Ahad, 9 September 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Lakaran kartun Zunar rakam sejarah perjuangan reformasi negara

Posted: 09 Sep 2012 08:05 PM PDT

SHAH ALAM 9 September: Tampil dengan garapan idea kartun politik yang melucukan di samping membawa mesej kepada negara, menjadikan kartun Zunar antara nadi era reformasi.
"Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara, pelbagai kritikan pedas melalui kartunnya menjadikan zaman reformasi semakin mudah diterima.
"Kartunnya membawa gelak tawa kepada orang ramai dan mesejnya diterima orang ramai,' kata Nurul Izzah Anwar pada penutupan pameran kartun Zunar di Galeri Shah Alam, petang semalam.
Menyempurnakan majlis, Naib Presiden KEADILAN itu melukis dan menurunkan tandatangan sebagai simbolik penutupan pameran yang berlangsung antara 1 hingga 9 September lalu.
Nurul Izzah, bagaimanapun kesal kerana kerajaan pernah mengharamkan buku kartun Zunar kononnya bersifat hasutan.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi mohon tuduhan mengikut Bafia digugurkan

Posted: 09 Sep 2012 08:04 PM PDT

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menggugurkan tuduhan mengikut Seksyen 97 Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) yang dihadapinya ekoran siri pendedahan melibatkan National Feedlot Corporation (NFC).

Peguam N Surendran yang mewakili Rafizi berkata permohonan itu dibuat antara lain kerana "seluruh prosiding itu adalah penyalahgunaan kuasa pendakwa raya yang mahu memuaskan hati tuan politik mereka".

"Ia juga menentang polisi awam kerana apa yg dibuat Rafizi adalah mendedahkan salah guna dana rakyat," kata Surendran sewaktu bercakap kepada pemberita di luar mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Umno & Perkasa : Jelas Dan Sahih Sabotaj Bas Merdeka Rakyat Dirancang...Apakah Polis Tiada Bukti Lagi..???

Posted: 09 Sep 2012 07:54 PM PDT

















BUKTI SAMSENG UMNO@PERKASA BALING CAT PADA BAS MERDEKA RAKYAT

Posted: 09 Sep 2012 07:31 PM PDT

Malaysians must choose, now..!!

Posted: 09 Sep 2012 07:29 PM PDT

Umno has unashamedly used every weapon in its arsenal – race, religion, rulers and riots – to scare the people, writes a former Umno assemblyman.

Malaysians must choose whether to stand on the side of a bully or on the side of the marginalised and those who are being trampled on.
Support the deceiver or the deceived. Support the corrupt and endorse the continued looting and pillaging of this country – all done in the name of Agama, Bangsa Dan Negara – or put an end to this.
The reality and truth is that we can elect a better government.
We only ask the structures of government – the civil service, the judiciary, the law enforcers, other institutions – to stop toadying up to Umno.
We ask the civil servants to be professional and loyal to the "idea" of the government of the day and not the actual government of the day.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Umno & Perkasa : Ancaman kerambit di Kedah dorong pengawal tingkat kewaspadaan

Posted: 09 Sep 2012 07:19 PM PDT

KUALA LUMPUR 10 Sept: Tindakan mengeluarkan pistol munasabah berikutan ada ahli Perkasa membawa kerambit ketika mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam serangan di sebuah masjid di Kedah, minggu lalu.
Pada 2 September lalu, ahli Perkasa dikesan membawa kerambit ketika menyerang Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar semasa Anwar memberi tazkirah.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Senator Saiful Izham Ramli, berkata seseorang pegawal peribadi yang memiliki lesen senjata api, pasti mempertimbang suasana ketegangan.
"Pengawal peribadi pasti faham situasi. Pistol sebagai amaran kepada pembawa senjata seperti kerambit, buku lima untuk menjauhkan diri.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Perkasa : Tidak perlu 7 hari, hari ini boleh - Mahfuz

Posted: 09 Sep 2012 07:17 PM PDT


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bertegas tidak akan meminta maaf kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid.
(Aksi segolongan aktivis yang dikatakan ahli Perkasa di Masjid Al - Hussain baru-baru ini)

Beliau berkata demikian setelah diberitahu bahawa Perkasa memberi tempoh selama tujuh hari kepadanya untuk meminta maaf berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid ketika serangan mereka ke atas Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar baru-baru ini.

"Saya tidak perlu meminta maaf atas perbuatan yang memang dilakukan oleh Perkasa.

"Apa yang saya nyatakan memang berasas dan saya ada saksi-saksi," tegas Mahfuz (gambar).

Beliau juga berkata, Perkasa tidak perlu tunggu tujuh hari untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

"Apa perlu tunggu begitu lama? Hari ini juga Perkasa boleh failkan kes mereka ke mahkamah.

"Mereka banyak duit dan mereka tidak ada masalah untuk melakukan perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Read More / Baca Lagi >>

Lagak Samseng : Malaysiakini jadi sasaran kekecewaan penjaja

Posted: 09 Sep 2012 07:16 PM PDT

Pelancaran Festival Demokrasi di Dataran Speaker di Esplanade Pulau Pinang semalam, terganggu oleh sekumpulan penjaja, dengan wakilnya menjadi Malaysiakini dan wartawannya sebagai sasaran kekecewaan mereka.

Salleh Ismail, yang mendakwa dari Persatuan Mukabuka Pulau Pinang, yang mewakili penjaja yang menjadi 'mangsa', berulang kali menjerit pada wartawan Malaysiakini "supaya jangan memutarbelit " laporan ini.

NONEPada satu ketika, dia datang sangat dekat dengan wartawan
berkenaan dan menunjukkan tangannya ke arah wartawan tersebut, sambil bertanya sama ada Malaysiakini pernah memberi liputan terhadap nasib penjaja, serta menambah bahawa portal berita itu "tidak beretika dan suka memutarbelit".

Sambil menegaskan bahawa Malaysiakini mempunyai 700,000 pembaca setiap hari, Salleh menjerit ke arah wartawan tersebut sambil bertanya sama ada portal berita itu pernah memberi ruang melaporkan mengenai nasib penjaja tersebut.

Hanya minggu lepas, pada 4 September, kumpulan yang sama muncul di majlis rumah terbuka hari raya anjuran DAP negeri di Jalan Pattani, dengan mendakwa permohonan mereka untuk mendapatkan lesen berniaga di Esplanade - tempat pelancongan yang popular - telah ditolak oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) .

NONEProtes tersebut, yang diserta kira-kira 20 orang, termasuk
beberapa muka biasa seperti Salleh, yang kerap menyertai beberapa protes di Pulau Pinang, didakwa menyerang kereta yang membawa pegawai kerajaan negeri ketika beredar dari majlis tersebut.

ADUN Komtar, Ng Wei Aik, yang juga setiausaha politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, kemudiannya membuat laporan polis, dengan mendakwa kereta rasminya telah dirosakkan oleh peserta protes tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Adun Umno Kuala Perlis: Kes saya ditumbuk, peringatan kepada wakil rakyat lain.....bahawa politik samseng makin jadi budaya...!!!!

Posted: 09 Sep 2012 07:13 PM PDT


Mat Hassan
Kesan bengkak di bawah mata kiri akibat dipukul seorang lelaki kelihatan semakin pulih.
 
KUALA PERLIS – "Ini kita anggap sebagai peringatan kepada wakil rakyat yang lain, jika berada di luar perlu lebih berjaga-jaga," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis, Mat Hassan yang ditumbuk seorang lelaki kelmarin.

Beliau ditumbuk seorang nelayan yang tidak berpuas hati apabila perniagaan di pasar di sini didakwa terjejas gara-gara kewujudan pasar Burma di kawasan sama.

Mat berkata, walaupun ditumbuk di khalayak ramai dalam kawasan sendiri, semangatnya sama sekali tidak luntur untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk membela nasib rakyat.

Read More / Baca Lagi >>

Samseng Umno : Sabotaj bas PKR dirancang awal

Posted: 09 Sep 2012 07:10 PM PDT


Mohd Roslan Puteh KUALA KRAI - Kejadian bas digunakan PKR untuk program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah membuktikan betapa rendah moral dan tahap berpolitik kumpulan yang melakukan perbuatan itu.
Selepas kejadian pertama di Kota Bharu, 1 September lalu, bas itu sekali lagi didakwa disimbah cat merah dan dibaling batu ketika tiba untuk program Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Melaka di Jasin, Melaka, kelmarin.
Ketua Penerangan PKR Kelantan, Mohd Roslan Puteh berkata, beliau percaya tindakan jahat itu sudah dirancang lebih awal dan jadi agenda nasional kumpulan berkenaan.
"Ini kerana, sepanduk menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati dipasang di tepi Lebuh Raya Timur Barat iaitu di Hentian Titiwangsa yang jadi laluan konvoi untuk menuju ke Grik dan Pengkalan Hulu sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Sejarah Samseng UMNO : Polis Terpaksa Tembak Masa Mesyuarat Agung Umno...!!!

Posted: 09 Sep 2012 07:06 PM PDT

Tembak Dan Baling Kerusi....Samseng Umno Sejak Dulu Kini Dan Selamanya
SEBAHAGIAN daripada anggota perwakilan cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar. - fotoBERNAMA

UMNO Seremban Gaduh, Baling Kerusi, Bertumbuk, Tercedera


SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban, terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

Battles rage across Syria

Posted: 09 Sep 2012 06:57 PM PDT

PC : Nasharudin Mat Isa Kekal Ahli - Ust Hadi

Posted: 09 Sep 2012 06:57 PM PDT

Debat Isu Talam: Tee Yong Mencari “Publisiti Murahan”

Posted: 09 Sep 2012 04:13 PM PDT


CHERAS, 9 SEPT: Pemimpin MCA Datuk Chua Tee Yong didakwa mencari publisiti murahan dengan mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berdebat mengenai kutipan hutang Talam Corporation.
Abdul Khalid berkata, Tee Yong sengaja mensensasikan isu ini walaupun sebuah syarikat audit bebas telah membuktikan proses kutipan Talam adalah satu usaha komersial yang baik.
"Chua Soi Lek dan anaknya Chua Tee Yong ini mahu bincang sama saya, sudah tidak ada guna.
"Dahulu tidak buat kerja, sekarang baru mahu tunjuk," kata Abdul Khalid ketika memberi ucapan di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Bandar Tun Razak di Flat Sri Labuan hari ini.
Pada 5 Sept, laporan syarikat audit bebas antarabangsa KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) mendapati pengutipan hutang Talam bukan satu tindakan "bailout".
Read More / Baca Lagi >>

Keganasan Terhadap Pakatan Rakyat “Dihalalkan”, Hina Umno-BN “Diharamkan”

Posted: 09 Sep 2012 04:12 PM PDT


CHERAS, 9 SEPT: Keganasan samseng Umno-BN terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang dibiarkan oleh agensi penguatkuasa bukti jelas undang-undang negara ini tidak lagi dihormati.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada tindakan yang diambil terhadap samseng Umno-BN walaupun terdapat bukti gambar dan video yang jelas tentang tindak-tanduk mereka.
"Kita boleh tengok gangster Umno pecahkan kereta, 'kencing' gambar (Menteri Besar Kelantan Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), baling batu kepada bas, terang-terang ada bukti video dan gambar, tetapi ada satu tindakan diambil kepada mereka? … Tiada" katanya.
Dakwanya, undang-undang di bawah Kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak bersifat berat sebelah kerana membela tindakan yang secara jelas melanggar undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

MEDIA PROPAGANDA BN!!! Semakin hodoh dan bodoh

Posted: 09 Sep 2012 04:10 PM PDT


Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Sekurang-kurangnya mulai sekarang sehingga berakhirnya bulan Oktober, ia menjadi masa yang tidak munasabah untuk diadakan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13). Faktor utamanya ialah musim haji. Namun senario politik semasa dalam negara seolah-olah Parlimen sangat hampir untuk dibubarkan.


Setiap hari rakyat menatap dada akhbar, skrin televisyen dan suara radio yang dikumandangkan ia sarat dengan propaganda politik UMNO/BN sedang berkempen. Kempen politik di negara 1Malaysia ini sangatlah hodoh kerana ia hanya propaganda sebelah pihak tetapi kejelikan itulah yang berlangsung sejak 55 tahun mencapai kemerdekaan hingga ke saat ini. Tidak ada barang satu hari dalam sejarah Malaysia, media utama negara merdeka dari dijajah oleh BN. Semua media tersebut terpaksa tunduk dan patuh kepada arahan penguasa politik BN seperti lembu yang dicucuk hidung.


Permainan propaganda politik menjadi lebih hodoh di zaman langit terbuka ini kerana sewaktu mereka cuba memperbodohkan rakyat seluruhnya, bahan serangan balas tersebar dengan lumayannya di alam maya.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Mayat tertiarap tepi kereta..jenayah makin merosot...!!!

Posted: 09 Sep 2012 04:02 PM PDT

Tertiarap tepi keretaKAJANG: "Saya ingatkan dia pengsan kerana mabuk, tetapi sebaik memperlahankan kereta, saya lihat kepalanya berdarah," kata Abdul Karim Ibrahim yang menemui mayat seorang lelaki dipercayai mati akibat dipukul dengan kayu besbol di Jalan Mahkota 1, Batu 5 1/2 Bangi, dekat sini, semalam.
Mayat Won Sin Keong, 42, ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap di tepi kereta BMW miliknya ketika Abdul Karim, 35, bersama isteri dan anaknya melalui jalan itu untuk keluar bersarapan kira-kira jam 7 pagi.
Menurutnya, mulanya dia tidak mengesyaki sebarang kejadian pelik kerana menyangkakan pemandu kereta itu berhenti untuk tidur atau berehat ketika lalu di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, apabila kami lalu semula di jalan sama untuk pulang ke rumah pada jam 7.50 pagi, saya mula mula curiga apabila mendapati kereta itu masih berada di situ.

Malaysia Kita : Bocor skandal dengan isteri rakan apabila mabuk..!!

Posted: 09 Sep 2012 04:00 PM PDT

MALANG...mangsa menerima rawatan di Hospital Miri selepas diserang dengan kapak oleh rakan sekerjanya, kelmarin.
MALANG...mangsa menerima rawatan di Hospital Miri selepas diserang dengan kapak oleh rakan sekerjanya, kelmarin. 
 
MIRI: Perbualan dua rakan sambil minum arak di sebuah rumah sewa di Riam di sini, kelmarin, berakhir tragedi berdarah apabila seorang daripada mereka menerima lebih lima jahitan di kepala akibat ditetak dengan kapak.
Kejadian jam 10.30 malam itu dikatakan berlaku apabila seorang daripada mereka secara tidak sengaja mendedahkan dia menjalin hubungan dengan isteri rakannya itu.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa, seorang buruh binaan berusia 40-an, menjemput rakan sekerjanya ke rumah sewanya untuk minum bersama.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Tebus Dosa Dengan Pengikut Syaitan

Posted: 09 Sep 2012 03:56 PM PDT

Ali memang setan
JOHOR BAHRU: Tertipu dengan dakyah karut bomoh yang kononnya boleh meramal kematian dan menebus dosa, seorang lelaki dan keluarganya membuat pinjaman bank untuk membayar wang pengeras sebanyak RM12,000.
Lebih mengaibkan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jamil, 25, berkata, ibarat dipukau, dia dan ibu bapa turut membenarkan adik perempuannya tinggal bersama bomoh itu selama seminggu.
Katanya, dia terpengaruh mendapat khidmat bomoh yang dikenali sebagai Ali, 40-an, selepas lelaki itu mengakui dirinya ustaz dan menjalankan rawatan secara tradisional mengikut cara Islam.

"Saya bersama ibu, ayah dan adik perempuan berusia 20 tahun berjumpa bomoh itu bagi merawat ibu yang menghidap penyakit lemah badan dan kemurungan," katanya ketika ditemui.

Malaysia Kita : Mana laporan kematian anak?

Posted: 09 Sep 2012 03:52 PM PDT


OMAR menunjukkan buku rekod kesihatan pemeriksaan isterinya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri melahirkan rasa kecewa kerana masih tidak mendapat laporan penuh mengenai punca sebenar kematian bayi mereka daripada pihak Hospital Ampang walaupun mereka telah berusaha untuk mendapatkannya sejak lebih lima bulan lalu.
Bapa bayi malang terbabit, Omar Zaid, 27, mendakwa, pihak pengurusan hospital itu seolah-olah mengambil sikap acuh tidak acuh berhubung permintaannya untuk mendapatkan laporan kematian anak keduanya, Cinta Nur Eman Omar yang meninggal dunia dua hari selepas dilahirkan pada 31 Mac lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan : Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas tidak bincang isu Nasharudin tidak dipecat...!!! ha.ha..ha sebab Utusan mahu Nasha dipecat....!!!

Posted: 09 Sep 2012 03:50 PM PDT

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam parti itu kekal, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Keputusan Majlis Syura Ulama Pas itu dilihat sebagai satu tamparan buat golongan 'Anwarinas' yang tidak senang dengan tindak-tanduk Nasharudin selama ini termasuk terbaru, membantu pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama Arab Saudi di Mekah baru-baru ini.
Mengesahkan perkara itu, Abdul Hadi berkata, Nasharudin kekal sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas dan ahli parti itu termasuk sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat parti.
Bagaimanapun, beliau masih berteka-teki mengenai masa depan Ahli Parlimen Bachok itu sebagai calon pilihan raya umum akan datang.
"Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas malam ini membincangkan mengenai Lajnah Penerangan Pusat Pas (dan) persiapan pilihan raya.
"(Kedudukan Nasharudin) tiada dalam agenda mesyuarat walaupun sudah habis mesyuarat dan masih lagi menjadi ahli Majlis Syura Ulama," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama parti itu malam ini.
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Syura tak bincang isu Nasharudin

Posted: 09 Sep 2012 09:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan sebarang isu berkait kedudukan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mesyuarat lebih dua jam malam tadi hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.

Berhubung kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" Kata beliau selepas selesai mesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Sehubungan itu jelasnya, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura PAS dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.
Read More / Baca Lagi >>

TPM salahkan Anwar bila lihat anak pompuan dia berpelok dengan jantan bukan mahram..!!

Posted: 09 Sep 2012 09:08 AM PDT

Anak Muhyiddin terpengaruh dengan pembangkang?

SEMALAM Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri tanpa rasa bersalah melontarkan fitnah kononnya pembangkang (Pakatan Rakyat) menyarankan rakyat agar menyokong seks bebas rujuk sini [seks bebas].

Beliau nampaknya cuba menyalahkan pembangkang apabila anak perempuannya sendiri mengamalkan pergaulan bebas.

Anak perempuan beliau yang terkenal sebagai penyanyi yang sihat dan seksi tanpa rasa segan silu bergambar sambil berpelukan dengan lelaki bukan mahram disiarkan di facebook untuk tatapan ramai.

Bak kata pepatah "Menari tak pandai, salahkan tanah tak rata" sendiri yang jaga dasar negara, Muhyiddin tuduh pula pembangkang penyebab anaknya berkelakuan seperti mat saleh.

Pakatan rakyat sibuk dengan kempen turunkan harga kereta, pendidikan percuma, hapuskan tol dan sebagainya untuk kesenangan rakyat namun Umno sibuk dengan propaganda memperbodohkan kambeng.

nota: "Ini semua salah Anwar Ibrahim kah kah kah... "

Jentera PAS Siap Sedia Untuk PRU 13

Posted: 09 Sep 2012 08:56 AM PDT

'Weird officers behind Najib's funny business'

Posted: 09 Sep 2012 08:56 AM PDT

Tiada ulasan: