Mak nyah antara 11 ditahan melacur
PELABUHAN KLANG - Seorang mak nyah tempatan antara 11 pelacur yang dicekup dalam serbuan Ops Noda di premis tiga tingkat deretan bangunan lama di Lorong Cungah di sini, petang kelmarin.

Ketika diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kelmarin, semua pelacur itu cuba meloloskan diri dengan menggunakan laluan rahsia yang diubahsuai dan disambungkan dengan siling premis bersebelahan, namun gagal.

Menurut sumber, semua pelacur itu enggan membuka pintu, sehingga memaksa polis memecahkan jeriji besi premis untuk masuk.