Sabtu, 3 Mac 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Nenek 116 tahun [warga tertua Perlis] teringin nak kahwin,... untuk kali ke 7 ....

Posted: 03 Mar 2012 10:16 PM PST

'Tok teringin nak kahwin'

Oleh RASHIDI KARIM
am@hmetro.com.my
     
MASIH SIHAT... Puan yang berusia 116 tahun bersama anak,  cucu dan cicitnya ketika program Jalinan Mesra Bersama Warga Emas yang diadakan di rumahnya.
MASIH SIHAT... Puan yang berusia 116 tahun bersama anak, cucu dan cicitnya ketika program Jalinan Mesra Bersama Warga Emas yang diadakan di rumahnya.
KANGAR: Wanita tertua di Perlis, Puan Ahmad, berusia 116 tahun, yang menjanda sejak lebih 30 tahun lalu, masih menyimpan hasrat untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang mampu menjaganya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
"Pilihan kali ini biar di kalangan lelaki yang mampu menjaga tok. Tok tidak mahu lelaki yang laih (sudah tidak larat) seperti sebelum ini yang semuanya terlebih dulu meninggalkan tok buat selama-lamanya.


"Bagaimanapun, semuanya ketentuan Allah kerana ia membabitkan jodoh... jika hampa (pemberita) tanya sama ada tok nak kahwin lagi untuk kali ketujuh... memang tok teringin nak kahwin.

"Tok tak malu nak sembunyi hasrat untuk berkahwin yang mungkin kali terakhir jika bertemu jodoh sesuai. Ciri-ciri pilihan suami kali ini biarlah lebih bertenaga daripada tok," katanya yang mampu mendengar dengan jelas dan mempunyai penglihatan yang baik ketika ditemui di rumahnya di Padang Keria, Sanglang, dekat sini, semalam.


Terdahulu, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (PKSM) menganjurkan Majlis Kenduri Rakyat serta program Jalinan Mesra Bersama Warga Emas di rumah Puan.



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan isteri, Datin Seri Asiah Asmuni hadir menyampaikan sumbangan terbabit. Puan turut menerima bantuan sara hidup berjumlah RM300 sebulan daripada JKM.

Hadir sama, Pengerusi PKSM, Datuk Mustika Junaidah Hussin serta anak kedua dan ketiga Puan, Teh Man, 65, dan Mat Yusop, 63.


Puan pernah berkahwin enam kali dan mempunyai empat anak selain 19 cucu dan 47 cicit. Bagaimanapun, semua enam suami yang dikahwini sudah lama meninggal dunia.

Mengulas lanjut, Puan berkata, dia hasrat memperoleh jodoh di kalangan lelaki lebih muda daripadanya bagi membantu melakukan kerja harian di rumah bagi mengelak bebanan terus kepada anak.


"Tok tak mahu terus membebankan anak kerana mereka juga ada tanggungjawab lain. Walaupun menetap bersama seorang anak di rumah ini, semua kerja harian tok lakukan sendiri.



"Anak tak bantah hasrat tok nak kahwin lagi jika bertemu jodoh," katanya. myMetro

PANAS TERKINI : MB Kedah diarah letak jawatan?

Posted: 03 Mar 2012 07:49 PM PST

Oleh : AZMAN ARIFFIN


AKHIRNYA, krisis politik yang melanda pentadbiran negeri Kedah ini selesai juga. Sumber memaklumkan penulis bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak telah diarahkan oleh PAS Pusat untuk meletakkan jawatan dan seorang Menteri Besar baru akan dilantik.

Tapi memandangkan banyak perkara perlu dilakukan, seperti memohon perkenan DYMM Sultan Kedah untuk seorang Menteri Besar baru dilantik dan mendapatkan persetujuan semua ADUN Pakatan Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, maka pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut ditangguhkan terlebih dahulu, dan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Penulis mendengar jalan penyelesaian ini dicapai setelah campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Datuk Saifudin Nasution untuk membantu, memandangkan beliau sekarang berada di Islamabad, Pakistan. Saifudin telah menyampaikan amanat Anwar kepada Jawatankuasa Khas PAS Pusat untuk menyelesaikan perkara ini yang diketuai Timbalan Presiden, Mohammad Sabu.

Sebelum itu juga, dilaporkan Saifudin Nasution telah menghubungi Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk memaklumkan keputusan Anwar.

Azizan pula, walaupun dikhabarkan menerima keputusan tersebut, telah mengarahkan Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS Kedah (melalui Setiausaha Sulit Kanannya, Helmi Yahya) untuk mengeluarkan kenyataan menolak sebarang usaha menyingkirkannya dari jawatan tersebut.

Kedua dewan ulama tersebut telah mengeluarkan kenyataan bersama melalui ketua masing-masing, Datuk Harun Taib dan Syeikh Mohammad Abdullah, semalam disini.

Tapi sokongan kedua-dua dewan tersebut dijangka tidak mampu menghalang persetujuan yang telah dicapai kerana Azizan bakal dibiarkan berseorangan dalam menghadapi isu penyelewengan peruntukkan menyelenggara jalan dari kerajaan pusat berjumlah RM 150 juta yang sedang disiasat SPRM, menurut sumber tersebut lagi.

Walaupun Azizan menuduh isu tersebut berkait rapat dengan Phahrolrazi atas kedudukkannya sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sebagai agensi pelaksana, tapi sebagai Menteri Besar, Azizan bertanggungjawab atas semua masalah yang mungkin timbul dari isu tersebut.

Exco hanya menjalankan tugas yang telah diputuskan dalam mesyuarat Exco negeri yang dipengerusikan Menteri Besar.

Penulis mendengar, isu ini juga telah dikenalpasti oleh PAS Pusat sebagai punca utama perbalahan yang berlaku sekarang.

Apa sekalipun, penulis meminta semua pihak terbabit menerima keputusan PAS Pusat ini dengan hati terbuka kerana ia adalah untuk kebaikan semua pihak dan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah negeri Kedah dalam pilihanraya umum akan datang.

Kepada yang telah dikenalpasti sebagai calon Menteri Besar, penulis mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. -Sabahkini

Kami nak wakil rakyat bukan Ir atau Dr ...

Posted: 03 Mar 2012 06:58 PM PST

Oleh Anti Parasit

Isu di Kedah kain terserlah. Jawab menjawab di dada akhbar sudah mula menjadi lumrah.Dulu akhbar-akhbar ini menjadi bahan bungkusan nasi lemak di kola atau ke bendang. Tiada makna membaca kerana kebanyakan berita politik hanya mengarut belaka. Tapi kini dibuatnya sidang media untuk menjelaskan tentang kedudukannya.

Bercakap seolah-olah kami para penyokong dan pengundi tegar pas tak pandai menilai.

Kami juga hadir mengikutinya. Maka ramailah muka-muka orang yang dikatakan cerdik pandai politik disekeliling dan ada juga yang menyembunyikan diri seolah-olah tidak terlibat dengan Phahrolrazi. Kalau Aris Awang kata dia pandai, Hj Nan kata dia hebat dan beberapa orang lagi yang bergerak keliling negeri , kami lagi hebat.Hangpa setakat hebat atas pentas dan markas saja. Tak payah la dok jadi petualang. Berenti saja la kerja hangpa tu


Kami yang bertungkus lumus dikedai kopi, diatas pokok, didalam hutan buluh bukan untuk Phahrolrazi,bukan untuk Ustaz Hadi,bukan untuk Dr Ismail,bukan untuk ustaz Azizan tapi untuk PAS.Kami yang dok berhadapan siang malam dengan pengundi menerangkan bab Islam dan PAS. Menerangkan macamana umno memperbodohkan rakyat. hangpa kira kat kedai tu saja.Habis takdak dok kat tempat Nasir belakang tu.

Sudahlah hoi, setakat dok mesyorat kat kedai Imran dan nasi 3 rasa. Kami mesyorat disemua kedai kopi seluruh negeri. Otak kami beribu untuk berfikir demi PAS. Mata kami lebih banyak dari hangpa,telinga kami pun lebih banyak juga. Mulut kami lebih banyak untuk bercakap bab perjuanga pas ni.Perasaan kami pun lebih marah dari hangpa.Kami marah kerana hangpa ni sudah menjadi pengkhianat perjuangan Islam.

Elok la hangpa pakat berenti cara terhormat sebelum kami sepak hangpa macam kami sepak umno masa pilihanraya. Jadi wakil rakyat dan exco sibuk memanjang macam la kami ni tak pandai pentadbiran. Kalau kami tak pandai sudah tentu bendang kami naik menerung penuh. Bot kami jadi macam lori sampah. Kedai kami jadi macam kedai besi buruk la.

Kepada pimpinan pas,kami harap pertimbangkan elok-elok untuk masa depan. Kalu letak calon macam Phahrolrazi lagi alamat kurang baik la keputusannya. Bagi kami pemimpin dan wakil rakyat ni kalau ada Ir ka Dr. ka ustaz ka tapi tak ikhlas dan penyegan lebih baik lantik pemimpin yang dok bergelumang dengan parti tapi akal depa cerdik,amanah ,istiqamah,ikhlas dan rajin walaupun takdak apa-apa gelaran depan tu. Kerana orang macam depa menjadikan kami segan dan kami sanggup tubuh cawangan,kami sanggup panjat pokok pasang bendera.

Harap pemimpin macam Phahrolrazi,Dr ismail ka Aris awang ka, Haji Nan ka dan beberapa kerat lagi setakat buat kerja dengan ayaq lioq saja. Tambah lagi yang dok keliling kelalang depa tu,sapa yang tak kenai. Masa sebelum boleh memerintah kerja dok bawa pemimpin itu ini saja. Pegang jawatan apa pun tak berani.Tapi bila dapat merintah,depa pula jadi tuan penasihat lebih dari yang dok pengidup cawangan dan markas…Pirahhh..Mata kami lebih banyak dari mata hangpa.Tangan kami lebih banyak dari tangan hangpa. - Tranungkite

Isu Kedah selesai.

Posted: 03 Mar 2012 05:33 PM PST

KUALA LUMPUR- Pertemuan khas antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah malam tadi telah mencapai keputusan yang dijangka akan menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku di negeri itu.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi pagi ini berkata, keputusan yang dicapai malam tadi mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.
"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.
"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasami dalam masa terdekat," katanya kepada Harakahdaily.
Malam tadi, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.
Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.
Difahamkan pertemuan malam tadi itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, kemudian dengan Ustaz Azizan.
Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri.
Menurut Salahudin lagi, keputusan sebulat suara malam tadi itu juga dibuat dengan meletakkan kepentingan parti sebagai asas utama.
Malah katanya, keputusan itu juga telah dimaklumkan kepada Phahrolrazi.
"Keputusan itu telah kita sampaikan kepada Yb Phahrolrazi," ujarnya.
-Harakahdaily

Ahli ibadah dengan seorang pelacur yang jelita

Posted: 03 Mar 2012 09:36 AM PST

Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.


Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: "Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu."

Wanita pelacur itu berkata: "Silakan masuk ke rumahku."

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: "Marilah segera mendekatiku."

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: "Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!"

Wanita pelacur itu kembali bertanya: "Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?"

Lelaki ahli ibadah itu berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: "Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu."

Lelaki ahli ibadah itu berkata: "Biarlah aku keluar!"

Wanita pelacur itu menjawab: "Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku."

"Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!" kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: "Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?"

Lelaki itu menjawab: "Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah."

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: "Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu."

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? "Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?"

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: "Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan."

"Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini," kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak . - Halim Islam Online

Jururawat telanjang dalam program TV tengah malam

Posted: 03 Mar 2012 03:28 AM PST

Seorang jururawat wanita yang cantik telah bertelanjang sewaktu memberikan demonstrasi memeriksa payudara dalam atu acara di televisyen di Jepun. Program yang ditayangkan pada tengah malam itu di sebuah televisyen di Tokyo mempromosikan cara mengesan kanser payudara.

Menurut penuturan dari jururawat seksi itu, perempuan yang mendapatkan menstruasi sebelum umur 12 tahun atau memiliki bayi sebelum umur 30 tahun memiliki risiko yang tinggi untuk terkena kanser payudara.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


UMNO DAH MULA NAK PILIHANRAYA

Posted: 03 Mar 2012 05:02 AM PST


Harakahdaily, 03 Mac 2012

(Ketua Umno Cawangan BTP, Syed Ahmad Firdaus di depan bilik gerakan pilihan raya yang dibukannya)

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Pilihan raya umum ke 13 sudah dekat benar apabila melihat parti yang memerintah mula membuka bilik-bilik gerakan mereka.

Ini mula dapat dilihat di Selangor, negeri yang mahu ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) dan Terengganu, negeri yang cuab dipertahankan BN.

Ada yang berkata, pilihan raya ke 13 akan diadakan secepatnya April ini selepas Parlimen dibubarkan pertengahan bulan ini.


(Markas pilihan raya Umno Peti Undi Kedai Buluh, Marang, Terengganu)

Di Rawang, Umno cawangan Bandar Tasik Puteri mula membuka bilik gerakan mereka di kawasan taman perumahan itu.

Ketua Umno cawangan itu, Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui di hadapan bilik gerakan yang sedang dipersiapkannya itu berkata, ia dibuat atas arahan Presiden Umno.

"Datuk Seri Najib kan dah kata kena membuat persiapan untuk pilihan raya umum. Ini yang kami buat ni," kata Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui didepan bilik gerakan itu.

Dalam nada berseloroh, Syed Ahmad juga berkata, "Sediakan payung sebelum hujankan."

Di Marang Terengganu, Umno juga kelihatan sudah mempersiapkan markas dan bilik gerakan mereka.

Di kampung Kedai Buluh, Bukit Payong, Umno cawangan di situ sudah membuka markas peti undi mereka di situ.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU-13: Giliran Najib 'dihukum'

Posted: 03 Mar 2012 09:21 PM PST

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf atas kesilapan lalu BN tidak membawa sebarang makna melainkan ia disusuli dengan langkah-langkah pembetulan.
Read More / Baca Lagi >>

‘Umno’s 2004 landslide victory a curse’

Posted: 03 Mar 2012 09:20 PM PST

Former Umno assemblyman Mohd Ariff Sabri discovered that much of Daim's 'prophecies' remain relevant.

This article is based on a 45-minute conversation I had with former economic advisor Tun Daim Zainuddin way back in early 2009.
However, I must say this. I did not take notes while we were talking as I wanted to savour the fullness of our conversation.
But as soon as I got back, I quickly wrote notes in my own little red book on what transpired. There was never a doubt in my mind that we would be talking with candour.
I would later discover, this larger than life figure possesses a rapier sharp mind. But most of all I would be disarmed by his willingness to speak easy.
It was obvious Daim was not restrained nor constrained. And our conversation touched a range of issues.
The conversation
Read More / Baca Lagi >>

Eastern Dispersal Link: The latest Umno toll scam to squeeze Johoreans

Posted: 03 Mar 2012 09:19 PM PST

Eastern Dispersal Link: The latest Umno toll scam to squeeze JohoreansEveryone should know of Eastern Dispersal Link (EDL). It is a 8.1 km new highway linking the JB CIQ to the North-South Highway via the Pandan interchange. It has an elevated section of about 4.4 km. It was built with the cost of about RM1 billion. The concessionaire has been given a 34-year concession. It is scheduled to open on 1 March 2012 but has not been officially opened to traffic until now.
Duke Highway is 18.1 km long , 30% (5.4 km) of which is elevated and was built with a cost of just under RM1 billion. The concessionaire has been given a 34-year concession.
AKLEH is 7.9 km long, 100% (7.9 km) elevated and was built with a cost of RM0.8 billion. The concessionaire has been given a 33-year concession.
The Breakdown
The construction costs of the 3 highways differs a maximum of RM200 million between EDL and AKLEH. However, the proposed toll as per Diagram 1 for EDL is RM6.20 as compared to only RM1.50 for AKLEH and RM2.0 for DUKE. In terms of toll per kilometer as per Diagram 2, EDL is 76 sen per km, AKLEH is 18.9 sen per km and DUKE is 11.1 sen per km according to calculations based on available data. Why the proposed toll rate for EDL is so much since the number of years of concession as well as construction costs is more or less the same?
Read More / Baca Lagi >>

SELANGOR KINI - Mac 2012

Posted: 03 Mar 2012 09:07 PM PST

SELANGOR KINI - Feb-Mac 2012

Posted: 03 Mar 2012 09:01 PM PST

 SILA KLIK BESARKAN IMAGE


Read More / Baca Lagi >>

Cetus kematangan berpolitik pemimpin BN..patutlah 54 tahun masih tak matang..ha..ha.ha...!!

Posted: 03 Mar 2012 05:45 PM PST


KUALA TERENGGANU – Kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Terengganu mencetus kematangan berpolitik kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) terutama di kerusi yang kalah untuk menyuburkan semangat kebangkitan Umno dan BN di kawasan masing-masing
Pengarah Penerangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tunggal, Wan Noorislam Wan Hashim berkata, lawatan tersebut yang dianggap kesinambungan daripada kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri ini awal bulan lalu dilihat terus memperkasa semangat kebangkitan BN.
 
Menurutnya, keadaan itu turut menggalakkan satu gerakan besar-besaran dari dalam untuk menggembleng tenaga bagi memastikan kunci kemenangan menjadi milik BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) yang akan diadakan bila-bila masa.
 
"Ini gerakan terakhir di Terengganu yang memberi isyarat kepada pemimpin dan ahli untuk terus berjuang memastikan kemenangan yang besar terhadap parti.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : Pas cabar Hassan lawan Nik Aziz

Posted: 03 Mar 2012 05:33 PM PST


Takiyuddin Hassan
KOTA BHARU- Pas Kelantan mencabar Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali untuk bertanding di negeri ini sekiranya beliau benar-benar yakin parti ini akan jatuh dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin berkata, seandainya Hasan berani, beliau sendiri boleh menjadi calon dan mencabar kedudukan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memimpin Kelantan sejak 20 tahun lagi.
 
"Jika Hasan berani dan merasakan dia mempunyai sokongan yang boleh memberi kemenangan kepadanya di Kelantan, kita mengalu-alukannya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
 
Terdahulu beliau merasmikan Pesta Air Kelantan sempena TMK 2012 di Lembah Sireh, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Syrian rebels dig in

Posted: 03 Mar 2012 05:28 PM PST

HISAP Rokok Dalam TANDAS - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Mar 2012 05:26 PM PST

Bacaan FATIHAH Ganggu Orang Lain - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Mar 2012 05:25 PM PST

Hukum TIRU Dalam PEPERIKSAAN - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Mar 2012 05:24 PM PST

Angkat TAKBIR Selepas Bangun Dari SUJUD - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Mar 2012 05:23 PM PST

Rukun QAULI - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Mar 2012 05:23 PM PST

Takbir MURSAL - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Mar 2012 05:22 PM PST

Jual BELI Semasa Solat JUMAAT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Mar 2012 05:21 PM PST

Ustaz Azhar Idrus-Molek Kahwin Awal

Posted: 03 Mar 2012 05:20 PM PST

Ustaz Azhar Idrus - Berkat kahwin muda

Posted: 03 Mar 2012 05:19 PM PST

Ust Azhar Idrus- Makmum Fomula One / Bercerai Tiada Jodoh

Posted: 03 Mar 2012 05:18 PM PST

Ust Azhar Idrus- Sebaik-Baik Jin | Dajjal : Tanda-Tanda Kiamat ; Imam Mahdi

Posted: 03 Mar 2012 05:17 PM PST

Ust Azhar Idrus- Apa Malaikat Buat | Makhluk Asing ' Alien '

Posted: 03 Mar 2012 05:16 PM PST

Isu Kedah selesai, diumum dalam masa terdekat

Posted: 03 Mar 2012 05:14 PM PST


KUALA LUMPUR, 4 Mac: Pertemuan khas antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah malam tadi telah mencapai keputusan yang dijangka akan menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku di negeri itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi pagi ini berkata, keputusan yang dicapai malam tadi mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.

"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.
Read More / Baca Lagi >>

Besieged Syrian town awaits attack

Posted: 03 Mar 2012 05:11 PM PST

It is only a matter of time before the Syrian troops and tanks move in for the final kill.

QUSAIR (Syria): When the fighting stops, Qusair feels empty. An odd motorbike rumbles to life and buzzes away. Men sit by shuttered storefronts, talking in hushed voices. A child laughs and ducks into an alley, gravel crackling under her feet.
But when the artillery and rifle fire begins, the din of war consumes the town. The men pack up their chairs. The children disappear indoors. Black smoke rises on the horizon.
For nearly six months, Syrian troops and tanks have blockaded this town of about 40,000 people, cutting its normal supplies of food and fuel. Medicine is smuggled in from neighbouring Lebanon, about 12km (seven miles) to the south.
Read More / Baca Lagi >>

Alzheimer's, Dr M and the new phenomenon: To walk and not just grumble and gripe

Posted: 03 Mar 2012 05:10 PM PST

Alzheimer's, Dr M and the new phenomenon: To walk and not just grumble and gripeOnly two weeks ago our former Prime Minister MM said Malaysians are mentally immature to engage in debates. He said debates will not get us anywhere but make the situation worse.
Then days later, during a question and answer session after the "National Patriotism and Politic Convention – The Real Direction" talk held at Universiti Malaysia Sarawak, he urged university students to focus entirely on their studies rather than get involved in street demonstrations. According to him, the government has proper avenues such as dialogues, debates and political forums for these young people to voice their grouses. He urged them to use these platforms instead of going on the streets as were seen in recent times.
They want to walk
Read More / Baca Lagi >>

10 golongan yang diusir dari Padang Mahsyar

Posted: 03 Mar 2012 05:06 PM PST


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhD0sgvNSAojf3fpX__cMb9IjfABSQ-9FSFLFvEi5AfIFFs77BRVYB88Pu_1423fQZGPWdpvtxBbxyjPlZm7V19h0A2-IjnyetQ6waiZI3xqP2VrekakKLxINW4orTk0P1LYtt1ga39oEg/s1600/padang+mahsyar.png
1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.
Read More / Baca Lagi >>

Durian runtuh: Warga Felda buat laporan polis

Posted: 03 Mar 2012 05:05 PM PST


TEMERLOH, 3 Mac: Lapan orang warga Felda sekitar Jengka hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) di sini berikutan tindakan pengurusan Felda yang menghantar surat pekeliling meminta peneroka menyerahkan dokumen penting.

Laporan tersebut menamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan pengurus-pengurus Felda yang mengeluarkan pekeliling berkenaan untuk disiasat.

Antara lain pekeliling tersebut meminta peneroka menyerahkan salinan kad pengenalan berwarna, geran ladang dan rumah, maklumat pentadbir tanah, maklumat anak-anak, status bank, salinan akaun Maybank dan nombor keahlian Koperasi Permodalan Felda (KPF).
Read More / Baca Lagi >>