Rabu, 26 September 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Suaram: SKM macam nak cari salah sehaja.....

Posted: 26 Sep 2012 08:18 PM PDT



 
Suara Rakyat Malaysia (Suram) mendakwa, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sengaja mencari kesalahan mereka walaupun tidak menemuinya.

"Ia seperti cari salah - mencari kesalahan untuk membina kes dan memfailkan pendakwaan terhadap kami walaupun tidak menjumpai sebarang kesalahan dalam operasi kami.

"Kami telah lakukan semuanya menurut Akta Syarikat. Akaun kami dikemas kini... jadi ini benar-benar untuk mencari salah dan jelas bermotifkan politik," kata setiausaha kumpulan hak asasi manusia itu Cynthia Gabriel.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini selepas bekas pengurus akaun Suaram Leong Mee Nan disiasat oleh SKM kira-kira tiga jam semalam.

Peguam korporat yang menemani mereka memberikan khidmat secara pro-bono, kata Cynthia.

Pilihan raya UM: Pengundian semula 2 kerusi esok

Posted: 26 Sep 2012 08:15 PM PDT


Pilihan Raya Kampus. SHAH ALAM – Universiti Malaya (UM) akan mengadakan pengundian semula esok membabitkan  dua kerusi kawasan fakulti yang merekodkan jumlah undi yang sama semasa hari pengundian pilihan raya kampus, kelmarin.
Kenyataan Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM  berkata, pengundian semula itu sudah mendapat persetujuan Naib Canselor UM, Tan Sri Ghauth Jasmon.
 "Adalah dimaklumkan, Naib Canselor telah bersetuju agar pengundian semula bagi dua kerusi kawasan fakulti diadakan  pada 28 September (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12 tengah hari," kata kenyataan itu.
Pengundian akan dijalankan di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, masing-masing mempertaruhkan satu kerusi.
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan Pakatan beri impak besar untuk rakyat Sabah, S’wak

Posted: 26 Sep 2012 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 September: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang dibentangkan semalam memberi impak yang amat besar kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, rancangan Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk membina lebuh raya Pan-Borneo (Pan-Borneo Highway) amat dinanti-nantikan seluruh rakyat di kedua-dua negeri itu.
Belanjawan bertemakan 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' itu meletakkan pembinaan lebuh raya Pan-Borneo serta penambahbaikan rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak.
Pakatan melihat kemudahan jalan raya di Sabah dan Sarawak amat jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia.
Rangkaian jalan di Semenanjung mencapai 35,735 kilometer (km) menjelang 2009, manakala gabungan jalan di Sabah dan Sarawak hanya 10,171 km.
Beliau yang menyertai Pakatan melalui Pakatan Perubahan Sabah (PPS) berkata, kerajaan Umno BN sebelum ini telah menjanjikan pembinaan lebuh raya tersebut, namun sehingga kini belum ada sebarang tanda mahupun isyarat yang mereka ingin laksanakan.
Read More / Baca Lagi >>

Apa yang Dr M beritahu mangsa perang WW11 Soros

Posted: 26 Sep 2012 07:48 PM PDT



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu jutawan George Soros - mangsa Perang Dunia Kedua (WW11) , bagaimana beliau sendiri telah menyaksikan seorang askar British dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun.

Dalam sepucuk surat peribadinya, di mana beliau menulis kepada Soros enam tahun lalu untuk mendapatkan sokongan terhadap usaha anti-perang global oleh Yayasan Kepimpinan Perdana, Dr Mahathir menceritakan peristiwa yang tidak dapat dilupakanya itu yang berlaku di Alor Setar semasa Jepun menyerang Malaya.

NONE"Kematian askar muda British itu yang dibunuh dengan bayonet oleh
Jepun di kampung saya, telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya," tulis Dr Mahathir dalam surat 11 Januari 2006. Malaysiakini mempunyai salinan surat tersebut.

"Ia mungkin kelihatan seperti satu kejadian kecil tetapi saya menangisi kematian lelaki muda ini - 8,000 kilometer dari rumah dan keluarganya - dengan bayonet ditusuk ke tubuhnya. Dan dia menjerit dua atau tiga kali. Dan kemudian semuanya senyap.

"Saya seorang remaja ketika itu dan saya tidak dapat membayangkan sekiranya perkara itu berlaku pada diri saya. Bagaimana kita boleh membunuh orang dengan begitu kejam dan tidak langsung merasa bersalah."
Read More / Baca Lagi >>

Will budget goodies save BN?

Posted: 26 Sep 2012 07:34 PM PDT

Besides the feel-good budget, Najib has precious little time to beef up support for his ruling coalition.

By Charles Santiago
This is certainly a make or break week for Prime Minister Najib Tun Razak. His political survival hinges on the contents of a briefcase he will carry to Parliament on Friday and on whether the carefully tailored budget speech would work its magic on the rakyat.
If it does, we could expect the prime minister to call for a dissolution of Parliament soon, making way for the much-awaited general election.
Therefore, we won't be off the mark if we predicted that Najib would be offering more goodies and cash handouts as a way of shoring up his support base. Yes, it would be another deficit budget. And no, the government isn't thinking about the rising national debt, which in May, stood at USD148 billion (RM456 billion) or 53.5 percent of GDP.
Throwing money to win support is nothing new to Najib. As of May 2012, his government gave out USD779 million (RM2.4 billion) to 4.7 million households. Students too were given money, civil servants enjoyed pay raises and even taxi drivers were given vouchers to get tires.
And all this despite the government running 13 consecutive annual deficits. But the government has not managed to boost its dwindling support.
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan PR 2013: Tumpu pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan Malaysia Timur

Posted: 26 Sep 2012 07:26 PM PDT


KUALA LUMPUR 27 SEPTEMBER: Selain memberi penekanan terhadap tiga masalah yang menjadi punca masalah ekonomi di Malaysia iaitu rasuah, jenayah dan daya saing, Belanjawan Pakatan rakyat 2013 turut memberi keutamaan kepada negeri-negeri Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.
Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Belanjawan PR 2013 menjanjikan New Deal untuk Sabah dan Sarawak, yang terdiri daripada lima elemen penting.
"Pertamanya ialah menegaskan kembali Deklarasi Kuching Pakatan Rakyat pada 16hb September untuk memenuhi harapan dan kehendak rakyat Sabah dan Sarawak dari segi pembangunan infrastruktur dan perlindungan terhadap hak-hak asasi  mereka ketika membentuk Malaysia pada 1963, 49 tahun lalu,
Read More / Baca Lagi >>

Despite Najib's 1Msia email, Tricubes to be DE-LISTED

Posted: 26 Sep 2012 07:23 PM PDT

Despite Najib's 1Msia email, Tricubes to be DE-LISTEDKUALA LUMPUR – Tricubes, which operates the 1Malaysia flagship Myemail project, will be delisted from the Kuala Lumpur Stock Exchange after it failed in its appeal against the rejection of its financial regularisation plan, Bursa Malaysia said today.
"Bursa Malaysia Securities Berhad has disallowed Tricubes Berhad's appeal against rejection of the company's proposed regularisation plan and de-listing," said Bursa in an announcement this evening.
Tricubes will be delisted on Oct 1, it said.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Kampung Muafakat 'Kampung Bunian' Di Kluang..!!!!

Posted: 26 Sep 2012 07:21 PM PDT


Kampung Bunian
Papan tanda yang menunjukkan jalan masuk ke Kampung Muafakat.
 
KLUANG - Ada papan tanda, tetapi kampungnya tidak wujud, malah penduduk juga tidak kelihatan.

Begitulah kepelikan yang menerpa setiap orang yang melalui Jalan Kluang-Kota Tinggi di sini yang tertanya-tanya dengan kewujudan sebuah papan tanda bertulis Kampung Muafakat, berhampiran ladang Felda Bukit Tongkat.

Ini kerana jika mereka masuk ke kawasan itu, lebih kurang empat kilometer daripada papan tanda berkenaan, tidak ada sebuah rumah pun dijumpai.

Sebaliknya kawasan yang dikatakan perkampungan ini hanya dipenuhi tanaman kelapa sawit dan kebun sayur-sayuran.

Menurut Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Abdul Malik Ismail, hasil tinjauan dan pemeriksaan pihaknya di kawasan tersebut mendapati kampung yang dimaksudkan memang tidak wujud.
Read More / Baca Lagi >>

PRK: Gantung keputusan, bentuk jawatankuasa bebas

Posted: 26 Sep 2012 07:20 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak supaya semua keputusan Pilihanraya Kampus (PRK) di kampus-kampus yang mahasiswanya mempertikaikan proses perjalanan pilihanraya digantung buat sementara dan sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan.

Sehubungan itu, DPPM merakamkan rasa kesal terhadap kekecohan yang berlaku di dalam PRK sesi 2012/2013 yang berlaku kelmarin khususnya di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ketuanya, Nasrudin Hassan menyatakan demikian ekoran Pilihan raya Kampus yang berlangsung kelmarin telah menyaksikan penyelewengan dan penindasan ke atas hak demokrasi mahasiswa.

Read More / Baca Lagi >>

Pakatan: GST adalah helah untuk menyembunyikan masalah ekonomi

Posted: 26 Sep 2012 07:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Keinginan Putrajaya untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada masa akan datang adalah satu cara mudah mendapatkan lebih banyak wang dan mengalihkan perhatian dari masalah ekonomi seperti ketidakcekapan dan rasuah, kata Pakatan Rakyat (PR).
Walaupun Barisan Nasional (BN) hanya dijangka akan memperkenalkan GST selepas pilihan raya umum (PRU), menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Idris Jala telah dipetik oleh Wall Street Journal semalam bahawa beliau menjangkakan GST dilaksanakan untuk membantu meningkatkan hasil negeri dan membantu meletakkan satu pengakhiran kepada defisit bajet persekutuan menjelang tahun 2020.
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) berkata Malaysia tidak memenuhi syarat untuk memperkenalkan GST dan ia sedang digunakan sebagai "jalan pintas" untuk mengurangkan defisit bajet dan bukannya menangani kelemahan asas dalam ekonomi negara.
"GST adalah untuk menampung mereka kelemahan ekonomi," Rafizi memberitahu The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

More than RM400,000 spent on special envoys Samy Vellu & Ka Ting

Posted: 26 Sep 2012 07:17 PM PDT

KUALA LUMPUR- More than RM400,000 has been spent on salaries and allowances for two special envoys to India and China for the year, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz said.
 More than RM400,000 spent on special envoys Samy Vellu & Ka TingSpecial envoy of infrastructure to India and Southern Asia Datuk Seri S. Samy Vellu's overall expenditure this year amounted to RM373,701 while special envoy to China Tan Sri Ong Ka Ting spent a total of RM41,295.16.
In reply to a question from Tian Chua (PKR-Batu), Nazri said Samy Vellu draws a monthly salary of RM27,227.20 including allowances and facilities while on official duty.
The former MIC president is also given a senior secretary, a special officer, two special assistants and a police escort.
Ong, who is the former MCA president, is given a salary of RM20,000 including allowances and facilities during official duty and gets a senior secretary and a private secretary.
"This is according to their respective needs and they may not necessarily be the same," Nazri told the House.
Read More / Baca Lagi >>

Najib spinning old economic agenda

Posted: 26 Sep 2012 07:16 PM PDT

If Prime Minister Najib Tun Razak wants to transform the economy, he should abandon his cradle-to-grave economic strategy.

It's budget time again, so let's talk more about Prime Minister Najib Tun Razak's economic agenda.
The early indications show that Najib is all talk when it comes to economic strategies. His government can't seem to curb spending. He hasn't done any transformation actually.
It's all big talk.
His transformation means increased government spending, direct government involvement in the economy including owning the means of production or doing business through proxy companies.
We are as such led to ask, does Najib understand what he is doing?
I know he has only one economic strategy – spend to buy votes.
It's all motion with no substance of creating the fundamentals of economic growth.
Read More / Baca Lagi >>

AKHIRNYA RAMALAN RAKYAT MENJADI KENYATAAN...

Posted: 26 Sep 2012 07:11 PM PDT

SYARIKAT YANG NAJIB RAZAK ANUGERAHKAN PROJEK E-MEL 1M'SIA, TRICUBES, DIGUGURKAN DARIPADA SENARAI RASMI BURSA SECURITIES MULAI 1HB OKTOBER 2012!!!!..SYARIKAT YANG NAJIB RAZAK JAMIN MEMPUNYAI KEPAKARAN DAN KEMAMPUAN!!!!



Januari lepas, anak syarikat yang 70 peratus dimiliki Tricubes Bhd - Tricubes NCR JV Sdn Bhd - telah dianugerahkan projek bernilai RM6 juta oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menyelenggara perkakasan dan perisian pasukan polis serta server sistem pengurusan mudah alih yang dipertingkatkan (EMMS).

Syarikat tersebut telah dianugerahkan projek kontroversi e-mel 1Malaysia pada April tahun lepas sebagai saluran digital yang ditetapkan untuk badan-badan kerajaan, berkomunikasi dengan orang ramai.
Read More / Baca Lagi >>

MBPJ Peruntuk RM5 Juta Atasi Kesesakan Lalulintas

Posted: 26 Sep 2012 07:09 PM PDT


PETALING JAYA 27 SEPT : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntukkan RM5 juta bagi mengubahsuai dan membina semula beberapa laluan jalan raya di bandaraya Petaling Jaya bagi melancarkan kesesakan lalu lintas yang berlaku.
Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata antara laluan terlibat adalah Jalan Utara, Jalan Barat, Jalan Timur dan Jalan Sultan.
"Kita sedang dalam perancangan untuk mengsehalakan semua laluan ini untuk memudahkan lagi perjalanan. Ia akan lebih melancarkan perjalanan trafik di bandaraya ini.
"Untuk tujuan itu satu dialog akan diadakan dengan perunding dan pihak berkepentingan bagi mencapai kata putus," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat penuh MBPJ di sini semalam.
Majlis dialog tersebut dijangka dilangsungkan di Dewan Sivik MBPJ pada 18 Oktober depan.
Read More / Baca Lagi >>

PRK: Pro-M UM kesal laporan Berita Harian

Posted: 26 Sep 2012 07:07 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pro Mahasiwa Universiti Malaya (UM) kesal dengan laporan sebuah akhbar  arus perdana yang telah membuat beberapa kesalahan fakta dalam membuat liputan berhubung pilihan raya kampus yang berlangsung 25 Sept.

Akhbar Berita Harian semalam di muka surat 12  yang bertajuk  'Kumpulan Pro-M tumbang di UM' melaporkan  "berlaku kejutan di UM semalam apabila calon Pro-A buat pertama kali menang lebih banyak kerusi di universiti itu sejak sekian lama dikuasai Pro-M. Pro-A menang 21 kerusi berbanding Pro-M 20 kerusi".

Sedangkan menurut  Pemangku Pengerusi Pro Mahasiswa UM  Syis Abdul Kadir, berdasarkan fakta yang sebenarnya adalah Pro Mahasiswa menang 20 kerusi, Pro Aspirasi menang 19 kerusi, bebas memenagi dua kerusi dan dua lagi adalah seri.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada keputusan muktamad diumumkan dan Pro Mahasiswa masih mendahului jumlah kerusi yang dimenangi.
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan PR terbaik untuk Sabah, Sarawak

Posted: 26 Sep 2012 07:03 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin melihat belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang dibentangkan memberi satu impak yang amat besar kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Malah menurut beliau, perancangan Pakatan Rakyat yang ingin membina lebuhraya Pan-Borneo (Pan-Borneo Highway) amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sabah dan Sarawak selama ini.

Pakatan Rakyat melalui belanjawan bertemakan 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' yang dibentangkan semalam meletakkan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo serta penambahbaikan rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak.

Pakatan Rakyat melihat kemudahan jalanraya di Sabah dan Sarawak amat jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan PR 2013 ke arah Negara Berkebajikan

Posted: 26 Sep 2012 07:03 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pembentangan Belanjawan PR 2013 yang bertemakan "Ekonomi Rakyat Negara Berkat". Ianya dengan tepat memberi penekanan kepada tiga agenda memacu kebajikan rakyat;

a] meningkatkan pendapatan sebenar rakyat dan mengurangkan tekanan kos sara hidup,

b] membina kumpulan rakyat berkeusahawanan dengan daya saing kompetitif dan

c] mendaya masyarakat untuk mencapai keadilan dengan kemuliaan dan rasa penuh bangga.

Belanjawan PR ini menjadi satu lagi bukti kemampuan Pakatan Rakyat di dalam merangka strategi alternatif ekonomi nasional  yang amat relevan untuk diangkat sebagai tawaran yang membawa pembaharuan sebenar untuk Malaysia.

Read More / Baca Lagi >>

Rapid Pengerang: Banyak misteri akan terbongkar

Posted: 26 Sep 2012 07:02 PM PDT


KUALA LUMPUR: Banyak misteri yang akan terbongkar berikutan bantahan dan cabaran debat mengenai Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila ada bekas menteri yang mencari nafas baru dalam politik Umno mencabar untuk berdebat berikutan bantahan penduduk Pengerang terhadap Rapid, banyak lagi kecurigaan yang didedahkan kepada kita sejak Petronas dikuasai (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya.

Menurut Salahuddin, Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 meletakkan Petronas di bawah penguasaan dan arahan Perdana Menteri.

Katanya, antara perkara awal yang didedahkan kepadanya ialah mengenai begitu banyak projek Petronas, termasuk Rapid, yang dimanfaatkan oleh Dialog Group Berhad.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar salah naiki jet ‘haram’, Pemimpin Umno naik jet tersebut halal dan tak salah...!!!!

Posted: 26 Sep 2012 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan melakukan kesalahan apabila menaiki jet peribadi milik rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menjadi satu kesalahan dalam perjalanan ke Labuan sempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini. "Adalah salah untuk menaiki jet yang didaftarkan milik rakyat AS di Malaysia.
"Hanya pemilik jet berkenaan yang boleh menggunakan jet tersebut disini," lapor akhbar NST yang memetik dari sumber dari pihak berkuasa penerbangan negara.
Baru-baru ini, blog-blog pro Umno mendedahkan Anwar bersama pemimpin DAP dan PAS menaiki jet peribadi mewah untuk ke Labuan, Sabah sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.
Read More / Baca Lagi >>

'Soalan BERSIH dalam peperiksaan percubaan SPM' - KPM tidak mahu bertanggungjawap...!!!

Posted: 26 Sep 2012 06:57 PM PDT



Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurut seorang jurucakap bahagian lembaga peperiksaan kementerian itu, soalan percubaan SPM tidak dibuat oleh kementerian sebaliknya akan dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau pihak sekolah sendiri.

''Soalan SPM sebenar sahaja yang pihak kementerian buat. Kalau soalan SPM percubaan, sama ada dibuat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri bersama sekolah atau sekolah itu sendiri yang membuat soalan.

"Jika nak tahu lebih lanjut mengenai soalan (perhimpunan BERSIH 3.0), mungkin boleh tanya kepada pihak jabatan atau sekolah yang berkaitan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Read More / Baca Lagi >>

Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat

Posted: 26 Sep 2012 06:54 PM PDT

BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN. Najib akan membentangkan bajetnya pada jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihanraya. Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin BN.
Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana Najib begitu popular dengan membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit. Bagi Najib bayar sana, bayar sini adalah cara yang beliau selalu lakukan baik dalam kerajaan mahu pun didalam kegiatan parti. Najib mentadbir kerajaan seperti beliau mentadbir UMNO bahagiannya  di Pekan.
Dalam pada itu PR juga mengemukakan bajet pihaknya untuk membezakannya diantara bajet yang selalu di bentangkan oleh BN. Beberapa pemimpin kerajaan termasuk menteri-menterinya telah mengkritik bajet Pakatan Rakyat dan menuduh PR sedang cuba untuk menarik undi dan bajet anjuran PR itu adalah bajet yang tidak realistik.
Read More / Baca Lagi >>

UN Assembly remains divided over Syria

Posted: 26 Sep 2012 06:50 PM PDT

Syria's war of homemade weapons

Posted: 26 Sep 2012 04:22 PM PDT

Lokasi penahanan suspek utama kes bunuh, rompak RM1.2 juta

Posted: 26 Sep 2012 04:21 PM PDT

Harapan wanita menjelang Belanjawan 2013

Posted: 26 Sep 2012 04:20 PM PDT

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thanks , I have just been looking for information aрproхimately this
subject for a long time аnd yours іs
the bеst I hаve discoѵerеd so far.
However, what in regards to the bottom line? Are уou certain in regardѕ to the ѕоurce?



Also visit my web ρagе ... makemoneybuynsellcars.biz

Tanpa Nama berkata...

Woω, awеsomе blοg layout! How long
hаve you been blоgging for? уou made blogging look
easy. The οvегall look of youг site is great, as ωell as the content!


Feel frеe to visit my ωebsite http://Www.dallasseocompany1.com