Anggota polis memeriksa lokasi mayat bayi ditemui.
KEPONG – Kira-kira 24 jam selepas penemuan janin bayi di Jinjang semalam, satu lagi mayat bayi cukup sifat, masih bertali pusat, ditemui di perangkap sampah berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, pagi tadi.
Bayi tersebut ditemui terapung dalam keadaan terlangkup oleh seorang pekerja kontraktor pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di situ jam 11 pagi.
Rafusi Ahmad, 40,berkata, kira-kira jam 10.30 pagi dia tiba di lokasi sedikit lewat daripada kebiasaannya kerana hujan lebat.