Rabu, 18 Januari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Jamil Khir, pemimpin Umno tidak lagi takut pada Tuhan

Posted: 18 Jan 2012 05:29 PM PST

Wang zakat adalah untuk keperluan mereka yang miskin tetapi ada segelintir umat Islam Melayu fikir ini boleh digunakan untuk membayar yuran guaman peguam yang mahal.
Sekiranya kita bertanya dikalangan Pakcik dan Makcik atau pelajar-pelajar sekolah menengah sekalipun, mereka juga tahu bahawa wang zakat tidak boleh sama sekali digunakan untuk tujuan ini.
Apabila Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi berkata bahawa wang zakat boleh digunakan untuk membayar yuran guaman Jamil Khir Baharom, umat Islam dan masyarakat Melayu terkejut dan hairan. Mereka terus menuduh mufti tersebut tunduk kepada ahli politik dan mengutuknya dengan keras-sememangnya dia layak menerima kutukan-kutukan itu.
Siapa nak hormat Mufti Malaysia sekarang?
Mufti yang berilmu itu mungkin mempunyai pendapatnya sendiri tetapi perkara yang berat sebegini harus dibicarakan oleh golongan agama yang berilmu dahulu dan diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengelakkan kekeliruan dan memburukkan imej Islam dan semua mufti di Malaysia.
Kenapa Wan Zahidi memberi komen itu dengan sendirinya? Kenapa dia sibuk menjadi 'lone ranger'? hanya satu sahaja kemungkinan iaitu dia digunakan oleh UMNO. Jamil adalah Menteri Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri- seorang yang berkuasa dalam melantik atau menggugurkan seseorang dari jawatannya.
Ada diantara musuh Wan menuduhnya menjadi sebahagian daripada skandal itu. Dia telah gagal menunjukkan hikmah dan kepimpinannya seperti yang perlu ada pada setiap mufti. Apabila terdapat banyak kekeliruan berkenaan Islam di Malaysia termasuk juga agama lain, dia sepatutnya bertindak dengan lebih bijak dan berhati-hati.

Adakah kerana dia mahukan focus lebih kepada dirinya kerana cemburukan Mufti Perak,
yang paling disegani Harussani atau Mufti Perlis, Dr Juanda ataupun pilihan ramai, bekas Mufti Perlis
, Dr Asri. Mungkinkah Wan telah pun dipengaruhi oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan mahu meraih reputasi sebagai lain dari yang lain. Sesungguhnya, hanya Wan sahaja yang tahu apakah motif sebenarnya disebalik komen tersebut. Jadi, dia harus menerima akibatnya.
Minta maaf dan letak jawatan
Mufti Wan perlu membuat penjelasan tentang isu tersebut dan jika dia mendapati dirinya bersalah, dia harus minta maaf dan yang paling afdal baginya adalah meletak jawatan walaupun baginya ia adalah sesuatu yang amat berat, namun itu adalah kesilapannya sendiri. Dia harus bertanggungjawab dengan bermaruah dan menerima akauntabiliti itu. Mata penganut agama lain sedang memerhatikannya dan orang Islam tidak patut membiarkan agama dipermainkan oleh mereka yang hanya mahu cari makan sahaja.
Ya, ia memang nampak kasar. Tapi, tiada cara lain untuk menterjemahkan kelakuan Wan itu, cari makan sahaja.
Ini adalah kebiasaan di dalam UMNO, menggunakan agama untuk agenda sendiri. Pada 6 Januari yang lalu, UMNO sekali lagi menggunakan Khutbah Jumaat untuk memberitahu orang Islam bahawa apa jua bentuk demonstrasi jalanan yang mengugat keamanan, keharmonian dan keselamatan Negara adalah haram- tidak dibenarkan dalam Islam dan berdosa.
Tapi khutbah itu tidak pula memberitahu bahawa UMNO lah yang boleh menentukan apa yang boleh menggugat keamanan, keharmonian dan keselamatan Negara. Khutbah UMNO itu juga lupa menyentuh tentang korupsi, salahlaku pemimpin termasuk salah guna wang zakat, membazirkan wang rakyat, mencuri hak rakyat termasuk pembunuhan Altantuya dimana dua pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah dihukum gantung dan ini bukanlah khabar angin sahaja- semuanya perbuatan salah dan berdosa.
Memupuk kebencian antara Islam dan agama lain
UMNO bukan sahaja menggunakan Islam dan orang Islam untuk maksud politik dan mencari lebih wang tetapi menggunakan orang Kristian dan agama Kristian itu sendiri untuk memburukkan imej Gereja. Ia telah menuduh orang Kristian menyesatkan orang Islam dan menggunakan kabajikan untuk memancing orang Islam. Ini adalah supaya orang Islam akan menyokong UMNO dalam usahanya memusnahkan 'ancaman' orang kafir ini. Jahat? Ya, dan lebih dari itu, berdosa besar.
Perkara yang sama juga berlaku ke atas orang Hindu. Dengan UMNO memprovokasi mereka dengan memusnahkan kuil mereka dan mengheret kepala lembu di jalanan semata-mata untuk menghina komuniti itu. Provokasi ini juga akan mencetuskan ketegangan di antara orang Hindu dan Islam.
Sebelum bermulanya tahun baru, beberapa kepala babi dijumpai diluar kawasan sebuah masjid. Empat orang telah ditahan berikutan kejadian itu tetapi Johor- kerusi panas PRU ke 13-sedang hebat merancang satu lagi ketegangan antara orang Melayu dan Cina yang dijangka akan mengundi Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua pembangkang Anwar Ibrahim.
Penyalahgunaan yang keterlaluan
Ya, UMNI telah menjadi begitu hina sekali akibat keterdesakan. Seperti yang dinyatakan oleh Anwar, UMNO sudah tidak takut pada tuhan. Tidak pernah dalam sejarah, agama disalahgunakan ketahap ini hanya untuk memastikan sesebuah parti politik masih berkuasa.
UMNO tidak hanya menggunakan agama dengan serndirinya, mereka menggunakan untuk merancang strategi kotor untuk menarik perhatian dan memenangi sokongan dengan apa jua cara. Seperti yang telah ditunjukkan dalam isu zakat Jamil Khir- UMNO tidak lagi takutkan Tuhan.
Mufti, Mufti apa dah jadi?
Kata-katamu mengguris kalbu
Kata orang Melayu sudah "celaru"
Nak salahkan siapa jika bukan dirimu?
Bukan salahku jadi tak usah nak tunding jari,
kau dipetik, dilapor jadilah begini
Usaha kau sia-sia, memang dah pasti
Satu penghinaan buat mereka sakit hati
Dengan terburu-buru
kau sokong kerja PPZ yang memang tak patut
Sebelum ini berdiam diri dan saiz pun kecut
Namun kau bisa berfikir, tenang dan bijak.
Seperti mana seorang imam sepatutnya bertindak
Kepada hukuman, kerakusan orang berkuasa
kau nak kena jawab dengan Yang Maha Esa
Berbuat baiklah pada orang Malaysia, tak kira Kristian, Islam dan Yahudi
Kepada semua kau mesti hormati
Sama ada orang berada, datuk atau datin
Untuk orang biasa kau pun mesti prihatin.
Mungkin kepalamu didalam UMNO atau berada di alam nyata?
Menghirup teh sambil berkata 'ya'?
Atau sedang berbincang nasib masyarakat yang merintih?
Walau apa pun, daku harap kau tak pilih bulu
Kerna bukankah itu ynag sepatutnya buatmu?
Ku tahu berat tugasmu, banyak perjuangan kecil yang tak bisa ku nampak
Dan kau sentiasa ada dihati umat, walau di mata engkau memang tak nampak
Harapan kami, teman kami, dan paling utama sahabat kami.
Bisakah kau beri keputusan bijak dan adil nanti.
Jika keadilan ditegakkan, jadi semuanya bisa beres kan?
Dan bicaramu, integritimu tidak bahan jolokan.
Mufti, Mufti di manakah dirimu sebenarnya?

Aksi Ala Lesbian Lisa Surihani Bersama Nora Danish Kembali Jadi Perhatian

Posted: 18 Jan 2012 06:39 AM PST


Gambar yang anda lihat ini adalah satu set gambar lama yang keluar sekitar Julai 2011 yang lalu.
Ketika itu, beberapa keping foto terebar menunjukkan yang Lisa Surihani bersama Nora Danish beraksi ala lesbian dan timbulkan sedikit kontroversi.
Hari ini, beberapa blog tempatan kembali memetik gambar Lisa Surihani & Nora Danish ini tetapi sudah sedia maklum yang gambar tersebut hanya satu gurauan.
Kami dengan mood sedikit rajin tampilkan gambar ini dengan versi meme Now Kiss! — dan kalau anda tidak tahu apa itu meme, anda belum cukup tegar sebagai pelayar internet.
Lagi beberapa keping aksi Lisa Surihani & Nora Danish sebagai teman rapat selepas ini. Jangan timbulkan apa apa fitnah, they're just having some fun. Heh. - rotikaya

[Video] : Ceramah DSAI - Rapat Rakyat di Alor Star : Bhg 1 , 2, 3 dan 4

Posted: 18 Jan 2012 02:12 AM PST







Politiksukusakat

Politiksukusakat


Pemimpin Umno-BN sarat dengan skandal rasuah!

Posted: 18 Jan 2012 09:57 PM PST

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB


Sejak 50 tahun Umno-BN menerajui negara, parti nasionalis itu yang bergabung dengan MCA,MIC dan Gerakan serta beberapa parti kecil lain termasuk di Sabah dan Sarawak tidak sunyi dari terpalit dengan skandal rasuah.

Ramai pemimpinnya dituduh dan didakwa atas kesalahan rasuah, ada yang telah dikenakan tindakan, tidak kurang yang terlepas bebas meskipun wang negara 'punah' dikerjakannya.

Penulis sempat merekodkan beberapa jenis skandal dan dakwaan yang pernah dihadapkan kepada pemimpin Umno oleh pelbagai latar masyarakat untuk tatapan pembaca menjelang Pilihan Raya Umum ke-13..

Berikut adalah senarai beberapa nama pemimpin dan jenis skandal
penyelewengan yang pernah dilakukan :

1) Skandal rasuah Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr

Mohd Khir Toyo :


Tuduhan : Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia
dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Hukuman : Pada 23 Disember, Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa serta-merta dan memerintahkan harta terbabit dilucut hak kepada kerajaan Malaysia


2) Skandal komisen Kapal Selam membabitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan, dengan Abdul Razak Baginda - Skandal Scorpene RM500 juta komisen

Dakwaan : -Transaksi pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis itu oleh Malaysia dikatakan dicemari dengan penyelewengan melibatkan komisyen hampir RM500 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.Ia juga dikatakan ada kaitan dengan
pembunuhan ngeri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

-Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN,
sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Hukuman : Tiada pendakwaan dalam kes ini.

3) Skandal PKFZ - Membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA.

Tuduhan : Pada 9 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.

Beliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Skandal PKFZ melibatkan banyak pihak seperti KDSB, LPK lain-lain disebabkan wujud penyelewengan sehingga kosnya melambung RM4.6 bilion.

Hukuman : Masih dibicarakan


4) Skandal-skandal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin, Abdul

Taib Mahmud dan keluarga :


Dakwaan : Dakwaan Taib Mahmud memiliki empayar perniagaan bernilai RM3 billion

-Adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus sebanyak RM250 juta bersamaan USD80 juta

-Tiga pengadu itu – John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat 'empayar' perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org termasuklah termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

-Pembabitan keluarga Taib dalam konglomerat terbesar negeri itu Cahaya Mata Sarawak.

-Taib telah dikaitkan dalam skandal membabitkan sogokan RM32 juta yang dibayar oleh firma-firma perkapalan Jepun yang mengangkut balak dari negeri tersebut susulan daripada laporan daripada akhbar The Japan Times Online.

-Dan antara yang terkini adalah pendedahan Sarawak Post yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud memperuntukkan RM1.8 Bilion kepada "orang yang tidak dikenali" pada tahun 2009.

Hukuman : Tiada pendakwaan.


5) Skandal Pusat Fidlot Negara (NFC) membabitkan Ketua Wanita

Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil berjumlah RM250 juta.


Dakwaan : Menggunakan dana melalui NFC membeli satu unit kondominium mewah di Bangsar dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta dan di Singapura bernilai kira-kira RM10 juta.

-Untung RM600,000 melalui simpanan tetap (Fix Deposit)

-Pegangan saham yang dimiliki ahli keluarganya termasuk suami, Dato' Dr Mohammad Salleh Ismail (249,999 unit); anaknya, Wan Shahinur Izran Mohammad Salleh (250,000 unit) dan Wan Shahinur Izmir Mohammad Salleh (1 Unit) dalam NFC.

- Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

- Sebanyak RM827,579 diguna untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009 menggunakan NFC.

-Suaminya, Dr Mohammad Salleh pula dikaitkan dengan dakwaan rasuah pihak berkuasa melalui orang tengah, Dato' Shamsulbaharin.

Hukuman : Sedang dalam siasatan SPRM


6) Skandal bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Md

Taib :


Dakwaan : Pemilikan harta melampau. Tidak dapat dinafikan bahawa harta Muhammad Taib yang melampau bukan daripada gaji dan elaun sebagai Menteri Besar.

-Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail menyebut bahawa nilaian harta yang diisytihar Muhammad Taib ialah RM 30,831,306.15. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam
kenyataan bersumpah beliau.

-Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau.
-Muhammad Taib pernah ditahan di Australia kerana gagal mengistiharkan pegangan tunai melebihi 1,000,000.00 wang campuran mata wang asing.

7) Skandal penggunaan wang zakat membabitkan, Menteri Di

Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom, menteri

yang menjaga hal ehwal agama Islam.


Dakwaan : Bukti pertama pendedahan mengenai dokumen membabitkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) termasuk baucer bayaran bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00.

- Bukti kedua merupakan surat Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Dato' Seri Azmi Khalid yang mengesahkan RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jumlah merangkumi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150yang tercatat di dalam baucer tersebut.

Bukti dalam dokumen itu termasuk tandatangan dari Setiausaha MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali yang meluluskan wang zakat itu untuk dibayar kepada syarikat guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010.

Jamil, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik syarikat itu bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf bertujuan menghalang kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah

Hukuman : Tiada pendakwaan.


8) - Skandal membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri

Kewangan II, Hasbie Satar (Tan Sri Mohammed Nor Yakcop) yang

kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Setiausaha Politiknya, Hasbie Satar ditahan SPRM, di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, bersama penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. Beliau dituduh mengikut
Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.


9) - Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji

Mohamad Bin Haji Hassan dikaitkan dakwaan mengirimkan wang

secara haram ke luar Negara membabitkan RM10 juta ke London

pada tahun 2008.


10) - Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dikenakan

tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin Umno berikutan rasuah

wang dalam Pemilihan Umno.



Turut dituduh ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin namun Khairy hanya diberikan amaran sahaja.Sementara siasatan mengenai dakwaan Ali Rustam mengamalkan
politik wang bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan parti tahun 2010 telah ditutup SPRM.


Paling besar, pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad banyak mencatatkan dakwaan kronisme dan rasuah.Berikut senarai yang sempat dicatatkan penulis :


Skandal-skandal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir MohammadMahathir menjadi Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia selama 22 tahun.

- RM1.8 billion di mana Mahathir sendiri yang meluluskan sendiri (bail-out) untuk syarikat Mirzan Mahathir, Konsortium Perkapalan Berhad/Diperdana. Membelanjakan RM836juta untuk membeli 11 kapal tangki dari KPB.

- Pengambil-alihan syarikat perkapalan MISC (Malaysia International Shipping Corp.) pada Nov 1998 (62% ekuiti).

- Untuk menyelamatkan DRB-Hicom (Proton) melibatkan perbelanjaan RM999.4 juta (27% ekuiti).

- Berkali-kali digunakan (RM4 bilion) untuk menyelamatkan BBMB yang hampir bangkrap kerana hutang lapuk tidak berbayar tokoh-tokoh korporat.

- Membeli Boeing 747 dari Pratt & Whitney pada Julai 1985, untuk disewakan kepada MAS dan menyelamatkan MAS daripada berhutang dengan Rolls-Royce.

- Dipaksa membeli Menara Dayabumi pada Mac 1988 dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan dijadikan ibu pejabatnya sebelum berpindah ke Menara Berkembar Petronas.
40% ekuiti Putrajaya Holdings untuk bina bandar Putrajaya dan projek MSC bernilai RM19 bilion.

- Menteri Umno melakukan rasuah, disiasat BPR, cukup bukti tapi pendakwaan disisihkan. Dato' Seri Rafidah Aziz melakukan 5 kesalahan mengagihkan saham-saham kepada menantunya Fazrin Anwar.

- Mahathir telah menghalang pendakwaan ke atas Rafidah di mahkamah, Menurut laporan Jabatan Peguam Negara 14 Mac 1995, terdapat kes prima facie Rafidah telah melakukan rasuah.

Perbuatan Mahathir menghalang proses undang-undang dijalankan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.

- Mengamalkan kronisme dan nepotisme secara berleluasa dan berterusan dalam pemerintahan BN. Siapa kroni Mahathir : Ananda Krishnan (Binariang), William Chin (Lion Group), Hanif Omar (Genting), Francis Yeoh (YTL), Jefrey Chia (Sunway Group), Lim Kim Yew (Mines Resort), Vincent Tan (Berjaya, Sport Toto, Raleigh Bhd), Halim Saad (Renong, Faber Group, Park May, CAHB, UEM, Ho Hup), Tajuddin Ramli (MAS, TRI, Celcom), Wan Azmi Wan Hamzah (Land & General Bhd, Amway, RJ Reynolds), Mohamad Anwar
Senawi (Landmarks Bhd), Abu Zahid (Perwaja, Maju), AP Arumugam, Lim Kok Wing, Hj Basir Ismail, Nordin Sopiee, Tengku Adnan, Shamsudin Abu Hassan, Ting Pek Khing (Ekran - Bakun), Eric Chia (Perwaja), Tan Sri Tiong (MEC), Dato' Soh Chee Wen, Kadir Jasin (NSTP, MRCB, TV3, Malakof) dengan saham bernilai RM1.5 bilion. Ahmad Razali (Pengerusi Tabung Haji) ipar Mahathir. Anak-anak Mahathir mempunyai 218 buah syarikat sendirian berhad: Mokhzani (Pantai Holding Bhd, KL City Corp, THB, Tongkah
Holding)(Tongkah Medivest Bhd dianugerahkan projek penswastaan 'hospital support services'), Mirzan (KPB, Artwright Holding Bhd, Capetronic, Dataprep, Diperdana, KIG, Lion Corp, Transmile, Worldwide, Mamee-Double Decker, Sunway Building) dan
Mukhriz (Ajiya Bhd, Reliance Pacific Bhd).

-Renong Group diberi keuntungan secara mudah/percuma bila dianugerahkan tanah seluas 27,000 ekar di Gelang Patah, Johor. Harga jual tanah tersebut RM1.00/kaki persegi. Bila projek Link Kedua siap tanah itu dijual semula kepada kerajaan Umno dengan nilai RM10/kaki persegi.

- Tan Sri Eric Chia yang menyebabkan kerugian Perwaja sebanyak
RM2.985 bilion yang ada melibatkan kelulusan dan kepentingan Mahathir.

- Daim Zainuddin menerima ratusan juta ringgit hasil agihan saham Resort World sepertimana laporan polis oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Julai 99.

-Anwar melaporkan Daim melarikan sejumlah RM700 juta ke luar negara. Laporan polis DSAI yang mendedahkan 3 surat dari tiga tokoh korporat (Tajuddin, Wan Azmi, Halim Saad) membuktikan Daim terlibat dalam rasuah berbentuk wang dan saham.