Rabu, 11 April 2012

bumiperak

bumiperak


Wakil rakyat Sg Rapat diminta sahut cabaran debat

Posted: 11 Apr 2012 02:37 AM PDT

Ust Radzi Zainon Bakal Calon Pakatan Rakyat Dun Sungai Rapat, mencabar Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman berdebat secara terbuka diatas satu pentas yang sama, atas sebarang isu yang dipilihnya sendiri.

Cabaran Radhi adalah ekoran keghairahan Hamidah yang sudah banyak kali turut menganggu di setiap kali Pakatan Rakyat mengadakan majlis ceramah.

"Kat mana kita buat ceramah, Hamidah pun sibuk buat ceramah dekat tempat kita semata-mata untuk menganggu," terang Radhi.

"Dengan ini saya cabar Hamidah untuk berceramah atas satu pentas yang sama dengan saya. Sebaik-baiknya diadakan di Arena Square Batu Gajah," tambahnya lagi.

Radhi mencabar Hamidah supaya menerima pelawaannya supaya rakyat setempat boleh mendengar hujah masing-masing.

"Samada mahu berhujah mengenai 'Sifar Setinggan' atau apa saja, kita minta Hamidah sendiri tentukan. Yang penting dia bersetuju berdebat dengan saya," katanya tegas.

Sementara itu, seorang peniaga tempatan, Encik Anuar Ibrahim menyatakan beliau dan beberapa orang rakan niaganya sanggup untuk membiayai makan minum percuma kepada orang ramai yang menghadiri majlis debat antara Radhi dan Hamidah jika benar Hamidah bersetuju dengan pelawaan Radhi tersebut.

Kesanggupan Anuar dan rakan-rakannya itu untuk membiayai kos makan minum percuma untuk orang ramai pada majlis tersebut menggambarkan terdapat sebahagian rakyat yang berhajat benar mahu melihat dua orang tokoh tempatan ini berdebat atas pentas yang sama.

Dengan cara ini, tidak payahlah lagi Hamidah melalak-lalak dari jauh dan menghabiskan beribu-ribu wang untuk menaja majlis ceramahnya kerana Anuar dan rakan-rakannya akan menaja segala keperluan untuk mengadakan majlis tersebut.Hanya menunggu kesanggupan Hamidah sahaja.

Hamidah tidak perlu menyediakan bas untuk mengangkut orang ramai kerana jika majlis itu menjadi kenyataan, orang ramai tentunya akan berpusu-pusu dari seluruh pelusuk negeri Perak.

Hamidah patut mengambil kesempatan ini kerana secara tidak langsung akan dapat mempromosikan dirinya sendiri ; melainkan dia seorang yang pengecut dan tidak berani berhadapan dengan Radhi.

Menurut Radhi, dia memberikan masa dua minggu kepada Hamidah untuk memberi respon terhadap cabarannya itu. Beranikah Hamidah?

~penarik beca

~penarik beca


Kalau setara PAS pun sesat, dan saya tak nak bela Pas, Umno tentulah ibu segala kesesatan

Posted: 11 Apr 2012 06:58 PM PDT

Solat mereka, ibadat mereka, hidup mereka, mati mereka kerana rasuah

Posted: 11 Apr 2012 01:33 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Umno: Dari Pendita Zaaba ke Pendita Syed Putera

Posted: 11 Apr 2012 07:39 AM PDT

Umno: Dari Pendita Zaaba ke Pendita Syed Putera — Sakmongkol AK47

April 11, 2012

11 APRIL — Pada 7 April, saya berjumpa dengan Oracle Syed Putera atau dalam bahasa Melayu kita boleh sebut sebagai Pendita dari Syed Putera.

Kali ini nasib saya baik. Saya di jemput masuk untuk berjumpa bukan sahaja dengan Sang Pendita Syed Putera tapi juga dengan tokoh halimunan, Tun Daim Zainudin.

Dahulu di pinggirkan oleh Umno, sekarang di cari cari untuk memberi jampi serapah penguat semangat.

Tun Daim jadi macam bomoh besar menggantikan swami ji atau bomoh dari Indonesia yang selalu di rujuk oleh pimpinan tertingi Umno.

Bomoh tak bomoh, macam mana ya, Najib sang general tanpa soldadu. Soldadu nya soldadu upahan, pengikut nya, pengikut bayaran.

Wah, memang nasib saya baik pada hari itu. malam nanti, saya akan berceramah di markas Tarbiyyah PAS , Taman Melewar. Ada modal mahu cakap.

Sang Pendita: You boleh tanya direct segala kemusykilan dari Tun sendiri. Dia baru pulang dari Tokyo. He went there after memberi temu ramah Utusan Meracau dan beberapa akhbar Cina yang lain. Isnin ini Tun akan ke Afrika untuk suatu tempoh yang agak panjang. Tun kata dia mahu jumpa Sakmongkol yang sudah masuk DAP itu. Kami semua ketawa.

Sakmongkol: Saya tukar wadah Tun, bukan tukar aqidah. Orang Umno hari ini, kalau agama boleh mereka jual, sudah lama mereka lakukan. Tanah, bangunan, saham, akhirnya lembu pun mereka balun.

Funny Tun that you are going to Africa. Our country is becoming what Africa was 30 years ago. Kita ada menteri bawak lari orang dan puukul setengah mati.

Kita ada anak menteri dulu di kata menembak seorang rakan dan kini suruh bodyguard pukul orang. Tanpa membuang masa saya pun bertanya dari Tun kontradiksi antara memberi markah A++ kepada Najib dan pandangan yang selalu disampaikan kepada saya melalui Sang Pendita bahawa Najib has lost the plot on how to run the country.

TDZ: Tidak ada kontradiksi. No contradiction. He got A++ dari segi membuat pengumuman berentetan pengumuman. Dia sudah perfect the art of doing everything and accomplishing nothing. You ke yang kata, much thunder, no rain? My take is BN is comfortable with Johore, Pahang and Melaka sahaja, ulangi Tun.

Sakmongkol: Tapi Johor is in trouble too, Tun. Ghani has intimated to some Umno confidantes that he fears that up to 9 parliamentary seats will be lost. And up to 16 DUN seats are going to the other side. Ong Kar Ting pun ada menggalakkan orang kuat DAP bertanding di Kulai, sure menang kata nya. Ini bereti Ong Ka Ting pun tidak yakin dia boleh mengekalkan kerusi parlimen nya.

Tun Daim kelihatan terkejut dengan pemakluman saya.

TDZ: Hmm, Ghani didepan kita kata semua ok. Tapi saya ingat mungkin ada kebenaran jugak, the seats now held by MCA are good as gone. Areas with a sizeable number of Chinese voters are also in danger. In Segamat unless BN can create another flood like the last time, the seat will also be yilek. No floods means, BN boats cannot carry only BN voters and also cannot begin counting votes on military and police lorries.

Sakmongkol: Biasalah lah Tun kata saya. Orang Umno ingat Allah pun ahli Umno. Sebab itu mereka yakin Tuhan hanya mendengar doa mereka. Doa rakyat yang sengsara lagi mujarab Tun.

Dan saya dengar doa mereka ialah supaya BN bungkus kali ini dan Umno jadi parti pembangkang. Saya pun Tun, mahu bantu najib untuk kalah supaya dengan kekalahan Umno, bolehlah dia lakukan transformasi yang di laung laungkan.

You know, all the rats will desert the sinking ship. Unfortunately, Tun, Najib says he is a driver and not a ship's captain. Most likely he will also jump ship.

Sampai sini dahulu perbualan saya dengan Tun Daim. Lain kali kita sambung.

Mari kita bincang mengenai pembohongan pimpinan Umno. Kita fikirkan pandangan seorang lagi Pendita — the original Pendita bangsa Melayu — Zaaba.

Dalam tahun 1927, iaitu pada 16 haribulan bulan Mac dalam majallah Al Ikhwan, pendita pertama Melayu iaitu Zaaba menulis tentang sebab musabab Melayu bernasib malang.

Adat kebiasaan dan keadaan hidup yang dasyat yang telah di tanggung oleh datuk nenek mereka pada zaman sebelum kedatangan British, dan oleh sebab adat kebiasaan yang telah jadi pusaka itulah hingga perkataan pun tiada kita dapati dalam bahasa Melayu bagi menamai kebanyakan daripada sifat-sifat kemuliaan perangai. Apa makusd Zaaba?

Maksud Pendita Zaaba ialah orang Melayu tidak ada sifat kemuliaan perangai yang menjadikan mereka bangsa yang robust dan rugged dan mempunyai minda tangkas untuk memajukan diri. Atau dalam bahasa yang mudah, orang Melayu mewarisi perangai captive mind atau jiwa hamba.

Dan pada bulan April 1927 dalam Majallah Al Ikhwan Pendita Zaaba menyambung menulis… dan ini yang menjadikan mereka waris kepada beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah yang telah menjadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala itu, beratus ratus tahun lama nya mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah-pemerintah yang pada zaman dahulu itu, iaitu pemerintah-pemerintah dari bangsa mereka sendiri…

Saya macam ingat Zaaba menulis mengenai parti Umno yang mahu mengembalikan orang Melayu ke zaman dulu kala dimana orang Melayu kena picit, perah dan ramas dan mengabidkan fikiran orang Melayu. Inilah sifat dan perangai rendah Umno.

Inilah yang di lakukan oleh Umno hari ini yang tersangat cemas dan ketakutan, mengembalikan orang Melayu kepada zaman gelap dengan cerita cerita seram mengenai ancaman terhadap mereka.

Inilah pembohongan besar Umno keatas orang Melayu yang bertujuan untuk memicit, meramas dan memerah jiwa orang Melayu supaya orang Melayu terus di perabdikan.

Kita jangan sekali kali lupa bahawa Najib, is at heart a feudal person. His objective is to keep the Malays in servitude under Umno hegemony. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Hanya 1 meter ombak landa Pantai Aceh

Posted: 11 Apr 2012 04:07 PM PDT


Ketakutan kepada bencana tsunami besar-besaran berkurangan dari pemikiran rakyat Aceh, Indonesia apabila hanya ombak 1 meter menerpa pantai kawasan itu.

(Penduduk Aceh berada di tempat tinggi memerhati pantai Aceh)

Ekoran itu, amaran tsunami ditarik balik selepas empat jam dinaikkan untuk memberikan amaran kepada rakyat Indonesia khanya yang tinggal di sepanjang pantai Sumatra Barat.

Read More / Baca Lagi >>

‘Chaos’ will result from anti-Lynas mosque protests, Perkasa warns

Posted: 11 Apr 2012 04:05 PM PDT

Perkasa members protest outside the National Mosque on August 19, 2011. The group today said protests at mosques would lead to "chaos" in the Malay community. — File pic
KUALA LUMPUR, April 8 — Unrest in the Malay community may be sparked by a series of anti-Lynas Corp protests planned to be held at mosques nationwide, Perkasa warned today. The Malay rights group's youth chief Irwan Fahmi Ideris told authorities to take the upcoming April 13 event seriously, claiming that "religious institutions" are being abused and manipulated for political gains.
"There will be chaos, this will cause national unrest. Is it not enough that Malays are already divided by different political parties, now mosques are being used to split them further?
Read More / Baca Lagi >>

Kg Boundary 5 residents cry foul over eviction order

Posted: 11 Apr 2012 04:03 PM PDT

Felda Kepis: Old trees cut, but no new trees for planting

Posted: 11 Apr 2012 04:02 PM PDT

Anwar Ibrahim: Pendidikan Percuma, Apakah Sekadar Mimpi?

Posted: 11 Apr 2012 04:00 PM PDT

Himpunan Solidariti Hijau Semalaysia Stop Lynas 13 April Di Seluruh Negara

Posted: 11 Apr 2012 09:25 AM PDT

Solidariti Hijau Semalaysia STOP LYNASPengumuman senarai lokasi bagi mobilisasi kempen Solidariti Hijau SeMalaysia
Himpunan : Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas
Pada : 13 April 2012
Masa : Selepas Solat Jumaat (1.30PM-3PM)

TIMBALAN PRESIDEN PAS, TN.HAJI MOHAMAD SABU AKAN BERSAMA-SAMA DALAM HIMPUNAN INI DI DATARAN SHAH ALAM.

JAWATANKUASA SOLIDARITI HIJAU SEMALAYSIA STOP LYNAS DIPENGERUSIKAN OLEH TN.HAJI ZULKEFLY MOHAMAD OMAR, PENGERUSI LAJNAH ALAM SEKITAR PAS PUSAT/AJK PAS PUSAT.

SEMUA WAKIL PIMPINAN PAS NEGERI DAN WAKIL NGO AKAN MEMIMPIN HIMPUNAN DI SETIAP NEGERI DISELURUH NEGARA.

Read More / Baca Lagi >>

Bukan sederhana tapi melampau

Posted: 11 Apr 2012 09:24 AM PDT

Oleh: anaabdullah

" Prime Minister Najib Razak standing in front of a Malaysian flagTahun lepas beberapa kali saya ke Kuantan, Pahang. Pelbagai cerita pasal Perdana menteri 1 malaysia. Itu dan ini. Pendek kata macam macam cerita. Ada yang bagus ada yang tak bagus. Cerita buruk pun ada.

Baru baru ini saya pergi lagi ke Kuantan Pahang atas urusan keluarga. Bermalam dua malam di Tanjung Lumpur. Sepanjang bermalam dua malam itu teringat saya dengan pelbagai cerita tahun lepas.

Read More / Baca Lagi >>

PTPTN, Muflis, PM atau Timbalan Menteri yang bohong?

Posted: 11 Apr 2012 09:22 AM PDT

"PM kata kerajaan akan tanggung beban RM 43 bilion jika PTPTN dimansuhkan. Timbalan Menteri Belia dan Sukan pula berkata seramai 742,924 peminjam ataupun 83 peratus membayar balik pinjaman hampir RM3 bilion, membabitkan lebih RM5 bilion pinjaman (bukan RM 43 bilion).

 Dalam pada itu pula dari 11,764 graduan yang dikecualikan dari bayaran balik PTPTN kerana mendapat ijazah kelas pertama, 75 peratus adalah pelajar keturunan Cina , 20 peratus pelajar Melayu.

Read More / Baca Lagi >>

Hanya empat MP sertai ikrar integriti p'raya

Posted: 11 Apr 2012 09:19 AM PDT

Hanya empat orang MP – dua dari BN dan dua pembangkang – yang menandatangani ikrar integriti pilihan raya sejak ia dilancarkan badan pemerhati Transparency International-Malaysia, tiga minggu lalu.

Empat ahli parlimen itu ialah Datuk Saifuddin Abdullah (Temerloh) dan Khairy Jamaluddin (Rembau) dari BN, MP PKR Nurul Izzah (Lembah Pantai) dan juga dari PSM Dr D Jeyakumar (Sungai Siput).
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat semakin cenderung kepada Pakatan

Posted: 11 Apr 2012 09:16 AM PDT

Ada yang mengkritik Buku Jingga sebagai retorik Pakatan Rakyat semata-mata. Adakah bernas kritikan itu?
Pertama sekali, Buku Jingga dikritik oleh pihak Barisan Nasional oleh sebab mereka tidak mengambil tahu secara terperinci mengenai buku ini samada ia retorik semata-mata atau sebagai sebuah syor kepada seluruh rakyat Malaysia untuk masa hadapan yang adil.
Apa yang saya lihat, tawaran dari Buku Jingga berlainan dari amalan yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Sebab itulah mereka tidak selesa terhadap Buku Jingga kerana tawaran Buku Jingga melangkaui batas kaum.
Read More / Baca Lagi >>

Makin ramai orang Dayak sokong Pakatan di Sarawak

Posted: 11 Apr 2012 09:14 AM PDT


KUALA LUMPUR, 11 APRIL – Barisan Nasional tidak lagi kebal di Sarawak dan ia kini dilihat sebagai sebuah negeri yang sangat berpotensi buat Pakatan Rakyat memandangkan peningkatan sokongan masyarakat Dayak terhadap Pakatan Rakyat.
Pengerusi DAP Sarawak, Wong Hong Leng berkata, sokongan masyarakat Dayak terhadap Pakatan Rakyat, terutamanya DAP, amat memberangsangkan semasa pilihan raya negeri (PRN) 2011 yang lalu.
"Tanpa sokongan undi masyarakat Dayak di Kota Sentosa, Kidurong, Meradong, Dudong dan Batu Kawah, (kerusi) DAP Sarawak tidak mungkin seperti sekarang," katanya dalam sidang akhbar di sini petang semalam.
DAP yang bertanding di 15 kerusi DUN sewaktu PRN Sarawak telah berjaya memenangi 12 kerusi manakala rakannya dalam Pakatan, iaitu PKR, mendapat 3 kerusi. BN, walaupun kekal menang dengan 55 kerusi DUN, telah hilang lapan kerusi yang dimenanginya dalam PRN 2006.
Read More / Baca Lagi >>

Buku Jingga ancam keselesaan kuasa UMNO-BN

Posted: 11 Apr 2012 09:13 AM PDT


Apakah Barisan Nasional telah hilang pertimbangan waras atau semakin kecut apabila rakyat mula menuntut tekanan ekonomi ciptaan kerajaan dimansuh atau dikurangkan?
Malaysia tidak akan bankrap jika memenuhi tuntutan kebajikan rakyat pelbagai kaum yang telah banyak berjasa negara dengan pembayaran cukai-cukai yang dikutip saban tahun. Apalagi ditambah pula dengan hasil bumi yang kaya seperti minyak dan sawit, sumber dari pelancongan, perindustrian dan sebagainya.
Pemansuhan yang waras
Pemansuhan PTPTN dan kutipan tol lebuh raya serta memperkenalkan gaji minima adalah sebahagian daripada tawaran Pakatan Rakyat jika menerajui kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang. Banyak lagi tawaran yang akan membahagiakan hidup kita.
Sebagai rakyat, kita akan lebih selesa, mewah dan  sangat bersyukur sekiranya ia dilaksanakan. Malah bukan tawaran ganjaran ekonomi sahaja, malah pembersihan sistem dan nilai yang semakin pupus di bawah pemerintahan UMNO-BN yang selama ini semakin terpisah daripada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO : dari Pendita Zaaba ke Pendita Syed Putera

Posted: 11 Apr 2012 09:11 AM PDT

Oleh sakmongkol AK47
Pada 7 april 2012, saya berjumpa dengan Oracle Syed Putera atau dalam bahasa Melayu kita boleh sebut sebagai Pendita dari Syed Putera. Kali ini nasib saya baik. Saya di jemput masuk untuk berjumpa bukan sahaja dengan Sang Pendita Syed Putera tapi juga dengan tokoh halimunan, Tun Daim Zainudin.
Dahulu di pinggirkan oleh UMNO, sekarang di cari cari untuk memberi jampi serapah penguat semangat. Tun Daim jadi macam bomoh besar menggantikan swami ji atau bomoh dari Indonesia yang selalu di rujuk oleh pimpinan tertingi UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Hari-hari penganut agama rasuah sakitkan hati rakyat dengan hujjah laknat

Posted: 11 Apr 2012 09:08 AM PDT

Oleh Penarik Beca
Tokoh Melayu sanjungan Umno iaitu Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata negara akan muflis dalam tempoh dua tahun jika Pakatan Rakyat memerintah dan menunaikan tiga perkara yang dijanjikan dalam siri kempen politik mereka sejak beberapa tahun lalu.
Tiga janji tersebut, katanya, ialah menghapuskan kutipan tol, gaji minimum RM4,000 sebulan dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Memang la, yang nak bagi kat rakyat, negara akan bankrap. Yang hampa sapu, RM250 juta sini, RM589 juta sana, RM17 bilion, RM28 bilion, tak bankrap.Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu: Pakatan akan calon pegawai tentera, polis

Posted: 11 Apr 2012 09:05 AM PDT

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat bakal melakukan kejutan dengan menurunkan bekas pegawai tinggi tentera dan polis sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Berucap dalam satu ceramah di Telok Emas, Melaka malam tadi, Mohamad berkata perkara itu akan diumumkan "tidak lama lagi."

"Tuan-tuan nak tahu pada pilihan raya akan datang beberapa orang bekas polis, bekas tentera berpangkat tinggi akan jadi calon dalam Pakatan Rakyat dan kalau berlaku begini sudah seluruh (sokongan bekas tentera) kembali kepada kita," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

MCA P.Pinang Cari Politik Murahan

Posted: 11 Apr 2012 09:03 AM PDT

SHAH ALAM 11 APR : Tindakan Setiausaha MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan menggelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai bermain isu politik dan perkauman disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari sebaliknya memberitahu tuduhan liar Chiek Tuan dibuat berhubung satu ucapan gurauan Guan Eng yang dimanipulasikan untuk kepentingan politik murahan MCA.
"Sedangkan kenyataan Ketua Menteri dibuat dalam nada bergurau dan tidak sesekali bersifat ugutan seperti didakwa.
"Dan bagaimana pula mereka mendakwa beliau bermain politik di sekolah kerana akhbar yang disebut bukan akhbar politik pun. Lainlah kalau Harakah, Suara Keadilan atau The Rocket," tegas Zairil dalam kenyataan medianya.
Mengulas isu perkauman yang cuba ditimbulkan MCA, Zairil berkata isu itu tidak seharusnya dibangkitkan kerana kesemua akhbar yang disebut itu adalah berbahasa Melayu.
"Kecenderungan Ketua Menteri untuk mengulas sedemikian hanya kerana baginya laporan yang disediakan akhbar Sinar Harian adalah lebih objektif berbanding Utusan dan Berita Harian.
"Apatah lagi, Utusan sering memainkan isu perkauman hingga menimbulkan ketakutan di kalangan mereka yang berbangsa Melayu dan Cina selain pernah mencadangkan agar peristiwa 13 Mei disambut sebagai hari suci?.
"Adakah pemikiran seperti ini yang MCA rasakan perlu disemai di kalangan kanak-kanak sekolah?" soal Zairil sambil menambah MCA sendiri takut untuk menyatakan sokongan secara terbuka kepada kedua-dua akhbar pro-BN tersebut.

Malaysia tarik balik nasihat amaran tsunami

Posted: 11 Apr 2012 09:00 AM PDT

KUALA LUMPUR - Nasihat amaran tsunami yang dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah ditarik balik pada pukul 10 malam ini, kata Jabatan Mateorologi Malaysia.
Jabatan itu dalam kenyataan berkata nasihat itu dikeluarkan pada pukul 6.55 malam berikutan kejadian gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter melanda wilayah Aceh, Indonesia.
Ancaman tsunami sudah berlalu, kata jabatan itu.
Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran pada pukul 4.50 petang tadi berikutan kejadian gempa bumi itu.
Jabatan itu juga mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan supaya menjauhi dari kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu berpotensi mengakibatkan tsunami. - Bernama

Families flee homes in Aceh after earthquake

Posted: 11 Apr 2012 08:58 AM PDT

PENJELASAN ISU CADANGAN MEMANSUHKAN PTPTN - 2

Posted: 11 Apr 2012 08:49 AM PDT

PENJELASAN ISU CADANGAN MEMANSUHKAN PTPTN -1

Posted: 11 Apr 2012 08:48 AM PDT

Kerajaan perlu segera selesai kekurangan guru di SJK(C) - Tee Keat

Posted: 11 Apr 2012 08:40 AM PDT

Rakyat bersama TABAH

Posted: 11 Apr 2012 08:37 AM PDT

Pemuda PAS Sabah sokong Himpunan Aman Bangkit 2.0

Posted: 11 Apr 2012 08:36 AM PDT

PIBGN sambut baik penajaan kewangan Bursary secara automatik

Posted: 11 Apr 2012 08:34 AM PDT

Pinda Auku - Perlu ada had berpolitik untuk mahasiswa

Posted: 11 Apr 2012 08:33 AM PDT

GoMalaysian

GoMalaysian


Ku Li usul PR Perak bersedia untuk peralihan kuasa?

Posted: 11 Apr 2012 07:13 PM PDT

Ku Li pernah memberitahu saya untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peralihan kuasa di Perak dalam perjumpaan kami pada 1 April di Ipoh...

Nizar: Ku Li usul PR Perak bersedia untuk peralihan kuasa

The Malaysian Insider

SHAH ALAM, 12 April — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan olehTengku Razaleigh Hamzah untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang.

Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, dalam pertemuan dengan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia untuk perubahan kuasa di negeri tersebut.

"Terdapat khabar angin Umno Barisan Nasional (BN) mungkin hanya mampu mengekalkan tiga negeri sahaja dalam pilihan raya kali ini," katanya merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

"Ku Li pernah memberitahu saya untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peralihan kuasa di Perak dalam perjumpaan kami pada 1 April di Ipoh."

Jelas Nizar, situasi itu dibuktikan dengan kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Perak berbanding negeri-negeri lain.

Menurutnya, masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno BN kerana mereka melihat Umno BN sudah tidak lagi mampu membawa suara mereka berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional dan juga isu pembelian cincin isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno. Mereka terkesan dengan isu penternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan juga cincin (Datin Seri) Rosmah Mansor," katanya ketika memberikan ucapan sewaktu pidato bertajuk "Pendidikan Percuma: Apakan Sekadar Mimpi" anjuran Malaysia Bangkit di sini.

"Kita dapat lihat perdana menteri lebih kerap berjunjung ke Perak berbanding negeri lain."

Jelas pemimpin PAS ini, kedua-dua isu tersebut bakal mengalih undi masyarakat pedalaman dan PR berkemungkinan bakal mengambil alih Perak.

"Kita akan terus gunakan isu-isu tersebut sebagai kempen pilihan raya. Rakyat peka dengan isu-isu seperti ini.

"Mungkin kita akan buat dua poster berkenaan isu-isu itu dan edarkan di Perak sebagai salah satu strategi kempen kami," katanya lagi.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


RADIO BANGSAR UTAMA - RABU - AKAN MUNCUL

Posted: 11 Apr 2012 07:11 PM PDT




RADIO UNTUK BANGUN MELAWAN








PENGUMUMAN:

saperti yang telah dijanjikan
seperti yang telah diwar warkan
radio bangsar utama akan mucul
sila layari untuk maklumat tentang bersih 3.0

kini masih dalam percubaan
akan muncul tidak lama lagi!

buka disini:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/



BAKAL: PM MALAYSIA SOKONG DEMO DATARAN MERDEKA

Posted: 11 Apr 2012 10:40 AM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB


ku li ini memiliki
potensi untuk menjadi pm
dia pernah kena tipu oleh mahathir

tetapi ku li ini
agak slooo sikit
baru sekarang nak bersuara

dalam politik lambat
membuat keputusan
akan kena cicir

walau apa pun
tukar tiub mengalu-alukan
kenyataan ku li
yang menyokong bersih

apa yang perlu dinyatakan
sejelas mungkin oleh ku li
ialah menggalak kan orang ramai
untuk turun ke dataran merdeka



500 RIBU DATARAN MERDEKA






KU LI NYATAK SOKONGAN PERHIMPUAN BERSIH 3.0
- minsider

KOTA BHARU, 11 April — Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka, (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan sokongan terhadap perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, Bersih 3.0.

Veteran Umno itu menjelaskan, pihaknya menyerahkan kepada ahli Amanah untuk membuat penilaian dan memilih sama ada akan turut serta dalam perhimpunan yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka 28 April depan.

"Saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini," kata Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li ketika menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.

"Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.







KU LI SOKONG PERHIMPUAN BERSIH 3.0
- harakah daily

KOTA BHARU, 11 April: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus.

"Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.

"Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini," kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.





KE DATARAN MERDEKA 28 APRIL 2012

Posted: 11 Apr 2012 10:32 AM PDT



DATARAN MERDEKA 500 RIBU






KENYATAAN AKHBAR BERSIH 2.0 - 11 April 2012

Bersih 2.0 mengalu-alukan kenyataan dari Menteri Dalam Negeri yang membenarkan Bersih 3.0 perhimpun pada 28 April 2012. Perlu ditegaskan disini bahawa Bersih tidak akan beralih dari Dataran Merdeka sebagai tempat berhimpuan.

BERSIH 2.0 memilih Dataran Merdeka sebagai tempat BERSIH 3.0 berhimpun kerana disini adalah tempat sejarah perjuangan rakyat menuntut Kemerdekaan dan wilayah pejuangan rakyat menuntut demokrasi.

BERSIH 2.0 menekan sekali lagi bahawa AKTA PERHIMPUAN AMAN (APA) tidak boleh dipakai dan masih belum digazet. Walau apa pun BERSIH 2.0 berpegang teguh kepada prinsip bahawa Akta Perhimpunan Aman ini bercanggah dan melanggar Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak warga negara untuk berhimpun.

Kami pecaya bahawa tidak ada sebab kenapa Dataran Merdeka tidak sesuai kerana banyak perhimpunan telah dijalankan di Dataran ini termasuk Sambutan 205 Tahun Polis Diraja Malaysia.

BERSIH 2.0 mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa kami akan menulis surat kepada PDRM tentang perancangan kami. Kami berharap PDRM akan membantu perjalan lalu lintas pada 28hb April 2012 ini seperti mana yang telah dilakukan kepada beberapa perhimpuan orang ramai yang terdahulu.

Salam BERSIH 2.0!
Jom mengundi!


RABU - RADIO BANGSAR UTAMA



PENGUMUMAN:

saperti yang telah dijanjikan
seperti yang telah diwar warkan
radio bangsar utama akan mucul
sila layari untuk maklumat tentang bersih 3.0

kini masih dalam percubaan
akan muncul tidak lama lagi!

buka disini:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

BERAPA HARGA NASI CAMPUR?

Posted: 11 Apr 2012 12:56 AM PDT











HARGA BURGER YANG BODOH

Big Mac index adalah indeks untuk membandingkan kuasa pembelian ( purchasing power parity). Di tokyo kerja 10 minit dapat satu bigmac. Di Malaysia kerja satu jam pula belum cukup walaupun bigmac di Malaysia ketiga paling murah di dunia Figures Five most expensive (12 January 2012) (not considering the fact that the buyer's equivalent purchasing power is different)[15][16] 1. Switzerland - $6.81 (6.50 CHF) 2. Norway - $6.79 (41 kr.) 3. Sweden - $5.91 (41 Kr.) 4. Brazil - $5.68 (10.25 R$) 5. Denmark - $5.37 (31.5 Kr.)



Five most affordable (12 January 2012) (not considering the fact that the buyer's equivalent purchasing power is different and not including the Indian Big Mac which contains chicken instead of beef)[15][16] 1. Ukraine - $2.11 (17 UAH) 2. Hong Kong - $2.13 (16.5 HKD) 3. Malaysia - $2.34 (7.35 MYR) 4. China - $2.44 (15.4 CNY) 5. South Africa - $2.45 (19.95 ZAR)

Ten fastest earned (July 2009) (to purchase a big mac) 1. Tokyo - 10 minutes 2. Los Angeles - 11 minutes 3. Chicago - 12 minutes 4. Miami - 12 minutes 5. New York City - 13 minutes 6. Auckland - 14 minutes 7. Sydney - 14 minutes 8. Toronto - 14 minutes 9. Zürich - 15 minutes 10. Dublin - 15 minutes Big mac di malaysia adalah diantara yang paling murah tetapi rakyat berpendapan rendah. pekerja biasa kerja satu jam pun tak cukup untuk makan sebiji bigmac.
By Anonymous on BERAPA HARGA NASI CAMPUR? on 4/10/12


MAKAN TANGGUNG SENDIRI
Betul bro Isham. Saya sudah 5 tahun bekerja di sebuah kilang di Singapura. Pendapatan saya sebulan termasuk overtime mencecah S$2,000 sebulan = RM4,871. Setiap hari saya makan nasi campur macam didalam gambar yang dipaparkan oleh TT. Harganya hanya S$2 = RM4.90. Ketika saya bekerja di Kuala Lumpur (Mid Valley), gaji saya kurang daripada RM1,000.

Kalau makan kat food court tingkat teratas di Mid Valley, saya terpaksa berbelanja RM7 untuk makan nasi goreng. Kalau beli air, RM10 habis. Jadi mana cukup untuk hidup? Sebab itu saya terpaksa berhijrah ke negara jiran untuk menanggung keluarga yang ramai. Saya masih ada 4 orang adik yang masih lagi bersekolah. Jadi untuk menyimpan duit untuk kirim kepada adik-adik, saya terpaksa makan masakan MAKAN SENDIRI TANGGUNG ala Tukar Tiub, kerana masakan Melayu di Singapura pun mahal juga tetapi jika dibandingkan dengan Malaysia, Malaysia lagi mahal.


Untuk jimatkan wang, saya terpaksa makan masakan vegetarian Cina kerana harganya S$2 sahaja. Pada mulanya rasa tak sedap kerana takut ada babi & masih rasa was was walaupun ianya vegetarian. Sekarang sudah biasa dengan masakan makan sendiri tanggung. Saya pasti pengalaman Makan sendiri tanggung bro Isham di Eropah lebih hebat sebab orang Melayu di Eropah tak seramai orang Melayu di Singapura.
By Makan Sendiri Tanggung Berak Cangkung on BERAPA HARGA NASI CAMPUR? on 4/10/12


500 RIBU KE DATARAN MERDEKA



PROGRAM MENGHASUT UNTUK BANGUN MELAWAN DI SDANA SINI

Posted: 10 Apr 2012 09:07 PM PDT



SILA BUAT PERSEDIAAN










SATU LAGI TULISAN TUKAR TIUB DISINI:

http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/bersih-dan-pilihan-raya-050531517.html







---------------------------------------------------------


PROGRAM MENGHASUT DI SANA SINI:



10hb April - JOHOR
Lokasi: Pekan Parit Betak,Benut,Pontian
Penceramah: Che'GuBard, Syazni Munir, Sheikh Omar
Pertanyaan: Anwar 0176849693



11hb April - N.SEMBILAN
Lokasi: PASTI Al-Falah, No 18, Jln 8, Tmn Desa Rhu, Sikamat (Depan Padang Desa Rhu)
Penceramah: Hj Md Sabu, Che'GuBard, Anthony Loke, Dr. Rosli
Pertanyaan: Malek 0132181279

12hb April - KEDAH & PERLIS
Lokasi: Tempat Padang Awam Guar Chempedak, Gurun
Penceramah: Yb Dr Mujahid, YB Dr Ismail, YB Firdaus Jaafar, YB Ahmad Kasim, YB Saiful Izham, Che'GuBard
Pertanyaan: Zaki 0194488003

13hb April - P.PINANG
Lokasi: Padang Awam Sg Tiram, Bayan Lepas (belakang The Star)
Penceramah: Dato Mansor, YB abd malik, YB Sim, Che'GuBard
Pertanyaan: Rizal 0195414818



15hb April - K.LUMPUR & SELANGOR
Lokasi: Padang Bola Sepak PPR Sri Labuan (bersebelahan Surau al Aula), Bandar Tun Razak.
Penceramah: TS Khalid Ibrahim, Che'GuBard, Hishamudin Rais, Adam Adli
Pertanyaan: Ezmir 0122231239



16hb April - MELAKA
Lokasi: Km 12, Kg Tersusun Bukit Larang Indah, Telok Mas Melaka.
Penceramah: Che'guBard, Khalid Ismath (Mahasiswa), YB Tey (Ketua DAPSY Melaka), Hj Yuhaizad (Ketua DPP Melaka), Law Bing Haw (Ketua AMK Melaka)
Pertanyaan: Zuraidi 0122478016

17hb April - COUNTDOWN 10 Hari Sebelum BERSIH 3
Lokasi: Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur
Penceramah: Md Sabu, Che'GuBard, Tian Chua, Nurul Izzah, Anthony Loke, Maria Chin, Pak Samad Said, Adam Adli, Aziz Bari, Teresa Kok, Black, TS Kadir Sheikh Fadzir, Hisham Rais
Pertanyaan: Edyes 0102675872

19hb April - PERAK
Lokasi: Markas Keadilan Batu 14, Jalan Pantai, Kuala Kurau
Penceramah: YB Yunus, Che'GuBard
Pertanyaan: Arof 0124702074

21hb April - N.SEMBILAN
Lokasi: Markas PAS Felda Bukit Jalur, Gemencheh, Tampin
Penceramah: Che'GuBard, Hishamudin Rais, Anthony Loke, Dr. Rosli
Pertanyaan: Sani 0129781707

26hb April - PAHANG & TERENGGANU
Lokasi: KM 8, Jalan Berserah Kuantan / Kemaman (depan poliklinik Berserah)
Penceramah: Dato Fauzi, Tuan Ibrahim Tuan Man, Che'GuBard, Hishamudin Rais, Siti Aishah Srikandi
Pertanyaan: Hatta 0179573855







NOTA:

500 ribu akan mengubah sejarah
500 ribu akan membawa perubahan
bersama kita membantah



SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

Posted: 10 Apr 2012 07:22 PM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB


sistem beraja ini bergantung kepada
perkembangan fikrah warga malaysia

bergantung kepada pencerahan
manusia melayu

kalau warga jadi cerdik
kalau manusia melayu
tidak terus dibodohkan
kalau manssia melayu
tidask terus ditipu
kalau manusia melayu
tidak ditakut takutkan

maka mereka akan bertanya:

kepala bana apa nak tanggung
freeloader makan free

nak jadi raja takm salah
buat lah kerja apa yang patut
takada kerja jadi bouncer
tak ada kerja bawa taxi
kenapa nak orang lain bayar gaji
apa punya tuuuur

bukan sahaja makan free
minta kontrek
minta projek
kalah judi minta kerajaan bayar
atur perlawanan bola
pukul kaddi
anak anak bergaduh dalam kelab malam
pukul orang sana sini

tak cukup dengan dengan perangai ini
campur tangan dalam politik


rakyat pasti naik darah
rakyat pasti makin menyampah

lepas itu guna islam
untuk tipu orang melayu

pooorah!







SURVIVAL RAJA TERLETAK PADA SEJAUH MANA RAKYAT MENDUKUNG SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN - mStar

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim berkata survival seseorang Yang di-Pertuan Agong dan Raja terletak kepada setakat mana rakyat mendukung sistem Raja Berperlembagaan.

Beliau berkata walaupun seseorang raja tidak akan dianggap terlibat dengan politik atau siasah, baginda pada sesuatu masa perlu memegang peranan tanpa rasa gentar untuk mendokong aspirasi Raja Berperlembagaan, sungguh pun pernyataan itu dilihat sebagai kata-kata politik.

Memberikan contoh bagaimana seseorang raja perlu memikirkan dan melontarkan pandangan bagaimana rakyat harus berjaya dalam ekonomi, Rais, yang juga seorang pengamal undang-undang berkata walaupun pandangan itu selari dengan aspirasi sesebuah kerajaan, baginda perlu menyarankannya tanpa perasaan bimbang.

"Bagi seseorang sultan yang memikirkan bagaimana rakyatnya harus berjaya dalam ekonomi, ini walaupun jadi kata-kata dalam politik, harus tidak ditakuti oleh sultan dan terus menjaganya.