Rabu, 5 September 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SIAPA UANG JAHIL DAN SIAPA DANGKAL - KANG KONG ATAU PUNK ROCKERS?

Posted: 05 Sep 2012 07:35 PM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB

anak anak muda
yang mengkibarkan sang saka malay
pada malam 30 ogos 2012 dahulu
bukan dangkal sejarah

anak muda ini bukan buta sejarah
anak muda ini bukan jahil sejarah

mereka membuat sejarah!






KUMPULAN KIBAR SANG SAKA MALAYA DANGKAL JAHIL SEJARAH
- meloya

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Tokoh-tokoh sejarah menyifatkan dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih Khamis lalu kononnya ia bendera asal Tanah Melayu, sebagai dangkal dan jahil terhadap sejarah negara ini.

Ini kerana kata mereka, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera seiras Singapura itu sebagai bendera rasmi biarpun ketika dijajah oleh kuasa luar.

Sebaliknya, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan penyokong pembentukan Indonesia Raya, yang sentimennya dimulakan di Tanah Melayu pada 1938 oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaakob.

Bekas Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menjelaskan, matlamat KMM pada waktu itu adalah menggabungkan Tanah Melayu dengan republik Indonesia bagi membentuk Melayu Raya untuk mencapai kemerdekaan.





PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com



TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS

Posted: 05 Sep 2012 06:07 PM PDT









MAT SABU JUGA DI PANGGIL MATA MATA

tuan haji mat sabu
timbalan presiden pas
telah juga dipanggil oleh mata-mata
dari rumah pasong dang wangi

mengikut mat sabu
surat mememinta beliau datang
ke rumah pasong telah diterima
pada petang kelmarin

pada ketika surat itu sampai
mat sabu tidak berada di rumah
maka surat dari rumah pasong ini
telah di terima oleh isteri mat sabu

mat sabu akan pergi
ke rumah pasong dang wangi
pada 9 september yang akan datang

mat sabu akan bekerjasama dengan mata-mata
yang ingin mengetahui apa yang
telah berlaku pada malam JANJI DEMOKRASI
pada 30 ogos lalu

PETANG INI JAM 3:00
pada petang ini
pak samad
maria chin
akan datang ke rumah pasong dang wangi
mereka diminta datang untuk membantu
pihak mata-mata memahahi lagi
tentang malam JANJI DEMOKRASI





PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com





SEBUAH SAJAK NAMANYA PERJUANGAN

Posted: 05 Sep 2012 05:31 PM PDT





JANJI DEMOKRASI JANJI DITUNTUT




SAMM BERDIRI TEGUH PERTAHAN PAK SAMAD

Selaku antara pendiri Gabungan JANJI, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengiringi tokoh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang esok (Khamis 6 September).

Adalah menjadi satu malapetaka bagi demokrasi dalam negara ini apabila seorang sasterawan negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa diheret bagaikan penjenayah hanya kerana menguntum sebuah puisi di malam ambang kemerdekaan.

Apakah mungkin puisi yang dibaca oleh Pak Samad pada kemuncak himpunan Janji Demokrasi mampu mencetus huru-hara dan merobohkan istana regim maka Pak Samad akhirnya disiasat di bawah akta perhimpunan aman? Regim umpama sudah kepanasan dan gamaknya sedia untuk menyumbat sesiapa sahaja ke tirai besai waima seorang tua berumur hampir 80 tahun semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

SAMM menegaskan adalah tidak wajar untuk Pak Samad dipanggil ke Balai Polis. Beliau seorang sasterawan, puisi sememangnya menjadi rutin. Pihak polis pula janganlah bersikap bagaikan lembu dicucuk hidung, membenarkan seluruh institusi menjadi aparat pemerintah. SAMM cukup bersimpati kepada pihak berkuasa senantiasa menjadi mangsa dan terpaksa mengikut telunjuk sang penguasa. Moga pihak berkuasa dikurniakan sedikit kekuatan untuk bertindak adil demi keadilan sejagat.





Berikut adalah ringkasan informasi:

Solidariti Buat Pak Samad
Tarikh: 6 September 2012 (Khamis)
Masa: 3.00 Petang
Lokasi: Depan IPD Dang Wangi


SAMM dengan ini menyeru orang ramai, penegak demokrasi dan pencinta keadilan untuk menunjukkan solidariti buat Pak Samad dengan menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi. Satu sidang media akan diadakan selepas itu dan pengamal media adalah dijemput.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


PARTI PUNDEK PUNDEK PUNDEK MEMBODEK LAGI

Posted: 05 Sep 2012 12:04 PM PDT









HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI KHIANATI NEGARA
- minsider

Sambutan ambang merdeka sepatutnya menyerlahkan kegembiraan dan kebanggaan negara terhadap begitu banyak pencapaian cemerlangnya.

Sebaliknya, ia telah dicemari dengan tingkah laku biadab dan tidak sopan segelintir peserta perhimpunan 'Janji Demokrasi'.

Kumpulan itu telah mencemarkan kiraan detik ambang Merdeka dengan mengibarkan bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang, beraksi tidak sopan seperti melondeh seluar dan menunjukkan punggung kepada gambar perdana menteri dan memijak gambar pemimpin nombor satu negara itu.

Tindakan itu jelas menunjukkan rasa tidak hormat dan penghinaan terhadap negara dan pemimpinnya.

Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan berkata kekecohan yang dicetuskan oleh beberapa peserta semasa perhimpunan 'Janji Demokrasi' di Dataran Merdeka, merupakan satu pengkhianatan kepada negara sendiri.

Beliau berkata bendera negara adalah lambang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mewakili kecintaan kepada negara.

"Lagipun, bendera bukan hak milik sesiapa. Ia milik negara dan bukannya parti kerana kerajaan boleh bertukar tetapi bukannya sejarah dan kedaulatan sesebuah negara," katanya semasa ditemu bual Bernama. — TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....PUNDEK PUNDEK PUNDEK NAK TUMPANG SEMANGKOK.... kah kah kah..

kah kah kah... PUNDEK PUNDEK PUNDEK INI KAKI BODEEK.... kah kah kah...

kah kah kah...INI LAH PERANGAI PUNDEK PUNDEK PUNDEK..... kah kah kah...

kah kah kah...DARI DULU HINGGA SEKARANG.... kah kah kah..

woit...KEKECOHAN KEPALA BANA APA?...kah kah kah..

klah kah kah...PASAL APA MESTI HORMAT PADA PEMIMPIN?.... kah kah kah..

kah kah kah... MANA PUNYA UNDANG UNDANG RAKYAT MESTI HORMAT PADA PEMIMPIN... kah kah kah..

woit.... BILA DIKATAKAN INI AUTA KELING... JADI MARAH....kah kah kah..

kah kah kah...TAPI INILAH CONTOH AUTA KELING YANG TELAH MEREBAK.... kah kah kah





PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com




PEMUDA GEROMBOLAN MEMBUAT KERJA SAMSENG - APABILA SAMSENG SUDAH BUKA KELAB JUDI

Posted: 05 Sep 2012 01:42 AM PDT





30 EKOR SAHAJA DIANGGAP SAMSENG





KOMENTAR TUKAR TIUB
tt sentiasa menyokong
sesiapa sahaja untuk
melakukan demonstrasi di jalan raya
ini adalah hak kebebasan

tt hanya memberi pandangan kepada
pemuda united malays naational organisation
kalau henadk berdemo
kumpulkan puluhan ribu
baru dipanggil demonstrasi atau tunjuk perasaan

jika 30 orang saperti pagi ini
di ibu pejabat pkr
maka ini akan dianggap kerja samseng

kerja samseng ini hina
kalau 30 orang ini kerja samseng
kalau 30 ribu barulah diterima sebagai demonstrasi

untuk mengelak dari dipanggil samseng
susun 20 ke 30 ribu maka pasti akan
ditakrif sebagai demonstrasi

harap makluam
harap buat perubahan

CONTOH DEMO 30 RIBU ORANG



SAMSENG UMNO SERANG PEJABAT KEADILN - keadilan daily

PETALING JAYA 5 September: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.
Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

"Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, 'Jalur Gemilang' dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim," jelas beliau.

"Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan," katanya.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

CONTOH DEMO 20 RIBU ORANG


Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.





PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com



TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS

Posted: 05 Sep 2012 12:57 AM PDT




DI PANGGIL OLEH MATA-MATA




PAK SAMAD DI PANGGIL MATA-MATA

pak samad telah menerima surat
memanggil untuk datang ke rumah pasong
dang wangi hari ini jam 2:00 petang

buat masa ini pihak pak samad
masih menangguhkan dari pergi
ke rumah pasong itu

mari chin abdullah
dari empower sedang
membuat urusan untuk mencari
tarikh dan masa yang lebih sesuai
kerana pada petang ini pak samad
telah mengatur program yang lebih awal

panggilan mata-mata ini berpunca
dari pembacaan puisi oleh pak samad
di dataran dbkl pada malam 30 ogos lalu

pak samad telah membaca puisi: JANJI DEMOKRASI





PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com




BERITA BARU MASUIK - KESELAMATAN NEGARA MULA TERGUGAT - BAHAYA BESAR SEDANG MENUNGGU

Posted: 04 Sep 2012 10:56 PM PDT




KAKI KEATAS KEPALA NAJIB





NOTA:

kerja kerja jahat sedang diatur
oleh kumpulan jahat
yang berniat jahat

kumpulan jahat ini telah menyebarkan
gambar kaki di atas kepala najib

ini bukan sahaja penghinaan kepada pemimpin negara
gambar ini membawa bahaya besar

perbuatan ini sedang mengancam keselamatan negara
cuba bayangkan jika kaki ini hinggap ke atas kepala najib
najib jadi pening dan lupa jalan pulang
najib terus ke shah alam pergi rumah ziana zain

bila rosmah mansor tahu
najib pergi rumah ziana zain
rosmah marah menyinga
rosmah memanggil ketua polis negara
suruh mata mata tangkap ziana zain

ziana zain lari ke kedutaan amerika
ziana zain sambil menyanyi sambil minta bantuan duta amerika
rosmah naik bengang
arahkan razak baginda
upah orang untuk ledakan zizna zain
ziana menyorok dalam pejabat duta
rosmah bom kedutaan amerika

akhirnya amerika tidak ada jalan laian
amerika menyerang malaysia

salah satu bom amerika
terkena kapal china di pelabuhan klang
juga terkena kapal rusia di pelabuhan pasir gudang
kerajaan china naik marah
akhirnya china dan rusia
bersatu untuk menyerang amerika
amerika pula minta bantuan dari negara eropah

akhirnya perang dunia pecah
semuanya bermula dari
gambar kaki diatas kepal najib

inilah sebab kenapa ketua polis negara
membuat kenyataan bahawa
gambar kaki diatas kepala najib
mengancam keselamatan negara




KAKI KEATAS KEPALA NAJIB







DARI FB IRSYAD SIDI



Ni bukan PIJAK gambaq Piem... haha...

Paling bangang bila marah gambar Piem kena pijak...
Yang rezab-rezab melayu tergadai... tak marah...
Yang duit kena seleweng... tak marah...
Senyum poyo je!!!!





PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com




BERITA BERGAMBAR - PERSIDANGAN AGUNG PEMANAL

Posted: 04 Sep 2012 10:24 PM PDT





PERSIDANGAN AGUNG PEMANAL






BERITA BERGAMBAR
dibawah ialah gambar kenang-kenangan
ahli jawatan kuasa pemanal
yang baru dilantik untuk sessi 2012-2057

pemanal ialah gabungan melayu antara bangsa

tetapi pemanal kali ini
telah sebulat suara menerima
seorang india yang mengakui dirinya china
kemudian tak mahu jadi china
terus mengaku dirinya melayu
untuk diterima sebagai ahli pemanal

jawatan kuasa ini dilantik
bertujuan untuk memastikan
muhyiddin yassin akan dijadikan
pm sebelum pru13

turut sama dijemput ke perhimpunan pemanal ini
ialah presiden besar pengatak
sebuah organisasi melayu
yang ditaja oleh china bernama vincent tan

juga turut serta ialah
seorang bekas tinju

perhimpuan agung ini telah
dihiburakan dengan tangisan doa
hasan ali yang telah kehilangan kerusi exco
dan tidak akan menjadi adun lagi

NOTA:
perhimpunan pamanal ini juga
telah melakukan satu yang unik
kerana ianya dijalankan
diatas bumbung rumah yang
telah dijadikan tempat menanam padi

nota:
PEMANAL ialah pertubuhan malaon internasional

PROJEK PERTAMA PEMANAL






















PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com



SANGA SAKA MALAYA ADALAH SEJARAH PERJUANGAN BANGSA

Posted: 04 Sep 2012 09:04 PM PDT




LIHAT SEKALI LAGU KLIP PENCERAHAN INI




BENDERA ITU ROH KEMERDEKAAN
- meloya

SIAPA kata Jalur Gemilang bukan ciptaan anak negeri atau warganegara Malaysia?

Kalau dilihat aksi provokasi dua pemuda mengibarkan bendera merah putih yang mereka namakan 'Sang Saka Malaya' untuk menggantikan Jalur Gemilang, yang terpampang di muka depan akhbar ini semalam, bukankah itu kelihatannya seperti bendera Singapura atau bendera Indonesia?

Sebenarnya, isu untuk menggantikan Jalur Gemilang dengan reka bentuk lain, bukanlah isu baru. Ia mula-mula sekali dibangkitkan oleh aktivis sosialis atau pendemonstrasi jalanan, Hishammuddin Rais dua tahun lalu.

Kalau anda boleh layari satu bual bicara penyokong kuat pembangkang ini dalam program Rentakkini.TV ketika mengulas sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 tersebut, Hishamuddin telah menguar-uarkan bahawa Jalur Gemilang diciplak dari bendera Amerika Syarikat. Katanya selain lagu Negaraku, ia wajib diubah kerana kedua-duanya bukan garapan anak negeri.

Apabila diajukan cercaan Hishamuddin itu kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan yang kebetulan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah rakan seangkatannya di Universiti Malaya (UM) suatu ketika dulu, Fuad mengingatkan:

"Bendera adalah simbol kewujudan bangsa, maruah serta kemuncak perpaduan bangsa. Kalaupun ada unsur pinjam meminjam, ia sesuatu yang lumrah.


Tetapi yang penting, ia diubah suai mengikut latar belakang budaya, sejarah dan perkembangan negara masing-masing.

"Paling penting, makna kemerdekaan."

Fuad menarik perhatian yang mana dengan sedikit perubahan, sesuatu bendera itu boleh diukir dengan meminjam idea dari bendera negara lain. Apatah lagi, jika kedua-dua negara ada hubungan penjajahan.

"Cuba kita lihat bendera Australia ada persamaan dengan British. Bendera Singapura mirip bendera Indonesia.

"Yang dicadangkan bendera negara ini turut sama dengan Indonesia itu adalah kehendak Ibrahim Yaakob yang ketika itu hendak bersama Ahmad Boestaman, pejuang nasionalis kiri yang mahu Malaya merdeka bersama Indonesia, dalam konsep Indonesia Raya. Mereka juga hendak merdeka sekali bersama Filipina," kata beliau.




Dan hakikatnya, kalau dilihat bendera Amerika Syarikat mirip bendera Syarikat Hindia Timur British. Malah, bukan sahaja bendera Amerika Syarikat, bendera empayar Majapahit, Pulau Bikini Atoll dan Liberia juga menyamai corak berjalur-jalur bendera Syarikat Hindia Timur berkenaan.

"Malah, bendera Amerika Syarikat juga telah 26 kali berubah reka bentuknya sejak tahun 1777 tapi tidak menghilangkan jalurnya.

"Bendera Amerika ambil idea daripada Syarikat Hindia Timur British. Hubungan pinjam meminjam ini lumrah tetapi dipindahkan dengan disesuaikan budaya, sejarah negeri dan geografi negara masing-masing tanpa mengurangkan nilainya," katanya.

Menyangkal lagi dakwaan Jalur Gemilang bukan ciptaan anak tempatan, Fuad berkata, ciptaan bendera negara ini telah dipertandingkan dengan sebanyak 373 rekaan diserahkan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan. Dan menerusi pemilihan yang dibuat pada 15 November 1949, hanya tiga disenarai pendek.

Bagaimanapun, sebelum diumumkan, ada beberapa cadangan dibuat. Contohnya, permintaan Sultan Kedah yang meminta supaya bulan sabit putih ditukar kepada warna kuning. Ia untuk mewakili Raja-Raja Melayu.

Justeru, pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja Melayu, maka satu rekaan telah dicadangkan oleh Sultan Kedah dan diberikan kepada pemangku Ketua Setiausaha Negara untuk dijadikan bendera Persekutuan Malaya.

"Dan seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor, Mohamad Hamzah telah diumumkan sebagai pemenang. Pada 19 Mei 1950, bendera Malaysia dinaikkan di hadapan Istana Selangor, diikuti pada 31 Ogos 1957 dinaikkan di Dataran Merdeka untuk menggantikan Union Jack.

"Jadi, tidak betul dakwaan Hishammuddin itu bendera kita adalah hasil ciplak dari negara asing," katanya.

Dalam perbualan hampir 20 minit dengan kami, Fuad bagaimanapun terdiam sejenak. Beliau teringatkan bapanya, Tan Sri Hassan Azhari, 84, yang mempunyai nilai sentimental pada hari negara mengecap kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu.

"Bapa yang ketika itu berusia 25 tahun telah diminta oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Datuk Abdul Rahman Talib atas jemputan Tunku (Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj) untuk membaca azan selepas pengisytiharan merdeka.

"Ia untuk memberi roh kepada kemerdekaan. Dan ia (azan) bukan dalam bentuk 'Hijaz' iaitu melankolik atau mendayu-dayu tetapi dalam bacaan yang lebih bersemangat," katanya.

Dan benarlah bendera itu bukan sekadar bendera.

Jalur Gemilang itu roh kemerdekaan.





komentar tukar tiub:






JALUR TEMBERANG BUKAN ROH KEMERDEKAAN

jalur gemilang ialah jalur temberang
amat jelas bahawa bendera ini telah diciplak
dari bendera amerika

mana buktinya?

buktinya ialah motif jalur temberang
motif dalam bahasa seni ialah latar
latar dalam jalur temberang adalah latar
yang diciplak dari bendera amerika

lihat lukisan batik melayu
lihat tenunan songket melayu
lihat reka bentuk rumah melayu

semuanya kerja seni ini memiliki motif
motif lahir dari budaya tempatan
motif lahir dari pembudayaan
motif lahir dari sejarah bangsa

jalur temberang tidak memiliki motif melayu
ini kerana ianya di ciplak

SANG SAKA MALAYA
ini adalah warna darah nusantara
dari zaman berzaman warna ini telah berkibar
dari langkasuka ke gangga negara ke sri vijaya
ke persidangan afro asia 1947 di new delhi
sang saka telah berkibar

sahaeh!
sang saka memiliki sejarah perjuangan bangsa

memang tepat dan betul
bendera singapura
bendera indonesia
bendera parti pas
bendera united malays national organisation
semuanya menggunakan motif nusantara
ini adalah motif kesatuan bumi melayu
yang kait berkait
tetapi telah di pisah perentah oleh kuasa kolonial

ini sejarahnya:
1824 - perjanjian anglo- dutch treaty
1906 - anglo -thai treaty
1957 - singapura dicicirkan

perjanjian ini memisah bumi melayu

1906 empat wilayah menjadi tanah jajahan siam
1824 selat melakan memisah malaya dengan sumatra
1957 singapura masih ditangan inggeris


MEMULA MOON = NEGARA KU
kenapa tak berani sebut lagu memula moon
kenapa segan buat buat tak tahu?
lagu negar-ku ini juga lagu ciplakan
ini saheh lagu rekaan penulis lagu peranchis
diambil memjadi lagu terang bulan
kemudian dia ambil menjadi lagu negara-ku

bukti amat jelas!

kerana terlalu jelas lagu negara-ku diciplak maka
isu memula moon ini cuba di senyapkan
tak ada yang berani bersuara
tak ada yang berani bercakap
tetapi ombak perlawanan menuntut
lagu baru akan diteruskan

HISHAMUDDIN RAIS
hishamuddin rais merasa bagitu bangga
kerana wacana sang saka ini telah dibuka
tahun lalu wacana mat indra telah berjaya dibuka
tahun ini wacana sang saka

terima kaseh ronald reagan!




PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com


ANAK MUDA - AKHIRNYA DUNIA INI ADALAH MILIK KAMU

Posted: 04 Sep 2012 08:36 PM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB

anak muda akhirnya
dunia ini adalah milik kamu

anak muda kamulah melakar dunia

anak muda
oltai hanya meminjam dunia ini dari kamu

lakukan lah apa saja
asalkan yang baik
lakukan sekarang



SALUT UNTUK ANAK MUDA YANG BERANI











GABUNGAN JANJI PUJI DUA ANAK MUDA KIBAR BENDERA SANG SAKA MALAYA
- minsider

Jurucakap Gabungan Janji Hishammudin Rais memuji anak muda yang mengakui mengibarkan bendera Sang Saka Malaya bertujuan untuk mengingati kembali sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan.

KUALA LUMPUR, 4 Sept — Gabungan Janji memuji dua anak muda yang mengakui bahawa mereka mengibarkan bendera kontroversi Sang Saka Malaya.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider, ini bertujuan untuk mengingati kembali sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan.

"Gabungan Janji menyeru semua ahli politik dan media terutama Utusan Malaysia untuk memberhentikan perangai bodoh mengancam anak-anak muda yang berani ini," katanya dalam kenyataan media.

Gabungan Janji menggesa agar segala ancaman, gangguan dan tohmahan terhadap Janji Demokrasi dihentikan.

"Kedatangan orang ramai adalah bukti cinta mereka kepada negara.

"Mereka hadir ke Dataran Merdeka kerana mereka sedar banyak janji-janji kerajaan masih tidak ditunaikan.

"Gabungan Janji ingin sekali kali memberitahu bahawa Janji Demokrasi masih lagi menunggu janji-janji yang masih belum ditunaikan, seperti keluhuran perlembagaan, hukum perundangan yang lebih adil seperti menyokong hak kebebasan dan hak individu bersuara, menghapuskan semua undang-undang zalim, kebebasan media, dan pilihan raya yang bebas dan bersih."

Gabungan Janji berkata, pada ambang merdeka, warga Malaysia yang berhimpun dan membuat tuntutan secara aman dan menurut mereka, ini diakui oleh Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.

"Tetapi peranan jahat untuk memulakan gangguan dan ancaman dimulakan oleh pihak kerajaan dan Utusan Malaysia.

"Pak Samad (Datuk A Samad Said) telah menulis sebuah sajak bernama "Janji Demokrasi" dan dibacakan pada malam ambang Merdeka 30 Ogos.

"Gabungan Janji meminta pihak polis dan kerajaan hentikan membuat perangai bodoh mengancam dan mengganggu ini.

"Pak Samad membaca sajak kerana itu adalah hak kebebasan beliau.

"Gabungan Janji tidak menyokong perbuatan memijak muka Najib dan Rosmah.

"Kami harap memijak gambar ini tidak akan berlaku lagi. Sesiapa yang melakukannya wajib bertanggung jawab," katanya lagi.

Pada malam 30 Ogos yang lalu, Gabungan Janji telah mengadakan perhimpunan untuk menyambut hari kemerdekaan walaupun tidak diberikan permit oleh pihak polis dan DBKL, berjalan dengan aman dan meriah walaupun terdapat beberapa kontroversi seperti bendera Sang Saka Malaya dan memijak gambar perdana menteri, Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor.




PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com



MEMBUNUH DAN MEROGOL - BERMORAL TINGGI

Posted: 04 Sep 2012 08:02 PM PDT





BAKAL MENJADI PM TIDAK LAMA LAGI





BUDAYA MORAL YANG SEMAKIN ROSAK - meloya

CHEREDZA

Sik,
Kedah

Bendera negara merupakan panji-panji perang yang akan dipegang hingga ke titisan darah terakhir. Sepatutnya tiada rakyat dari mana-mana negara di dunia ini yang sanggup memijak atau mempertikaikan benderanya sendiri. - Gambar hiasan
majoriti rakyat jelata amat sedih dan kesal dengan perbuatan biadab beberapa individu memijak gambar Perdana Menteri dan mengibarkan bendera ala bendera Singapura pada malam sambutan kemerdekaan negara ini, baru-baru ini.

Pihak yang melakukan perbuatan biadab dan terkutuk itu kini diburu oleh pihak keselamatan demi memelihara kedaulatan dan maruah rakyat negara ini.

Perbuatan tersebut menunjukkan bahawa ada segelintir rakyat negara ini yang tidak tahu bersyukur. Mereka berbuat demikian tanpa memikirkan kesannya yang sangat buruk. Mereka barangkali fikir kerajaan Malaysia takut terhadap mereka.

Kerajaan Malaysia amat komited memelihara negara ini daripada pelbagai ancaman. Kerajaan kerap bertolak ansur demi memelihara sistem demokrasi agar berjalan lancar. Tetapi nampaknya, ada puak seperti tidak suka cara demokrasi. Mereka lebih suka cara pijak gambar, tayang punggung, tukar bendera, rusuhan dan sebagainya.

Pada pendapat saya, cara puak itu sebenarnya menjurus kepada suasana budaya bermoral rendah. Sedangkan kerajaan menjunjung budaya moral yang tinggi.

Nampaknya tidak keterlaluan saya katakan, rakyat Malaysia kini berdepan dengan pertembungan budaya moral rendah dari pakatan pembangkang dengan budaya moral tinggi dari pihak kerajaan.

Saya juga berpendapat, tindakan mereka mengibarkan bendera ala bendera Singapura tersebut menunjukkan bahawa mereka sudah ketinggalan zaman.

Saya berharap, mereka yang terlibat insaf dan kembali semula ke pangkal jalan dengan menolak pemimpin yang bernafsu serakah, yang tidak dapat membezakan antara kepentingan negara dengan kepentingan diri sendiri.

UPAH ORANG LAIN MEMBUNUH





KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TAK RAMAI RAKYAT YANG SEDIH.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK ADA SIAPA YANG BIADAP.... kah kah kah..

woit... HANYA SATU SOALAN SAJE.... kah kah kah..

SOALAN : kalau najib bermoral sangat kenapa terlibat dalam kes bunuh?




PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com


Tiada ulasan: