Selasa, 20 Mac 2012

Anak Bapa

Anak Bapa


Kenapa Rakyat Selangor Perlu Serah Selangor Pada BN?

Posted: 20 Mar 2012 04:31 PM PDT


Pemimpin UMNO gila meroyan bila datang ke Selangor. Acapkali mereka turun ke sini dah jadi macam wirid untuk ulangi BN akan rampas Selangor dalam PRU 13 akan datang.

Baik Muhyiddin atau Najib ungkapannya sama, rakyat Selangor sedang menderita di bawah kerajaan PR dan tak sabar-sabar untuk mengundi BN semula. Jika betul bagai dikata kenapa tak bubar lagi parlimen supaya senang kita lihat betul atau tidak dakwaan mereka.

Bagi pemimpin UMNO, kehilangan Selangor adalah sesuatu yang amat sukar diterima. Negeri terkaya dengan KDNK sekitar 10% dan menyumbang kepada 20% KDNK Malaysia, hasil cukai dikutip lebih RM16 bilion setahun, dan pendapatan negeri dan kerajaan berbilion setahun, kejatuhan Selangor dari tangan mereka ibarat badan dipanah petir. Mereka mungkin belum mati tetapi lumpuh teruk sudah pasti.

UMNO mensasarkan matlamat utama merampas Selangor pada pilihanraya yang akan datang selain daripada mendapatkan semula dua pertiga majoriti di parlimen. Ini bukan saja penting untuk kerelevanan UMNO/BN tetapi yang lebih utama kelangsungan nyawa politik Najib. Daim dah cakap bahawa kegagalan Najib memperolehi matlamat di atas akan mempercepatkan gerakan menumbangkannya daripada persada politik tanahair.

Tetapi kenapa pula rakyat Selangor perlu serah Selangor kepada Najib dan gengnya? Bukankah selepas lebih 50 tahun mentadbir Selangor mereka telah berjaya memporakperandakan negeri yang kaya ini. Pemimpin UMNO menjadikan harta rakyat Selangor bagai harta mak bapa mereka.

Tak perlu tengok jauh. Lihat saja harta kekayaan pemimpin UMNO Selangor. Samada ia telah disabitkan di mahkamah atau belum, apa yang pasti pemimpin UMNO silih berganti terpalit dengan skandal rasuah dan penyelewengan kuasa.

Ingat cerita Khir Toyo dan Dato' Z dengan "istana" mereka, Muhammmad Taib dengan kes bawa jutaan wang tunai di Australia, skandal kawasan perdagangan bebas Pelabuhan Kelang, lawatan Khir Toyo dan keluarga serta kroni ke Disneyland, skandal BALKIS, "kehilangan" duit Yayasan Selangor lebih RM500 juta dan seribu satu macam lagi penyelewengan UMNO/BN di Selangor.

Sebaliknya, kerajaan PR pula terbukti amanah dan telus dalam menjalankan tugas mereka. Dalam tempoh hanya 4 tahun pentadbiran, mereka bukan saja tidak pernah kebas hak rakyat Selangor malah berkongsi hasil mahsul Selangor dengan rakyat melalui gagasan "Merakyatkan Ekonomi Selangor". Air percuma 20 meter padu, skim pelaburan anak-anak Selangor TAWAS, skim khairat usia emas SMUE, bantuan qardhul hasan SKIMSEL dan MIMBAR, Jom Shopping, Program Keceriaan Bangunan untuk pangsapuri kos rendah, bantuan jutaan ringgit kepada sekolah agama rakyat, sekolah Cina dan Tamil serta bermacam lagi manfaat langsung kepada rakyat yang sedang dan telah dilaksanakan. Ini tak termasuk usaha membantu menyelesaikan ribuan kes rumah terbengkalai dan penyerahan geran tanah yang dah bertahun-tahun tertangguh.

Malahan Ketua Audit Negara saban tahun akan memuji Selangor sebagai antara negeri terbaik dalam pengurusan kewangan dan tatakelola.

Pencapaian ekonomi pula amat memberangsangkan. Untuk julung kali rizab negeri Selangor telah mencapai RM2 bilion, kutipan zakat hampir mencecah RM400 juta (tahun 2008 ialah RM200 juta), manakala GLC Selangor pula menunjukkan peningkatan ketara pendapatan mereka. Semua ini sesuatu yang tidak mampu dicapai UMNO sejak 28 tahun yang lalu.

Jadi apa pasal rakyat Selangor perlu serah Selangor kepada BN? Supaya mereka boleh kebas semula harta benda rakyat. Pemimpin UMNO yang ada sekarang adalah orang yang sama yang kerja menyamun dahulu. Jika kita tahu sejarah penyamun-penyamun ini adakah kita nak bagi lagi peluang mereka menjaga harta benda kita? Silap besarlah jika kita kata ya.

Anak Bapa yakin rakyat Selangor amat cerdik, secelik zaman IT hari ini. Jangan kita tertipu dengan silap mata UMNO. Bantuan rakyat adalah gula-gula untuk menarik sokongan. Selepas menang mereka akan buat ikut suka hati mereka sehingga 5 tahun lagi apabila mandat rakyat diperlukan. Cukuplah tu!

Anak Bapa: Ingat apa Khir Toyo cakap apabila kerajaan PR laksanakan skim air percuma untuk rakyat. Dia kata program ini membazir duit kerajaan dan memberi tempoh 6 bulan sebelum kerajaan Selangor jadi bengkrap. Kini selepas 4 tahun bukan saja Selangor tak bengkrap tapi kantung negeri hampir penuh. Apa macam?

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


HASSAN PARASIT AKIDAH BERSAMA UMI ANDARTU LAKUKAN ROADSHOW BERSAMA?

Posted: 20 Mar 2012 07:00 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

UMI Hafilda Ali, seorang betina tua yang masih belum berkahwin (nikah?), seorang anak `dara?' keturunan darah sedaging dengan Azmin Ali walaupun pernah dianggap bukan anak lagi oleh bapanya, di dalam Malaysiakini dilaporkan merancang untuk membuat roadshow seminggu sekali di seluruh negara.  

Sebenarnya sudah lama betina ini berjanji sedemikian, bahkan beliau juga pernah berjanji akan mendedahkan rakaman video berkotak-kotak yang kononnya melibatkan musuh utama beliau iaitu Anwar.  Sehingga kini, mana pendedahan video itu?  Mengapa tidak diserahkan kepada TV3 suku untuk ditayangkan seperti video Datuk `T' sebelum ini?  Atau, setidak-tidaknya serahkan sahaja video-video  yang beliau simpan itu kepada Blogger pencacai Papagomo.  Bukankah Papagomo memang suka benda-benda setaraf bangkai seperti itu?  Anjing makan tulang lebih baik dari anjing makan bangkai.  


Kita rasa elok juga jika betina tua ini berpakat dengan Dr Hassan Ali Parasit Akidah untuk mengadakan roadshow bersama kerana Hassan Parasit Akidah ini juga sedang melakukan perkara yang sama.  Tambahan pula, masing-masing mempunyai musuh yang sama iaitu Anwar dan masing-masing juga `menjilat' punggung orang yang sama iaitu Najib. Jika mahu nampak lebih hebat lagi, roadshow itu nanti boleh disertai bersama oleh Nalla Karuppan dan Ezam sesumpah.  Masing-masing pun mempunyai musuh yang sama dan suka `menjilat' orang yang sama.


Kadangkala kesihan melihat Umi Hafilda, terlalu sibuk mencari sesuap nasi dengan terpaksa menjadi pencacai setaraf pelacur murahan yang menjaja cerita lucah ke hulu ke hilir.  Sibuknya betina yang dibuang oleh bapanya ini sehingakan beliau `terlupa' beliau masih belum berkahwin walaupun umur mahu mencapai ke taraf nenek sekarang.  Atau, beliau teringin sangat mahu berkahwin seperti wanita yang lain, malangnya jantan kemaruk mana yang mahu menjadikan betina lucah sebagai bini?  Sejahat-jahat lelaki pun, semuanya mahu isterinya orang yang baik dan cantik.  Lelaki mana mahu betina yang rupanya pun sesuai dengan perangai lucah dan suka mencarut seperti itu?

Semenjak betina ini berpusing ke seluruh negeri berceramah dengan maki hamun, cakap lucah dan jijik serta membuat fitnah ke atas Anwar, adakah sokongan terhadap Anwar berkurangan?  Jika benar sokongan terhadap Anwar berkurangan, perlu apa disekat dengan berbagai cara program Anwar sehingga ke tahap kereta Anwar pun menjadi mangsa?  Ertinya, usaha betina tua ini dan juga para pencacai yang lain gagal samasekali.  Mereka makan gaji buta selama ini. 

Bayangkan, jika Dr Hassan Parasit Akidah ini yang memiliki PHD pun gagal menjatuhkan Anwar, siapa lah Umi yang kelulusan tidak seberapa ini?  Untuk menjadi penceramah lucah tidak perlu berpendidikan tinggi, cukup sekadar seseorang itu mempunyai moral yang rendah jika tidak serendah pelacur jalanan pun./wfauzdin.blogspot.com

JADILAH ANAK JANTAN, KATA BEKAS ADUN UMNO P.MANIS

Posted: 20 Mar 2012 04:33 AM PDT

Saya tidak mahu membosankan pembaca mengenai ceramah yang saya sertai bersama Mat Sabu dan Aspan Alias di Pekan. ianya hanya salah satu ceramah yang sudah saya mulai sejak bulan yang lalu. Yang menjadikan ribut, ialah tidak ramai yang sangka, kita berani lakukan program seperti itu dalam gelanggang Najib sendiri. Entah apa yang kita mesti takut dan segan, saya tak tahu. Najib hanya harimau kertas dan mudah kita koyak kan satu persatu. Hanya tunggu. Its no big deal. Saya akan menyertai banyak lagi ceramah dalam daerah Pekan. 
 
Dato' Arif Sabri - Bekas Adun P.Manis, Pekan/Blogger Sakmongkol

Ada beberapa reaksi yang tidak rasional timbul daripada ceramah sulung saya sebagai ahli DAP di Pekan Pahang. Goga dan riuh orang UMNO Pekan. perkara yang saya bangkitkan amat mudah di jawab. Baru sekali datang- orang UMNO Pekan macam hilang akal. Relax lah brader. Saya akan datang lagi untuk menyampaikan ceramah.

Anjurkan suatu majlis penerangan poltik dan jawab lah. Jawab lah isiu cincin, handbag, Melayu tak Melayu nya, benarkah UMNO membangunkan bangsa Melayu semua nya, dan lain lain isiu. Cuba bezakan antara tanggung jawab melaksanakan amanah dengan melakukan jasa. Mengenang jasa jangan di paksa. Ianya datang secara suka dan rela. Jawab juga hal lembu. Jawab hal korapsi dan rasuah. Malah bukan itu sahaja yang akan saya bangkitkan. Saya bercadang meletihkan UMNO Pekan.

Politik jawablah dengan politik. Namun, saya tidak ada masaalah jika mahu menceritakan soal2 peribadi. AJK UMNO Bahagian Pekan ini semua nya rakan rakan saya. Budak hingusan yang jadi MC malam itu sahaja yang tidak lahu latar belakang hubungan saya dengan ramai AJK bahagian dan ketua cawangan. Ramai yang datang berjumpa saya sebelum dan selepas ceramah tersebut. Si hingusan itu menyebut perihal ketibaan SU Bahagian Pekan yang di canangkan sebagai tahu mengenai Dato Ariff Sabri dari A-Z. saya meyambut dengan berkata Alhamdulillah sebab saya tahu juga mengenai SU Bahagian , bahkan Najib Razak dari A-Z. takde hae, kata orang Pekan.

jika mereka tahu saya dari segi A-Z, maka saya pun tahu kesemua mereka termasuk Dato Najib dari A hingga Z jugak. Ingat ya- jika pipi kanan saya di cubit, saya tidak akan beri pipi kiri untuk di cubit jugak.itu amalan orang Nasrani. Saya akan cubit ke dua2 pipi kamu. Jadi, jangan bercakap bohong mengenai saya, dan saya berjanji tidak akan mendedahkan kebenaran mengenai kamu di khalayak ramai.

Jika ada orang menyatakan mereka mengenali saya- ini adalah dusta yang amat besar. Tidak ada sorang pun ahli UMNO di bahagian Pekan bersama saya di tingkatan 5, 6 dan seterusnya ke university. Jadi sekali lagi jangan berdusta mengaku kamu mengetahui saya. Ertinya, jika saya cakap terus terang- jika kamu tidak pernah bersama saya dari alam sekolah hingga ke university, kamu bukanlah sama taraf dengan saya. Bahasa begini sahaja yang di fahami oleh mamat UMNO ini. terpaksa lah saya cakap kasar sedikit.

Kaedah penyampaian ceramah tidak sama dengan menulis blog. Ia memerlukan emotional appeal sahaja. Maka yang demikian perkara sensasi di timbulkan. Kita mesti juga sedar bahawa tahap kapasti minda para pendengar adalah average. Mereka lebih memahami kaedah asosiasi. Bongkak sombong dan lagak mewah di kaitkan dengan cincin yang berharga RM 72 juta. Saya tidak menyebut ianya cincin di beli oleh sesiapa. Saya bertanya berapa banyak RM 500 kita hendak beri untuk menyamai harga sebentuk cincin. Juga berapa RM 500 yang kita mesti beri untuk menyamai harga satu handbag yang kaum wanita sanggup mati untuk mendapatkan nya. Ini kemewahan di tengah sengsara rakyat.

Saya menyebut hal pelat dan masuk Melayu kerana untuk memusnahkan anggapan dan metos yang di jaja UMNO bahawa Melayu UMNO sahaja yang Melayu nya. Jadi jangan kita berlagak kita lebih Melayu hanya sebab kita Melayu UMNO. Akhir sekali- saya menyebut tajuk ulasan saya sebagai memasuki lion's den bukan untuk menyamakan diri saya dengan nabi Danial tapi untuk memberitahu pembaca, kubu PM di anggap sebagai lions den.

Ceramah juga bukan pembentangan kertas kerja. Oleh yang demikian tidak perlu lah ada orang menunjuk dia pandai dengan membutirkan setiap rangkap yang ceramah yang saya sampai. Handal mana lah kekuatan analisa kamu? Nanti bukan nya kehebatan yang di tunjukkan, tapi kebodohan yang di pamirkan.

Bolehkan kita terima menyamakan kritikan yang saya beri sebagai menjatuhkan maruah institusi raja Pahang? Mentang mentang lah, Najib Razak merupakan orang besar berempat. Berempat, berlapan, ber enam belas, kalau mungkar akan saya tentang.

Kajang pak malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Setia hamba setia bertempat
Setia pak malau setia melulu



Mengapa kita mahu taksub dengan jawatan feudal ini? kita hormat tapi tidaklah sampai menyifatkan kedudukan itu maksum. Hormat kita hormat bertempat dan bersyarat. Itu sumpah seribu jebat si anak tani. Kenapa saya harus taksub? Sementara tok nenek saya berparang, bertombak dan berlembing melawan penjajah, ada sekumpulan yang di sanjung setengah orang sedang berpoya2 dan bergundek dalam kediaman mereka. Dan apabila keadaan kembali aman, yang bergundek dan berpoya tadilah yang tampil kehadapan dan mengaku merekalah yang memperjuangkan kepentingan yang berkuasa. Saya katakan- jadi jadi lah dan cukup lah hendak menjual kelentong dan cara yang lapuk.

Itu pun prinsip perjuangan moyang saya yang turun dari Kelantan dan menetap antara tempat nya di Jerantut- Pulau Tawar dan Tebing Tinggi. Menyamakan kritikan dalam ceramah dengan menjatuhkan maruah Raja Pahang adalah kerja orang pandir.

Elok saya nyatakan disini, cara persembahan ceramah tersebut memang di sengajakan. Tujuan nya ialah membangunkan orang Melayu yang sudah lama tidur dan lena dalam buaian UMNO dan BN. UMNO dan BN lah yang mengekalkan orang Melayu dalam penjara minda yang beku.

Apa pasal kamu bercakap mengenai UMNO jika kamu sudah keluar UMNO? Jawapan nya, UMNO buat masa ini memiliki apa yang kita mahukan iaitu kuasa kerajaan. Oleh yang demikian, ia mesti diserang. Itu jawapan mudah.

Jawapan yang lebih panjang ialah kerana UMNO menganiayai bangsa Melayu. Kita telah memberikan UMNO kuasa lebih 50 tahun, apa yang orang Melayu telah capai? Penguasaan ekonomi tidak sampai 20% sedangkan orang melayu merupakan 60% lebih dari penduduk negara ini. walhal, hampir semua pimpinan jabatan kerajaan, menteri besar, ketua polis-, ketua jabatan, KSU dan kepala GLCs adalah Melayu.

Kenapa kedudukan orang ekonomi orang melayu tercicir? Jawapan nya ialah kuasa yang kita berikan kepada UMNO lebih dari 50 tahun, tidak digunakan dengan baik. Sebab, tujuan perjuangan UMNO hari ini, telah menyimpang jauh dari missi perjuangan UMNO yang asal.

Memang benar UMNO memperjuangkan gagasan Bumiputera, akan tetapi, konsep Bumiputera UMNO mempunyai pengertian khusus. Bumi di belakang atau tercicir, putera di hadapan. Dan putera yang di maksudkan ialah putera bangsawan, putera pemimpin atasan, putera golongan elit. Mereka inilah dalam golongan Melayu yang memonopoli kekayaan negara. Mereka bersekongkol dengan cukong2 India dan Cina. Golongan majority Bumi- tercicir dan di tinggalkan di belakang , menadah tangan di suruh bersyukur terhadap kebajikan yang di teteskan kebawah.

Pemimpin UMNO kalau pergi turun padang hanya tahu mengkakaktuakan 3 ayat Quran:-

(1) Mengenai syukur- La azi dan nakum…….
(2) Wa'tasimu bihablillah- berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah
(3) Bersetia kepada rasul dan pemimpin- ati 'uLlah ha wa 'ati urrasul…..

Memang benar kita di suruh bersyukur tapi bukan kepada UMNO. Memang kita berpegang kepada tali Allah tapi bukan kepada tali yang di bekalkan oleh UMNO dan memang benar kita bertaaat setia kepada pimpinan dengan syarat pemimpin berlaku adil dan baik.

Makna nya, sokongan kepada UMNO sentiasa bersyarat dan bukan mutlak. Demikian juga jawatan presiden UMNO, pengerusi BN da PM adalah bersifat TOL atau LPS- Lesen pendudukan sementara. Ia bersifat sementara selari dengan sokongan yang di berikan rakyat. Dan bila rakyat memilih untuk menarik balik mandat dan amanah yang di beri, kita hendak mohon maaf apa lagi.

Izinkan saya menurunkan beberapa rangkap sajak yang di karang oleh Pendita Zaaba dalam tahun 1920an. Zaaba telah menulis dalam bahasa Inggeris:-

I tell you not in mournful numbers
That the Malays are a dying race
I only want the soul that slumbers
To wake and work in these bright days.


Tapi inilah yang di lakukan oleh UMNO selama ini. mengekalkan orang Melayu dalam tidur yang di buai mimpi rekaan UMNO dan mengekalkan jiwa hamba orang Melayu. Akibat nya orang Melayu menjadi bangsa yang lesu sentiasa bergantung untuk perlindungan dan kemajuan dari UMNO.
Sebab itu seterusnya, Zaaba menyatakan:

Bukan saya nyatakan dengan nada sedih
Mengenai cara nya memajukan bangsa Melayu
Biarlah setiap Melayu insaf
Caranya bukan bergantung harap dan cepat berpuas hati.
 

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PAC to summon government reps on NFCorp board

Posted: 20 Mar 2012 09:15 PM PDT

KUALA LUMPUR, March 21 — The Public Accounts Committee (PAC) will summon the three government representatives on the National Feedlot Corporation (NFCorp) board after its directors, embroiled in allegations of abusing a RM250 million federal loan, refused to face the panel yesterday. The Malaysian Insider has learnt that the parliamentary panel has decided to "call everybody involved" despite NFCorp lawyers insisting the PAC hearings were subjudice to criminal charges faced by the company's executive chairman Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.
Mohamad Salleh, who is also Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil's husband, was charged on March 12 with criminal breach of trust and breaching the Companies Act in relation to abusing public funds worth RM49 million.
"We are calling the representatives from the agriculture and finance ministries as well as the Negri Sembilan government. They are from the government so they have no reason not to turn up," a PAC member told The Malaysian Insider.
Wanita Umno chief Shahrizat and her family have been dogged by allegations of misusing public funds to finance over RM60 million in land, property and expenses unrelated to the National Feedlot Centre (NFC) cattle-farming project.
Read More / Baca Lagi >>

Lessons from Bukit Merah

Posted: 20 Mar 2012 09:04 PM PDT

Will the Gebeng story be a replay of the tragic saga that began in 1979 and is yet to end?

To understand today, we sometimes have to look back at yesterday. To understand why there is so much opposition to the Lynas rare earth plant, we have to look at the sad history of Bukit Merah New Village, just a few kilometres south of downtown Ipoh.
Life changed forever for the mainly Hakka community of Bukit Merah after Asian Rare Earth Sdn Bhd (ARE) began operations there in July 1982 to extract yttrium, a rare earth, from monazite.
Read More / Baca Lagi >>

Amboi, popularnya Najib

Posted: 20 Mar 2012 08:54 PM PDT

Oleh Daing Yahya
Katanya jumlah pengikut Perdana Menteri Najib Razak sudah mencecah 1 juta di facebook dan 500 ribu di twitter. Tahniah kawan ucapkan buat PM, nyata sekali beliau begitu popular di mata rakyat Malaysia.
Ini juga mengesahkan lagi kejayaan perunding imej Najib termasuk APCO dulu. Tidak sia-sia Najib membelanjakan wang rakyat untuk menggilap imejnya di mata dunia dan rakyat. Jika pelajar-pelajar Akademi Fantasi mempunyai peluang seperti Najib, pasti artis-artis baru ini akan lebih terkenal seantero dunia.
Syarikat APCO itu yang ada kaitan secara langsung dengan Israel (menurut bukti yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim tetapi tidak pernah disiasat oleh Parlimen) memang pakar dalam menterjemah imej luaran mana-mana pemimpin dunia yang ada masalah dengan rakyatnya.
Read More / Baca Lagi >>

TS Kadir Sheikh Fadzil sempat keluar UMNO sebelum parti itu diketepikan

Posted: 20 Mar 2012 08:35 PM PDT

Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil telah rasmi meninggalkan UMNO. Ini disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO Tengku Dato Seri Adnan Mansor. Tindakan beliau itu telah dijangkakan dari awal lagi kerana beliau telah meluahkan banyak perkara yang beliau tidak persetujui berlaku didalam UMNO. Beliau telah menyertai UMNO pada tahun 1956 dan bersama-sama menyertai UMNO baru pada bulan Februari 1988 yang lalu.

Saya memahami apa yang dirasakan oleh TS Kadir itu kerana beliau sudah begitu lama terlibat didalam kedua-dua parti (UMNO asal dan UMNO baru), dan tentulah beliau nampak dan merasakan perbezaan diantara dahulu dengan sekarang. Saya menganggap dan boleh mengagak yang beliau lebih selesa berada diluar UMNO untuk bersama-sama menyatukan Melayu diluar parti yang kian hari kian lemah itu.
Read More / Baca Lagi >>

Susah kalau dapat pemimpin yang 'cepat tangan'

Posted: 20 Mar 2012 08:33 PM PDT

Didalam kumpulan mereka yang berkuasa sendiri ada perbezaan layanan terhadap tindakan jenayah dan salah laku yang mereka lakukan. Kita ambillah tindakan keatas Sharizat Jalil 'at face value'. Beliau telah diambil tindakan walaupun pada luarannya itu dianggap seperti 'voluntary resignation'. Berbagai-bagai pihak meminta tindakan yang sewajarnya dilakukan terhadap Shahrizat dan semua ahli keluarga beliau.

Benar suami beliau telah menguruskan syarikat tajaan rakyat itu sekendak hati beliau. Salleh telah membelanjakan wang pinjaman murah dari kerajaan yang diluluskan oleh TS Muhyiddin dahulu untuk membeli harta mewah dan hanya sedikit yang dibelanjakan untuk perniagaan lembunya. Itulah jadinya jika memberikan dukongan kepada kroni-kroni yang tidak berkemampuan untuk menguruskan perniagaan yang mereka tidak ada pengalaman. Mereka hanya menggunakan kemahiran dan pengalaman menyalah gunakan harta benda rakyat sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis?

Posted: 20 Mar 2012 08:30 PM PDT

Tanah Rizab Melayu Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis?
Kami cukup tertarik dengan saranan Sultan Selangor baru-baru ini supaya tanah rizab Melayu dipertahankan. Tanah Rezab Melayu disebut dalam Perlembagaan Malaysia sebagai suatu aset yang dilindungi dan dijamin  hak untuk memulihara hak milik orang Melayu di negara ini.
Dahulu British telah meninggalkan sebanyak 3 juta hektar sebagai tanah rizab Melayu. Sekali lagi 3 juta hektar. Sebab apa British berbuat begitu? 
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu: Economic woes come back to haunt if BN re-elected

Posted: 20 Mar 2012 08:24 PM PDT

Mat Sabu: Economic woes come back to haunt if BN re-electedPAS deputy president said the government's recent decision to suspend tax raise and subsidies cut in the run-up to the 13th general election would be proven a farce once Barisan Nasional was re-elected.
"All this will be knocking on people's door if BN wins the next election. Be prepared to endure continuous hardship from BN after their victory," said Mohamad Sabu .
Saying people had been led to believe that their burden had been cushioned in the form of subsidies, Mat Sabu however opined that the people were being made to go through an 'endurance test' for more economic woes later.
Dismissing the argument that continuous subsidies would lead to bankruptcy, Mat Sabu said corruption was at the heart of any financial doom, burning some RM10 billion from the treasury annually.
Read More / Baca Lagi >>

Lajnah Penyelidikan DUPP Anjur Mahrajan Syria

Posted: 20 Mar 2012 08:22 PM PDT

"BANGI, 20hb Mac 2012.Lajnah Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat akan mengadakan program Mahrajan Syria bertujuan menyusun deklarasi bertindak bagi menangani isu kezaliman di Syria. Program tersebut dijadualkan pada 25hb. Mac nanti bertempat di Darul Fuqaha, Sg. Merab, Bangi bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengahari.

Menurut Pengarah Program tersebut Dr. Azhari Ariffin, program tersebut bakal menampilkan tokoh ulamak Syria, Syeikh Samir Saqqa bagi menceritakan konflik berdarah di Syria. Seterusnya, seorang tokoh akademik dan ulama, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dijemput untuk menyampaikan kertas kerja bertajuk Pendirian Ulama terhadap konflik di Syria.

Program tersebut yang bertemakan "Antara Kejahilan Ummah, Kelesuan Ulama dan Kerakusan Penguasa" adalah terbuka kepada masyarakat awam supaya sama-sama dapat menjiwai keperitan umat Islam di Syria berhadapan dengan pemerintah yang menzalimi mereka.

Audit: PAS minta Najib jelaskan salah guna wang

Posted: 20 Mar 2012 08:21 PM PDT


KUALA LUMPUR, 21 Mac: PAS meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sejauh mana tindakan kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan wang dan kuasa sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara.

Ini ekoran banyak isu yang membabitkan ketirisan wang negara dalam projek kerajaan.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff mengemukakan soalan demikian bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Read More / Baca Lagi >>

MB Ahmad Said ramai yang benci, ini tanda UMNO Terengganu kuat

Posted: 20 Mar 2012 08:20 PM PDT

Oleh: mohdnoorawang

"Rata rata cakap orang ramai terutama ahli perniagaan atau kontraktor di Terengganu "kondem" dan mencemuh" Dato' Seri Ahmad Said menteri besar Terengganu. Ramalan ramai orang terutama puak puak UMNO Terengganu Ahmad Said hanya sepenggal sahaja menjadi menteri besar Terengganu. Kronisma, nepostisma dan rasuah serta salahguna kuasa cukup hebat Ahmad Said jika dibandingkan dengan era Dato Seri Idris Jusoh menjadi menteri besar Terengganu. Itulah ucapan dari masyarakat UMNO Terengganu dari kalangan peniaga atau kontraktor di Teregganu.

Read More / Baca Lagi >>

Ketawakan mereka jika tidak mampu lawan mereka!

Posted: 20 Mar 2012 08:17 PM PDT

Saya dengan ini mengumumkan pernerbitan buku koleksi kartun kelima dan terbaru saya dalam bahasa Inggeris, "1 MOOLAYSIA".  Buku-buku sebelum ini ialah "Even My Pen Has a Stand" (2011), "Cartoon-O-Phobia" (2010), "1 Funny Malaysia" (2009) dan "Cartoons On Tun…" (2005).

1 Funny Malaysia diharam kerajaan atas alasan kandungannya "menggugat keselamatan awam", manakala Cartoon-O-Phobia disiasat di bawah Akta Hasutan dan saya juga telah ditangkap di bawah akta yang sama.  Judul "1 MOOLAYSIA" dipilih kerana isu lembu yang hangat diperkatakan di Malaysia sekarang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Gadai tanah: Mustapha didesak kemuka bukti

Posted: 20 Mar 2012 08:12 PM PDT


KOTA BHARU, 21 Mac: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad didesak mengemukakan bukti terhadap dakwaannya tanah Rizab Melayu di gadai kepada syarikat bukan bumiputra di Kelantan.



(Tajuk sensasi Utusan Malaysia hari ini tetapi tanpa fakta dan retorik sahaja)

"Saya pohon Mustapha agar mendatangkan data dan fakta keluasan tanah Rizab Melayu di Kelantan yang dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, janganlah hanya bercakap tanpa fakta sedangkan anda seorang Menteri!" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadhli Shaari dalam kenyataannya.
Read More / Baca Lagi >>

Islam dan Yahudi

Posted: 20 Mar 2012 08:06 PM PDT

Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

559 calon SPM 2011 peroleh semua A+

Posted: 20 Mar 2012 08:03 PM PDT

Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

education examination spm stpm scholarship biasiswa 090609 02Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

Daim warns Chinese voters of risks of their choice

Posted: 20 Mar 2012 08:00 PM PDT

Daim warns Chinese voters of risks of their choiceFORMER finance minister Tun Daim Zainuddin believes that 80% of the Chinese voters have made up their minds whom they would support in the next general election but warns them against voting based on sentiments and emotions.
In an interview with Nanyang Siang Pau, the Umno veteran said it will not augur well for the country in the long run if the results of the next general election show that the Malay and Indian voters generally supported the Barisan Nasional (BN) while the Chinese mostly voted for the Pakatan Rakyat (PR).
Read More / Baca Lagi >>

MP BN dakwa AirAsia tipu kerajaan

Posted: 20 Mar 2012 05:11 PM PDT

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ditipu, diperbodoh dan dipermainkan dalam penggabungan MAS-AirAsia."Rupa-rupanya kolaborasi ini telah dimanipulasikan oleh AirAsia itu sendiri," dakwa beliau dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam.Beliau menuduh AirAsia memanipulasi penggabungan itu apabila melantik salah seorang pengasas bersama serta ahli lembaga pengarah penerbangan harga rendah itu, Conor McCarthy, sebagai pengarah urusan MAS selepas berlakunya penggabungan itu.
Bung Moktar juga menuduh Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar sebagai "master mind".
Read More / Baca Lagi >>

Student loans withdraw is power abuse

Posted: 20 Mar 2012 05:09 PM PDT

Bersih said today blasted Yayasan Terengganu's decision to withdraw loans to six students who participated in last year's Bersih 2.0 rally as abuse of power.On Sunday, Sinar Harian reported Terengganu Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Said as citing the students' participation in the July 9, 2011 rally and a protest against the Universities and University Colleges Act (UUCA) as the reasons for the decision.
Bersih steering committee member Wong Chin Huat today called "the withdrawal based on their political participation … a blatant abuse of public institutions by the ruling party."
He also said the student loans were given on academic grounds and should only be revoked on the same basis.
Read More / Baca Lagi >>

Joke of the year for Malaysians – and it’s MCA

Posted: 20 Mar 2012 05:07 PM PDT

Joke of the year for Malaysians – and it's MCA
I WAS tickled to read that MCA president Chua Soi Lek was a guest-of-honour at the first session of Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)'s 14th convocation last weekend.
I asked: "What is so honourable about a man who exposed to the world the fine art of cheating on his wife and family."
This man, who continues to claim that he represents the Malaysian Chinese community, is clearly shameless.
Hasn't he lost all integrity (apparently not in Chua's dictionary) to address moral issues?
And what did Chua have to say to the graduands, as published in UTAR's website?
"MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, who was guest-of-honour of the first session of the convocation, urged the graduating students to embrace lifelong learning to remain competitive and said that it was only through their individual continuous competitiveness that Malaysia could sustain its competitiveness globally."
Read More / Baca Lagi >>

Wang Haram : Bekas SU Politik Menteri Hadapi 28 Tuduhan

Posted: 20 Mar 2012 05:06 PM PDT

Post Pic
SHAH ALAM, 20 MAC : Hasbie Satar, bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 28 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan wang tunai berjumlah RM935,000 ke dalam akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya.   
Read More / Baca Lagi >>

Taktik musuh hancur pemuda Islam

Posted: 20 Mar 2012 05:04 PM PDT

PENENTANGAN ke atas perjuangan Islam merupakan lumrah sejak zaman para nabi a.s. dahhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwlwx6yGQIIS-rjaOAypyDq6au4aqeIi5J5SQV4aFAcDUYTxC6-g312-S0aQ5NL4H3GvxDtjtasLQFMUyvMam6Q3oO3x1w1lPuHiPJIXK2yhnSk6x5rX8SyoY5QXKFHca-XV-awYNLXAo/s640/pas2.JPGulu lagi. Bahkan tidak ada dalam satu sejarah bahawa perjuangan Islam akan diberikan layanan yang istimewa.
Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. turut mendapat kecaman dan tentangan daripada bapa saudaranya serta penduduk setempat dengan baginda s.a.w.


Pihak musuh akan merancang pelbagai taktik sehingga pemuda Islam melutut di hadapan mereka dan meninggalkan perjuangan Islam.Read More / Baca Lagi >>

Hasil Pasir Pakatan RM19.9 Juta Lebih Dari BN Walaupun Jumlah Sikit

Posted: 20 Mar 2012 05:03 PM PDT

SHAH ALAM 20 MAC : Pendapatan Kerajaan Selangor menerusi hasil pasir era pemerintahan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah jauh lebih baik berbanding semasa ia diurus tadbir oleh Umno-Barisan Nasional (Umno-BN) walaupun jumlah pengeluaran hasil bumi itu jauh lebih kecil.
Sebelum ini, pembangkang sering memburukkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan melemparkan pelbagai dakwaan yang syarikat itu membolot industri pasir negeri.
Perkara ini dijelaskan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Syafiei sekaligus membuktikan tata kelola dan sistem yang di gunapakai kepimpinan Pakatan hari ini berfungsi dengan baik.
"Pendapatan royalti 3 tahun dari tahun 2005-2007 zaman Umno-BN hanyalah sekitar RM12.51 juta berbanding zaman Pakatan untuk tempoh 3 tahun yang sama bermula tahun 2009-2011 berjumlah RM32.5 juta.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor penyumbang terbesar KDNK

Posted: 20 Mar 2012 04:59 PM PDT

Oleh Abd Shukur Harun
Tidak syak lagi, di bawah kepimpinan MB Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, agama Islam dapat terus dipertahankan di negeri itu di terngah-tengah usaha mengekalkannya sebagai negeri termaju.

Oleh itu, rakyat Selangor akan dapat terus menikmati kemakmuraan dengan penuh adil di negeri kaya ini di bawah Pakatan Rakyat. Dengan demikian tertolaklah segala fitnah dan tuduhan Umno/BN yang kini berusaha keras untuk merampasnya dalam PRU Ke-13 akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Angkara RM1 lutut naik muka

Posted: 20 Mar 2012 04:56 PM PDT

ADU...Wong menunjukkan laporan polis dan aduan kepada JPJ mengenai serangan pemeriksa tiket bas henti-henti.
ADU...Wong menunjukkan laporan polis dan aduan kepada JPJ mengenai serangan pemeriksa tiket bas henti-henti. 
 
KUALA LUMPUR: Hanya kerana sekeping tiket bas bernilai RM1, seorang warga emas mendakwa dicederakan di bahagian mukanya oleh pemeriksa tiket di Rawang dekat sini gara-gara enggan membeli tiket baru selepas dituduh menggunakan tiket tidak sah.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang pada 6 Mac lalu, mangsa, Wong Soo Tian, 83, menaiki bas henti-henti di Jalan Ipoh untuk pulang ke rumahnya di Rawang selepas mendapatkan ubat dan rawatan susulan di sebuah klinik di situ.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Kerajaan Kedah ujian buat jamaah Islam

Posted: 20 Mar 2012 04:54 PM PDT

Oleh Subky Latif
KRISIS pimpinan kerajaan yang juga pimpinan PAS Kedah boleh dikira telah selesai setelah campur tangan PAS Pusat.Semua pro perubahan di seluruh negara merasa lapang apabila dua Exco Dato Phahrolrazi dan Dr. Ismail sedia kembali menjadi Exco dan tindakan ke arah itu sedang diproses.

Sekaliannya pro dan penentang kerajaan Kedah terkejut atas krisis yang berlaku di ambang PRU 13 yang tinggal beberapa minggu saja. Tiada diketahui oleh sesispa di luar pimpinan kerajaan itu sejak mereka mengangkat sumpah Mac 2008 dulu mereka ada krisis. Read More / Baca Lagi >>

Palestin, Afghanistan: Nyawa ummah bagaikan anak ayam

Posted: 20 Mar 2012 04:52 PM PDT

Oleh Lanh
BERSYUKUR kita ke hadrat Ilahi kerana masih dilanjutkan usia dan dapatlah kita mehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhN1_bIRvj9pX48bfLRfH4dF1p15m9W2mpqaCr_nhMVJqQ_hxKHa8aoIR7c5c39m0iQReIX8OUAz8ikx4eueS_Psruc0isISiCaaz99sUCamROBge8q32t1OrITh9l-6zB1tC39iHVCZcU/s400/palestin.jpgmuzakarahkan isu-isu yang membabitkan ummah.

Mutakhir ini, kita rasa terpukul dengan tindakan biadap rejim Zionis yang berterusan membedil wilayah Gaza walaupun dalam kempen ganas mereka tidak lama dulu mereka terpaksa berundur secara memalukan pada Januari 2009.

Read More / Baca Lagi >>