DIALOG RAKYAT |
- Kerajaan BN hanya tahu tabur janji pada rakyat Sabah – Dr. Hiew King Cheu
- Mat Sabu, Maria Chin turut dipanggil polis isu Janji Demokrasi
- Polis tak serius siasat keganasan terhadap pemimpin Pakatan
- Apa kewajaran Sungai Siput ditandingi MIC?
- Himpunan Janji Merdeka bukan program Pakatan’
- Janji Bersih: Pak Samad tampil sebagai saksi
- Umno Serkam Siap Untuk Ganggu Tamrin?
- ‘Janji Ditepati’.. Akhirnya Memakan Diri
- Peneroka Felda Rugi Jika Saham FGHV Jatuh Pada RM4.70
- Isu Talam : PR Cabar MCA Debat Di Labis
- Mitos Harga Rokok Naik Boleh Mengurang Bilangan Perokok? Kesihatan Rakyat VS Kutipan Cukai? Mana Lebih Penting?
- Umno Tidak Akan Menang Dengan Kejahatan
- Lain Yang Polis Tanya, Tak Tanya Pun Tentang Puisi - Pak Samad
- [VIDEO] Khir Toyo - Dari Bekas Menteri Besar Dah Jadi Seorang Pendusta Besar
- PAS lancar '12 Tawaran' untuk Sarawak
- 'Semua Exco adalah Timbalan MB', kata Azizan
- S & P: Malaysia berisiko mengalami penurunan kredit jika pembaharuan tidak dilakukan
- Isu Talam: KPMG sokong Khalid
- Peguam: Siasatan kes tunjuk punggung 'tak seimbang'
- Daya saing global Malaysia jatuh
- Kerjasama PR Pahang padu, siap-sedia hadapi PRU13
- Pak Samad sedia beri keterangan kepada polis
- Bekas timbalan menteri Mahadzir Mohd Khir meninggal dunia
- Banjir terburuk sejak 27 tahun lalu
Kerajaan BN hanya tahu tabur janji pada rakyat Sabah – Dr. Hiew King Cheu Posted: 06 Sep 2012 04:15 AM PDT Roketkini.com DONGONGAN: Sukar untuk dipercayai! Jalan berlopak, projek naiktaraf yang tidak selesai-selesai, tanah runtuh dan keadan jambatan yang tidak memuaskan malah membahayakan pengguna merupakan antara dilema dan kesulitan yang dihadapi rakyat Sabah sejak sekian lama terutamanya di kawasan pinggir dan luar Bandar. Yang menjadi persoalan utama rakyat Sabah dalam sesi pendengaran aduan mereka ialah, mengapa masalah ini tidak selesai sedangkan Sabah merupakan negeri yang kaya dengan sumber minyak dan gas. Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu berkata, masalah ini membuktikan bahawa kerajaan BN negeri ini telah mengabaikan kepentingan dan keperluan rakyat Sabah "BN gagal sediakan infrastruktur yang baik demi kemudahan rakyat. Hampir seluruh Sabah kita mempunyai masalah jalan dan masalah jambatan. Janji nak buat, nak baiki tapi bila nak tunaikan?" "Kerajaan BN sebelum ini telah menabur janji untuk membina 1,365 jalan-jalan di kawasan luar bandar tetapi apabila kita turun padang, keadaannya sangat menyedihkan." Beliau memberikan beberapa contoh dan bukti bergambar di beberapa kawasan hampir seluruh Sabah yang menyaksikan keadaan jalan tidak sempurna melalui tayangan slide. Antaranya adalah jalan-jalan di beberapa kawasan di Kota Belud, Telipok-Kiulu, Ranau, Kota Marudu,Tambunan, Inannam, Menggatal, Sook, 1 Bornero Kg Kibagu Road, tenom, Kalabakan, Matunggong, Kudat Sandakan, Nosob di Penmpang, Putatan, Kokol, jambatan di Kota Marudu, Keningau, projek jambatan tergendala di Beaufort dan banyak lagi. Menyentuh isu jambatan di Pulau Bum-Bum, menurut Dr. Hiew yang juga Ahli Jawatan Kuasa DAP Negeri, pada tahun 2003 BN mengumumkan peruntukan 100 juta untuk membina jambatan ke pulau tersebut sepanjang 1.2 kilometer. "Malangnya ia tidak dilaksanakan, pada tahun 2006, kos projek jambatan tersebut telah meningkat kepada 240 juta dan pada tahun 2009 pembinaan jambatan tersebut meningkat keadaan RM420 juta! Kerajaan BN masih tidak buat!" Malah yang mengejutkan, penduduk terpaksa melakukan inisiatif mereka sendiri. Kenderaan yang mahu dibawa ke Pulau Bum-Bum seperti kereta, motosikal dan van akan diangkut menggunakan dua buah perahu dan ia sangat membahayakan. "Kedaan sebegini begitu teruk. Kita kena tahu bahawa ini cuma janji kosong, janji yang tidak ditepati oleh BN" Selin isu jalan-jalan di luar Bandar. Dr Hiew turut berkongsi kisah menyanyat hati ketika melawat Keningau dalam program mencari orang miskin di kawasan kampung. "Saya telah menemui seorang ibu beranak tiga. Rumahnya kecil, saya masuk dan saya cuma lihat sebuah periuk dan beberapa bungkus mee segera." Menurutnya, selain masalah jalan, ramai rakyat miskin Sabah terutamanya di kawasan luar bandar maupun pinggir bandar. "Masalah miskin ini bukan sahaja di Keningau, banyak lagi tempat yang lebih teruk."- Roketkini.com | ||
Mat Sabu, Maria Chin turut dipanggil polis isu Janji Demokrasi Posted: 06 Sep 2012 04:10 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Janji Demokrasi oleh Gabungan Janji pada malam 30 Ogos lalu sempena ulang tahun kemerdekaan ke-55.Menurut Setiausaha Politiknya, Tajuddin Jawwad, polis datang ke rumah Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu pada jam 4.00 petang semalam. "Sewaktu polis datang, Mat Sabu tiada di rumah, mereka hanya dapat menemui isterinya. "Polis menyerahkan notis kepada isteri beliau yang meminta Mta Sabu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi," kata Tajuddin dipetik. Gabungan Janji disertai 47 NGO yang menganjurkan himpunan Janji Demokrasi pada malam Khamis lalu di Dataran Merdeka bagi menuntut kerajaan Malaysia menunaikan segala janji untuk mereformasikan pilihan raya. Walaupun tidak diberikan permit oleh pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perhimpunan tersebut berjalan aman dengan dihadiri 20,000 rakyat berbaju kuning. Semalam, polis telah memanggil Saterawan Negara, Datuk A Samad Said kerana membacakan sajak Janji Demokrasi yang ditulis khas sempena perhimpunan ambang merdeka tersebut. Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah turut menerima notis sama meminta beliau hadir ke IPD Dang Wangi berkenaan dengan perhimpunan tersebut. Empower dalam kenyataan berkata, Maria akan bersama-sama Pak Samad untuk melaporkan diri hari ini di IPD Dang Wangi pada pukul 3.00 petang dengan ditemani peguam. Manakala Mat Sabu pula akan ke IPD Dang Wangi pada Ahad ini pada sebelah petang. Setakat ini, Pak Samad, Maria dan Mat Sabu menerima notis untuk melaporkan diri ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan berkenaan perhimpunan Janji Demokrasi. | ||
Posted: 06 Sep 2012 04:08 AM PDT Jelajah Merdeka Rakyat dirai rakyat(Laporan oleh Sidiqin Omar yang mengikuti Jelajah Merdeka Rakyat)Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah 'Merdeka Rakyat' ke seluruh negara mulai 31 Ogos 2012 selama dua bulan. Bermula dari ibu pejabat KEADILAN, bas jelajah Merdeka Rakyat bersama konvoi menelusuri Lebuh Raya Pantai Timur menuju lokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, Pahang. Setiba di lokasi, kira-kira 300 penduduk tempatan berebut-rebut merakam gambar bersama pimpinan KEADILAN, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim . Rombongan kemudian menuju ke bilik gerakan Pakatan Rakyat DUN Benta bagi menghadiri majlis jamuan raya. Barangkali tergugat dengan konvoi itu, sebuah cawangan Umno berdekatan turut mengadakan rumah terbuka, tidak sampai 100 meter dari lokasi program Merdeka Rakyat. Namun, ratusan penduduk lebih tertarik dengan jamuan raya Pakatan, apatah lagi 'dikawal' kira-kira 10 anggota polis berseragam ketika ceramah berlangsung. Konvoi memasuki Kelantan dengan acara pertama di pejabat penyelia DUN Nenggiri di Parlimen Gua Musang. Lebih separuh yang hadir adalah kaum wanita. Orang Asal hadiri jamuan raya Mereka teruja apabila Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyampaikan ucapan. Malah, jamuan raya itu turut dihadiri lebih 100 orang Asal dari suku Temiar dari kampung berhampiran. Di lokasi keempat – Masjid Jauhar, di Simpang Tiga, Lebuh Raya Kuala Krai-Gua Musang, konvoi berhenti untuk solat Maghrib. Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menyampaikan tazkirah. Konvoi terus menghala ke Pejabat KEADILAN Machang, kawasan Parlimen yang diwakili Setiusaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution. Ceramah sangat berjaya, apatah lagi dibantu sistem cahaya dan bunyi dari bas Merdeka Rakyat. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian menyertai Anwar menaiki bas menuju ke Padang Majlis Daerah Tanah Merah untuk ceramah perdana Merdeka Rakyat yang pertama. Lebih 5,000 penduduk tempatan hadir mendengar tawaran pemimpin Pakatan, selain isu melibatkan Kelantan, khususnya tuntutan royalti minyak, selain polemik tema hari kemerdekaan. Namun, kelancaran program diganggu gugat apabila berlaku serangan ala-samseng ke atas bas dua tingkat itu pada jam 4.20 pagi, 1 September lalu. Cermin retak dilontar batu manakala bas disimbah cat merah. Laporan polis segera dibuat dan pasukan forensik datang membuat siasatan. Berita itu menggamit ramai warga Kota Bharu yang bersimpati dan hadir ke Pasar Besar Siti Khadijah, lokasi ceramah Merdeka Rakyat . Nik Aziz bersama Exco kanan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan turut meninjau keadaan dan mengutuk serangan berkenaan. Konvoi jadi perhatian Jelajah diteruskan ke Grik, Perak melalui Lebuh Raya Timur-Barat. Sepanjang lebih 200 kilometer perjalanan, bas 'dirai' ramai pemandu yang membunyikan hon atau menunjukkan isyarat ibu jari tanda 'bagus'. Seketika singgah di hentian Rehat & Rawat Banjaran Titiwangsa, orang ramai menghampiri bas dan 'berposing-posing' mengambil gambar latar belakang banjaran Titiwangsa. "Dema (mereka) memang dah bankrap idea Yob," kata seorang pemuda dengan loghat pekat Perak Tengah sambil berpesan supaya meningkatkan keselamatan bas dan peserta konvoi. Perjalanan juga tidak terganggu sekalipun melalui sekatan polis di pekan Perah, Grik yang terus 'melepaskan' rombongan menuju ke Kuala Rui dan Pengkalan Hulu di Perak. Konvoi kemudian melintasi Jambatan Pulau Pinang sebelum ke acara selanjutnya di negeri utara Semenanjung. Kali ini, keselamatan diperketat dengan bantuan kawalan dari Skuad AMK Pulau Pinang. Hari ketiga jelajah bermula dengan kejutan di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Kehadiran bas Merdeka Rakyat di pintu utama ketibaan memeranjatkan orang ramai. Namun, pengurusan lapangan terbang Bayan Lepas dan polis turut memberi kerjasama apabila membenarkan bas Merdeka Rakyat diletakkan di pintu utama. Meriah sambut ketibaan konvoi Konvoi bergerak ke Kuala Perlis dengan diiringi lebih 10 kereta. Di sana, jamuan raya KEADILAN Perlis meriah dengan kehadiran lebih 1,000 penduduk tempatan. Rakyat Thailand dan pelancong asing turut sama merai ketibaan rombongan Merdeka Rakyat. Bagai wira, orang ramai bertepuk tangan dan bersorak apabila bas tiba ke pekan Changloon. Seperti sebelum ini, orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama bas yang terpapar wajah Anwar . Ketika mengelilingi bandar raya Alor Setar, bas diiringi puluhan motosikal dan kereta secara sukarela menuju ke lokasi akhir ceramah perdana di Stadium Darulaman. Walaupun kesan retakan dan simbahan cat masih bersisa, bas yang diletak di perkarangan Stadium Darulaman dengan kibaran panji Pakatan Rakyat, menjadi tarikan pengunjung. Selepas perjalanan lebih 1,500 kilometer, kini jelajah Merdeka Rakyat kembali ke Kuala Lumpur untuk membuat persiapan bagi pusingan kedua jelajah ke negeri pantai barat dan selatan Semenanjung pula. Nantikan! | ||
Polis tak serius siasat keganasan terhadap pemimpin Pakatan Posted: 06 Sep 2012 04:00 AM PDT Oleh Masdar Wahid KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak polis mendedahkan hasil siasatan berhubung insiden keganasan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) sebagaimana laporan dibuat sebelum ini. Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, polis tidak pernah serius untuk menyiasat kes serangan membabitkan pimpinan pembangkang, malah lambat bertindak walaupun sudah lama dilaporkan. "Kalau melibatkan pemimpin Umno, cepat betul polis siasat, siap tubuh pasukan khas lagi. Tetapi bila melibatkan pemimpin Pakatan, lambat pula mereka bertindak, hasil siasatan juga tidak diumum," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau mengulas tindakan pantas polis menyiasat beberapa individu yang didakwa menghina pemimpin politik BN pada malam sambutan ambang merdeka 30 Ogos lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh hari ini menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang didakwa memijak gambar pimpinan BN tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang. "Kalau begitu tukar sahaja slogan polis dari 'Tegas dan Adil' kepada 'Tegas dan Berpihak'. "Sedangkan keganasan politik dimulakan samseng Umno sejak Anwar Ibrahim dipecat pada 1998. Malah sikap biadab mereka kian memualkan menjelang pilihan raya," kata Shamsul. Selain Anwar, turut menerima ancaman Umno BN termasuk ahli keluarga dan pemandu peribadinya, pemimpin KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Pada 19 April tahun lalu, kereta dinaiki Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail nyaris kemalangan kerana disabotaj. Insiden itu disahkan mekanik yang memeriksanya selepas pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Said membuat laporan polis mengenainya. Nurul Izzah Anwar pula sentiasa diganggu apabila pejabatnya diceroboh, staf diugut selain serangan dalam mana-mana ceramah dihadiri beliau termasuk nyaris ditumbuk dan dilempar batu di sebuah majlis di Lembah Pantai. Malah anak beliau diugut akan diculik pada Mei tahun lepas jika Naib Presiden KEADILAN itu terus menyokong kepimpinan ayahnya. Turut menjadi sasaran, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diugut bunuh serta gambar Menteri Besar Kelantan itu dikencing samseng Umno. Terbaru, ahli Perkasa membaling kasut semasa Anwar menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Kedah selain bas yang dinaiki beliau disimbah cat. Semua kes ini telah dilapor, namun hingga kini tiada tindakan oleh polis berhubung laporan itu. | ||
Apa kewajaran Sungai Siput ditandingi MIC? Posted: 06 Sep 2012 03:52 AM PDT Ketua Penerangan PAS negeri, Ahmad Nuri Al - Amin berkata, apakah justifikasi kerusi tersebut untuk tetap akan ditandingi oleh MIC sedangkan keputusan PRU 2008 jelas tidak memihak kepada orang nombor satu MIC. PETALING JAYA: PAS Perak melihat keputusan BN untuk terus menyerahkan kerusi Parlimen Sungai Siput kepada MIC akan menambahkan kekusutan pembahagian kerusi dan masalah calon di negeri itu. Ketua Penerangan PAS negeri, Ahmad Nuri Al – Amin berkata, apakah justifikasi kerusi tersebut untuk tetap akan ditandingi oleh MIC sedangkan keputusan PRU 2008 jelas tidak memihak kepada orang nombor satu MIC. Pada 2008, Presiden MIC ketika itu, Datuk Seri S Samy Vellu telah kalah kepada calon Pakatan Rakyat, Michael Jeyakumar Devaraj dengan majoriti 1, 821 undi. "Juga ada usaha untuk meletakkan juga Datuk Seri G. Palanivel yang juga Presiden MIC di situ? Adakah beliau seorang calon 'boleh menang'? "Tiadakah calon muda daripada kalangan MIC yang mampu menggalas tugas tersebut? Dan tiadakah calon tempatan yang boleh diketengahkan sebagai calon MIC di sana,? katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Semalam Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan kerusi Parlimen Sungai Siput akan ditandingi calon dari MIC. Pandangan akar umbi Ahmad Nuri berkata, jika diamati dengan teliti, isu kedudukan kerusi dan calon Parlimen Sungai Siput mengzahirkan kedudukan sebenar konflik dalaman BN Perak . Katanya, Dr Zambry tidak mampu menyaingi Jawatankuasa Utama BN Perak yang terdiri daripada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden PPP, Datuk Seri Dr. M. Kayveas dan terbaru G Palanivel. "Ini tidak termasuk Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn yang juga Timbalan Presiden parti yang juga Penasihat Khas Kaum Cina kepada Menteri Besar Perak," tambah beliau lagi. Beliau menambah, respon Zambry itu juga tersebut jelas dilihat sebagai percubaan awal bagi melihat pandangan akar umbi jentera BN di Sungai Siput. | ||
Himpunan Janji Merdeka bukan program Pakatan’ Posted: 06 Sep 2012 03:51 AM PDT Beliau menegaskan, tidak wujud sambutan kemerdekaan Pakatan Rakyat atau Pakatan menganjurkan sambutan yang berbeza. PETALING jAYA: Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, Himpunan Janji Merdeka pada malam 31 Ogos lalu dianjurkan oleh NGO-NGO dan bukan program Pakatan Rakyat. Beliau menegaskan, tidak wujud sambutan kemerdekaan Pakatan Rakyat atau Pakatan menganjurkan sambutan yang berbeza. Bagaimanapun, ahli Parlimen Batu mengakui wujud perbezaan menyambut merdeka antara negeri Pakatan Rakyat dengan negeri-negeri lain. "Tetapi tidak wujud sama sekali sambutan Pakatan Rakyat. Yang ada negeri Pakatan Rakyat sambut mengikut negeri . Johor beza dengan Pahang, Sarawak beza dengan Sabah, Penang beza dengan Selangor. "Itu anjuran negeri masing-masing. Tidak wujud sambutan Pakatan Rakyat anjur majlis yang berbeza," katanya. Mengulas tindakan individu yang didakwa membawa bukan bendera Malaysia, Tian Chua, berkata, biar pihak polis menjalankan siasatan. "Kalau betul Sang Saka itu satu kesalahan, kalau betul biarlah dakwa dalam mahkamah," tambahnya dalam program bual bicara Mobtv. | ||
Janji Bersih: Pak Samad tampil sebagai saksi Posted: 06 Sep 2012 03:44 AM PDT Sasterawan Negara itu dan Pengerusi bersama Bersih Datuk S Ambiga hadir kira-kira 2.30 petang tadi dan disoal selama hampir dua jam. KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini selepas diarah memberi keterangan tentang perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos lalu. Samad, lebih mesra dipanggil Pak Samad dan Pengerusi bersama Bersih Datuk S Ambiga hadir kira-kira 2.30 petang tadi dan disoal selama hampir dua jam. Turut hadir untuk memberi keterangan ialah Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih Maria Chin Abdullah. Pak Samad diwakili peguam Datuk S Ambiga dan Shahrizan Johan manakala Maria Chin diwakili Latheefa Koya. Pak Samad ketika ditemui pemberita berkata, sepanjang soal siasat isu mengenai bacaan puisi 'Janji Demokrasi' pada malam tersebut langsung tidak dibangkitkan polis selain daripada soalan rutin. "Saya memilih untuk tidak menjawab semua soalan kecuali informasi tentang diri saya saja…tidak ditanyakan langsung tentang puisi," katanya diluar balai selepas selesai memberi keterangan. Kesilapan polis Sementara itu, Maria Chin berkata notis arahan hadir memberi keterangan diletakkan dibawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 tetapi berlaku kesilapan kerana Pak Samad bukan penganjur. "Polis kemudiannya tarik balik dan keterangan diberikan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan sebagai saksi," katanya. Seperti Pak Samad, Maria Chin berkata dirinya juga memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab kesemua 24 soalan yang dikemukakan. Peguam Latheefa pula berkata kesemua mereka dipanggil berdasarkan aduan daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi sendiri yang membuat laporan mengatakan tidak menerima sebarang notis berkenaan perhimpunan tersebut. Katanya, laporan itu dibuat berdasarkan sidang media yang diadakan beberapa NGO 'Janji Bersih' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) pada 24 Ogos lalu. "Kita tak dapat melihat apa wajarnya untuk panggil Maria dan Pak Samad semata-mata sedangkan mereka sendiri ada jawapannya kerana ia sudah disiarkan dalam berita dan video. Selain Pak Samad dan Maria Chin, aktivis Bersih Hishamuddin Rais dan Stanley Yong turut diarah memberi keterangan bagi membantu siasatan. Pemimpin Pakatan Manakala pemimpin Pakatan iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu @ Mat Sabu dan Naib Presiden PKR Tian Chua turut diarahkan hadir dan kesemua mereka akan memberikan keterangan dalam masa terdekat. Mat Sabu berkata beliau akan hadir di IPD Dang Wangi Ahad depan selepas solat Zuhur untuk memberi keterangan. Polis setakat ini berjaya menahan tiga daripada 11 individu yang dikesan terlibat dalam insiden perhimpunan tersebut selepas gambar mereka disiarkan oleh media sejak tiga hari lalu. Seorang daripadanya ialah bekas pelajar kolej berusia 19 tahun yang menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri. Manakala seorang pelajar kolej dan seorang model sambilan, masing-masing berusia 19 tahun, berasal dari Melaka dan Johor atas perbuatan memijak gambar pemimpin. Polis sebelum ini mengumumkan pembentukan tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera 'baharu' Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan. | ||
Umno Serkam Siap Untuk Ganggu Tamrin? Posted: 06 Sep 2012 03:41 AM PDT MSO Pihak Umno Jasin dilaporkan sudah siap sedia untuk 'menganggu' ceramah Pas malam esok di Jeperun, Jasin yang melibatkan kehadiran sama Tamrin Ghafar Baba. Beberapa khemah kini sudah di pasanag berdepan dengan tempat program Pas di kampung berkenaan. Ia dipercayai untuk menganggu ceramah Pas.
Bagaimana pun dalam satu sms Tamrin kepada saya sejam lalu beliau tetap akan datang berceramah malam esok seperti mana dirancangkan. "Saya akan datang juga untuk menjelaskan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh pihak Umno berhubung ceramah Matu Sabu yang dianggap memalukan keluarga Pak Ghabar," begitu kata Tamrin. Beliau mengakui sebelum ini telah beberapa kali dia menolak jemputan untuk berceramah di kampung berkenaan kerana menghormati keluarganya terutamanya abang iparnya Ahmad Hamzah. Tetapi katanya kali ini beliau kena hadir memberi penjelasan apa sebenar yang berlaku dan tuduhan ke atas ceramah Mat Sabu itu satu kekeliruan. Tamrin juga telah menghantar pesanan rengkas kepada Ahmad Hamzah bagi menjelaskan tindakannya itu dan sekligus memberi ingatan tegas. Pesanan rengkas itu berbunyi; "Assalamulaikum Mat (Yb Datuk Mat Hamzah) saya memilih berceramah di Jasin kali ini selepas menolak jemputan di sana kerana mengambil kira kekeluargaan kita tetapi oleh kerana ahli-ahli keluarga membuat kenyataan akhbar maka saya tiada pilihan. Jika sekiranya Umno (BN Jasin) menganggu ceramah kami malam esok makan saya akan meningkat aktivi saya di Jasin. Terserahlah kepada you selaku pemimpin di sana. Salam..." Syabas kepada Tamrin kerana tidak berganjak dan gentar dengan parti lamanya yang sudah mulai mengancam perjuangan barunya. Didoakan semoga Allah akan diberi kekuatan melawan apa juga ugutan dan ancaman kepadanya. Dalam pada itu sama-sama kita berdoa semoga keluarga besar Allahyarham Pak Ghabar Baba tidak akan berpecah kerana wujudnya perbezaan pendapat di antara mereka berhubung perjuangan dalam politik. | ||
‘Janji Ditepati’.. Akhirnya Memakan Diri Posted: 06 Sep 2012 03:38 AM PDT KOMENTAR : Kelunturan semangat mengibarkan Jalur Gemilang semakin ketara terutama tahun ini berbanding tahun sebelumnya yang mungkin disedari ramai pihak namun menganggap ianya 'perkara biasa'. Walaupun mengibarkan Jalur Gemilang bukan pra-syarat utama mengekspresikan semangat kemerdekaan, namun ianya kekal sebagai satu elemen penting meraikan ulang tahun bersejarah bagi negara. Fenomena ini sepatutnya difikirkan semua pihak terutama parti pemerintah yang saban tahun memikirkan konsep baru sambutan kemerdekaan agar terus tersemat di sanubari rakyat Malaysia. Gambaran ini melambangkan rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam iklim politik negara terutama pendedahan pelbagai skandal yang melibatkan pimpinan negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 dihujani kontroversi bermula dengan pengenalan tema 'Janji Ditepati' yang dilhamkan kerajaan sebagai lambang 'kejayaan' mereka mentadbir negara selama ini. Tema bermotifkan 'kelangsungan politik' ini nyata mendapat kritikan banyak pihak yang jelas tidak melambangkan semangat patriotik seperti tahun sebelumnya. Ruang kritikan turut diserikan dengan ungkapan sinis 'Janji Dicapati' sebagai tanda protes rakyat dengan tema yang disifatkan sebagai 'syok sendiri'. Kesinambungan kontroversi diteruskan dengan pengenalan lagu tema 'Janji Ditepati' dengan lirik ciptaan sepenuhnya oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Rais Yatim. Paling mencuri tumpuan, rangkap 'Janji Sudah Ditepati, Kini Masa Balas Budi' menyaksikan kritikan hebat pelayar internet yang mengaggap rangkap berkenaan sebagai 'menuntut' rakyat mengenang kembali jasa pemerintahan Umno-BN. Pakatan Rakyat (PR) turut menempelak tema berkenaan dengan berpendirian tema kemerdekaan perlu tampil tanpa berbaur politik kepartian.Justeru ianya tidak langsung melambangkan inspirasi sebenar rakyat pelbagai kaum di negara ini Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan yang dibentuk PR tampil dengan tema lebih dinamik dan segar, Sebangsa, Senegara Sejiwa yang lebih mencerminkan Malaysia yang merdeka. Tidak cukup dengan itu, kehadiran lebih 10,000 rakyat pada malam ambang merdeka 'Janji Demokrasi' mengukuhkan lagi kepedulian rakyat yang sebenarnya bosan dengan Umno-BN. Apakah transformasi politik yang cuba dibawa Najib Razak menemui jalan buntu sehingga isu kecil sebegini gagal diselesaikan? Nyata retorik politik ini sebenarnya gagal menambat hati rakyat meskipun pemberian beberapa insentif terutama durian runtuh bagi peneroka Felda dan pemandu teksi. Situasi ini sebenarnya menggambarkan hanya pihak tertentu yang 'terbela' walhal masih ramai yang menderita dengan kenaikan harga barang, kegagalan anak muda memiliki rumah pertama dengan kos yang tinggi dan beban hutang pembiayaan pendidikan. Bukan ingin menimbulkan unsur hasad dengki mahupun cemburu terhadap golongan Felda mahupun bekas tentera yang banyak berbakti kepada negara tetapi harus diingat, banyak golongon marhaen yang belum menikmati hasil negara secara saksama dan adil. Harus diingat, pemberian ini sebagai modal kepada rakyat supaya terus memilih mereka bila 'tiba masa balas budi'. Tidak hairanlah apabila kempen mengibar jalur gemilang yang diberi kempen meluas tidak mendapat sambutan rakyat. Ini disebabkan persepsi rakyat merasakan mengibar jalur gemilang seolah-olah bersengkol dengan kerajaan mengibarkan bendera Umno-BN untuk berkempen. Kepimpinan BN sebenarnya telah memperoleh 'klu' berhubung sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib apabila menyaksikan satu dari 300 kenderaan dijalan raya yang mengibarkan jalur gemilang. Hakikatnya rakyat sebenarnya menunggu 'masa balas budi' untuk membawa perubahan kepada Malaysia untuk mencapai erti kemerdekaan sebenar dengan lebih mendalam. | ||
Peneroka Felda Rugi Jika Saham FGHV Jatuh Pada RM4.70 Posted: 06 Sep 2012 03:32 AM PDT SHAH ALAM : Peneroka Felda yang memiliki Saham Felda Global Ventures (FGHV) bakal berhadapan kerugian jika saham FGVH itu jatuh pada harga RM4.70 yang terus menyukarkan kehidupan peneroka apabila sebelum ini dibebani hutang pinjaman bank bagi memiliki saham itu. Merujuk kepada laman Bursa Malaysia setakat 12.30 tengahari hari ini ,saham FGVH diniagakan harga RM4.78 di bawah harga psikologi pada RM5.00. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),Mazlan Aliman berkata walaupun saham FGVH disenaraikan pada RM4.55 dan naik kepada RM5.33, tetapi dalam tempoh yang begitu singkat saham ini mula menurun. Kejatuhan saham FGVH dianggap terlalu cepat berbanding saham-saham lain seperti Amanah Saham Bumiputera dan Saham Negeri-negeri yang hanya jatuh dalam tempoh empat sehingga lima bulan. "Dan kebimbangan kita ialah apa akan berlaku apabila rugi,sebab bila rugi ia akan ditanggung pemegang saham yang sahamnya dibeli dalam bentuk pinjaman yang perlu membayar termasuk kadar faedahnya lima peratus,apakah peneroka-peneroka Felda itu mampu untuk menampung risiko," kata Mazlan ketika dihubungi. Jelas Mazlan, pada realitinya masih lagi belum berlaku keadaan setiap peneroka hanya perlu membayar RM50 kepada Felda dalam masa lima tahun seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. "Beberapa aduan yang saya terima, di mana peneroka merujuk kepada bank dimaklumkan pihak bank tidak mengetahui hal tersebut. "Apa yang berlaku di peringkat bawah ia tidak begitu, adi ini telah menimbulkan kerungsingan. "Walaupun pakej bayaran RM50 itu dilaksanakan, bagaimana dengan peneroka yang sudah mula membayar kepada pihak bank,adakah peneroka boleh menuntut balik bayaran daripada pihak Felda Global Ventures?" soal Mazlan. Pihak Anak akan menulis surat kepada pihak Yang Dipertuan Agong untuk mendapatkan maklum balas berkenaan memorandum yang dihantar oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik semasa Himpunan Oren pada 14 Julai lepas. "Kita mahu mengetahui sejauhmana pendirian Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam hal ini. "Dan kita yakin pihak Raja-Raja Melayu prihatin dan bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Felda," katanya. | ||
Isu Talam : PR Cabar MCA Debat Di Labis Posted: 06 Sep 2012 03:30 AM PDT SHAH ALAM : Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencabar Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong untuk berdebat di depan pengundinya sendiri di Labis pada 9 September ini berhubung isu penstrukturan hutang Talam Corporation. Cabaran itu dikemukakan tiga ahli parlimen PR yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor sebagai jurucakap berhubung isu Talam iaitu Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PAS), William Leong (Selayang-PKR) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara-DAP) pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP, pagi tadi. Dr Dzulkefly ketika dihubungi TV Selangor berkata debat itu bertujuan memberi peluang kepada Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengemukakan hujah dan bukti di hadapan pengundinya berhubung perkara itu. "Dia (Tee Yong) dia boleh pilih antara kami bertiga, sama ada saya, Tony Pua atau William Leong atau Cik Faekah sendiri. Dia tidak layak langsung untuk berdebat dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu tersebut. "Saya berulang kali menulis secara akademik dan teknikal berhubung isu Talam, tetapi mereka masih tidak faham. Ini bukannya kes baru," katanya. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam memaklumkan Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan komersial yang baik dalam penyelesaian hutang Talam yang dibuktikan menerusi badan audit bebas antarabangsa yang dilantik, KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd. Abdul Khalid turut menjelaskan perkara itu membuktikan usaha Kerajaan Negeri mengutip sejumlah RM392 juta hutang daripada Talam telah dilaksanakan dengan tertib dan mengikut undang-undang demi menjaga kepentingan negeri dan rakyat Selangor. Namun, Tee Yong masih belum berpuas hati dengan laporan juru audit tersebut serta mempersoalkan kredibiliti KPMG dengan memberi contoh skandal mega Enron yang berlaku di Amerika Syarikat. Bagaimanapun tuduhan itu disangkal Dr Dzulfekly dengan menyifatkan ia sebagai "jahat", tidak berasas dan tidak profesional. | ||
Posted: 06 Sep 2012 03:23 AM PDT Sekarang ini kerajaan melalui Kemnterian Kesihatan Malaysia sudah pun menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok hanya bermula pada paras harga RM7 sejak 1 September 2012 dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket selepas mereka menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. Dan ini hasilnya…. Harga Rokok Naik 2012 : Apa Matlamat Kerajaan Dengan Dasar Terbaru Ini?
Apa yang kita boleh lihat di sini setiap kali kerajaan mahu bercerita mengenai usaha mereka membendung gejala merokok yang berlebihan dalam masyarakat negara ini, caranya….hanyalah naik, naik dan menaikkan lagi harga rokok di Malaysia. Selesai masalah? Inilah antara alasan yang acapkali digunakan bagi mengurangkan bilangan perokok di negara kita. Terus terang kami katakan, kami tidak pernah merasakan yang sebenarnya kerajaan ikhlas dalam usaha membendung gejala merokok di Malaysia. Kenapa kami katakan begitu? Ini kerana walaupun alasan untuk mengurangkan bilangan perokok digunakan apabila kerajaan mahu menaikkan harga rokok di Malaysia, tetapi hakikat yang perlu diterima sebenarnya faedahnya masih banyak berbalik kepada kerajaan dengan mengenakan cukai tinggi dalam industri ini. Dan kami sama sekali tidak menafikan jikalau mahu mengenaikan cukai kepada perokok, silakan tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik untuk mengatasi permasalahan ini.
Mengenakan cukai tinggi bukanlah penyelesaian yang terbaik. Apa yang kami perhatikan trend ini dah berulangkali terjadi. Walaupun ada yang mengatakan mahu berhenti merokok disebabkan harga naik, berapa ramai yang berjaya? 1 bulan? 2 bulan? Atau……..?? Hakikatnya hari ini walaupun harga naik tinggi mana sekalipun, akan muncul akhirnya perokok lain. Manakala perokok tegar pula akan mencari jalan alternatif lain untuk mendapatkan bekalan pada harga yang berpatutan termasuklah mendapatkan rokok seludup. Akhirnya permasalahan ini tidak ada kesudahannya. Pimai Pimai Tang Tu juga. Dan langkah kerajaan mengawal bilangan perokok di Malaysia sangat tidak tepat…. Harga Rokok Naik 2012 : Tidak Tepat!! Kenapa?
Jikalau kita menjenguk apa yang kerajaan negara lain telah lakukan sekarang ini termasuklah kerajaan Australia di mana mereka baru sahaja meluluskan akta yang memaksa semua pengeluar rokok menggunakan kotak standard yang sangat generik dan tidak menarik perhatian langsung kepada bakal pembeli rokok. Langkah ini amat ditentang oleh pengeluar rokok kerana dengan penggunaan warna yang sama pada semua kotak rokok, menyukarkan langkah pemasaran jenama rokok dapat dilakukan dan ketika ini sedang dibantah keras. Tetapi sebenarnya itu adalah langkah berani yang diambil oleh kerajaan Australia dan sepatutnya dapat dicontohi oleh kerajaan kita Malaysia. Persoalannya sekarang ini adakah kerajaan berani menanggung risiko syarikat-syarikat pengeluar rokok tutup kilang di Malaysia dan bukak kilang di tempat lain? Itu adalah sesuatu yang kami rasa kerajaan perlu beranikan diri untuk lawan dan tidak perlu takut kepada perminataan syarikat-syarikat ini kerana kita semua sedia maklum, kesihatan rakyat jauh lebih penting berbanding kutipan cukai. Apa pandangan perokok dn pembaca Berita Semasa semua? Ada cadangan daripada anda? | ||
Umno Tidak Akan Menang Dengan Kejahatan Posted: 06 Sep 2012 03:20 AM PDT MSO Berbagai-bagai kejadian buruk dilaporkan berlaku dalam dunia politik negara kita ke belakangan ini. Kejadian-kejadian ini seperti satu strategi pula oleh pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa. Walaupun perbuatan jahat dan keji itu dilarang agama tetapi ia tidak dipedulikan. Cara mereka mengolahkan kejahatan ini seakan mereka sudah tidak mempunyai adat dan nilai-nilai kemanusiaan beragama lagi yang mementingkan soal hormat menghormati di antara satu sama lain. Apakah kerana keadaan begitu terdesak maka cara tidak halal itu digunakan? Barang kali tidak disenangi kalau dikatakan yang acap melakukan kejahatan ini adalah di pihak parti kerajaan sendiri. Maksudnya parti Umno dan sekutunya dalam BN. Sesuatu yang menghairankan kenapa sampai begitu sekali. Tidakkah parti kerajaan mempunyai berbagai kemudahan untuk membantu mereka mengekalkan kuasa. Jadi kejahatan dan kekejaman langsung dari mereka tidak diperlukan lagi dan jika dilakukan juga memburukkan parti pemerintah sendiri. Kejahatan dan kekejaman menjatuhkan marudah bukannya menaikkan martabat parti itu sebagai parti pemerintah. Parti kerajaan ada tentera, ada polis hatta Rela, yang menjaga keselamatan parti itu. Walaupun tugas pasukan keselamatan ini untuk umum tetapi dalam tindak tanduk pasukan-pasukan keselamatan ini mereka seolah-olah bekerja untuk parti pemerintahan. Apakah tidak cukup dengan polis dan tentera maka Umno terpaksa menggunakan samseng? Kejadian-kejadian buruk dan keji yang dilaporkan setiap hari tidak dapat dipisahkan dari perbuatan parti pemerintah UBN. Penglibatan ini tidak boleh disembunyikan lagi. UBN khasnya Umno menjelama dalam pelbagai rupa untuk melakukan pengkhinatan-pengkhianatan itu. Dalam masa terdekat ini dua kejadian yang sangat keji dan tidak beradat. Satu kejadian menyerang bas dua tingkat PKR di Kelantan dan satu lagi menyerang masjid di kampung Pumpong Kedah. Ini adalah kesenimbungan kejahatan yang dilakukan ke atas pembangkang sejak zaman berzaman. Sebelum ini bermacam-macam kejahatan telah berlaku dan dilaporkan. Makin hari nampaknya makin banyak dan kerap kejahatan dengan menyerang pihak Pakatan Rakyat. Apakah UBN sudah benar-benar terdesak sehingga hilang akal meninggalkan politik secara sihat dan berfikiran terbuka dan diambilnya politik mafia? Di sini saya hendak menarik perharian para pemimpin UBN berhubung siri-siri kejahatan yang mereka cita dan lakukan dengan bersembunyi di sebalik puak-puak atau individu tertentu. Bahawa kejahatan tidak pernah memberi kemenangan kepada sesiapa atau mana-mana puak sekali pun. Atas apa juga tindakan jahat, kejahatan tidak akan disokong sebaliknya akan dikutuk. Apakah Umno fikir dengan melakukan kejahatan, ugutan, tekanan itu mereka akan menang? Silap kalau itulah anggapan dan kepecayaan yang ada kepada Umno. Saya ambil contoh yang berlaku di hadapan mata saya sendiri bagaimana kejahatan dan kekejaman tidak membantu memenangkan Umno. Politik jahat tidak pernah menjanjikan kemenangan. Di Kelantan Umno berlaku sadis dan kejam ke atas orang Pas sejak tahun 60-an lagi. Apa yang tidak dilakukan oleh Umno menerusi pemuda tahan lasak atau kumpulan samseng yang diupahnya terhadap ahli dan penyokong Pas. Apa yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin semuanya dilakukan oleh di Kelantan. Ugut, tangkap, penjara pemimpin Pas, pukul, tampar, sepak, teranjang dan segala macam dilakukan. Lebih dahsayat dari itu ada pemimpion Pas dibunuh. Ini menggambarkan akan kebobrokan politik negara ini. Permis parti Pas dirobohkan dan dibakar. Orang Umno bertindak lebih kejam dari tentera Jepun yang menakluk Kelantan tahun 1942 dulu. Tetapi apakah hasil dari kejahatan dan kesadisan itu. Umno tidak menang rakyat tidak pernah takut dengan kejahatan sebalik kerja-kerja jahat itu dimurkai rakyat. Rakyat membalas kejahatan itu dengan tidak memangkah Umno. Kekalahan dan kegagalan Umno untuk menguasai Kelantan sejak 22 tahun lampau adalah disebabkan Umno mengamalkan politik jahat dan kejam. Hari ini kejahatan yang berlaku dan dilakukan di hampir seluruh negara oleh Umno menerusi berbagai agensi samseng itu hampir menyamai kejahatan dilakukan di Kelantan dulu. Nampaknya kejahatan ini menjadi permainan dan senjata utama Umno dalam mempertahankan kuasa. Ingatalah dengan menoleh kepada apa yang berlaku di Kelantan Umno sepatutnya insaf; bahawa kejahatan tidak akan membawa kemenangan. UBN harus kembali kepada politik secara sihat. Politik yang menyenangkan jiwa rakyat. Betapa pun Umno menabur wang dan berjasa kepada rakyat tetapi dalam masa sama kejam terhadap lawan dilakukan, rakyat akan marah dan tidak akan bersama Umno. Sebagai parti unggul menjadi kerajaan Umno sepatutnya mempelopori politik harmonis dan profesional bukannya menyuburkan bibit-bibit kejahatan. Hari ini dunia semakin maju dan generasi semakin cerdik dan bebas berfikir dan memikir. Apa yang dicari oleh rakyat dan ana-anak muda kini ialah sesuatu yang logik pada akal mereka. Mereka mahukan kepada fakta di dalam politik bukan retorik. Kejahatan sama sekali mereka akan tolak. Kejahatan fizikal tidak pernah ada dalam minda politik moden. Kejahatan fizikal hanya akan laku sekiranya negara ini masih belum tamadun. Makanya kalau Umno ingin mengekalkan kuasa serta dihormati rakyat jelata mereka harus hentikan politik jahat menggunakan fizikal yang merugikan semua pihak dan menjatuhkan martabat negara. Kejadian serang masjid, serang bas, serang rumah terbuka ataupun melemparkan kata-kata keji dan perbuatan jahat kencing gambar pemimpin, hendaklah dihentikan segera. Ingin ditegaskan bahawa kejahatan tidak akan menjamin dan membawa kemenangan melainkan ianya dibenci sampai ke dalam hati. | ||
Lain Yang Polis Tanya, Tak Tanya Pun Tentang Puisi - Pak Samad Posted: 06 Sep 2012 03:15 AM PDT KELAB GREENBOC Pak Samad: Polis langsung tak tanya soal puisi KUALA LUMPUR: Pihak polis langsung tidak menyoal Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berhubung puisi "Janji Demokrasi" yang dibacanya ketika perhimpunan di Dataran Merdeka, Khamis lalu. Sebaliknya soalan yang ditanya berkisar tentang perhimpunan Janji Demokrasi anjuran Gabungan Janji. Justeru beliau memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan yang ditanya kecuali mengenai maklumat dirinya sahaja. "Saya memilih untuk tidak menjawab semua soalan itu kecuali infomasi diri saya sahaja. "Seingat saya, tiada langsung soalan mengenai puisi yang ditanya," kata beliau selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini. Beliau disiasat di bawah seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012. Pak Samad juga berkata, beliau bukan penganjur perhimpunan sebaliknya hanya diundang membaca puisi. Sementara itu, Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah yang turut dipanggil memberi keterangan mempersoal tindakan polis yang menyoal siasat orang yang hadir menyambut merdeka. "Kami hanya menyambut merdeka, jadi polis nak dakwa atas kesalahan apa? soalnya. Peguam, Latheefa Koya berkata, polis hanya membuang masa memanggil mereka sedangkan soalan yang ditanya sudah diketahui jawapannya. "Tanya pasal sidang media yang Maria adakan, sedangkan berita ada, video ada, semua ada bukti. Kenapa panggil soal siasat lagi? katanya. Turut hadir peguam Datuk S Ambiga dan ahli jawatankuasa Bersih, Hishammudin Rais. Polis memberi notis kepada Pak Samad yang juga Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) dan Maria jam 4 petang semalam meminta mereka hadir ke balai polis. Siasatan hari ini merupakan tindakan ketiga ke atas Pak Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeri.Siasatan kedua pula berhubung puisi berjudul "Unggun Bersih" yang dibacanya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada Jun 2011. Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sebelum ini berkata, polis akan menyiasat sama ada sasterawan itu melanggar undang-undang dengan membaca sajak dalam perhimpunan Janji Demokrasi itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. -HD Maria Chin: Soalan polis 'tidak relevan' | ||
[VIDEO] Khir Toyo - Dari Bekas Menteri Besar Dah Jadi Seorang Pendusta Besar Posted: 06 Sep 2012 03:10 AM PDT KELAB GREENBOC MB: Tiada bukti tunjuk Sultan diundang masa BN Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tiada bukti menunjukkan kerajaan negeri pernah mengundang Sultan Selangor ke sambutan ambang Hari Kebangsaan sejak tahun 2003. Khalid berkata, sejak 2003, Sultan Selangor hanya diundang sekali sahaja diundang pada 2007 - untuk sambutan jubli emas yang diraikan dengan perarakan lintas hormat pada 31 Ogos. Katanya, kerajaan negeri tidak menemui apa-apa surat yang menunjukkan sultan diundang ke sambutan tersebut, seperti didakwa Bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo. "Saya tak nampak suratnya lagi. Saya takut dah terbakar," katanya. Menjawab soalan wartawan, khalid berkata isu meminta maaf kepada Sultan Selangor tidak perlu ditimbulkan. Dr Khir semalam berkata beliau mengundang sultan secara rasmi dan juga secara lisan untuk ke majlis sambutan ambang kemerdekaan peringkat negeri semasa negeri itu berada bawah pentadbiran BN. Sementara itu, Khalid menjelaskan, kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Merdeka Selangor hanya sebagai penceramah jemputan dan bukan tetamu utama. "Tetamu kehormat adalah MB, penceramah jemputan adalah Anwar," katanya. Isu Sultan Selangor yang tidak dijemput ke sambutan Hari Merdeka mula timbul selepas kumpulan pendesak Melayu PERKASA membuat laporan polis berkenaan perkara itu. -mk Khir Toyo Kantoi!! Bukti Sultan Selangor Tidak Pernah Hadir Sambutan Ambang MerdekaLIHAT VIDEO DI SINI | ||
PAS lancar '12 Tawaran' untuk Sarawak Posted: 05 Sep 2012 06:44 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE MIRI- PAS melancarkan manifesto '12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan' untuk 'menakluki' Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini. '12 Tawaran PAS Sarawak' yang dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ialah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak; Kemiskinan Sifar Tanpa Mengira Kaum. PAS juga menawarkan Lebuh Raya Pan-Borneo Sebagai Lebuh Raya Terbaik; SCORE Sebagai Hab Tek-nologi Hijau Berinovatif; Sarawak Sebagai Agropolitan Pengeluar Makanan Utama Malaysia; Jalan Raya, Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Semua; Dalam bidang pendidikan pula, Capaian Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Semua; Meningkatkan Ro-yalti Hasil Petroleum Sarawak Kepada 20 peratus; Tabung Warisan Petroleum Anak Sarawak; Tawaran Khas Untuk Golongan Wanita dan Tawaran Khas Untuk Golongan Muda. Terjemahan praktikal Abdul Hadi menyifatkan dokumen '12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan' adalah terjemahan praktikal Agenda Negara Berkebajikan yang diutarakan oleh PAS dalam konteks negeri Sarawak yang dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan sejak sekian lama. Katanya dokumen tersebut juga merupakan 'blueprint' politik PAS untuk negeri Sarawak dan akan menjadi asas perjuangan PAS di peringkat persekutuan dalam membela nasib "Semoga dokumen '12 Tawaran PAS Sarawak' ini akan memberi impak yang positif terhadap gerak kerja parti khususnya dalam memenangi hati rakyat Sarawak dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya. Abdul Hadi dalam ucapannya pada majlis sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di sini, malam kelmarin mengajak seluruh jentera dan penyokong PAS serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk bekerjasama dan berkongsi 'kekuatan' menum-bangkang BN yang disifatkan beliau sebagai 'gajah' dan mereka umpama semut. Tentera semut "Seekor semut tidak dapat menumbangkan gajah sebaliknya kalau semua semut (parti PR) bekerja-sama kita mampu menumbangkan gajah. "Kita masuh ke dalam telinga, hidung dan semua anggota badan gajah, maka gajah boleh tumbang," katanya. Beliau dalam ucapannya memberitahu, PAS yang merupakan parti Islam mengajar konsep adil untuk semua dan konsep hidup bermasyarakat dengan memberikan bantuan kepada semua lapisan masyarakat. "Adil untuk semua sama ada Islam atau bukan Islam, wajib adil untuk semua. Kalau tidak adil kepada semua, ia adalah haram," katanya. "Bantuan kemiskinan kita bagi (tanpa mengira kaum dan agama), soal dia nak beli lembu atau beli babi, itu hak dia (bagi bukan Islam). "Bantuan pelajaran kita beri dan soal dia nak ajar anak dia (beri pendidikan) bahasa Cina atau bahasa Iban itu adalah hak mereka, PAS tidak pernah menghalang," katanya dan itulah yang akan dilaksana jika PAS memerintah Sarawak. "Sebaliknya soal undang-undang yang sama, seperti peraturan jalan raya, kita tidak ubah. "Undang-undang jalan raya tetap sama. Kalau PAS menang di Sarawak, bila lampu merah semua berhenti, PAS tidak ubah undang-undang, lampu merah semua berhenti, DAP jalan, PAS boleh jalan, tidak. Kita tidak ubah undang-undang sebegitu," kata-nya memberi contoh, andai PAS (melalui Pakatan Rakyat) berkuasa di Sarawak. "Ada perkara yang sama, ada perkara yang berbeza," katanya. Rashidi Lobo serta PAS Terdahulu beliau menerima penyerahan borang keahlian menyertai PAS oleh sekumpulan masyarakat Iban dari Sibuti yang disampaikan oleh Ramba Asun, dari Kuap, Sungai Bakas, Sibuti dan borang keahlian daripada wakil masyarakat Bidayuh, Ustaz Muhammad Rashidi Lobo Abdullah yang berasal dari Lundu. Ustaz Muhammad Rashidi yang berbangsa Bidayuh dan merupakan penulis buku 'best seller' untuk Travelog Syahadah: Jejak Seorang Mualaf Mencari Jalan Ke Syurga dan Travelog Hidayah: Daripada Hidayah Kepada Dakwah, merupakan seorang pendakwah terkenal yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia. Walaupun sudah menetap di Kuala Terenggau, namun beliau kini kerap balik ke Sarawak dan mulai aktif menjelajah seluruh negeri ini dengan membawa mesej perubahan kepada rakyat Sarawak, sejak setahun lalu. Program 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo-The Borneo Post | ||
'Semua Exco adalah Timbalan MB', kata Azizan Posted: 05 Sep 2012 06:25 PM PDT ALOR SETAR - "Semua Exco adalah Timbalan Menteri Besar," tegas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, apabila ditanya desakan beberapa pihak yang mahu Kerajaan Negeri mewujudkan jawatan itu, ekoran masalah kesihatan beliau. Katanya, sepanjang beliau bercuti sakit, semua anggota Exco menjalankan tugas dengan baik, bukan sahaja bawah portfolio masing-masing, termasuk membantu memantau portfolio yang disandangnya. "Mereka buat kerja dengan cemerlang semasa ketiadaan saya di pejabat. Tiada perkara yang tertangguh sepanjang saya bercuti. Semuanya berjalan lancar kerana Exco tahu tugas masing-masing," katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam. Ketika ditanya keperluan membincangkan perkara itu, memandangkan jawatan Timbalan Menteri Besar dicadangkan semula selepas Azizan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) tahun lalu, Azizan berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini juga tidak mewujudkan jawatan itu ketika bekas Menteri Besar,Datuk Seri Syed Razak Syed Zain sakit. "Masa BN dulu mereka tidak buat pun. Masa itu pun, ada kes sakit juga," katanya. Pada 29 Ogos, Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan supaya jawatan Timbalan Menteri Besar diwujudkan bagi meringankan beban tugas yang dipikul Menteri Besar, terutama ketika beliau sakit, bukannya bertujuan mengambil alih sepenuhnya tugas Menteri Besar. | ||
S & P: Malaysia berisiko mengalami penurunan kredit jika pembaharuan tidak dilakukan Posted: 05 Sep 2012 06:19 PM PDT S & P berkata reformasi kerajaan harus melihat termasuk meperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pengurangan subsidi. "Kita mungkin menaikkan penarafan kredit berdaulat jika pertumbuhan yang lebih kukuh dan usaha kerajaan untuk mengurangkan hasil perbelanjaan dalam defisit yang lebih rendah daripada jangkaan, seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). "Dengan defisit yang lebih rendah, pengurangan ketara dalam hutang kerajaan adalah mungkin. "Kita boleh menurunkan penarafan jika kerajaan tidak boleh menyampaikan langkah pembaharuan untuk mengurangkan defisit fiskal dan meningkatkan prospek pertumbuhan negara. Pembaharuan ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada GST dan pembaharuan subsidi di pihak fiskal, dan pelaburan swasta serta pembaharuan mempelbagaikan ekonomi dalam agenda pertumbuhan ekonomi," kata agensi penilaian itu. Bulan lepas Fitch Ratings dalam laporan berasingan berkata bahawa, Malaysia masih belum membentangkan pelan yang meyakinkan untuk menangani ancaman berkembar fiskal defisit belanjawan persekutuan dan hutang persekutuan. Fitch juga berkata bahawa data jelas menunjukkan sektor awam berkaitan aktiviti telah menjadi pemacu utama pertumbuhan KDNK bagi empat suku terakhir di samping aktiviti sektor swasta yang kukuh. Ia berkata bahawa nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK mencapai 51.8 peratus pada akhir 2011 walaupun pertumbuhan KDNK yang kukuh tetapi sekatan kemerosotan selanjutnya dalam ekonomi global, kerajaan Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sasaran 2012 untuk mencapai defisit sebanyak 4.7 peratus dari KDNK. Fitch menambah bahawa memperbaiki kedudukan fiskal negara akan mencabar tanpa reformasi yang penting untuk menangani kos subsidi minyak, meluaskan asas hasil fiskal, atau mengurangkan kebergantungan kepada hasil berkaitan dengan tenaga. Laporan terbaru S & P membuktikan Malaysia menjadi seperti yang diramalkan oleh beberapa pandangan. Fiskal negara yang sederhana lemah dan profil hutang kerajaan bagi kategori penarafan mengekang penarafan berdaulat, katanya. Putrajaya telah bergerak ke arah memotong subsidi tahun lepas, tetapi akibat daripada tekanan politik dalam pilihan raya yang semakin hampir telah menyebabkan beberapa pembaharuan ini terbengkalai. Rancangan untuk memperkenalkan GST juga telah ditangguhkan kerana kebimbangan bahawa ia menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi. S & P mengatakan bahawa ia percaya penyatuan perlahan fiskal Malaysia berpunca daripada subsidi yang tinggi dan struktur hasil agak lemah. "Malaysia banyak bergantung kepada hasil berkaitan petroleum. Kerajaan telah merancang untuk melakukan reformasi dalam sistem subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). "Bagaimanapun, memandangkan dengan sensitiviti politik, kita menjangkakan pelaksanaan GST hanya akan dilakukan selepas pilihan raya umum," katanya. Agensi itu menambah bahawa selama lebih daripada satu dekad, pertumbuhan ekonomi Malaysia sebahagiannya dibawa oleh pelaburan awam yang besar – kadang-kadang melebihi sector swasta – dan ini telah menjejaskan kedudukan fiskal kerajaan. "Bagaimanapun, corak ini mungkin akan berubah. Sebagai contoh, pelaburan asing langsung (FDI) seolah-olah untuk telah berdasar keluar. Selain itu, yang pemulihan terkini pelaburan sektor swasta adalah sebahagiannya disebabkan kepada inisiatif kerajaan untuk Program Transformasi Ekonomi (ETP). Jika trend berterusan, ekonomi Malaysia boleh mendapatkan semula kecergasan. " Sementara usaha pentadbiran Najib untuk membantu menyelamatkan negara dalam kegawatan persekitaran ekonomi global dengan satu matlamat jangka panjang mengubah negara menjadi negara berpendapatan tinggi dengan membelanjakan lebih kepada kenaikan gaji dan memulakan projek infrastruktur besar yang telah membantu meningkatkan pertumbuhan KDNK, penganalisis menyatakan bahawa hutang telah berkembang keluar hasil sejak 2007. Angka daripada Laporan Ekonomi Perbendaharaan Persekutuan menunjukkan bahawa hutang domestik kerajaan persekutuan hampir dua kali ganda dalam masa kurang daripada lima tahun – daripada RM247 bilion pada tahun 2007 kepada anggaran RM421 bilionpada tahun 2011 – jauh mengatasi hasil yang yang hanya meningkat 31 peratus, daripada RM140 bilion kepada RM183 bilion, dalam tempoh yang sama. Walaupun pentadbiran Najib telah berikrar untuk membiarkan tidak kewajipan kerajaan persekutuan melebihi 55 peratus daripada KDNK negara, terdapat kebimbangan jika pinjaman disokong kerajaan atau "liabiliti luar jangka" diambil kira, pendedahan hutang jumlah kerajaan telah pun meningkat kepada kira-kira 65 peratus daripada KDNK tahun lepas. | ||
Posted: 05 Sep 2012 06:06 PM PDT Hasil siasatan audit bebas mendapati kerajaan Selangor membuat keputusan komersil yang baik dengan melakukan penyusunan semula hutang antara Talam Corporation dan kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, hasil semakan KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) iaitu sebuah firma audit bebas turut mendapati kerajaan negeri melaksanakan kutipan hutang bernilai RM392 juta daripada Talam dengan tertib serta mengikut undang-undang. "Penyelesaian hutang ini dilaksanakan menerusi penyelesaian aset melibatkan sembilan plot tanah, dua hartanah, 60 peratus saham dalam anak syarikat Talam serta tunai. Perjanjian penyelesaian dengan Talam ini adalah semata-mata bertujuan mengutip hutang. "Proses penyelesaian hutang ini masih berterusan dan berdasarkan maklumat yang ada, anggaran nilai kasar mencukupi untuk Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sebagai pihak yang bertanggungjawab mengutip hutang bagi pihak kerajaan negeri dan anak-anak syarikat – mendapatkan semua hutang daripada Talam tanpa memberi sebarang pengecualian," katanya pada sidang media di Bangunan SUK di sini, Rabu. Hadir sama pada sidang media itu ialahPengarah Eksekutif Unit Advisory KPMG,Chan Siew Mei. Menurut Abdul Khalid, laporan lengkap semakan KPMG sedia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada sesi persidangan November depan. Selain itu Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor sebelum ini mengadakan dua perjanjian penyelesaian dengan Talam yang bertujuan mengutip semula hutang sebanyak RM392 juta yang dihutang kepada kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya. Dalam pada itu Abdul Khalid sekali lagi menegaskan kontroversi yang dibangkitkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong bahawa kerajaan negeri melakukan bailout hutang Talam bernilai RM1 bilion adalah tidak benar. "Proses ini bukan bailout. Hasrat kerajaan negeri ialah mendapatkan semula hutan Talam. "Pemulihan ini secara jelas bermaksud mengutip hutang daripada pemiutang yang menjadi hak pemberi hutang (kerajaan negeri). Urusniaga antara Talam dan kerajaan negeri adalah situasi pemulihan hutang. Kerajaan negeri mengambil alih aset Talam dan menjualnya bagi mendapatkan semula hutang yang menjadi milik kerajaan negeri," katanya. | ||
Peguam: Siasatan kes tunjuk punggung 'tak seimbang' Posted: 05 Sep 2012 06:02 PM PDT Seorang peguam hari ini menyarankan polis supaya tidak melakukan siasatan terpilih dalam kes seperti tindakan seorang peserta perhimpunan menunjukkan punggung pada gambar Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, tindakan serupa juga sebelum ini dikesan dilakukan sekumpulan individu yang membuat senaman punggung di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Baljit mempersoalkan perkara itu memandangkan sekumpulan pesara tentera daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang berbuat demikian pada Mei lalu tidak dikenakan apa-apa tindakan, katanya. "Kenapa tindakan tidak diambil (dalam kes PVTM?)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Sekiranya kes melibatkan insiden di Dataran itu berlarutan ke mahkamah, peguam akan mempersoalkan mengapa berlaku "pilih kasih" dalam kes tersebut, katanya. Jelasnya, polis tidak mengambil tindakan apabila gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga dipijak dan oleh sekumpulan angota pertubuhan PERKASA dalam satu insiden sebelum ini. Dalam kenyataannya semalam, Lim berkata anggota NGO pro-Melayu itu juga membakar dan gambarnya dalam satu demonstrasi yang diadakan di perkarangan bangunan Komtar di Pulau Pinang. Mengulas perkara itu, Baljit berkata keadaan itu menunjukkan "keseimbangan" dalam tindakan polis yang menangani kes berkenaan. "Mengikut perkara ini, betul seperti yang dikatakan oleh (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng. Dia kata gambar beliau juga dipijak, dan seperti yang berlaku di hadapan rumah Ambiga – tapi tak ada apa-apa tindakan yang diambil. "Saya lihat tak ada keseimbangan dalam hal ini. Diharap tak ada siasatan terpilih yang dilakukan," kata Baljit yang menambah, individu yang melakukan kesalahan menunjukkan punggung mungkin boleh didakwa kerana mengikut Kanun Jenayah kerana berkelakuan tidak senonoh. Mengulas mengenai tindakan individu yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada perhimpunan berkenaan, Baljit berkata perkara itu merupakan kesalahan yang boleh didakwa mengikut Akta Hasutan. ''Dalam isu bendera, memang kita ada akta yang boleh digunakan sebab melibatkan bendera negara iaitu Akta Hasutan," katanya lagi. Polis semalam menahan seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun, dari Batu Pahat, Johor di sebuah kolej di Cheras bagi siasatan berhubung insiden menayangkan punggung ketika perhimpunan pada sambutan ambang kemerdekaan itu. Polis juga meminta individu yang mengibarkan Sang Saka Malaya ketika perhimpunan tersebut supaya tampil bagi membantu siasatan. Polis membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan. | ||
Daya saing global Malaysia jatuh Posted: 05 Sep 2012 04:49 PM PDT Malaysia jatuh dari tangga ke-21 kepada 25 dalam persaingan global melibatkan 144 negara, menurut laporan tahunan Laporan Daya Saing Sedunia. Laporan yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia hari ini turut menunjukkan 'kesediaan teknologikal' negara ini berada di tangga ke-51, mengekalkan trend penururan selama lima tahunnya. Ini berlaku ketika keseluruhan mata secara relatifnya kekal pada 5.06 mata daripada mata maksimum sebanyak tujuh, berbanding 5.8 sebelum ini. | ||
Kerjasama PR Pahang padu, siap-sedia hadapi PRU13 Posted: 05 Sep 2012 04:45 PM PDT
TEMERLOH: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang (MPPRN) menegaskan bahawa kerjasama di antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) Negeri Pahang berada dalam suasana sangat kondusif dan padu. Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penegasan tersebut dibuat ekoran cubaan beberapa media yang cuba memesongkan persepsi awam bahawa kononnya hubungan di antara parti komponen PR Pahang berantakan ekoran beberapa isu dalaman khasnya berkaitan pembahagian kerusi di peringkat negeri. "Sehubungan dengan itu MPPRN Pahang menyeru dan menasihatkan semua kepimpinan mahupun ahli-ahli daripada PAS, DAP dan PKR tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung perkara berbangkit khususnya mengenai proses pembahagian kerusi. "Sebagai petugas parti kita akur dengan apa jua keputusan yang akan dibuat pimpinan tertinggi," katanya semasa sidang media khas melibatkan pemimpin tertinggi PR Pahang di bangunan PAS Pahang di sini. Berikutan itu Tuan Ibrahim menyeru semua ahli memberikan mandat dan keyakinan penuh kepada kepimpinan PR untuk menyelesaikan perundingan kerusi dengan semangat muafakat yang telah terjalin baik. Berkenaan pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang bakal diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, beliau menyeru kepimpinan dan ahli-ahli PR di semua peringkat berusaha bersungguh-sungguh di semua kawasan untuk meningkatkan sokongan dan keyakinan daripada semua lapisan masyarakat. Turut hadir Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah, Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Setiausaha DAP negeri Choong Siew Onn serta anggota harian Badan Perhubungan PAS Pahang. Sidang media khas diadakan berikutan laporan negatif beberapa media yang cuba melaga-lagakan kenyataan pemimpin PKR dan DAP negeri ini berkaitan tuntutan bertindih beberapa kerusi negeri ini yang diserahkan keputusannya kepada Majlis Presiden PR. Negeri Pahang sebelum ini dianggap penganalisis politik antara tiga negeri kubu kuat BN dan kekal kepada parti itu selain Johor dan Melaka, namun berdasarkan senario terbaru keputusan tersebut boleh berubah pada PRU akan datang. Sementara itu Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut merakamkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Undang-Undang Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah, 88, yang meninggal dunia akibat sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur semalam. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di pusat perubatan itu kira-kira pukul 3.30 petang di sisi isterinya Toh Puan Zainon Hussaiin serta keluarga. Allahyarham yang juga Presiden Seumur Hidup Majlis Olimpik Malaysia, memulakan karier politiknya sebagai Ahli Parlimen kawasan Raub, Pahang (1967) dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri (1967-1969), seterusnya menjadi Menteri Penerangan dan Penyiaran (1969-1971), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1971-1973), Menteri Pertahanan (1973-1974) dan Menteri Perdagangan dan Industri (1974-1978). Jawatan terakhir Allahyarham adalah sebagai Menteri Undang-undang dan Peguam Negara sebelum bersara daripada Kabinet pada September 1980. | ||
Pak Samad sedia beri keterangan kepada polis Posted: 05 Sep 2012 04:43 PM PDT
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 3.00 petang esok bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membaca puisi di perhimpunan janji demokrasi, Khamis lalu. A. Samad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau tidak dapat memenuhi permintaan polis agar beliau hadir ke balai polis jam 6 petang tadi kerana sedang berada dalam program lain. "Mereka mahu saya datang ke IPD Dang Wangi pada jam 6.00 petang ini, tetapi saya menolak kerana ada acara lain. Lagipun, masa itu terlalu singkat. "Namun, saya bersetuju untuk hadir selepas anggota Gabungan Janji berunding agar masa itu dianjak kepada 3.00 petang esok," katanya kepada Keadilandaily. Gabungan Janji disertai 47 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menganjurkan himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka sempena sambutan kemerdekaan negara ke 55. Walaupun tidak diberikan permit oleh pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perhimpunan tersebut berjalan aman dengan dihadiri 20,000 rakyat berbaju kuning. Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis akan menyiasat sama ada sasterawan itu melanggar undang-undang dengan membaca sajak dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. | ||
Bekas timbalan menteri Mahadzir Mohd Khir meninggal dunia Posted: 05 Sep 2012 04:33 PM PDT [DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir meninggal dunia jam 5.05 petang tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya akibat serangan jantung. Mahadzir berumur 67 tahun. Jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No. 13, Jalan 14/50, Seksyen 14, Petaling Jaya dan dijangka dikebumikan esok pagi. Menurut anak sulungnya, Muhamad Anas, 35, bapanya dimasukkan ke PPUM setelah secara tiba-tiba diserang strok pada 6 petang semalam ketika sedang berehat bersama keluarga di rumahnya. "Selepas diserang strok, ayah dihantar ke PPUM dalam keadaan tidak sedarkan diri dan doktor yang memeriksanya mendapati terdapat pendarahan di dalam otaknya. "Ayah yang tidak mengalami apa-apa penyakit sebelum ini koma sehingga disahkan meninggal dunia petang tadi pada usia 67 tahun," katanya dipetik Bernama. Muhamad Anas, berkata bapanya yang sebelum ini pernah melakukan pembedahan jantung pada 2004 sempat menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Kuala Lumpur baru-baru ini serta menemani ibunya menghadiri satu seminar di Amerika Syarikat sebelum Ramadan lalu. "Ayah seorang yang tegas dan penyayang dengan anak-anak, suka tolong orang, ikhlas serta pemurah dan kami semua reda dengan pemergiannya," katanya. Allahyarham merupakan seorang pendidik yang kemudian menjadi pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya sebelum dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan dan seterusnya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Allahyarham yang dilahirkan di Kedah pada 16 Mei 1945 pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani. Mahadzir mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah St. Micheal, Alor Star sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan University of West Michigan dan University of Chicago di Amerika Syarikat. Khidmat beliau kepada masyarakat bermula sebagai guru di salah sebuah sekolah di Baling. Allahyarham kemudian menyertai perkhidmatan tadbir dan diplomatik di Jabatan Perdana Menteri. Beliau bertanding buat kali pertama dalam pilihan raya umum pada 1999 iaitu di kerusi Parlimen Sungai Petani dan mengekalkannya pada pilihan raya umum berikut. Pada 10 Disember 1999, Mahadzir telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan dan kemudian sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada jam 11 pagi. Selain Muhamad Anas, Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Dr Amla Mohd Salleh, dua lagi anak, Mohd Syakir, 31 dan Mohamad Salleh, 27, dan seorang cucu perempuan. | ||
Banjir terburuk sejak 27 tahun lalu Posted: 05 Sep 2012 04:28 PM PDT SERDANG – Penduduk mendakwa banjir kilat yang melanda di sini kelmarin merupakan bencana paling buruk pernah berlaku sejak 27 tahun lalu. Rata-rata mendakwa sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi punca kejadian tersebut berlaku selain tidak mampu menampung hujan lebat. Tinjauan mendapati, penduduk dan peniaga menyalahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran serta pihak berkuasa tempatan yang dikatakan gagal mengurus sistem perparitan dengan baik. Seorang peniaga restoran, Haniffa Syed Mohamad, 63, berkata, sebelum ini, banjir kilat yang berlaku tidak seteruk kelmarin. "Saya telah berniaga di sini sejak 12 tahun lalu dan banjir kilat yang berlaku adalah yang terburuk sekali. Ada kata paling teruk sejak 27 tahun lalu," katanya ketika ditemui semalam. Seorang lagi peniaga, Lee Chee Chin, 48, pula memberitahu, akibat kejadian itu dia menanggung kerugian RM30,000 ekoran alat ganti motosikalnya ditenggelami air. "Saya tidak sempat hendak menyelamatkan barang-barang dalam kedai kerana banjir berlaku sekelip mata," ujarnya. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 20 Serdang, Kamaruzaman Ibrahim pula mengaitkan faktor tadbir urus yang kurang sempurna menjadi punca berlaku banjir kilat. "Kawasan ini sudah membangun. Disebabkan itu, pihak yang terlibat perlu lebih teliti sebelum meluluskan projek pembangunan baharu agar penduduk sedia ada tidak terjejas seperti apa yang berlaku hari ini," jelasnya |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan