Selasa, 25 September 2012

shalehudin

shalehudin


[GAMBAR] Pegawai JPJ, pemandu bas ikut tampal pelekat Turunkan Harga Kereta

Posted: 25 Sep 2012 10:23 AM PDT

PULAU PINANG 25 September: KEADILAN meneruskan pengedaran pelekat Kempen Turunkan Harga Kereta yang dilancarkan Ogos lepas ke Pulau Pinang Sabtu lalu.

Menurut Timbalan Ketua Penerangannya, Sim Tze Tzin, sebanyak 2,000 pelekat kempen tersebut diedarkan kepada penduduk sekitar Seberang Jaya.

"Kita mula turun berkempen di sekitar Taman Seberang Jaya kira-kira pukul 3 petang. Kami ambil masa sejam edar pelekat dibantu Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Permatang Pauh.
"Selepas sejam di kawasan perumahan, kami berhenti di pasaraya Sunway, Seberang Jaya. Di sana sambutan lagi menggalakkan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu ketika dihubungi.
Program yang disertai lebih kurang 50 anggota AMK itu diketuai ketuanya, Amir Mohd Ghazali.

Ia menarik minat golongan muda terutama berkenaan kempen tersebut.

Turut sama memberi sokongan, Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon serta Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.
"Ramai yang teruja tengok kempen ini. Ada yang baru tahu dan mereka setuju dengan cadangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta.
"Bukan sahaja kereta kita tampal pelekat, tetapi lebih kurang enam hingga tujuh bas sedia ditampal pelekat, termasuk bas Rapid Penang. Kami juga ada berikan kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melalui jalan tersebut dan mereka menyambut baik dasar ini," katanya.- KD

SAPA arahkan Ibrahim Ali bikin PANAS neh... kahkahkah...

Posted: 25 Sep 2012 08:02 AM PDT

Ibrahim Ali bidas belanjawan pembangkang

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini membidas tindakan pakatan pembangkang yang membelakangkan kerajaan apabila ingin membentangkan belanjawan mereka pada taklimat khas esok.
"Seharusnya mereka menghormati kerajaan yang memerintah negara, yang mendapat mandat rakyat dan di bawah naungan (Yang di-Pertuan) Agong untuk membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, Jumaat ini.
"Sememangnya tiada peraturan untuk menghalang pembangkang untuk bentang belanjawan mereka tetapi sewajarnya patut tunjuk rasa hormat dan tidak membelakangkan kerajaan," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen.
Menurutnya pembangkang seolah-olah takut dan risau dengan pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat ini sehingga sanggup membentangkan belanjawan mereka terlebih dulu.
"Apakah pembangkang bimbang belanjawan kerajaan yang lebih menjurus kepada mesra rakyat akan menggugat mereka," katanya.
Ibrahim mendakwa tindakan pembangkang itu hanya untuk "kepentingan politik" dan rakyat seharusnya tidak tertipu dengan agenda mereka itu. - BERNAMA


Syabas Universiti Malaya, Pro M menang bergaya

Posted: 25 Sep 2012 06:10 AM PDT

Pro-M berjaya pertahan 'kubu kuat'

Seperti yang dijangka, kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya mempertahankan kubu kuat mereka selepas menang dalam pilihan raya kampus itu lewat petang ini.

Di Universiti Malaya (UM), pro-M berjaya mempertahankan kemenangan apabila menang 22 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.

Mereka menang enam kerusi umum dan 16 kerusi fakulti. Sementara lawan mereka, Penggerak Mahasiswa memenangi 17 kerusi manakala bebas menang dua kerusi.

Tahun ini, kampus tersebut mempertaruhkan sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti.

Dalam pilihan raya lalu, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di kampus perdana itu.- Malaysiakini


Sapa Pemilik Jet Mewah di naiki Anwar? [GAMBAR & VIDEO]

Posted: 25 Sep 2012 04:05 AM PDT

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mendakwa pemilik jet peribadi yang membenarkan pesawat itu digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat berbuat demikian tanpa mengharapkan balasan.

Anwar berkata, "rakannya" itu membenarkan beliau menggunakan pesawat berkenaan disebabkan "masalah logistik" untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.

Katanya, pemilik jet berkenaan memberitahunya supaya menyatakan identitinya sebagai "seorang rakan".


 
 
"Saya tanya dia jika dia memohon tanah di Selangor, sekiranya dia ada kepentingan di Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan, walaupun ini bukan sebahagian dari perjanjian. 
Dia kata tiada."(Maka, bantuan tersebut) tidak terikat dengan apa-apa," kata Anwar.
Katanya, pemilik jet tersebut – dipercayai dari jenis Dassault Falcon 7X – merupakan seorang yang dikenalinya untuk sekian lama.

Jet berkenaan berpengkalan di Kuala Lumpur dan didaftarkan dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Ia digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur... Kalau boleh, saya mahu pinjam lagi," katanya.

Blog pro-Umno kini hebat memainkan isu penggunaan jet peribadi yang digunakan Anwar yang tidak melibatkan walau sesenpun wang rakyat, akan tetapi apabila diasak soal penyalahgunaan skandal lembu RM250 juta ketua wanita Umno, Shahrizat Jalil dan keluarganya semuanya diam membisu tanpa sebarang komen.

Fakta pesawat Dassault Falcon 7X:
Pengeluar: Dassault Avaiation (Paris, Perancis)
Jarak perjalanan maksimum: 11,019 km
Panjang / Lebar sayap: 23 m / 26 m
Kelajuan penerbangan: 900 km/j
Kelajuan maksimum: 953 km/j
Berat: 15,460 kg
Harga: USD50 juta (RM160 juta) (Harga tahun 2008)



Patutlah Menteri Umno BN Hidup Senang Lenang...

Posted: 25 Sep 2012 02:37 AM PDT

 
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri...

1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia (sebenarnya duit rakyat)

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. ~ addin


Jika kita sayang Rasul, mari kita mula asah parang

Posted: 25 Sep 2012 12:58 AM PDT

"Jika kita benar-benar cintakan Rasul saw, marilah kita mulai dari sekarang asah parang setajam-tajamnya kerana sunnah ar Rasul saw ialah parang yang tajam adalah perlu untuk menyembelih kambing dan lembu terutama semasa ibadah korban

Arwah ayah saya seorang yang suka mengasah parang, kerana kerja akan jadi lebih mudah, kurang tenaga diperlukan apabila parang tajam semasa menyiang daging, menebang pokok dan sebagainya.

Antara ciri-ciri seorang lelaki Melayu, sepatutnya mempunyai parang yang tajam sebagai alat penting semasa kenduri kendara. Adakah kita Melayu sejati atau Melayu perkasa?- TKO


TERHOT: Penari punggung ni ka jadi pelakonnya...

Posted: 24 Sep 2012 10:16 PM PDT

Wakaka...
Sendiri catu...
Sendiri masuk TV...
Sendiri jadik hero...
1Malaysia kena tipu oleh penipu 1Malaysia...

Wakaka...

Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam produksi filem "Masalah Air Di Selangor" yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi.

Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.

Setelah "berjuang" habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam "filem iklan" untuk memburukkan kerajaan PR Selangor - kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!- GB


WAJIB BACA NEH: Shariff Dol versi Sarawak... hehe...

Posted: 24 Sep 2012 08:00 PM PDT

Anak Taib Mahmud didakwa 'tampar', 'tumbuk' isteri

Shahnaz A Majid hari ini membuat pengakuan kepada mahkamah bahawa beliau didera secara fizikal dan emosi oleh bekas suaminya Mahmud Abu Bekir, yang juga anak kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Shahnaz, 49, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa insiden itu berlaku di rumah mereka di Sydney dan Kuching.
"Bulan Julai sebelum pulang ke Kuching, saya tak ingat, dia serang saya di dalam rumah. Dia pukul, angkat tangan tampar, tumbuk. 
"Saya tak ingat sebabnya sebab ia bukan sesuatu yang penting, bukan isu besar," katanya.
Dua tahun selepas itu, ketika pulang ke rumah besar mereka yang "sebesar muzium lama" di Kuching, Shahnaz mendakwa diserang lagi.- Malaysiakini


PANAS: Ca teka tang mana yang sama...

Posted: 24 Sep 2012 06:55 PM PDT

Wakaka... hadoiihh....

Gua tergelak guling-guling... sakit perut...
Punyalah terdesak Umno / Be End neh dalam mencari pengaruh demi mempertahankan kuasa yang semakin lusuh!!!! Nampak sangat Umno dah kekurangan oksijen...

Dulu buku komik Najib Razak sebagai penyelamat dengan berlagak sebagai "Superman" disebarkan dan diedarkan secara percuma pada umum terutamanya kanak-kanak, kini buku latihan logo 1M'sia dengan wajah Najib Razak pula beredar rancak disekolah-sekolah.


Apa tujuan sebenarnya? Belum pernah terjadi sebelum ini.



Pa pun, pastikan anak-anak anda tak terpijak buku latihan neh jika tak mau anak anda diheret ke balai Polis nanti... wakakaa....

Katanya sokongan kat Najib dah melonjak sampai 72%. Mengapa perlu sampai begini punya lekeh Umno / Be End membuat propaganda murahan....

Dah macam negara China Komunis dan Korea Utaralah pula ni weh!!!!!


Cara meminang yang paling sempoi... [BACA]

Posted: 24 Sep 2012 05:45 PM PDT

Ustaz Wan Ji

Ustaz Wan Ji menceritakan pengalamannya di facebook...

Masa orang datang minang adik perempuan aku dulu... bapa aku suruh aku urus majlis pinangan itu...

Wakil lelaki berpantun... aku tak pandai nak balas pantun, sebab tak sempat nak rangka.... jadi aku pun cakap:

"Straight to the point"...

"Kami datang nak meminang"

"Ya, saya tau..."

"Macam mana kira ni?"

"Oklah, saya terus buat keputusan je la... kadar mas kahwin tu ikut budaya setempat la... tapi hantaran kami tak letak... nak bagi, kami ambil... kalau tak bagi, kami tak kisah... kalau rasa tak cukup duit, bagitau kami, nanti kami tolong top up"...

Wakil lelaki semua jem... diam hampir 5 minit... saling tengok muka masing-masing...

Bapa aku menyampuk;
"Kami nak ikut islam, kami tak nak ikut budaya melayu".

Seorang pak haji dari wakil lelaki bercakap;
"Senang nyeee..."

Aku jawab;
"Islam suka yang mudah-mudah... jangan susah-susahkan... kalau si lelaki rasa tak ada duit, bagitau saya... nanti saya cuba bantu sekadar yang mampu"...

Perbincangan itu tidak sampai 15 minit, dan makanan pun dikeluarkan... aku pun masuk bilik tidur, sebab malam tu tak tidur...

Alhamdulillah, sekarang adik dan adik ipar aku dah ada seorang anak... aku bangga... (sumber)


Mahathir ngan Najib neh tak tau nak MALU ka?

Posted: 24 Sep 2012 12:00 PM PDT

Hina Islam: Ngeh Dah Minta Maaf, Mahathir, Najib Dan Pemimpin Umno Bila Lagi?

Oleh: Tok Janggut

Apabila Pengerusi DAP Perak dalam twitter nya mempersoalkan akan kewajaran umat Islam membuat demonstrasi aman mengutuk puak Yahudi kerana filemnya yang menghina Nabi, bergegak tempik puak UMNO mengutuk pula Dato Ngeh malahan ada yang meminta polis menyiasat beliau. Akhirnya beliau memohon maaf diatas ketelanjuran dan sikap tidak pekanya itu. Namun begitu mengapa bila pemimpin UMNO seperti Mahathir, Najib dan lain-lainya menghina syariat Allah dan memperlekehkan sunnah Nabi tidak ada pula pihak yang buat demonstrasi?

Pemimpin DAP itu secara terbuka meminta maaf, samada beliau ikhlas atau tidak tidak ada siapa pun yang boleh mengesahkanya. Bagaiman pula dengan Mahathir, Najib dan lainya? Bila pula mereka ini hendak meminta maaf, yang selalu kedengaran bukan minta maaf tapi bertambah hebat dan angkuhnya mereka memperkecilkan syariat Allah itu.

Ingin juga kita bertanya pada Mahathir. Apakah beliau tidak tahu bahawa syaitan itu musuh ketat umat Islam? Apakah beliau tidak pernah membaca atau mendengar bahawa syaitan itu sifatnya sangat pendendam, menipu, kerjanya merosakan aqidah dan akhlak umat Islam? Jadi mengapa beliau sanggup menyamakan UMNO/BN itu sebagai syaitan yang perlu disokong? Ini jelas beliau telah mengesahkan bahawa jahat dan zalimnya UMNO sama seperti syaitan juga. Jadi mestikah umat Islam perlu terus menyokong dan membantu serta membela puak syaitan? Perlukah orang Melayu bersyukur kepada talibarut syaitan? Orang Melayu Islam yang beriman hanya wajib bersyukur kepada Allah, bukanya kepada UMNO yang mempunyai bayangan syaitan itu! Dia bagi RM500.00 pada rakyat tapi puak mereka sapu berjuta RM duit rakyat. Golong penipu beginikah yang orang Melayu perlu sokong dan pertahankan? Hancur negara.

Hanya manusia yang berkhlak dan beraqidah seperti syaitan sahaja yang akan terus menyokong, membela dan mempertahankan UMNO itu.

Orang Melayu kena ingat....kemerdekaan yang kita kecapi sekarang bukanlah dari hasil usaha pemimpin UMNO dahulu. Mereka hanya menyambut kemerdekaan tetapi bukanya pejuang kemedekaan. Yang berjuang untuk menghalau penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan tanah air kita air pejuang Melayu yang hidup di dalam hutan dengan bersenjatakan keris, lembing dan tombak. Dato Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman, Hj Abd Rahman Limbong, Tok Kenali, Mat Janggut, Tok Ku Paloh dan ramai lagi. Inilah pejuang kemerdekaan sebenarnya. UMNO adalah pejuang palsu yang mendapat nama hasil dari darah dan nyawa pejuang kita di dalam hutan sana. Akibat tidak tahan dengan asakan dan amukan pejuang kita, maka penjajah mengambil keputusan untuk berundur dan keluar dari bumi ini maka dicarinyalah puak yang perlu diberikan kuasa memerintah dengan syarat wajib mengikuti dan mematuhi semua perjanjian yang dibuatnya. Itulah UMNO.

Umat Ilsam kena ingat, penjajah datang menjajah ke negara umat Islam diseluruh dunia sekadar untuk menjajah dan merompak hasil mahsul negara tersebut dan dibawa pulang ke negara asal mereka tetapi tujuan utama mereka ialah untuk merosakan aqidah umat Islam secara halus setelah mereka kalah dalam perang Salib dulu. Antara kejayaan besar mereka apabila meninggalkan sesebuah negara yang dijajah itu ialah undang-undang mereka kekal diamalkan oleh pemerintah negara tersebut yang menjadi boneka dan anjing peliharaan mereka.

Inilah kebanggaan penjajah kerana aqidah umat Islam berjaya dirosakan dengan hanya pewarisnya mesti mengekalkan undang-undang yang mereka tinggalkan sehinggakan ada umat Islam yang beriktiqad bahawa undang-undang penjajah ini lebih baik, lebih adil dari syariat Allah itu sendiri. Bagi umat Islam yang faham bab tauhid, mereka sanggup mati dan sanggup hidup susah, asalkan tidak sekali-kali menyokong puak yang mempertahankan dan menjunjung undang-undang peninggalan penjajah itu demi kerana aqidah, kerana Allah dan kerana Rasul. Bagi yang telah rosak aqidahnya, mereka tidak peduli itu semua, yang penting poket mesti penuh, anak bini mesti hidup mewah, rumah besar, pangkat tinggi dan boleh buat apa sahaja tanpa siapa berani menghalangnya kerana mereka berkuasa. Itulah sebabnya pemimpin mereka berani menghina syariat Allah dan sunnah Nabi tanpa rasa berdosa dan tanpa perlu meminta maaf. Nampaknya DAP lebih bermaruah dari pemimpin UMNO ini. Inilah syaitan manusia yang sebenarnya. Jauhilah UMNO. Wallahualam.


Tiada ulasan: