Khamis, 6 September 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Ir.Zaidee Laidin, Pemberian TOL Oleh AELB Bukti Keselamatan Operasi Lynas Itu Di Yakini Selamat

Posted: 06 Sep 2012 06:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Sept - Pemberian Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas (Malaysia) Sdn Bhd membuktikan operasi kilang pemprosesan nadir bumi yang dikendalikannya di Gebeng, Pahang itu diyakini selamat. Anggota Majlis Tertinggi Akademi Sains Malaysia Prof Datuk Ir Ahmad Zaidee Laidin (foto) berkata tiada halangan mahupun sebab utama lain mengapa kerja-kerja pemprosesan itu tidak boleh dijalankan selepas ini. Beliau berkata kilang Lynas juga terbukti hanya menjalankan operasi memproses bahan kimia terkawal, bukan bahan nuklear seperti dakwaan sesetengah pihak. "Diharapkan rakyat lebih yakin dengan aspek teknikal dan keselamatan kilang pemprosesan nadir bumi itu kerana TOL tidak diberi sewenang-wenangnya tanpa mematuhi perundangan yang ditetapkan," katanya hari ini. Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memutuskan untuk mengeluarkan TOL kepada Lynas bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 3 Sept lepas. Ia membolehkan Lynas menjalankan percubaan mengilang bahan mentah pekatan 'lanthanid' secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguat kuasa. AELB mengeluarkan lesen sementara itu selepas bermesyuarat pada Isnin lepas dan berpuas hati bahawa syarikat itu mematuhi semua aspek teknikal dan keselamatan yang ditetapkan. Mengulas lanjut, Ahmad Zaidee berkata AELB boleh menarik balik TOL sekiranya agensi penguat kuasa yang dilantik tidak berpuas hati dengan sistem keselamatan operasi Lynas.

Hilang Peluang, Mahkamah Persekutuan Menolak Rayuan Penduduk Bukit Koman Mencabar RAGM!

Posted: 06 Sep 2012 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Sept - Penduduk Bukit Koman hilang peluang terakhir mereka untuk mencabar melalui semakan kehakiman supaya Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar yang terperinci. Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk mendapat kebenaran untuk didengar berdasarkan meritnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Panel lima hakim itu, diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif. Hakim Raus, yang merupakan hakim kedua paling kanan di negara ini berkata, mereka telah menelitinya dan keputusan itu dibuat sebulat suara. Katanya, tidak ada sebab untuk mereka mengubah keputusan mahkamah rendah dan oleh itu menolak rayuan itu. Di samping itu, Hakim Raus arahkan penduduk membayar kos sebanyak RM15,000. Empat lagi anggota panel hakim itu ialah hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Ma'arop, Datuk Hasan Lah dan juga Datin Paduka Zaleha Zahari.

Bayi Lelaki Di Temui Mati Dalam Mangkuk Tandas Di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan HTAA

Posted: 06 Sep 2012 05:25 AM PDT

KUANTAN, 6 Sept - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi Khamis. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof (foto) berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan. "Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas. "Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu," katanya. Beliau berkata sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya. Mohd Jasmani berkata pelajar berkenaan berada di hospital itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ. Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. Pengarah HTAA Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut.

Jemputan Rumah Terbuka PAS Indera Mahkota

Posted: 05 Sep 2012 09:13 PM PDT


Panas: Himpunan Hijau Bakal Membuat Sekatan Di Pelabuhan Kuantan Untuk Halang Rare Earth

Posted: 05 Sep 2012 01:37 PM PDT

KUANTAN, 6 Sept - Kumpulan alam sekitar Himpunan Hijau berikrar untuk membuat sekatan di Pelabuhan Kuantan sekiranya syarikat pelombong nadir bumi Lynas mula menghantar bahan berkenaan untuk diproses di lojinya di Gebeng. Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack (foto) memberi jaminan bahawa penghantaran itu tidak akan melepasi sekatan mereka. "Kami akan adakan keingkaran awam terbesar di negara ini dan mengumpulkan semua golongan. "Pelabuhan Kuantan tidak akan beroperasi selagi bijih berkenaan berada di situ," katanya. Kenyataannya itu timbul susulan keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk meluluskan Lesen Pengendalian Sementara (TOL) kepada Syarikat Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) secara bersyarat semalam. Kenyataan AELB menyebut, mesyuarat lembaga itu pada hari Isnin lalu berbuat hati bahawa Lyna mematuhi semua aspek teknikal untuk lesen tersebut. Ia termasuk kaedah kawalan debu serta imobilisasi bahan radioaktif dalam residu, dan keperluan perundangan yang ditetapkan. "Lembaga juga ambil maklum bahawa Lynas telah buat komitmen untuk bawa residu Water Leach Purification (WLP) yang terhasil dalam projek LAMP keluar daripada Malaysia dalam bentuk produk komersial," kenyataan itu dipetik.


Bantahan rakyat terhadap projek Lynas langsung tidak diambilkira AELB
Sementara itu, kumpulan yang menentang operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas, Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas (SMSL) berkata mereka akan memfailkan injunksi di mahkamah untuk menghalang Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada loji di Gebeng, Kuantan itu daripada dikuatkuasakan. Seorang jurucakap SMSL memberitahu badan tersebut telah mengarahkan Peguam mereka supaya memfailkan injunksi berkenaan. Katanya, injuksi itu sekurang-kurangnya bagi membolehkan dua permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan. Permohonan semakan kehakiman pertama adalah ke atas penganugerahan TOL kepada loji Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan satu lagi ke atas keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Ongkili yang menolak rayuan mereka. TOL berkenaan, bagaimanapun dikeluar oleh AELB kepada syarikat Australia itu. sumber

[Nampaknya, jika sekatan ini dilakukan maka sudah pastilah satu pertembungan yang maha dasyat antara NGO anti Lynas dengan pihak polis akan berlaku di Pelabuhan Kuantan nanti. Ini berdasarkan kepada kemarahan rakyat yang begitu kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) itu. Paling mengejutkan keputusan dibuat secara drastik ketika NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) baru memaklumkan bahawa lesen TOL akan ditangguhkan terlebih dahulu ketika perbicaraan terhadap dua permohonan semakan kehakiman yang mereka buat dibicarakan terlebih dahulu. Malah, lebih memusykilkan ialah persoalan tentang sisa buangan yang dikatakan akan dibawa keluar dari negara ini dengan dijadikan produk komersial. Sedangkan Lynas sudah membina beberapa buah kolam yang akan digunakan untuk kegunaan sisa buangan tersebut. Maknanya, ada sesuatu yang perlu diberi perhatian sebelum kelulusan diberikan. Rakyat kini semakin marah dan pasti akan terus perjuangkan isu ini terutamanya bagi masyarakat kaum Tionghua. Apapun, kita harap agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini semasa bantahan dan sekatan rakyat pada hari tersebut itu nanti].

Panas: Lynas Corporation Mengesahkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom AELB Mengeluarkan TOL!

Posted: 05 Sep 2012 12:53 PM PDT

PETALING JAYA, 5 Jun - Lynas Corporation pada Rabu mengesahkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah mengeluarkan Lesen Operasi Sementara (TOL) untuk Lynas Advanced Materials Plant (LAMP). Kilang menapis nadir bumi yang terletak di Gebeng, Kuantan dijangka memulakan operasi pada Oktober ini. "Menerima lesen daripada AELB merupakan satu kejayaan signifikan untuk Lynas," kata Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis (foto). "TOL tersebut menyediakan pengesahan tambahan untuk keselamatan dalam operasi Lynas di Malaysia dan menyokong penilaian awal sebelum ini oleh pihak berkuasa untuk keselamatan radiasi, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa bahawa LAMP adalah selamat dan mematuhi standard antarabangsa sepenuhnya", dakwanya. Curtis berkata, pengesahan kelulusan itu menunjukkan komitmen Lynas secara kuat terhadap keselamatan, kesihatan, persekitaran dan nilai kemasyarakatan. "Seperti semua pihak di Lynas, saya akhirnya dapat menjangkakan tentang keselamatan operasi di LAMP dan boleh untuk membekalkan produk kepada pelanggan kami", kata beliau lagi.

Lynas Di Beri TOL Andai Patuhi Syarat Tambahan


Sementara itu Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengesahkan telah memutuskan untuk mengeluarkan Lesen Pengendalian Sementara (TOL) kepada Lynas bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa dari 3 September 2012. Menurutnya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat AELB dalam Isnin lalu. "TOL ini akan membolehkan Lynas sebagai percubaan mengilang bahan mentah pekatan lanthanid secara berperingkat dan terhad serta dikawalselia secara berterusan oleh agensi penguatkuasa AELB," kata kenyataan Setiausaha Eksekutif AELB, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan (foto) hari ini. Menurutnya, AELB dalam mesyuaratnya pada 30 Januari 2012 telah memutuskan agar permohonan TOL syarikat Lynas (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lynas), diluluskan tertakluk kepada beberapa syarat. "Walau bagaimanapun, TOL tidak dikeluarkan kerana Lynas perlu mematuhi syarat tambahan yang dibuat di bawah Akta 304 dan perundangan subsidiarinya," tambahnya. Menurutnya, AELB dalam mesyuaratnya pada hari Isnin lalu, telah berpuashati bahawa Lynas telah mematuhi semua aspek teknikal, termasuk kaedah kawalan debu serta imobilisasi bahan radioaktif dalam residu, dan keperluan perundangan yang ditetapkan. "Lembaga juga mengambil maklum bahawa Lynas telah membuat komitmen untuk membawa residu Water Leach Purification (WLP) yang terhasil dalam projek LAMP keluar daripada Malaysia dalam bentuk produk komersial. "Sehubungan itu, Lembaga telah memutuskan untuk keluarkan TOL kepada Lynas bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa dari 3 Sept 2012 sehingga 2 Sept 2014," katanya.

Ramai Pihak Persoal Tindakan AELB Lulus Lesen


Susulan kejutan drastik yang dibuat oleh AELB ini maka kini ramai pihak yang kecewa sebenarnya. Malah ada diantara mereka yang mempersoalkan keputusan tersebut dengan mengatakan AELB tidak mengambilkira pandangan rakyat dalam meluluskan TOL tersebut. "Adoiii benggongnya la...orang bukan duk pertikaikan operasi tu...keselamatan operasi tu boleh dikawal...orang pertikai sisa buangan tu..adakah lynas sanggup bawak keluar sisa tu dari malaysia dan ianya termasuk dalam syarat-syarat kelulusan lesen tu? Setakat komitment sape boleh cakap bro, Ada black n white ke tak? Kalau tak ada jangan nak tipulah bro...ini bukan zaman dukun tonggek lagi bro", kata Almizar Ar pada ruangan komentar di Malaysikini tentang isu berkenaan. Bagi Raja Mohd Shahrin pula beliau mendakwa "Kalau baca statement dari AELB tu cukup sempurna..siap dgn hujah rekaan sendiri yg cuba menyakinkan keputusan utk meluluskan lesen sementara setelah mengambilkira semua aspek.... kecuali bantahan rakyat..... pada aku apa-apa tindakan atau keputusan.. yg paling penting sekali adalah pandangan dari rakyat... dan jika membelakangi suara rakyat itu, maka kerajaan mendengar suara siapa.. anda boleh fikir-fikirkan.......". Mahathir Razak pula berkata "buat masa ini kita tak boleh buat apa2 tindakan tapi kita boleh fokus kepada individu2 terlibat seperti pegawai yang beri lesen, pegawai polis yg beri arahan terhadap sesuatu yang dianggap salah dari tata tertib dan sebagainya". sumber

[Keputusan yang pasti mengecewakan majoriti besar rakyat Kuantan yang membantah projek ini sebenarnya. Namun, sudah pasti AELB punyai alasan tersendiri untuk mengatakan loji tersebut selamat. Persoalannya, apakah rakyat boleh terima masa depan anak cucu mereka berada dalam risiko akibat kilang tersebut?. Selamat bukan bererti tiada risiko yang akan berlaku. Banyak projek-projek kerajaan termasuk bangunan, jambatan, jalanraya dan sebagainya mengalami masalah selepas beberapa tahun ia disiapkan atau pun digunakan. Pada awalnya memang benar keselamatan telah dikaji oleh pakar-pakar yang berkaitan. Namun, akhirnya risiko tetap akan berlaku. Itu kepada projek yang jelas tiada risiko dipermulaannya. Namun, projek Lynas diketahui akan membawa masuk bahan mentah rare earth yang sudah termaktub dalam sejarah dan diakui oleh masyarakat antarabangsa sebagai bahan berbahaya untuk kesihatan manusia. Sisa buangan bahan tersebut sukar untuk dihapus dalam tempoh yang lama dan sudah pasti ada risiko akan ditanggung oleh anak cucu kita. Oleh itulah rakyat bangkit menghalang projek berkenaan. Namun, kini TOL sudah diluluskan dan apakah rakyat akan berdiam diri melihat risiko yang berada dihadapan mereka?. Sanggupkan sebuah kerajaan yang dahulukan rakyat biarkan mereka itu hidup dalam risiko?. Inilah yang dipertikaikan rakyat!].

Tuan Ibrahim, Kerjasama Pakatan Rakyat Pahang Kondusif Dan Padu Hadapi Pilihanraya Umum Ini

Posted: 04 Sep 2012 02:31 PM PDT

TEMERLOH, 5 Sept - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang (MPPRN) menegaskan bahawa kerjasama di antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) Negeri Pahang berada dalam suasana sangat kondusif dan padu. Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, penegasan tersebut dibuat ekoran cubaan beberapa media yang cuba memesongkan persepsi awam bahawa kononnya hubungan di antara parti komponen PR Pahang berantakan ekoran beberapa isu dalaman khasnya berkaitan pembahagian kerusi di peringkat negeri. "Sehubungan dengan itu MPPRN Pahang menyeru dan menasihatkan semua kepimpinan mahupun ahli-ahli daripada PAS, DAP dan PKR tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung perkara berbangkit khususnya mengenai proses pembahagian kerusi. "Sebagai petugas parti kita akur dengan apa jua keputusan yang akan dibuat pimpinan tertinggi," katanya semasa sidang media khas melibatkan pemimpin tertinggi PR Pahang di bangunan PAS Pahang di sini. Berikutan itu Tuan Ibrahim menyeru semua ahli memberikan mandat dan keyakinan penuh kepada kepimpinan PR untuk menyelesaikan perundingan kerusi dengan semangat muafakat yang telah terjalin baik. Berkenaan pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang bakal diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, beliau menyeru kepimpinan dan ahli-ahli PR di semua peringkat berusaha bersungguh-sungguh di semua kawasan bagi tingkatkan sokongan dan keyakinan daripada semua lapisan masyarakat.


Pimpinan Pakatan Rakyat Pahang bergambar selepas sidang media selesai
[Turut hadir Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah, Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Setiausaha DAP negeri Choong Siew Onn serta anggota harian Badan Perhubungan PAS Pahang. Sidang media khas diadakan berikutan laporan negatif beberapa media yang cuba melaga-lagakan kenyataan pemimpin PKR dan DAP negeri ini berkaitan tuntutan bertindih beberapa kerusi negeri ini yang diserahkan keputusannya kepada Majlis Presiden PR. Negeri Pahang sebelum ini dianggap penganalisis politik antara tiga negeri kubu kuat BN dan kekal kepada parti itu selain Johor dan Melaka, namun berdasarkan senario terbaru keputusan tersebut boleh berubah pada PRU akan datang]. sumber

Tiada ulasan: