PDT

Meskipun berasal dari bandar dan negara yang berlainan, malah barangkali tidak kenal mengenal antara satu sama lain, namun mereka disatukan atas satu slogan "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia!"  Dengan poster di sisi dan kamera di depan, mereka mengungkapkan perkara yang sama dengan bahasa yang berbeza, "Kami tolak kilang pemprosesan nadir bumi Lynas!"

Demikianlah mesej yang cuba disampaikan dengan satu klip video berjudul "STOP LYNAS SAVE MALAYSIA (International Version)", selama 4 minit 48 saat, dimuatnaik ke laman Youtube, semalam.  Klip video ini diterbitkan atas inisiatif sekumpulan sukarelawan, termasuk Koh Wee Sun, Nicole Wong, Patrick Goh, Low Wawa, Weesiang Ng, James Cheng dan Joyce Ng, dengan muzik yang digubal oleh Hao Wei.
Read More / Baca Lagi >>

Bar Council to monitor Bersih 3.0 for violence

Posted: 12 Apr 2012 11:49 PM PDT


Police officers arrest attendees during the Bersih rally in Kuala Lumpur, July 9, 2011. — Picture by Jack Ooi
KUALA LUMPUR, April 13 — The Bar Council will deploy a team of monitors during Bersih 3.0 to watch for any incidents of violence and assist those who may be arrested during the April 28 rally, its president Lim Chee Wee said today. He would not say if the council would participate in the event, Bersih's third since 2007, but noted that the Bar "respects and protects" the right to assemble under the Federal Constitution, provided it stays peaceful.
"The Malaysian Bar Council is not a member of the coalition of NGOs making up Bersih 3.0," he said in a statement to The Malaysian Insider today.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan tidak dendam pada Umno walaupun dizalimi

Posted: 12 Apr 2012 11:46 PM PDT


KUALA LUMPUR, 13 April: Pemimpin Pakatan Rakyat bersedia memaafkan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin Umno BN asalkan mereka sanggup mengaku salah terhadap kesalahan mereka terhadap rakyat.


Justeru, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor (gambar) melahirkan keyakinan, Pakatan Rakyat akan memberikan contoh yang terbaik dalam pemerintahan nanti.

"Semua rakyat akan diperlakukan dengan adil dan saksama dan tidak akan insan yang akan menerima nasib sebagaimana yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Read More / Baca Lagi >>

Dataran Merdeka belongs to the rakyat, says Bersih

Posted: 12 Apr 2012 11:46 PM PDT

Ambiga dipanggil siasatan Bersih 2.0 hari ini

Posted: 12 Apr 2012 11:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 April: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan  dipanggil memberikan keterangan dalam siasatan awam yang akan dilakukan Suhakam hari ini.

Ini ekoran tindakan Suhakam meneruskan Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011.
Read More / Baca Lagi >>

Only ‘tip of iceberg’ so far, ex-PKA boss says of PKFZ scandal

Posted: 12 Apr 2012 11:39 PM PDT

"PKFZ: A Nation's Trust Betrayed" chronicles Lee's experience helming the PKA at the time the scandal erupted. — Pictures by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, April 13 — Despite five years of exposés on the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal that could cost taxpayers up to RM12.5 billion, the ex-chairman of the Port Klang Authority (PKA) says authorities have only hit the "tip of the iceberg". Datuk Lee Hwa Beng also suggested that only political change could result in independent investigations unhindered by vested interests.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiwa pro-Umno Akan Sertai Demo Anti-PTPTN

Posted: 12 Apr 2012 11:38 PM PDT

 
 Mahasiswa pro-Umno bakal menyertai himpunan mendesak pemansuhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Sabtu ini di Dataran Merdeka.
Ini disahkan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang hari ini yang mengatakan mahasiswa pro-Umno tersebut daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Safwan bekata setakat ini, beberapa kumpulan mahasiswa dari Kelantan, Terengganu dan Johor menyatakan kesediaan untuk turun.
Read More / Baca Lagi >>

Pendedahan Terkini Skandal Scorpene, PM Dicabar Saman Asia Sentinel

Posted: 12 Apr 2012 11:36 PM PDT

 
: Perdana Menteri dicabar menyaman portal berita Asia Sentinel berhubung pendedahan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang membabitkan peranan mendiang Altantuya Shariibuu dan sekutu rapatnya Abdul Razak Baginda.
Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Datuk Seri Najib Abdul Razak menjawab artikel nukilan John Berthesen, "Gun Begins Smoke in Malaysian Sub Scandal" seperti yang disiarkan di 5 April lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Umat kehilangan jenama

Posted: 12 Apr 2012 11:35 PM PDT

Sering kali apabila bersolat di Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi SAW, perasaan saya tersentuh, penuh rasa kagum kepada umat ini.

Apa tidak, ratusan ribu, bahkan jutaan manusia datang dari pelbagai negara dan bangsa, latar pendidikan dan budaya yang berbeza, tidak mengenali antara satu sama lain namun tetap mampu untuk membentuk saf-saf solat yang penuh teratur.

Tidak pernah sama sekali sebelum itu mereka melakukan apa-apa raptai membentuk saf untuk jumlah yang demikian besar, melainkan amalan solat berjemaah di negara masing-masing.

Namun, apabila sahaja iqamat dilaungkan, jutaan manusia pelbagai bangsa, pelbagai latar budaya, pelbagai gaya, pelbagai negara bangun berdiri mengambil tempat dalam saf-saf solat dengan penuh disiplin.
Read More / Baca Lagi >>

Undang-undang Ganti ISA Macam Panadol

Posted: 12 Apr 2012 11:32 PM PDT


SHAH ALAM 12 APR : Tindakan kerajaan pusat mengantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan satu akta yang serupa dilihat seperti memberi 'panadol' kepada penyakit.
Pakar undang-undang perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 menunjukkan minda dan cara pemikiran pemimpin Umno-BN itu masih sama dengan dulu.
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN: Kerajaan hanya perlu RM2 bilion setahun

Posted: 12 Apr 2012 11:31 PM PDT


KUALA LUMPUR, 13 April: Kerajaan hanya perlu membayar RM2 bilion setahun hutang PTPTN jika membuat keputusan untuk menghapuskan hutang itu kepada peminjamnya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ini kerana jumlah hutang PTPTN adalah RM24.7 bilion sahaja yang boleh dibayar dalam tempoh yang lama.

"Jumlah RM2 bilion itu juga adalah kecil berbanding keputusan-keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akhir-akhir ini yang merugikan rakyat," kata Rafizi.

Misalnya, kata beliau, geran berjumlah RM1 bilion diberikan begitu sahaja kepada Maju Holdings dalam penjualan Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Jadi Barua Politik : KTM arah pasang bendera BN di 28 stesen S'gor....

Posted: 12 Apr 2012 11:30 PM PDT

azlanWarna biru bendera BN dijangka memenuhi kesemua 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor tidak lama lagi.

Ini ekoran pengerusinya Datuk Seri Ir  Mohamed dikatakan mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan pilihan raya BN memasang bendera itu, sekali gus memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj.

Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor dan bekas menteri kerja raya didakwa mengeluarkan arahan itu semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Balak : Dokumen bocor dedahkan rekod bank Chia

Posted: 12 Apr 2012 11:29 PM PDT

NONELaman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia.

Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak ketua menteri di Perth, Australia.
Read More / Baca Lagi >>

Pas mahu MB Terengganu sumpah laknat

Posted: 12 Apr 2012 11:25 PM PDT


Abu Bakar Chik
KUALA TERENGGANU – Pimpinan Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik tidak menolak kemungkinan mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melakukan sumpah laknat kerana melabel parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat (P:Pas).

Kata beliau, sumpah laknat dalam bentuk 'mubahalah' itu perlu dilakukan jika benar semua pihak mahu memastikan kebenaran berhubung dakwaan tersebut. 


"Ini adalah salah satu kemungkinan untuk mengajak Ahmad Said melakukan sumpah laknat. Kita tidak mahu benda ini (tuduhan bahawa Pas ajaran sesat) kerana benda ini berat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini, semalam.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas penganjuran Wacana 'Pas: Parti Ajaran Sesat' anjuran Badan Perhubungan Umno Terengganu, Khamis lalu. 
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 hujung tahun, bukan Jun?

Posted: 12 Apr 2012 11:23 PM PDT


LOGO PARLIMEN
AWAL bulan lalu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar antara lain berkata, jika hendak membubarkan adalah lebih baik dibubarkan hanya selepas istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 selesai. Istiadat disempurnakan Rabu lalu.
Minggu depan undang-undang yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibahaskan oleh Dewan Rakyat. Ia akan disusuli pindaan membabitkan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Ia sebahagian daripada pelan transformasi politik dijanjikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Melihat kepada faktor-faktor itu, dan mengambil kira beberapa pertimbangan lain, setakat minggu lalu, ramai membuat spekulasi bahawa Najib, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN akan membubarkan Parlimen akhir bulan depan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 dipanggil menjelang pertengahan bulan Jun. Dalam tulisan pertama pun, penulis memetik cakap-cakap di luar dengan mengetengahkan minggu pertama atau kedua sebagai tarikh pengundian PRU13.
Read More / Baca Lagi >>

Kezaliman menjelma dalam wajah baru

Posted: 12 Apr 2012 11:20 PM PDT

Najib sebenarnya tidak melakukan sebarang bentuk reformasi terhadap undang-undang (ISA) BN yang zalim ini.

Ramai rakyat Malaysia girang dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim itu tetapi "pedang yang tergantung masih menjadi ancaman untuk menacak di atas kepala" mereka yang menentang Barisan Nasional (BN).
Kebimbangan ini ada asasnya kerana dua elemen penting yang membenarkan perlakuan penahanan dengan sewenang-wenangnya untuk tempoh beberapa tahun masih wujud dalam Bil Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Pencegahan Khusus) itu.
Elemen-elemen ini mempunyai definisi kesalahan-kesalahan yang luas dan kurang jelas di mana wujud kelemahan yang ketara yang membenarkan seseorang itu ditahan dalam tempoh masa yang lama melalui kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam proses perundangan.
Pertama, definisi Kesalahan-Kesalahan Keselamatan:
Di antara rangkaian kesalahan-kesalahan yang luas dan mempunyai definisi yang samar-samar yang dimasukkan di bawah Bil ini ialah ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam dan tidak menunjukkan taat setia kepada Yang DiPertuan Agong.
Read More / Baca Lagi >>

Kerabat NS yakin Pakatan Rakyat lebih baik

Posted: 12 Apr 2012 11:13 PM PDT

Kerabat NS yakin Pakatan Rakyat lebih baik NILAI, 12 April-Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan percaya bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini lebih baik berbanding pemimpin negara sedia ada.
Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.
"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.
"Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam halal je," katanya kecewa.
Ceramah malam tadi sempena program Jelajah Jom Ubah, Demi Rakyat Negeri Sembilan yang dibuat di Sikamat di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Liow, Liow - it’s BN that is bankrupting Malaysia!

Posted: 12 Apr 2012 11:12 PM PDT

Liow, Liow - it's BN that is bankrupting Malaysia!Liow Tiong Lai! Are you a Chinese or not?
Your words and actions don't show you are a Chinese. The typical Chinese hold dear to customary moral values like speaking the truth, upholding yi qi (spirit of loyalty and self sacrifice) and mian zi (your face).
From lying about the police attack on Tung Shin to the attempted annual multi-billion-ringgit 1Care rip-off of taxpayers, you continue to try and fool and sell out the Chinese in Malaysia.
You work with the racist Umno and its Utusan Malaysia, which is out to agitate the Malays to fight the non-Malays, to defend Barisan Nasional (BN). That is absolutely your right.
But that right does not include lying through your teeth to hoodwink or betray Malaysians.
No right to tell blatant lies
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi kepada Khairy: Ganti debat NFC dengan debat PTPTN

Posted: 12 Apr 2012 11:10 PM PDT

Rafizi kepada Khairy: Ganti debat NFC dengan debat PTPTN
Saya mengalu-alukan persetujuan Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang dibuat melalui laman Twitter dua hari lepas bahawa "penghapusan PTPTN adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tetapi persoalannya adakah ia wajar" merujuk kepada twit beliau "PKR missing the point re PTPTN. Its not whether govt CAN write off the loans. Its whether the govt SHOULD. Most don't think govt should" [1:57 pm, 11 April 2012]
Saya telah membentangkan bahawa hutang PTPTN yang perlu ditanggung hanyalah RM24.7 bilion yang boleh dibayar dalam tempoh yang lama. Pelaburan yang diperlukan hanyalah RM2 bilion setahun dan pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan ini, termasuklah mensyaratkan pelaburan dari keuntungan hasil minyak dan gas ke dalam bidang pendidikan, memotong perbelanjaan pertahanan, membanteras rasuah, menghentikan ketirisan dan pembaziran.
Read More / Baca Lagi >>

Kehilangan undi Melayu: Najib takut apabila dibandingkan dengan Anwar

Posted: 12 Apr 2012 11:09 PM PDT


Kehilangan undi Melayu: Najib takut apabila dibandingkan dengan Anwar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di bawah serangan dari semua segi. Bukan sahaja dari 'Laksamana' Umno yang paling berkuasa - bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad – yang telah kehilangan keyakinan padanya untuk memenangi pilihan raya umum ke-13, malah ketua-ketua kecil serta orang-orang yang terbuang seperti bekas Ketua Menteri Selangor Khir Toyo awam memberi mereka nasihat tidak berguna bagaimana cara untuk menggagalkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gabungan Pakatan Rakyat.
Untuk Najib - seorang ahli politik yang kekok dan janggal, penyelesaian adalah mudah. Membedil Anwar dengan tohmahan. Ia tidak disedari olehnya bahawa Pakatan Rakyat telah berkembang lebih daripada sebelumnya apabila ia menyertai pilihan raya umum 2008 - satu pakatan longgar tiga parti, iaitu PKR, PAS dan DAP. Apa yang boleh berlaku, kebergantungan pada media sensasi dan bebrapa orang ahli politik pembelot yang dibeli Najib telah memberikan beberapa bonus bagi Pakatan Rakyat, yang taktik ini telah mengena diri mereka sendiri dan memusnahkan kredibiliti Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim Nyanyi Lagu: Macam mana kita buat pilihan dalam PRU ke-13?

Posted: 12 Apr 2012 11:06 PM PDT

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Tapah, Perak (2012.04.10) Part 2

Posted: 12 Apr 2012 11:06 PM PDT

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Tapah, Perak (2012.04.10) Part 1

Posted: 12 Apr 2012 11:05 PM PDT