Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Kes khalwat pemimpin PKR di Kuantan : Ustaz Badrul Amin nafi

Posted: 25 Feb 2012 08:12 AM PST

Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi:

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula" - KELAB GREENBOC


 Berita awal 
http://mimpi-senja.blogspot.com/2012/02/pemimpin-pkr-didakwa-ditangkap-khalwat.html

Pemimpin PKR didakwa ditangkap khalwat di Kuantan

Posted: 25 Feb 2012 05:03 AM PST

PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan PKR didakwa ditangkap berdua-duaan dipercayai bersama wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok awal pagi tadi.
Pemimpin itu diserbu pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi di bilik hotel berkenaan.
Menurut sumber, beliau berada di hotel itu bagi menyertai pertemuan (retreat) bersama pimpinan PKR lain selama tiga hari.
Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diedarkan kepada pimpinan dan anggota PKR lain, pemimpin yang didakwa menafikan hal itu.
Melalui SMS itu, beliau menjelaskan bahawa wanita terbabit mempunyai masalah keluarga, malah beliau turut menasihatinya untuk pulang.
Difahamkan juga pemimpin yang didakwa terbabit turut membuat laporan polis. - FMT

Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi:

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula" - KELAB GREENBOC

Kes Lembu Shahrizat dah mula panas : Dakwa pengarah NFC Pecah Amanah - CCID Director Datuk Syed Ismail Syed Azizan

Posted: 25 Feb 2012 04:01 AM PST


KUALA LUMPUR: Police have recommended to the Attorney General that directors of the scandal-plagued National Feedlot Corp (NFC) be charged for criminal breach of trust, said CCID Director Datuk Syed Ismail Syed Azizan on Saturday.- The Star
More to come: 




WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TUDUHAN KHALWAT - KENYATAAN US DR BADRUL AMIN

Posted: 25 Feb 2012 10:51 PM PST


Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr. Badrulamin Bahron
Sumber: http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/terkini-penjelasan-penuh-ustaz.html#ixzz1nT5UPKVG

ISU KEDAH - MB TIDAK PERLU DIDESAK LETAK JAWATAN

Posted: 24 Feb 2012 02:53 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

BETUL ke KEADILAN di Kedah yang sibuk-sibuk desak MB Kedah, Us Azizan meletak jawatan?  Betul ke di dalam PAS Kedah juga ada yang mahu Us Azizan meletakkan jawatan?  Adakah kerana berbeza pendapat sedikit maka kena letak jawatan?


Tulisan Nik Nazmi dari KEADILAN baru-baru ini yang dikatakan agak pedas mahukan Us Azizan meletak jawatan, aku rasa tidak wajar samasekali.  Siapa Nik Nazmi yang mahu Us Azizan melepaskan jawatan dari MB Kedah itu?  Jika benar Us Azizan salah atau silap, tolong tegur dan betulkan. Itu rasanya lebih beradab sebab Nik Nazmi adalah pemimpin parti juga.  Beliau bukan Blogger biasa macam aku ni yang kadangkala tak beradab.

Bukan Nik Nazmi saja.  Dalam PAS pun ada yang berperangai macam beliau.  Mungkin berbeza pendapat atau pendekatan menjadikan seolah-olah isu ini besar sangat.  Seolah-olah Us Azizan ini mentadbir terlalu teruk atau beliau kaki rasuah.  Jika berbeza pendapat sedikit itu menjadi punca, patutkah PAS desak Anwar letak jawatan juga kerana PAS mempunyai pendapat dan pendekatan yang berbeza dari Ketua Umum PKR itu dalam isu Israel?  Tentu tidak.  

Pada aku, Us Azizan masih releven sebagai MB Kedah kecuali jika ada yang lebih releven dari beliau, umpamanya orang itu akan sentiasa bersamaan pendapat dengan orang lain.  Adakah calon sedemikian?  Walau bagaimanapun, Us Azizan juga perlu bijak dan terbuka dengan teguran.  Jika perlu, bawa segala isu yang berbangkit ke meja rundingan.  Jika masih gagal, cubalah rujuk kepada Parti untuk menyelesaikan masalah.  Pada yang lain, usahlah asyik mendesak orang itu orang ini meletakkan jawatan.  Tumpuan besar adalah tumbangkan Umno/Bn lebih besar pahalanya dari tumbangkan rakan seperjuangan./wfauzdin.blogspot.com

MAHU BERHIMPUN ATAU KITA RONDA-RONDA MAKAN ANGIN PADA 26HB FEB INI?

Posted: 23 Feb 2012 11:29 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MB Pahang memberi `keredhaan' kepada pihak Penganjur `Himpunan Hijau 2.0' untuk berhimpun di Padang MPK 1 Kuantan pada 26 hb Feb (Ahad) jam 09.00 ini nanti.  Begitu juga khabarnya Najib pun tiada masalah dengan program tersebut.

Pihak Polis dikatakan tiada masalah meluluskan permit sekiranya MPK memberikan kebenaran menggunakan padang tersebut.  MPK pula dikatakan juga tiada masalah sekiranya pihak Penganjur memperolehi permit dari pihak Polis.  Lucu atau tidak?  Apa pun, ertikatanya semua pihak tiada masalah dengan program berkenaan walaupun ada yang bercakap menggunakan `lidah biawak'.

Bagi rakyat pula, lebih-lebih lagi tiada masalah untuk hadir beramai-ramai pada tarikh tersebut.  Masalah buat rakyat hanyalah Lynas.  Sebab Lynas itu lah rakyat mahu berhimpun menandakan sokongan kepada mana-mana pihak yang tidak mahu negara ini dicemari oleh projek yang bukan-bukan, tidak berfaedah, tidak menguntungkan negara malahan membawa bala bencana.  Maka rakyat hanya mahu berhimpun secara aman bukan mahu merobohkan atau memusnahkan apa yang mahu didirikan di Gebeng itu.

Malam tadi sewaktu meronda-ronda di bandar Kuantan, kelihatan pagar dari kayu telah mula dipasang mengelilingi Padang MPK 1, lokasi tempat berhimpun.  Tujuan apakah pagar tersebut dipasang saya kurang pasti.  Kelihatannya seperti MPK mempersiapkan `kemudahan' untuk kita berhimpun nanti.  Terima kasih banyak MPK yang prihatin.

Terbaru, dikhabarkan bahawa lokasi baru adalah di Padang MPK 4, Kemunting tidak berapa jauh dari MPK 1.  Tidak kisahlah, di MPK 1 atau MPK 4 mahupun MPK 10 jika ada, rakyat pasti akur dengan arahan kerajaan pimpinan Nan Yaakob yang `berani' itu.  Seandainya kesemua Padang MPK tidak boleh digunakan juga, dan tiada kebenaran untuk perhimpunan diadakan, kita tiada pilihan lain kecuali batalkan perhimpunan dan kita hanya sekadar meronda-ronda makan angin di tengah-tengah bandar Kuantan.  Itu sahaja pilihan yang ada.  Masakan kita datang dari jauh dengan perbelanjaan sendiri mahu pulang begitu sahaja?

Saya kurang pasti apa masalah sebenar yang dihadapi oleh puak ini.  Kesemuanya mereka takut apabila mahu berdepan dengan rakyat.  Sebut pasal debat, samada debat pasal moral, ekonomi, Buku Jingga mahu pun soal Israel, mereka jelas takut.  Mereka nampak berani seperti Hang Tuah apabila berdepan dengan jurukamera TV3 suku sahaja.  Tetapi luar dari itu, mereka menjadi Hang Kebun.  Di sini rakyat boleh berfikir mana satukah kerajaan yang patut dipilih untuk menjaga rakyat.  Adakah kerajaan yang dipimpin oleh orang yang lemah dan penakut seperti Hang Kebun atau pemimpin yang berani kerana benar?  Fikirkan bersama./wfauzdin.blogspot.com


HIMPUNAN HIJAU 2.0 (26 FEB) - TURUT MENGGEMPUR PAHANG DALAM CERAMAH SERENTAK

Posted: 22 Feb 2012 12:21 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

TANGGAL 26hb Feb ini bermula 9.00 pagi, maka berhimpunlah rakyat yang cintakan kedamaian dan yang prihatin dengan aspek keselamatan bertempat di Padang MPK 1, Kuantan.  Pakatan Rakyat secara rasminya menyokong Himpunan Hijau 2.0 pada tarikh tersebut dan beberapa pimpinan utama PR akan turut serta bersama rakyat Pahang, begitu juga dengan berpuluh-puluh NGO bakal turun untuk menunjukkan kepada MB Pahang bahawa rakyat tidak redha dengan kerja-kerja pemusnahan alam sekitar.


Walaupun dikhabarkan MB Pahang `restu' dengan himpunan ini, namun kita mendapat khabar di tempat yang sama ada pihak ingin menganjurkan sukan Futsal.  Apakah ianya mengganggu Himpunan Hijau?  Jawapannya tidak, kerana Himpunan Hijau 2.0 yang dirancang tetap akan dijalankan tanpa menggangu sesiapa.  Sekiranya pihak yang ingin menganjurkan sukan di padang yang sama, mereka mungkin boleh mengadakannya di sebelah petang kerana Himpunan Hijau hanya dilangsungkan di sebelah pagi hingga tengahari.  Andainya mereka sengaja memilih untuk mengadakan acara tersebut di sebelah pagi, ertinya mereka sanggup menghadapi kesukaran dan pihak Penganjur Himpunan Hijau tidak boleh dipersalahkan.  Di bandar Kuantan, padang bola bukan hanya ada satu sahaja dan mereka perlu bijak untuk memilih tempat.

Untuk makluman semua, pada tarikh tersebut diberitakan seluruh Negeri Pahang akan digempur serentak dengan program ceramah pada sebelah malamnya oleh semua pimpinan tertinggi dari PKR.  Seluruh Cabang PKR meliputi seluruh kawasan Parlimen dan Dun telah diarahkan untuk bersiap sedia mulai sekarang untuk menerima kunjungan pimpinan parti ke kawasan masing-masing.  Agihan penceramah kini sedang diatur dan yang pasti tiada kawasan yang tidak akan digempur pada malam itu termasuk di kawasan Parlimen Najib sendiri.

Bermula dengan Ketua Umum, DS Anwar dan Presiden PKR, DS Wan Azizah, Naib-Naib Presiden, Wakil-Wakil Rakyat dari PKR telah bersetuju untuk berkampung di Pahang malam itu.  Difahamkan juga, PAS dan DAP turut merancang beberapa program mereka termasuk digabungkan di dalam program yang sama di beberapa kawasan. 

Bagi anda yang berada di Pahang, sila rujuk kepada pimpinan kawasan masing-masing tentang lokasi program pada 26hb Feb ini.  Sila kunjungi blog/facebook PKR Negeri Pahang di dalam masa yang terdekat untuk maklumat selanjutnya.  Ayuh, kita berkumpul secara aman di Padang MPK 1 Kuantan (di hadapan Masjid Negeri) pada 26 Feb ini.  Pahang bakal tumbang, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

YA ALLAH, LOGO SYAITAN PUN DI TIRU?

Posted: 21 Feb 2012 08:30 AM PST



 
Sungguh tidak disangka, pada awalnya kami menyangka blogger-blogger pembangkang hanya mereka cerita kononnya logo Jalur Tiga (JATI) iaitu NGO yang baru ditubuhkan oleh Dr.Hassan Ali (foto) itu mirip logo "Syaitan". Namun, sungguh menggemparkan, apabila ia ternyata benar belaka dan sudah tidak menjadi rahsia lagi. 
 
Malah, logo JATI jelas menyerupai logo "Syaitan" seperti yang terdapat pada blog Art Backwash atas tajuk Satan's Logo. Apa yang dapat dilihat, jelas sekali logo JATI 100% menyerupai logo terbabit. Mahu dikatakan logo itu meniru logo JATI, mungkin tidak masuk dek akal. Ini kerana, logo yang dipaparkan di blog terbabit sudah bermula pada 7 Mei 2008. Makanya, Hasan Ali yang telah meniru logo berkenaan. 
 
Soalnya, kenapa perlu tiru logo "Syaitan", sedangkan JATI dikatakan mahu perjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Jika inilah keadaannya, maka sia-sia saja Hasan Ali menubuhkan NGO seperti itu. Walau pun beliau mendakwa JATI tiada agenda tersembunyi, namun kita khuathir Hasan Ali "dijelmakan" untuk memesongkan akidah dan pemahaman Islam sebenar kepada Umat Islam di negara ini. 
 
Justeru, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam digesa berhati-hati dengan taktik licik Hasan Ali ini. Ia cukup berbahaya dan boleh memesongkan akidah jika inilah NGO yang mahu dibangga-banggakan sangat oleh beliau selama ini. Nampaknya, agenda Hasan Ali sudah mula terbongkar walau pun baru saja melancarkan JATI. Jika inilah senarionya, maka sahlah selama ini dialah "Perasit dalam PAS". 
 
Maka itu, tidak syak lagi tindakan PAS memecat Hasan Ali dilihat satu langkah wajar sebelum dia terus merosakkan parti tersebut dari dalam. Dengan pendedahan panas ini, eloklah Hasan Ali berfikir sejenak dan menginsafi atas apa yang telah beliau lakukan sekarang ini. Jangan dek kerana mengejar "keuntungan duniawi" dia terlupa siapakah dirinya yang sebenar. Kembalilah ke jalan kebenaran, jalan-jalan orang yang telah mendapat rahmatNya.


Bukti, inilah dia keratan blog terbabit yang jelas sungguh mengejutkan
 

EZAM SESUMPAH PUN TAKUT BOSNYA BERDEBAT DENGAN ANWAR?

Posted: 20 Feb 2012 09:51 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

DI MANA-MANA media cetak sekarang kecuali Utusan Meloya, kesemuanya merasa teruja untuk menyaksikan perdebatan intelek di antara pemimpin utama Kerajaan iaitu PM, Najib dengan Ketua Pembangkang iaitu DS Anwar Ibrahim menjadi satu kenyataan. 

Beberapa tokoh akademik dan profesional kecuali pengampu-pengampu Umno juga mahu melihat kedua-dua pemimpin ini berada di atas pentas perdebatan sepertimana yang baru-baru ini berlaku ke atas Presiden MCA, Chua Soi Lek dan pemimpin DAP, KM P.Pinang iaitu Lim Guan Eng.  Mereka berdua berdebat dengan hujah masing-masing dan akhirnya rakyat yang membuat penilaian.  `Salute' buat kedua-dua pemimpin berbangsa Cina berkenaan. 

Siapa Presiden Umno yang bakal cipta sejarah berani berdebat dengan DS Anwar?  Adakah Najib?

Meskipun ramai mengakui bahawa untuk melihat Najib berani berdepan dengan DS Anwar umpama seperti ingin melihat Najib `menelanjangi' dirinya dan Rosmah di khalayak umum, namun rakyat masih berharap agar Najib ada sedikit `kejantanannya' seperti yang beliau sering pamerkan di muka-muka TV dan media cetak.  Rakyat bukan mahu memiliki PM yang hanya berani `berhujah' seorang diri atau berpencak silat bersendirian.  Berani kerana benar, takut kerana salah.

Baru-baru ini, Senator Ezam sesumpah yang dahulunya dikatakan hebat dan berani menyuarakan kebenaran, tetapi semenjak `menganut mazhab' Umno, Ezam sesumpah pun menjadi pembodek kepada pemimpin yang penakut itu.  Memetik berita di PDO di SINI, Ezam sesumpah juga turut tidak bersetuju Najib berdebat dengan DS Anwar atas alasan DS Anwar `bahaya' buat Najib.  Dipetik, "Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang "bahaya." Sehubungan itu kata Ezam, Anwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara. "Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat," kata beliau selepas berucap pada majlis Perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam (PDO).

Najib `bahaya' berdebat dengan Anwar - Ezam sesumpah

DS Anwar pernah berdebat dengan Shabery Cheek di dalam isu kenaikan harga minyak sebelum ini.  Sepanjang debat tersebut, apa yang bahayanya?  Bahayanya adalah kepada Umno kerana dengan perdebatan tersebut, rakyat lebih mengenali siapa Umno sebenarnya.  DS Anwar dengan hujah yang mantap dan berfakta tanpa menyerang peribadi sesiapa berjaya meyakinkan rakyat dengan keikhlasan perjuangan PR di samping beliau merobek segala tipu helah Umno selama ini memperbodohkan rakyat.  

Belajar dari perdebatan yang dilangsungkan itu, mungkin sebab itulah keberatan buat Ezam sesumpah meredhakan bos beliau berdepan dengan DS Anwar.  Ezam sesumpah tahu, Najib terlalu banyak pekungnya dan beliau amat khuatir pekung Najib atau pekung Rosmah akan terbongkar nanti di saat-saat menjelang Pilihanraya Umum tidak beberapa lama lagi.  Ini lah bahaya yang mungkin dimaksudkan oleh Ezam sesumpah.  Sedangkan Shabery Cheek yang `tidak berpekung' itu pun meleleh air liurnya berdebat dengan DS Anwar, apatah lagi Najib.  Memang bahaya.

Saya nasihatkan Ezam sesumpah, lebih baik beliau kembali berani memperjuangkan isu rasuah seperti dahulu dan jangan terlalu sibuk memikirkan `keselamatan' rahsia Najib.  Isu NFC, isu PKFZ, isu wang zakat, isu komisyen kapal selam, isu wang KWSP, isu Felda dan banyak lagi isu yang boleh Ezam sesumpah perjuangkan jika benar beliau bukan `Senator' upahan.  Beliau patut cabar bekas rakannya Raja Petra balik ke Malaysia untuk dedahkan isu rasuah atau isu kononnya DS Anwar dijanjikan wang ratusan juta ringgit dari seorang Cina untuk ke Putrajaya.  Raja Petra telah ditawarkan tambang kapalterbang oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk beliau balik ke Malaysia bagi membantu SPRM menyiasat semua dakwaan beliau selama ini.  Mengapa Raja Petra tidak mahu pulang dan hanya berani menyalak di luar negara?  Apakah kerana beliau takut ditangkap kerana beliau pernah dedahkan hubungan Najib, Rosmah dengan isu pembunuhan Altantuya?

Ezam sesumpah semenjak kebelakangan ini sudah tidak mempunyai modal untuk menyerang bekas bosnya DS Anwar.  Walaupun telah berbuih-buih mulut beliau melakukan sumpah menuduh bermacam-macam terhadap DS Anwar, tetapi yang termakan sumpah adalah Najib.  Najib terus menikus sebaliknya DS Anwar semakin berani. /wfauzdin.blogspot.com

ANDAINYA CHUA SOI LEK PRESIDEN UMNO, PAKATAN RAKYAT PASTI SUKAR

Posted: 19 Feb 2012 06:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MELIHAT kepada perdebatan di antara Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng, ternyata benar kepada kita betapa kaum Cina di negara ini walaupun mereka dari parti yang berbeza dan ada di antara mereka terang-terang melakukan skandal, namun mereka tidak takut untuk berdepan bersemuka di pentas debat.

Terus terang dikatakan, andainya Chua Soi Lek itu dilahirkan sebagai Melayu nescaya Presiden Umno yang paling layak memimpin Umno sekarang adalah Chua Soi Lek kerana meskipun satu dunia tahu skandal beliau yang diakuinya sendiri, namun beliau seorang yang berani berdepan.  Nasib baik Chua Soi Lek bukan Melayu dan bukan Presiden Umno.  Jika tidak, PR pasti berdepan dengan masalah kerana Umno mempunyai Presiden yang benar-benar `jantan'.

Andainya Soi Lek itu Presiden Umno, pasti Umno nampak hebat!!

Saya tidak mahu mengulas siapa yang menang di dalam perdebatan kelmarin kerana siapa pemenang adalah terlalu subjektif.  Saya cuma boleh puji kedua-dua pendebat berkenaan kerana berterus terang dengan apa yang sering mereka laungkan di luar pentas perdebatan.  Umpamanya, Chua Soi Lek tanpa ragu-ragu menyebut betapa hukum Islam yang diinginkan oleh PAS tidak releven di amalkan di negara berbilang kaum seperti Malaysia.  Rujuk di SINI" Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya"  Pemimpin MCA ini adalah sekutu Umno yang semua tahu hujah pemimpin MCA itu lebih kurang juga dengan hujah Umno.  

Begitu juga dengan Lim Guan Eng.  KM P.Pinang yang cuba untuk menjadikan `Omar Abd Aziz' sebagai contoh pentadbiran yang telus, tanpa berselindung menyebut bahawa pendirian DAP adalah tiada istilah ketuanan Melayu, sebaliknya Ketuanan Rakyat.  "Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah," katanya.  Sekiranya ketuanan Melayu dilagukan sepanjang zaman sehingga kiamat, percayalah masalah orang-orang Melayu tidak akan selesai juga.  Buktinya, sudah lebih 50 tahun Umno mendendangkan lagu `ketuanan Melayu', cuba lihat fakta sejauh mana kemajuan Melayu?  Benar, keluarga Shahrizat yang memperolehi RM250 Juta untuk NFC itu Melayu, dan memang tepat yang menggunakan duit zakat untuk membiayai peguam menentang Hukum Qazaf itu juga Melayu.  Bahkan, Pengerusi Felda itu orang Melayu di mana Peneroka-Peneroka Felda yang tertipu dengan harga sawit (KPG) juga orang Melayu. 

Justeru itu, hujah Lim Guan Eng bahawa Ketuanan Rakyat lebih releven untuk diperjuangkan sememangnya tepat.  Kita tidak boleh diperbodohkan oleh pemimpin MCA yang mendakwa DAP telah diperkudakan oleh PAS, di dalam masa yang sama Umno pula mendakwa PAS telah diperkudakan oleh DAP.  Kita jangan pelik mengapa begitu cerca merba nya pemimpin-pemimpin Bn bermain propaganda kerana mereka sendiri tahu di dalam PR tiada sesiapa pun yang diperkudakan, cuma mereka sengaja mencipta propaganda walaupun ternyata lintang pukang sesama mereka. 

Semakin lama semakin jelas, Umno kini tidak mempunyai taring lagi.  Justeru itu, Najib berulangkali merayu agar kaum Cina menyokongnya dengan kata-katanya yang paling popular " I help U, U Help Me'.  Tetapi, adakah kaum Cina boleh terima rayuan Najib di saat Umno kini tersepit?  Umno patut malu apabila di dalam perdebatan semalam semua yang hadir dan menonton debat tersebut diajukan persoalan, "Bila pula Najib mahu berdebat dengan Anwar"?  Jawapannya, harapan tinggal harapan kerana Presiden Umno atau PM sekarang Najib bukan Chua Soi Lek.   /wfauzdin.blogspot.com


PARASIT - PAS KELANTAN CABAR HASAN `JATI'

Posted: 19 Feb 2012 08:50 AM PST



26 Rabi'ul Awal 1433 H | 19 February 2012

KOTA BHARU - Pas Kelantan mencabar Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengemukakan bukti siapa parasit sebenar yang dimaksudkan wujud dalam kepimpinan parti tersebut di peringkat negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, bekas pemimpin Pas Selangor ituperlu berhenti membuat sebarang tuduhan sekiranya tidak mempunyai bukti kukuh.

"Jangan buat tuduhan melulu, saya pun orang yang dekat dengan (Mursyidul Am Pas, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), jika betul ada,sepatutnya dia buktikan kepada pimpinan Pas.

"Apa niat dia (Hasan) yang sebenarnya sehingga sanggup mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi media dan tiada bukti," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan semasa ditemu ramah dalam program bual bicara menyatakan dalam Pas Kelantan wujud parasit, yang dekat dengan Nik Aziz.

Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tindakan Hasan yang mendedahkan perkara itu secara terbuka seolah-olah menunjukkan dirinya seperti menyebelahi pihak Umno.

"Dia bukan ahli Pas lagi, tetapi sekiranya dia jujur dan mahu menjaga Pas, tidak perlulah terus membuat tuduhan seperti ini," katanya. - SinarHarian

ISU ISRAEL - `PELURU' SEBENAR UNTUK UMNO

Posted: 17 Feb 2012 10:16 AM PST

Sudahkah kita baca AWSJ ?

Ramai yang bising mengenai kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Israel dalam ASWJ persoalan paling penting sudahkah kita baca majalah tersebut ? Jawapan pasti lebih 90% rakyat Malaysia menyatakan tidak dan hanya tahu melalui media propaganda Umno.

Bagi yang tidak membacanya, Anwar sekali lagi memberikan penjelasan dalam isu ini dengan menyebut dengan jelas dalam kenyataan medianya semalam seperti di bawah :
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support allefforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya
Kini sepatutnya 'meriam' dihalakan kepada regim semula. Adakah benar Malaysia anti Israel. Bagaimana negara ini yang tidak mengiktiraf proses demokrasi Palestin dengan tidak mengiktiraf Hamas berdasar telunjuk Israel. Bagaimana dengan hubungan dagang terus membantu ekonomi Israel. (klik baca hubungan dagang sawit malaysia israel)

Dr. Mahathir sudahlah kamu memang banyak menyumbang kepada negara ini tetapi kamu juga bukan sedikit berbuat kerosakan. Cukuplah jangan tamak dan sombong lagi. Kenyataan Mahathir yang cuba menyelamat Najib yang boleh dipercayai oleh orang yang pendek pemikiran. Bagaimana mungkin Israel yang selesa dengan regim kini yang bersungguh - sungguh menjaga kepentinganya mahukan pertukaran kerajaan ? (klik untuk membaca jawapan SAMM terhadap Dr. M). Antaranya Kakitangan kerajaan yang sedar dan sudah meluat dengan regim Umno ini yang salurkan maklumat bukan Israel seperti mana tuduhan Dr. M. Saya tahu lah sebab saya yang pergi jumpa mereka dan saya yang dedahkan perkara tersebut. Bukan seorang tetapi ramai, bukan sekumpulan tetapi banyak kumpulan di perbagai pangkat dan perbagai jabatan.

Dari 10 kakitangan kerajaan boleh dikatan 9 sudah meluat dengan regim Umno ini dan pasti 5 dari mereka sedang bersama berusaha bersungguh-sungguh menjatuhkan regim Umno ini./Chegubard

JANGAN KOMPROMI SOAL AKIDAH, HATTA NAJIB MAHUPUN ANWAR

Posted: 15 Feb 2012 10:23 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

Gambar dipetik dari sebuah Blog Pro Umno

MUFTI Perak dikatakan telah menegur Najib apabila Najib hadir di dalam Perayaan Thaipusam baru-baru ini di Batu Caves.  Terbaru, beliau dikatakan hadir untuk menyampaikan amanat selaku pemimpin negara bukannya hadir untuk merayakan Thaipusam. 

Justeru itu, aku menaruh keyakinan seperti yang dinyatakan baru-baru ini oleh Mufti Perak bahawa Najib tidak menyalahi hukum Islam apabila tidak merayakan sambutan Hari Thaipusam tersebut.  Selebihnya, Wallahu Aklam.

Apa yang aku mahu tulis di sini adalah bagaimana pula dengan gambar di atas?  Gambar dikatakan DS Anwar bersama masyarakat India di Perayaan `Ponggal'?  Adakah DS Anwar hanya hadir sebagai pemimpin mereka atau turut meraikan bersama amalan agama mereka?  Dan, adakah `Ponggal' itu perayaan agama atau sekadar adat kaum India?

Aku berjumpa dengan beberapa teman kaum India dan bertanya mereka tentang hal ini.  Ada yang berkata `Ponggal' itu hanya adat sahaja bukan amalan agama, dan ada yang berkata itu adalah amalan agama.  Jadi, pada aku jika ianya adalah amalan agama dan DS Anwar turut merayakannya, maka DS Anwar menyalahi hukum Islam.  Sebaliknya, jika DS Anwar hanya hadir seperti Najib hadir di Batu Caves baru-baru ini, maka hukumnya sama seperti yang disebut oleh Mufti Perak itu.  Sehingga kini, aku tidak jelas samada `Ponggal' itu adat ataupun amalan agama.  Wallahu Aklam.

Baik, gambar yang menunjukkan DS Anwar `ditanda' pada dahi, aku telah mendapat jawapan dari beberapa rakan India bahawa `tanda' itu bukan amalan agama mereka tetapi adat semata-mata seperti orang Melayu menggunakan inai, kata mereka.  Sebab itu, kita selalu lihat ramai kaum wanita India yang memakai `tanda' di dahi walaupun mereka telah memeluk Islam.  Selalu kita lihat di dalam filem Tamil atau Hindustan, wanita Islam tetap memakai `tanda' di dahi dan mereka terus memakai Sari.  Jika ikut adat Melayu pun, memakai inai di kuku juga diambil dari cara kaum India sehingga ke peringkat bersanding di dalam Majlis Perkahwinan.

Kesimpulannya, aku tidak kata Najib atau DS Anwar betul atau salah.  Di sini sewajarnya pihak-pihak berkuasa Agama Islam harus peka dan segera menegur kerana terlalu banyak yang mengelirukan kita berkaitan sesetengah amalan agama atau adat kaum dan ugama lain.  Jika Najib salah, dan Anwar pun salah, maka tegurlah dengan segera.  Isu ini lebih penting dari isu politik./wfauzdin.blogspot.com


ISU ISRAEL - ANWAR BERTEMU NIK AZIZ, TINDAKAN TEPAT DAN BIJAK

Posted: 14 Feb 2012 09:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

BERLANJUTAN daripada nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz agar DS Anwar memberikan penjelasan atau menyaman akhbar AWSJ berkaitan isu sokongan terhadap Israel, maka difahamkan nasihat dari Tuan Guru Nik Aziz disambut baik oleh Ketua Pembangkang berkenaan.

Akhbar Sinar hari ini melaporkan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu beliau dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini. Menurut sumber dalaman PKR, perjumpaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.

Ini lah satu bukti menunjukkan pandangan setiap pimpinan di dalam PR akan dibincangkan sebaik mungkin.  Tiada istilah PAS mengikut telunjuk PKR mahupun DAP.  Walaupun DS Anwar adalah Ketua Pembangkang, beliau sanggup bertemu Mursyidul Am PAS bagi memperjelaskan isu yang dibangkitkan kerana amat tidak bijak jika beliau menggunakan media arus perdana untuk menjawab isu berkenaan apatah lagi kita tahu jenis apakah media dan akhbar di negara ini.

Apa yang penting, rakyat sedar betapa Umno sendiri tidak pernah serius menentang Israel malahan banyak bukti menunjukkan pengaruh Yahudi termasuk Apco telah lama berada di negara ini./wfauzdin.blogspot.com

DASAR LUAR MALAYSIA TERHADAP PALESTIN BERKIBLATKAN AMERIKA SYARIKAT DAN ISRAEL

Posted: 14 Feb 2012 06:41 PM PST

KENYATAAN AKHBAR
SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT


Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang membidas Dato Seri Anwar sebagai bersikap dua wajah (two-faced) dan menegaskan kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin.

Apakah PM Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?

Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dipilih sebagai ketua kerajaan yang kemudiannya melantik Menteri Luarnya Dr Mahmoud AlZahar. Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuanrumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) anehnya telah membelakangkan kehadiran Dr Mahmoud AlZahar sebagai Menteri Luar sah kerajaan Palestin dan sebaliknya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum Pilihanraya 25 Januari 2006). Pada persidangan tersebut Farouk Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili HAMAS yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas. Hakikat bahawa HAMAS menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap HAMAS yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah. Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan FATAH yang tewas pilihanraya.

Dr Mahmoud AlZahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau persidangan NAM tersebut. Beliau menemui pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden ketika itu Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan beliau. Malahan Ustaz Nasaruddin kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai 'biadap'

Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin. Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihanraya. Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan PM Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?


Sekian, terima kasih.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
 
*Melalui Email

HARI KEKASIH - KARPAL TIDAK BOLEH TENTUKAN PRINSIP PAS

Posted: 13 Feb 2012 11:07 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

BEBERAPA hari ini aku tidak menulis kerana tiada kesempatan.  Aku sekarang masih berada di KL, setiap hari berkunjung ke IJN menjaga ayahanda yang kini masih di tahan di wad IJN akibat penyakit paru-paru berair dan semput.  Doa kalian ku harapkan agar ayahanda ku sihat seperti sediakala, InsyaAllah.

Ada kesempatan sedikit, aku ingin menyuarakan sokongan aku terhadap kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang yang tegas dengan prinsip Islam dan PAS membantah sambutan Hari Kekasih (valentine Day) di kalangan umat Islam.  Sekaligus aku menyanggah pendirian DAP, terutamanya dari Karpal Singh yang seolah-olah mahu memaksa umat Islam redha dengan sambutan yang menjadi budaya barat itu.  Baca di SINI.

Meskipun DAP adalah rakan sekutu PAS di dalam PR, ini bukan bererti semua dasar atau prinsip DAP mesti bersamaan dengan PAS, lebih-lebih lagi prinsip yang berkaitan dengan hukum Islam.  Sejak dari dahulu, PAS tetap konsisten dengan dasar dan prinsipnya, kecuali dengan beberapa perkara atau pendekatan yang PAS rasa harus dilakukan demi politik Islam selagi ianya tidak menyalahi hukum.  Di dalam isu Hari Kekasih ini, jelas di dalam Islam tiada hari yang ditetapkan untuk pasangan kekasih yang bukan muhrim atau belum berkahwin berpasang-pasangan secara berdua-duaan, apatah lagi bersama di dalam satu program mungkar.

Ini soal hukum, bukan soal politik ke Putrajaya.  Oleh yang demikian, Karpal Singh mesti tahu menghormati hukum Islam sepertimana PAS sentiasa menghormati ugama-ugama lain yang diamalkan di negara ini.  Bukan soal hak asasi, ini soal hukum Islam yang jauh lebih adil dan selamat dari hukum hak asasi ciptaan manusia terutamanya dari Barat itu. 

Aku berpendapat, majoriti di dalam DAP menghormati pendirian PAS di dalam banyak perkara cuma yang sering menimbulkan kontroversi adalah Karpal Singh sahaja.  Mungkin bukan niat beliau untuk memperlekehkan hukum Islam tetapi di atas kejahilan beliau tentang banyak hukum yang terdapat di dalam Islam, beliau cuba untuk mencungkilnya.  Oleh itu, amat tepat Presiden PAS membuat kenyataan sedemikian agar beliau tahu bahawa di dalam Islam tidak semua perkara boleh dilakukan atas dasar hak asasi manusia.

Tindakan PAS untuk tidak menarik balik larangan umat Islam menyambut Hari Kekasih itu adalah satu tindakan tepat.  Seandainya Karpal Singh ingin membawa DAP keluar dari PR hanya kerana isu yang beliau sendiri tidak faham, maka bagi aku Karpal Singh boleh berbuat demikian.  Aku yakin, tidak seperti Dr Hassan Ali selalu sebut bahawa PAS diperkudakan oleh DAP itu adalah satu anggapan yang jauh meleset./wfauzdin.blogspot.com

US AZHAR IDRUS BUKAN AHLI PAS, MAKA BELIAU SOKONG UMNO?

Posted: 11 Feb 2012 01:30 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SINAR semalam menyebut bahawa Pendakwah terkenal, Us Azhar Idrus tidak menjadi ahli PAS.  Maka, seronoklah puak-puak Umno yang sekular itu mendengar berita sedemikian.  Cuma, wartawan tidak bertanya kepada Us Azhar, apakah parti yang beliau pangkah sewaktu Pilihanraya?  Umno atau Bn? 

Aku sokong Us Azhar tidak menjadi ahli PAS, tetapi siapa boleh bertaruh bahawa Us Azhar mengundi Umno/Bn dan tidak mengundi PAS?  Kepada sesiapa sahaja yang sering mengikuti kuliah Us Azhar pasti tahu parti mana pilihan Us Azhar Idrus.  Sebab itu, bak kata Us Azhar sendiri dia tidak pelik jika Umno tidak menjemputnya berceramah atau memberi Kuliah.  Tidak pelik juga beliau sering dijemput oleh PAS untuk memberikan kuliah atau ceramah.

Ustaz Azhar Idrus
Menjadi ahli PAS tidak wajib pada pendapat aku.  Yang wajib adalah menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.  Aku sendiri pun bukan ahli PAS, tetapi aku merasa satu kewajipan menyokong PAS.  Aku ahli PKR selagi PKR bekerjasama dengan PAS yang dasarnya Islam.  Andaikata PKR menjalinkan kerjasama dengan Umno, aku tidak akan setia dengan PKR dan aku akan keluar parti untuk menyertai PAS. 
Ertinya menjadi ahli itu perkara nombor dua.  Paling penting menyokong perjuangan yang dibawa oleh PAS.  Ada rakan-rakan dari Umno mengatakan Us Azhar sendiri tidak menjadi ahli PAS.  Aku cabar mereka bertanyakan soalan di dalam mana-mana Kuliah Us Azhar, parti manakah yang Us Azhar pilih samada Umno atau PAS?  Aku jamin, Us Azhar akan menyebut bahawa PAS adalah pilihannya.  Sebab apa?  Sebabnya Umno parti Melayu bukan parti Islam jauh sekali berdasarkan Islam.  Bahkan, sekarang ini untuk sebut Umno parti Melayu pun sudah jauh terpesong kerana terlalu banyaknya hak-hak Melayu dirampas dan dicekik oleh pemimpin Umno./wfauzdin.blogspot.com

9 HUJAH HASAN DIJAWAB - KESIMPULANNYA HASAN ALI PENIPU

Posted: 10 Feb 2012 02:21 PM PST

 Hassan dan Alasan

InsyaAllah ini merupakan kali terakhir saya menulis berhubung dengan Hassan Ali dan episod keluarnya beliau dari PAS. Kalau masih tidak kenal perangainya selepas membaca ulasan ini dan apa yang saya tulis sebelum ini, saya sudah tidak boleh kata apa.

Saya teramat setuju dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai ADUN Seri Gombak memandangkan beliau menang kerusi tersebut di atas tiket PAS. Kemenangan ini datang bersama penat lelah dan pengorbanan ahli PAS dan penyokong yang sekarang ini dipandangnya dengan penuh hina dan jelik.

Oleh itu, 9 alasan yang diberinya hanya mendedahkan kebuntuan dirinya sendiri. Lebih banyak yang dicakap, lagi banyak yang terdedah. Saya tidak akan menulis kembali alasan-alasannya, tetapi akan terus memberi respon satu per satu.

ALASAN HASSAN YANG PERTAMA
 
Ahli mesyuarat PAS Pusat adalah pimpinan parti dari sudut eksekutifnya (perlaksanaan). Mereka dipilih oleh perwakilan di muktamar. Dengan menyatakan mesyuarat PAS Pusat dikuasai 'golongan parasit' bermakna:

a) Perwakilan muktamar tidak pandai membuat pilihan dan adalah pro parasit. Ini merupakan satu kenyataan yang menghina pihak perwakilan dan keputusan yang telah mereka buat. Oleh kerana dianggap dirinya lebih bijak, maka keputusan mesyuarat tidak dihormati Hassan Ali.

b) DS Presiden dan ulama' lain yang juga merupakan ahli mesyuarat tidak mampu menangani hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh 'golongan parasit'. Mereka terpaksa akur kepada kehendak golongan ini. Ini satu penghinaan kepada DS Presiden dan ulama' lain yang merupakan ahli mesyuarat.

c) Beliau mengakui bahawa dirinya sendiri tidak mampu berhujjah untuk meyakinkan mesyuarat akan kebenaran pendiriannya.

Sekiranya itulah pandangan beliau terhadap perwakilan dan pimpinan PAS, maka amat wajar beliau tidak bersama PAS. Lebih baik beliau tubuh organisasi sendiri dan menjadi Presidennya. Sekiranya khuatir ianya akan dianggotai orang-orang yang tidak mampu beliau berhujjah, maka lantiklah diri juga sebagai Timbalan, Naib dan Setiausahanya.

ALASAN HASSAN YANG KEDUA
 
Surat dan sebagainya adalah hanyalah formaliti. Hassan Ali tidak hadir mesyuarat bulanan untuk beberapa bulan selepas tidak dilantik sebagai Pesuruh Jaya PAS Selangor. Namun beliau dihubungi oleh pimpinan Pusat dan Negeri. Sebahagian beliau layan, sebahagian beliau buat tidak endah seperti Dato Dr. Mahfuz, Ahli Majlis Syura Ulama' dan PJ Johor yang saya difahamkan telah datang ke rumahnya bersama isterinya tetapi tidak dibuka pintu. Beliau turut dinasihati TGNA dan pimpinan yang lain. Hakikatnya amaran keras yang pernah diberi dalam kes sebelum ini sudah memadai sebagai alasan memecat kerana beliau melanggarnya secara terang-terangan.

ALASAN HASSAN YANG KETIGA
 
Selepas pertemuan dengan TGNA di mana TGNA telah menyebut semua isu telah pun selesai, mengapa Hassan Ali tuduh pula Harakahdaily menipu dan memutar-belit kenyataan TGNA? Sikap menyerang PAS, termasuk media PAS, adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Kredibiliti media PAS perlu diusahakan dan dipertahankan, bukan disanggah begitu sahaja! Tindakan sedemikian hanya menguntungkan pihak musuh. Itu bukti masalahnya belum selesai dan permintaan maafnya tidak bermakna. Hanya manis di mulut.

ALASAN HASSAN YANG KEEMPAT
 
PAS tidak tersasar. Dasar PAS Islam. Islam mampu melindungi hak Melayu dan kaum lain dan juga institusi Raja. Tidak perlu diletak Melayu dan Raja setaraf dengan Islam sehingga dasar PAS menjadi 3. Islam sempurna dan tidak perlu ditokok tambah.

Soal istilah 'Negara Berkebajikan' tidak merupakan masalah kerana konsep ini tetap tertakluk kepada definasi yang berpaksikan perlembagaan PAS iaitu Islam. Ianya hanya istilah untuk menjelaskan bahawa Negara yang ingin dibentuk oleh PAS berdasarkan Islam bersifat berkebajikan, bukan kejam dan zalim seperti yang didakwa UMNO.

Soal kepimpinan ulama, ini juga tidak diubah oleh PAS. PAS menginstitusikan kedudukan ulama' dalam parti dengan tertubuhnya 'Majlis Syura Ulama' yang kesemua ahlinya adalah ulama'. Bagi seorang yang mendakwa ingin mengikut kepimpinan ulama, Hassan Ali sepatutnya membuktikan apa yang didakwanya. Ini sebaliknya! Majlis Syura Ulama tidak kata apa-apa, Hassan Ali pula yang pandai-pandai mengeluarkan fatwa bahawa PAS telah terkeluar dari landasan asalnya. Ini bukan hendak ikut ulama' tetapi ingin ulama' ikut cakapnya! Atau adakah ulama' juga dianggapnya sebagai parasit?

Soal ukhuwwah Islamiyah dan akhlak Islam yang kononnya tidak lagi menjadi amalan dalam PAS; saya tidak nampak pimpinan PAS menghina pimpinan lain dengan gelaran seperti parasit atau sebagainya kecuali Hassan Ali sendiri! Sepatutnya Hassan Ali menunjukkan contoh ukhuwwah dan akhlak Islam yang kononnya diingin-inginkan.

ALASAN HASSAN YANG KELIMA
 
Bagi saya alasan ini merupakan pengakuan yang saya tunggu selama ini. Hassan Ali mengaku bahawa dia sememangnya tidak mahu pada PR dan kerap kali mencadangkan kedudukan PAS dalam PR dikaji semula. Sedangkan keputusan untuk bersama dengan PR dan mengukuhkan PR adalah keputusan muktamar, bukan mana-mana golongan dalam PAS. Maka beliau sendiri apabila diamanahkan dengan apa-apa jawatan dalam PAS sepatutnya memahami jawatan itu perlu dimanfaatkan untuk mencapai matlamat dan strategi yang dipersetujui PAS, bukan agenda dirinya sendiri! Sekiranya beliau tidak setuju, sepatutnya beliau melepaskan jawatan-jawatan ini dan benarkan orang lain berusaha untuk mencapai kehendak parti.

Tetapi berlaku sebaliknya; jawatan hendak tetapi guna ikut kepala sendiri. Ini yang dikatakan tidak amanah. Ini yang dikatakan khianat. Parti suruh kukuhkan PR, tetapi beliau berkali-kali berusaha untuk membawa PAS keluar PR! "Kaji semula kedudukan dalam PR" cara cakap penuh diplomatik. Maknanya keluarlah tu. Tetapi apabila sudah keluar hendak buat apa? Gabung dengan UMNO lah pula!

Empat tahun terbuang kerana Hassan Ali mengejar agenda sendiri.

ALASAN HASSAN YANG KEENAM
 
Alasan ini juga merupakan satu pengakuan yang saya tunggu-tunggu. Hassan Ali mengaku beliau tidak mampu menjalankan tugasnya. Dia mengakui bahawa dia "menghadapi kesukaran dan suasana serba salah" bukan kerana kekurangan pada orang lain tetapi kekurangan dirinya sendiri. Hassan Ali tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan kerjanya dalam suasana berbilang kaum dan berbilang bangsa serta fahaman. Dia hanya mampu buat kerja apabila semua sudah setuju dengan dirinya dan ikut sahaja cakapnya.

Yang saya hairan, mengapa dia keluarkan pengakuan ini setelah dipecat? Kalau dia memahami jawatan dia adalah suatu amanah dan dia memang menghadapi kesukaran dan serba salah, sepatutnya dari awal lagi dia beritahu pimpinan; "Saya tidak mampu. Tunggu semua sudah setuju untuk ikut saya baru beri balik jawatan dan tanggung-jawab ini kepada saya. Saya tidak mampu untuk berhujjah dengan mereka yang tidak setuju dengan apa yang saya cuba lakukan". Serah sahaja kepada mereka yang sanggup dan mampu berhujjah".

Sebenarnya, inilah di antara cabaran yang mesti dihadapi oleh gerakan Islam. Samada dengan orang Islam mahupun yang bukan Islam, iaitu kemampuan untuk berhujjah untuk membuktikan kebenaran Islam dan ketepatan pendekatannya. Bukan hanya dengan 'bull-doze' sahaja.

ALASAN HASSAN YANG KETUJUH
 
Soal pimpinan, yang Hassan Ali gemar menggelar sebagai 'parasit dalam PAS', lebih suka mendengar pandangan dari DAP dan PKR adalah kerana mereka memahami bahawa kita berada dalam kerajaan campuran. Maka pandangan semua pihak mesti didengari. Kalau ada yang tidak setuju, maka perlu dibincang dan dibahaskan.

Yang malangnya Hassan Ali hanya ingin dengar pandangannya sendiri dan sanggup memutar-belit fakta dalam usaha memenangkan pandangan sendiri.

ALASAN HASSAN YANG KELAPAN
 
Hassan Ali merasakan dia tidak dapat buat kerja nahi mungkar dalam pentadbiran Selangor. Apa itu 'mungkar' ini ada yang dipersetujui bersama, ada yang tidak dipersetujui bersama. Bagi yang dipersetujui bersama, seperti rasuah dan penyelewengan, kronisma dan pecah amanah, boleh dicegahi bersama atas nama PR. Bagi yang tidak dipersetujui bersama pula boleh mencegahnya dengan kaedah 'bil lisan' atau dengan lidah atas nama PAS.

Dalam beberapa perkara, seperti penjualan beer dalam kawasan majoriti Islam, PAS boleh berhujjah dengan bijak dan lancar supaya mendapat persetujuan rakan-rakan di dalam PR supaya ianya dilarang walaupun ianya tidak dilihat sebagai sesuatu kemungkaran dari sudut perspektif orang bukan Islam. Ini telahpun bejaya dilaksanakan dan mendapat persetujuan semua pihak.

Pada masa yang sama, PAS boleh juga melancarkan kempen anti-arak yang melibatkan semua, Islam dan bukan Islam. Konsep hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih adalah perkara yang terdapat dalam ajaran Islam. Itulah sebabnya Islam tidak dipaksa ke atas masyarakat. Kita sebagai ummat Islam mesti menghayati perintah Allah yang bermaksud "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, serta contoh dan nasihat yang baik dan berhujjah dengan mereka melalui cara yang terbaik". Amat malanglah jika Hassan Ali menganggap bahawa Islam tidak mengiktiraf bahawa manusia itu mempunyai hak asasi dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati atau bahawa Islam itu perlu dipaksa ke atas masyarakat tanpa mengakui adanya hak memilih dan kebebasan individu.

ALASAN HASSAN YANG KESEMBILAN
 
Hassan mengadu dia sering diserang oleh pimpinan 'parasit PAS' apabila dia melakukan sesuatu melalui jabatan yang di bawah penguasaannya seperti MAIS, JAIS dan LZS. Perkara ini mungkin perlu beliau tanya dirinya sendiri mengapa ianya berlaku. Mungkin dia sendiri tidak berbincang dengan pimpinan PAS Pusat dan Negeri mengenai keutamaan atau awlawiyyat yang perlu diusahakan terlebih dahulu. Maklumlah, untuk berbincang dengan manusia yang beliau lihat sebagai 'parasit' apa gunanya.

Setahu saya beliau tidak pernah berbincang persoalan ini di dalam mesyuarat PAS Negeri yang diadakan sebelum ini. Saya berasa pelik mengapa semua ini diluahkan hanya selepas dia dipecat. Kedua, adakah benar MAIS, JAIS dan LZS di bawah 'penguasaannya'? Itu perlu tanya, MAIS, JAIS, LZS dan Hassan Ali sendiri.

KESIMPULAN
 
Bagi saya semua alasan yang diberi hanya alasan semata-mata.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

TOK GURU NIK AZIZ SURUH FUAD ZAKARSHI CARI KEBENARAN DI DALAM TANDAS

Posted: 09 Feb 2012 11:23 AM PST


HarakahDaily

Oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat
Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.

Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah.

Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel.

Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini.

Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama.

Sebaiknya Fuad dapat berjumpa sendiri Anwar jika benar ingin mencari pencerahan. Kerana Anwar pernah jadi ketuanya.

Justeru adalah sesuai kalau dia ingin mencari kebenaran, baik sahaja pergi beribadat di masjid. Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid.

Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai––banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya––menjadi waras selari dengan otak sekular.

Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah.

Mana ada hak bagi manusia seumpama Fuad Zakarshi untuk mentarbiyah orang lain, sedangkan dia sendiri sedang menganut ideologi yang bercanggah dengan keredhaan Allah SWT.

BAHAN PORNO DI JEPUN - KALI PERTAMA NEGARA KITA ATASI JEPUN

Posted: 08 Feb 2012 09:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA hebohlah di dunia Bloggers pro Umporno bahawasanya gambar lucah yang kononnya DS Anwar tersebar di Majalah Porno Jepun.  Nama pun Umporno, kisah porno adalah kesukaan mereka di dalam keadaan jangka hayat Umporno masih lagi bergantung pada dubur budak Sepol.

Pelik apanya kalau gambar porno yang kononnya DS Anwar tersebar di Jepun, sedangkan di Malaysia yang didakwa oleh Umporno sebagai Negara Islam pun berani siarkan gambar sedemikian?  Jepun tidak pernah mendakwa negara mereka negara Islam justeru itu beberapa pihak yang mempunyai minat yang sama dengan puak-puak Umporno di sini akan menerima apa sahaja bahan porno untuk keuntungan mereka.  Mereka peduli apa benar atau tidak gambar itu asalkan bakal mendapat keuntungan.

Ertinya, sekafir-kafir negara Jepun pun negara kita lebih hebat dari Jepun kerana di negara kita gambar sedemikian lebih awal tersiar.  Jepun agak mundur dari kita dalam aspek penyiaran bahan porno, termasuk di media kerajaan sendiri.  Kita lebih hebat.  Mungkin itulah yang menjadi kebanggaan puak-puak Umporno warisan penjajah di negara ini.

Adakah tercemar nama DS Anwar kerana gambar itu?  Jika di negara ini, rakyat negara ini yang bakal mengundi pemimpin, tersiarnya gambar porno itu tidak langsung menjejaskan imej DS Anwar, apatah lagi di Jepun.  Di Jepun hanya sebilangan kecil sahaja yang berminat dengan bahan-bahan porno kerana masyarakat mereka maju bukan seperti puak-puak otak lembu kondo di dalam Umporno ini.  Mereka lebih banyak memikirkan soal pembangunan dan ekonomi negara mereka dan pemimpin mereka lebih telus dan bertanggungjawab.  Pantang berlaku sesuatu isu yang memudharatkan rakyat dan negara mereka, nescaya PM dan menteri-menteri berkaitan pasti akan meletakkan jawatan.

Di negara kita?  Curilah berapa banyak hak rakyat, belasahlah berapa banyak duit KWSP atau Petronas hatta duit zakat sekali pun, selagi ada nyawa selagi itu lah mereka mahu memegang kuasa.  Di Jepun, pemimpin mereka bergantung kepada kredibiliti masingp-masing mentadbir negara bagi menentukan hayat politik masing-masing.  Mereka tidak bergantung hayat kepada dubur sesiapa pun.  Berbeza di negara kita, tanpa dubur Sepol dan tanpa bahan porno dan fitnah, mana mungkin boleh hidup lama.

Itulah bezanya Jepun dengan kita.  Apa pun, kesimpulannya negara kita lebih hebat `Porno'nya dari Jepun.  Kita lebih awal tengok bahan porno itu, barulah Jepun.  Dari segi itu, kita hebat!!/wfauzdin.blogspot.com.


HASSAN ALI TIADA `JATI DIRI' KERANA MASIH KEKAL DI KERUSI PARTI YANG BELIAU HINA

Posted: 08 Feb 2012 06:30 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

KALAU aku jadi Hassan Ali, bila aku sudah tuduh PAS itu dikuasai oleh `Parasit', PAS hanya ada 30% Ulamak sahaja dan PAS itu lari dari dasar Islam, aku akan buat dua perkara saja.

Pertama, aku tidak akan merayu untuk terus kekal di dalam PAS.  Kedua, aku akan letak jawatan atau kosongkan kerusi Adun sekarang yang aku baru sedar bahawa itu adalah kerusi PAS yang `berparasit' atau kerusi yang bukan dipilih oleh majoriti Ulamak dan juga aku malu mahu kekal di kerusi PAS kerana PAS sudah tidak Islamik.

Tindakan pertama, aku ucap syabas pada Hassan Ali kerana tidak mahu merayu.  Di situ ada kebijaksanaan beliau kerana jika merayu pun belum tentu diterima, dan tidak merayu kompom tidak diterima.  Cumanya, Hassan Ali masih `malu-malu kucing' untuk lakukan tindakan kedua iaitu mengosongkan kerusi Adun beliau sekarang.  Persoalannya, mengapa?

Sudah pasti jawapannya sama seperti jawapan Berahim alkataki dari Pasir Mas yang masih menebalkan mukanya menenggek di kerusi Parlimen Pasir Mas yang dipinjamkan oleh PAS itu.  Alasan Berahim, beliau telah diundi oleh rakyat sebagai Wakil Parlimen di situ.  Itulah juga jawapan Zul Kulim di Parlimen Kulim Bandar Baru.  Apabila Hassan Ali yang kini mahu tubuhkan JATI, maka sewajarnya beliau mesti mempunyai `jati diri'.  Hassan tiada jati diri ini iaitu tangungjawab dan kesedaran bahawa kerusi yang beliau duduki sekarang adalah kerusi yang tidak direstui atau diredhai oleh rakyat yang mengundinya dahulu.

Tidakkah terasa was-was di hati Hassan Ali tentang halal haramnya gaji dan elaunnya sebagai Adun setelah beliau dengan sengaja membiarkan dirinya dipecat?  Seronokkah hati Hassan Ali memakan gaji dan elaun sebagai Wakil Rakyat yang mana rakyat tidak meredhainya sebagai wakil mereka?  Bayangkan, menjadi Imam Solat yang Makmum tidak meredhainya.  Seronokkah?

Hanya mereka yang pentingkan diri dan perut sahaja di samping tiada lagi perasaan malu akan terus kekal di kerusi yang sepatutnya bukan lagi menjadi haknya.  Jadi, tidak perlulah Hassan Ali ke hulu ke hilir bercerita tentang keburukan orang lain sedangkan beliau sendiri menumpang atas kerusi parti yang diburukkannya itu.  Di mana JATI diri Hassan anak Ali ini? 

Di bawah ini, saya perturunkan semula nasihat dan gesaan dari Us Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu Hassan Ali bermuhasabah diri agar tidak terpedaya dengan ketamakan di dunia ini.  Kosongkan kerusi anda dan insaflah bahawa sampai bila mahu menenggek atas kerusi parti yang kamu hina sepanjang hari itu./wfauzdin.blogspot.com


---------------------------------------------------------

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk 'angkat kaki' daripada menjadi ahli parti itu.

Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.

"Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri.

"Hasan tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut," katanya, semalam.

KISAH SEBENAR HASSAN ALI YANG RAMAI TIDAK TAHU

Posted: 08 Feb 2012 08:21 AM PST

Husam Dedah Kisah Sebenar Rancangan Hassan Ali Selepas PRU 2008 [UPDATED]



Hasan diminta telus sebab jumpa Umno pada 2008

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.

"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.

Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.

Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. -mk


APA KATA KHALID SAMAD MENGENAI HASSAN ALI

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas 'adaabul ikhtilaf' yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah 'gila talaq'. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan 'gila' dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai 'gila'. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila 'ditalaq' menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah 'gila talaq' dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS

Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang 'baru' dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang 'lama' seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR

Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, "siapa patut menjadi MB Selangor?" Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, "Tan Sri Abdul Khalid". Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan 'haknya' untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR

Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ

Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, "ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya".

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN

Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah 'golongan Erdogan'. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala' pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau 'name calling'.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN
Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM

Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun 'exit strategy' atau 'strategi untuk keluar PAS'. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI

Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara 'terhormat'. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN

Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan 'aqeedah' itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
"Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta" (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).


Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
 

HASSAN KAYU JATI BAPAK PEMBOHONG RUPANYA!!

Posted: 07 Feb 2012 06:00 PM PST

HASAN ALI!!! Menipu ahli dan penyokong UMNO dalam ceramahnya

http://puteraduyong.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/hasan-ali.jpg
PASPB

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan.

Menurutnya, Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.

"Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor.

"Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.

"Yang kita hairan, kalau TV3 panggil dia pergi pulak? Tetapi kita panggil dia tak datang dan dia sendiri yang 'menghitamkan' suasana," katanya.

Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti.

"Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu," katanya.

Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno.

"Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas.

"Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor)," katanya.

Pihaknya juga tidak bercadang untuk mengadakan sebarang perdebatan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat Hasan.

"Ikut suka dialah nak cakap apa pun kerana dia bukan lagi ahli Pas, jadi terpulanglah kalau nak komen apa pun.

"Kalau dia nak meraung sekalipun terpulanglah kerana kita tak bercadang nak berdebat dan tak mahu beri 'talian hayat' kepadanya," katanya kepada Sinar Harian.

DEBAT - YB NURUL VS RAJA NONG CHIK JUGA PASTI GAGAL?

Posted: 07 Feb 2012 02:38 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

BERLANJUTAN daripada isu penggunaan dana KWSP bagi membiayai Skim Perumahan Kos Rendah yang didakwa oleh MP PR iaitu YB Nurul Izzah, Dr Zulkefly dan Tony Phua, Menteri Pembangunan Wilayah dan Pembangunan Bandar, Raja Nong Chik mencabar MP PR untuk berdebat secara terbuka.

Seperti yang dilaporkan, anggota parlimen pembangkang hari ini bangun menyahut cabaran debat berkenaan. Persoalannya, adakah kali ini pemimpin Umno akan kelentong rakyat lagi?  Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, KJ telah mencabar Sdr Rafizi, Pengarah Strategik PKR untuk berdebat secara terbuka di dalam isu NFC atau sinonim disebut `lembu kondo".  Dengan pantas cabaran dari KJ disahut oleh Rafizi disusuli dengan surat berkenaan tarikh yang dicadangkan untuk perdebatan tersebut.


Apa yang berlaku?  Sehingga kini KJ terus membisu dan cabaran debat berlalu begitu sahaja.  Beliau hanya sudi berdebat dengan Rafizi di luar negara baru-baru ini, itu pun tiada hubungkait langsung dengan isu NFC seperti yang dicadangkan.  Ertinya, KJ menyedari isu NFC amat sukar untuk dipertahankan.

Apa yang pelik, Umno memang suka mencabar pihak lain untuk berdebat kononnya untuk menunjukkan keberanian atau kebenaran, namun apabila cabarannya disahut, Umno menjadi seperti kura-kura yang menyorokkan kepala ke dalam kerangnya.  Itulah ilmu yang diperturunkan oleh Najib selaku bos mereka.  Najib pernah berkata, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar, cuma beliau bimbang Anwar akan demam jika berdebat dengan beliau.  Sehingga kini, sudah lebih dari tiga kali Anwar menyahut cabaran Najib sekalipun Anwar terpaksa `demam; kerana `kehebatan' anak Tun Razak itu, namun Najib menyorok di belakang Rosmah.

Pujian harus diberi kepada Shabery Chik.  Setelah Anwar mencabar Najib untuk berdebat di dalam isu minyak, Menteri yang juga bekas orang kuat Anwar ini tampil untuk melindungi maruah Najib di pentas debat.  Walaupun `berbuih' mulut beliau sewaktu debat berlangsung ditambah pula dengan `kejahilan' seorang Profesor `kangkung' yang tidak tahu apa-apa tentang minyak, kita boleh respek Shabery Chik di dalam hal ini.  Beliau ada sedikit keberanian, tetapi orang yang berani jika berada di tempat yang salah tiada berguna satu sen pun.

Kali ini, Raja Nong Chik pula mahu melindungi maruah Najib yang semakin lama semakin di`telanjangkan'.  Anwar tidak perlu tampil kali ini, tetapi anak beliau atau salah seorang dari rakan-rakan di dalam PR akan tampil untuk berdebat dengan Raja Nong Chik.  Adakah kali ini Raja Nong Chik akan mengimplimentasikan cara-cara Najib atau KJ?  Cabar kemudian lari?  Kita tunggu selanjutnya walaupun  kita percaya mengharapkan Umno berdebat sama seperti mengharapkan `kambing mandi pagi'./wfauzdin.blogspot.com

HASSAN JATI - SURUH ORANG WALA' MASA DIA JADI KETUA SAJA....

Posted: 06 Feb 2012 02:15 PM PST

Thiqah, Wala' dan Road-Show

 
Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata.

Dulu dia juga yang menjadi juara wala' dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala', tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.

Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk 'nyah-parasit' dan inilah yang telah berlaku.

Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
 

RUPANYA PAS PERNAH LAHIRKAN PESURUHJAYA YANG TIDAK TAHU PERLEMBAGAAN DAN DASAR PAS

Posted: 06 Feb 2012 12:30 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

HASSAN Kayu Jati kata 72 peratus di dalam PAS adalah sekular, manakala golongan Ulamak hanya ada sekitar 30 peratus.  Mahu tanya juga, sewaktu Hassan Kayu Jati ini berada di dalam PAS, dia di dalam golongan yang mana satu?  Ulamak?  Sekular?  Mungkin dia bukan sekular, bukan juga Ulamak, tetapi `Parasit'.  Itu confirm. 



Mari kita ikuti apa yang Hassan Kayu Jati `Parasit PAS' ini sebut;

"Sekarang ulama (hanya) tinggal 30 peratus..itu golongan yang mahu mempertahankan perjuangan asli PAS", katanya, dalam sidang akhbar di rumahnya, Taman Dun Dr Ismail, 4 Feb.

Menurutnya, golongan ulama yang berada dalam lingkungan 30 peratus tidak mampu mengatasi keputusan golongan pemutus dasar 72.28 peratus.

"72.28 peratus..jadi maknanya dia mempengaruhi keputusan..dia mempengaruhi apa yang nak dibuat oleh pimpinan tertinggi..dia mempengaruhi hala tuju parti..dia mempengaruhi hubungan PAS dengan DAP dan PKR..dia mempengaruhi polisi di peringkat pakatan rakyat..

"Dia mempengaruhi orang-orang PAS..supaya sekarang ini, kita jangan fikir (tentang) Negara Islam..kita jangan fikir hudud..kita jangan fikir moral Islam..kita (hanya) ke Putrajaya..ke Putrajaya", katanya
(Sumber)

Tidak sampai hati aku mahu sebut Hassan Kayu Jati ini bodoh, sebab ramai yang kata dia ada Phd.  Lagi pun dia pernah duduk di dalam PAS sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, masakan dia tidak tahu Perlembagaan PAS.  Betul juga kata orang, sesiapa yang berkawan atau bersekongkol dengan Umno, sikit sebanyak `otak lembu kondo' mesti berjangkit ke atasnya.  Ini bukan tuduhan, mari kita jawab hujah bengap orang ada Phd ini.

Hassan Kayu Jati kata di dalam PAS ada 72 peratus yang bukan Ulamak, lebih dahsyat lagi beliau tuduh sebagai Sekular.  Beliau guna otak lembu kondo dengan menyamakan dasar PAS dengan dasar Umno iaitu yang banyak menentukan dasar PAS.  Lojiknya bagi Hassan Kayu Jati, tentulah yang 72 peratus ini penentu dasar PAS.
Selama beliau memegang Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, rupa-rupanya beliau tidak tahu bahawa dasar PAS ditentukan oleh Majlis Syura dan Ulamak PAS bukannya ditentukan oleh majoriti ahli.  Masakan beliau tidak tahu, untuk menetapkan calon PAS bagi Pilihanraya pun ditentukan oleh Majlis Syura dan Ulamak PAS, ini kan pula dasar PAS.  Semenjak bila PAS ubah Perlembagaan memberi kuasa kepada majoriti untuk menentukan dasar PAS?

Cuba Hassan Kayu Jati sebut, di mana dasar di dalam PAS yang tidak mendapat kelulusan atau pengiktirafan dari Majlis Syura dan Ulamak sebaliknya ditentukan oleh 72 peratus itu?  Sebab itu, aku mahu sebut juga bahawa Hassan Kayu Jati ini menjadi terlalu bodoh yang mana ahli PAS Cawangan pun tahu Perlembagaan dan dasar PAS.  Lebih banyak Hassan Kayu Jati menyalak sampai kembang-kembang hidung dan tegang urat leher, semakin nampak Phd beliau layak ke longkang saja./wfauzdin.blogspot.com


MENENTANG AUKU ATAU MAHU US AZIZAN BERUNDUR?

Posted: 05 Feb 2012 10:58 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

BERMULA dari isu pelajar di KUIN, Kedah yang dikenakan tindakan yang awalnya ramai menyangka di bawah Akta AUKU, maka mereka yang tidak senang dengan MB Kedah, Us Azizan mula menggunakan isu tersebut agar beliau tertekan seterusnya meletakkan jawatan sebagai MB Kedah.  Usaha golongan ini juga untuk mempengaruhi PAS agar mengambil tindakan tegas ke atas MB Kedah berkenaan.

Isu pelajar-pelajar KUIN yang terlibat sebenarnya telah dijelaskan oleh Us Azizan, iaitu tiada AUKU yang dikenakan.  Isu samada Akta lain digunakan dilihat sama seperti AUKU itu soal lain kerana setakat ini prinsip PR hanyalah menyebut AUKU sahaja yang ditentang.  Ertinya, Us Azizan tidak melakukan kesalahan melanggar prinsip PR.  Jika PR melihat bahawa Akta yang digunakan sekarang ke atas para pelajar berkenaan juga zalim atau tidak adil dan lebih kurang sama dengan AUKU, maka ketetapan lain perlu dibuat dan Us Azizan pasti berbuat sesuatu mengikut ketetapan tersebut.

MB Kedah - Us Azizan mesti dikekalkan
Memang benar, sebelum ini saya banyak mengkritik tindakan Us Azizan di dalam isu ini.  Ini adalah kerana penjelasan secara terang dan nyata tidak dibuat dengan pantas sebelum media menggunakan isu tersebut.  Isu ini bertambah hangat apabila Us Azizan mendakwa Buku Jingga yang menggariskan penentangan PR terhadap AUKU, beliau menyebut Buku Jingga bukan Al-Quran.  Jawapan yang tepat dan benar, tetapi tidak bijak untuk memperjelaskan keadaan.  Alhamdulillah, akhirnya Us Azizan boleh bercakap secara jelas dan tepat bahawa tiada AUKU digunapakai terhadap para pelajar berkenaan.

Sepatutnya isu ini terhenti setakat itu, dan saya pun akur dengan penjelasan tersebut.  Tetapi, sehingga kini isu berkenaan masih berbangkit.  Ini membuktikan golongan ini bukan menentang AUKU yang sebenarnya, tetapi menentang MB Kedah secara peribadi.  Mereka mahu Us Azizan tidak menjadi MB Kedah.  Saya tidak bersetuju Us Azizan diganti kerana beliau telah menunjukkan pentadbiran yang baik, jauh lebih efisyen dari MB Umno dahulu.  Kita akur, Us Azizan manusia biasa yang tetap punyai kelemahan terutamanya dari segi kebolehannya berhadapan dengan media.  Kelemahan sedikit itu boleh kita terima.  Apa yang tidak boleh kita terima adalah kelalaian sehingga menyebabkan kerugian besar, penyelewengan dan sebagainya yang mana menjejaskan hak-hak rayat.

Apakah Us Azizan telah melakukan penyelewengan atau rasuah?  Jawapannya tidak.  Apakah Kedah bertambah teruk dari segi pengurusan berbanding sewaktu Umno perintah?  Jawapannya jugak tidak.  Lihat sahaja bukti dari Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan Kedah di bawah Us Azizan telah menguruskan negeri jauh lebih baik dari zaman Umno dahulu.  Ini bererti, Us Azizan adalah seorang MB Kedah yang baik, berjaya dan wajar terus dikekalkan.

Apa yang perlu diperbaiki oleh Us Azizan adalah pendekatannya di dalam menghadapi isu-isu sensitif.  Beliau perlu lebih bijak dan berhemah serta menunjukkan kepekaannya terhadap sesuatu isu.  Di dalam isu KUIN sekarang, sekiranya ada ruang yang mana beliau ada kuasa untuk berbuat sesuatu, beliau haruslah melakukannya dengan berani dan bijak.  Rakyat sekarang boleh memahami setakat mana kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.

Kita tiada jalan lain untuk tidak berserabut memikirkan isu-isu seperti ini melainkan dengan mengambil alih Putrajaya.  Sebab itu, jatuh kewajipan kepada kita berada di Putarajaya kerana hanya di situlah berbagai kekusutan yang ada boleh kita leraikan.  Ayuh, satukan tekad dan berjuanglah kita bersama ke Putrajaya. ABU !!/wfauzdin.blogspot.com

PEJUANG AKIDAH, TETAPI BIADAP DENGAN TETAMU KE RUMAHNYA

Posted: 05 Feb 2012 06:00 PM PST


Oleh:  WFAUZDIN NS

JIKA seseorang tetamu yang kita kenali datang ke rumah kita samada tetamu itu berugama Islam atau tidak, Islam mengajar agar kita menghormati tetamu yang datang dengan niat baik.  Apatah lagi tetamu itu seorang Islam, teman rapat yang kita kenali maka sudah tentu jatuh kewajipan untuk kita melayan tetamu berkenaan.

Adab melayan tetamu ini dititikberatkan dalam Islam, sehinggakan sekiranya kita baru bercadang untuk melaksanakan Solat Sunat, tetamu tiba di pintu rumah, maka wajib bagi kita menangguhkan Solat Sunat itu bagi meraikan tetamu yang datang.  Tetamu tersebut hendaklah kita jamu makanan yang paling baik yang terdapat di rumah kita.  Itulah indahnya Islam.

Setinggi dan sekuat mana pun akidah kita, sehebat mana pun perjuangan kita mempertahankan akidah masyarakat Islam tetapi jika kita bersifat burukdan tidak menghormati tetamu hatta seorang kanak-kanak biasa, lebih-lebih lagi seorang yang berumur dari kita, apalah ertinya perjuangan kita?

Sifat seseorang boleh dibaca dengan tingkah lakunya walaupun saban hari ke hulu ke hilir kononnya memperjuangkan akidah.  Sudah tentu ada yang tidak kena dengan jiwanya.  Malang sungguh orang yang bersikap sedemikian....Artikel di bawah dipetik dari MalaysiaInsider.




PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mungkin paling kecewa dengan keputusan Datuk Dr Hasan Ali tidak mahu merayu menyertai semula PAS.

Naib ketua dewan ulamak PAS mengakui beliau sangat rapat dengan Dr Hasan yang dipecat dari parti awal Januari lalu.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat kerana mempunyai pendirian berbeza dengan parti dan juga Pakatan Rakyat.

Dr Hasan yang menubuhkan NGO JATI kerap menyerang PAS dalam siri program di seluruh negara.

"Saya kenal rapat dengan Dr Hasan dan selalu bertemu di masjid Mujahiddin Damansara Utama.

"Malah saya orang pertama yang diarahkan parti bertemu bekas exco agama kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan mengapa menyerang PAS.

"Saya dan isteri pergi ke rumah Dr Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur tetapi beliau tidak membuka pintu untuk kami masuk.

"Jadi kami tidak dapat bertemu Dr Hasan," kata Dr Mahfodz.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT