Selasa, 21 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Noh Omar pantau NFC macam bank dijaga penyamun ...

Posted: 21 Feb 2012 08:58 PM PST

(Oleh: Masdar Wahid)

SHAH ALAM 22 Feb: Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Datuk Seri Noh Omar memantau skandal National Feedlot Corporation (NFC), ibarat 'memberi tugasan menjaga bank kepada penyamun', kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Suhaimi Shafie.

Suhaimi berkata demikian dalam satu cabaran debat yang dikemukakan kepada Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani itu.

Ia berikutan kenyataan Noh Omar pada 16 Febuari lalu yang mengajak rakyat Selangor mengadakan perbicaraan terbuka berhubung dakwaan membabitkan isu pasir di Selangor.


"Apakah Noh Omar sudah menyiapkan kertas laporan untuk dibawa ke 'mahkamah rakyat' yang diarah Perdana Menteri agar memantau skandal Lembu Fidlot NFC, memandangkan beliau merupakan Menteri Pertanian dan Asas Tani?," Soal Suhaimi

"Arahan memantau oleh PM kepada Noh saya lihat seperti 'memberi tugasan menjaga bank kepada penyamun," kata Suhaimi dalam satu kenyataan.

Perdana menteri pada 14 Januari lalu memberikan arahan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Noh Omar supaya memantau projek berkenaan, selepas semua asetnya dibekukan.

Dalam perkembangan terbaru, kata Suhaimi, Noh terkial-kial dan menjawab tidak tahu ketika diajukan soalan oleh wartawan mengenai NFC, sedangkan beliau merupakan menteri bertanggungjawab.

"Apakah itu jawapan seorang menteri yang ditugaskan oleh Perdana Menteri untuk memantau kegagalan projek Lembu Fidlot NFC," soalnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan Noh agar memfokuskan tugasnya dalam memantau NFC dari mempolitikkan isu pasir di Selangor yang tiada kaitan dengan menteri pertanian itu.

"Inilah penyakit sebenar Noh Omar , selalu ingin menyibuk dalam urusan yang sebenarnya bukan di bawah tugasannya sedangkan apa yang dipertanggungjawabkan kepada beliau dijawab 'tak tahu'," tegasnya.

NFC dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hanya diketahui selepas Noh mengesahkannya di Parlimen pada 31 Oktober tahun lalu, selepas diasak media.

NFC yang mendapat pinjaman mudah RM250 juta didakwa menyalahguna dana itu termasuk membeli lima kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura, Kereta mewah, dua lot Tanah di Putrajaya dan pelbagai lagi transaksi meragukan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26939

Isu Bayan Mutiara : Guan Eng minta Zainal Abidin, Abdul Rahman undur

Posted: 21 Feb 2012 07:31 PM PST

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng meminta Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya bersara dari arena politik berikutan pertikaian terhadap isu tanah di Bayan Mutiara.


Guan Eng berkata, desakan itu adalah kerana Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa tiada sebarang keraguan berhubung penjualan tanah seluas 41.4 hektar di Bayan Mutiara dilakukan secara tender terbuka.



"Penjualan tanah itu telah dilakukan melalui Request For Proposal (RFP) yang mengandungi tender terbuka yang berdaya saing serta ia dipaparkan dengan jelas di laman-laman web dan suratkhabar.



"Selain itu, ia juga diperhatikan oleh juruukur bertauliah dan penilai berdaftar bebas dan terkemuka iaitu Raine & Horne International semasa sesi taklimat yang telah diadakan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura.



"Apabila tender dipanggil pada tahun 2010, seramai 37 pihak telah membeli dokumen-dokumen tender pada harga RM3,000 setiap satu. Namun demikian, apabila tender ditutup pada 31 Disember 2010, hanya 4 tawaran tender telah diterima, iaitu daripada Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd, Ivory Properties Group Berhad dan SP Setia Berhad," katanya kepada media, semalam.



"Ivory Properties dipilih berikutan tawarannya yang paling tinggi iaitu RM240 sekaki persegi atau jumlah besar RM1.1 bilion.



"Kerajaan Negeri juga membuat permintaan lanjutan supaya Ivory mengurangkan tempoh bayaran daripada 8 tahun kepada 5 tahun dan ini dipersetujui. Inilah yang menyebabkan Ivory dipilih," katanya.



Guan Eng berkata, bukti itu turut disusuli dengan pengakuan dari pihak Ivory Properties sendiri bahawa mereka dipilih berdasarkan tender terbuka dan deposit RM20 juta juga sudah dibuat.



Terdahulu, Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menggesa Guan Eng mengotakan janji untuk berundur dari arena politik selepas Umno berjaya membuktikan penjualan tanah di Bayan Mutiara seluas 41.4 hektar tidak dibuat secara tender terbuka kepada sebuah syarikat swasta dengan harga RM1.1 bilion.



Zainal Abidin berkata, pihaknya ada beberapa bukti berkenaan tanah tebus guna yang dijual secara rundingan itu antaranya surat permohonan sebuah syarikat swasta kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan.

Macam ni pun ada? ....Melacur kumpul duit untuk kahwin

Posted: 21 Feb 2012 04:10 PM PST

Pelayan pusat karaoke beri alasan ketika ditahan selepas layan pelanggan

JOHOR BAHRU: Seorang pelayan pusat karaoke mendakwa terpaksa menawarkan khidmat seks ketika bekerja di situ, bagi mengumpul wang untuk membiayai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung beberapa bulan lagi.



Alasan itu diberikan ketika anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor menyerbu sebuah bilik hotel bajet terletak di belakang pusat karaoke tempat wanita itu bekerja, dekat Jalan Tun Abdul Razak di sini, awal pagi semalam.



Ketika ditahan, wanita terbabit baru saja selesai melayan seorang lelaki yang melanggannya ketika mengunjungi pusat karaoke berkenaan. 

Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya. 

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan, Mohammad Abd Hamid, berkata serbuan dilakukan mulai jam 12 malam selepas mendapat maklumat awam dan hasil risikan berhubung kegiatan pelacuran yang ditawarkan pusat karaoke terbabit. 

Katanya, dua pelayan wanita tempatan yang bekerja di pusat karaoke itu disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka dan penjaga pusat karoke terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut. 
"Modus operandi yang digunakan lebih kurang sama dengan pusat hiburan eksklusif yang diserbu baru-baru ini, apabila pelayan menawarkan khidmat seks ketika berada di dalam bilik karaoke sebelum menjadikan hotel murah berdekatan untuk melampiaskan nafsu untuk menutup kegiatan mereka. 

"Di sini, tawar menawar dibuat antara pelanggan dengan penjaga pusat karoke itu, sebelum persundalan dilakukan di hotel murah kira-kira 20 meter di belakang pusat terbabit dengan bayaran RM250," katanya. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pelacuran, manakala penjaga premis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) kanun sama. 

"Operasi berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan aktiviti persundalan dan jenayah lain dapat dibanteras. 

"Maklumat dan kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk membantu polis menangani kegiatan jenayah," katanya. 

Artis : Gambar2 pertunangan Misha Omar

Posted: 21 Feb 2012 06:44 AM PST

Foto Majlis Pertunangan Misha & Firos

Penyanyi lagu Bunga Bunga Cinta, Misha Omar selamat melangsungkan majlis pertunangannya yang berlangsung dalam suasana sederhana di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pukul 1 tengahari tadi. GUA kongsikan foto-foto majlis pertunangan tersebut yang diadakan secara tertutup bagi memenuhi permintaan keluarga.

Tahniah Misha & Firoz!
Lagi gambar-gambar

Artis : Lagi yang bertudung,... ini kali Erin Res2 pula

Posted: 21 Feb 2012 05:40 AM PST

Jutaan tahniah diucapkan kepada Erin Res2 yang kini sudah pun berhijrah dan mengambil keputusan untuk memakai tudung. Untuk anda yang tidak tahu, Erin Res2 pernah membuat kejutan suatu ketika dahulu apabila bekerja sebagai belly dancer (gambar sudah dibuang). Namun kini dengan bimbingan suami barunya, Erin Res2 kelihatan semakin anggun dengan imej bertudung.
gambar erin res2 bertudung
Jutaan tahniah diucapkan kepada Erin Res2 terhadap penghijrahan besar-besaran ini. Tahniah juga kepada si suami yang telah berjaya membimbing isterinya. Semoga dengan penghijrahan ini, hidup Erin Res2 dan keluarga akan lebih bermakna. Sekali lagi tahniah daripada kami di BeautifulNara.
Lagi beberapa keping gambar terbaru Erin Res2 dengan membaca entri ini sepenuhnya. .......

gambar erin res2 bertudung
gambar erin res2 bertudung
gambar erin res2 bertudung
gambar erin res2 bertudung
gambar erin res2 bertudung

Jelaskan projek RM2.2 billion kepada kroni - Nurul Izzah

Posted: 21 Feb 2012 04:33 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Feb: Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan isu pemberian konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 bilion melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.
"Jelas sekali, kerajaan harus membuktikan pemberian projek lebuhraya ini dibuat secara telus demi kepentingan rakyat.

"Jika tidak, rakyat akan terus menolak jaminan BN dalam isu transformasi ekonomi dan membuat keputusan mereka di dalam pilihan raya akan datang," kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Gesaan itu dibuat ekoran dakwaan mengaitkan dua individu berkenaan mendapat habuan kerana peranan mereka membantu rampasan kuasa BN di Perak pada Februari 2009.

Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua syarikat yang menerima konsesi itu iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.
Manakala Isteri Tun Zaki pula merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya.
Sehubungan itu, Izzah antara lain menuntut Ketua Hakim Negara pada masa ini, Tan Sri Ariffin Zakaria meminta Tun Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis, berdasarkan peruntukan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009.
Beliau juga menggesa supaya kerajaan mendedahkan sebab dan kriteria pemberian tender lebuhraya itu kepada syarikat berkenaan.
"Apakah syarikat-syarikat lain yang dipertimbangkan, dan adakah tender terbuka dibuat demi memastikan kepentingan orang ramai terpelihara?,"  Soal ahli parlimen Lembah Pantai itu.
Selain itu, beliau turut menuntut kerajaan mengeluarkan maklumat lengkap berkenaan konsesi, kadar tol dan perkongsian keuntungan lebuh raya berkenaan.
"Terma perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang dipilih mesti didedahkan agar projek ini tidak menjadi satu lagi konsesi yang membebankan rakyat Malaysia," tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26929



Nurul: PM mesti jelaskan pemberian Projek Lebuhraya KIDEX kpd keluarga Ahmad Zaki


Krisis perlembagaan Perak masih lagi segar di ingatan rakyat Malaysia, khususnya tuduhan bahawa permohonan Datuk Zambry Kadir dipercepatkan sementara menafikan permohonan lawan politiknya Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula.
Watak utama kemelut ini merupakan Datuk Hafarizam Harun, penasihat undang-undang UMNO, mewakili Datuk Seri Zambry ketika itu, dan bekas penasihat undang-undang UMNO dan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Ahmad Zaki.
Justeru, kedua-dua individu ini mestilah berhadapan dengan perhatian umum berkenaan penglibatan mereka di dalam rampasan Perak oleh BN dan kontroversi terbaru melibatkan mereka di dalam pemberian konsesi RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Datuk Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua belah syarikat yang menerima konsesi tersebutis Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd sementara isteri Tun Zaki Azmi merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya. Kenyataan syarikat tersebut sendiri menyatakan mereka berhasrat menjadi "Syarikat Kejuruteraan Rel Utama di Malaysia dan Rantau ini."
Mengambilkira kontroversi penganugerahan konsesi ini, Perdana Menteri mestilah respon segera berkenaan isu-isu ini:
1. Pendirian PM berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009:
"Seorang hakim akan, pada masa perlantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan."
Merujuk kepada peruntukan ini, Ketua Hakim Negara pada masa ini, Tan Sri Ariffin Zakaria mestilah meminta Tun Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis berikutan tuduhan-tuduhan ini.
2. Mendedahkan sebab dan kriteria pemberian tender kepada Zabima Engineering dan Emrail. Apakah syarikat-syarikat lain yang dipertimbangkan, dan adakah tender terbuka dibuat demi memastikan kepentingan orang ramai terpelihara?
3. Bagaimanakah pemberian konsesi dan pakej kontrak ini selari dengan dasar pentadbiran ini, khususnya Model Ekonomi Baru, Inisiatif Pembaharuan Strategik dan lain-lain lagi?
4. Apakah terma lengkap konsesi, kadar tol dan perkongsian keuntungan?
Di dalam smsnya kepada Malaysian Insider, Datuk Hafarizam mendakwa bahawa syarikat-syarikatnya diserang memandangkan mereka merupakan antara bilangan kecil syarikat Bumiputera yang dianugerahkan projek ini. Malang sekali apabila sebuah isu tentang ketelusan dan kebertanggungjawaban yang akan memberi impak kepada semua rakyat sekali lagi dilihat dari perspektif kaum. Hakikatnya, sekiranya tuduhan ini terbukti benar, sekelompok kecil kroni akan sekali lagi mendapat durian runtuh sedangkan ramai rakyat Malaysia, termasuk majoriti masyarakat Bumiputera terpaksa menjadi mangsa projek ini. Terma perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang dipilih mesti didedahkan agar projek ini tidak menjadi satu lagi konsesi yang membebankan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia mempunyai harapan besar terhadap konsesi generasi kedua dan ketiga memandangkan piawai-piawai baru yang dijanjikan kerajaan. Usah kita lupa rekod buruk Kerajaan BN di dalam pemberian konsesi sebelum ini.
Jawapan telus daripada Perdana Menteri mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka tidak akan dibebani dengan lebih banyak 'bail-out' dan penswastaan semula.
Rakyat khususnya bertanya, apa sudah jadi dengan janji Program Transformasi Kerajaan untuk mengurangkan ketirisan dan pembaziran wang rakyat untuk pembangunan negara dan perbelanjaan operasi dengan memastikan ketelusan di dalam pemberian kontrak? Jelas sekali, kerajaan harus membuktikan pemberian projek lebuhraya ini dibuat secara telus demi kepentingan rakyat.
Jika tidak, rakyat akan terus menolak jaminan BN dalam isu transformasi ekonomi dan membuat keputusan mereka di dalam pilihan raya akan datang.
NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

Akibat dadah : Anak bunuh ibu

Posted: 21 Feb 2012 03:57 AM PST

SUNGAI PETANI: Seorang warga emas maut dipercayai akibat ditetak anak lelakinya dengan sebilah parang dalam kejadian di rumahnya di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri dekat sini tengah hari Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa A'inshon Abdul Rahman ,60, dipercayai ditetak suspek berumur 26 tahun pada bahagian belakang kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian, tiada orang lain di rumah berkenaan melainkan mangsa dan suspek sahaja.

Katanya pihaknya berjaya menahan suspek kira-kira dua kilometer dari rumah berkenaan.


"Polis telah menemui senjata tajam yang dipercayai digunakan iaitu golok (parang) perak di rumah berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Zakaria berkata siasatan awal polis mendapati suspek merupakan penagih dadah dan turut mengalami sedikit masalah mental yang memerlukannya mengambil ubat-ubatan termasuk ubat penenang secara berkala.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

"Setakat ini kami belum masih menemu bual suspek sebab apa tetak mak dia, sama ada berlaku pertengkaran nak duit atau sebaliknya kita tidak tahu, semuanya masih dalam proses siasatan," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, jiran mangsa Maznan Omar, 48, berkata dia pergi ke tempat kejadian setelah dimaklumkan adik lelakinya yang kebetulan melalui rumah mangsa bahawa dia melihat mangsa berada dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di bahagian dapur.

"Semasa saya sampai di rumah mangsa, saya tengok mangsa telah meninggal dunia dan anak lelaki dia pun tak ada. Saya lihat ada ikan dan sayur-sayuran, mungkin mangsa pada waktu itu nak masak makan tengah hari. Selepas itu, saya pergi ke balai polis berhampiran untuk buat laporan polis," katanya.

Seorang lagi jiran, Fazilah Hussein, 27, berkata dia tidak mendengar sebarang bunyi bising yang menunjukkan berlaku pertengkaran dari rumah mangsa.

Katanya mangsa merupakan nenek saudaranya dan sebelum kejadian itu, mangsa telah pergi menoreh getah.

"Hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah memandangkan adik-beradik lain tinggal berasingan dan anak lelakinya ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik. Kami susah nak nampak anak dia ini sebab suka duduk dalam bilik sahaja," katanya. BERNAMA

Juara Hipokrit jatuh kepada ...... Najib Razak

Posted: 21 Feb 2012 12:38 AM PST


[21/2/12] Senyapnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak! Walaupun dunia menggeleng-gelengkan kepalanya ke atas skandal Media FBC, di mana pentadbiran beliau menggunakan wang pembayar cukai Malaysia untuk 'membeli' penyebutan nama yang menggalakkan di waktu perdana televisyen antarabangsa, Najib tidak didengar atau dilihat pun. Mungkin dia menyembunyikan kepalanya kerana malu tetapi menurut rekodnya yang lepas, PM Malaysia tidak mudah sesal atau rasa bersalah.


Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web BBC, penyiar berkata "sebilangan kecil" program-program yang disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011, tidak mengikuti peraturan dalaman yang bertujuan untuk melindungi integriti editorial.

"Peraturan-peraturan ini memastikan program adalah percuma, dan dilihat bebas dari tekanan komersial atau tekanan lain dari luar," kata kenyataan tersebut.


Hubungan ekonomi

Walaupun jenis program yang berkaitan dengan Malaysia telah disebut tanpa butiran yang banyak, BBC menyatakan dengan jelas bahawa 8 daripada program-program ini mempunyai 'hubungan ekonomi' dengan kerajaan Malaysia.

Selepas banyak cacian awam daripada pihak pembangkang, Najib akhirnya mengaku kepada Parlimen bahawa ia telah membayar RM84 juta untuk FBC Media antara 2007 dan 2010 bagi 'perkhidmatan perundingan, nasihat dan pengurusan kempen komunikasi' untuk memperindah imej Malaysia. Selain daripada mengecat imej palsu memuji-muji dirinya, dokumentari itu juga menggambarkan industri minyak sawit Malaysia dan layanan orang asli sebagai amat memberangsangkan yang sebenarnya indah khabar dari rupa.

Akhbar harian British The Independent, akhbar yang memecahkan skandal itu, melaporkan bahawa BBC akan meminta maaf kepada anggaran 74 juta penduduk global berhubung perkara itu. Menurut laporan itu, penonton daripada "Kuala Lumpur untuk Khartoum" akan dapat menonton siaran yang disediakan kepada 295 juta rumah, 1.7 juta bilik hotel, 81 kapal pesiaran, 46 syarikat penerbangan dan 35 platform telefon bimbit, di 4 zon masa yang berbeza. Menurut kenyataan BBC, jawatankuasa piawaian editorial Amanah BBC telah mengenal pasti pelbagai pelanggaran dalam garis panduan editorial yang disebabkan program-program yang silap.

"Ia telah dipersetujui bahawa memandangkan keadaan serius kerana tidak memohon maaf ketika penyiaran kepada penonton adalah sesuai," kata kenyataan tersebut.

Tetapi tidak satu perkataan pun dari Najib atau pasukannya. Dimalukan secara awam, dan masih lagi Utusan, The Star dan semua organ media tidak membawa sebrang kata mengenai perkara itu.

Tidak salah baginya menuntut maaf

Jadi apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuntut permohonan maaf daripada Perdana Menteri, beliau telah disokong oleh orang ramai walaupun mereka kata bahawa Najib akan berpura-pura untuk mengabaikan keseluruhan insiden atau mengutuknya sebagai "hasutan pembangkang". Tetapi adakah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Rakyat membayar RM84juta kepada firma publisiti UK? Siapakah yang mengarahkan FBC untuk menggilap imej Najib, memberi laporan yang terlalu cemerlang mengenai manfaat penggunaan minyak sawit, dan memuji pengendalian BN tentang orang pribumi?

"Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri untuk memohon maaf kerana membayar RM84juta bagi menggilap imej pentadbiran Najib ... sama seperti BBC meminta maaf untuk menerima bayaran sebagai pertukaran untuk imej yang positif bagi negara-negara yang mempunyai rekod teruk bagi amalan demokrasi dan rasuah, "Guan Eng menulis di dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, dalam gambaran sedih tentang kalibernya, Najib telah memilih untuk menyembunyikan kepalanya dalam pasir.

Begitu juga dengan kerajaan UMNO-BN yang diketuainya. Mereka semua seolah-olah gembira dengan dengan meletak kepala mereka dalam pasir dan menunggu supaya semua perkara menghilangkan diri. Siapa yang selain dari parti pembangkang yang akan menjaga kepentingan rakyat Malaysia? Adakah MCA akan bertanya kepada Najib tentang RM84juta yang dibuang ke dalam longkang? Adakah Gerakan, atau MIC? Bagaimana pula dengan Umno?

Namun, ia adalah lebih daripada beberapa saat memalukan bagi Malaysia dan satu lagi dimana Najib perlu memohon maaf. Itulah tahap minimum untuk memulihkan sedikit penghargaan global yang hilang melalui tindakan yang kurang bijaksana dan tidak beretika kerana membayar sebuah firma media upahan yang hanya pada asasnya untuk memulakan berita palsu dan menyebarkan kepada penonton yang tidak curiga.

Ada juga APCO, Mr Cool dan Ah Jib Gor ...

Tidak syak lagi, berikutan pendedahan FBC, Putrajaya mengakhiri kontrak RM96juta dengan FBC, dimana Najib mulakan pada tahun 2009. Tetapi FBC bukan hanya skandal media sahaja. Berikutan perasaan dan kedahagaannya untuk menjadi lebih hebat, Najib telah menandatangani strategi hubungan awam lain termasuk Zionis yang disokong oleh APCO Worldwide untuk menggilap imej peribadi beliau.

Berikutan serangan terhadap saingan ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin, pelantikan itu adalah hipokrit sebenarnya, terutamanya sejak Najib memberi kakitangan APCO akses kepada kemudahan komunikasi utama di negara ini. Ia adalah amat diketahui bahawa ramai kakitangan tertinggi di APCO adalah bekas pegawai peringkat tinggi di Shin Bet dan Mossad, perkhidmatan rahsia Israel. Itu adalah lawak yang teruk dan apabila Anwar, Pengerusi DAP Karpal Singh, pemimpin PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah mengambil isu mengenai perkara itu, kerana takutkan pelanggaran keselamatan negara, Najib menggantung mereka dan mengunci Parlimen selama 6 bulan!

Malah, tempoh APCO di Malaysia telah ditandakan oleh kontroversi. Begitu juga dengan pelantikan paling terkini pasukan kononnya terdiri daripada bekas kakitangan kempen "Parti Buruh Baru" bekas PM British Tony Blair. Kumpulan ini telah ditugaskan untuk menjadikan Najib 'Mr Cool' dan membaharui beliau sebagai reformis yang sederhana. Apabila berita dibocorkan, ia adalah jelas bahawa Najib telah gagallagi, kehilangan berjuta-juta wang awam. Rakyat Malaysia sama ada ketawa atau kecewa dengan perkara mengarut yang dikeluarkan beliau. Malah laman web Facebook 'Ah JIB Gor' telah gagal. Bertujuan untuk menarik orang Cina, ia telah diejek sebagai bodoh, tidak bergaya, dan satu langkah politik yang terdesak.

Keputusannya - Najib menjadi Juara Talam Dua Muka

Bukti bahawa penipuan media yang keterlaluan Najib tidak berkesan dan sebaliknya berpatah balik dalam bentuk sengatan dari editorial Washington Post yang mempunyai jawatan berpengaruh, yang menggambarkan kerajaan Najib sebagai "Juara talam dua muka". Ingat, Presiden Obama dan Hillary Clinton juga membaca Washington Post.

"Penipuan beliau telah dipermudahkan oleh juara talam dua muka yang lain, kerajaan Malaysia, yang mendakwa menghormati kedaulatan undang-undang tetapi menghantar Encik Kashgari dalam jet peribadi Saudi pada hari Ahad walaupun perintah mahkamah melarang beliau dari deportasi," kata Washington Post. Washington Post merujuk kepada wartawan Saudi Hamza Kashgari yang dideportasi secara haram sepupu Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein dari menghadapi kematian di negara sendiri disebabkan beberapa tweet pihak berkuasa Arab Saudi yang dianggap terkutuk. Aktivis hak asasi manusia di seluruh dunia telah memberi amaran, jika Hamza dihukum, akan terdapat darah di tangan Najib.

Jadi cukuplah dengan kata-kata hipokrit. Permainan telah berakhir. Anda telah bersalah. Mengakulah dan meminta maaf. Najib berhutang kepada Malaysia satu permintaan kemaafan atas skandal media yang diciptakan beliau dengan cara yang salah, dan kerana membazirkan wang rakyat secara bodoh dan terang.

Anak Bapa

Anak Bapa


Ibrahim Ali Akan Jilat Apa Saja

Posted: 21 Feb 2012 04:18 PM PST


Terserlah, sudah terang lagi bersuluh bahawa Perkasa di bawah pimpinan Ibrahim Ali ini adalah pecacai UMNO. Sebelum ini Anak Bapa dah cakap Perkasa ini adalah alat UMNO, muka sahaja muka NGO tetapi tubuh dan jasadnya adalah sebiji UMNO.

Apa yang diucap oleh pimpinan mereka adalah suara UMNO dan segala tindak tanduk mereka sememangnya menguntungkan UMNO. Malah sebahgian besar pemimpin dan ahlinya terdiri daripada aktivis UMNO.

Mereka menyamar sebagai NGO kerana apa yang dilakukan selama ini akan menjahanamkan terus BN. Sikap perkauman melampau mereka akan terus meletakkan parti komponen bukan Melayu dalam BN dalam keadaan tertekan daripada ahli-ahli mereka sendiri lantas membawa kepada perpecahan dalaman. Lantaran itu UMNO terpaksa bertopengkan NGO.

Terbaru majlis makan malam Perkasa beberapa hari lepas telah menjemput Rosmah suami Najib sebagai tetamu khas. Ini mengesahkan lagi sangkaan dan curiga kita kepada pertubuhan ultra-Melayu itu selama ini.

Di dalam ucapan aluannya, Ibrahim Ali tak putus-putus memuji Rosmah dengan ungkapan "we all love you". Musim pilihanraya katakan, ramai yang nak jadi calon. Malahan beliau gamak pula cium tangan Rosmah ketika menyambut ketibaan suami Najib ini. Anda ukur sendiri tahap keperibadian katak yang bernama Ibrahim ini.

Macam-macam kita boleh buat andaian tentang sikap Ibrahim ini tetapi satu yang pasti ialah kehadiran Rosmah sebagai tetamu khas Perkasa ini meyakinkan kita dengan seyakin-yakinnya bahawa Perkasa itu UMNO dan Umno itu Perkasa. I rest my case.

Anak Bapa: Dulu ingat tak sapa yang cakap jika dia masuk UMNO semula dia akan jilat b**t*t Mahathir …..

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Mengenang Nasibmu Hamza Kashgari...

Posted: 21 Feb 2012 07:06 AM PST

Logo Mukhabarrat - polis rahsia Saudi.

usinkata;...Dibawah ini satu komen dari pembaca blog picisan ini berkenaan posting yang lalu iaitu menceritakan al-kisah Hamza Kashgari..dan dibawah komen itu..al-kisah terbaru mengenai perjalanan Hamza Kashgari sehinggalah ia diusir keluar dari Malaysia..
Sekali lagi saya mengajak pembaca blog piciasan ini..berfikir dan melakukan sesuatu berdasarkan kehendak dan kepercayaan serta kebijaksanaan pembaca menilai isu ini dan Hamza Kashgari..

Anonymous Anonymous said...

Bukan soal bertaubat atau pengampunan, puisi tersebut dgn jelas menghina baginda. Jika nk bercakap mengenai pengampunan, jenayah2 yg ada adakah patut diberi pengampunan jika mereka sudah 'bertaubat'? Jika kesalahan begini tidak dibendung, maka ramailah lagi yg naik tocang. Yg patut bertaubat dan beristighfar adalah Farhana kerana pandangan beliau adalah bukan jenayah cuma barangkali berat sebelah (tidak mengaplikasikan kesalahan2 lain dgn hukum bertaubat yang dicanangkan olehnya) manakala mat arab tersebut patut dihukum!


Sekian,
Pemerhati


Hamza Kashgari, kamu dimana sekarang?

Sesiapa yang tahu mendalam tentang budaya Arab akan tahu bagaimana syair, sajak dan gurindam amat-amat dekat di hati bangsa Arab. Bukan sesuatu yang ganjil apabila kita bertemu seorang Beduin di padang pasir yang mungkin buta huruf tetapi boleh menghafal syair dan sajak yang berumur ratusan tahun. Puncak keindahan bahasa Arab ini boleh dihayati dalam al-Quran.

'I love the rebel of yours dear prophet..." aku berahikan pemberontakan yang kau bawa wahai Nabiku..' Mengikut Fadiah Nadwa Fikri, inilah intipati syair yang ditulis oleh Hamza Kashgari.

Hamza telah menyebarkan syair untuk menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhamad tahun lalu melalui Twitternya. Tahun ini 'kicauan' ini telah menjadi isu politik yang menggemparkan Arab Saudi.

Setahun dahulu tidak ramai yang ambil peduli tentang isi twitter dari Hamza ini. Tetapi pada tahun ini semuanya berubah. Perubahan ini berlaku kerana suasana budaya politik di negara-negara Arab bergolak dan berubah.

Politik di Mesir, Libya, Tunisia telah berubah. Di Yemen, Syria dan Bahrain pergolakan politik sedang berlaku. Anak-anak muda Arab telah turun ke jalan-jalan raya menuntut perubahan. Anak-anak muda Arab telah bosan dengan rejim lama yang menindas mereka.

Arab Saudi tidak dapat terus menjadi pulau yang bebas dari ombak perubahan. Apa yang sedang berlaku di dunia Arab telah mula meresap untuk mempengaruhi anak-anak muda Arab Saudi. Inilah latar belakang budaya yang menjadikan 'kicauan' Hamza Kashgari menggegarkan Arab Saudi.

Hamza Kashgari yang berumur 23 tahun adalah contoh anak muda Arab yang bijak IT dan pengamal media baru yang cekap. Anak kelahiran Riyadh ini juga seorang kolumnis untuk akhbar harian al-Bilad — akhbar tertua di Saudi yang bermula pada tahun 1932.
Hamzah lahir dari keluarga inteligensia Muslim. Ibunya saorang guru agama. Hamza sendiri graduan dari jurusan Islam. Dia juga seorang hafiz yang boleh membaca al-Quran tanpa melihat kitab ini.
Hamza Kashgari terbang ke Kualam Lumpur bukan dari Arab Saudi. Dia terbang dari Jordan. Sebenarnya Hamza Kashgari telah melarikan diri dari Arab Saudi ke Jordan. Dia merasa dirinya tidak selamat di Arab Saudi. Jordan hanya untuk sementara kerana negara ini juga tidak berkeupayaan untuk menjamin keselamatannya.
Nyawa Hamza Kashgari sedang terancam di tanah kelahiranya. Ini timbul kerana ada tuntutan agar anak muda ini di tangkap. Kumpulan kanan dan konservatif dari puak salafi 'telah naik minyak' dan mahu kerajaan Saudi menangkap anak muda ini.
Isi Twitter Hamza telah ditafsir sebagai menghina Nabi Muhammad. Malah nombor telefon Hamzah telah disebar kepada orang ramai. Maka tidak ada jalan lain — Hamzah terpaksa melarikan diri ke Jordan.
"Sebenarnya twit ini keluar tahun lalu. Tahun lalu tidak ada sesiapa yang peduli. Tetapi sebelum ini, Hamzah telah berbulan-bulan diawasi dan di ekori oleh mukhabarrat - polis rahsia Saudi. Bukan kerana twit tetapi kerana dia menyusun gerakan anak muda yang mahukan demokrasi.
Hamza cukup aktif... dia ramai kawan...dia baru sahaja berjaya membuat forum membincangkan apa yang berlaku di Syria," penerangan yang jelas dari Fadiah Nadwa peguam Lawyers for Liberty tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Menurut Fadiah, Hamza Kashgari telah sampai di Kuala Lumpur pada 7 Februari. Kuala Lumpur dipilih kerana warga Saudi tidak perlu meminta visa di kedutaan Malaysia di Riyadh. Visa lawatan boleh diambil ketika sampai ke mana-mana pelabuhan di Malaysia.

"Malaysia bukan negara yang dituju oleh Hamza. Dia mahu mencari suaka politik di Kanada atau di Eropah," tambah peguam yang membela Hamza ketika dalam tahanan di Bukit Aman.
"Sesampai di Kuala Lumpur, Hamza telah menginap di hotel. Esoknya dia telah menemui 'kenalan siber' seorang warga Malaysia yang pernah bertahun-tahun tinggal di Saudi. Esoknya pada 8 haribulan, bersama kenalan siber ini Hamza telah pergi ke kedutaan New Zealand untuk melamar visa.
"Visa telah diberi. Malah pegawai dari kedutaan New Zealand telah memberi nasihat untuk Hamza meninggalkan Malaysia secepat mungkin."
Sesudah mendapatkan visa, pada hari yang sama Hamza telah membeli tiket penerbangan ke Auckland New Zealand. Nasib Hamza pada ketika itu cukup baik kerana pada keesokan harinya ada pesawat yang akan terbang ke New Zealand.
Ketika Hamza merancang semua ini - 'mukhabarat' atau polis rahsia Saudi telah bekerja keras untuk mencium pergerakan Hamza dari Jordan hingga ke Kuala Lumpur. Pihak polis Saudi akhirnya telah bekerjasama dengan polis Malaysia untuk menangkap Hamza Kashgari.
Esoknya, pada 9 haribulan Hamza telah menuju ke KLIA untuk mengambil pesawat ke New Zealand. Mengikut peguam Fadiah, Hamza Kashgari telah ditangkap di lapangan terbang KLIA ini. Polis rahsia Saudi bersama dengan polis Malaysia sedang menunggu ketibaan Hamza di lapangan terbang.
Apabila disedari yang Hamza telah tertangkap, si kawan siber telah menghubungi Lawyers For Liberty. Dengan pantas kumpulan NGO yang berjuang untuk hak asasi manusia ini telah memulakan tugas. Keluarga Hamza di Saudi telah dihubungi.

"Saya bercakap dengan ibu dan ayah Hamza. Mereka dalam kerisauan... mereka takut apa yang akan terjadi pada anak mereka ... mereka melantik kami untuk membantu Hamza..." Fadiah mengingatkan kembali bagaimana perbualan dengan keluarga Arab ini wajib menggunakan penterjemah.
Perlembagaan Malaysia dengan jelas telah memberikan hak kepada peguam untuk bertemu anak guaman. Ini asas hak asasi manusia. Berpandukan dengan hak ini Lawyers for Liberty telah menghubungi Bukit Aman.
Para peguam merasakan bahawa Hamza Kashgari pasti sedang di tahan di Bukit Aman. Semua usaha untuk bertemu anak guaman telah gagal.
"Kami tidak dapat bertemu dengan Hamza Kashgari.. beberapa kali kami hubungi pihak berkuasa di Bukit Aman. Tidak ada jawapan yang tepat," kata Fadiah yang pada ketika itu masih belum putus asa.
Pada Ahad 12 haribulan Februari, Lawyers for Liberty telah berjaya mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan Hamza Kashgari dari meninggalkan Malaysia atau dihantar keluar Malaysia.
"Kami telah pergi ke rumah Hakim Datuk Rohana Yusoff di Subang Jaya untuk mendapatkan perintah mahkamah,"
Perintah mahkamah telah membuat arahan yang Hamza Kashgari tidak boleh di hantar keluar negara kerana telah ada permintaan harbeas corpus yang akan diajukan pada 13 haribulan dan akan didengar di mahkamah terbuka pada 14 haribulan.

Dengan perintah mahkamah ini para peguam telah bergegas ke Lapangan Terbang Subang untuk mencari Hamza. Subang dituju kerana besar kemungkinan polis rahsia Saudi telah datang dengan pesawat khas dan berlabuh di Subang.
Apabila mencari Hamza Kashgari di Subang gagal dengan cepat para peguam telah pergi ke KLIA dengan membawa perintah mahkamah. Sayangnya tidak ada nama Hamza Kashgari dalam data imigresen. Tidak ada nama masuk dan nama keluar.
"He is such a liar... dia telah menipu kerana tidak memberi maklumat tepat kepada peguam dan dia berniat untuk menipu mahkamah..." Inilah kata-kata keras dari Fadiah Nadwa untuk menjawab kenyatan awal Menteri Dalam Negeri Hishamudin Hussein yang menyatakan bahawa Hamza Kashgari tidak berada di Malaysia.
Berita Hamza Kashgari dihantar pulang ke Saudi tersebar di seluruh dunia. Media barat dan badan hak asasi antarabangsa telah menyelar Malaysia.
Kerana telah terbukti bahawa Hamza Kashgari memang telah pernah sampai ke Malaysia, maka Menteri Dalam Negeri telah berkata bahawa 'Malaysia tidak melindungi pengganas'.
Bagaimana tidak ada rekod kemasukan Hamza Kashgari ke Malaysia masih menjadi tanda tanya. Apa yang sahih ialah telah ada kerjasama antara Malaysia dengan 'mukhabarat' Saudi yang telah menerbangkan Hamza dengan pesawat terbang khas pada petang Ahad 12 Februari yang lalu.
Latheefa Koya, juga seorang peguam telah menerangkan 'di Saudi tidak ada hukum perundangan yang bertulis. Ini menjadikan nasib Hamza Kashgari dalam bahaya.
Abdel Rahman al-Lahim, peguam Hamza di Saudi Arabia hingga ke hari ini masih belum dapat menemui anak guamnya. Keluarga Hamza hanya mendoakan keselamatan 'Hamza'.
Akhbar Guardian terbitan London pada 17 Februari ini telah melaporkan bahawa kempen untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap Hamza Kashgari sedang berjalan di Saudi.
Media baru — Twitter dan Facebook — kelihatan berkempen sama agar Hamza yang dituduh menghina Nabi Muhammad ini dibunuh. Suara-suara dalam blog dan alam siber yang cuba membantu Hamza telah diancam sama.
Kes Hamza Kashgari ini masih belum selesai. Ianya membawa implikasi politik terhadap dasar hak asasi manusia negara ini. Suhakam telah bersuara membantah tindakan menghantar Hamza pulang.
Pada 27 Febuari yang akan datang mahkamah akan mendengar permintaan harbes corpus yang telah diajukan oleh Lawyers For Liberty. Kes ini bukan hanya mengenai hak asasi warga asing seperti anak muda Hamza Kashgari yang kita tidak tahu dimana dia ditahan sekarang.
Kes Hamza Kashgari ini juga adalah cermin tentang hak asasi warga Malaysia sendiri.

By Hishamuddin Rais | Yahoo! Malaysia Newsroom – Mon, Feb 20, 2012