Isnin, 10 September 2012

shalehudin

shalehudin


Fuyoo!!! Bangsa Umno WAJIB baca neh...

Posted: 10 Sep 2012 09:50 AM PDT

1 Malaysia 2 undang-undang
Orang kecil dan miskin namanya 'corruption'. Orang besar curi namanya 'komisyen'. Komisyen halal. 'Corruption' haram, kata Anwar Ibrahim.
SEREMBAN: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara mengamalkan dua undang-undang yang berbeza ketikamengulas tindakan pantas pihak berkuasa ke atas individu-individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Malaysia mengamalkan konsep '1 Malaysia 2 undang-undang'," katanya pada majlis ceramah 'Jelajah Merdeka Rakyat' di Rantau dekat sini malam tadi. 
Tegas beliau, "saya tidak setuju tindakan anak muda yang memijak gambar Najib. Tapi kalau orang lain kencing gambar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, tak apa? Tunjuk punggung kepada Pengerusi Bersih, Dato' S Ambiga tak apa? 
"Baling batu di ceramah saya dan Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai) di Lembah Pantai. Pecah cermin kereta saya….pasal apa? 
Apa jenis manusia macam ini? Kamu ingat kamu orang besar hukum lain?," soal Ketua Umum PKR itu. 
"Hukum ini tidak kenal pangkat. Ini 1 Malaysia! 1 Malaysia apa? Satu undang-undang untuk orang kaya, satu undang-undang untuk orang miskin. 
"Satu undang-undang untuk menteri Umno, rasuah pun tidak apa, tutup semua. Satu undang-undang untuk orang dibawah. Polis ambil 100 ringgit, 'charge',' katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata sepatutnya undang-undang ini tidak kenal keturunan dan pangkat.
"Seperti saya kata rasuah 200 ringgit polis, tangkap! Rasuah setengah bilion ringgit kapal selam, lepas! 
"Orang kecil dan miskin namanya 'corruption' (rasuah). Orang besar curi namanya 'komisyen'. Komisyen halal. 'Corruption' haram. 
"Pemimpin yang tidak sanggup laksanakan ilmu 'rule of law' tetapi ikut 'law of the jungle' mesti diturunkan ke bawah dan ditumbangkan", kata Anwar.
Anwar juga berkata perangai pemimpin Umno ibarat 'baling batu sembunyi tangan' dan seterusnya rakaman video perbahasan di parlimen ditayangkan kepada orang ramai.

Beliau menegaskan, "mereka menfitnah saya memiliki RM3 bilion, ketika saya berbahas di parlimen ada di antara mereka menjerit tiga bilion!

Sebar fitnah

"Saya beri laluan kepada mereka untuk berbahas atas tuduhan itu, tetapi mereka tidak berani dan tidak mahu berbahas. 
"Itulah cara mereka menyebarkan fitnah. Bila kita cabar dia bangun dan dia tidak berani bangun. Inilah satu contoh gambaran yang berlaku di parlimen.
Anwar turut menyentuh isu hutang negara apabila mendakwa Najib mewarisi hutang lebih daripada RM500 bilion dewasa ini.
"Ketika saya menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1993 hingga 1997, negara tidak menambah hutang, kita hanya bayar hutang lama. 
"1997 sampai sekarang kita berhutang. Rekod hutang negara paling banyak ialah di bawah Najib. Ada cerita isu ini di dalam Utusan Malaysia, tidak ada! Ada cerita di dalam TV3? Tidak ada! Ada cerita di dalam RTM? Tidak ada!," ujar Anwar.
Lebih seribu penyokong hadir di ceramah tersebut dan komposisi kaum yang hadir pada malam tadi adalah seimbang.- FMT


GAMBAR yang buatkan Najib kencing tak lawas... kahkahkah...

Posted: 10 Sep 2012 08:10 AM PDT

Di tengah-tengah BN menghadapi krisis keyakinan yang parah di kalangan orang-orang bukan Melayu khususnya orang Cina tiba-tiba, Gerakan menambahkan lagi derita UMNO itu apabila ADUN Gerakan/BN Derga YB Dr. Cheah Soon Hai tiba-tiba berceramah di pentas PAS.

UMNO jangan panik... sebenarnya kehadiran Dr. Cheah ialah kerana menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar yang diadakan di Alor Mengkudu. Sebagai meraikan tetamu, pihak penganjur menjemput beliau memberi sepatah dua ucapan. Dr Cheah bagaimanapun memberikan ucapan selamat hari raya kepada para hadirin.

Apa yang positifnya di sebalik undangan memberi ucapan oleh pihak penganjur ialah ia 'mengejutkan' kalangan masyarakat Cina yang hadir di majlis tersebut. "Aiyaa orang Gerakan pun boleh cakap tempat PAS, Gerakan mau cakap (beri ucapan) tempat UMNO pun depa tarak kasi woo.." ujar seorang pengunjung Tionghua, dipercayai ahli Gerakan.

Nampaknya lepas ni berpusu-pusulah orang Cina keluar MCA dan Gerakan untuk sokong Pakatan. Kedah La

 

Cubaan nak bersihkan Perkasa TERKANTOI [BACA]

Posted: 10 Sep 2012 04:32 AM PDT

SAMPAI TARA TU!!! Blogger UMNO nak perbodoh rakyat, pertahan tindakan Perkasa

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
Berhempas pulas nampaknya sebuah blog bukan upahan (sebab UMNO tak bayaq dekat blog ni, buat kerja bodoh tanpa upah) mempertahankan diri terhadap isu penyerang masjid Pumpong baling kasut ke dalam masjid.

Isu baling kasut ke dalam masjid ini didedahkan oleh Datuk Mahfuz Omar serta beberapa orang saksi yang berada dalam masjid ketika itu. Ohya sebelum tu, nak habag bagi kat orang di luar zon utara apabila disebut 'kasut' maka orang Kedah ni pukoi borong semua... sepatu, sandal, terompah, selipar atau apa-apa saja alas kaki semua depa sebut kasut. Bukan apa, nanti ada pulak pahlawan maya taik kucin UMNO kat KL nun akan putaqbelit pulak kata sekejap selipar, sekejap kasut.



Lepas tu depa masukkan isu remeh temeh untuk spin, misalnya Mahfuz kata jarak dia dengan Anwar cuma tiga orang, depa siar balik foto dalam masjid tu.. tapi depa spin, pi lengkong kira orang kat saf belakang untuk jadikan jumlah 5 orang, walhal kalau depa kira direct orang depan Mahfuz ke Anwar memang 3 orang pun. Sampai tara tu puak2 ni nak memperbodohkan orang cerdik.

Oleh kerana semua hujah2 mempertahankan diri yang panjang lebar dan berhempas pulas tu adalah hujah2 pekak wailon belaka maka tak payahlah MK menjawab kesemuanya. MK cuma nak serang balik puak2 penyokong serangan ganas terhadap 'rumah Allah' dalam bentuk soalan.. tak payah bagi jawapan laa ni. Jawab kat akhirat besoklah bila malaikat tanya:

1. Betoi ke dak (betul atau tidak) kumpulan penyerang masjid itu terdiri dari ahli UMNO, Perkasa serta para penyokong mereka?

2. Adakah kumpulan penerang itu mempunyai tauliah dari Pejabat Agama untuk bertindak menghalang tazkiroh di masjid?

3. Benarkah sebahagian besar kumpulan penyerang itu tidak bersolat Maghrib? Kononnya nak cegah mungkar tapi sedarkah mereka bahawa mungkar yang besar ialah tidak menunaikan solat?

4. Betoi ke dak kumpulan penyerang telah mengacaubilaukan masjid, membuat bising, bersorak, memaki hamun Anwar dan Imam, membunyikan siren untuk mengganggu tazkiroh? Setuju atau tidak bahawa tindakan tersebut adalah biadap terhadap rumah Allah?

5. Bersetuju atau tidak bahawa Anwar langsung tidak bercakap politik atau isu-isu politik dalam masjid?

6. Bersetuju atau tidak bahawa jika hanya kerana tokoh politik bercakap masjid dianggap mencemarkan institusi masjid maka Najib, Muhyidin, Mat Bashah serta sebahagian besar pemimpin UMNO telah mencemarkan institusi masjid kerana mereka juga pernah berucap di dalam masjid?

7. Betoi ke dak Timbalan Presiden Perkasa Zulnordin telah membuat pengakuan terbuka di TV3 bahawa dalam peristiwa itu kasut di baling ke dalam masjid Pumpong itu berlaku? (Rujuk Buletin Utama 3 September)

8. Setuju atau tidak jika semua isu 'tauliah' ditangani secara ganas seperti yang berlaku di masjid Pumpong, dengan mengetepikan pihak berkuasa agama dan keselamatan maka umat Islam akan jadi huru hara?

(Ada banyak lagi soalan... jawab hak tu dulu, kalau mampu jawab... sebelum soalan cepumas yang lain menyusul.) Kedah La


Abby dituduh jual badan plak... hadoiihh...

Posted: 10 Sep 2012 01:33 AM PDT

Abby Abadi

MASIH teguh dalam usaha mendekatkan diri dengan ilmu agama, penghijrahan Abby Abadi dalam dunia politik (Pas) mengundang pelbagai reaksi.

Abby bukan saja semakin pandai berkata-kata mengenai ilmu agama, bahkan juga semakin berani mengkritik orang di sekelilingnya.

Selepas isunya mempertikaikan kenyataan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengenai hukum hudud, Abby kembali memanaskan 'alam maya' apabila membuat pengakuan ada individu menuduhnya menjual badan dan muka semata-mata untuk parti.

Abby menerusi Twitternya bagaimanapun pantas mempertahankan dirinya; "Saya tidak pernah terlintas untuk berbuat sedemikian. Fitnah bertebaran, dosa berpanjangan," katanya ringkas.- SH


Memang nak cari NAHAS la menatang neh...

Posted: 09 Sep 2012 10:30 PM PDT

Memang nak mampuih betoi menatang sekoq neh...
Tak takut kena gari ke?


Sila LIKE sesapa yang sokong Najib Rosmah disepina

Posted: 09 Sep 2012 08:40 PM PDT

Fitnah II: Peguam tetap mahu Najib- Rosmah disepina

(Oleh: Ahmad Fadli)
KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh yang mewakili Ketua pembangkang, Datuk Seri akan memfailkan rayuan terhadap keputusan permohonan mengenepikan sepina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menerima permohonan Najib dan Rosmah yang enggan hadir ke mahkamah memberi keterangan dalam kes Fitnah II.
"Kami bercadang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hakim hari ini. 
"Petang esok kami akan failkan rayuan," kata Karpal Singh di luar Mahkamah Tinggi sebentar tadi.
Najib dan Rosmah adalah saksi penting dalam kes Fitnah II.

Najib sebelum ini dilaporkan menemui pengadu kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum tarikh beliau memfitnah Anwar meliwatnya.

Rosmah pula dilaporkan pernah bertemu dengan sahabat karib Saiful, Mohd Rahimi Osman.

Malah, beliau juga pernah dirakam kenyataannya oleh pegawai penyiasat Fitnah II, DSP Jude Blacious Pereira.

Mengulas lanjut, Karpal berkata perkara yang paling dikesalkan beliau dalam penghakiman hari ini adalah tindakan Hakim Zabidin yang tidak mengemukakan sebarang asas penghakiman dalam keputusannya menerima permohonan Najib dan Rosmah.
"Malangnya, hakim tidak memberikan sebarang sebab kenapa sapina itu ditolak. 
"Hakim sepatutnya memberikan sebab memandangkan beliau mengambil masa (dua hari) untuk membuat keputusannya," kata Karpal - KD


[Bergambar] MAMPUIH la Umno kali neh, Cina ngan India habih lari

Posted: 09 Sep 2012 06:34 PM PDT

[Bergambar] Kaum Cina & India enggan ditipu Umno BN lagi

Dahulu kaum bukan Melayu terutama orang Cina dan India diperdayakan oleh UMNO bahawa kononnya PAS adalah parti extreme, parti fundamentalis, parti pengganas, dan parti yang nak kerat tangan orang melalui hudud.

Segala momokan UMNO ini akhirnya disedari oleh orang bukan Melayu sebagai tektik kotor UMNO untuk menjauhkan orang Cina dari PAS. Kini semua lontaran negatif terhadap UMNO sudah tidak laku lagi.

 
 
 
 
 
 
 

- GB

[BACA] Pengakuan Pelajar Yang Londehkan Seluar Hina Najib

Posted: 09 Sep 2012 04:13 PM PDT

Ammar pada sidang media di rumahnya di Batu Pahat, petang ini. - Foto Sinar Harian

Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.
"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.
Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan," katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.
Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.
"Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.
Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.
"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.
"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.
Muhammad Ammar dalam pertemuan dengan media semalam turut memohon agar gambarnya tidak lagi disebarkan di Internet, selain merayu agar anggota keluarga, terutama ayahnya tidak diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan.
"Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar.
Menurut bekas penuntut tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics ini, ada bloggers yang menyebarkan kisah tidak benar mengenai dirinya."Daripada 10 bloggers yang menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai.
"Ada di antara mereka menuduh saya mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, sedangkan itu tidak benar," katanya. - SH


FITNAH terbaru pecacai Umno

Posted: 09 Sep 2012 01:00 PM PDT

BODYGUARD LINDUNGI MAJIKAN!!! Keluarkan pistol kerana polis biarkan keganasan UMNO mengancam Anwar?

Kejadian bodyguard DSAI terpaksa mengeluarkan pistol di Jasin Melaka dilapurkan oleh media proamno, jadi gua tak berani nak lapur mana satu yang betul. Belum ada kenyataan dari Parti Keadilan, jadi gua ambik dari blog King of Goblok kerana penjelasan yang menyakinkan.

Dalam keadaan situasi genting,mereka menuduh Dino iaitu pegawal yang memegang pistol mengacu pistol kearah perusuh!!

situasi sebenarnya ialah,Dino tidak pun mengacu pistol kearah perusuh.ia hanya mengeluarkan pistol untuk persediaan jika berlaku perkara yang merbahaya kepada DSAI.

Faham baik baik kisah sebenarnya..! ni kronologi hari kejadian.

DSAI telah di ambush awal oleh puak perkasa dan umno sebelum kejadian baling cat dibas... dan dilaporkan bodyguard DSAI telah bertempur awal sebelum bas ditahan so,mereka nak atau tak kena ikot SOP untuk lindungi DSAI kerana sebelum itu mereka telah ambush dsai.

Pihak Polis telah mengetahu bahawa bodyguard DSAI akan guna SOP mereka dan dalam keadaaan yang tegang,salah seorang bodyguard kluarkan pistol... takkan nak pakai penyapu sapu diorang.kot?..

Sehingga saat blog ni di tulis, Dino masih lagi di balai polis untuk soal siasat.Nampaknya isu ini akan berlegar semingu bermula besok dan seperti biasa.Media tv3 akan provoke isu ini dan seperti biasa juga,Pencacai umno perkasa,geng ikan bakar akan buat laporan polis seluruh Malaysia berhubung perkara ini. Dan lumrahlah, kita akan telan panadol sebab laporan mereka SPIN habis!!! Kedahkini

Ni cuba korang baca ayat yang cuba di provok oleh umno dan bloger bloger umno.
Anwar Ibrahim dalam jelajah ceramah dia naik bas... terpaksa melalui kumpulan pemuda dan belia yang menunggu mereka di jasin melaka... Bila bas melalui kumpulan ini tiba-tiba turun seorang lelaki melayu dari Toyota camry... aku sebut no platnya... WUR 3662 dengan sepucuk pistol.... Sepucuk pistol ini diacukan kepada kumpulan pemuda dan belia yang menunggu bas Anwar... lelaki tu menggertak kumpulan ini supaya jangan menghalang bas yang Anwar naik.... korang bayangkan... pistoll tu pistol... Siapa dia nak bunuh?????
Cuba lihat gambar ini pula

Bagaimana menangani situasi genting dengan tangan kosong?
Seorang pegawai berdepan dengan lebih 50 orang perusuh?
Sebagai seorang yang di tugaskan melindungi pemimpin adalah mengikut SOP melindungi majikan.

Kejadian baling cat di Melaka

Dalam keadaan situasi genting,mereka menuduh Dino iaitu pegawal yang memegang pistol mengacu pistol kearah perusuh!!

Situasi sebenarnya ialah, Dino tidak pun mengacu pistol kearah perusuh. Ia hanya mengeluarkan pistol untuk persediaan jika berlaku perkara yang merbahaya kepada DSAI.


AWAS: Ni la PADAH bila potong kiri

Posted: 09 Sep 2012 12:00 PM PDT

Mangsa yang digilis di bahagian kepala maut di tempat kejadian.

Padah potong kiri, penunggang motosikal maut digilis treler


RAWANG – Tindakan seorang penunggang motosikal memotong sebuah treler di bahagian kiri jalan membawa padah apabila dia maut dalam keadaan tragis dengan isi kepalanya terburai dilanggar kenderaan 18 tayar itu, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, warga Pakistan, Zulfiqar Ali dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Rawang menghala ke Country Homes.

Sumber berkata, ketika berada di Jalan Sungai Dua berhadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rawang, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan cuba memotong sebuah treler jenis Nissan yang berada di depannya.

Katanya, tindakan mangsa memotong dari bahagian kiri itu berdepan detik malang apabila dia dikatakan terlanggar konkrit pembahagi bahu jalan.

Menurut sumber, akibat daripada itu, motosikal ditunggangi terbabas dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.
"Mangsa yang bekerja sebagai penjual tudung tidak sempat bangun menyelamatkan diri menyebabkan kepalanya digilis oleh treler cuba dipotongnya sebelum itu. 
"Isi kepala mangsa terburai dilenyek tayar bahagian belakang treler yang membawa muatan batu konkrit sebelum disahkan meninggal dunia serta merta," katanya.
Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan memberhentikan kenderaan dipandunya sebaik merasakan tayar belakang terangkat.

Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati treler yang terbabit dengan kemalangan tidak mengalami sebarang kerosakan namun motosikal mangsa mempunyai kesan calar di bahagian kanan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di parah dikepala," katanya lagi.
Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257.- SH


Tiada ulasan: