Rabu, 5 September 2012

shalehudin

shalehudin


Gambar Najib ziarah jenazah bekas Timb Menteri

Posted: 05 Sep 2012 09:32 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) semasa menziarahi jenazah bekas Timbalan Menteri Pendidikan Allahyarham Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir, 67, yang telah kembali ke rahmatullah di rumahnya di Petaling Jaya, malam Rabu.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 5 petang tadi akibat pendarahan di dalam otak. Turut kelihatan Isteri Allahyarham, Datin Seri Amla Salleh, 64, (dua, kiri). Foto BERNAMA


[GAMBAR] Samseng Umno berebut projek, hihi...

Posted: 05 Sep 2012 07:48 AM PDT

PETALING JAYA 5 September: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.

Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

"Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, 'Jalur Gemilang' dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas beliau. 
"Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan," katanya.
Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya. KD


Salah besar, Pak Samad berpuisi tanpa TAULIAH

Posted: 05 Sep 2012 04:45 AM PDT


TERKINI: Pak Samad Said telah menerima surat panggilan dari polis untuk datang ke balai untuk dijalankan siasatan kerana baca puisi di malam ambang Merdeka...

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berkata polis hari ini meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung tindakannya membaca puisi ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Khamis malam lalu.
''Saya fikir perkara ini ada hubungan dengan Akta Perhimpunan Aman. Tentunya ada hubungan dengan puisi yang saya bacakan kerana ia ada hubungan dengan Janji Demokrasi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Tambahnya, polis meminta beliau hadir ke balai polis hari ini namun beliau hanya akan hadir pada jam 3 petang esok.


''Saya menerima notis pada pukul 4 petang, tetapi mereka mahu saya hadir pada pukul 6 petang. Saya kira, tak haruslah mendera saya. 
"Hari ini dia beri surat surat, hari ini dia mahu saya datang. Kena hormatlah saya yang sudah tua. 
"Mereka meminta hadir hari ini, tetapi saya sudah berunding dan akan hadir esok, pada pukul 3 petang," kata Pak Samad lagi.
Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih itu jugas berkata, beliau tidak dapat hadir untuk siasatan hari ini kerana mesyuarat gabungan NGO tersebut juga berlangsung pada petang ini. Dalam perhimpunan yang dihadiri 10,000 orang pada malam tersebut, Pak Samad membaca satu sajak bertajuk Janji Demokrasi dan turut bercakap kepada para wartawan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad memberitahu pemberita pada malam itu bahawa pihak polis akan "menyiasat kemudian" sama ada Pak Samad telah melanggar undang-undang dengan membaca sajak tersebut.

P/S: Ni mesti kes Pak Samad baca puisi tak ada tauliah neh... Tapi kalau baca puisi yang memuji muji Be End... baca sampai muntah pun tak pa...


HOT: Penuh stadium ngan pengundi HANTU

Posted: 05 Sep 2012 02:42 AM PDT

Perghhh....
Inilah yang dinamakan sebagai 1 Malaysia = 1 Banglasia beb...

Kahkahkah...

Janji CAPATI telah pun DITEPATI..!! Hidop Bangla...

Kahkahkah...

Patut la ramai bukan main, PENUH STADIUM dah di campoq ngan puak-puak pengundi HANTU neh...


TERHOT, terkotor, terjahat, terbusuk perut...

Posted: 05 Sep 2012 01:46 AM PDT

Hanya Malaysia rahsiakan tarikh piliharaya

Rossem,
"Tidak ada kerajaan di dunia ini yang merahsiakan tarikh pilihan raya kecuali Malaysia," kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.


Sedangkan negara lain termasuk Indonesia telah menetapkan pilihan raya (Pemilu) pada 9 April 2014 selepas mengadakan pemilihan presiden dan wakil rakyat pada 9 April 2009.
"Begitu juga pilihan raya Filipina akan diadakan pada 13 Mei 2013. Rakyat sudah tahu. Singapura juga begitu, pilihan raya republik itu akan diadakan pada 2016. 
"Negara lain termasuk Iran, Qatar, bahkan negara Afrika seperti Kenya tidak merahsiakan tarikh pilihan raya," katanya pada ceramah perdana dan solat hajat di Padang Perdana malam tadi.
Beliau yang juga Timbalan YDP PAS Kota Bharu sebaliknya berkata, kerajaan Malaysia yang diterajui Umno dan BN takut hendak mengumumkan tarikh pilihan raya lebih awal seperti negara-negara lain.

Kata beliau keadaan itu berlaku kerana Dato' Seri Najib Razak tidak yakin BN mampu mempertahankan kerajaan seperti yang ada sekarang.
"Kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13 semakin hampir. Putrajaya bakal beralih tangan. 
"Dan apabila perubahan ditakdirkan berlaku bendera Jalur Gemilang yang ada sekarang itulah kita akan kibarkan dan bukan bendera lain. Tidak ada Sang Sangka Merah, yang ada hanya Jalur Gemilang," katanya.


PANAS: Hadiah kerambit untuk sapa neh?

Posted: 04 Sep 2012 08:23 PM PDT

Cubaan bunuh keatas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang membawa sebilah kerambit dalam saku jaketnya dikesan cuba memasuki ke dalam satu majlis ilmu di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika kejadian tersebut, bekalan elektrik di masjid itu diputuskan oleh kumpulan yang didakwa ahli Pertubuhan Perkasa Peribumi (Perkasa).

Pada ketika itu, keadaan di perkarangan masjid itu agak huru-hara dengan kehadiran sekumpulan kira-kira 50 orang ahli Perkasa dengan mencetuskan keadaan huru-hara di kawasan rumah ibadat umat Islam itu.

Menurut saksi kejadian, Penyelaras Politik di Pejabat Ketua Umum PKR, Abd Rahman Yusof gerak-geri lelaki itu seolah-olah cuba mara ke dalam masjid untuk mendekati Anwar apabila bekalan elektrik masjid itu diputuskan oleh ahli pertubuhan ektrimis Melayu itu.

Bagaimanapun lelaki tersebut dipercayai tidak meneruskan niatnya untuk mendekati Anwar apabila lampu kecemasan di Masjid itu menyala secara automatik sebaik sahaja bekalan elektrik terputus.

"Saya perasan lelaki yang berdiri bersama ahli Perkasa lain di pintu masjid dengan membawa kerambit apabila hulu kerambit tersebut terkeluar dengan jelas dari poket sebelah atas jaket yang dipakainya.

"Lelaki itu juga sekali-sekala meletakkan tangannya di bahagian poket seolah-oleh bersedia untuk mengeluarkan kerambit itu dari poket bajunya," kata beliau.

Menurut Abd Rahman, apabila menyedari tindak-tanduk mencurigakan lelaki tersebut, beliau bersiap-sedia untuk meluru ke arah lelaki tersebut sekiranya beliau cuba mendekati Anwar.

Menurut Abd Rahman yang juga merupakan Ahli Kepimpinan Tertinggi PKR ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, beliau akan membuat laporan polis dalam jangkamasa terdekat.

Sebelum itu, dalam sidang media yang sama, satu tayangan video telah dipertontonkan kepada para wartawan membuktikan tiada sebarang tindakan provokasi terhadap Perkasa oleh para jemaah yang mengikuti tazkirah di Masjid Al-Hussain itu.

Selain itu, tazkirah yang disampaikan oleh Anwar juga langsung tidak menyentuh isu-isu berkaitan politik melainkan perkara yang menyentuh ajaran agama Islam semata-mata.

Bagaimanapun, kehadiran Anwar di masjid tersebut untuk sembahyang berjemaah bersama masyarakat setempat dan menyampaikan tazkirah telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan ahli dan penyokong pertubuhan Perkasa.

 
 
- Selangor Ku


GAMBAR terbaru MB Kedah waktu di ZIARAH

Posted: 04 Sep 2012 06:30 PM PDT

Tuan Guru Hj Salleh Musa sanggup datang dari Sik untuk ziarah Ustaz Azizan - bertarikh 4/9/2012


***************************************

MB Kedah bakal diganti?

ALOR SETAR: Spekulasi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya, menurut laporan sebuah portal berita.

Memetik Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafat, portal itu melaporkan bahawa terdapat kemungkinan Azizan akan digantikan sekiranya ada calon sesuai dikenal pasti.

Difahamkan pemimpin PAS sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan.

Sebuah laman blog pula mendakwa, masalah kesihatan Azizan dijadikan alasan oleh beberapa pemimpin PAS untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan Meneteri Besar.

Sementera itu, sebuah blog Unit Media Kedah mendakwa Azizan dikelilingi pemimpin yang mahukan jawatan beliau termasuk Exco Kerajaan Negeri.

Pemimpin kanan PAS yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul ketika dihubungi menafikan spekulasi itu.

Beliau berkata, jaminan diberikan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa Azizan masih boleh mempengerusikan mesyuarat penting cukup untuk membuktikan beliau masih boleh menjalankan tanggungjawabnya.
"Tiada khabar angin mengenai usaha menggantikan Azizan dan kami di peringkat kerajaan negeri tidak pernah mendengar berita seperti itu," katanya pada Isnin.
Beliau berkata, Azizan sepatutnya dibenarkan untuk berehat secukupnya supaya boleh pulih dengan cepat.

Mohamed Taulan berkata mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri itu dijadualkan diadakan pada Rabu dan akan dipengerusikan oleh Azizan.
"Kehadiran Azizan pada rumah terbuka Hari Raya PAS Kedah membuktikan beliau semakin sihat," katanya.



Sib baik DIA tak cabar sumpah laknat kat mesjid [BACA]

Posted: 04 Sep 2012 04:52 PM PDT

Peter Butler

Butler cabar ujian poligraf

Langkah itu dapat buktikan sama ada Muslim dan Ismail bercakap benar berhubung isu bawa perempuan ke bilik hotel 

Kita lakukan ujian poligraf (pengesanan pembohongan)!

Itulah saranan jurulatih Terengganu, Peter Butler kepada pemain pertahanan, Muslim Ahmad dan pemain tengah, Ismail Faruqi Asha'ri untuk menentukan siapakah yang bercakap benar.

Jemu dengan penafian berterusan kedua-dua pemain yang digugurkannya daripada skuad Penyu, jurulatih berusia 46 tahun itu yakin, ujian poligraf dapat membuktikan sama ada pemain terbabit bercakap benar berhubung isu membawa perempuan ke bilik hotel pada awal pagi sebelum perlawanan menentang Kedah di Alor Setar, minggu lalu.- BH


Tiada ulasan: