MAZLAN-ALIMAN
KUALA LUMPUR - Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berbohong bahawa peneroka Felda tidak akan terjejas dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, Ahmad berbohong di Parlimen kelmarin apabila mengatakan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia adalah 'durian runtuh' kepada peneroka yang merupakan pemegang saham utama dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF).
"Saya mengikuti perbahasan itu dan Ahmad telah berbohong di Parlimen, apabila beliau mengatakan peneroka tidak akan terjejas dengan penyenaraian FGVH.