Khamis, 6 September 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Apabila SAMSUNG Jadi SAMSING, Kreativiti Atau Rendah Kualiti?

Posted: 06 Sep 2012 01:31 AM PDT


Kalau sebut sahaja nama negara China, bermacam-macam perkara yang akan dilontarkan terhadap negara itu.

Lebih-lebih lagi mengenai kegiatan jenayah yang sering berlaku di sesebuah kawasan negara China.

Untuk setiap negara dalam dunia ini, masing-masing mempunyai idea yang kreatif untuk mencipta nama dalam setiap produk atau barang yang dikeluarkan.

Contoh, seperti negara kita, jenama yang sering digunakan rakyat adalah jenama 1Malaysia.

Untuk negara China, mereka memang mempunyai idea yang sangat ‘kreatif’ untuk mencipta jenama barang-barang tertentu.

Cuma, tahap ‘kreatif’ mereka itu boleh dianggap sebagai lucu.

Antara jenama yang ‘dicipta’ atau dengan lebih mudah, jenama yang diciplak seperti Puma menjadi Fuma, Numa; Mitsubishi menjadi Mitusbishi dan sebagainya.

Tengok sahajalah gambar-gambar produk keluaran negara China.

Hebat ke tak hebat? Anda nilailah.














<


















-lamankongsi

Kini Mohd Sabu Pula Turut Dikehendaki Kerana Hadiri Janji Demokrasi

Posted: 06 Sep 2012 12:33 AM PDT

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu turut dikehendaki oleh polis bagi membantu siasatan perhimpunan "Janji Demokrasi" yang dianjurkan oleh Gabungan Janji pada malam 30 Ogos lalu sempena ulangtahun Kemerdekaan ke 55.

Menurut Tajuddin Jawwad, setiausaha politik kepada timbalan presiden PAS itu, polis datang kerumah Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu (gambar) pada pukul 4.00 petang semalam.

"Sewaktu polis datang, Mat Sabu tiada dirumah, mereka hanya dapat menemui isterinya."Notis diserahkan oleh polis kepada isteri Mat Sabu yang meminta beliau untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi," kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Gabungan Janji disertai oleh 47 NGO yang menganjurkan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka minggu lepas bagi menuntut kerajaan Malaysia bagi menunaikan segala janji-janji untuk mereformasikan pilihan raya.

Semalam, polis telah memanggil saterawan negara, Datuk A Samad Said yang membacakan sajak Janji Demokrasi yang ditulis khas sempena perhimpunan ambang Merdeka tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, pengarah eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah turut menerima notis sama meminta beliau hadir ke IPD Dang Wangi berkenaan dengan perhimpunan Janji Demokrasi.

Menurut Empower dari sebuah email yang dikirimkan sebentar tadi, Maria akan bersama-sama dengan Pak Samad untuk melaporkan diri di IPD Dang Wangi pada pukul 3.00 petang hari ini dengan ditemani oleh peguam.

Timbalan presiden PAS pula akan ke IPD Dang Wangi pada 9 September ini pada sebelah petang."Selepas gagal berjumpa Mat Sabu, inspektor dari Dang Wangi meminta nombor telefon beliau dari isterinya.

"Mereka dapat bercakap dan Mat Sabu minta untuk ke Dang Wangi pada 9 September ini," kata Tajuddin lagi.

Setakat ini, Pak Samad, Maria dan Mohamad telah menerima notis untuk melaporkan diri ke IPD Dang Wang untuk membantu siasatan berkenaan perhimpunan Janji Demokrasi.

Polis juga telah menahan Muhammad Ammar A. Rahman, seorang pelajar kolej swata kerana memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung.

Perhimpunan anjuran Gabungan Janji turut diserang oleh PM dan pimpinan Barisan Nasional (BN) kerana terdapat beberapa anak muda yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dan dikatakan sebagai bendera alternatif untuk menggantikan Jalur Gemilang.

Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.

Melalui blog www.singaselatan.blogspot.com miliknya, individu berkenaan mengakui dia dan rakannya bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera tersebut, namun menafikan daripada mewakili mana-mana parti politik kerajaan mahupun pembangkang.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini," jelasnya melalui entri di blognya itu.ang hari ini," jelasnya melalui entri di blognya itu. -TMI

Malaon-malaon upahan sedang kumpul membawa banner sokong Najib di Balai Polis Dang Wangi. Pak Samad akan lapor diri di balai tersebut jam 3 petang kerana akan disiasat kerana membaca sajak di malam ambang Merdeka. Foto, Muhd Zaid Al-Khairi


Ulasan GB

Nampaknya polis memang sengaja hendak menekan PR dan bersikap dwi-standard.

Menteri KDN sendiri telah mengakui tiada insiden buruk ketika ketika Himpunan Janji Bersih diadakan, kemudian apa hal lagi mahu perbesarkan cerita?

Itu, keganasan oleh PERKASA dan UMNO, mengapa polis terus membisu dan lansung tidak mahu menyiasatnya?

Habuan Seks Untuk Pelanggan Cuci Kereta Lebih 9 Kali

Posted: 05 Sep 2012 09:31 PM PDT

Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma.

Itu promosi yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya.

Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun.

Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut.

Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks.

Bagaimanapun, taktik kotor premis yang beroperasi tiga bulan lalu itu terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin, kira-kira jam 12 tengah malam.

Dalam serbuan itu, lima pelanggan sedang melakukan seks dan empat penjaga premis serta wanita yang menyalahgunakan pas lawatan tersebut ditahan.

Kad cuci yang diberikan kepada pelanggan selepas mencuci kereta di premis tersebut


Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dan menyorok di dalam stor.

Polis turut menemui kad cuci kereta serta beberapa kondom yang disembunyikan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Siasatan polis mendapati premis itu juga mengenakan bayaran RM130 hingga RM180 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.

Dalam perkembangan lain, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis yang menawarkan urutan batin oleh wanita warga China di Selayang, semalam.

Operasi yang diketuai Inspektor Mohamad Md Jaid itu menahan 12 tukang urut berusia 20 hingga 36 tahun.

Premis yang beroperasi tiga tahun lalu itu menyasarkan pemandu lori sebagai pelanggan tetap. -SH

Video Amukan Nambikkai Bersama "Melayu Berwawasan" Di Pejabat PKR Semalam

Posted: 05 Sep 2012 08:13 PM PDT

Video Presiden Persatuan Barisan Tembikai Mengamuk Depan Pejabat PKR

Semalam Presiden Persatuan Bersatu Nambikkai (Sebut tembikai) Kalai Vanar telah menunjukkan bukti taat setia terhadap BN.

Presiden Persatuan Bersatu Tembikai itu telah juga membawa beberapa orang pemuda yang dikhuatiri Melayu tak berwawasan walaupun mereka memakai baju bertulis melayu berwawasan untuk menyerang dan menimbulkan huru hara di hadapan pejabat PKR di Tropicana Damansara.

Dijangkakan tindakan presiden persatuan bersatu Tembikai itu yang memulakan provokasi dengan dibentengi beberapa pemuda-pemuda melayu yang kelihatan malu-malu akan mengakibatkan beliau dianugerahkan gelaran datuk kerana begitu berjaya menunjukkan keberanian terpekik pekik di bawah hujan renyai.

Dikatakan juga pemuda-pemuda melayu yang diupah dengan bayaran lumayan RM30 beserta makan tengah hari itu akan mengalami demam-demam kerana jarang sekali dibasahi hujan.

Ini adalah siri "roadblock to putrajaya" yang diadakan oleh penyokong tegar BN selepas beberapa siri serangan lalu termasuk serangan puak jahiliah perkasa yang tidak pandai menghormati masjid seperti yang mereka tunjukkan baru-baru ini. -tukanglawan


[VIDEO] Khir Toyo - Dari Bekas Menteri Besar Dah Jadi Seorang Pendusta Besar

Posted: 05 Sep 2012 05:01 PM PDT

MB: Tiada bukti tunjuk Sultan diundang masa BN

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tiada bukti menunjukkan kerajaan negeri pernah mengundang Sultan Selangor ke sambutan ambang Hari Kebangsaan sejak tahun 2003.

Khalid berkata, sejak 2003, Sultan Selangor hanya diundang sekali sahaja diundang pada 2007 - untuk sambutan jubli emas yang diraikan dengan perarakan lintas hormat pada 31 Ogos.

Katanya, kerajaan negeri tidak menemui apa-apa surat yang menunjukkan sultan diundang ke sambutan tersebut, seperti didakwa Bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo.

"Saya tak nampak suratnya lagi. Saya takut dah terbakar," katanya.

Menjawab soalan wartawan, khalid berkata isu meminta maaf kepada Sultan Selangor tidak perlu ditimbulkan.

Dr Khir semalam berkata beliau mengundang sultan secara rasmi dan juga secara lisan untuk ke majlis sambutan ambang kemerdekaan peringkat negeri semasa negeri itu berada bawah pentadbiran BN.

Sementara itu, Khalid menjelaskan, kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Merdeka Selangor hanya sebagai penceramah jemputan dan bukan tetamu utama.

"Tetamu kehormat adalah MB, penceramah jemputan adalah Anwar," katanya.

Isu Sultan Selangor yang tidak dijemput ke sambutan Hari Merdeka mula timbul selepas kumpulan pendesak Melayu PERKASA membuat laporan polis berkenaan perkara itu. -mk

Khir Toyo Kantoi!! Bukti Sultan Selangor Tidak Pernah Hadir Sambutan Ambang Merdeka


Bukti ini diperolehi daripada laman sesawang media rejim Umno, Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 30 Ogos 2007 iaitu tahun terakhir Umno memerintah Selangor yang ketika itu Menteri Besarnya tidak lain tidak bukan adalah Khir Toyo.

Jika Sultan Selangor berangkat hadir ke sambutan Ambang Merdeka, sudah pastilah Bernama akan meletakkan nama baginda mendahului nama Khir Toyo, tetapi langsung tidak ada! Ini membuktikan bahawa Sultan Selangor TIDAK PERNAH MENGHADIRI SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PADA 30 OGOS 2007! Jelas di sini ada pihak yang mahu melaga-lagakan hubungan antara Sultan dengan Kerajaan Negeri Selangor! - JALAN PULANG





[NAJIB DITIMPA HARAMJADAH] Saham FGVH Jatuh Teruk Hari Ini

Posted: 05 Sep 2012 08:01 AM PDT


Harga saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) mengalami kejatuhan paling teruk petang ini dengan harga penutup RM4.85 berbanding RM5.00 semalam.

Ia semakin menghampiri harga penyenaraian awal (IPO) iaitu RM4.55.

Najib sebelum ini begitu megah mengumumkan IPO saham FGVH merupakan IPO kedua terbesar kedua terbesar di dunia selepas IPO Facebook dan telah menempelak "haramjadah" kepada pihak yang menentang usaha peneyeraian tersebut.

Namun apa yang jelas, semasa hari pertama IPO ditawarkan, tiada syarikat asing yang berminat kecuali dua syarikat yang membeli saham FGVH tersebut, iaitu Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd.

Walaupun digemparkan sebelumnya saham FGVH akan mendapat sambutan pelabur antarabangsa, tiba-tiba, dari ratuan ribu syarikat pelabur di dunia cuma dua syarikat yang berani melabur membeli saham FGVH.


FGVH terus merudum


(Gambar: Senarai pemegang saham utama FGVH beserta jumlah saham mereka)


Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?

Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri (PM) ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan untuk simpanan masa depan...Apa jaminan buat peneroka jika ikut nasihat PM?

Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa-timpa beban peneroka.

Hutang Tanam Semula antara RM 50K-RM 157K dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20K-RM40K dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!

Saya paparkan jumlah saham FGVH yang (Tan Sri) Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun, bagi peneroka yang tak tau apa-apa, siapa yang nak menasihati mereka?

Saya berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila tertipu...yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!

Peneroka Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu-sedu macam anak kecil tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan berusia 75 tahun....kepada siapa mereka mahu mengadu?

Sudahlah dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?

Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa?
407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?

Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bagi tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda.... Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!

Terpulang, samada kita nak kata...'Ada aku kesah' atau 'Lu fikir la sendiri'.

*Penulis adalah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merangkap AJK PAS Pusat





[BERGAMBAR] "Syaitan Yang Dikenali" Serang Pejabat KEADILAN

Posted: 05 Sep 2012 04:04 AM PDT


Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.

Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

"Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, 'Jalur Gemilang' dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas beliau.

"Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan," katanya.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya. -KD

Serang pejabat KEADILAN, perangai samseng Umno macam syaitan


PETALING JAYA 5 September: Samseng Umno yang bertindak ganas dan menyerang ibu pejabat KEADILAN, di sini tidak ubah perangainya seperti syaitan.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindak-tanduk mereka itu membuktikan kenyataan mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad menyamakan kerajaan BN seperti syaitan adalah berasas.

"Saya sudah malas nak ulas panjang sikap samseng Umno. Mahathir pun dah kata, Umno itu parti syaitan, jadi orang-orang dia pun perangai macam syaitanlah.

"Saya tak pelik kalau orang-orang Umno berperangai seperti samseng, tapi saya lagi pelik kalau mereka tidak berperangai samseng," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas sekumpulan samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, tengahari tadi.

Dengan memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional, mereka memegang kain rentang sambil menjerit menyebut 'Jalur Gemilang' dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Samseng Umno itu turut bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Ketua Pembangkang, kebelakangan ini.

Sebelum ini, sekumpulan ahli Perkasa – NGO pro Umno BN, bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah.

Program Jelajah Merdeka Rakyat turut disabotaj samseng Umno apabila bas yang dinaiki Anwar dibaling batu dan disimbah cat.
-KD


Samseng UMNO Cuba Serbu Masuk Ke Ibu Pejabat PKR








PERSOALANNYA


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buy tramadol online cheap ordering tramadol online legal - tramadol 50 mg for ultram