Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Hasan Ali yang semakin hilang akal

Posted: 06 Feb 2012 10:49 PM PST

Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata.


Dulu dia juga yang menjadi juara wala' dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala', tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.

Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk 'nyah-parasit' dan inilah yang telah berlaku.

Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penahanan Azmin Heli - Kerajaan Selangor pandang serius

Posted: 06 Feb 2012 07:24 PM PST

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK PETALING JAYA:

Kerajaan negeri Selangor memandang serius berita penahanan seorang lelaki negara ini oleh pihak berkuasa Indonesia yang didakwa bekas teman lelaki kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Malah pihak kerajaan negeri juga akan meneliti tindakan susulan sekiranya lelaki berkenaan ada hubung kait dengan individu yang menjadi buruan polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth yang juga Exco kerajaan negeri Selangor itu di Internet pada 2009.

"Kerajaan negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri Selangor.

"Perkara ini juga akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera," kata Sekretariat Akhbar, Pejabat Menteri Besar Selangor menerusi kenyataan di sini, Isnin.

Portal berita detiknews.com dari Indonesia menyiarkan laporan penahanan seorang lelaki warga Malaysia yang dikenali sebagai Azmin Heli oleh Jabatan Imigresen negara itu pada Jumaat lalu di Batam kerana memiliki pasport palsu.

Hasil pemeriksaan pihak imigresen, Azmin mengaku berasal dari Kuala Lumpur yang lahir pada 27 Mei 1975 dan beralamat di Jalan 4H, Ampang Selangor.

Berita itu juga menyebut bahawa Azmin yang memasuki Indonesia sejak 15 Februari 2009 menggunakan pasport Malaysia ini mengaku dibiayai keluarganya di negara ini dan PKR sepanjang berada di negara itu.

Pada 2009, negara digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth oleh bekas teman lelakinya sendiri yang dikenali sebagai Hilmi Malek.

Bagaimanapun Hilmi gagal dikesan pihak berkuasa walaupun waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pihak polis.

Gambar separuh bogel itu dikata dirakamkan ketika Elizabeth sedang tidur di sofa kediamannya.

Bagaimanapun selepas terbongkar kontroversi itu, Hilmi dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Ampang, dekat sini. - mStar

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan seorang pemuda rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia Jumaat lalu adalah individu sama yang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong.


Lelaki yang sebelum ini dikenali sebagai Hilmi dan menetap di Ampang, Selangor itu menjadi buruan polis sejak tahun 2009 selepas tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet pada 2009.


Elizabeth ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Bukit Lanjan.


Hilmi atau Azmin Hilmi didakwa bekas teman lelaki ahli politik wanita itu.


Satu sumber berkata, PDRM dimaklumkan bahawa lelaki bernama Azmin Helmi, 37, yang ditahan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia atas kesalahan memiliki dokumen palsu adalah Hilmi iaitu individu sama dicari polis Malaysia sejak tiga tahun lalu.


"Ya (adalah Hilmi). Dia sah telah ditahan di Batam Sentral, Indonesia.


"Bagi membawa Hilmi pulang bagi siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth, ia akan memakan masa. Kita akan bekerjasama dengan pihak polis Indonesia untuk tujuan itu," kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.


Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Elizabeth.


Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di alamat Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri keluar negara ekoran terbongkarnya skandal itu.


Hilmi dicari bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet.


Maklumat terakhir yang pernah disiarkan akhbar-akhbar tempatan ialah Hilmi didakwa bersembunyi di Indonesia.


Pada 17 Februari 2009, negara digemparkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth. Difahamkan, gambar-gambar dari pelbagai sudut itu diambil tanpa pengetahuan mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tidur di rumahnya.


Gambar-gambar tersebut disahkan Elizabeth sebagai gambar-gambar dirinya

Aishah (penyanyi) dekati PAS

Posted: 06 Feb 2012 05:44 AM PST

Malam tadi saya hadir majlis Mahabbah Anak-Anak Kedah di Perantauan bertempat di Dewan Mohd Fadzil Noor kompleks KUIZM di Taman Melawar Gombak. Di backdrop tertera yang akan menjadi tetamu ialah MB Kedah Azizan Razak, Mahfuz Omar, Saifuddin Nasution Ismail dan Dr Mariah Mahmud.

Ingat boleh berjumpa dengan Azizan Razak untuk bertanya mengenai serangan anak muda ke atas beliau berhubung kenyataannya mempertahankan tindakan KUIN yang mengenakan tindakan AUKU untuk menggantung lima orang mahasiswanya yang tunjuk perasaan.

Tetapi mendukacitakan sedikit kerana Azizan tidak hadir. Seorang orang kuat Pas Kedah memberi tahu Azizan ke Terengganu berjumpa dengan presiden Abdul Hadi Awang. Katanya ada hal penting. Tetapi saya sudah boleh mengagak pemergian Azizan itu adalah untuk menyerahkan senarai calon Pas Kedah dan pembahagian kerusi dengan PKR dan DAP.

Nampaknya negeri Kedah menjadi negeri terawal telahfinalize calon-calonnya untuk diletakkan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Perkembangan ini menunjukkan Pas Kedah tidak ada sebarang masalah dan perebutan calon. Situasi ini memberi peluang cerah Pas dan PKR untuk mempertahankan kerajaan Kedah dalam pilihan raya akan datang.

Bukan saja Azizan, Saifuddin yang baru menerima gelaran Datuk yang dijangka hadir juga tidak hadir. Saifuddin ketika ini katanya berada di

Turki bersama Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali dan lain-lain. Saifuddin bersama rombongan Anwar akan pulang 11 Februari nanti. Sebelum itu mereka akan ke Makkah untuk mengerjakan umrah.

Pemergian Anwar ke Turki juga saya kira ada kena mengena dengan suasana hampirnya pilihan raya umum. Pasti pemergian itu akan dituduh UBN sebagai mencari sokongan termasuk belanja pilihan raya?

Allah itu maha adil. Walaupun dua tetamu yang ditunggu itu tidak hadir tetapi Dia telah mengganti dengan seorang tetamu istimewa yang tidak saya sangka sama sekali. Tetamu yang dimaksudkan itu ialah kehadiran penyanyi bersuara nyaring manja, Wan Aishah Wan Ariffin. Kehadiran artis ini seakan menjadi galang ganti kepada ketiadaan Saifuddin dan Azizan Razak.

Sudah lama saya tidak nampak kemunculan penyanyi yang terkenal dengan beberapa buah lagu termasuk, Camar Yang Pulang, Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu dan lain-lain ini. Dia datang bersama seorang anaknya. Saya mendapat tahu Aishah menjadi tetamu majlis makan malam itu.

Kedatangan Aishah itu sudah tentu menyemarakkan lagi majlis mahabbah itu. Ia dikatakan istimewa kerana Aishah duduk bersama di atas pentas pemimpin Pas yang lain. Aishah juga dijemput untuk memberi sepatah dua kata.

Saya tidak dapat mengagak apakah Aishah sudah berubah dan mendekati diri dengan Pas? Tidak pula kedengaran sebelum ini gosip-gosip itu. Tetapi yang nyata ia seakan berkebetulan buat saya. Beberapa malam sebelum ini saya telah mengikuti satu ceramah ringkasCatriona Ross menerusi you tube. Isi ceramah benar-benar mengejutkan saya. Bintang selebriti ini nampaknya cenderong kepada gerakan Islam.

Apakah Aishah juga begitu? Semasa memberi ucapan ringkas saya dapat menyelami yang Aishah juga seolah terpanggil untuk bersama Pas merubah kerajaan. Apa yang terdengar dalam ucapannya beliau memesan agar memilih pemimpin yang boleh memimpin rakyat ke arah kebaikan.

"Pilihlah pemimpin yang baik akhlaknya, yang isterinya juga baik..." begitulah kata Aishah. Minda politik saya terus membaca kata-kata Aishah itu tertuju kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Selepas selesai majlis saya bertanya kepada Mahfuz Omar mengenai kedatangan Aishah. Kata Mahfuz memang penyanyi itu rapat dengan Pas Kedah. Sebelum ini Aishah pernah sama-sama menjaya satu program pendidikan untuk anak-anak muda bersama dewan pemuda.

Majlis Mahabbah semalam adalah anjuran Pas Kawasan Pokok Sena. Lebih 300 yang hadir kebanyakannya pemimpin dan bekas pimpinan Pas Pokok Sena. Ia termasuk Cikgu Mahmud iaini ayah kepada Dr Mariah Mahmud dan juga Abdul Halim Arshad bekas Setiausaha Agung Pas. Turut sama hadir Apandi Mohamad sebagai menemani isterinya Solehah Mahmud yang juga asal Kedah dan adik kepada Dr Mariah.

Sementara itu ucapan Dr Mariah malam tadi cukup bermakna buat saya kerana dapat mengenali serba ringkas kehidupan dan latar belakang keluarganya. Rupa-rupa Dr Mariah dilahirkan oleh sepasang pejuang Pas yang ulet dari Kedah. Ibunya bekas Naib Muslimat manakala ayahnya adalah bekas bendahari.

InsyaAllah saya akan membuat catatan khas mengenai detik-detik yang membawa Dr Mariah ke gelanggang politik. Paling menarik ialah kisah tentang Dr Mariah yang menjadi satu-satunya pelajar Kolej Kursiah yang memakai tudung dan diejek sebagai gadis tanpa telinga. [wm.kl.6:09 pm 05/02/12] . MSO

Konspirasi singkir MB Kedah

Posted: 06 Feb 2012 03:17 AM PST

Pemimpin, ahli PKR dalang penyebaran isu cuba jejas imej MB Kedah

ALOR SETAR: Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dipercayai terbabit dalam usaha halus untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan sengaja membangkitkan pelbagai isu untuk menjejaskan imej beliau menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sumber dalaman PAS berkata, usaha halus itu mula digerakkan secara aktif sejak beberapa bulan lalu untuk menyingkirkan Azizan jika pembangkang kembali menguasai Kedah selepas PRU-13.

Berikutan itu, ahli PAS peringkat pimpinan pertengahan dan bawahan negeri kini bertekad untuk mempertahankan kedudukan Azizan dan menuntut semula semua kerusi PKR yang bermasalah lompat parti bagi diserahkan kembali kepada PAS.


"Walaupun tidak membabitkan PKR Kedah secara keseluruhan, namun perbuatan segelintir mereka dibimbangi mampu merencatkan usaha pembangkang untuk kekal memerintah Kedah selepas pilihan raya umum akan datang.

"Apa yang dikesalkan beberapa orang dari PKR, termasuk di peringkat kepemimpinan negeri didapati mula tersalah arah dan bersikap oportunis untuk mencari populariti.

"Perbuatan ini mungkin menguntungkan mereka secara peribadi namun tidak kepada pembangkang.
"Mereka harus fokus untuk menghadapi pilihan raya secara bersama dan bukan dengan menyerang Azizan hingga melemahkan pembangkang," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, PAS bagaimanapun masih percaya bahawa perpaduan antara PKR dan DAP adalah kunci kepada kejayaan pada pilihan raya akan datang, namun tidak mustahil mengambil tindakan yang lebih agresif jika kegiatan golongan itu menular dan menjejaskan perpaduan pembangkang.

"Jika ia berterusan, ahli kita di peringkat pertengahan dan bawahan akan mendesak semua kerusi PKR yang lompat parti diserahkan semula kepada PAS," katanya.

Kelmarin, UMNO Kedah menyifatkan suasana semasa politik negeri memberi gambaran jelas bahawa kedudukan Azizan semakin goyah berikutan wujud usaha dalaman menjejaskan imejnya dan menggantikan dengan tokoh lain menjelang pilihan raya akan datang.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata berdasarkan isu dan maklumat yang diketahuinya ketika ini menunjukkan usaha menyingkirkan Azizan semakin jelas dan ia didalangi beberapa pimpinan dalaman pembangkang sendiri.

Beliau berkata, tindakan beberapa pemimpin PAS dan PKR yang mempertikaikan tindakan Azizan berhubung isu penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), menunjukkan bahawa pembangkang itu hanya mengutamakan politik, tanpa berusaha memahami tindakan Azizan. - Malaysia Today

Mad Said ajak rakyat Ganu khususnya di Marang maing motor-cross ... hahahaha

Posted: 06 Feb 2012 02:53 AM PST

MB: Hadiah litar jika BN tawan Marang


RHU RENDANG – Hadiah berupa sebuah litar lumba 'motor cross'menunggu penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang jika Barisan Nasional (BN)dapat menawan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau akan menyokong cadangan untuk membangunkan kawasan berbukit bukau di Gong Cempedak di sini, menjadi sebuah litar tetap kejohanan lumba motor lasak pada masa akan datang.

Bahagian Parlimen Marang terdiri daripada empat kerusi Dun iaitu Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Payong dan Alor Limbat.

Bukit Payung dan Rhu Rendang dikuasai oleh Pas manakala Pengkalan Berangan dan Alur Limbat berada dalam tangan Umno-BN.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan Adun Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang.


Ahmad berkata, projek pembinaan trek lumba 'motor cross'di kampung berkenaan sudah pasti akan diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan jika Dun Rhu Rendang yang sejak sekian lama dikuasai Pas, ditawan BNkali ini.

"(Ia) terpulang jika BN menang di Marang, sudah 20 tahun lebih (diberikan kepada) Pas, (kita harap) penduduk Rhu Rendang ubah selera. Jika kawasan ini dimajukan (sebagai litar tetap kejohanan lumba motor lasak) penduduk Rhu Rendang juga akan mendapat faedahnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke kawasan litar itu,yang dirancang untuk dijadikan sebagai lokasi kejohanan 'DR 4 x 4 Ranggok' peringkat antarabangsa bermula dari 9 hingga 11 Mac depan,anjuran Kelab Ranggok Marang.

Hadir sama Penaung Kelab Ranggok juga Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku dan Naib Ketua Umno Marang merangkap Penasihat Eksekutif Kelab Ranggok, Datuk Razali Idris.

Difahamkan kira-kira 1,800 peserta dari luar negara,antaranya termasuk peserta Thailand dan Indonesia akan menyertai kejohanan itu yang akan melibatkan perlumbaan motor cross, pacuan empat roda dan mountain bike, bertujuan menarik pelancong ke negeri ini.

Selain itu, Menteri Besar berkata, lebih banyak projek pembangunan akan dilaksanakan Kerajaan Negeri,bukan sahaja di Dun Rhu Rendang,malah di bahagian Parlimen berkenaan jika BN dapat merampas semula kawasan tersebut pada PRU13.

"Kita mahu laksanakan banyak projek di kawasan ini, tetapi penduduk mestilah menunjukkan sokongan kepada kerajaan supaya kita dapat membantu mereka," katanya. -Sinar

STONE :  Sapa-sapa yang teringin sangat nak maing motor-cross g la undi BN dalam PRU 13 nanti. Nak gak aku nengok mad said, TGHH sama-sama berlumba hahaha mesti hebat kan. 
Ni sorang lagi patut joing Raja Lawak musim depang .... hahaha gelak guling-guling ... Kalau nak rasuah pun pikiaq la benda lain hoi mad said ........ 

Hassan Ali yang 'katun' dikecam

Posted: 06 Feb 2012 12:44 AM PST

Pemimpin PAS yang dipecat, Hassan Ali sudah tentu merasakan bahawa beliau sedang menggegarkan senario politik orang Melayu tetapi untuk ahli-ahli PAS, beliau sedang membuat lawak jenaka untuk dirinya sendiri dan menasihati beliau untuk berhenti.

"Semua ini tentang PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR. Ini bukanlah satu rahsia. Beliau dalam Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini takkan tak ingat? Ini memang kartun!," ujar Hatta Ramli, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai memberitahu Malaysia Chronicle.

Kumpulan Sekular

Hatta merujuk kepada dakwaan Hassan bahawa ...
72% daripada kepimpinan PAS dikawal oleh kumpulan sekular yang "bekerjasama dengan DAP dan PKR."

Menurut Hassan, yang selebihnya dalam kepimpinan PAS terdiri daripada ulamak yang sanggup mengenepikan tujuan asal parti demi untuk menyokong cita-cita Anwar Ibrahim untuk mejadi PM selepas PRU 13 nanti.

"Saya telah menerima pendidikan sekular tetapi saya mahu PAS dipimpin oleh ulamak yang mendapat pendidikan di Mesir dan Jordan," The Star melaporkan Hassan Ali berucap dalam ceramah beliau di Muar pada hari Jumaat.

Bersabar

Hassan dipecat daripada PAS selepas beliau melancarkan serangan secara verbal terhadap kepimpinanan parti. Beliau juga menyerang rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan menuduh mereka menutup mata dalam kes memurtadkan orang Islam kepada Kristian.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu juga mendedahkan bagaimana kepimpinan parti telah cuba untuk mendesak beliau untuk melembutkan pendirian beliau dan mengikut telunjuk Pakatan.

"Mereka desak saya untuk bersabar dan berkata bahawa undang-undang Islam akan dilaksanakan selepas Putrajaya di tawan."

Taboo Islam, Melayu dan Raja dalam Pakatan

Dalam ceramah beliau, Hassan juga memberi amaran kepada orang Melayu bahawa hak mereka akan hilang dalam Perlembangaan sekiranya Pakatan dibenarkan mengambil tampuk pemerintahan negara.

Menurut beliau lagi, Islam, Melayu dan Raja juga taboo untuk pemimpin Pakatan dan ini akan membahayakan cara hidup Melayu dan hak mereka.

Hassan dituduh menjual diri kepada PM Najib Razak, yang dengan secara terbuka memuji usaha beliau untuk menyatukan orang Melayu. Walaubagaimanapun, pengkritik Hassan mengatakan bahawa beliau dijanjikan jawatan MB Selangor sekiranya beliau berjaya membawa kembali negeri itu kepada Umno. Untuk kali pertama semenjak 1957, Selangor jatuh kepada Pakatan Rakyat setelah pengundi kecewa dengan rasuah dan ketidak effisyenan kerajaan BN.

"Dia asyik memainkan sentimen yang sama. Kenapa dia tak menjelaskan bagaimana dia telah menjadi begitu rapat dengan Umno?" ujar Hatta lagi.

Malaysia Chronicle

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KENAPA PILIHANRAYA 13 TAK BOLEH NAK JALAN

Posted: 06 Feb 2012 04:51 AM PST

PR Berbakti Pada Setiap Waktu

Posted: 06 Feb 2012 04:23 AM PST




IJOK, 5 FEB : Kerajaan Pakatan Rakyat mengamalkan dasar bekerja untuk rakyat tanpa mengira waktu dan bukan sekadar mengambil hati sempena Pilihanraya Umum sepertimana yang diamalkan oleh Kerajaan Umno-BN.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu bahawa peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan PR bukan sekadar memancing undi sebaliknya dilakukan sejak memegang tampuk negeri pada tahun 2008.

"Setiap tahun semenjak 2008, kita memperuntukkan dana lebih daripada RM16 juta kepada sekolah persendirian Cina, Tamil dan Agama Rakyat yang sebelum ini tidak dihiraukan oleh Barisan Nasional selama berpuluh-puluh tahun.

"Ini bukti bahawa kita telah dapat jalankan tugas dan menunaikan janji-janji kita kepada rakyat," ujar Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Sambutan Pesta Ponggal Peringkat DUN Ijok yang diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chi Batang Berjuntai petang tadi.

Selain itu, Khalid turut memberitahu bahwa kerajaan PR turut membawa banyak perubahan dalam pentadbiran negeri antaranya dari segi ekonomi dan sosial.

"Sebelum ini tidak pernah kita berpeluang menggunakan Sekolah Tiong Hua untuk sambutan perayaan Ponggal. Tapi kini kita sudah berpeluang.

"Inilah antara bukti bahawa kita telah bawa perubahan dalam minda tiap-tiap rakyat," jelas Khalid lagi.

Majlis yang bermula pada pukul 5 petang itu dihadiri lebih 500 orang pengunjung selain kehadiran tetamu-tetamu kehormat yang lain iaitu EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Kumpulan Bersenjata Halang Ceramah PR Di N Sembilan

Posted: 06 Feb 2012 04:20 AM PST

SHAH ALAM 6 FEB: Usaha sebuah cabang PKR Negeri Sembilan untuk mengadakan ceramah di Rantau, Negeri Sembilan semalam dihalang oleh sekumpulan lelaki bersenjata tajam yang mendakwa mereka penyokong Umno-BN.

Setiausaha PKR Rembau, Nor Azizi A Aziz berkata insiden itu berlaku apabila petugas PKR dari Cabang Rembau tengah membuat persiapan bagi ceramah itu di kawasan lapang di dalam Taman Jade Indah, Rantau.

"Ketika beberapa petugas sedang membuat persiapan bagi menjayakan ceramah itu pada kira-kira jam 6.30 petang, datang sekumpulan lebih kurang 30 orang bersenjata tajam ke arah mereka lalu membuat ugutan supaya ceramah itu tidak diteruskan.

"Kumpulan mereka menjadi lebih besar selepas itu dengan kehadiran lebih ramai orang. Salah seorang daripada mereka mengakui sebagai Ketua Kampung Kuala Sawah manakala yang lainnya mengatakan mereka penyokong Umno-BN.

"Mereka juga menyatakan tidak akan membenarkan sebarang program atau ceramah PR diadakan di situ kerana kawasan itu kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Kumpulan itu juga melaungkan kata-kata kesat kepada petugas PKR berbangsa India yang terlibat di dalam kerja-kerja persiapan ceramah tersebut.

Azizi berkata, kehadiran polis selepas itu menyebabkan kumpulan tersebut bersurai meninggalkan kawasan tapak ceramah itu.

Ekoran insiden itu, pihaknya sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Kuala Sawah Rantau selepas itu.

Katanya, pihaknya berharap polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, disebabkan itu juga ceramah PR yang melibatkan beberapa pemimpin termasuk ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard terpaksa dipindahkan ke Taman Pnggiran, Senawang.


Kopitiam Bang Nan

0
sumber :-

Kopitiam Bang Nan


Gambar2 MLM Hasan Jati di Ampang Indah...

Posted: 06 Feb 2012 04:46 AM PST

Publisiti besar-besaran program MLM Hasan Jati di Ampang Indah benar-benar telah menarik 2 juta ummah untuk sama-sama menjadi downline Hasan. Ada seorang kawan yang telah memberikan angka lebih besar, "5 jute!" Katanya. Hasan diberitakan telah meraih berjuta-juta ringgit malam tadi. Itupun tidak termasuk derma jihad yang dilancarkan.


Selain dari banner yang dinaikkan seluruh Ampang, leaflet juga disebarkan ke masjid-masjid, surau-surau, kereta-kereta dan tempat-tempat awam.

Hasan, selain dari modal PhD nya juga seperti gaya pakar motivasi yang lain menjadikan air mata sebagai daya tarikan utama. Namun, hujan renyai-renyai yang turun semasa ceramah MLMnya gagal membezakan downline yang betul-betul menangis atau memang ditimpa hujan.


Hassan Ali jual kismis jampi?


Pentas yang disediakan oleh Umno Ampang tidak dapat disembunyikan lagi sebagaimana yang diakui sendiri oleh blogger Umno Aku Peduli Apa. Hehehehehehe!!

 
Add caption
I
Cuba perhatikan gambar di sebelah kiri, betapa ramainya manusia malam tadi. Tak nampak? Siapa tak nampak dia memang anak ..... (seperti filem Nujum Pak Belalang).

Gambar bawah...lembu Shahrizatpun datang bro. Yang sopak, yang tempang....semua ada. Hebattt

Add caption
Wah!! Ini gambar paling menarik. Dalam gelap Mail Kijo dan Aziz Derus (Setiausaha Umno Bahagian Ampang) pun ada. Hehe...


Dan ini adalah bukti paling nyata, Hasan Jati di dalam program pemasaran MLMnya sebenarnya didokong oleh Umno...Hehe!! Kantoi bro...

Add caption





RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRU13: Pas sahkan pilih Salahuddin ke Johor

Posted: 06 Feb 2012 05:49 PM PST


Pesuruhjaya-Pas-Johor,-Datuk-Dr-Mahfodz-Mohamed
SENAI – Pas Johor mengesahkan khabar angin bahawa Naib Presidennya, Salahuddin Ayub bakal menyertai persaingan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sambil menekankan, ia sebahagian daripada strategi mereka mahu bertapak di selatan Semenanjung.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, idea itu telah dicadangkan oleh beliau kepada pimpinan pusat agar dapat memberi suntikan ke atas kepimpinan negeri memecahkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

"Memang itu idea saya, kita pilih Salahuddin sebab dia merupakan anak jati Johor dan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan politik di negeri ini.

"Malah, dia juga merupakan antara pemimpin tertinggi Pas di peringkat pusat dan dikenali ramai, baik dari kalangan kawan mahupun lawan.
Read More / Baca Lagi >>

Najib takut isytihar PRU13

Posted: 06 Feb 2012 05:48 PM PST


pas
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Menurutnya, keadaan itu turut dipengaruhi sokongan kaum Cina yang berbelah bahagi sejak akhir-akhir ini berikutan sudah tidak yakin dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, lebih separuh masyarakat Cina yang merupakan kaum kedua terbesar di negara ini dijangka memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) pada PRU akan datang.

"Najib tidak berani untuk mengumumkan pilihan raya Mac ini kerana 70 hingga 80 peratus orang Cina sudah bersedia membawa perubahan dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Nasihat Terakhir Buat Syarizat Jalil

Posted: 06 Feb 2012 05:31 PM PST

Oleh: neraca

"Asiyah binti Muzahim(ratu Syahadah) adalah isteri dari seorang penguasa yang zalim iaitu Firaun laknatullah alaih. Akibat dari keimanan Asiyah kepada kerasulan Nabi MUsa, dia harus rela menerima seksaan pedih dari suaminya.

Betapa besar pun kecintaan dan kepatuhannya pada pada suami ternyata di hatinya masih tersedia tempat tertinggi yang dia isi dengan cinta pada Allah dan RasulNya. Surga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan yang dia rasakan di dunia akibat meninggalkan kemewahan hidup, budaya dan tradisi leluhur yang menyiompang dari syariat Allah, ditelan begitu sahaja demi kesenangan abadi. Akhirnya Asiyah meninggal dunia dalam keadaan tersenyum meskipun dalam seksaan pengikut firaun.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda; "Firaun memukulkan kedua tangan dan akki Asiyah dalam keadaan terikat.Maka ketika firaun dan pengikutnya meninggalkan Asiyah , malaikat menaunginya lalu ia berdoa;" Ya Rabb bangunkanlah sebuah rumah bagiku di sisiMu di dalam surga."

Maka Allah perlihatkan rumah yang telah disediakan untuknya di surga sebelum dia meninggal.

Dari kisah ini, hamba Allah yang hina ini menasihatkan kekanda syarizat meletakkan jawatan serta taat akan perintah Allah sepert menutup aurat. Dan juga tunduk kepada syariat Allah dan RasulNya. Asalkan berada di atas kebenaran, kita tidak perlu takut kehilangan pangkat, dibenci oleh masyarakat, sahabat mahupun orang yang paling istimewa dihati kita. Dengan itu, kita akan dapat cinta sejati, Cinta Allah Rabbul Alamin."


 

Deal with it now or lose control later, police told

Posted: 06 Feb 2012 05:27 PM PST

Deal with it now or lose control later, police toldThe police has been urged to act professionally and avoid siding any party or individual in all its dealings with the public, said a PAS Central Committee member.
Mazlan Aliman , responding to a spate of life-threatening intimidations aimed at Pakatan Rakyat leaders, warned that any failure on the part of the force to deal with such matters fairly could give rise to a situation in future that police would find hard to control.
Saying there had been many police reports lodged to urge the authorities bring to book those behind acts of intimidation, Mazlan lamented the absence of any serious action.
"What is the mechanisme employed by the police to investigate and solve the case? Are the police not aware of those people who are bent on using extreme provocations?" Mazlan asked when contacted by Harakahdaily, referring to the arson attack at the house of Johor PAS commissioner Dzulkefly Ahmad early Friday, destroying his two cars and part of the ground floor of his house.
Read More / Baca Lagi >>

‘Fenomena Ustaz Azhar’ pulihkan sokongan anak muda?

Posted: 06 Feb 2012 05:25 PM PST

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Benar sebagaimana sering disebut-sebut orang bahawa kerja mengisi dan mempertahankan kemenangan http://3.bp.blogspot.com/-vqj2wtdGee0/Tcl1BhkKb8I/AAAAAAAABBo/wGFwd_B4m5c/s1600/ustaz+azhar+idrus_thumb%255B4%255D.jpgdalah jauh lebih payah berbanding usaha mencapainya. Kebimbangan itu akhirnya menjadi kenyataan terhadap kerajaan PAS Terengganu. Ia hanya mampu bertahan sepenggal iaitu antara 1999 hingga 2004.

Barisan Nasional (BN) cepat belajar daripada kekalahannya pada 1999 itu. Antara yang dipelajarinya ialah betapa padah diterimanya itu ialah kerana mengenepikan sentimen dan citarasa anak-anak muda. Bukankah penggerak utama reformasi di serata negara ketika itu adalah khalayak bawah 40-an?
Read More / Baca Lagi >>

Shahrizat tepis kiri, kanan, belakang, depan selamatkan jawatan

Posted: 06 Feb 2012 05:23 PM PST


Oleh Adnan Ibrahim
SEMUA orang tengok Shahrizat tetapi beliau masih berselindung kononnya naik haji berkali-kali. Namun orang tahu haji mabrul tu macam mana? Apakah Shahrizat dapat? Haji mabrul tu Allah SWT boleh tunjuk atas dunia tapi apakah ciri tu ada pada Shahrizat?
 

Tak apalah itu hak Shahrizat dengan Allah. Ibadah dia. Pahala dia tapi setelah dapat pahala buatlah kebaikan dan cegah mungkar. Shahrizat tidak boleh lepas tangan projek suami dia. Kalau dia tak jadi menteri apakah suami dia dapat projek pinjaman mudah tu.
Read More / Baca Lagi >>

Persamaan nilai dalam perayaan

Posted: 06 Feb 2012 05:16 PM PST

Oleh Adil Mat Selamat
Tercipa satu lembaran sejarah di tanah suci kota Mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah, bermulalah sebuah kisah,
Malam isnin subuh yang indah 12 Rabiul Awal yang cerah,
20 April Tahun Gajah, lahirlah zuriat yang sa'adah…
- potongan lirik nasyid Maulidur Rasul
Read More / Baca Lagi >>

Wawancara Roketkini bersama A. Samad Said – i

Posted: 06 Feb 2012 05:14 PM PST


Hanyutkan kotoran hanyir dari bumi ini…

Bahagian Pertama


"Entah mengapa terlalu terasa pergolakan pitam,
segala lendir-lendir nanah masih pekat melimpah.
Dan petang yang datang dijangka membawa harum harapan
selalu petang yang sudah kehilangan senyumannya.

Bertundalah kekalahan dalam kehidupan manusia
tapi kita mesti pantang berpaling dari dikarami kecewa."
— petikan dari puisi bertajuk Hitam oleh Sasterawan Negara A Samad Said, yang ditulis beliau pada tahun 1956 ketika Persekutuan Tanah Melayu sedang hangat dalam gelora menuntut kemerdekaan.
Read More / Baca Lagi >>

GE-13: Keep waiting

Posted: 06 Feb 2012 05:13 PM PST

GE-13: Keep waitingAccording to the original plan, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak wished to hold the 13th general election in March or April this year. However, the plan was held back by various problems and even former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad advised that they should delay calling the election.
Dr Mahathir said that the BN has sufficient time to win more votes from groups, particularly the Chinese community. He said that he was confident Najib would probably secure a simple majority in Parliament, instead of the two-thirds control lost in the 2008 general election if the 13th election was held today.
According to an assessment, it is almost impossible for the BN to win back the two-thirds majority and thus, it should be considered as an accomplished mission if they can achieve the targets of not doing worse than the 2008 general election and winning back Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Union reps say clueless over EPF loan scheme

Posted: 06 Feb 2012 05:12 PM PST

KUALA LUMPUR, Feb 7 — The government did not consult the Employees Provident Fund's (EPF) board of employee representatives when it decided to use RM1.5 billion from the EPF to give home loans to unqualified buyers, union officials have said.
Former Sabah Commercial Employees Union (SCEU) general secretary Rebecca Chin, who sat on the EPF board from 2007 to January 31 this year, charged that she was not informed of the new loan scheme during any of the EPF board meetings.
"By convention, we should have been informed. I was a representative of SCEU until January 31, but I was not even aware of this. We were not aware of it until the announcement was made and we had to read it in the newspapers," she told The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan UMNO-BN takut dilihat tambah hutang, paksa simpanan pekerja dalam KWSP dijadikan pinjaman

Posted: 06 Feb 2012 05:10 PM PST

Kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang tidak berani membuat pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk projek perumahan kos rendah, telah memaksa KWSP untuk memberi pinjaman kepada para pembeli rumah tersebut.
Ini adalah kerana kerajaan pusat tidak mahu hutangnya sudah mencapai tahap bahaya, iaitu RM456 bilion pada akhir tahun lalu, yakni meningkat 88.4 peratus daripada RM242 bilion pada 2006.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, menyatakan bahawa Kementerian Kewangan cuba menyembunyikan pendedahan hutangnya dengan hanya mengeluarkan jaminan kerajaan sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Wakil kesatuan tidak dimaklum skim pinjaman perumahan KWSP

Posted: 06 Feb 2012 05:03 PM PST


KUALA LUMPUR, 7 Feb — Kerajaan tidak pernah berbincang dengan ahli-ahli lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung pemberian pinjaman berjumlah RM1.5 bilion kepada pembeli rumah yang tidak berkemampuan, kata seorang wakil kesatuan sekerja.
Bekas setiausaha agung Kesatuan Sekerja Komersial Sabah (SCEU) Rebecca Chin berkata beliau tidak dimaklumkan tentang cadangan skim pinjaman perumahan terbaru semasa menghadiri mesyuarat ahli lembaga KWSP.
"Kami seharusnya diberitahu melalui mesyuarat," katanya kepada The Malaysian Insider semalam. "Saya merupakan wakil untuk SCEU hingga 31 Januari, tapi saya langsung tidak dimaklumkan berkenaan hal tersebut. Kami tidak sedar tentang perkara itu sehingga pengumuman dibuat dan kami hanya membacanya melalui akhbar."
Read More / Baca Lagi >>

Is Najib diluting local leaders’ influence?

Posted: 06 Feb 2012 04:55 PM PST

Not everyone in Umno is happy with his meet-the-people sessions.
By Rashid Ahmad
KUALA LUMPUR: The election fever is still around, but temperatures are not as high as they were at the end of last year, when politics was on everyone's lips, including schoolchildren.
The fever started going down in December, when people were busy collecting the RM100 government handouts for their school-going children. This month, they are busy filling up forms for the RM500 cash aid.
Meanwhile, Prime Minister Najib Tun Razak is continuing with his meet-the-people sessions, announcing various new policies and trying to rebut allegations of Barisan Nasional misdeeds. The opposition parties seem to have plenty of information that even grassroots Umno leaders are not privy to.
Read More / Baca Lagi >>

Salahuddin ke Johor, kerusi belum muktamad

Posted: 06 Feb 2012 04:54 PM PST

NOOR AZURA SAHRIL
salahuddin
SHAH ALAM – Teka-teki berhubung keputusan Pas meletakkan Salahuddin Ayub bertanding di negeri kelahirannya, Johor terjawab apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Naib Presiden itu akan beralih kawasan kali ini.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberitahu kawasan yang mungkin ditandingi Salahuddin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Salahuddin sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Mustafa mengakui terdapat perbincangan mengenainya, namun keputusan itu masih belum muktamad dalam menentukan kedudukan Salahuddin, yang merupakan anak jati Tanjung Piai, Pontian, Johor.
Read More / Baca Lagi >>

Over 350 dead from cold in Europe's arctic spell

Posted: 06 Feb 2012 04:50 PM PST

Palestinian unity moves further alienate Israel

Posted: 06 Feb 2012 04:49 PM PST

US, UK Pressure on Syria; More Homs Violence

Posted: 06 Feb 2012 04:48 PM PST

Syria: how to move forward

Posted: 06 Feb 2012 04:47 PM PST

Syrians die as UN argues

Posted: 06 Feb 2012 04:46 PM PST

Awas Jalan 'Hancur' di Hadapan!

Posted: 06 Feb 2012 04:45 PM PST

Ketua Pemuda penah kayuh basikal pergi ceramah di Rusila.

Posted: 06 Feb 2012 04:42 PM PST

Kisah Taubat Seorang Pembunuh & Transformasi ala UMNO

Posted: 06 Feb 2012 04:41 PM PST

MALAM RAKYAT TERLUKA 9/9 (PENUTUP)

Posted: 06 Feb 2012 10:25 AM PST

MALAM RAKYAT TERLUKA 8/9 (FORUM)

Posted: 06 Feb 2012 10:25 AM PST

Nasruddin Hassan Tantawi : Pengajaran Dakwah ke Taif Kepada Pemuda

Posted: 06 Feb 2012 10:23 AM PST


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT