Khamis, 19 Januari 2012

Anak Bapa

Anak Bapa


PAS Kedah Perlu Elak Sikap "Double Standard"

Posted: 19 Jan 2012 04:11 PM PST


Isu tindakan ke atas 5 mahasiswa Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) kerana berdemonstrasi kini telah berlarutan buat sekian lama. Terbaru tunjuk perasaan mahasiswa di hadapan Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut anjuran Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) berhubung isu ini telah menyebabkan "luka lama berdarah kembali".


Kenyataan yang dibuat oleh MB Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN tidak berupaya meleraikan permasalahan ini malah boleh mengusutkan lagi keadaan. Kata-kata seperti "AUKU tetap dilaksanakan di KUIN" dan "Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri" adalah tidak wajar keluar daripada seorang pemimpin kanan yang DIBERI AMANAH PARTI untuk mentadbir Kedah.


MB Kedah sedia maklum bahawa PAS bersama PR menentang keras semua akta yang zalim dan menindas dan ini termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Akta ini, dalam bahasa mudah, digubal untuk menyekat kebebasan bersuara dan berpolitik mahasiswa.


MB Kedah juga sedia maklum bahawa konsep "parti menguasai kerajaan" bermakna kerajaan di bawah pentadbiran PAS mesti mengikut segala dasar dan arahan parti dalam pentadbirannya. Ini bermakna Dato' Seri Azizan kena ikut kehendak parti dengan mempastikan KUIN yang di bawah tanggungjawabnya untuk tidak menggunakan AUKU dalam urusan pentadbirannya.


Janganlah beri macam-macam dalih dan alasan untuk menjustifikasikan tindakan kita. Pelbagai alasan MB telah kita dengar di muktamar PAS dan semua orang yakin bahawa ia semata-mata alasan untuk melepaskan diri.


MB Kedah janganlah terlalu berego besar macam Hasan Ali, dan tidak bersedia mengaku kesilapan dan memperbetulkan semula apa yang tersasar. Jangan lupa bahawa kesan tindakan ini bukan saja akan melanda negeri Kedah tetapi juga seluruh Malaysia. Tolong jangan buat kerja yang boleh merugikan perjuangan parti. PAS Pusat setiap hari berteriak menentang AUKU tetapi di Kedah nak beramal pula dengan AUKU!


Anak Bapa ada bercakap dengan beberapa pimpinan kanan PAS Kedah termasuk exco, dan mereka bersependapat dengan pimpinan Pusat bahawa tindakan MB Kedah adalah salah dan perlu diperbetulkan SEGERA. Tindakan melambat-lambatkan penyelesaian isu ini hanya akan mengambarkan sikap "lidah bercadang" atau "double standard" PAS Kedah (yakni MB Kedah) dan boleh membantutkan rancangan kita ke Putrajaya.


Anak Bapa: Kita pemimpin kena banyak mendengar pandangan orang bawahan, apatah lagi pimpinan sebuah gerakan Islam ……..

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Taktik 'Bom' londehkan kegiatan rasuah Umno-BN

Posted: 19 Jan 2012 07:55 PM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Tindakan Umno-BN menggunakan wang untuk membeli undi semasa pilihan raya terbongkar dengan pendedahan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir baru-baru ini.

Dengan menggelarkan pembelian undi itu sebagai 'taktik bom', kenyataan Kadir dilihat melondeh taktik Umno-BN yang sering mereka nafikan apabila pembangkang membuat dakwaan.

Mengulas isu tersebut, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyatakan, kenyataan Kadir itu membuka pekung yang selama ini dinafikan Umno.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu, Mahfuz mahu pendedahan itu disiasat oleh pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ia mendedahkan kegiatan rasuah Umno ketika Pilihan raya yang lalu," katanya lagi.

Bagi Mahfuz, Umno-BN tidak pernah menginsafi perbuatan mereka menyogok pengundi semasa pilihan raya, malah menjadikannya amalan.

Mahfuz berkata, selama ini Umno menggunakan jabatan kerajaan seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Kemas, Felda, Cawangan Khas dan sebagainya untuk menjalankan dakyah mereka.

"Kenyataan Abd Kadir ini jelas menyokong pendedahan bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid, sebelum ini yang mendedahkan bahawa ada pihak berkepentingan yang menghalang mereka melaksanakan penggunaan dakwat dalam PRU-12 yang lalu bagi memastikan kemenangan Umno-BN," ujarnya.

Campur tangan Umno

Campur tangan Umno dalam urusan pentadbiran kerajaan begitu kuat, katanya.

Berikutan itu ujar Mahfuz, Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya ada 'caretaker goverment' selepas Parlimen dibubarkan yang bukan kalangan ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

Kelicikan Umno-Bn dalam menggunakan wang, jentera kerajaan dan media massa untuk mengaburi mata rakyat seperti didedah Kadir harus menjadi bukti kepada rakyat untuk menghukum BN dalam pilihan raya umum ke-13, katanya.

"Rakyat tidak harus ditipu lagi demi meneruskan kelangsungan Umno-BN," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad pula berpandangan, kenyataan Kadir itu memberi isyarat bahawa rasuah benar-benar diamalkan Umno-BN semasa pilihan raya.

Namun kata Kamaruzzaman, Umno-BN tidak pernah insaf dengan apa yang berlaku dan meneruskannya dengan 'bom' semasa bantuan RM100 dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) baru-baru ini yang diedarkan mereka dan bukannya agensi kerajaan.

Tindakan Umno-BN cukup licik, namun pendedahan Kadir itu memberi gambaran baharu kepada rakyat tentang amalan rasuah Umno-BN, katanya.

Kadir dedah semasa wawancara Harakah


Dalam satu wawancara Ekslusif bersama Harakah/Harakahdaily sebelum ini, Abdul Kadir ada mendedahkan mengenai taktik 'bom' iaitu rasuah pengundi semasa pilihan raya.

Beliau menyebut, jutaan ringgit pernah disaksikan oleh beliau untuk diedarkan kepada pengundi dua tiga hari sebelum pembuangan undi berjalan.

Taktik 'jahat' ini bagi Kadir adalah suatu perbuatan yang sangat tidak disetujuinya sejak dahulu, dan jika Umno-BN masih mengamalkannya, ia amatlah tidak demokratik.

Kadir menasihatkan agar amalan ini dihentikan, dan jika Umno-BN ikhlas kepada rakyat, ia adalah jauh lebih baik.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bikin Kontroversi Lagi .. Jupe & Nikita Tayang Buah Dada

Posted: 19 Jan 2012 09:10 AM PST

Selepas model-aktres sensasi Nikita Mirzani, kini giliran model-aktres-penyanyi dangdut seksi lagi kontroversi, Julia Perez aka Jupe, dikecam Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI). Jupe di dakwa melanggar peraturan penyiaran kerana dengan sengaja menayangkan dadanya secara vulgar.

Memetik laporan KapanLagi.com, Jupe telah dikecam dan diberi peringatan oleh KPI menerusi surat yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu kerana menayangkan secara close-up tubuhnya terutama bahagian dada ketika berjalan melintasi sebuah kamera. Ketika itu Jupe selaku hos sedang menjayakan program Tri Angles yang disiarkan pada 28 Disember lalu, terbitan stesen saluran ANTV. KPI meminta agar Jupe tidak lagi berperlakuan seperti itu, jika tidak satu tindakan tegas akan diambil.

Begitu juga dengan pihak stesen tersebut, di minta agar tidak lagi menyiarkan program seperti itu. Malah topik membicarakan tentang seks tidak layak untuk tayangan dengan klasifikasi 'R'. Sekaligus dilarang melakukan eksploitasi seksual secara berlebihan baik melalui gambar mahupun isi topik perbincangan dalam program yang diterbitkan.

Sehari sebelum itu, Nikita Mirzani juga telah ditegur KPI menerusi surat yang dikeluarkan pada 9 Januari lalu mengatakan bahawa dia telah mendedahkan payudaranya dengan membuat aksi kurang sopan.

Petikan surat itu mengatakan, "Pada 26 Disember 2011, jam 11.39 malam WIB, seorang model telah mengeksploitasi tubuh bahagian dada dengan menggoyang-goyangkannya secara vulgar. Selain itu juga, penampilanya dalam program Kakek-Kakek Narsis (KKN) terbitan stesen Trans TV itu turut mendedahkan bahagian paha.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=SaKke4in8rs

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=BVRFFU8mwfc

KPI beranggapan tindakan ibu anak satu itu, melanggar Pedoman Perilaku Penyiaran Fasal 8 dan Standard Program Siaran Fasal 9 dan 17a.

Walaubagaimanapun Nikita menafikan bahawa tindakan itu disengajakan. Katanya dia tidak berniat untuk membuat aksi sedemikian dan baju yang dipakainya disediakan oleh pihak televisyen. Dia bekerja untuk mencari duit, oleh itu apa saja yang dipinta oleh pihak televisyen, dilakukan tanpa banyak soal.

- mD

[Video] : Ceramah DSAI - Rapat Rakyat di Gemas - Bhg 1 & 2

Posted: 19 Jan 2012 08:12 AM PST



Ally mampu bimbing saya : Farah Lee

Posted: 19 Jan 2012 04:13 AM PST

Kami dikhabarkan yang Farah Lee, bakal isteri Ally Iskandar dan keluarganya sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung esok, 20 Januari. Farah yang berusia 23 tahun telah bercerita pada Harian Metro tentang penerimaannya pada Ally yang tua 13 tahun daripadanya:-
seterusnya DI SINI




Ni pasai apa pulak dah .... Shahrizat saman Rafizi dan Zuraida

Posted: 18 Jan 2012 11:32 PM PST

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menfailkan saman ke atas dua Pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Ampang YB. Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Saman tersebut dikeluarkan berikutan tindakan kedua-dua individu tersebut yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah ke atas dirinya mengenai Syarikat milik suami Shahrizat iaitu Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).

Shahrizat yang diwakili Peguam beliau Safie Abdullah mendakwa, saman tersebut merupakan saman yang dikeluarkan Ketua Wanita UMNO Malaysia itu sendiri berdasarkan serangan bertubi-tubi sehingga mengaibkan beliau.

Sebelum ini, kedua-kedua Pemimpin kanan Parti pimpinan Datuk Seri Dr. Wan Azizah itu telah menyerang Shahrizat berkenaan isu NFC yang turut melibatkan pembelian 2 kondominium sebagai salah satu aset syarikat terbabit. - KLpos

STONE : Tunggu reaksi Rafizi dan Zuraida, tapi don't worry, sdra Rafizi ada strateginya  .... 100juta beb ...

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KESIHAN BAPA SAIFUL, MUNGKINKAH SANGGUP ANAK MENIPU BAPANYA?

Posted: 19 Jan 2012 11:59 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SETELAH membaca rayuan dan keluhan bapa pemuda yang minum kopi dan makan karipap setelah kononnya diliwat itu, di SINI, maka saya merasa simpati juga kepadanya.  Terfikir oleh saya sampainya hati si anak memperdaya bapanya dengan cerita karut marut tersebut sehinggakan bapaknya benar-benar yakin bahawa memang anak jantannya itu kini kehilangan `teruna' akibat diliwat.

Mungkin tidak diceritakan perkara sebenar oleh si anak ini kepada bapanya bahawa liwat memang berlaku tetapi dengan plastik.  Atau, liwat berlaku secara `ghaib' mahu pun melalui `Bluetooth'.  Si bapa ini mungkin tidak pernah bertanya kepada anaknya, mengapa si anak mengadu kepada Polis dua hari selepas liwat dikatakan berlaku.  Mungkin juga, si bapa tidak tahu atau tidak diceritakan bahawa si anak ini mahu memohon biasiswa dan tempat untuk memohon biasiswa adalah di Pejabat PM iaitu Najib.  Si bapa ini juga mungkin tidak pernah mengambil tahu tentang pembelajaran anaknya sehinggakan gagal di dalam peperiksaan tetapi berhajat untuk memohon biasiswa secara terus dengan Najib.

hiasan

Adakah si bapa ini tahu tentang cerita anaknya tidak pernah membuang air besar bahkan tidak pernah mencuci duburnya selama dua hari?  Mungkin si bapa tidak tahu kerana beliau melihat anaknya pergi Solat Jumaat selamba sahaja dan sudah tentu anaknya telah membersihkan keseluruhan dirinya.  Banyak yang si bapa ini tidak tahu tentang anaknya itu.  Tahukah si bapa bahawa seluar dalam anaknya itu pernah tertinggal di rumah teman wanitanya?  Atau, adakah si anak pernah menceritakan hubungan sulit beliau dengan seorang wanita salah seorang dari Tim Pendakwa yang kemudiannya disingkirkan?

Kesihan si bapa ini kerana beliau mati-mati percaya bahawa anak jantannya itu diliwat secara paksa oleh orang tua yang uzur walaupun anak jantannya itu masih muda dan perkasa. Paling menyedihkan, si bapa ini tentu hairan mengapa Najib yang tahu banyak kisah tentang `trajedi' yang menimpa anaknya itu tidak mahu tampil untuk memberi keterangan di mahkamah.  Jika saya selaku bapa si pemuda ini, sudah pasti saya akan merayu dan melutut depan Najib agar sudilah kiranya membantu anak saya yang telah `teraniaya' itu.  Sudah tentu Najib akan tampil memberi keterangan dari A sehingga Z tentang apa yang beliau tahu untuk memberikan keadilan kepada pemuda ini.  Malangnya, Najib tidak berbuat demikian.  Mengapa?  Sudah tentu ada sebab musababnya kerana orang yang benar selalunya berani.

Tempoh untuk membuat rayuan hanya tinggal beberapa hari lagi.  Saya harap Peguam Negara tentu ada sebab untuk merayu atau tidak.  Bapa pemuda ini juga tentulah ada sebab mengapa beliau beriya-iya meminta agar kes ini dirayu.  Maklumlah, bukan mudah untuk berdepan dengan masyarakat jika masyarakat tahu keturunan kita ini kaki fitnah dan sanggup berbuat apa sahaja demi perut. /wfauzdin.blogspot.com


Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Shahrizat bunuh diri...

Posted: 19 Jan 2012 12:04 AM PST

Rafizi akan dedah semuanya di Mahkamah. Shahrizat sudah terjerat...

Shahrizat sues Rafizi, Zuraidah over NFC claims

UPDATED @ 03:52:15 PM 19-01-2012
January 19, 2012
KUALA LUMPUR, Jan 19 — Datuk Seri Shahrizat Jalil has filed a RM100 million defamation suit against PKR strategic director Rafizi Ramli for claiming she misused a federal loan meant for the National Feedlot Centre (NFC).
The women, family and community minister also named Ampang MP Zuraida Kamaruddin in the suit, Star Online reported today.
Shahrizat's (picture)suit comes after months of allegations by PKR that she had abused millions in federal funds earmarked for the NFC to pay for personal expenses incurred by her and her family.
The cattle-raising scheme is headed by Shahrizat's husband Datuk Mohamad Salleh Ismail and their children.
The publicly-funded project, which hit national headlines following the Auditor-General's Report last year, has continued to hog the limelight after it was linked to Shahrizat's family.
PKR has since made several revelations relating to the scandal, including NFC's purchase of two luxury condominium units in Bangsar, Kuala Lumpur, and the alleged use of project funds to pay for Shahrizat and her family's personal expenses.
The opposition party has also alleged that Shahrizat's family used nearly RM600,000 from NFC project funds to settle their credit card bills in 2009.
But NFC's management has maintained that the credit card expenses were solely for business purposes.
It has also denied allegations that funds from the RM250 million government loan were channelled into its accounts before the loan agreement was signed.
Shahrizat applied for three weeks' leave from her duties last week after new allegations of bribery surfaced in the NFC project.
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin announced yesterday that the government would appoint an auditor to scrutinise NFC's books in light of PKR's accusations.
Rafizi today urged the government to make the results and conclusions of the audit public by tabling them in Parliament.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pangkor – paradise in peril

Posted: 19 Jan 2012 07:00 PM PST

My last memory of Pulau Pangkor was almost two decades ago. I was 16, and had only vivid images of a pristine island of blue waters and amazing hospitability.
I jumped at a chance to revisit Pangkor last December. Many friends and relatives warned me about my expectations of the island. Most of them had visited earlier and were dismayed from rampant solid waste pollution to poorly managed facilities and services.
Little did I know what would greet me in Pangkor.
I visited the Dutch Fort and the giant rock across it that was supposed to indicate some rich historical aspects of the island, only to be greeted by vandalism. Plastic cups and junk food wrappers were throen inside the Fort area, and the giant rock had grafitti on it.
Read More / Baca Lagi >>

The Status Of Hudud Law In Malaysia

Posted: 19 Jan 2012 06:58 PM PST

By: Nash Ar-Rawy
Hudud Law is ordained in the Al-Qur'an and in the Al Hadith of the prophet s.a.w. But to implement it; it has to be legalized or constitutionalized with a legal authority. Without it ; it is null and void and it's just a matter of in the Al_Qur'an only.
When a 'parasite' formerly in PAS said, " I want to implement hudud law with the hudud enactment just for the moslems only and not meant for the non-moslems and PAS has gone deviated far away from its Islamic course " This means that the 'parasite' has shown his true colour .
Thus, PAS for long has been fighting for the implementation of the Hudud Law until with the grace of God The Almighty Kelantan and Terengganu had succeeded in giving the Hudud Law in the Al-Qur'an and the Assunnah( Traditions ) of the prophet its authority by approved it as a Law by both of the State Assemblies i.e. in accordance to democracy voted for PAS with the 2/3 majority.
Read More / Baca Lagi >>

Hutan Simpan Kekal Kemasul diceroboh?

Posted: 19 Jan 2012 06:52 PM PST



BENTONG, 20 Jan: Kerajaan Negeri Pahang digesa mendedahkan bagaimana boleh meluluskan lesen pengeluaran balak di Hutan Simpan Kekal Kemasul dekat sini sedangkan ia berstatus kawasan tadahan juga sumber air bagi daerah ini dan Bera.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata rakyat perlu tahu bagaimana khazanah alam itu boleh dimusnahkan dengan rakus sedangkan kesannya boleh menjadi malapetaka besar kepada generasi akan datang
Read More / Baca Lagi >>

Cukup-cukuplah Buat Bodoh Pencacai UMNO

Posted: 19 Jan 2012 06:45 PM PST

Oleh PeriaPahit

"Hari demi hari, semakin ramai yang tampil menjadi pencacai kepada puak UMNO yang semakin kelemasan ditekan arus kebejatan dan kerakusan dalam memerintah Negara Malaysia selama hampir 65 tahun.

Pantang ada runag sekecil kuman pun untuk memperbesarkan isu, digunakan sebaik mungkin oleh para pencacai ini walaupun benang yang sudah lencun nak ditegakkan juga.
Kini para pencacai ini mula menggunakan isu Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim memegang portfolio agama dalam exco kerajaan negeri. Digunakan segala trompet, saxophones dan mahu pun French horn untuk meniup isu tersebut bagaikan dunia hampir kiamat kerana tidak diserahkan kepada exco baru dilantik dari PAS. Lagu dangdut berjudul "PKR tidak menghormati PAS" didendangkan setiap hari. Begitu juga lagu, "Layakkah Khalid menjaga Islam " juga dimainkan oleh para pencacai-pencacai ini. Bagi mereka hanya Hasang Ali yang berjiwa ketuanan Melayu aje yang layak menjaga agama Islam di negeri Selangor ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kesihan Bapa Saiful, Mungkinkah Sanggup Anak Menipu Bapanya?

Posted: 19 Jan 2012 06:33 PM PST

Oleh WFAUZDIN NS

SETELAH membaca rayuan dan keluhan bapa pemuda yang minum kopi dan makan karipap setelah kononnya diliwat itu, di SINI, maka saya merasa simpati juga kepadanya.  Terfikir oleh saya sampainya hati si anak memperdaya bapanya dengan cerita karut marut tersebut sehinggakan bapaknya benar-benar yakin bahawa memang anak jantannya itu kini kehilangan `teruna' akibat diliwat.
Read More / Baca Lagi >>

Makin Ganas dan Berani : Dikurung geng gores

Posted: 19 Jan 2012 06:26 PM PST

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

SELAMAT...Nor menunjukkan duit dan gelang tangan yang diberi kepada sindiket terbabit.
SELAMAT...Nor menunjukkan duit dan gelang tangan yang diberi kepada sindiket terbabit. 
 
KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak mahu menyertai peraduan 'gores dan menang' yang ditawarkan seorang wanita di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini, seorang pelajar perempuan melalui detik hitam apabila dikurung selama tiga jam oleh sindiket berkenaan, petang kelmarin.
Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu turut dipaksa menyerahkan barang kemas dan wang tunai ketika dikurung di dalam sebuah unit pejabat kosong di Bandar Tasik Permaisuri, di sini.
Read More / Baca Lagi >>

SPR kemuka senarai kepada Mimos

Posted: 19 Jan 2012 06:06 PM PST


Tan Sri Abdul Aziz Yusof
KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam memaklumkan pihaknya sudah mengemukakan senarai 12.4 juta pengundi berdaftar kepada Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) bagi tujuan pembersihan daftar pemilih.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, senarai itu dihantar akhir tahun lalu tetapi tidak menetapkan tempoh siap pembersihan itu.

Pembersihan senarai itu, katanya adalah antara 10 cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC)

Read More / Baca Lagi >>

Ketua Pemuda Pas khuatir ada ‘tikam belakang’

Posted: 19 Jan 2012 06:02 PM PST

NORJIMI AZMI LATIF
SHAH ALAM – Pemuda Pas khuatir sekiranya berlaku perbuatan 'tikam belakang' oleh pihak tertentu sama ada dari parti itu mahupun dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran tidak bersetuju dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Adat Resam, Belia dan Sukan, kelmarin.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemimpin dan penyokong PR yang tidak berpuas hati perlu menerima seadanya calon itu bagi melicinkan urusan pentadbiran negeri.

"Nasihat saya, jangan pinggir beliau (Ahmad) yang dilantik Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mendapat persetujuan semua pihak. Satu lagi, jangan buat perkara tidak baik seperti boikotnya kerana boleh menjejaskan program dirancang nanti untuk kebaikan kerajaan Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Pemblog RBF mohon maaf, mahu tutup isu Wardina

Posted: 19 Jan 2012 06:00 PM PST

Wartawan Sinar Harian
wardina saffiyah
SHAH ALAM - Pengendali blog RuangBicaraFaisal (RBF) memutuskan untuk menamatkan kontroversi berhubung kejadian samun melibatkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah dan keluarganya, Khamis lalu dengan memohon maaf atas tulisannya baru-baru ini.

Semalam, Wardina menjemput penulis blog  ruangbicarafaisal.blogspot.com itu agar menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang dilalui keluarganya minggu lalu lakonan atau pun kisah benar.
Faisal berkata, beliau tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi isu berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Kita Patut Tau Pasai Perkara Nie!Ni Untung MahaFiraun..

Posted: 19 Jan 2012 05:57 PM PST


Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877 peratus daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.

Lebih mengejutkan, kata Lim ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.

Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202 peratus), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149 peratus) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion. -MKINI-
Read More / Baca Lagi >>

"Ketuanan Melayu" Hanya Mitos...????

Posted: 19 Jan 2012 05:48 PM PST

Hari-hari gua happy... hari gua akan sunyi jika tanpa umno... seperti yang Ustaz ini katakan...


Nak lebih jelas Klik Sini.

Kat atas tu memang lawak yang tak boleh blah beb.... seorang ustaz cari makan boleh cakap "Jika "umno Mampus", apakah PAS yakin PAS akan terus hidup tanpa umno?

So... gua nak tanya lu orang semua yang baca entry nih... "Lu orang yakin ke lu orang boleh terus hidup tanpa umno".... ???? hahahaha.... tepuk dada hantuk kepala kat dinding... hahahaha....Read More / Baca Lagi >>

Sidang Media Khas Menteri Pertahanan 19 Jan 2012

Posted: 19 Jan 2012 05:19 PM PST

Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Gemas NS (Part 3/3)

Posted: 19 Jan 2012 05:06 PM PST

Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Gemas NS (Part 2/3)

Posted: 19 Jan 2012 05:05 PM PST

Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Gemas NS (Part 1/3)

Posted: 19 Jan 2012 05:05 PM PST

Dalam diam DAP melakukan transformasi

Posted: 19 Jan 2012 05:03 PM PST

Amin Iskandar
20 JAN — Pada ketika Umno masih belum selesai dengan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperbesarkan isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali dan memanipulasi isu pengambilan portfolio agama Islam oleh MB Selangor, dalam diam DAP memperkukuhkan partinya.
Hari ini Umno dikejutkan lagi dengan berita penyertaan Hata Wahari, bekas wartawan Utusan Malaysia dan mantan Presiden NUJ kedalam parti tersebut.
Sebelum ini dua orang blogger, Aspan Alias dan Datuk Mohd Arif Sabri — juga veteran Umno —menyertai parti yang digambarkan oleh Utusan Malaysia sebagai "chauvinis Cina".
Ironinya, Hata Wahari memilih untuk menyertai DAP walaupun majikan lamanya, Utusan Malaysia paling kuat menghentam parti yang menguasai Pulau Pinang itu.
Apakah yang bakal dikatakan oleh lidah pengarang Utusan Malaysia untuk menjawab penyertaan Hata Wahari ke dalam DAP?
Read More / Baca Lagi >>

PR’s meeting with Zahid ends on positive note

Posted: 19 Jan 2012 04:51 PM PST

Jan 19: Pakatan Rakyat represented by three members of parliament from PAS, DAP and PKR today concluded their meeting with Defence minister Ahmad Zahid Hamidi with a suggestion that a parliamentary oversight committee be formed to provide check and balance to the country's defence expenditure.Dzulkefly, Tony Pua and Saifuddin speak to reporters after the meeting
PAS's Dzulkefly Ahmad said Zahid and other officials from his ministry who participated in the meeting seemed receptive to the proposal.
"This is a good development. The people will benefit when opposition leaders who are also parliament members could play their role to ensure there is check and balance in government expenditure, specifically in the purchase of military equipment," said Dzulkefly, the Kuala Selangor MP. He was joined by DAP's Petaling Jaya Utara MP Tony Pua and Machang MP Saifuddin Nasution.
Read More / Baca Lagi >>

Hot on the heels of Dr M's cue, Saiful sends letter to A-G to appeal Anwar's acquittal

Posted: 19 Jan 2012 04:48 PM PST

Hot on the heels of Dr M's cue, Saiful sends letter to A-G to appeal Anwar's acquittalAs expected, with the all-clear signal from former premier Mahathir Mohamad tucked under his belt, the complainant in the sodomy case against Opposition Leader Anwar Ibrahim has moved to officially demand that the Attorney-General filed an appeal against the High Court's recent decision to acquit Anwar.
"Up till today, there is no response from the Attorney-General concerning my father's and my open application to file the appeal. Time is running out," Saiful Bukhari Azlan, a former worker in Anwar's PKR party, wrote in his blog on Thursday.
Saiful was referring to the recent public plea by his dad, also a member of Prime Minister Najib Razak's Umno party, for 'justice'. Saiful also said that the letter to the AG was sent through his lawyer, Mssrs Zamri Idrus & Co.
Read More / Baca Lagi >>

MAS: Pakatan dahului Umno bela penduduk Kg Baru

Posted: 19 Jan 2012 04:46 PM PST


KUALA LUMPUR, 20 Jan: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyambut baik usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) untuk melakukan penambahbaikan terhadap Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) di Kampung Baru bagi menjaga kepentingan penduduk tersebut.
Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, antara usaha Khalid seperti yang diumumkannya adalah dengan membuka keanggotaan MAS kepada pelbagai kelompok masyarakat dan kumpulan profesional supaya ia lebih berkesan dalam memastikan kepentingan pemilik tanah dapat dipertahan.
Katanya, DPPKT menganggap keputusan Menteri Besar Selangor itu amat baik dan berpetapatan pada masanya.
Beliau berkata, ini menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin terhadap nasib rakyatnya yang jauh mendahului kerajaan Umno BN.
Read More / Baca Lagi >>

Peralihan portfolio Hal Ehwal Islam bukti Khalid tak percaya PAS, dakwa Utusan

Posted: 19 Jan 2012 04:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 20 Jan - Tiga hari selepas pelantikan exco Selangor dan peralihan portfolio Hal Ehwal Islam oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, PAS kini berdepan dengan krisis mendapatkan kepercayaan komponen Pakatan Rakyat untuk memegang  urusan pentadbiran negeri biarpun dalam hal berkaitan Islam, dakwa Utusan Malaysia hari ini.
Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk "MB tak percaya PAS" mendakwa Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini disandang Datuk Dr Hasan Ali kerana sudah tidak mempercayai parti Islam itu untuk memegang urusan pentadbiran negeri itu.
Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu juga menunjukkan peranan PAS semakin kecil di Selangor.
"Pemimpin tertinggi dan ahli PAS harus sedar bahawa jasa yang mereka taburkan selama tiga tahun bersama dengan pakatan kini telah dikhianati.
"Selepas ini, urusan berkaitan hal ehwal Islam di Selangor akan lebih bercelaru memandangkan Khalid bukan datang daripada latar belakang yang mahir dengan selok-belok agama," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pinda undang-undang aibkan orang, kata Anwar

Posted: 19 Jan 2012 04:44 PM PST

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

"Memang undang-undang yang ada, (seperti) 377 (B), 377 (C) digunakan untuk mengaibkan orang, digunakan untuk musuk politik," dakwanya.Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0: SPR persoal niat penganjur - Utusan

Posted: 19 Jan 2012 04:38 PM PST

Bersih 3.0: SPR persoal niat penganjur
KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersoalkan hasrat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk sekali lagi turun ke jalanan sedangkan banyak tuntutan mereka telah dipersetujui dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, beliau tidak faham mengapa Bersih masih tidak berpuas hati kerana pelbagai ruang telah diberikan kepada mereka untuk mengemukakan cadangan termasuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
"Saya rasa hairan dan pelik dengan tindakan Bersih ini. Sebelum ini SPR telah membuka ruang kepada mereka untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan memberi cadangan kepada jawatankuasa yang ditubuhkan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar to return to the courts this morning, this time to file RM50mil suit against Utusan

Posted: 19 Jan 2012 04:36 PM PST

Anwar to return to the courts this morning, this time to file RM50mil suit against UtusanOpposition Leader Anwar Ibrahim will file a RM50 million defamation suit against Umno-owned newspaper Utusan Malaysia at the Jalan Duta court complex in Kuala Lumpur today, January 20, accompanied by his lawyers.
Utusan and other Umno-controlled media had seized on an interview Anwar gave to BBC recently, where he was asked about the status of Malaysia's archaic homosexuality laws.
The 64-year-old Anwar had clearly stated that "we, Muslim and non-muslim generally believe and are committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia. We do not promote homosexuality in the public sphere and domain", while conceding that it may be timely to review the antiquated legislation.
Read More / Baca Lagi >>

Pulak Dah : Pelajar Wanita Ugut PM Dalam Facebook Ditahan Polis

Posted: 19 Jan 2012 04:35 PM PST

Pelajar Wanita Ugut PM Dalam Facebook Ditahan Polis ALOR SETAR-- Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis hari ini, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.
Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Harta Menteri Malaysia Tidak Boleh Didedahkan Kerana Boleh Membahayakan Keselamatan Menteri?

Posted: 19 Jan 2012 07:24 AM PST

Pada mula kami mendengar usaha seperti ini, kami fikir ia merupakan satu langkah yang baik sebenarnya. Dan sepatutnya cadangan & pelaksanaan mendedahkan harta menteri Malaysia dimulakan sejak daripada awal lagi.
harta menteri malaysia1 Harta Menteri Malaysia Tidak Boleh Didedahkan Kerana Boleh Membahayakan Keselamatan Menteri? Ini akan membuatkan semua rakyat menjadi lebih selesa & yakin dengan barisan menteri Malaysia yang lebih bersih & tidak memanipulasi wang rakyat.
Bukan sahaja melibatkan harta Menteri Malaysia tetapi juga semua ahli parlimen, baik daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional sepatutnya mengambil inisiatif mengemukakan & mendedahkan kekayaan & harta masing-masing kepada semua rakyat Malaysia. Hanya dengan cara ini sahaja mana-mana pemimpin yang telah diangkat oleh rakyat dan dilantik lebih berhati-hati menguruskan wang rakyat dan mengelakkan diri daripada menerima rasuah atau berbelanja menggunakan wang yang bukan milik mereka sesuka hati.
Read More / Baca Lagi >>