Rabu, 5 September 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Diskriminasi Surau Surau "Hijau" Dibawah Kepimpinan United Malay Organization @ Ummnuuu..

Posted: 04 Sep 2012 10:29 PM PDT


Tugas pemimpin  yang paling utama ialah untuk mendekatkan para pengikut atau orang dibawah kepimpinan nya untuk mendekatkan diri pada penciptanya.Semakin kepimpinan membawa insan semakin jauh dari Allah bermakna semakin gagal sesaorang pemimpin itu.Seorang pemimpin yang gagal akan dipersoalkan dan akan menerima balasan diatas perbuatan nya didunia ini.Ini bermakna pemimpin yang dilantik mustilah berlaku adil dan saksama kepada keseluruhan orang yang berada dibawah penjagaannya tanpa memilih bulu atau menumpukan agihan kepada sekumpulan sahaja.Tumpuan dan agihan material  mustilah adil dan sekata tanpa mengira fahaman politik,kaum,jantina dan lain lain.Pemimpin melakukan amalan membeza-bezakan dan hanya memperjuangkan untuk kepentingan diri dan penyokong nya sahaja adalah bersifat Assabiah.Sifat ini adalah dilarang dalam ugama Islam.

Dalam menentukan pengagihan material ini terdapat golongan yang terpinggir dan disisihkan oleh pemimpin pemimpin parti yang memerintah.Pemencilan ini bukan sahaja dilakukan oleh pemimpin utama tetapi juga oleh pemimpin tempatan atau pemimpin ditahap yang paling bawah.Mereka mengenakan banyak sekatan dan tekanan kepada penyokong parti lawan dengan harapan parti lawan akan lemah dan dapat disingkirkan.

Pemimpin peringkat bawahan ini terdiri dari ketua ketua kampong dan Ahli Jawatan Kuasa Kampung yang dilantik dari kalangan pemimpin Umno Cawangan.Mereka ini adalah menurut arahan Pemimpin Umno Bahagian dan Pusat.Tindakan seperti ini dianggap zalim dan tidak mencerminkan gaya pimpinan Islam yang adil.Gaya pimpinan seperti ini adalah mengikut kaedah kaedah tidak  Islamik.

Surau Ijtimak di Kg Tanjung Gelugor Bota Kanan adalah salah satu surau di dalam Perak Tengah yang telah didiskriminasikan oleh pemimpin pemimpin  tempatan.Surau ini telah dinafikan segala peruntukan yang patut diterima seperti Sutau surau yang lain.Ini adalah kerana pemimpin tempatan berangapan  bahawa surau ini digunakan oleh Parti Pembangkang dan jamaah surau ini sendiri adalah penyokong kuat Parti PAS.Memang benar rata rata jamaah surau tersebut adalah penyokong penyokong kuat Parti Pas.

Perkara ini bertambah ironik lagi bila mereka juga turut menjemput Ustaz atau Guru guru Agama untuk mengajar daripada pemimpin PAS tempatan.Namun begitut hak hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.Agihan material mestilah adil dan saksama tanpa mengira parti. Ianya seperti mana,satu satu kerajaan hendak mengutip cukai,tiada pelepasan disebabkan keahlian parti politik.Semua orang kena bayar cukai,tetapi dalam agihan masih ada yang tersisih.Pemimpin boleh menghantar Guru guru atau Ustaz pilihan mereka untuk mengajar,kerana tidak ada halangan dalam ugama Islam untuk mengembangkan ilmu ke jalan Allah.Tetapi perkara demikian tidak dilakukan oleh pemimpin ini,kerana mereka percaya sekiranya masyarakat mempunyai kefahaman ugama yang baik,secara langsung sokongan kepada Umno akan merosot.Ini dapat menerangkan kenapa UMNO memberi  tekanan kepada Sekolah Sekolah Agama.

Pihak TBO mengambil kesempatan untuk menyeru kepada segenap lapisan masyarakat dan juga anak anak tempatan supaya berlembut hati untuk menyumbang kepada kebajikan surau ini.Terdapat beberapa keperluan yang perlu diadakan untuk kebajikan  para jamaah seperti tempat mandi mayat (buat masa ini ianya di pinjam dari surau lain).Mengadakan tempat parking motorsikal.Menambah beberapa kipas dan membaiki tempat mengambil air sembahyang dan kerja kerja pemuliharaan surau.Sesungguhnya rezeki itu adalah dibawah kekuasaan Allah bukan nya ditangan Umno.

Insya Allah,surau ini tetap akan aktif melakukan aktivitinya. Akan ada insan- insan yang lembut hati yang digerakkan oleh Allah yang akan membantu.Sebarang sumbangan dan bantuan Tuan Puan bolehlah berhubung dengan Pengerusi Surau Ijtimak ,Encik Kamaruddin (Mat Lenggong) ditalian 0165965146. Sesungguhnya setiap sedekah itu dapat menyuburkan harta dan menghapuskan dosa dosa.Pasti ada balasan diakhir nanti.

Msinc-Terkezut pada mula nya, ingatkan surau ni berwarna hijau ..tu pasal deme sekat..bukan ropenyer…surau ni berwarna pink lagi…itu yang menghairankan surau pink pun diorang sekat jugek…he..he..Pemimpin…anda bolehlah siasat perkara ini..tengok macam mana orang orang anda buat kerja…segala kerjasama dan bantuan anda ,terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih.

Tiada ulasan: