Isnin, 10 September 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Dua Artis Melayu Islam Terlibat Sambutan Ulang Tahun Pengasas Syarikat Arak Terkemuka Dunia

Posted: 10 Sep 2012 05:00 AM PDT


Arthur Guinness ialah pengasas syarikat arak terkemuka dunia. Beliau dilahirkan di Celbridge, County Kildare, Ireland sekitar tahun 1700-an. Sempena memperingati jasa dan legasinya, Syarikat Guinness akan mengadakan sambutan Arthur Guinness's Day secara besar-besaran pada bulan September setiap tahun.

Yang tidak sedap dilihat, dibaca apabila dua orang artis Melayu Islam turut sama-sama memeriahkan sambutan hari itu di Malaysia. Nama dan wajah mereka ada terpampang pada poster di atas. Bayangkan sambil mereka menyanyi, penonton di bawah tengah melayan mabuk. Aduhai!


Arthur Guinness 

P/s: Carilah rezeki yang halal!


[Video - Jangan GELAK] Mari Tonton Video Haji Najib Menari...Hajah Ros Pula Menyanyi!

Posted: 09 Sep 2012 09:52 PM PDT




P/s: Agak-agak cara Haji Najib menari macam siapa? Jangan gelak!!!!


[Video] Bukti Pencacai BN Lempar Cat ke arah Bas Pakatan Rakyat

Posted: 09 Sep 2012 07:50 PM PDT



Bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR dibaling botol berisi cat merah  di Jasin, Melaka pada 8 September 2012.

Bukti sudah ada, apa tindakan polis?

Mengapa pengawal Anwar dilihat memegang senjatanya?

Baca:
Ancaman kerambit di Kedah dorong pengawal tingkat kewaspadaan

[KD] KUALA LUMPUR 10 Sept: Tindakan mengeluarkan pistol munasabah berikutan ada ahli Perkasa membawa kerambit ketika mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam serangan di sebuah masjid di Kedah, minggu lalu.

Pada 2 September lalu, ahli Perkasa dikesan membawa kerambit ketika menyerang Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar semasa Anwar memberi tazkirah.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Senator Saiful Izham Ramli, berkata seseorang pegawal peribadi yang memiliki lesen senjata api, pasti mempertimbang suasana ketegangan.

"Pengawal peribadi pasti faham situasi. Pistol sebagai amaran kepada pembawa senjata seperti kerambit, buku lima untuk menjauhkan diri.

"Dalam keadaan ramai orang, mana tahu mungkin ada bawa senjata. Pengawal peribadi kena cekap membaca ancaman. Tindakan juga diambil mengikut garis panduan," kata peguam itu.

Pengawal peribadi itu dibebaskan polis beberapa jam selepas mengambil keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka.

Sebelum ini, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata anggota polis yang nampak kejadian itu menegaskan pengawal berkenaan tidak mengacu pistol ke arah samseng.

Mengikut Setiausaha Pengelola KEADILAN itu, polis berpuas hati dan membebaskan pengawal itu berdasarkan rakaman video.

Pada 8 September lalu, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah dan dihalang 30 samseng Umno dari memasuki Kampung Kelubi, Jasin.

Ia insiden ketiga selepas cermin bas dipecah dan disimbah cat merah di Kota Bharu, selain serangan Perkasa di Masjid Al-Hussin.




Inspektor Polis Positif Dadah Dicekup Khlawat dengan Isteri Rakan Sekerja

Posted: 09 Sep 2012 07:17 PM PDT

Sekadar hiasan.
 
[SH] PADANG BESAR – Hasrat seorang pegawai kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama kekasih gelapnya yang juga isteri seorang pegawai polis musnah selepas dia diserbu Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suspek juga disahkan positif mengambil dadah. Suspek yang berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu dicekup ketika sedang berdua- duaan kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan mencurigakan di rumah isteri rakan yang berusia 38 tahun di sebuah taman perumahan di sini.

Difahamkan, serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu juga mendapati suspek positif dadah selepas membuat saringan air kencing ke atasnya.

Ujian sama juga dilakukan kepada teman wanitanya itu, namun disahkan negatif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, suspek berpangkat Inspektor di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar itu kini direman polis bagi tindakan selanjutnya.
 
 

Tiada ulasan: