SECARA tiba-tiba giliran Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR pula diserang. Isu harta Azmin pula timbul. Sebenarnya isu ini sudah berpuluh tahun disebut seawal zaman reformasi lagi mereka mendakwa Azmin memiliki harta di dalam dan di luar negeri yang terlalu banyak, mungkin jauh lebih banyak dari `tokey lembu Feelot'.
Tandanya apa? Tandanya kita di dalam PR perlu bersedia kerana Pilihanraya Umum semakin hampir. Apabila isu-isu basi sudah mula dimamah semula oleh Umno, maka itulah tanda mereka sudah tidak mampu lagi untuk mencari kesalahan pemimpin PR. Di TV3 suku malam tadi, tegang urat Ruslan Kassim bekas Ketua Penerangan KEADILAN mencabar Azmin letak jawatan kerana `harta'nya.
Wahai Ruslan Kassim. Apakah kamu ingat rezeki Allah tidak beri kepada orang lain selain dari mereka yang hanya minta sedekah di dalam Umno? Kamu dulu sewaktu di dalam KEADILAN bukan main hebat membelasah Umno, tiba-tiba timbul kes bahawa kamu mahu dimufliskan oleh pihak bank. Oleh kerana perjuangan kamu adalah untuk perut, maka kamu pun istihar keluar KEADILAN. Kes muflis pun senyap. Orang macam ini kah yang mahu mencabar Azmin letak jawatan? Malu lah sikit pada kawan-kawan kamu yang lain yang mengenali siapa kamu.
Aku bukan penyokong kuat Azmin atau taksub dengan Azmin. Azmin seperti manusia lain juga mempunyai kelemahan. Tetapi kekuatan Azmin yang Ruslan Kassim tidak boleh tandingi hatta sebanyak taik kuku itu adalah kesetiaan beliau pada parti. Jika benar Azmin memperolehi kekayaan dengan cara merompak harta rakyat atau rasuah, sesiapa sahaja boleh laporkan dan SPRM boleh siasat. Jika ada bukti, heret saja Azmin masuk ke mahkamah. Habis cerita. Apa masalahnya? Bukan Azmin sahaja, jika DS Anwar sekalipun mereka boleh heret jika cukup bukti. Sekadar buat cerita bodoh di dalam TV dan Utusan buat apa? Rakyat tidak sebodoh Ruslan Kassim.
Peliknya, tidak sepatah pun keluar dari mulut Ruslan Kassim menyuruh Shahrizat letak jawatan sebelum ini. Siapakah pemimpin Umno yang pernah disuruh oleh Ruslan Kassim letak jawatan selama beliau berada di dalam Umno? Kita di dalam PR berbeza, kita tuduh bersama dengan bukti dan ada asasnya. Contoh, isu lembu di dalam kondo. Ada asas dan kini akan dibawa ke mahkamah. Isu cincin RM24 Juta, ada asasnya iaitu Borang Kastam dan diakui sememangnya cincin itu ada masuk ke negara ini walaupun tiada rekod keluarnya cincin itu. Isu dagang dengan Israel pun ada asasnya iaitu berupa dokumen dan akhirnya Menteri akui sememangnya ada hubungan dagang.
Tuduhan terhadap Azmin apa asasnya? Adakah kerana Azmin memiliki dua tiga biji kereta sport maka tandanya Azmin rasuah? Jika begitu asasnya, ramailah anak-anak Raja atau kerabat Diraja yang kaki rasuah kerana mereka juga banyak memiliki kereta mewah. Kalau Ruslan Kassim hanya mampu memiliki kereta buruk walaupun makan minum disuap oleh Umno, jangan dengki atau iri hati jika orang lain lebih dari kamu. /wfauzdin.blogspot.com
Setelah Datuk Nalla mengeluarkan kenyataan hari ini Ummi Halfida adik kepada pemimpin Keadilan Azmin Ali memperakukan cerita Ummi Halfida. Mungkin isu ini akan terus menjadi kekuatan kepada Anwar Ibrahim – dengan saman yang akan dilakukan kepada Utusan dan Nalla Karupan. Kita hari ini nampak jelas – salah satu kegagalan kita adalah untuk menjadikan pengajaran mengenai tuduhan melulu dan tidak mempunyai asas. Adakah kita sebenarnya menjadi payung kepada keberanian melemparkan tuduhan? Adakah kita terlibat kerana keberanian mereka akan menjadikan ini satu alasan kepada pembangkang bahawa apa sahaja yang kita lakukan mendapat perlindungan dari mahkamah. Ini memburukkan reputasi sistem keadilan kita. Semakin lama ini berterusan – ini juga akan menjejaskan kerajaan yang ada hari ini.
Kita andaikan rakyat marhaen melihat isu ini. Satu tuduhan selamba yang tidak diikuti dengan asas tuduhan. Mereka berani – mungkin kerana mereka tahu kebenaran tetapi kebenaran memerlukan bukti kukuh. Pembangkang akan menjaja – mereka berani kerana mereka dilindungi kuasa dan melihat kepada beberapa keadaan – persepsi ini akan terbentuk kuat. Mereka akan percaya bahawa kenyataan tuduhan ini berani dibuat kerana dilindungi dan akhirnya persepsi terbentuk bahawa kerajaan dapat mempengaruhi mahkamah. Siapa yang rugi secara keseluruhan dalam insiden ini.
Kita perlu lihat kenapa kenyataan Ummi Halfida dan Nallakarupan ini diangkat oleh blog dan portal pembangkang. Ini bagi mereka memberi loncatan politik kepada pembangkang. Isu tuduhan ke atas Anwar Ibrahim akan memberi loncatan politik yang tinggi – apa lagi kalau si penuduh itu tidak mempunyai kredibiliti yang kuat tidak mempunyai asas pembuktian yang sahih.
Mereka mengangkat berita itu untuk tujuan yang lebih besar sedangkan kita menyokong berita itu untuk tujuan yang kecil dan tidak akan memberi kesan kuat kepada kita dan rakyat. Kita terpengaruh – ini satu berita hebat tetapi kita gagal melihat kehebatan berita ini adalah untuk dipatahkan kepada kita balik.
Mungkin ini adalah apa yang kita sering katakan – sokongan membawa rebah. Mungkin inilah yang perlu kita sedar – sebelum ghairah membuat sokongan dan membawa berita ini untuk dijaja di setiap ceramah UMNO.
Petikan Komen Dari Pengunjung Blog Berkenaan:
masih cerita lama |2012-03-21 10:00:00
aku masih ingat bagaimana si jalang ini menyelak kain dan menunjukkan pahanya pada orang orang mengikuti ceramahnya di taman delima sp sewaktu awal reformasi. "adakah paha putih debu ini ,anwar nak tengok saja" begitulah si jalang ini menjual maruah dirinya dan amat malang masih ada pemimpin umno masih menggunakan khidmatnya.jika tidak betul khidmatnya di gunakan,masakan begitu mudah dia mendapat tempat untuk berucap dalam majlis majlis yang di anjurkan olih mereka mereka yang mengaku menjadi ahli umno. mereka mereka inilah sebagai penghalang kebanyakan bekas penyokong umno untuk kembali pada umno
tambahan;jika ia berlaku kenapa sebelum ini si jalang ini TIDAK pernah menjual cerita nya sebagai pelaris pembohongannya. pada yang masih percaya pada si jalang ini,bukalah kembali dan bacalah kes perbicaraan liwat 1 DSAI dan buat keutusan semula siapa sebenarnya si jalang ini
kalau betul en. anwar ibrahim tu spt yg dikatakan, tolonglah dakwa beliau, tunjukkan bukti pd saluran yg betul. x perlu lah keluar statement anwar itu, anwar ini, kata nk bagi bukti, tp tgu pya tgu x keluar2 pun.Lama2 rakyat jd muak dgn cerita2 ni. persepsi rakyat terhadap cerita mcm ni akhirnya hanyalah sekadar fitnah politik. kalau perkara ni benar, x ke haru mlysia ni. So kpd yg kata anwar itu dan ini, sila kemukakan bukti yg boleh dipercayai, dan gunakan saluran yg betul utk dedahkan perkara ini. Ini belum apa2 dah kata mcm2. bosan betul.
"SPR yang wujud hari ini tidak lagi dipercayai. Lembaga ini wujud sebagai pekakas United Malays National Organisation. Percaya dengan SPR samalah seperti kita percaya yang Rahim Tambi Chik boleh menjadi guru tadika. Meminta SPR menjalankan PRU13 dengan adil samalah saperti meminta Raja Bersiong menjaga Bank Darah.
Justeru satu lagi demonstrasi besar-besaran wajib diadakan. Rakyat wajib diajak kembali turun ke jalan raya sebelum pilihan raya. Dengan jelas wajib diterangkan bahawa tujuan kita ke jalan raya ini ialah untuk mewujudkan satu pilihan raya yang adil dan telus.
Masa mendengar, membaca berita dan berlabon tentang penipuan pilihan raya wajib ditamatkan sekarang. Masanya telah sampai untuk bergerak. Kita ke jalan raya dahulu sebelum kita ke pilihan raya. Hanya jalan raya yang akan menggagalkan tipu helah gerombolan United Malays National Organisation untuk terus berkuasa." - (TT)
You are subscribed to email updates from Apadianie... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Menyertai pilihanraya ertinya bersaing untuk memenangi hati pengundi. Kegagalan mempengaruhi dan menakluki hati, pemikiran dan minda pengundi membawa maksud kecundang dan tewas dalam saingan pemilihan pemimpin yang diadakan.
2. Kecuali sistem pengendalian pilihanraya diselia tanpa nilai integriti dan semangat responsibiliti yang tinggi justeru ia membuka ruang manipulasi dan ketidaktelusan yang ketara, maka pola pemikiran pengundi tidak memberi apa-apa makna kepada keputusan pilihanraya yang bakal diumumkan.
3. Lantaran itu saya melihat isu terpenting mendepani pilihanraya umum ke-13 ialah Transformasi Sistem Pengendalian Pilihanraya. Tanpa jaminan sistem pengendalian pilihanraya yang adil, telus dan saksama, maka pilihanraya umum hanya dilihat sebagai sandiwara di pentas demokrasi.
4. Sebagai analogi, sebelum kita merancang untuk memenangi sesebuah perlawanan bolasepak dengan penyediaan skil, stamina, teknikal dan taktikal permainan, terlebih dahulu kita mesti memastikan permukaan padang yang kondusif untuk sebuah perlawanan. Begitu juga dengan standard pengadilan yang berkualiti tinggi perlu dipastikan. Tiada makna skil individu atau pasukan yang hebat dan menarik jika padang tidak rata dan pengadil berat sebelah.
5. Kebebasan media, pemansuhan undi pos, dakwat kekal dan seumpamanya mestilah menjadi realiti. Inilah isu utama yang mesti diberi fokus oleh semua khasnya parti yang bertanding dalam pilihanraya.
6. Perkara kedua yang mesti diberi tumpuan ialah isu yang berkait dengan kehidupan rakyat seharian seperti masaalah kos hidup, kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan jaminan kesejahteraan hidup mereka yang harmoni.
7. Isu ini boleh dibangkitkan secara seimbang antara bongkar dan dedah masaalah yang sedang dihadapi oleh rakyat dengan tawaran dan perlaksanaan polisi yang akan dilaksanakan jika diberi mandat mentadbir dan memerintah.
8. Mendedahkan penyelewengan juga wajar apabila penyelewengan itu berkait kepentingan umum seperti negara dan rakyat pula mempunyai bukti kukuh bahawa penyelewengan itu berlaku, agar rakyat memiliki maklumat jelas, siapakah pemimpin yang wajar diberikan mandat untuk mengurus, mentadbir dan memerintah. Salah pilih membawa risiko besar kepada masa depan negara dan rakyat.
9. Namun apa yang jauh lebih penting selain isu yang dilagang ialah pendidikan politik. Ia menjadi asas utama yang meluruskan sikap dan tindakan agar isu yang dibawa tidak berunsur fitnah dan berniat jahat sebaliknya berasaskan kesedaran yang sempurna untuk membawa kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.
10. Politik baru yang memiliki nilai hemah yang tinggi, mampu mengurus isu dengan berkesan. Mengutamakan yang hak dan menolak kebathilan.
*Tulisan Nasrudin bin Hassan (gambar kanan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, dipetik dari laman sosial Facebooknya.
Saya dengan ini mengumumkan pernerbitan buku koleksi kartun kelima dan terbaru saya dalam bahasa Inggeris, "1 MOOLAYSIA". Buku-buku sebelum ini ialah "Even My Pen Has a Stand" (2011), "Cartoon-O-Phobia" (2010), "1 Funny Malaysia" (2009) dan "Cartoons On Tun…" (2005).
1 Funny Malaysia diharam kerajaan atas alasan kandungannya "menggugat keselamatan awam", manakala Cartoon-O-Phobia disiasat di bawah Akta Hasutan dan saya juga telah ditangkap di bawah akta yang sama. Judul "1 MOOLAYSIA" dipilih kerana isu lembu yang hangat diperkatakan di Malaysia sekarang ini.
"1 MOOLAYSIA" menampilkan karya-karya yang disiarkan oleh laman web Malaysiakini dari Julai 2011 hingga Mac 2012 dan termasuk juga karya dari laman web antarabangsa, Cartoonmovement. Terdapat juga beberapa kartun yang belum disiar.
Ia mengenengahkan isu-isu yang gagal disentuh oleh kartunis-kartunis politik Malaysia seperti PM dan isterinya yang suka shopping, konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, Altantuya, Scorpene, penyelewengan National Feedlot Corporation (NFL), rasisma, rasuah, penyalahgunaan dana awam, isu hak asasi, demonstrasi BERSIH, kehakiman, polis dan isu-isu politik Malaysia secara umum.
Turut disiar adalah kartun mengenai Wanita Pertama yang membeli-belah sakan di Perth, isu skandal lembu, isu hakim dibaling kasut, isu 901 dan isu "air mata buaya" PM.
Tekanan kerajaan menyebabkan saya menghadapi kesulitan untuk mencetak dan menjual buku-buku secara terbuka kerana banyak kilang dan pekedai menerima ugutan yang melibatkan penggantungan lesen jika terus mencetak atau menjual buku-buku saya. Manakala di mahkamah, saya telah kalah dalam kes mahkamah mencabar pengharaman buku 1 Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun melalui satu "penghakiman lucu" kerana hakim tidak mengambil kira hujah asas yang dikemuka peguam saya.
Kemudian saya memfail satu lagi kes mencabar kerajaan dan polis kerana tangkapan tidak sah pada September 2010 sebelum pelancaran Cartoon-O-Phobia, dan perbicaraan telah bermula dan akan bersambung pada 5 dan 6 April depan.
Apa juga keputusan mahkamah tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus berkarya. "Saya akan melukis hingga ke titisan dakwat terakhir." Kerana itu, saya berharap sokongan dari pembaca dan peminat agar dapat membeli "1 Moolaysia" bagi membantu saya menghasilkan lebih banyak karya-karya kartun politik dalam rangka "Berjuang Melalui Kartun".
Dan saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk tidak berdiam diri sebaliknya melakukan yang termampu dalam membongkar pekung dan kezaliman penguasa rakus. Paling kurang yang dapat anda lakukan ialah dengan cara berjenaka. "Jika anda tidak mampu lawan mereka, ketawakan mereka!"
"1 Moolaysia" dijual dengan harga RM25.00 senaskah dan ia boleh ditempah/dibeli secara online melalui website saya melalui link ini http://zunarcartoonist.com/
Acara penjualan langsung akan diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 24 dan 25 Mac depan dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Pelancaran akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada jam 2 petang 25 Mac di tempat yang sama.
LATAR BELAKANG
1. Pada 15 Februari lepas, Zunar mengadakan pameran solo bertema "To Fight Through Cartoons" selama sebulan di London.
2. Pada Julai tahun lepas, Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI) memberi anugerah "Courage in Editorial Cartooning" (Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial) kepada Zunar.
3. Pada Oktober tahun lepas, Zunar dipilih menyertai program tiga bulan "Seni dan Penapisan" anjuran Yayasan BilbaoArte Sepanyol.
SHAH ALAM 21 MAC : Rakyat di negara ini boleh menilai sejauh mana pencapaian ekonomi dan pembangunan sesuatu negeri di bawah pentadbiran Umno-BN melalui penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dalam beberapa kes.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata demikian di dalam dewan rakyat hari ini.
Katanya, sebelum ini Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.71 billion kepada Umno Selangor untuk tujuan pembangunan tetapi dana rakyat itu sudah disalah gunakan untuk kepentingan politik.
"Banyak perkara atau kes yang boleh dilihat oleh rakyat antaranya Petronas diberi kepada kroninya, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir sehingga beliau (Mokhzani) disenaraikan antara yang terkaya di Malaysia.
"Saya yakin rakyat juga tidak akan lupa atau menerima kes seperti skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta yang diterajui suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri NFC, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail.
"Begitu juga dengan penyelewengan wang zakat guaman oleh Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Penyenaraian saham Felda Global Venture Holding (FGVH) yang boleh mengugat tanah hak milik peneroka felda dan Skim Perumahan 1Malaysia yang dianggap hanya membebankan rakyat berpendapatan rendah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman juga rasuah yang diamalkan oleh Menteri Besar terdahulu," katanya.
Tambahnya, saham bumiputera juga merosot kepada RM2 billion berbanding RM54 billion.
"Kedudukan indeks rasuah negara yang juga menurun kepada tangga 60 berbanding tangga 47 semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.
Jelasnya, penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh Kerajaan di bawah pentadbiran itu menunjukkan pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih baik.
Ini kerana simpanan Kerajaan Negeri Selangor meningkat RM1.9 billion berbanding RM500 juta yang ditinggalkan oleh Umno-Bn pada tahun 2007.
SHAH ALAM 21 MAC : Terkesan dengan perlucutan jawatannya sebagai Exco Agama, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kini hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas, menggunakan ruang perbahasan hari ini sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi.
Walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan, Hasan tegar meneruskan ucapanya yang bersifat peribadi itu selain melakukan serangan peribadi terhadap beberapa ahli dewan.
Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.
Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama.
"Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya.
"Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,"soalnya.
Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik.
"Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,"jelas Manoharan.
Hasan digugurkan daripada jawatannya dalam kerajaan negeri Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Januari lalu.
Hassan juga telah di lucutkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor setelah tidak membuat rayuan kepada jawatankuasa disiplin PAS Pusat berhubung tindakan pemecatan beliau
Terkejut aku bila baca berita dari Harakah cetak versi online terbaru tadi.
Dr. Hatta Ramli, Pengarah Pilihnaraya PAS Pusat yang juga salah seorang ahli PSC untuk penambahbaikan pilihanraya dedahkan "jumlah pengundi pos petugas SPR tu amat besar sehingga 240,000 orang.
Aku tak berapa paham maksud laporan eHarakah tu. Takkan kut petugas SPR masa hari pilihanraya sampai 240,000 orang. Takkan sampai macam tu punya ramai kut. Aku harap-harap pengundi pos yang cukup ramai tu bukan sebahagian dari aksi 'si anjing Umno' dari SPR.
SINGAPURA 22 Mac - Harga minyak meningkat kepada AS$107 (RM329.3) setong semalam selepas laporan menunjukkan simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh diluar jangkaan, satu tanda permintaan bahan tersebut akan terus meningkat di negara ekonomi terbesar dunia itu.
Setakat awal petang, di Eropah, penanda aras minyak bagi penghantaran Mei meningkat sebanyak AS0.49 (RM1.5) kepada AS$106.56 (RM328) satu tong dalam pasaran elektronik New York Mercantile Exchange.
Kontrak itu jatuh AS$2.49 (RM7.6) untuk berada pada AS$106.07 (RM326.4) setong di New York kelmarin selepas Arab Saudi berkata ia boleh mengepam lebih banyak minyak untuk menampung mana-mana kekurangan bekalan bahan mentah itu. - AGENSI
"Umat di Syria Menolak Demokrasi Sekular, Mahukan Khilafah Pelaksana Syariat Islam Secara Keseluruhan. Apakah benar umat di Syria memang mahukan demokrasi? Tapi jawapan sebaliknya yang sangat jelas kita akan dengar langsung dari Allepo (Halab), Syria. "Umat ingin Khilafah sekali lagi!" demikian laungan yang diinginkan oleh umat di Syria pada hari Jumaat, 9 Mac 2012M.
Percaya atau tidak, revolusi di bumi Syam memang mengarah kepada perlaksanaan syariat Islam, bukan demokrasi seperti yang diberitakan media Barat. Ribuan umat Islam di Allepo (Halab) Syria kembali menegaskan apa yang dikehendaki umat di Syria, iaitu Khilafah yang baru. Read More / Baca Lagi >>
"Pilihanraya umum (PRU13) di Malaysia diramalkan berlaku TANGGAL 02.06.2012 HARI SABTU. Tarikh tersebut adalah hari hari terakhir cuti penggal persekolan. Menguatkan tarikh tersebut atau mungkin berbeza hanya beberapa hari pada bulan JUNE 2012. Yang pasti Najib Razak akan bubar parlimen dan mengadakan pilihanraya umum sebelum kes rasuah dan kematian wanita Mongolia yang bernama Altantuya bakal didengar di makamah Perancis.
Keadan Najib Razak dan jiwa Najib Razak sudah tidak tenteram dan berada dalam kedudukkan yang cukup gonjang kesnya rasuah dan pembelian kapal selam didengarsecara terbuka dan Najib Razak serta kincunya bakal diheret dalam mahkamah Perancis. Read More / Baca Lagi >>
KUALA NERUS - Pemimpin Umno setempat terutamanya Ketua Penerangan Umnno Terengganu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman dikecam kerana menjadikan sebuah balai raya di Kampung Seberang Takir sebagai Markas Pilihan Raya Barisan Nasional (BN). Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang menyifatkan tindakan Umno menjadikan sebuah balai raya sebagai markas parti tidak wajar kerana balai raya merupakan bangunan awam bagi kegunaan orang ramai tanpa mengira fahaman parti politik.
UMI Hafilda Ali, seorang betina tua yang masih belum berkahwin (nikah?), seorang anak `dara?' keturunan darah sedaging dengan Azmin Ali walaupun pernah dianggap bukan anak lagi oleh bapanya, di dalam Malaysiakini dilaporkan merancang untuk membuat roadshow seminggu sekali di seluruh negara.
Sebenarnya sudah lama betina ini berjanji sedemikian, bahkan beliau juga pernah berjanji akan mendedahkan rakaman video berkotak-kotak yang kononnya melibatkan musuh utama beliau iaitu Anwar. Read More / Baca Lagi >>
Ucapan menjunjung kasih ke atas titah ucapan Di Raja oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjawab beberapa persoalan politik yang menarik untuk dihayati dan diambil iktibar. Wan Rahim memfokuskan ucapannya soal diskriminasi dilakukan UBN di Kelantan sejak tahun 1959 hingga ke hari ini dan juga penganak tirian oleh kerajaan Persekutuan ke atas kerajaan Kelantan.
Beberapa perkara diungkitkan oleh Wan Rahim di mana mungkin generasi terkemudian tidak mengetahuinya. Antaranya beliau menyebut beberapa projek yang sepatutnya berjalan tetapi ditarik balik atau dinafikan. Read More / Baca Lagi >>
Six months ago today marks the first public outcry of the Malaysian telecommunications subscribers when it was brought to light that eight telecommunication companies met and decided to raise mobile prepaid prices by six per cent owing to government service tax being passed on to their subscribers.Though within their corporate rights to raise prices and/or pass on government taxes to their subscribers, their action showed utter disregard for the law.
Section 133 of the Multimedia & Communications Act 1998 clearly states that licensees shall not engage in any conduct which has the purpose of substantially lessening competition in a communications market.
Furthermore, Section 135 of the same Act prohibits all telecommunication companies from entering any understanding, agreement, or arrangement that provides for rate fixing.
KUALA LUMPUR 21 MAC: Parti Barisan Jemaah Islam SeMalaysia (BERJASA) hari ini mengumumkan akan bertanding di 40 hingga 50 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.
Pengarah Eksekutif Markas Pilihan Raya Umum Ke-13 BERJASA, Datuk Hashim Karim berkata, berdasarkan falsafah dan perjuangan parti itu, mereka yakin akan memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi yang ditandingi.
BERJASA ialah sebuah parti politik Malaysia yang diasaskan oleh Dato' Muhamed bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan, pada tahun 1977 ketika beliau dipecat oleh Pas.
Pemecatan Mohamed Nasir disebabkan sebahagiannya oleh krisis dalam parti campuran Barisan Nasional (BN).
Ketika itu, PAS adalah sebuah parti komponen dalam parti campuran ini.
Akhirnya PAS menarik diri daripada BN dan hilang penguasaan negeri Kelantan ketika Berjasa membentuk kerajaan gabungan dengan UMNO.
Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Ia adalah untuk memperingati kepentingan air dalam kehidupan kita dan adalah sebahagian daripada aktiviti Dekad untuk Air (Decade for Water, 2005 - 2015) oleh Petubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Tahun ini, sambutan adalah bertemakan "Air dan Jaminan Makanan" di mana ia menekankan kepentingan air untuk membekalkan makanan kepada populasi dunia yang sentiasa bertambah.
Bagaimana pula membekalkan makanan menyebabkan dunia dahaga? Jawapannya tertumpu kepada jumlah air yang kita gunakan untuk menghasilkan makanan kita. Read More / Baca Lagi >>
When politics and business were allowed to thrive side by side, corruption soon took roots in party, state and general elections.
PETALING JAYA: Ramon Navaratnam remembers clearly the day when the last wall between money and politics finally crumbled. It was 1983 and former prime minister, Dr Mahathir Mohamad, was delivering a speech on the newly introduced Malaysia Incorporated policy. The policy would unlock the gates to a previously unheard-of collaboration between the civil service and private sector in the pursuit of national development. A civil servant himself back then, Ramon said that the first government talk he attended included a stern directive to steer clear of businessmen whose sole purpose was to "corrupt you to get licences and permits". According to Ramon, patronage had already seeped into the system but as far as he knew, no money accompanied the verbal agreements between the parties. Until the birth of Malaysia Incorporated. Read More / Baca Lagi >>
There's more to it than meets the eye in Malaysian Prime Minister Najib Razak's outburst earlier this week when he expressed fears that a hung Parliament situation - the norm in India, Britain and elsewhere - might result from the country's 13th General Election results. "That would be the worst possible outcome," he cried after an address to the newly inaugurated Foreign Correspondents Club of Malaysia in Kuala Lumpur. Najib's statement, taken at face value, might appear to indicate that the lesser of two evils would be voters deciding firmly between either the ruling Barisan Nasional (BN) or the Pakatan Rakyat (PR) by giving at least a simple majority to the victorious party. It's unlikely that Najib is thinking all of a sudden so magnanimously along these lines after warning Malaysians only last weekend in Beruas against "forsaking the future" by backing the opposition alliance.
Akibat tersalah baca, seorang anggota Parlimen pembangkang hari ini telah membuatkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman hilang sabar apabila tersilap menyebut nama sebuah agensi kerajaan yang didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat yang mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel, lapor Bernama.
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Jawatankuasa Kira-Kira Awam menegaskan akan meneruskan siasatan terhadap inkuiri pertuduhan penyalahgunaan dana awam RM250 juta oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp). Bagaimanapun, Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata kepada pemberita mereka akan mematuhi arahan Speaker Dewan Rakyat yang perkara menjurus kepada dakwaan jenayah dihadapi Pengarah NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail adalah subjudis. "Tan Sri Pandikar Amin Mulia menasihatkan kami menuruti Dewan," kata Ahli Parlimen Padang Besar itu (gambar). "Tapi saya dimaklumkan perkara berkenaan Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang tidak berkaitan perkara mahkamah boleh dibincangkan. "Apa yang akan kami sentuh adalah bagaimana dana awam digunakan, diluluskan, kajian bagaimana akan dibuat dan masalah bagaimana akan timbul. Perjanjian persetujuan tidak akan berubah sekiranya mereka dibawa berjumpa PAC. Tiada subjudis di sini."
Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) untuk menghentikan inkuiri terhadap penyalahgunaan RM250 juta dana awam oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp). The Malaysian Insider difahamkan panel sedang mengadakan mesyuarat tergempar untuk menolak arahan Speaker Dewan Rakyat sehari selepas keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pemilik syarikat tersebut, enggan berhadapan dengan jawatankuasa berkenaan. "Speaker mengarahkan untuk 'menghentikan' inkuiri terhadap NFC dan keputusan itu adalah sub judis," menurut sumber melalui pesanan ringkas. Pandikar Amin (gambar) minggu lalu tidak membenarkan usul tergempar untuk membincangkan kontroversi RM250 juta walaupun pada mulanya membenarkannya dengan alasan perkara itu sudah dibicarakan di mahkmah. Read More / Baca Lagi >>
SHAH ALAM 21 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa memberi arahan kepada hakim untuk memberi kemenangan kepada Felda dalam kes-kes perbicaraan yang membabitkannya. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SAMM, ucapan yang dikeluarkan Najib itu jelas menunjukkan campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman negara dalam membuat sebarang keputusan perbicaraan yang sepatutnya bebas dari sebarang campur tangan politik. "Ia berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu. Read More / Baca Lagi >>
SHAH ALAM - Syukur, alhamdulillah! Ini kata-kata yang diluahkan oleh Hanita Mohd Tahir, ibu kepada Nur Suhaila Tukijan, yang selamat menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai, hari ini. Menurut Hanita, pembedahan bagi merawat anaknya yang menghidap 'Congenital Disorder', yang memakan hampir dua jam, berjaya disempurnakan oleh tiga pakar perubatan. Nur Suhaila dibawa masuk ke dewan pembedahan sekitar jam 9.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia). "Keadaanya kini stabil dan telah dipindahkan ke wad kira-kira 30 minit selepas selesai pembedahan.
Oleh: MSK Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno. Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India. PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur. Read More / Baca Lagi >>
Oleh: MSK Sejak sebulan yang lalu, Najib turun ke Perak sebanyak lima kali. Setiap kali turun, perbelanjaan yang digunakan mencecah jutaan ringgit. Itu baru jumlah yang digunakan untuk menyambut Najib. Dalam ucapan Najib, dia mengumumkan beberapa juta lagi peruntukan untuk pelbagai lapisan rakyat. Dari sekolah Tamil, Sekolah Cina sampai lah ke Dewan Orang Asli. Cuba kira berapa jumlah yang diumumkan. Sudah hampir 100 juta ringgit. Jangan percaya sangat dengan jumlah wang yang besar itu. Sejumlah besar daripada jumlah wang yang diumumkan itu akan masuk ke kocek Ketua Bahagian dan Ketua cawangan. untuk menghadapi pilihanraya. Ambil contoh masa Najib turun ke Sitiawan pada 28 Januari lalu. Sejumlah 5 juta ringgit diperuntukkan untuk majlis tersebut. Peruntukan tersebut termasuklah kos makan minum. Aku tak pandai kira juta-juta. Orang Umno kampung pun bukan pandai kira sangat…jadi aku ambik congak mudah. Read More / Baca Lagi >>
Posted: 21 Mar 2012 10:36 AM PDT
Terdedah secara rahsia "diketahui umum" bahawa diantara sebab kenapa Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak berhadapan dengan keadaan serba salah untuk mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke-13.
Kejayaan peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 menyaman Felda didalam isu peratusan perahan KPG telah membuka pintu hati peneroka-peneroka seluruh Malaysia untuk mengambil tindakan yang sama terhadap Felda bukan sahaja diatas isu peratusan perahan KPG tetapi juga dibidang-bidang yang selama ini menjadi isu tuntutan yang dipermain-mainkan oleh Felda. Read More / Baca Lagi >>
Oleh SHIRZAD LIFEBOAT Rakyat dipaksa yakin betapa Najib Tun Razak mempunyai kuasa jauh lebih hebat daripada jin lampu ajaib Aladdin. Gosoklah sebanyak mana sekalipun lampu BN, Najib akan menunaikan segala keinginan – akan muncul transformasi demi transformasi. JIKA ada caranya, tentu sekali Umno-BN memilih untuk mengadakan pilihan raya umum lima lagi.
Word has it that during the great Mahathir Mohamad's rule, he always consulted Samy Vellu on how to deal with people especially his subordinates, Ministers included. MIC and Samy Vellu's politics is inherited from Tamil Nadu, traceable all the way back to the formation of Malaysian Indian Congress in 1946. The Dossier on all subordinates is actually a Samy Vellu culture adopted by former premier Mahathir to make people shut up and toe the line. The Dossier will contain all the weakness of the person concerned. There are handouts to the subordinates in the form of monetary as well as land grabs which are clearly recorded. In fact they encourage their subordinates to commit corrupt acts so that they can cover up their own massive corruption, which their subordinates will not dare tell on them for fear of reprisal.