Ahad, 9 September 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dakyah UMNO, Penghulu Parti Syaitan

Posted: 09 Sep 2012 06:04 AM PDT

 
KELAB GREENBOC

Inilah dia lambang atau logo UMNO yang sebenarnya. Lebih baik kita pilih syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tidak kenal.

Bukan saya kata, Dr Mahathir yang kata. Setiap hari kita baca: A'uzubillahiminasyaitanirrajim. Aku berlindung dari syaitan yang kena rejam. Kita mohon lindung dari UMNO rupa2 nya.

Dr Mahathir terus menerus menyalahkan Pak Lah kerana mewariskan kerajaan yang lemah kepada Najib. Bukankah Najib sebagian dari pasukan Pak Lah dahulu? Penyokong2 Pak lah hendak duduk diam sahajakah bila Dr Mahathir berkata demikian? Pergi ke mana tukang cium tangan dan kaki Pak Lah sekarang? Seekor pun tak berkokok.

Seorang sahabat saya dari Pekan bertanyakan suatu soalan. Jika PR memerintah tidakkah DAP akan menguasai kerajaan? Ini lah ditakuti oleh orang Melayu. Ini yang buat orang Melayu resah.

Lihat sahajalah apa yang telah berlaku pada Nizar di Perak. Dia jadi MB sebab ehsan DAP. Lepas tu DAP control dia. Dasar yang dia jalan ditentukan oleh DAP. Nizar telah memberi banyak tanah kepada orang Cina. Habis lah orang Melayu. Kalau PR memerintah, DAP lah yang menguasai segala nya.

Maklumat tu datang dari mana tanya saya? Dari surat khabar, dari orang UMNO, kata nya. Saya tanya kawan saya, siapa yang menakut nakutkan orang Melayu? UMNO jawab dia. Tugas ketua parti syaitan memanglah demikian jawab saya. Memesong dan menyesatkan orang.

Saya jawab semula. Itulah modal terakhir UMNO. Bila orang tak layan hasutan mereka supaya Melayu dan Cina berkelahi, bila tak layan cerita Melayu mati kalau UMNO tewas, orang Melayu akan hilang institusi raja Melayu kalau UMNO kalah, dan akhir sekali bila orang cakap mampuslah UMNO kerana menghasut akan terjadi rusuhan kaum bila UMNO tewas, maka inilah modal dia jaja keserata kampong.

Awak tahulah orang kampong- dia dengar UMNO cakap dan baca Utusex Malaysia. Tengok TV ¾, jadi bolehlah UMNO cakap apa dia orang suka. Itulah rasmi UMNO pun- dia orang ingat orang Melayu ni bodoh belaka.

Cuba awak fikir, saya meneruskan. Setiap 6 orang Melayu, seoarang adalah ahli UMNO. Mati Melayu UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Kalau UMNO mati, orang Melayu mati atau tidak?

Orang Melayu bukan budak kecik yang kena UMNO jaga sepanjang zaman. UMNO melakukan orang Melayu macam bayi baru lahir. Kena tukar lampin, basuh punggung, mandikan – semua sekali lah. Bab menetek tu yang paling disukai. Awak sendiri kata- kadang2 awak memikirkan yang Najib asyik sogok orang Melayu adalah kerana dia hendak orang Melayu bergantung kepada dia. Pagi tadi saya khabar kat awak- Tun Razak –dia nak beri kail dan joran dan pancing kepada orang Melayu. Anak dia nak beri ikan memanjang.

Ada 2 jenis manusia buat macam ini. golongan bangsawan yang bela hamba abdi zaman dulu dan golongan komunis. Dua jenis manusia yang hendak menghamba abdikan orang Melayu. Ini yang Najib buat- nak hamba abdikan orang Melayu.

Nampak sangat- Najib ada satu sahaja strateji ekonomi. Bayar sana dan bayar sini. Dia tadbir negara macam mentadbir UMNO bahagian Pekan.

Nampaknya, UMNO menggunakan apa yang berlaku pada Nizar Perak sebagai contoh bagaimana DAP menguasai dan menakloki orang Melayu. Maka jika PR memerintah, maka DAP lah yang akan menguasai dasar. Habis lah orang Melayu.

Inilah pendustaan dan pembohongan yang dilakukan oleh UMNO. Menakutkan orang Melayu. Daripada 28 juta rakyat Malaysia, jumlah orang Melayu ialah 18 juta. Jumlah orang Cina ialah 7 juta orang. Maka mengikut UMNO, 7 juta orang ini boleh menguasai 18 juta orang Melayu. Dari segi fisikal tentulah perkara ini mustahil.


Kalau dia kata orang Cina mendominasi ekonomi- itu saya boleh terima. Yang terjadi demikian pula, adalah kerana dasar pemimpin UMNO ialah mengayakan diri mereka dengan beregu bersama towkay Cina. Yang terjadi demikian lagi ialah kerana dasar ekonomi UMNO untuk orang Melayu tidak bagus. Macam nak bagus- Najib asyik rasuah orang Melayu supaya jadi budak kecik dan hamba abdi budak suruhan dia dan Rosmah.

Ketika UMNO perintah, ada kita tengok MCA mendominasi UMNO dan orang Melayu? Orang Melayu dalam PKR, dalam PAS bahkan dalam DAP sekali pun, Melayu mereka kurang ke dari Melayunya orang UMNO? Awak kenal saya dari kecik- awak tengok semangat Melayu saya kurang dari semangat Melayu orang UMNO?

Kecuali pemimpin Melayu terdiri dari orang bodoh seperti pemimpin UMNO. Bukan saya yang kata, tapi Dr Mahathir yang kata. Pemimpin UMNO kata Dr Mahathir terdiri dari half past six. Orang Pahang kata, tak semenggah. Kemudian, kata Dr Mahathir, pemimpin UMNO semua rasuah dari bawah sampai atas. Sudah tentu ungkapan sampai atas termasuklah Dato Najib. Mahathir sudah tentu tahu segala rahsia semua menteri2 yang berkerja dibawah nya dahulu. Dan seperti kata Tun Daim- bagaimana kita mahu mengawal dan membenteras rasuah, kalau fulus sudah sampai ke nombor satu.

Dr Mahathir pernah kata yang tak rasuah dalam UMNO hanya 2 orang je- Mustapha MOhamad dan Tengku Razaleigh. Itu dahulu lah- hari ini yang tak ambik duit orang boleh jadi hanya Tengku Razaleigh. Tapi tengok pulak macam mana orang UMNO perlakukan Tengku Razaleigh. Dia macam orang sakit kusta.

Kembali pada DAP. Nampak nya parti ini menjadi sasaran pukulan oleh UMNO. Selagi boleh hentam, gunalah apa sahaja cara. Lim Kit Siang dituduh sebagai dalang May 13. Rekod menunjukkan bahawa Kit Siang berada diSabah dan bukan di Kuala Lumpur pada 13 May. Lagi pun kalau Kit Siang terlibat, ambil tindakan mahkamah. Mengapa mengadili dan menghukum Kit Siang melalui akhbar citak dan media elektronik? Sebab UMNO tahu itu semua dusta. Kalau betul, lama dah Kit Siang kena salai.

Guan Eng yang ketika itu berumur 8 tahun pun turut dikatakan sebagai terlibat dalam mencetuskan 13 May. Budak yang kencing tak lurus lagi ketika itu mendalangi 13 May? UMNO akan sentiasa tuduh DAP sebagai anak didik PAP Singapura. Dan sekarang, suatu jembalang bernama DAP menghantui ketenteraman orang Melayu. Orang Melayu tak boleh tidur dibuatnya.

Kalau bertubi tubi UMNO menyerang DAP dan PR dengan ganas sekali, ia menunjukkan UMNO ketakutan. Parti2 komponen dalam BN sudah lama tidak lagi releven kepada UMNO. Parti2 ini parti peminta sedekah. Ada tidak menambah, tidak ada, tak mengurang.

MCA yang ada 15 kerusi akan hampir pupus. Paling kuat akan hanya menang 3 kerusi. MIC yang ada 3 kerusi sekarang akan tamat riwayat juga. MP dan ADUN India lebih ramai dalam DAP dan PKR dari MIC. Bagaimana MCA dan MIC mahu menyatakan mereka mewakili bangsa2 mereka sendiri? Mereka sudah hilang legitimacy sebelum masuk gelanggang lagi.

Pertama tolong nyatakan, bagaimana DAP boleh mendominasi. DAP akan hanya bertanding habis banyak 53 kerusi. Kalau ia menang semua, jumlah kerusi itu tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan. Ia hanya akan menjadi suatu kuasa politik yang handal dan perkasa. Tapi sifat tersebut bukan disebabkan MP DAP adalah Cina. Ia jadi parti yang kuat dan handal kerana mutu ahli parlimen dan ADUN mereka tinggi. UMNO yang hanya mampu menawarkan calun2 bermutu rendah sudah tentulah ketakutan berdepan dengan DAP. Kalau tidak bersedia dan membaca dan membat kajian, bagaimana mahu berdebat dan berhujjah?

DAP akan mendominasi kalau kita pilih orang melayu lembik dan bodoh. Pemimpin lembik dan bodoh datang dari kalangan UMNO. Kalau kita pilih jaga sekolah, security guard jadi wakil orang Melayu, tentulah sesiapa sahaja, bukan hanya DAP, akan mendominasi orang Melayu. Hanya dalam UMNO sahaja, orang cerdik jadi makanan orang bodoh. Oleh kerana ianya begitu dalam UMNO, orang UMNO ingat kalau PR memerintah, kita akan pakai budaya UMNO jugak.

Jadi besar kemungkinan, oleh kerana ramai orang seperti ini yang jadi pemimpin UMNO- fikiran standard jaga dan security guard lah yang mewarnai fikiran Melayu UMNO. Orang melayu yang lain tahu yang jual negara ini, yang merompak dan melanun negara ini ialah Melayu UMNO. Pemimpin Melayu yang berkaliber tinggi tak takut pun bersaing dan berdepan dengan pemimpin DAP. Tapi pemimpin Melayu yang berkaliber tidaklah berkelahi dengan orang lain atas soal2 remeh seperti kenapa pijak gambar Najib dan Rosmah. Orang pijak atau kencing atau apa sahaja gambar Rosmah dan najib mempunyai alasan yang sama mengapa orang pijak, kencing, bakar dan lempar najis atas gambar Nik Aziz, Haji Hadi, Kit Siang, Anwar Ibrahim dan sebagai nya. Kenapa tak tanya apa pasal budak2 UMNO buat demikian?

Jadi 0-0 lah. Awak pijak gambar pemimpin pembangkang, maka ada orang pijak gambar Najib dan Rosmah. -sakmongkol

Kalau cemburu buat bas sendiri

Posted: 09 Sep 2012 05:55 AM PDT

 
Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail menyindir Umno berhubung usaha parti itu mengubah suai bas dua tingkat.



SEREMBAN: Presiden PKR, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail menyindir Umno dengan mengesyorkan Umno mengubah suai sendiri sebuah bas seperti mana PKR mengubahsuai sebuah bas dua tingkat untuk program 'Jelajah Merdeka Rakyat'.

Wan Azizah berkata demikian di sebuah ceramah sempena siri lawatan 'Jelajah Merdeka Rakyat' peringkat Negeri Sembilan di Rantau malam kelmarin (Jumaat).

"Kalau cemburu dengan bas kami, buat bas sendiri. Letak gambar Najib (Perdana Menteri) besar-besar ke tepi bas. Ini 'attack' (serang) bas.

"Apa dah jadi dengan Nilai 3? Macam belon lepas. Hari ini orang datang ke Nilai 3 hanya kalau ada majlis perkahwinan untuk beli barang-barang hantaran dan 'door gift'.

"Bagaimana dengan 'Vision' (Wawasan) 2020? Sudah 54 tahun Barisan Nasional (BN) tidak buat perubahan," katanya.

Wan Azizah turut mengumumkan penggunaan pentas bergerak lengkap dengan sistem PA dan lampu yang diubahsuai menggunakan sebuah lori treler.

"Negeri Sembilan merupakan lokasi pertama kami menggunakan 'pentas bergerak-lori treler' yang baru dilancarkan pagi tadi.

Kalau keputusan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke 13) lewat, tanda Pakatan Rakyat menang.

Tanda Pakatan menang


Sementara itu Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim pula memberi indikasi kepada lebih 1,000 hadirin bagaimana hendak mengetahui bahawa Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat pada PRU13 nanti.

"Najib tidak boleh lari. Dia perlu bubar parlimen. Kalau tidak November atau Disember tahun ini, perlu bubar dalam bulan Januari, Februari atau Mac tahun depan.

"Saudara mesti tengok televisyen untuk mengetahui keputusan PRU13 nanti.

"Kalau Umno menang, pukul 9.00 malam sudah dapat keputusan PRU13.

"Tapi kalau jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam, 1.00 pagi atau 2.00 pagi, tetapi keputusanPRU-13 masih juga tidak keluar-keluar, maka itu tanda Pakatan sudah membentuk kerajaanpusat yang baru," kata Anwar yang disambut dengan tepukan gemuruh oleh orang ramai yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
 
 

Anwar turut menyelar tindakan Utusan Malaysia dan TV3 yang tidak habis-habis menyerang beliau dengan fitnah seperti orang 'gila talak'.

"Siang malam maki saya. RM3 bilion lah, betina lah dan macam-macam fitnah lagi.

"Dulu ada wanita ditangkap di Pahang kerana minum arak.(keluar dalam semua media).

"Ya, sebagai orang Islam kita latih anak-anak kita jangan minum arak kerana ianya haram dan punca kepada segala maksiat.

Kilang arak


"Sekarang saya nak tanya. Mana dia? Pernah saudara baca dalam Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times, RTM atau TV3; bahawa keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pegang syarikat arak San Miguel?

"Bukan satu botol, bukan satu kilang tapi satu syarikat arak, keluarga dia pegang. Ada orang berani tegur? Mana dia Ustaz Umno?," tanya Anwar.

Anwar juga mengulangi janji beliau jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat, dalam masa 24 jam, beliau akan umumkan penurunan harga minyak.

"Saya tidak bohong. Insya-Allah, God willing, dalam masa 24 jam saya akan umumkan penurunan harga minyak.

"Kalau tahun ini PRU, Insya-Allah tahun ini juga kita akan batalkan hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

"UMNO kata negara akan bankrap, kita sama-sama tengok negara akan bankrap atau tidak. Beritahu saya mana satu negara dalam dunia yang pernah bankrap kerana menolong rakyat di negara tersebut?

"Negara bankrap kerana rasuah dan ketirisan itu ada," jelas Anwar

Rayuan kes liwat 2: Tindakan menzalimi Anwar

Posted: 09 Sep 2012 05:49 AM PDT

 
Rayuan ini tidak didokong secara perundangan melainkan ia merupakan suatu tindakan politik jahat Umno-Barisan Nasional, kata peguam N Surendran.

 
 
PETALING JAYA: PKR menyifatkan rayuan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2 yang dibuat 7 September lalu di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur sebagi zalim dan suatu jenayah.
 Naib Presiden N Surendran yang juga seorang peguam berkata, rayuan ini tidak didokong secara perundangan melainkan ia merupakan suatu tindakan politik jahat yang benar-benar tulen oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Bercanggah dengan tugas untuk berlaku adil, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meneruskan rayuan yang tidak berasas ini, semata-mata untuk berkhidmat kepada tuan-tuan politik Umno-BN tadi," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, keseluruhan kes liwat 2 adalah rekaan ganas yang diada-adakan dan jenayah yang diatur oleh Umno-BN, dengan kerjasama kepimpinan tertinggi polis.

"Hal ini telah mendapat kecaman dari seluruh dunia oleh negara-negara, pertubuhan serta tokoh-tokoh terkemuka," terangnya.

Tegas Surendran, "konspirasi jenayah ini sentiasa bertujuan untuk menamatkan perjuangan panjang Anwar untuk Reformasi dan menghalang Pakatan Rakyat daripada mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan.

"Usaha tidak henti-henti kes liwat 2 terhadap Anwar mendedahkan sifat Najib yang tidak bertanggungjawab, tidak berakhlak dan zalim.

"Meskipun berpura-pura melibatkan diri dalam politik demokratik, Najib bukannya terlibat dalam perdebatan politik bertamadun. Bahkan, Najib tanpa malu meneruskan tradisi jenayah Umno-BN yang menganiaya dan memenjara lawan politik.

"Walaupun berpura-pura menjuarai pendemokrasian, Najib terus mempengaruhi dan memesongkan proses undang-undang dalam usaha untuk memenjarakan ketua pembangkang parlimen itu.

Menurut beliau, dengan berbuat demikian, Najib menuruti jejak langkah sejarah pemerintah zalim seperti Stalin dan Mubarak, yang turut menggunakan sistem perundangan negara untuk memusnahkan lawan-lawan politik mereka.

"Kami menyeru Najib, Umno-BN dan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan liwat 2 dengan serta-merta serta menghentikan kelakuan jenayah dalam memanipulasikan sistem perundangan terhadap pembangkang untuk selama-lamanya," tegas Surendran.

Jadikan Wanita Umno tulang belakang BN, bukan sekadar sayap, kata Shahrizat

Posted: 09 Sep 2012 05:43 AM PDT


Shahrizat berkata peranan Wanita Umno harus jadikan sebagai tulang belakang parti. — Gambar file
 
KUALA LUMPUR — Wanita Umno seharusnya "dinaikkan pangkat" menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) dan bukannya terus kekal sebagai sayapnya kata ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
 Ketua wanita Umno itu berkata, jawatan "sayap" tidak menggambarkan peranan Wanita dalam parti dan gabungan pemerintah tersebut.

The Oriental Daily hari ini memetik Shahrizat sebagai berkata peranan Wanita Umno harus jadikan sebagai tulang belakang parti oleh kerana mereka bertanggungjawab pada ahli dan sumbangan kewangan kepada jentera pilihan raya.

Bekas menteri kabinet itu menegaskan ahli parti harus bertanggungjawab untuk melakukan konsolidasi kepada keyakinan rakyat terhadap kerajaan bagi memastikan kemenangan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberitahu "konsep ambil berat" telah berakar dalam kehidupan wanita merujuk kepada program amal mereka Skuad Sayang.

"Untuk memenangi hati pengundi, kita mesti dihormati oleh mereka.

"Perlu ada disiplin (dikalangan kita).

"Jika kita ambil berat tentang rakyat, dalam apa jua keadaan, mereka akan bersama kita," beliau dipetik berkata oleh akhbar berbahasa Cina itu.

"Jika kita bertanggungjawab menjalankan tugas, mereka akan menghormati kita sehingga kita berumur 80 (tahun). Ia bukan tentang umur dan kekayaan, tetapi tentang apa kita sumbangkan pada pilihan raya akan dating."

Beliau juga mengingatkan ahli parti untuk menerima calon yang dipilih oleh parti dalam PRU akan datang.

"Adalah mustahil dalam 1.3 juta wanita dalam parti tidak ada calon yang sesuai. Konsep ini harus diperbetulkan," kata Shahrizat.

Wanita Umno adalah sayap paling kuat dalam parti tersebut dan mempunyai pengarus besar dikalangan wanita, terutamanya di luar bandar.

Perubahan demografi disebabkan oleh perindustrian menyebabkan Umno menubuhkan sayap Puteri untuk memenangi hati wanita muda dan profesional di akhir 199Oan.

Shahrizat, yang juga seorang peguam, tewas kepada Nurul Izzah Anwar pada PRU 2008.

Beliau kemudian dilantik sebagai seorang senator, sekaligus menjadi menteri wanita dan pembangunan masyarakat pada April 2009 selepas Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Walaubagaimanapun, Shahrizat tidak dilantik semula sebagai senator April lalu, sekaligus hilang jawatannya sebagai menteri kabinet berikutan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan anggota keluarganya.

Skandal NFC dikatakan menjadi sebab mengapa pilihan raya mungkin ditangguhkan sehingga tahun hadapan.

Minggu lalu, sewaktu di Sabah, Najib memberi petunjuk PRU mungkin berlaku pada November ini dan dikhabarkan angka "11" adalah angka bertuah beliau.

Belanjawan 2013 akan dibentangkan lebih awal iaitu pada 28 September ini, menguatkan lagi ramalan pilihan raya mengejut akan diadakan tidak lama lagi.

Kit Siang: BN tidak hormati perjanjian 18 perkara tentang Sabah dan Sarawak

Posted: 09 Sep 2012 05:37 AM PDT


KUALA LUMPUR — Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menghormati perjanjian 18 perkara semasa Sabah dan Sarawak bersama Malaya membentuk Persekutuan Malaysia, kata penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ahli parlimen Ipoh Timur itu berkata, dengan membiarkan dua negeri itu mundur, rasuah berleluasa, rampasan tanah adat (NCR) dan tidak menghormati Borneonisasi, jelas sekali perjanjian 18 perkara perlu dilihat semula oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

Lim Kit Siang: Hasil Sabah dan Sarawak dirampas oleh pemimpin BN. — Foto fail
"Seperti saya melawat Sarawak selama empat hari, saya melihat infrastruktur di negeri tersebut masih lagi terbelakang, terutamanya jalan raya, paip air dan bekalan elektrik," kata Lim dalam ucapannya di Bau, Sarawak, semalam.
 "Kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang kaya dengan hasil bumi, tetapi hasil itu dirampas oleh pemimpin BN, menyebabkan dua negeri ini ketinggalan dengan tiada bekalan air dan elektrik di beberapa bahagian di negeri ini."

Selain itu, katanya, rampasan tanah adat, yang berlaku di beberapa kawasan di Sarawak, jelas sekali melanggar salah satu  perkara dari perjanjian 18.

"Oleh itu, saya bersetuju dengan kenyataan ahli parlimen Sibu dan ahli dewan undangan negeri Bukit Assek, Wong Ho Leng, yang berkata, sebagai negeri yang terbesar di Malaysia, tidak seharusnya rakyat di negeri sendiri tidak memiliki tanah.

"Tetapi itu hanya boleh dilakukan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah, bukan BN," kata Lim.

Penasihat DAP itu berkata, walaupun menentang rasuah adalah salah satu dari enam teras dari Bidang Berkehasilan Utama Negara (NKRA), namun sejak tiga tahun kebelakangan ini rasuah makin berleluasa dan semakin buruk.

"Di Malaysia, Sarawak adalah negeri yang paling teruk berleluasa gejala rasuah," katanya.

"Setakat ini, tidak ada tindakan susulan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ketua menteri, Tan Sri Taib Mahmud."

Selain itu, kerajaan persekutuan juga tidak menghormati beberapa perjanjian lain yang melibatkan perkara-perkara Borneonisasi, terutamanya kenyataan Tun Dr Zaki Azmi yang berkata akan mengurangkan kuota untuk Dayak dan etnik lain dalam jawatan awam untuk keseimbangan antara kaum adalah kenyataan menghina etnik di Sarawak.

"Rakyat perlu melihat Zaki sebagai satu tanda bahawa kerajaan BN telah melupakan perjanjian 18 yang telah dipersetujui lima dekad yang lalu," kata Lim.

"Tema hari kebangsaan ke 55, dan hari Malaysia ke 49 tahun ini adalah 'Janji Ditepati', tetapi masih banyak lagi janji-janji yang masih belum ditepati," katanya lagi.

Sambutan hari Malaysia ke 49 tahun ini akan berlangsung di Bintulu, Sarawak, yang akan dihadiri oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta menteri-menteri kabinet.

Bafia: Kes Rafizi bersambung esok

Posted: 09 Sep 2012 05:31 AM PDT

Muhammad Faizal,

SHAH ALAM: Kes perbicaraan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berhubung dengan pendedahan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC) akan bersambung esok.

Sebelum ini, Hakim Tuan Aslam Zainuddin memerintah supaya Rafizi diikat jamin sebanyak RM15 ribu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Rafizi dalam satu kenyataan ringkasnya menjelaskan bahawa pihak peguamnya yang diketuai N Surendran dan Latheefa Koya akan membuat satu permohonan serentak di mahkamah esok bagi mengugurkan tuduhan.

"Kes saya akan bersambung esok namun peguam saya akan membuat satu permohonan serentak di mahkamah untuk mengugurkan tuduhan-tuduhan.

"Kita melihat tuduhan tersebut berasaskan bukti-bukti bahawa pertuduhan yang dibawa berniat jahat dan pertuduhan terpilih (selective prosecution) bertujuan untuk menutup mulut saya," katanya.

Katanya lagi, satu affidavit yang menyokong permohonan itu akan turut  difailkan pagi esok.

Rafizi telah dituduh kerana mengeluarkan data-data perbankan mengenai Pusat Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Jika disabit kesalahan, beliau akan didenda RM3 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi, Johari Muhamad yang merupakan bekas kerani Public Bank.

Janji Demokrasi: Polis siasat Tian Chua, Mat Sabu

Posted: 09 Sep 2012 05:29 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


 
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan naib presiden PKR Tian Chua hari ini hadir ke ibu pejabat polis Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan Janji Demokrasi yang diadakan ketika sambutan ambang kemerdekaan, 30 Ogos lalu.

Turut hadir memberi keterangan hari ini ialah aktivis sosial Hishamuddin Rais yang tiba bersama Mohamad Sabu pada kira-kira jam 4.15 petang.

Mohamad ketika ditemui pemberita selepas disiasat selama kira-kira 50 minit petang ini berkata, beliau memilih untuk tidak menjawab soalan yang diajukan kepadanya oleh polis.

janji demokrasi dang wangi 090912 mat sabuMohamad yang ditemani seorang peguam, Nazar Khan berkata, beliau berbuat demikian berdasarkan peruntukan Seksyen 112 Akta Keterangan.

Polis antara lainnya meminta beliau menjelaskan penganjur yang terlibat dalam perhimpunan tersebut, jumlah peserta dan juga mengenalpasti pemimpin politik yang hadir, katanya.

Sementara itu, Tian Chua pula ketika bercakap kepada pemberita selepas disiasat kira-kira 30 minit berkata, beliau juga mengambil keputusan yang sama dengan Mat Sabu untuk tidak menjawab soalan polis.

Katanya beliau berbuat demikian kerana tidak mahu memberi kenyataan yang "menjejaskan orang lain" termasuk siapa pemimpin yang berucap ketika perhimpunan itu.

Tambahnya, beliau memberi keterangan kepada polis sebagai saksi dan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman.

"Pada pandangan saya, perhimpunan Janji Demokrasi tidak melanggar undang-undang kerana itu merupakan hak rakyat untuk berhimpun bagi mengingati sejarah perjuangan (pejuang) kita.

"Kita mengikut prinsip demokrasi yang telah termaktub dan yang telah diperjuangkan oleh perajurit dahulu," katanya.

Beliau yang hadir tanpa ditemani peguam hari ini berharap polis menyiasat perkara itu dengan adil mengikut undang-undang sedia ada.
janji demokrasi dang wangi 090912 hishammuddin raisHishamuddin pula, ketika ditemui lewat petang ini berkata, berkata beliau diajukan sebanyak 21 soalan oleh pihak polis.

Beliau juga mengambil keputusan untuk tidak menjawab hampir semua soalan yang ditujukan, termasuk berhubung sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor sebelum perhimpunan itu berlangsung.

"Hampir semua soalan saya tidak menjawab, kecuali butir-butir peribadi. Saya memilih untuk menjawab di mahkamah," katanya.

Katanya, beliau hanya menjawab antaranya mengenai tajuk puisi Janji Demokrasi yang dibacakan oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ketika perhimpunan tersebut.

Hishamudin yang ditemani peguamnya Faridah Mohammad dan beliau disiasat bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman sebagai saksi.

Sebelum ini, A Samad yang juga pengerusi bersama BERSIH dan seorang anggota jawatankuasanya, Maria Chin turut disiasat polis berhubung perhimpunan ketika sambutan ambang kemerdekaan itu.

NONESelain itu, lima orang lagi turut ditahan dan disiasat berhubung insiden yang berlaku pada malam tersebut.

Ia termasuk seorang pelajar yang turut dibuang daripada kolej ekoran perbuatannya melondehkan seluarnya dan menunjukkan punggung ke arah gambar Najib dan Rosmah ketika perhimpunan itu.

Selain itu polis turut menahan dua suspek yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan tersebut, yang disiasat mengikut Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan.

Dua lagi anak muda, masing-masing seorang pelajar berusia 19 tahun dan seorang model sambilan yang sebaya turut ditahan selepas menyerahkan diri kepada polis.

Individu berkenaan menyerah diri selepas pasukan itu polis mengedarkan foto 11 individu yang dikendaki berhubung insiden pada perhimpunan sama.

Salahuddin ketuai pasukan khas isu Rapid Pengerang

Posted: 09 Sep 2012 05:26 AM PDT

Hazayani Zakaria,
KUALA LUMPUR: PAS mewujudkan pasukan khas bagi menangani isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor yang melibatkan pengambilan tanah penduduk oleh kerajaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub merangkap pengerusi pasukan khas tersebut berkata, PAS mahu menyelesaikan isu itu dengan segera selepas kerajaan bertindak mengambil tanah penduduk tanpa mempedulikan hak mereka.

"Hasil mesyuarat bulan ahli jawatankuasa PAS hari ini, PAS bersetuju tubuh 'task force' isu Rapid di Pengerang bagi membantu penduduk di Johor menyelesaikan isu yang semakin berlarutan ini," kata beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka PAS Pusat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru petang ini.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dilantik sebgai timblan pengerusi pasukan khas tersebut.

Petronas merancang membina kilang petrokimia bernilai RM20 bilion bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di Pengerang yang diwakili Ahli Parlimen BN, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Namun projek tersebut dibantah penduduk yang risau tanah mereka diambil tanpa pampasan sewajarnya.

Salahuddin juga berkata, satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Pengerang pada 30 September ini sebagai tanda protes selepas usaha penduduk berunding dengan pihak pemaju dan kerajaan menemui jalan buntu.

"Kita akan berhimpun secara besar-besaran di Pengerang sebagai sokongan kepada penduduk yang mempertahankan tanah mereka," katanya.

SPRM panggil 8 individu kes jual perlawanan skuad Terengganu

Posted: 09 Sep 2012 05:19 AM PDT

ZUBIR SULAIMAN

Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain
Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain
 
KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan memanggil  beberapa pemain bola sepak pasukan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menjual perlawanan ketika skuad Penyu menentang Kedah.

Bagaimanapun jika perlu, SPRM turut akan memanggil semula mereka yang diambil keterangan sebelum ini mahupun pemain lain bagi melengkapkan proses siasatan.

Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain berkata, sehingga kini, seramai lapan individu telah dipanggil dan diambil keterangan mereka bagi membantu siasatan.

Menurutnya, selain individu yang dipanggil sebelum ini, terdapat beberapa individu lain yang turut dipanggil, antaranya termasuklah timbalan pengurus, jurulatih serta pemain.

"Kita masih menjalankan siasatan sejak kertas siasatan dibuka 4 September lalu dan proses siasatan masih diteruskan.

"Buat masa ini saya tidak tidak boleh memberi ulasan lanjut memandangkan siasatan itu masih diteruskan, namun apa-apa perkembangan akan kita maklumkan kelak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri SPRM di Wisma Persekutuan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Md Yusoff mengingatkan bahawa siasatan yang dijalankan itu adalah prosedur biasa, bukannya mencari kesalahan mana-mana individu, sebaliknya menegakkan kebenaran dalam sesuatu perkara.

Sebelum ini, SPRM  mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pemain ada Terengganu terlibat menjual perlawanan ketika skuad Penyu menentang Kedah pada 1 September lalu.

Antara mereka yang dipanggil untuk memberi keterangan termasuklah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, beberapa pegawai PBSNT dan juga pemain Terengganu yang lain.

Kesemua mereka yang dipanggil itu memberi kerjasama yang baik dan membolehkan SPRM menjalankan siasatan dengan lancar.

Minggu lalu, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Sharbinee yang sanggup disiasat SPRM susulan dakwaan mengatakan dia menjual perlawanan selepas melepaskan gol mudah ketika bertemu Kedah dalam saingan peringkat kumpulan B di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 1 September lalu.

Ketika pertemuan di laman sendiri itu, bekas penjaga gol kebangsaan itu dikatakan menjadi punca skuad penyu kehilangan tiga mata penuh apabila sekadar terikat  1-1 ketika menentang pasukan Kenari.

Awang Adik: Pengagihan wang ihsan anak Kelantan diteruskan

Posted: 09 Sep 2012 05:13 AM PDT

SINAR HARIAN

BACHOK - Pengagihan wang ihsan untuk pelajar Kelantan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) masih diteruskan, cuma berlaku kelewatan dalam pemberiannya disebabkan masalah teknikal.
  
Timbalan Menteri Kewangan yang juga Pengerusi Pengagihan Wang Ihsan Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pelajar yang ditawarkan pengajian di IPTA boleh membuat permohonan mulai sekarang.
  
"Mereka boleh membuat permohonan termasuk mengisi borang secara 'online' JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) Kelantan selain mengisi borang biasa melalui Penyelia Pembangunan Mukim di kawasan masing-masing," katanya ketika diminta mengulas rungutan sebilangan ibu bapa bahawa anak mereka yang ditawarkan ke IPTA tidak memperolehi bantuan itu.
  
Bercakap kepada pemberita di Tangok di sini hari ini, Awang Adek memberi jaminan semua pelajar yang layak akan mendapat bantuan itu dalam tempoh terdekat.
  
Pemberian bantuan berdasarkan kategori iaitu RM800 bagi pengajian peringkat ijazah, RM500 untuk diploma manakala matrikulasi atau setaraf dengannya sebanyak RM300, katanya.
  
Pemberian bantuan itu untuk meringankan beban keluarga yang selama ini terpaksa mendapatkan pelbagai sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan anak-anak ke IPTA di peringkat awal kemasukan.
  
"Pemberian bantuan wang ihsan itu dikecualikan daripada fahaman politik dan mereka yang layak akan diberi pertimbangan yang wajar," kata Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok.
  
Katanya pemberian wang ihsan itu bagaimanapun tidak meliputi pelajar yang menerima tawaran daripada institusi pengajian tinggi swasta.  - Bernama

Susulan bas diserang, PKR mahu temu IGP

Posted: 09 Sep 2012 05:05 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
Bas PKR
Bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah kali kedua. -Keadaan bas PKR yang disimbah cat. - Foto ihsan dari Facebook Anwar Ibrahim
 
SHAH ALAM - Kepimpinan PKR berhasrat mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar susulan dua insiden serangan dan kekasaran ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat kendalian parti itu.

Kejadian kedua membabitkan bas itu disaksikan di Jasin, Melaka semalam.

"Untuk menghentikan kejadian ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution (Ismail) akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk bertemu dan memastikan polis memberikan perhatian terhadap amalan yang mengancam demokrasi negara ini," kata Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR yang disertai Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain parti itu sekali lagi diserang semalam ketika siri lawatan di Jasin, Melaka.

Ini berikutan serangan ke atas bas sama di Kota Bharu minggu lepas.

"Sebelum itu, taktik samseng sama telah digunakan terhadap pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.

"Ini termasuk serangan terhadap Datuk Seri Anwar di Sembrong Johor, kecederaan warga emas di Lembah Pantai apabila terkena batu yang dilontarkan terhadap Nurul Izzah Anwar dan pelbagai lagi kejadian lain.

"Pun begitu, sekalipun pelbagai laporan polis dibuat, sehingga hari ini pihak polis dilihat tidak serius dalam mengambil tindakan dalam hal ini," kata beliau.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak, selaku Perdana Menteri terus diam membisu, seolah-olah memberikan lampu hijau untuk gejala samseng ini terus berleluasa.

PAS dakwa polis pilih jaga BN sahaja

Posted: 09 Sep 2012 12:39 AM PDT

KL TODAY

 

PAS mendakwa pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)bersikap 'double standard' terhadap menjaga keselamatan melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berbanding pemimpin kerajaan.

Sambil melontarkan cadangan sinis, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata jika polis tidak mahu mengawal keselamatan rakyat adalah lebih baik mereka panggil pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengawal keamanan negara.

"Kita lihat pihak polis seperti gagal menangani permasalahan ini. Bukan setakat serang ceramah-ceramah PR, pihak yang tidak bertanggungjawab ini turut menyerang pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), membakar rumah pemimpin PAS, hari ini sudah melarat kepada serangan ke atas masjid serta membaling selipar ke dalam masjid.

"Tetapi seperti biasa, polis bagaikan tidak mahu bertindak apabila kezaliman dan penganiyaan dilakukan ke atas rakyat yang berada dalam PR.

 Kalau begitu, lebih baik panggil pasukan pengaman PBB untuk mengawal keamanan negara ini dan menjaga keselamatan rakyat," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PAS pada Jumaat.

Menurut Mahfuz (gambar), sebahagian besar rakyat kini bukan sahaja takut kepada penjenayah malah mereka juga semakin bimbang keselamatan mereka diancam oleh keganasan pihak yang tidak bertanggungjawab

"Lebih buruk lagi, polis seolah-olah memberikan perlindungan kepada 'pengganas-pengganas' itu.

"Memberi perlindungan kepada 'pengganas-pengganas' itu bermakna memberikan galakan kepada mereka untuk meningkatkan lagi keganasan mereka," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa polis melindungi pihak yang membuat kacau seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang melakukan serangan ke atas masjid di Kedah baru-baru ini.

"Kalau ada sedikit pun kesalahan dibuat oleh rakyat biasa ke atas kerajaan begitu pantas polis bertindak memburu, menangkap dan menggari mereka seperti penjenayah.

"Polis lebih sibuk memburu rakyat yang kerajaan ketika indeks jenayah terus mengancam dan membimbangkan rakyat," katanya.

Terbaru dua kejadian berasingan berlaku minggu lalu apabila ibu pejabat PKR diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab dan serangan Perkasa ke atas masjid kerana mereka cuba menghalang Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah berunsur politik.

Mahfuz menyifatkan keengganan polis bertindak tegas terhadap keganasan-keganasan itu meningkatkan lagi indeks jenayah di negara ini.

"Indeks jenayah yang menjadi-jadi dan menakutkan itu bukan dakwaan kita tetapi dibangkitkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri baru-baru ini," kata beliau.

Sebelum ini, Musa dilaporkan berkata kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Musa didakwa turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

Pandalela akan jadi siswa UM

Posted: 09 Sep 2012 12:36 AM PDT

KL TODAY

 

Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dalam bidang Sains Sukan dan hanya menunggu surat pengesahan kemasukan ke universiti elit tanah air itu.

Pemenang gangsa Olimpik itu berkata beliau memilih institusi berkenaan kerana berdekatan dengan pusat latihannya di Bukit Jalil."Saya ada masalah 'transport'. Kalau saya pilih universiti yang lagi jauh dari Bukit Jalil sukar nanti untuk saya berulang-alik (dari tempat latihan).

"Lagipun rakan sepasukan Brian (Nickson Lomas) juga belajar di situ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian jam tangan edisi baru Oris di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, di sini hari ini.

Turut hadir seorang lagi Olimpian negara iaitu atlet berbasikal trek Mohd Azizulhasni Awang.

Masing-masing turut menerima hadiah seutas jam tangan jenama tersebut sebagai penghargaan atas kejayaan dan usaha mereka dalam bidang sukan khususnya pada temasya Olimpik baru-baru ini.

Gadis berusia 19 tahun itu turut berharap dapat memanfaatkan bidang pengajian pilihannya untuk memberi sumbangan dalm sukan terjun serta mempopularkan lagi sukan berkenaan pada masa hadapan.

Pandelela berkata buat masa ini beliau tidak mempunyai komitmen dalam sebarang kejohanan.

"Selepas Olimpik tiada pertandingan jadi jurulatih beri kelonggaran untuk saya menghadiri 'interview' dan sebagainya," kata anak kelahiran Sarawak itu.

PERKASA PJ, NGO bakar 'Sang Saka Malaya'

Posted: 09 Sep 2012 12:34 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Lima belas lagi NGO di daerah Petaling Jaya hari ini bergabung membuat laporan polis berhubung tindakan peserta Himpunan Janji Demokrasi memijak gambar pemimpin negara dan mengibarkan 'bendera baharu' pada sambutan ambang Merdeka 30 Ogos lepas.

Jurucakap NGO berkenaan, PERKASA Daerah Petaling Perdana Abd Hadi Mat Jani berkata tindakan segera perlu diambil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan peguam negara terhadap peserta perhimpunan itu yang jelas melampaui batas.

"Pihak yang membawa bendera baharu pada perhimpunan itu juga tidak harus dibiarkan tanpa dihadapkan ke muka pengadilan kerana perbuatan mereka jelas bertentangan undang-undang dan menghina Jalur Gemilang yang menjadi bendera negara selama ini," katanya.

"Kami NGO di Petaling Jaya mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kejadian yang melukakan hati semua warga Malaysia," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya selepas membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.

Selepas laporan polis itu dibuat, kira-kira 50 anggota NGO berkenaan turut mengadakan perhimpunan dan membakar bendera 'Sang Saka Malaya' bagi mengecam tindakan peserta perhimpunan Janji Demokrasi itu.- Bernama

Muhyiddin: Parti komponen perlu pecat ahli khianat

Posted: 09 Sep 2012 12:29 AM PDT

Bernama


 
Tindakan Umno menyingkir mana-mana pemimpin atau anggota yang melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum akan datang wajar diikuti oleh parti komponen BN yang lain, kata Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga timbalan pengerusi BN berkata kesemua parti komponen BN tidak harus memandang remeh perbuatan tersebut dan membiarkan sahaja pihak yang berkenaan merasakan mereka terlepas.

"Sepatutnya mereka ambil langkah yang serupa untuk memelihara kedudukan parti kerana setiap calon itu bertanding bukan atas tiket parti tetapi tiket BN.

"Kita tahu dalam BN ada 13 buah parti, sepatutnya di mana kawasan sekalipun didapati ada anggota parti yang dianggap mensabotaj parti dan jika ada bukti perlakuan buruk itu dilakukan, maka wajar parti itu ambil tindakan disiplin termasuk memecat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Muar hari ini. Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahukan tindakan menyingkir anggota yang melakukan sabotaj terhadap calon parti diperluaskan kepada parti kompenen lain dan bukan melibatkan Umno sahaja.

Kenyataan itu susulan amaran keras timbalan perdana menteri semalam yang menyebut Umno akan menyingkirkan mana-mana anggota atau parti yang mensabotaj parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kenyataan Hishammuddin itu merupakan satu pandangan yang baik dan wajar dipertimbangkan oleh parti komponen BN.

"Tidak semestinya menang, mereka yang sabotaj itu terlepas. Ada kawasan sabotaj kita menang, tetapi hakikatnya ia tidak sepatutnya dilakukan atas prinsip ketaatan dan kesetiaan kepada parti," katanya.

Ditanya mengapa tindakan itu tidak dilakukan oleh BN sebaliknya diserahkan kepada parti masing-masing, beliau berkata, ini kerana setiap parti mempunyai perlembagaannya yang tersendiri dan anggota-anggotanya tertakluk di bawah perlembaagaan parti berkenaan.

"Itu sudah cukup kerana dalam perlembagaan (parti) ada ahli parti berkenaan, maka parti itu mempunyai bidang kuasa untuk bertindak jika ahli melanggar disiplin, kesannya serupa," katanya.

Dalam ucapan perasmiannya sebelum itu, Muhyiddin mengingatkan anggota Umno, bahawa senario politik pada masa kini tidak lagi sama seperti dahulu.

Katanya orang Melayu kini juga berpecah dan tidak tentu hala tujuan gara-gara perbezaan ideologi yang disebarkan oleh pembangkang yang begitu ghairah hendak mengambil alih pemerintahan negara.

Sehubungan itu, katanya  perubahan perlu dilakukan oleh anggota Umno bagi menjamin parti itu terus releven dan kekal sebagai parti yang menyatukan dan membela nasib orang Melayu.- Bernama

Mayat bayi di surau

Posted: 09 Sep 2012 12:27 AM PDT

SYAIRI SHAARI

Nurshafekah
Nota yang ditinggalkan bersama bayi, semalam.
 
KUALA LUMPUR - "Menggeletar seluruh tubuh badan saya apabila terjumpa bayi dibalut  kain dalam sebuah beg ketika hendak membersihkan kawasan surau," kata Nurshafekah Mat Rajumi,19, ketika itu dia membersihkan kawasan Surau Al Falah di Danau Kota, pagi semalam.

Penemuan bayi itu turut disertakan nota yang meminta pihak surau menguruskan jenazah bayi dan dipercayai diletakkan di hujung penjuru pagar selepas subuh semalam.

Nurshafekah berkata,  dia terkejut dan tergamam apabila melihat bayi yang sudah tidak bernyawa dalam beg bersama nota yang meminta jenazah bayi itu diuruskan pihak surau.

Menurutnya, ketika ternampak beg tersebut, dia terlihat sesuatu yang berbulu dalam beg dan mula timbul takut dan curiga dengan objek di dalamnya.

"Ketika itu saya terlintas  mungkin bayi dalam beg kerana kebetulan  saya sedang siapkan satu tugasan berhubung tajuk penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi," katanya kepada Sinar Harian menceritakan detik hingga terjumpa bayi tersebut, semalam.

Penemuan bayi berkenaan turut mengejutkan seramai 32 pelajar dari International Islamic College, Gombak yang mengadakan gotong-royong di Surau Al Falah.

Bayi yang tidak diketahui jantina dan usia itu dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui dan disyaki bayi itu milik warga asing berdasarkan tulisan nota yang ditinggalkan.
Nurshafekah yang mengambil jurusan Pendidikan Awal Perkembangan Kanak-Kanak berkata, dia meminta tolong seorang lelaki berhampiran dan kariah surau supaya melihat kandungan sebenar dalam beg itu.

Sementara itu, kariah surau, Haris Hussain,53,  percaya mayat bayi diletakkan selepas jemaah pulangsolat Subuh dan ini kejadian pertama di surau itu.

Jangan hentam peribadi Anwar, Pas Terengganu

Posted: 09 Sep 2012 12:25 AM PDT

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN

Mohd Abdul Wahid Endut
Mohd Abdul Wahid (kiri) dan Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman ketika sidang media sempena Majlis Sambutan Aidilfitri.
 
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut meminta mana-mana pihak menghentikan perbuatan menghentam keperibadian ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sering menjadi sasaran politik pihak tertentu.

Sambil mempertahankan Anwar, beliau berkata, serangan demi serangan yang berlaku terhadap Penasihat PKR itu telah menyebabkan timbulnya kemarahan dalam kalangan orang ramai terhadap pihak kerajaan.

Perkara itu diakui memandangkan Anwar mempunyai pengaruh yang cukup besar sehingga isu-isu yang membabitkan individu tersebut telah menjadi salah satu faktor kepada kebangkitan pembangkang sebagaimana gelombang 1999.

"Gelombang 1999 adalah kerana Anwar. Orang Melayu hilang sabar ada marah. Sekarang faktor Anwar masih ada dan jangan main-main (dengan membabitkan Anwar dalam sesuatu isu).

"Saya perhatikan orang ramai tidak berganjak. Faktor Anwar masih ada. Jadi kita jangan melebih-lebih. Jangan 'gomo' (hentam) Anwar kerana itu akan menyebabkan orang terlampau marah," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini.

Sementara itu, beliau yakin gelombang kebangkitan rakyat turut berlaku di Terengganu, sebagaimana yang ditunjukkan masyarakat di Pantai Barat ketika ini.

Bagaimanapun, dari segi sikap dan tindakan, pengundi negeri ini lebih tenang tanpa menunjukkan sikap agresif kerana majoriti rakyatnya orang Melayu yang masih terkenal dengan sikap sopan-santun.

"Orang Melayu mempunyai budaya lain sedikit. Mereka lebih senyap, tenang, senyum dan tetap bertanya khabar antara satu sama lain," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, sikap pengundi yang terus tertanya-tanya berhubung tarikh pilihan raya menggambarkan isyarat jelas daripada rakyat untuk memastikan berlakunya peralihan kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mohd Abdul Wahid berkata, semangat yang ditunjukkan rakyat itu adalah trend baru yang tidak pernah berlaku pada pilihan raya-pilihan raya sebelumnya.

"Saya ingat bila orang tunggu pilihan raya, seolah-olah ada trend (untuk pembangkang menang). Saya berasa begitu (boleh menang) sebab dahulu orang tidak kisah (tentang tarikh pilihan raya). Kita pun tidak susah berkempen," katanya.

Hasmy Agam: Hak asasi manusia 'dari awal hingga akhir'

Posted: 09 Sep 2012 12:21 AM PDT

G MANIMARAN

Hasmy Agam
Hasmy Agam (tengah) bersama sebahagian pesuruhjaya Suhakam.
 
BERMULA dengan perbualan mesra di pejabatnya minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam berkongsi suasana dan pengalaman sambutan Aidilfitri tahun ini.

Bercerita tentang pengalaman kali ini, beliau menceritakan tentang nasib segelintir warga emas yang diabaikan anak.

Bertolak daripada pengalaman itu, Hasmy dengan nada yang lebih serius berkata, "sudah tiba masanya kita juga perlu meneliti hak-hak asasi golongan berusia."

"Mereka juga ada hak yang harus dilindungi, seperti juga hak bagi golongan lain," kata beliau pada satu pertemuan menjelang Hari Suhakam, hari ini.
Tahun ini Suhakam berusia 13 tahun.

Walaupun ia diberi nama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, tetapi ia lebih dikenali dengan nama ringkas Suhakam.

Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Hasmy, yang menerajui Suhakam sejak awal 2010, menunjukkan bahawa selama ini ramai hanya memfokus hak asasi manusia ke atas kumpulan-kumpulan lain selain golongan sudah berusia atau warga emas.

Antara kumpulan ini ialah aktivis dan ahli-ahli politik, ataupun mereka berhadapan dengan situasi dianiaya atau dinafikan hak oleh mana-mana pihak berkuasa. Laporan-laporan media membuktikan kunjungan mereka ke pejabat Suhakam, yang dahulunya terletak di Jalan Raja Laut, berhampiran menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan kini tidak jauh dari lokasi lama iaitu di Maju Junction, kawasan pertemuan Jalan Tuanku Abdul

Rahman-Jalan Raja Laut-Jalan Sultan Ismail.

"Sebenarnya hak asasi manusia yang dikatakan oleh kita, yang diperjuangkan, sebenarnya merangkumi setiap tahap atau peringkat kehidupan manusia, dari ketika kita berada dalam kandungan (dalam badan seseorang ibu) sehinggalah seseorang itu meninggal dunia.... sebenarnya ia juga selepas meninggal dunia," kata Hasmy sambil memperluaskan ruang lingkup hak asasi manusia dalam erti kata sebenar.

Justeru, Suhakam mempunyai peranan yang lebih luas dalam menjaga hak asasi rakyat negara ini.

Menceritakan keperluan menjaga hak asasi golongan berusia, Hasmy, seorang bekas diplomat yang berpengalaman luas berkata, beliau pernah mengutarakan idea agar diadakan satu inkuiri bagi merangka panduan yang sewajarnya berkenaan dengan hak asasi golongan warga emas.

"Saya pernah bangkitkan. Tetapi rakan-rakan pesuruhjaya dalam Suhakam ketika itu merasakan inkuiri mengenai Hak Tanah Adat Orang Asli perlu disegerakan.

"Jadi kita tangguhkan idea itu. (Kini) mungkin kita perlu lihat semula perkara ini," kata beliau sambil memberi alasan mengapa keadaan itu terdesak.

"Semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini, saya merasakan kita ada keperluan untuk meneliti perkara ini. Dan, saya juga ada baca dalam akhbar mengenai cerita warga tua dipinggirkan (ketika sambutan Aidilfitri)," kata beliau yang hari ini berada di Bangkok untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan golongan yang meningkat usia.

Mengulas mengenai Hari Suhakam, Hasmy berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan Hari Suhakam sejak dua tahun lalu demi menyemai tentang signifikan kewujudan suruhanjaya ini sejak 13 tahun lalu.

Di peringkat awal penubuhan, Suhakam menganjurkan Hari Hak Asasi Manusia PBB. Kemudian Suhakam menganjurkan kedua-dua Hari Suhakam dan Hari Hak Asasi Manusia.

"Kita akan mengadakan Hari Suhakam sendiri," kata beliau sambil menambah, "kami akan mengambil kesempatan ini untuk mempromosi soal hak asasi manusia."

Jadi, apa keperluan mengadakan Hari Suhakam?

Beliau membalas: "Ramai yang tidak faham atau tidak tahu peranan Suhakam. Mereka tahu kewujudan Suhakam, tetapi tidak tahu peranan Suhakam."

Dalam nada terkilan, beliau berkata, ada pihak menganggap Suhakam hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

"Malah ada yang menganggap ia sebagai ia satu lagi jabatan kerajaan," kata beliau.

Malah ramai pegawai-pegawai kanan kerajaan sendiri termasuk pihak yang terlibat dalam urusan penguatkuasaan undang-undang sendiri tidak faham tentang hak asasi manusia dan juga fungsi Suhakam sendiri.

Menghairankan! Nampaknya itulah nasib Suhakam.

"Kami bukan NGO, dan kami juga bukan agensi kerajaan. Suhakam sebuah suruhanjaya, yang ditubuhkan di bawah akta digubal oleh Parlimen," jelas beliau. Suruhanjaya bermakna ia ada kuasa untuk mempromosikan, melindungi dan mempertahankan hak asasi manusia mengikut ruang lingkup akta yang digubal.

Bagaimanapun Suhakam tiada peruntukan untuk mendakwa mana-mana pihak.

Kemungkinan ada yang beranggapan Suhakam sebuah agensi kerajaan. Sebab ia diterajui oleh bekas pegawai kanan kerajaan atau pemimpin politik dari parti pemerintah. Pengerusi pertama ialah bekas Timbalan

Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. Kemudian digantikan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman dan kini Hasmy. Selain itu, peruntukan kewangan bagi Suhakam disalurkan menerusi Jabatan Perdana Menteri.

Apakah peruntukan kewangan seharusnya disalurkan terus kepada Suhakam?

"Saya bercadang, kami akan mencadangkan untuk membuat pindaan (ke atas akta) bagi membolehkan kewangan disalurkan menerusi badan khas kepada Suhakam. Ini dalam perbincangan, meletakkan sebahagian daripada badan Parlimen," ujar beliau.

Sekurang-kurangnya langkah itu boleh mengubah persepsi bahawa Suhakam tidak dipengaruhi atau berhadapan dengan campur tangan kerajaan.

"Sepanjang saya berada di sini, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) tidak pernah campur tangan dan saya pasti tidak akan campur tangan... saya gembira dengan keadaan ini," kata beliau lagi.

Berdasarkan maklumat diperoleh dari laman web Suhakam, ia ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999 manakala mesyuarat sulung Suhakam diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) pada 1993–95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahlinya oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Musa dilantik sebagai Pengerusi Sesi Ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga iaitu dari 2001-2003.

Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia.

Selain penglibatan aktif Malaysia dalam UNCHR, turut mempengaruhi usaha mewujudkan Suhakam ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia Mengenai

Hak Asasi Manusia pada 1993 di Vienna. Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.

Sebagai ketua perwakilan Malaysia ke UNCHR,  Musa telah mencadangkan buat pertama kalinya kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1994 bahawa inilah masa terbaik bagi Malaysia menubuhkan badan hak asasi kebangsaannya sendiri yang bebas.

Maklumat laman itu menyenaraikan beberapa faktor yang mendorong cadangan tersebut iaitu semakin meluasnya tekanan antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan kesedaran bahawa isu ini melewati sempadan dan kedaulatan sebuah negara; penglibatan aktif Malaysia dalam sistem PBB; suasana dan kepekaan politik di samping kemajuan yang dicapai masyarakatnya. Menjelang pertengahan tahun 1990-an, tujuh negara Asia, termasuk dua dari ASEAN - Indonesia dan Filipina sudah pun menubuhkan institusi hak asasi kebangsaan masing-masing manakala Thailand pula sedang membuat persiapan untuk mengambil langkah yang sama.

Pada 24 April 1999, lima tahun selepas idea itu diajukan, Tan Sri Syed Hamid Albar, ketika itu Menteri Luar, mengumumkan bahawa kerajaan akan membentang satu rang undang-undang dalam sidang Parlimen pada bulan Julai 1999 bagi menubuhkan Suhakam. Rang Undang-Undang ini berpandukan kepada Prinsip Paris 1992  yang memperuntukkan kriteria antarabangsa bagi penubuhan sesebuah suruhanjaya hak asasi manusia yang bebas dan juga kepada pengalaman institusi hak asasi manusia yang sudah tertubuh, terutamanya dirantau Asia Pasifik.

Pada 3 April 2000, kerajaan mengumumkan pelantikan pengerusi pertama Suhakam iaitu Musa dan 12 ahli suruhanjaya yang akan berkhidmat selama dua tahun dan penggal perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan.

Pelantikan dibuat oleh Yang di-pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Meskipun Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia membenarkan pelantikan sehingga 20 orang ahli, keputusan dibuat bahawa Suhakam akan memulakan tugasnya dengan 13 ahli sehinggalah apabila lebih ramai ahli dirasakan perlu. Ahli Suhakam dipilih bagi mencerminkan kepelbagaian dalam

 masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga berdasarkan pengalaman, iltizam, kebebasan dan kewibawaan individu berkenaan.

Untuk membolehkan Suhakam menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan, beberapa kumpulan kerja yang khusus telah dibentuk, merangkumi pendidikan dan promosi, pembaharuan undang-undang serta perjanjian dan suratcara antarabangsa, hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan aduan dan siasatan.

Di bawah undang-undang yang digubal, Suhakam mempunyai kuasa untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu, menasihati kerajaan atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan langkah-langkah sesuai untuk diambil, mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia, melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu, dan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu, dan mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.

Sehingga awal, Suhakam mempunyai 16 pesuruhjaya dan mulai April 2010, jumlahnya telah dikecilkan kepada tujuh.

Berdasarkan perkembangan semasa, pandangan umum yang diterima menunjukkan jumlah anggota pesuruhjaya itu tidak mencukupi dan perlu ditambah.

Mengenai persepsi bahawa Suhakam tidak bebas, Hasmay mengakui keadaan sedemikian berterusan.

Bagaimanapun kata beliau, "mengenai persepsi, kita nampak kurang bebas, tetapi sebenarnya kami bebas untuk mengendalikan peranan dan tanggungjawab kami."

"Teguran-teguran yang dibuat oleh ICC Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa, kerajaan telah mengatasi," kata beliau sambil menjelaskan, "kita buat dua pindaan dalam dua bulan."

Dengan pindaan itu, yang disaksikan pada akhir 2009, Suhakam dapat mengekalkan status "A" yang diterimanya sebelum ini daripada ICC, Institusi Pemupukan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia berpejabat di Geneva.

Badan itu pernah mengancam menurunkan status Suhakam kerana tidak berpuas hati dengan Rang Undang-undang (Pindaan) Suhakam 2009.

Cuma pemilihan anggota nampak tidak telus.

Baru-baru ini, kata beliau, setiausaha Suhakam telah dipilih oleh suruhanjaya sendiri. "Ini kali pertama kami pilih setiausaha sendiri," katanya. Masa lalu setiausaha dipinjamkan daripada kalangan perkhidmatan awam.

"ICC kata seboleh-bolehnya setiausaha diambil oleh Suhakam sendiri, bukan kalangan pegawai kanan kerajaan," kata beliau.

Berkongsi pandangan mengenai saranan sesetengah pihak agar Suhakam diletakkan terus di bawah dan bertindak sebagai badan bebas secara menyeluruh, Hasmy berkata, di sesetengah negara suruhanjaya hak asasi bertindak sebagai badan bebas dan di sesetengah negara maju, badan ini diletakkan sebagai entiti kerajaan.

Pun begitu kata beliau, apa yang penting dan perlu diutamakan ialah pencapaian badan hak asasi.
"Kita kena melihat prestasi dan pencapaian. Dari segi struktur kemungkinan bebas, bagaimana dengan prestasi... ini kita kena lihat. Dari segi pencapaian, kami gembira," tegas beliau.

"Soal ini sebenarnya satu proses yang berterusan. Tiada yang sempurna... tempoh 13 tahun, nampak terlalu lama," kata beliau.

"Kami berada di sini untuk membantu kerajaan," kata beliau merujuk kepada usaha memastikan pihak pemerintah terus mengambil pendekatan bagi memperbaiki soal hak asasi manusia rakyat negara ini.

Katanya, kerajaan telah mememuhi hak asasi asas sepanjang lebih lima dekad lalu.
Bagaimanapun menurut soal hak asasi tidak terhenti setakat itu semata-mata.

Rakyat meletakkan harapan lebih besar, merangkumi ruang lingkup lebih luas - kebebasan, perundangan dan sebagainya.

Saya percaya Suhakam ditubuhkan bertujuan membantu kerajaan mempertingkatkan hak asasi manusia di negara ini. Malaysia sebuah negara yang disanjung tinggi banyak negara lain dalam konteks pembangunan ekonomi dan sebagainya. Bagaimanapun, dalam bidang hak asasi manusia, kita ketinggalan.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Hasmy pernah berkata, kalau "kita tengok konvensyen atau instrumen hak asasi antarabangsa, semuanya ada sembilan perkara tetapi pencapaian kita, yang kita guna pakai setakat ini hanya tiga, iaitu yang berkaitan dengan hak wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU)."

"Kalau kita tengok rekod negara lain, kita berada pada kedudukan bawah... ini adalah kerana sebelum Malaysia meratifikasi beberapa konvensyen hak asasi tersebut, kerajaan terpaksa mengkajinya dengan teliti sebab ada prinsip yang menyentuh aspek-aspek keagamaan."

Sebagai sebuah negara ke arah merealisasikan negara maju pada 2020, ini adalah satu perkara yang perlu diperbaiki, harap beliau.

Cabaran Suhakam tidak terhad di peringkat ini semata-mata. Begitu juga harapan suruhanjaya ini sendiri. Rakyat sebagai pelanggan utama juga ada harapan. Begitu juga pelanggan mereka yang satu lagi pihak berkuasa.

Hasmy merumuskan "kami kena mencari keseimbangan" dalam mempromosikan dan mempertahankan hak asasi setiap individu.

Nasib Nasha tak sama Hasan

Posted: 09 Sep 2012 12:14 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 Nasharudin Mat Isa
Nasharudin Mat Isa
 
KUALA LUMPUR – Kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang bakal ditentukan Majlis Syura dijangka tidak seburuk keputusan ke atas bekas Pesuruhjaya Pas, Datuk Hasan Mohamed Ali yang dipecat parti, awal tahun ini.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan, bagaimanapun menyerahkan keputusan kepada Majlis Syura yang akan bermesyuarat untuk menentukan nasib Nasharudin.

"Saya serah kebijaksanaan Majlis Syura, yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membincang dan membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat di ibu pejabat parti, semalam.

Menurutnya, keputusan itu dirujuk kepada Majlis Syura memandangkan, Nasharudin merupakan anggota Majlis Syura.

"Semua ahli Majlis Syura dihantar surat pekeliling seawal dua minggu lalu, dan ini adalah jika seseorang tidak hadir, dia perlu memaklumkan kepada Majlis Syura beberapa hari lebih awal.

"Maka, memandangkan Nasharudin tidak memberi apa notis, kita menjangkakan beliau akan hadir dalam mesyuarat itu nanti," katanya.

Mat Sabu gesa BN henti salahkan PR

Posted: 09 Sep 2012 12:11 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
SEREMBAN – Semua pihak, khususnya Barisan Nasional (BN), diminta hentikan tuduhan mengaitkan insiden menayang punggung dan memijak gambar Perdana Menteri serta isteri dengan Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, insiden terbabit tiada kaitan dengan parti atau politik, tetapi merupakan isu moral perbuatan individu membabitkan golongan muda.

"Hentikanlah tuduhan terhadap PR. Malah, pelakunya juga sudah membuat pengakuan bahawa ia dilakukan atas kehendak sendiri dan tidak dipengaruhi atau dibayar mana-mana pihak.

"Saya ingatkan BN agar tidak mengalihkan isu tersebut dengan menyalahkan pembangkang kerana kita pun tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan," katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Rumah Terbuka Pas Negeri Sembilan di Dataran Senawang, dekat sini, semalam.

Mohamad Sabu berkata, beliau yakin tindakan beberapa pihak yang mewujudkan isu berkenaan adalah akibat terlalu mengikut emosi dan semangat di luar kawalan.

Bagaimanapun, katanya, dia kecewa kerana tindakan undang-undang tidak diambil terhadap mereka yang memijak gambar pemimpin PR sebelum ini.

"Kenapa sebelum ini perkara sama terjadi kepada gambar pemimpin PR polis tidak bertindak, tapi apabila membabitkan pemimpin BN, baru mereka bising?" katanya.

Anwar: Biar polis siasat isu senjata api

Posted: 09 Sep 2012 12:10 AM PDT

 
Nigel Aw


 
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahakan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut.

anwar malacca jasin tour bus bodyguard gun 090912Anwar berkata, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman.

"Saya serahkan kepada polis," katanya yang menambah, isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di satu majlis rumah terbuka PKR di Pantai Dalam pagi ini.

Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua polis berpakaian preman bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar itu dan memaksa senjata api tersebut dimasukkan semula ke sarungnya.

Pegawal peribadi itu kemudiannya ditahan.

Anwar menegaskan bahawa senjata api yang digunakan pengawal peribadinya itu berlesen.

Kejadian itu berlaku apabila bas yang digunakan PKR untuk kempen Jelajah Merdeka Rakyat disekat oleh kira-kira 20 orang berhampiran kawasan Kampung Rim.

Bas tersebut juga disimbah dengan cat merah.

Bashah: Saya pasrah jika saya bukan calon PRU

Posted: 09 Sep 2012 12:08 AM PDT

SINAR HARIAN
 Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Pengerusi Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah 
 
PADANG SERAI - Pengerusi Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah akan menerima keputusan pucuk pimpinan parti sekiranya tidak dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, beliau tidak akan terkilan tidak dipilih semula setelah empat penggal menjadi wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Bakar Bata.

"Ini pengakuan ikhlas saya. Yang penting kita jangan khianati parti dan pucuk pimpinan. Jika tidak terpilih, saya pasrah dan rela," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Padang Serai di Dewan Besar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dekat sini, petang semalam.

Menjawab pertanyaan wartawan, beliau berkata calon-calon yang dicadangkan oleh bahagian-bahagian untuk dipilih dikemukakan kepada ibu pejabat Umno yang membuat tapisan sebelum senarai terakhir diumumkan. - Bernama

‘Kami mintak maaf, talian terputus’ terhangat

Posted: 09 Sep 2012 12:04 AM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Berita bagaimana talian terputus di sebuah rancangan TV tempatan apabila pemanggil bertanyakan mengapa tiada tindakan diambil tentang insiden kencing di gambar  Presiden dan Murshidul Am PAS ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 36.

Ia melaporkan bagaimana sikap media BN yang akan mencari helah untuk tidak membincangkan kejahatan yang dibuat ke atas pemimpin PAS.

Di tangga kedua, berita mengenai bagaimana bekas Mufti Perli Dr Asri Zainul Abidin membuat Hasan Ali terkedu menerusi rancangan Bicara menerusi Tv Hijrah yang dipaparkan blog http://pejuang-rakyat.blogspot.com .

Berita mengenai berita terhangat minggu lepas mengenai gambar pelajar tahfiz yang enggan bersalam dengan Datin Seri Rosmah Mansor di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya dua minggu lalu menduduki tempat ketiga.

Berita sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah baru-baru ini pula menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima, ialah berita blog http://wasukalu.blogspot.com menunjukkan seseorang Melayu memakai baju parti politik tertentu untuk membeli nombor ekor.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 2 September hingga 8 September, 2012.

1
'Kami mintak maaf, talian terputus'
2
Hasan Ali kena belasah dengan bekas mufti
3
Budak enggan bersalam dengan Rosmah terhangat
4
Anwar, Mahfuz diserang dalam masjid
5
Melayu ni beli nombor ekor pakai baju parti XXXXXX
6
Perihal Abby Abadi dan ulama muda
7
'Janji Ditepati' akhirnya memakan diri
8
Foto yang diedit untuk fitnah PAS
9
Pembetulan sejarah Tok Janggut perlu! (wajib share)
10
Kg Baru: 'Sampai bila-bila ia akan kekal di rumah kami'

SPR sedia tetapi suruhanjaya IC belum jalan tugas

Posted: 09 Sep 2012 12:02 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa,
 
KUALA LUMPUR: Bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mendakwa sudah sedia mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13, sedangkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pun belum memulakan tugasnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, suruhanjaya diraja itu ditubuhkan berikutan apa yang disebut sebagai Projek IC Mahathir atau 'Projek-M' yang dilaporkan telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi yang sah.

"Ia dengan sendirinya bermakna daftar pemilih masih tidak bersih dan itulah antara sebab utama rakyat Sabah menuntut suruhanjaya itu ditubuhkan," kata beliau.

Bukan itu sahaja, kata Mohamad, malah banyak lagi perkara yang dilihat sebagai terang-terang merupakan satu penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih.

"Ada pendaftaran bertindih di mana seorang pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama menjadi pemilih di dua tempat yang berlainan," katanya.

Lebih teruk lagi, seorang wanita berbangsa India tidak dapat mendaftar sebagai pengundi kerana nombor kad pengenalannya digunakan oleh seorang lelaki berbangsa Melayu dalam daftar pemilih.

Malah, katanya lagi, orang yang telah mati pun masih ada lagi nama mereka dalam daftar pemilih.

"Bukan sedikit, tapi banyak dan timbul keraguan ada pihak lain yang mengundi bagi pihak mereka," katanya.

SPR juga, kata Mohamad, tidak memberi penjelasan yang boleh dipercayai mengenai pemindahan pengundi yang jauh lebih banyak dari yang dinyatakannya.

"Contohnya, SPR kata dia pindahkan 19,000 pengundi, sedangkan bila PKR siasat terdapat 31,294 pengundi yang dipindahkan," katanya.

Malah, ada laporan-laporan polis yang dibuat oleh pemilik-pemilik rumah yang mengadu rumah mereka dijadikan alamat oleh pengundi-pengundi yang tidak meraka kenali dalam daftar pemilih.

"SPR perlu menjelaskan semua itu dan banyak lagi perkara yang dilihat sebagai penyelewengan yang terang-terang berlaku dalam daftar pemilih.

"Pengerusi SPR jangan dengan mudah mendakwa pihaknya sudah sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 sedangkan daftar pemilih masih lagi tidak bersih," katanya.

Mohamad menegaskan, kesemua penjelasan dan dakwaaan SPR sebelum ini kononnya daftar pemilih yang ada kini sudah bersih dan masalah pada daftar itu terlalu minima ternyata menimbulkan lebih banyak lagi keraguan.

Daftar pemilih yang bersih adalah antara tuntutan utama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mendakwa pihaknya sudah sedia sepenuhnya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dan kini hanya menanti tarikh pembubaran Parlimen.

Hina pemimpin PAS: Lagi laporan polis dibuat

Posted: 08 Sep 2012 11:58 PM PDT

Harakahdaily,
 

KEMAMAN: Dewan Pemuda PAS Kemasek membuat satu laporan polis berhubung sekeping gambar yang sedang tersebar di internet,mempamerkan aksi dua orang pemuda sedang kencing di atas gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu kain rentang.

Laporan polis itu dibuat AJK Pemuda PAS Kemasik, Syed Khairi Amir oleh di Balai Polis Kerteh kira-kira jam 5.30 petang semalam..

"Saya dapati ada beberapa keping gambar pemimpin PR dikencing, dipijak dan dibakar.

"Kelakuan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pihak pemuda PAS Kemasek dan saya pohon siasatan segera oleh pihak polis bagi menegakkan keadilan," laporan polis itu dipetik.

Sejak insiden seorang pelajar kolej swasta diambil tindakan segera oleh polis kerana didakwa menghina gambar perdana menteri ketika kejadian 30 Ogos lalu, beberapa pihak turut meyebarkan gambar seorang individu sedang kencing di atas gambar Mursyidul Am dan Presiden PAS itu internet.

Penyiaran gambar itu disertakan bersekali dengan desakan agar pihak polis juga bertindak segera kepada si pelaku yang menghina gambar pemimpin PAS itu.

Sebelum ini juga pelbagai pihak turut mengecam tindakan yang didakwa 'double standard' pihak kerajaan yang segera menangani kes penghinaan kepada gambar pemimpin BN sedangkan penghinaan kepada gambar pemimpin Pakatan Rakyat dibiarkan.

Ada juga yang mempersoal kenapa masih tiada apa-apa tindakan kepada pihak yang bertindak samseng menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang memberi tazkirah di sebuah masjid Pumpung Kedah baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, perbuatan khianat kumpulan samseng turut berlaku kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR yang dua kali diserang dengan disimbah cat merah dan cermin bas dipecahkan.

Tiada ulasan: