Jumaat, 9 Mac 2012

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Di Kuala Pilah....adakah ini pernah terjadi...???

Posted: 09 Mar 2012 07:30 PM PST

Najib seleweng wang rakyat untuk majlis pertunangan anak beliau....???




Pada 17 Jun 2011, Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau.

Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:

Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang RM18,792

Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang RM309,975

Kos pengendalian RM81,000

Jumlah RM409,767

Telah buat semakan

Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.

Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan.

KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAn berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

MOHD RAFIZI RAMLI IALAH PENGARAH STRATEGI KEADILAN

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Gempar!!! Video lucah lagenda gusti Hulk Hogan - kini sedang mencari pembeli

Posted: 09 Mar 2012 07:32 AM PST


TMZ baru sahaja melaporkanyang sebuah video lucah menampilan bintang lagenda gusti Hulk Hogan telah timbul & pemilik video lucah itu kini sedang mencari pembeli.
Wartawan yang sudah menonton video lucah itu berkata yang Hulk Hogandi'lihat bersama seorang gadis yang bukan bekas isteri'nya Linda atau pun isteri beliau sekarang, Jennifer McDaniel.
Tidak pasti bilakah video ini di'rakamkan tetapi pengerusi syarikat pengeluar video lucah Vivid Entertainment mengesahkan yang ada pihak yang telah pun datang menawarkan video tersebut. 
Namun, masih tiada maklumat tentang siapa pembeli atau pemilik sebenar video itu sekarang dan Hulk Hogan tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut berkaitan isu ini. Heh - rotikaya

Anak Najib bertunang : Najib kata dia tak guna duit rakyat pun ... apa la depa tuduh2 Najib ... tak baik tau ..

Posted: 09 Mar 2012 05:09 AM PST

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan majlis pertunangan anak perempuannya, Nooryana Najwa pada Jun tahun lalu, diadakan dengan menggunakan duit kerajaan.
"Perbelanjaan pertunangan anak perempuan PM, Nooryana Najwa, tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak," kata mesej menerusi Twitter di bawah akaun Pejabat Akhbar Perdana Menteri (Msia PM Press Office) kira-kira sejam lalu.
Mesej susulan pula menyebut, "Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dakwaan dalam waktu terdekat."
Laporan media atas talian awal hari ini memetik PKR mendkawa, pihaknya ada bukti kerajaan telah membiayai majlis pertunangan Nooryana Najwa.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La, yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

Malah menurut laporan itu, Rafizi mendakwa bahawa kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan ke atas Pejabat Perdana Menteri.
Jumlah itu mungkin hanya RM409,767, namun menurut Rafizi, ia menunjukkan sikap kerajaan yang didakwa "menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi."
Majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.
Laporan Bernama pada hari pertunangan menyebut bahawa pertunangan anak Najib itu dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana di Putrajaya.- Sinar Harian

Pada 17 Jun 2011, Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau.
Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.
Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.
Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering  yang memperincikan kos berikut:

Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang                          RM18,792
Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang          RM309,975
Kos pengendalian                                                                                                   RM81,000
Jumlah                                                                                                                        RM409,767

Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.
Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan.
KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.
Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.
Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAN berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.
Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
9 MAC 2012 




 

Pembunuhan Altantuya : Siasat semula, banyak perkara yang tidak kena - Bekas Pengarah CID

Posted: 09 Mar 2012 03:56 AM PST

KUALA LUMPUR 9 Mac: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana "banyak perkara yang tidak kena" dalam kes itu.

Selain itu katanya, berlaku "penyembunyian bukti material dan juga manipulasi" dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat.
Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka  untuk mencari bukti.
"Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang).
"Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka," katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.
Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti.

"Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.
"Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG," katanya lagi.
Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan "bukti palsu" yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota  polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda.
Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28063

PANAS - Berita baru masuk - Ni yang buat orang bertambah meluat ni ...

Posted: 09 Mar 2012 12:46 AM PST

PETALING JAYA, 9 MAC, 2012: Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli hari ini mendakwa hampir setengah juta ringgit telah dibelanjakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk majlis pertunangan anaknya pada 17 Jun 2011.

Di dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Rafizi turut mendedahkan dokumen yang didakwa sebagai bukti yang menunjukkan Perdana Menteri telah menyeleweng wang rakyat untuk majlis tersebut.

"Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan PKR telah mempersoalkan sama ada majlis tersebut ditanggung oleh rakyat. Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR telah tampil menyebut bahawa ad aura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri," kata Rafizi.

"Hari ini kami tampil dengan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri," tambah beliau.

Menurut Rafizi, kos keseluruhan yang dibelanjakan untuk majlis tersebut adalah sebanyak RM409,767.

"Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:
- Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang RM18,792
- Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang RM309,975
- Kos pengendalian RM81,000
- Jumlah RM409,767

Tambah Rafizi, di dalam Perdana Menteri sibuk mempromosikan menu rakyat 1Malaysia kepada rakyat, tetapi untuk majlis pertunangan anaknya sendiri Perdana Menteri lebih memilih untuk menghidangkan makanan mirip santapan di raja kepada tetamu yang hadir.

"Tetamu tidak dihidangkan dengan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.

"Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan," tambah beliau.

Tambahnya, PKR telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahwa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

Katanya lagi, perkara yang didedahkan itu bukanlah sesuatu yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

"Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, kami berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya di raja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

"Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan," kata Rafizi.


-mD

Saya simpati pada 'tupai' isu Kedah - TGNA

Posted: 09 Mar 2012 12:14 AM PST

NONEMenteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur kerana krisis pentadbiran Kedah tidak berakhir dengan pentadbiran darurat melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti pengalaman Kelantan pada tahun 1978.

Nik Aziz berkata, dalam menangani konflik menteri besar dan wakil rakyat negeri itu, Mageran digunakan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dan bukan perbincangan seperti yang dilaksanakan di Kedah sekarang ini.

"Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!" kata mursyidul am PAS itu.

PAS beranggapan pergolakan kepemimpinan Kedah berakhir pada 5 Mac lalu dengan pengumuman dua exco - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula ke jawatan mereka.

Dalam kenyataannya semalam, Nik Aziz juga secara sinis berkata, beliau bersimpati terhadap "tupai-tupai" yang melompat keseronokan ketika kemelut itu berputik kerana menjangka dapat "menikmati buahnya".

"Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan," katanya lagi tanpa menamakan dengan jelas pihak terbabit.

Sepanjang krisis Kedah bermula hujung Februari lalu, isu itu menjadi fokus serangan musuh politik mereka daripada Umno dan dikritik hebat di media arus perdana.

Malah, ada yang berspekulasi, krisis itu jika berpanjangan mampu menggoyahkan kestabilan pentadbiran PAS dan bakal memastikan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz juga menganggap kemelut itu istimewa kerana pertelagahan berlaku untuk menolak jawatan dan bukan merebutnya seperti apa yang disifatkannya berlaku dalam " silibus pengajian sekular".

"Bahkan jika terbukti melakukan penyelewengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!" katanya membuat perbandingan.

Beliau juga menganggap kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini ditolak merupakan titik noktah terhadap krisis yang melanda negeri itu. - Malaysiakini