Rabu, 1 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Zarina Zainordin (Zarina AF) Gadis kaki parti sudah ada kekasih baru

Posted: 01 Feb 2012 09:00 PM PST

Semalam, ketika anda semua enak bercuti, kami menerima panggilan telefon dari individu yang tidak mahu namanya di'kenali untuk sampaikan gossip terbaru.

Bersungguh sungguh juga si lelaki itu, maklumlah gossip panas bak kata beliau. Ini kisah artis Zarina Zainordin yang di'katakan kini sudah pun memiliki kekasih baru.

Menurut sumber ini, kekasih baru Zarina Zainordin atau Zarina AF ini tidak lain tidak bukan rakan sekerja beliau dalam drama bersiri Dingin Lavenda yang kini sedang hangat bersiaran di kaca televisyen.

Zarina Zainordin di'katakan mula menjalin hubungan cinta bersama Azlee Khairi — yang juga model iklan Brylcreem sebelum ini — ketika mereka sama sama menjalani pengambaran di Melbourne, Australia.



BONUS: Kami turut menerima sekeping gambar di'atas yang di'dakwa sebagai Zarina Zainordin yang sedang asyik berseronok di'sebuah kelab hiburan di ibu kota. Khabarnya, kerap juga gadis ini anjurkan parti peribadi. Hmm. - Rotikaya

Kepala babi ditemui di masjid Sentul pula ...

Posted: 01 Feb 2012 07:58 PM PST

Kepala babi ditemui pula di sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, menjadikannya kes kedua dalam tempoh kurang seminggu.

Menurut ahli parlimen Batu Tian Chua, kali ini kepala babi itu ditinggalkan di Masjid Hidayat Sentul, di kawasan parlimennya.

"Pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan kepala babi di Masjid Hidayat Sentul. Percaya cakap saya, sesiapa yang bermain dengan api ini, kita akan berikan mereka neraka!" tulisnya di Twitter pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Ketika dihubungi, Chua berkata beliau sedang bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa masjid mengenai perkara itu dan akan mendedahkan lebih banyak butiran selepas mesyuarat berkenaan.

Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan. - Malaysiakini

ARTIS : Aishwarya Rai terlupa pakai seluar dalam ketika menari ... mai tengok

Posted: 01 Feb 2012 06:40 AM PST

Ada sumber mengatakan pelakon wanita terkenal bollywood ni Aishwarya Rai, datang lambat ke lokasi pengambaran, dalam keadaan maha kelam kabut mengenakan pakaian hingga dia terlupa memakai seluar dalam, dan akhirnya semasa menari dalam satu babak tarian dalam filem 'Enthiran Robot' bersama pelakon popular filem tamil Rajinikanth. … Maka terserlahlah dengan jelas apa yang sepatutnya dia lindung kalau dia memakai seluar dalam… macam gambar kat bawah tu…


Ali Rustam macam pelakon Hindustan - IKHLAS

Posted: 01 Feb 2012 05:32 AM PST

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah mengganggap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam seorang pelakon yang hebat dalam menyelesaikan isu 11 peniaga di Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri Melaka gagal mengotakan janji membenarkan mereka berniaga di lokasi itu ketika kerja naik taraf taman berkenaan dilaksanakan.

Malah mereka turut kecewa dengan projek yang diuruskan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) itu berikutan nilai pampasan ditawarkan yang dianggapnya tidak masuk akal.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, terbaru peniaga terbabit menerima notis arahan berpindah ke gerai sementara berhampiran Taman Lebah, pada 29 Januari lalu.

"Notis arahan berpindah ini bertentangan dengan apa yang sudah dipersetujui ketika rundingan peniaga bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada November lalu.

"Lebih kurang ajar apabila ada pegawai PKNM yang cuba mengugut untuk merobohkan premis peniaga sekiranya mereka enggan berpindah," katanya pada sidang media mengenai masalah berkenaan di Taman Mini Malaysia di Melaka, hari ini.
Bawa ke PM

Menurut Mohd Ridzuan, sewaktu rundingan November tahun lalu yang dipengerusikan ketua menteri, mereka arahkan pemaju berunding soal pampasan namun sehingga saat ini tidak ada seorang pun wakil tampil untuk berbincang.

"Saya anggap sikap kerajaan negeri Melaka ini, tidak ubah seperti pelakon Hindustan dalam menyelesaikan isu ini kerana dalam perbincangan awal lain tetapi kemudiannya lain pula jadinya.

"Sekiranya masalah ini masih gagal diselesaikan, pihaknya bercadang membawa isu terbabit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memohon supaya pihak berkenaan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Malaysiakini sebelum ini pernah beberapa kali melaporkan tentang isu peniaga di Taman Mini Malaysia yang timbul sejak kerajaan negeri memutuskan untuk menaiktaraf pusat pelancongan itu, April lalu.

Projek di bawah PKNM itu pada awalnya menawarkan gerai sementara berhampiran Taman Lebah yang sudah ditamatkan operasinya dan bayaran pampasan RM500 sebulan kepada setiap peniaga bagi tempoh enam bulan, sepanjang kerja naik taraf taman.

Bagaimanapun, 11 peniaga terbabit menolak tawaran itu yang dianggap mereka terlalu rendah dan langsung tidak munasabah.

Mereka kemudian menghantar memorandum bagi menuntut pampasan RM5,000 sebulan untuk setiap peniaga sebelum jumlah itu dikurangkan menjadi RM3,000.

Ia bagi menampung kehilangan pendapatan ketika tempoh itu selain merayu tidak dipindahkan ke gerai sementara pada April lalu.
Tak akan pindah

Sementara Pengerusi IKHLAS Negeri Melaka, Mohd Ahyad berkata, mereka tidak akan berpindah selagi tiada kata putus daripada kerajaan negeri dan PKNM berhubung hasil rundingan yang dipersetujui pada pertemuan ketiga-tiga pihak pada November lalu.

"Kami bukan mahu menentang kerajaan dan bukan juga berdegil kerana kami tidak pernah gagal hadir pada setiap perbincangan dan rundingan yang dilakukan pihak berkenaan sebelum ini.

"Apa yang hanya kami mahukan ialah pampasan setimpal dan tidak berpindah ke gerai sementara," katanya yang juga salah seorang peniaga di situ.

Sementara itu, peniaga, Joanne Low, 54, yang sudah berniaga di taman itu sejak 21 tahun lalu, berkata beliau berharap pihak berkenaan menunaikan janji mereka semasa rundingan November lalu dan membayar pampasan setimpal kepada peniaga.

"Kerajaan menyediakan bantuan khas kepada rakyat berpendapatan kurang daripada RM3,000, bagaimana mungkin PKNM boleh bercadang membayar pampasan sebanyak RM500 sebulan sahaja kepada kami? Jumlah itu terlalu rendah.

"Kami juga mempunyai banyak tanggungan lain yang perlu dibayar setiap bulan, justeru, saya berharap Ketua Menteri dapat melihat semula masalah ini dan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

"Mengenai gerai sementara yang ditawarkan juga tidak menepati dari segi lokasi dan saiznya berikutan kawasan berkenaan sudah jarang dikunjungi pelawat serta dikhuatiri menjejaskan perniagaan kami.

"Ia juga satu pembaziran kerana lebih baik perbelanjaan membina gerai berkenaan diberi dalam bentuk bayaran pampasan kepada peniaga," katanya. - malaysiakini

PKR buat laporan SPRM - Tangkap suami Shahrizat !

Posted: 31 Jan 2012 09:22 PM PST

Kepimpinan PKR menuntut penangkapan serta-merta Salleh Ismail, suami kepada Menteri Umno Shahrizat Jalil, atas tuduhan rasuah ke atas pinjaman RM250 juta kerajaan yang diberikan bagi membangunkan projek pembiakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas.
Salleh adalah pengerusi eksekutif Fidlot Kebangsaan Corp, sebuah syarikat persendirian yang berjaya memenangi tender pada tahun 2006 dari Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu merupakan Menteri Pertanian, untuk menguruskan projek tersebut. Beliau telah menafikan sebarang salah laku, tetapi rentetan tuduhan dan pendedahan dari orang-orang yang pernah bekerja dengannya berterusan tanpa henti.
MACC membuat laporan
Pada hari Selasa, Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen PKR Subang dan Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang, mengetuai satu pasukan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membuat aduan terhadap pengerusi NFCorp.
Malah, kejatuhan NFC telah menjadi kompleks oleh perbalahan dalaman di kalangan atasan Umno. Watak utama dalam kejatuhan NFC bukan sahaja termasuk Shahrizat, Ketua Wanita Umno dan keluarganya, tetapi juga Muhyiddin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.
Malah orang tengah Umno, Shamsubahrin Ismail aka Datuk Fix-it, telah terperangkap dalam perbalahan tersebut. Beliau telah ditangkap dan masih dalam reman yang panjang. Terdapat kebimbangan terhadap keselamatannya kini.
Pada mulanya, media arus perdana yang dikawal oleh Umno melaporkan Shamsubahrin diculik kerana cuba untuk membawa siasatan polis ke dalam rasuah NFC, tetapi tuduhan rasmi yang dibuat setakat ini adalah kerana didakwa menipu Salleh RM1.76mil dalam yuran perundingan palsu. Dua tuduhan menipu telah dibuat terhadapnya minggu lepas.
"Penangkapan segera perlu dilakukan," Zuraida memberitahu pemberita selepas membuat aduan di pejabat SPRM. Beliau merujuk kepada Salleh Ismail.
Sekiranya SPRM gagal untuk mengambil tindakan, pemimpin-pemimpin PKR akan melobi bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat tingkah laku orang-orang yang menyiasat skandal RM250 juta serta SPRM sendiri untuk menghukum Salleh.
"Kami mahu melihat tindakan dalam tempoh dua minggu. Jika tidak, kami akan memanggil RCI bagi menyiasat SPRM sendiri - ia seolah-olah mereka tidak berupaya untuk menyiasat perkara itu secara bebas, " kata Sivarasa.
SOS
Terperangkap, Shamsubahrin telah menghubungi PKR, dengan melantik naib presiden N Surendran sebagai peguam. Pada sidang media yang diadakan pada hari Isnin, Surendran menyerahkan salinan kenyataan yang dibuat Shamsubahrin kepada pihak polis - sedihnya, ia telah diabaikan.
"Saya mempunyai bukti dalam bentuk SMS. Saya tidak sanggup untuk berbuat demikian walaupun saya telah dipaksa berulang kali. Saya hanya menjawab mengatakan saya akan cuba untuk menyelesaikan perkara itu, " kata laporanShamsubahrin.
Dia juga menuduh ketua NFCorp kerana "menipu saya dengan melantik saya sebagai Penasihat Korporat dan Perunding" pada bulan
November 2011 yang menurutnya adalah pelantikan palsu.
Menurut Sivarasa dan Zuraida, memandangkan begitu banyak maklumat dari Shamsubahrin, jika pihak berkuasa masih gagal untuk mengambil tindakan terhadap Salleh, ia akan sama seperti mereka bersubahat dalam perbuatan rasuah. Kedua-dua pihak polis dan SPRM, kata mereka, harus diteliti bagi kesalahan itu.
"Kami kini mempunyai bukti yang mengejutkan dan rahsia besar tentang NFC," naib presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya bersetuju untuk membekukan aset NFCorp selepas permintaan yang berterusan dari PKR, yang mengeluarkan beberapa pendedahan ke dalam tuduhan rasuah Shahrizat selepas menerima maklumat dari pemberimaklumat.
PKR, yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, telah menuduh NFCorp membelanjakan sekurang-kurangnya RM27 juta dalam dana awam untuk kondominium mewah, tanah, percutian dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan ternakan lembu.
Malaysia Chronicle

SPR mansuh arak calon, sebab penyokong PR ramai mengalahkan penyokong BN .... hahaha

Posted: 31 Jan 2012 06:32 PM PST

SPR Cadang Mansuh Perarakan Calon


GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menghentikan amalan calon yang bertanding pada pilihan raya membawa kumpulan penyokong dalam jumlah yang besar pada hari penamaan calon.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon sepatutnya dimansuhkan bagi memastikan suasana aman pada hari berkenaan.

"Hanya sepuluh penyokong dan wakil-wakil calon dibenarkan. Hari penamaan calon dan hari pengundian adalah yang paling membimbangkan saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat pilihan raya di sini, Selasa.

Beliau berkata berdasarkan pengalaman 16 pilihan raya kecil sebelum ini, sikap penyokong semakin berubah dan sangat berbeza.

"Mereka menjerit, baling botol dan suka mencabar. Sebab itu semua pegawai pengurus mesti mengetahui undang-undang dan peraturan dengan baik," katanya.

Selain itu Abdul Aziz berkata, peraturan menggantung bahan kempen juga akan diperkemaskan kerana menurut beliau tidak ada mana-mana negara yang membenarkan kain rentang atau bendera digantung di pokok atau bangunan awam.

"Tapi di sini, mereka akan panjant pokok, lampu isyarat, tiang lampu untuk pasang kain rentang. Saya fikir kalau seseorang itu berdiri dalam keadaan tetap, badan dia juga akan dihiasi bahan kempen," katanya.

Tambah Abdul Aziz beliau akan membawa cadangan ini kepada Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya.

Berkenaan undi pos bagi mereka yang tingaal di luar negara, Abdul Aziz berkata SPR akan menentukan kategori rakyat Malaysia yang bagaimana layak untuk mengundi menggunakaan kaedah berkenaan.

"Mesti ada hubungan dengan negara. Bagaimana jika mereka telah berada di lluar negara selama 30 tahun dan tidak pernah kembali ke sini?

"Jadi ia tak boleh dibuka sepenuhnya kepada rakyat Malaysi ayang tinggal di luar negara. Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang mempunyai peruntukan seperti itu. Kami berharap dapat membuat keputusan mengenainya menjelang bulan hadapan," katanya.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata sebanyak 42,025 pengundi yang status mereka meragukan akan digugurkan daripada senarai daftar pemilih. - mStar

“Majlis perkahwinan saya nanti akan diadakan secara sederhana. Tidak akan ada acara bersanding - Ana Raffali

Posted: 31 Jan 2012 08:13 AM PST

"Majlis perkahwinan saya nanti akan diadakan secara sederhana. Tidak akan ada acara bersanding seperti yang selalu diadakan oleh pasangan artis lain. Tetapi, kami akan sediakan satu tempat khusus untuk sesi fotografi. Saya memilih majlis perkahwinan sebegini kerana saya masih menganggap diri ini seperti orang biasa, bukan artis. Jadi, selepas berbincang dengan keluarga kedua-dua belah pihak, kami bersetuju untuk mengadakan kenduri kahwin di perkarangan masjid sahaja," ulas Ana Raffali berhubung majlis perkahwinannya dengan Ahmad Aznaim Abdullah pada 25 Februari hadapan.

Majlis yang akan dilangsungkan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur itu dijadualkan bermula jam 10.30 dengan acara bertunang. Sejam selepas itu, barulah acara akad nikah akan dijalankan. Menurut Ana, berkemungkinan besar, ayahnya sendiri yang akan menikahkanya.

Bercerita lanjut tentang majlis perkahwinannya itu, Ana memberitahu buat masa ini persiapan untuk majlis itu masih dalam peringkat permulaan. Bahkan, dia masih belum sempat memilih pereka fesyen untuk busana perkahwinannya.

"Buat masa ini saya tidak dapat memberi nama pereka fesyen yang akan mereka busana perkahwinan saya nanti. Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi saya belum buat sebarang keputusan. Bagaimanapun, saya dan Naim akan mengenakan persalinan berwarna kelabu. Manakala, pihak keluarga akan memakai pakaian putih.

Pada majlis resepsi yang akan diadakan pada jam 2.00 petang, berkemungkinan besar rakan-rakan The Marhaens akan membuat persembahan bagi menghiburkan tetamu yang datang. Saya harap walaupun majlis ini sederhana, tetapi ia akan diraikan oleh jiran-jiran, rakan-rakan dan pihak media yang selalu menyokong kehadiran saya dalam industri muzik," tambah Ana lagi.

Ketika ditanya tentang jumlah mas kahwin dan wang hantaran yang bakal diberikan oleh Naim, kedua-dua belah pihak keluarga menjelaskan perkara itu masih dalam peringkat perbincangan. Namun begitu, pihak lelaki akan membawa tujuh dulang hantaran dan ia akan dibalas dengan sembilan dulang hantaran oleh pihak perempuan.

Mengimbas detik-detik perkenalan Ana dan Naim, Ana memaklumkan kali pertama dia bertemu dengan Naim pada 24 Julai 2005. Ketika itu mereka diperkenalkan oleh sepupunya yang merupakan seorang jurugambar.

"Setelah diperkenalkan, kami terus berhubungan sebagai seorang kawan. Tetapi, lama-kelamaan, saya mendapati kami punya keserasian dan pada tanggal 28 Oktober 2008, kami memutuskan untuk menjalinkan percintaan. Saya pun tidak sangka hubungan sebagai rakan baik dengan Naim akan berakhir ke jinjang pelamin," ujar Ana.

Dalam masa yang sama, Ana juga mengakui dia terpikat dengan Naim kerana lelaki itu seorang penyabar dan ikhlas dengan perhubungan mereka. Sempena dengan majlis perkahwinannya nanti, Ana telah mencipta sebuah single yang ditujukan khas untuk bakal suaminya itu. Single berjudul 'Sampai Bila' itu berkisar kisah percintaan mereka yang berjalin lebih lima tahun itu. - Gua

Kisah seorang kanak-kanak Amerika masuk Islam

Posted: 31 Jan 2012 06:45 AM PST

Kisah ini mengingatkan kita cara didikan Angelina Jolie mendidik anaknya dengan mendedahkan pelbagai agama untuk dipelajari. Semoga dikurniakan hidayah. Begitu juga Alexander Pertz, akhirnya menemui hidayah.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah.

Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi." (HR. Bukhari)

Kisah budak Amerika ini tidak lain adalah sebuah bukti yang membenarkan hadits tersebut di atas.

Alexander Pertz dilahirkan dari kedua orang tuanya Nasrani pada tahun 1990 M.

Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.

Begitu dia sejak boleh membaca dan menulis maka ibunya menghadirkan untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.

Setelah membaca dengan mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim.

Padahal dia tidak pernah bertemu muslim seorang pun selama ini.

Dia sangat cinta dengan agama Islam ini sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar'i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal surah, dan belajar azan.

Semua itu berlaku tanpa bertemu dengan seorang muslim pun.

Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya iaitu Muhammad 'Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah saw yang dia cintai sejak masih kecil .- Detik Islam

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


HASSAN KAYU JATI BARU SEDAR PAKATAN MERBAHAYA SELEPAS DIPECAT

Posted: 01 Feb 2012 01:19 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEBELUM anda baca tulisan saya ini, elok benar dibaca apa yang dipetik oleh Malaysiakini tentang ucapan Hassan anak Ali atau Hassan Kayu JATI di SINI.   

Apa kata Hassan di dalam ceramahnya di Bandar Baru Bangi malam semalam?  Dia bercerita soal akidah?  Soal Jamil Khir curi duit zakat?  Soal lesen Judi oleh Kerajaan Pusat?  Soal cincin Rosmah atau shopping Rosmah?  Soal rakyat susah harga barang naik?  Atau pun Hassan Kayu JATI cerita tentang hebatnya Kerajaan Selangor tanpa sebarang kes rasuah dan air percuma, saham bagi anak yang lahir di Selangor, pemberian geran tanah dan sebagainya yang jauh lebih baik dari Khir Toyo dulu?  Semua tidak diceritakan oleh Hassan Kayu JATI ini.   

Apa yang beliau cerita adalah PAKATAN itu anti Islam.  Ertinya Umno pejuang Islam.  Anwar itu sokong Israel, ertinya pemimpin Umno dari dahulu sampai sekarang teramat benci dengan Israel walaupun pemain bolasepak Israel lepas masuk ke sini.  Hassan Kayu JATI cerita Khalid Samad selalu menghalangnya dari memperjuangkan Islam.  Ertinya, pemimpin Umno tidak pernah menghalang sesiapa pun melaksanakan hukum Islam.  Katanya lagi, dia `dengar khabar' kalau PAKATAN memerintah, negara ini akan menjadi Republik.  Rupa-rupanya ada Phd pun masih bangang ambil hujah dari dengar khabar.

Tambah si Hassan Kayu JATI lagi, PAKATAN akan mansuhkan hak keistimewaan Orang-Orang Melayu jika PAKATAN memerintah.  Ohh, rupa-rupanya Anwar, Hj Hadi, Nik Aziz itu semua bukan Melayu maka tentulah tidak sayang kepada Melayu.  Hanya Hassan Kayu JATI sahaja yang Melayu kalaupun bukan Jawa Totok.  Lucu sikit bila Hassan Kayu JATI kata, beliau dipecat kerana PKR.  Beliau malu mahu mengaku bahawa di dalam PAS, cakap beliau tidak laku kerana beliau sombong dan ego.  Beliau mahu PAS ikut cakapnya kerana beliau seorang sahaja yang ada phd walaupun bertaraf mangkuk hayun.  Masa beliau jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, beliau mahu ahli-ahli PAS Selangor `Wala' (taat) kepadanya, tetapi bila kedudukan beliau terlucut, beliau tidak mahu `Wala' kepada pimpinan.  Mesyuarat pun tidak mahu datang.

Lain-lain komen, anda semua bacalah dari seorang bernama Halik Zaman yang memberikan komennya di dalam Malaysiakini terhadap kenyataan Hassan Kayu JATI itu.  Pada saya, jika jumpa ular dan Hassan Kayu JATI, elok tangkap kedua-duanya dan dimasukkan ke dalam zoo kerana mereka dari spesis yang sama./wfauzdin.blogspot.com

--------------------------------------------------------


Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Itu cuma satu teori orang yang kecewa pekat seperti Hassan Ali. Beliau hanya meramalkan dengan menyebut "akan menyokong Israel dan Malaysia sebagai republik". Kalau perkara itu betul dan Hassan Ali punya bukti, kenapa tidak buat sahaja laporan polis?

Hassan Ali kelentong lagi "Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Bacaan Hassan Ali bagai seorang yang kelihatan 'gila talaq' tidak boleh digunapakai kerana tidak masuk akal.

Kalau benar Hassan Ali diberi tahu oleh seseorang, bahawa Pakatan ada rancangan nak jadikan Malaysia sebagai republik sila buktikan, jangan gunakan perkataan 'hearsay' orang beri tahu.

Mengakui bertaraf Doctor, tapi masih lagi cara kampungan mengeluarkan hujah dan cara berfikir semacam kanak kanak bila bergaduh mesti berdendam.

Kalau Hassan Ali yakin ada sokongan dari rakyat tanpa tiket PAS, saya cabar Hassan bertanding Bebas dimana Hassan menang dengan tiket PAS PRU12 yang lalu.

Maaf, saya campur urusan Hassan Ali dengan PAS kerana Hassan memfitnah pemimpin agung kami Dato Seri Anwar Ibrahim bersekongkol dengan Israel.