Isnin, 10 September 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


PANAS! Video Najib Dan Menteri Menari Berjoget Tersebar. Nik Aziz Dan Harun Din Joget Jugak?

Posted: 09 Sep 2012 10:20 PM PDT


wow! pejuang islam berjoget beb!


UMNO bela maruah Islam
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1
Tarikh:
7-9-2012


Machang: Datuk Seri Najib Razak berkata, UMNO akan membawa Islam ke arah kemajuan, bukan seperti Islam diperjuangkan PAS.

Perdana Menteri berkata, UMNO juga mahu menebus maruah Islam dan meletakkannya di landasan yang tepat. Kita mahu menebus maruah Islam dan bukan Islam yang dipermainkan. Datuk Seri Hadi Awang (Presiden PAS) pernah berjanji menegakkan hudud di Terengganu sebaik saja fajar menyingsing (ketika PAS memerintah Terengganu), tapi akhirnya ia tidak dilaksanakan.

Islam sebagai model

"Ambo (saya) ingin melihat angin perubahan di Kelantan. Islam sebagai satu model. Kita juga bawa perjuangan Islam, kita tidak mahu Islam yang mana hudud dijual sebagai model pilihan raya", katanya pada Majlis Jom Beraya Bersama Perdana Menteri, di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah, di sini semalam. Majlis itu mendapat sambutan apabila lebih 30,000 rakyat hadir.

Najib juga mengumumkan projek membaik pulih 200 rumah di daerah itu dan memberi duit raya kepada anak yatim daripada Asrama Bakti Machang. Najib juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana mengutuk pembuatan memijak gambarnya ketika Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam 31 Ogos lalu.

Utama perpaduan

Saya mengutus surat peribadi kepada Tok Guru dengan mengucapkan terima kasih. Walaupun berbeza pendapat, kita boleh sepakat mengenai kepentingan umat Islam dan perpaduan, katanya.

Najib juga menegaskan isu bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa bersamanya ketika di Makkah baru-baru ini adalah untuk mencari kata sepakat bagi kepentingan umat Islam sedunia.

Mengulas mengenai Kelantan, Najib berkata, kemahuan rakyat negeri itu akan dimasukkan dalam manifesto dan akan diperjuangkan apabila Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya umum nanti.

Kita masukkan apa saja yang rakyat Kelantan mahukan dan kita akan pastikan perkara itu satu janji yang ditepati apabila BN memerintah nanti, katanya.

Perdana Menteri kagum dengan semangat rakyat beberapa negeri terhadap sambutan program UMNO dan BN yang menunjukkan rakyat memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap BN.

Sumber:
Sinar Harian





http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183348_486486394704352_118577818_n.jpg
http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/488254_486486504704341_1700295441_n.jpghttp://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/423694_486486601370998_1134788442_n.jpg
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/318309_486486714704320_234770635_n.jpg
http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/556424_486486791370979_505639358_n.jpg
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/387108_486486828037642_172702053_n.jpg
http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/402340_486486874704304_1080168615_n.jpghttp://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/423941_486487021370956_602492902_n.jpghttp://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/644102_486486574704334_1771563211_n.jpg


ni pejuang islam ekstrem kononya. yang dalam video ni juga la puak umno kata bapa kafir

korang tepuk dada tanya iman

mana fathul bhari?
mana tok guru pondok?
mana ulama muda?

umno pari islam?
pas parti sekular?

tolong jawab la wei!

Kereta Baru Dato Lee Chong Wei?

Posted: 09 Sep 2012 10:06 PM PDT

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/375776_329952773768174_1502066070_n.jpg

WOW

Politik Kita Memang Caca Merba

Posted: 09 Sep 2012 05:26 PM PDT

POLITIK KITA MEMANG CACA MERBA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Nampak kebelakangan ini, perbezaan politik bukan lagi membawa kepada pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan pentadbiran yang lebih baik, tetapi pertarungan siasah di negara ini telah menyuburkan akhlak yang buruk dan kehilangan adab sopan. Ada yang tunjuk kemaluan pada gambar pemimpin tertentu, ada yang kencing ke atas gambar pemimpin yang lain, ada pula yang baling kasut ke dalam masjid, tarian punggung dan pelbagai lagi. Para pemimpin politik kita ini mungkin terlalu sibuk berkempen sehingga lupa untuk mengajar adab sopan sebagai insan kepada para pengikut mereka.

Disiplin

Kehidupan ini bukan segala-galanya politik untuk kita menggadaikan segala adab dan kesopanan hanya kerana politik. Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi samada dari agama ataupun budaya.

Bahkan dalam Islam, dalam medan perang yang saling bunuh membunuh itu pun, adab dan akhlak yang baik dipertahankan. Disiplin mesti dipatuhi. Dalam hadis:

"Apabila Rasulullah s.a.w. mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda: "Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kufur dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat". (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: "Sanad hadith ini hasan").

Nilai pejuang rakyat itu apabila dia dapat mendisiplinkan dirinya dan menghiasi diri dengan budi dan sopan yang menyebabkan rakyat menjadikan ikutan. Justeru, kawalan diri sekalipun di hadapan musuh yang hendak membunuh antara nilai peradaban yang diajar oleh Islam.

Lihatlah apa yang Allah tegaskan kepada orang Islam yang berperang dengan musuh-musuh yang menyerang dan ingin membunuh mereka: (maksudnya):

"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas".(Surah al-Baqarah 190).

Apakah politik ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebih dalam perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi s.a.w bersabda:

"Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Orang politik lupa, pengikut yang 'kurang ajar' dan tidak beradab itu hari ini mereka biadap dengan musuh politik mereka, esok kebiadapan itu akan dihalakan pula kepada orang yang disokong pada hari ini.

Piawaian

Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan. Jika kita berikan nasihat 'mengapa awak londeh seluar dan tunjuk kemaluan kepada gambar pemimpin tertentu', maka akan ada yang menjawab 'mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat'.

Demikianlah puak-puak politik itu saling menghalalkan tindakan masing-masing atas nama keburukan lawan mereka. Apa yang pelik dalam masa yang sama masing-masing mendakwa mereka lebih baik dari lawan mereka.

Malangnya, apabila tiba masalah budi perangai, masing-masing memakai piawai yang setaraf dengan pihak lawan ataupun lebih teruk. Itu belum lagi datang 'geng agama' parti masing-masing yang akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkan perangai buruk anggota dan penyokong masing-masing. Dalil agama dibaca bukan mengikuti kehendak Tuhan, tetapi kehendak parti!

Ustaz Muda

Apatah lagi jika ada pula ulama atau ustaz muda mana-mana parti yang baru kenal politik sehari dua, dan mungkin ghairah hendak menjadi calon maka segala dalil dibawa, segala sirah salafussoleh dibaca seakan-akan yang dipertahankan itu Abu Bakar al-Siddiq dan 'Umar bin al-Khattab.

Dalil-dalil agama dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing. Apa yang terkena pada orang lain dibaca secara terang, yang terkena diri sendiri ditakwil dengan sejuta penafsiran. Jika parti lawan berkumpul untuk bantahan maka mereka namakan tunjuk perasaan dan dihukum haram. Kononnya, bukan amalan salafussoleh. Jika geng parti sendiri berkumpul dinamakan menyuarakan pendirian, hukumnya halal. Dimasukkan dalam amar makruf dan nahy munkar.

Maka perhimpunan di KL oleh parti lawan sibuk diharamkan dengan segala fatwa, tetapi di Jeli dan Gua Musang oleh parti sendiri didiamkan. Jika pemimpin kerajaan parti lain yang buat silap, ditegur dalam media dan ditulis surat terbuka. Namun jika pemimpin kerajaan parti sendiri buat salah, difatwakan haram bercakap kesalahan pemimpin di khalayak ramai, kena berbisik di telinga mereka.

Dalil-dalil agama dan nama salafussoleh dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik 'orang muda agama'. Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing. Firman Allah:

"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-'Araf: 175-176).

Fatwa Artis

Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi 'sarjana Islam'. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi 'wajah dan penampilan' yang memikat penganjur. Jika 'ustaz' dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang 'kurang comel', tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya.

Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan. Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik. Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman.

"Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: "Siapakah al-Ruwaibidoh?" Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)." Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

Bukan salah artis berceramah dan berkongsi pengalaman. Mereka yang berubah memang dialu-alukan. Namun setiap orang kena tahu kadar pengetahuannya mengenai apa yang dia perkatakan. Jangan cepat simpulkan hukum sedangkan anda bukan ahlinya.

Apapun, politik kita memang ajaib. 'Macam-macam ada' dan semua boleh. Dulu ada orang cakap, asal barang jadi duit, kita ambil. Hari ini, asal barang jadi politik, kita angkut!

Kerajaan Selangor Tolak Langat 2

Posted: 09 Sep 2012 04:29 PM PDT

Xavier : Kerajaan Selangor Kekal Tolak Langat 2

Hafizan

SEMENYIH, 10 SEPT : Kerajaan Negeri berpendirian tegas tidak bersetuju dengan projek pembinaan loji air Langat 2 dan mahu penstrukturan semula air diselesaikan secara holistik.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata Kerajaan negeri terus berpendirian begitu walaupun Kerajaan Pusat mahu meneruskan pembinaan Langat 2.

“Berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan tender projek pembinaan logi air Langat 2, saya kira itu keputusan dibuat Kerajaan Persekutuan.

“Tetapi bagaimanapun akhirnya mereka perlu kembali merujuk kepada Kerajaan Negeri bagi meluluskannya,” beliau berkata demikian kepada TVSelangor di sini semalam.

Dr Xavier mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa Kerajaan Pusat akan mengeluarkan tender bagi pembinaan Langat 2 tanpa persetujuan Kerajaan Selangor.

Kerajaan Selangor telah dilaporkan sebagai tidak bersetuju dengan projek Langat 2 kerana kos projek itu, iaitu RM 6 bilion, akan ditanggung pengguna melalui kenaikan harga air.

Dr Xavier yang juga Adun Sri Andalas berkata, Kerajaan Negeri
akan terus mempertahankan hak rakyat Selangor daripada dikenakan tindakan pembayaran tarif air yang tinggi.

Keganasan Terhadap Pakatan Rakyat “Dihalalkan”, Hina Umno-BN “Diharamkan”

Posted: 09 Sep 2012 04:27 PM PDT

ERAS, 9 SEPT: Keganasan samseng Umno-BN terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang dibiarkan oleh agensi penguatkuasa bukti jelas undang-undang negara ini tidak lagi dihormati.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada tindakan yang diambil terhadap samseng Umno-BN walaupun terdapat bukti gambar dan video yang jelas tentang tindak-tanduk mereka.

“Kita boleh tengok gangster Umno pecahkan kereta, ‘kencing’ gambar (Menteri Besar Kelantan Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), baling batu kepada bas, terang-terang ada bukti video dan gambar, tetapi ada satu tindakan diambil kepada mereka? … Tiada” katanya.

Dakwanya, undang-undang di bawah Kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak bersifat berat sebelah kerana membela tindakan yang secara jelas melanggar undang-undang.

Akan tetapi, mereka yang didakwa menghina pemimpin Umno-BN ditahan dan dihukum seperti pemuda yang memijak gambar Najib dalam satu himpunan pada 30 Ogos.

“Bila pijak gambar Najib, ini merupakan dosa besar. Tetapi bila baling kasut di masjid, tiada salah, ini merupakan ‘law of the jungle’,” ujar Anwar.

Terbaru, jelajah bas Merdeka Rakyat yang dinaiki Anwar dan pimpinan PKR ke Jasin, Melaka dibaling batu dan disimbah cat merah oleh sekumpulan samseng yang didakwa didalangi Pemuda Umno kawasan tersebut.

Sebelum itu, seorang seorang lelaki yang dipercayai dari pertubuhan extremis Melayu Perkasa, cuba menghampiri Anwar semasa beliau berada di dalam satu majlis di sebuah masjid di Alor Star, Kedah.

Malah, gambar muka samseng daripada kedua-dua insiden tersebut
telah dimuatnaik ke laman sosial Facebook namun tiada tindakan diambil walaupun laporan polis telah dibuat.

Kejadian di Melaka merupakan kedua selepas minggu lalu bas tersebut dibaling batu di bahagian cermin hadapan serta disimbah cat merah di Kota Bharu, Kelantan.

Selain itu, Anwar turut menempelak media tradisional seperti surat khabar dan televisyen yang berat sebelah dan secara berterusan menyebarkan fitnah untuk memburukkan pimpinan PR.

“Mereka mensensasikan pegawai peribadi saya membawa pistol tetapi saya dibaling batu dan keganasan gangster-gangster Umno ini tidak disiarkan,” tegasnya.

Ketika mengulas perkara itu, Anwar berkata, pegawai peribadinya mempunyai lesen senjata api dan bertindak mengikut prosedur yang dibenarkan (SOP) bagi mengawal keadaan tegang ketika kejadian di Jasin semalam.

“Saya pergi kemana-mana ada samseng Umno, bila diancam dengan tindakan ganas mereka, pegawai saya keluarkan pistol tetapi mengikut SOP,” katanya.

Tiada ulasan: